Home › Forums › Mags Review, News And Events › Sikapitan!
Menangi hadiah buku Wilayah Kutu dengan menyertai peraduan mereka cipta watak komik Sikapitan! Lima penyertaan terbaik akan menerima sebuah buku Wilayah Kutu. Cara menyertainya mudah. Anda hanya perlu melukis watak adiwira (superhero) Sikapitan mengikut daya kreativiti anda sendiri. Jika anda tidak tahu melukis, anda digalakkan menggunakan Heromachine ( http://www.ugo.com/channels/comics/heroMac…eromachine2.asp ). Apabila anda sudah selesai mencipta watak Sikapitan, (melalui lukisan sendiri ataupun menggunakan Heromachine, hantarkan seberapa banyak penyertaan anda ke e-mel berikut: nizamzakaria@gmail.com.
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 22 Julai 2005. Hanya lima penyertaan yang terbaik akan diterima. Lukisan-lukisan yang memenangi peraduan ini akan dipamerkan di dalam laman Nizam Zakaria ( http://nizamzakaria.blogspot.com ). Keputusan adalah muktamat.
Syarat-syarat penyertaan:
1. Anda boleh menghantar seberapa banyak lukisan yang anda suka (Pergi ke: http://nizamzakaria.blogspot.com/blog/sika…pitancontoh.gif untuk melihat contoh watak Sikapitan yang telah dibuat dengan menggunakan Heromachine)
2. Sertakan sekali nama dan alamat surat-menyurat anda untuk tujuan penghantaran hadiah
Links:
Heromachine: http://www.ugo.com/channels/comics/heroMac…eromachine2.asp
Laman Nizam Zakaria: http://nizamzakaria.blogspot.com/
Contoh Sikapitan: http://nizamzakaria.blogspot.com/blog/sika…pitancontoh.gif
Wilayah Kutu: http://nizamzakaria.blogspot.com/wilayahkutu.htm
sekadar mencuba..
[img]http://www.geocities.com/jayfro0002/akuhero.JPG[/img]
haha ! syok gak bende nihh !
Kau hantar ler kat nizamzakaria@gmail.com mana2 superhero kau dah buat tu. Nak showcase kat ini pun boleh.
lambat lagi yehh tarikh tutup ??
aarghh mesti amykamen, del, aly, kromosom dan lenlain menang punye laa..
Lambat lagi… 22 Julai 2005. Ada banyak lagi masa nak buat watak Sikapitan ni dengan kau-kau punya design.
jap…takde sinopsis sikit ke pasal watak yg nak dicipta ni? at least ade inspirasi sikit nak cipta..
a ah nizam..
kurang2 ada la explaination ttg watak camner..
aarr.. lama x nampak ko.. tapi web ko rajin aku lawat n donglod cite2 yang ko buat..
aku suke Mata Kucing.. genre horor yang best.. err tuh first horor novel ker?
Okay… Sinopsisnya ini: (korang pun satu, bukan nak masuk blog aku, semua ada kat situ tau!)
Dua menceritakan kisah kehidupan Fidzan dan adiknya Faris. Mereka berdua sudah kematian bapa dan kini hidup bersama ibunya seorang janda. Ibunya bekerja sebagai seorang pembantu rumah kepada seorang ahli korporat wanita yang terkenal yang masih muda lagi jelita. Faris adalah seorang kanak-kanak cerdik yang pendiam. Berusia 11 tahun dan mempunyai daya imaginasi yang terlalu cergas. Faris cukup-cukup membenci abangnya Fidzan yang berusia 20 tahun itu. Fidzan adalah seorang pelajar di sebuah kolej yang agak popular. Pada satu hari Fidzan mendapat tahu, rakan sekolejnya yang bernama Hana amat-amat meminatinya. Walaupun begitu, Fidzan tidak begitu menyukainya kerana Hana tidak popular. Apabila Faris menemui Hana, mereka terus menjadi kawan baik. Faris mencari jalan melalui teori-teori psikologi yang dipelajarinya sendiri untuk membalas dendam kepada abangnya yang selalu menyakatnya – Hana pula mencari jalan untuk mendapatkan Fidzan supaya menyukainya.
Di dalam usahanya cuba membalas dendam, Faris telah mengorek satu rahsia lampau keluarganya yang begitu mengejutkan yang telah dirahsiakan dari dirinya selama ini!
a ah nizam..
kurang2 ada la explaination ttg watak camner..![]()
aarr.. lama x nampak ko.. tapi web ko rajin aku lawat n donglod cite2 yang ko buat..
aku suke Mata Kucing.. genre horor yang best.. err tuh first horor novel ker?
Mata Kucing aku punya first horror novel. Vampiro Awang aku rasa bukan horror, tapi sci-fi. Dua ni pulak… hehehhe…
RAHSIA!!!
Okay, korang baca ini untuk dapatkan sedikit info tentang Kota Sendayu:
(http://anonymouse.ws/cgi-bin/anon-www.cgi/http://nizamzakaria.blogspot.com/2005/07/e-mel-dari-cinta-kepada-rakannya-rita.html)
E-mel dari Cinta kepada rakannya Rita
Dari: “Cinta Anggun Jauhari” [cinta.anggun.jauhari@sendayu.org]
Kepada: ritasigadisayu@emel.com
Subjek: Salam sayang dari Kota Sendayu!
Rita,
Maaf jika aku tak dapat menulis kepada kau dengan lebih awal. Kau tahu sajalah, aku terlalu sibuk cuba menyesuaikan diri aku dengan keadaan di Kota Sendayu. Semalam, sehari suntuk aku menghabiskan masaku memindahkan barang-barangku ke dalam bilik asramaku di Universiti Sendayu. Kalau kau nak tahu, aku duduk sebilik dengan Hana, sepupuku. Kau tentu masih ingat dengan Hana, dia pernah tinggal dirumahku selama seminggu kira-kira empat tahun yang lepas. Alah, Hana budak skema tu! Oh ya, dia dah tak skema lagi macam dulu dengan cermin mata tebal dan bracesnya. Dia dah cantik…
Seperti yang telah aku beritahu kepada kau dahulu, bapak aku tidak dapat mengelakkan dirinya dari disuruh berpindah ke Kota Sendayu. Kalau tak salah aku, sudah beberapa kali dia cuba mengelakkan dirinya dari dipindahkan ke sini. Kota Sendayu ini adalah pusat pentadbiran kepada Halcyon Corp., dan apabila dia dinaikkan pangkat baru-baru ini, dia tidak mempunyai pilihan lain kecuali membawa kami sekeluarga ke sini.
Kau masih ingat tak ketika kita di sekolah rendah dulu kita pernah menyimpan impian untuk ke Kota Sendayu bersama? Lucu bukan? Ketika itu aku tidak pernah terbayang keluargaku akan berpindah ke sini. Kini aku berada di sini. Di tengah-tengah kesibukan Kota Sendayu! Seminggu lagi aku akan mendapatkan Kad Pengenalan Kota Sendayu. Ya, seminggu sahaja lagi, bolehlah kau anggap aku sebagai sebahagian dari warga Kota Sendayu!
Kau tentu tahu mengapa aku suka dengan Kota Sendayu. Sebagai pelajar seni bina, aku cukup kagum dengan bangunan-bangunan yang telah dibina di sini. Pelbagai-bagai jenis bangunan boleh kita lihat di kota ini. Hampir kesemua arkitek yang pernah memenangi Anugerah Seni Bina Pritzker mempunyai sebuah atau dua buah bangunan yang mereka reka di sini. Di beberapa buah kawasan, terutamanya di tengah-tengah kota, bangunan-bangunannya dibina tinggi-tinggi dan rapat-rapat. Kawasan 'Ground-Zero' peristiwa 6/6 kini telah bina semula dengan bangunan-bangunan yang lebih gah! Jika kau ke sini, kau pasti tidak akan sedar bahawa kawasan ini pada satu ketika dahulu hancur musnah disebabkan oleh peristiwa 6/6…
Pada malam hari, kota ini nampak cantik dengan beratus ribu lampu bergemerlapan di waktu malam. Hana pernah membawaku ke atas bumbung asrama kami untuk melihat suasana malam di Kota Sendayu. Ya, sememangnya Kota Sendayu di waktu malam memang cantik dan mengasyikkan!
Bangunan-bangunan tinggi di Kota Sendayu memang menjadi kebanggaan penduduknya. Mereka seolah-olah berebut-rebut mahu membina bangunan yang paling tinggi dan paling cantik. Setiap hari ketika bersiar-siar di sini, ada sahaja bangunan baru yang akan aku temui serta sedari. Sebagai contoh, semalam aku menemui sebuah taman botani kecil yang telah dibina di atas sebuah bangunan pencakar langit dengan sebuah bumbung berbentuk kubah. Ketika melawat taman botani ini (yang telah dibina di dalam rumah kaca berbentuk kubah di bahagian atas bumbung bangunan ini), aku telah mendapat tahu ia telah dibina oleh seorang hartawan bernama Vinod Chopra. Chopra telah menjadi kaya melalui syarikat Perhubungan Awam yang telah dibinanya di kota ini kira-kira 30 tahun yang lalu. Aku cukup terpesona berada di dalam taman botani ini, lebih-lebih dari taman ini aku dapat melihat pemandangan indah kota Sendayu ini.
Bangunan yang paling terserlah dan yang paling tinggi di Kota Sendayu pastinya bangunan Halcyon Corp. Bangunan ini adalah mercu tanda Kota Sendayu. Aspek yang paling menarik yang terdapat pada bangunan ini adalah menaranya yang tinggi mencecah awan. Bahagian menara bangunan ini disaluti dengan cermin yang diperbuat daripada sejenis kristal merah. Walaupun di dalam keadaan cuaca berkabus, bahagian menara bangunan ini tetap akan dapat dilihat dari jauh, bersesuaian benar dengan kedudukan Halcyon Corp. Sebagai peneraju korporat yang telah membina kota ini sejak ia diasaskan dahulu.
Ramai cerdik pandai yang tertarik dengan Kota Sendayu kerana di sini terdapat beberapa buah perpustakaan yang besar-besar dan beberapa buah muzium yang tersohor. Aku amat-amat tertarik dengan Muzium Metropolitan Sendayu. Muzium yang besar ini telah dibina di tepi Taman Ledang. Lokasinya tidak begitu jauh dari kampus universiti aku. Di sini terdapat banyak koleksi lukisan-lukisan dan artifak-artifak sejarah yang selama ini hanya boleh kita lihat di dalam buku teks. Aku rasa, walaupun aku menghabiskan masa aku berhari-hari di dalam muzium ini, masih ada lagi bahagian di dalam muzium ini yang belum aku terokai lagi.
Satu lagi daya tarikan yang menarik adalah Zoo Sendayu yang terletak di dalam kawasan Taman Ledang. Di dalam zoo ini terdapat banyak haiwan-haiwan yang hampir pupus yang dipertunjukkan kepada orang ramai. Aku suka dengan binatang. Jadi aku rasa aku pasti akan menghabiskan banyak dari masaku di sini nanti!
Taman Ledang merupakan sebuah taman yang sering dikunjungi oleh penduduk-penduduk Kota Sendayu. Di musim panas, banyak aktiviti akan diadakan di sini, seperti konsert terbuka dan pertunjukan teater. Di tengah-tengah taman yang berbentuk segi empat tepat ini terdapat sebuah tasik. Jika kita berada di tengah-tengah Padang, kita dapat melihat bangunan-bangunan pencakar langit di Kota Sendayu yang mendereti pada bahagian tepi taman seperti sebuah tembok gergasi. Apartmen-apartmen mewah yang dibina berhadapan dengan Taman Ledang harganya mencecah berjuta-juta quid! Universiti Sendayu letaknya pada bahagian tenggara sempadan Taman Ledang, jadi ramai juga pelajar-pelajar Universiti Sendayu yang bersantai di kawasan taman sementara menunggu kelas dimulakan.
Perkhidmatan pengangkutan awam di Kota Sendayu adalah yang terbaik yang pernah aku gunakan. Aku rasa, pihak pentadbiran kota ini telah memastikan agar mereka mempunyai sistem pengangkutan awam yang baik di atas sebab-sebab yang terdesak. Seperti yang kau sendiri ketahui, terdapat lebih 8 juta penduduk yang menghuni kawasan Metro Sendayu. Jika tidak terdapat sistem pengangkutan awak seperti kereta api yang menjalar di bahagian bawah tanah Kota Sendayu, alamatnya kota ini akan sentiasa sesak dengan kenderaan. Sistem kereta api bawah tanahnya agak kompleks. Sukar untuk aku memahami cara untuk pergi dari titik A ke titik B tanpa bantuan peta perjalanan kereta api. Walau apa pun, stesen-stesen kereta api di sini bersih dan cantik. Jika aku sesat, aku hanya perlu bertanya, penduduk-penduduk Kota Sendayu yang rata-ratanya ramah ini sentiasa mahu membantu.
Kota Sendayu ini sangat padat penduduknya. Di kaki lima (terutamanya pada waktu pagi, makan tengah hari dan waktu pulang dari pejabat), akan dipenuhi oleh pejalan kaki yang terpusu-pusu berjalan ke arah destinasi masing-masing. Mereka akan berjalan dengan pantas seolah mereka sedang mengejar sesuatu. Dari cara mereka berjalan sahaja aku dapat merumuskan bahawa rentak kehidupan di sini lebih pantas dari di Tamparuli. Di sini, semuanya perlu dilakukan dengan cepat.
Walaupun tidak sampai seminggu aku bergelar pelajar di Universiti Sendayu, aku dapat merasakan jiwa aku cukup bersesuaian dengan universiti ini. Hanalah yang banyak membantu aku untuk menyesuaikan diriku dengan universiti ini. Walaupun universiti ini telah dibina di tengah-tengah Kota Sendayu, suasana di dalam kampus tetap terpelihara dari hiruk-pikuk suasana kota yang menyelubunginya.
Jika kau melawat aku di sini nanti, aku pasti akan membawa kau melawat beberapa buah kelab malam yang terdapat di sini. Seperti yang aku nyatakan tadi, Kota Sendayu bergemerlapan dimandikan cahaya pada waktu malam. Kota ini tidak pernah tidur. Ada sahaja aktiviti yang berlaku di sana sini, walaupun pada awal pagi. Aku sempat melawat ke beberapa buah kelab malam bersama beberapa orang rakan model yang berasal dari kota ini. Wah! Menarik betul! Pemuda-pemuda di sini kacak-kacak belaka. Mereka juga pandai bergaya, tak macam budak-budak Tamparuli!
Walaupun aku tinggal di asrama, pada hujung-hujung minggu aku tetap akan pulang untuk melawat ibu bapa serta adik-adikku yang menetap di Pondok Indah yang terletak di pinggir Kota Sendayu. Kawasan kediaman Pondok Indah memang indah dan tenang jika dibandingkan dengan Kota Sendayu. Ramai pekerja-pekerja Halcyon Corp. yang menetap di sini. Teratak Halcyon adalah nama kepada kediaman kepunyaan Ketua Pegawai Eksekutif Halcyon Corp. yang telah dibina di atas sebuah bukit yang menghadap ke arah Pondok Indah. Walaupun Teratak Halcyon dapat dilihat dengan jelas dari mana-mana arah di Pondok Indah, aku rasa ramai yang tidak pernah masuk ke dalam teratak besar itu. Menurut jiranku, sejak peristiwa 6/6 menimpa Kota Sendayu, Teratak Halcyon yang pada satu ketika dahulu terkenal dengan pesta gilang-gemilang yang sering diadakan di situ kini terus sepi…
Rita, Walaupun aku mula jatuh cinta kepada Kota Sendayu, aku tidak mungkin akan lupakan Tamparuli. Aku tidak akan melupakan kau dan… Norman. Aku harap dia akan dapat memaafkan ku kerana terpaksa meninggalkannya. Aku tahu sudah beribu kali kau dengar aku meluahkan kata-kata ini, tetapi aku akan memberitahu kau sekali lagi bahawa aku tidak pernah meminta perpisahan darinya, Rita! Dia perlu fahami hasrat ku untuk berada dekat dengan keluarga ku di sini.
Aku harap, apabila kau menemuinya di kampus nanti, beritahu kepadanya bahawa aku tetap dengan janjiku untuk pulang ke Tamparuli satu hari nanti agar kami dapat bersatu sebagai sepasang kekasih seperti dahulu.
Salam sayang dari Kota Sendayu,
Cinta
Okay… Ini pula biografi watak2 dalam novel Dua:
Biografi watak-watak utama novel Dua: Fidzan
Nama: Fidzan Alias
Tempat Kelahiran: Kota Sendayu
Umur: 20 tahun
Tinggi: 181
Berat: 76 kg
Pendidikan: Masih menuntut di Universiti Sendayu di dalam bidang Psikologi.
Pencapaian: Pernah mewakili Sekolah Sukan Sendayu dalam acara gimnastik dan olahraga. Johan beberapa acara gimnastik dan olahraga untuk peringkat umurnya empat tahun berturut-turut sehingga dia berjaya mendapatkan biasiswa sukan untuk menuntut di Universiti Sendayu.
Kegemaran di masa lapang: Pergi ke kelab malam dengan awek-aweknya (yang sentiasa bertukar-tukar). Dia suka pergi membeli belah untuk membeli pakaian yang ranggi dengan membawa adiknya bersama. Membawa motor berkuasa tinggi kepunyaannya dengan laju.
Hobi: Melibatkan diri di dalam sukan lasak atau extreme.
Perkara yang kita perlu ketahui tentang dirinya: Fidzan sering datang lambat ke kuliah. Dia suka membuli adiknya Faris. Dia adalah di antara pelajar yang paling popular di Universitinya. Dia sering memakai cermin mata aviatornya. Dia tidak suka mendengar kata. Dia adalah seorang pemuda yang degil yang cepat marah. Ketika berumur 12 tahun dia sering bergaduh dan pernah ditangkap kerana mencuri dan hampir-hampir dimasukkan ke sebuah pusat pemulihan akhlak juvana di pinggir Kota Sendayu.
Biografi watak-watak utama novel Dua: Faris
Nama: Faris Alias
Tempat Kelahiran: Kota Sendayu
Umur: 11 tahun
Tinggi: 137
Berat: 32 kg
Pendidikan: Menuntut di Sekolah Tinggi Henry McCoy
Pencapaian: Tidak ada apa-apa pencapaian yang boleh diperkatakan kecuali melangkah beberapa gred lalu belajar di Sekolah Tinggi Henry McCoy.
Kegemaran di masa lapang: Membaca komik Sikapitan.
Hobi: Mencipta benda-benda baru yang difikirkan boleh digunakan oleh hero komiknya, Sikapitan untuk melawan kuasa-kuasa jahat.
Perkara yang kita perlu ketahui tentang dirinya: Faris mempunyai tahap IQ 178. Seorang anggota Mensa sejak dia berumur tujuh tahun. Dia suka mengumpul komik Sikapitan serta ‘merchandise’nya yang lain seperti poster dan ‘action figure’nya. Dia adalah presiden Fan Club komik Sikapitan di sekolahnya (dengan ahli seramai 4 orang termasuk dirinya). Dia amat-amat membenci abangnya yang suka menyakatnya dan sering memikirkan 1001 cara untuk membuat hidup abangnya sengsara walaupun tidak pernah berjaya. Faris adalah pelajar paling muda di dalam kelasnya. Oleh sebab perbezaan umur dengan rakan-rakan sekelasnya, dia selalu disisihkan mereka. Dia tidak mempunyai ramai kawan di sekolahnya, kecuali mereka yang menjadi ahli kelab catur dan sains. Faris kekok dalam semua acara sukan dan benci kepada pelajaran Pendidikan Jasmani.
Biografi watak-watak utama novel Dua: Hana
Nama: Hana Paris Londoh
Tempat Kelahiran: Kota Sendayu
Umur: 19 tahun
Tinggi: 167
Berat: 48 kg
Pendidikan: Menuntut di Universiti Sendayu di dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal.
Pencapaian: Pernah memenangi hadiah Saintis Muda Sendayu pada tahun senior di sekolah tingginya untuk rekaannya, sebuah robot berbentuk labah-labah dengan kebolehan memanjat bangunan Halcyon Corp., bangunan tertinggi di Kota Sendayu.
Kegemaran di masa lapang: Termenung seorang diri sambil memikirkan masa-masa bahagianya jika dia dapat menjadi teman istimewa Fidzan, seniornya yang popular yang menjadi kegilaan ramai pelajar-pelajar wanita di universitinya.
Hobi: Menyanyi
Perkara yang kita perlu ketahui tentang dirinya: Anak tunggal Dr. Londoh, ketua penyelidik Sains Aplikasi di Halyon Corp. Menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang penyanyi terkenal.
Biografi watak-watak utama novel Dua: Lydia
Nama: Lydia
Tempat Kelahiran: Tidak Diketahui
Umur: Tidak Diketahui
Tinggi: 170
Berat: 56 kg
Pendidikan: Tidak Diketahui
Pencapaian: CEO Halcyon Corp., sebuah syarikat yang diambil alih dari mendiang suaminya.
Kegemaran di masa lapang: Tidak Diketahui
Hobi: Tidak Diketahui
Perkara yang kita perlu ketahui tentang dirinya: Kehidupan Lydia diselubungi misteri. Dia jarang dapat dilihat bergaul dengan golongan-golongan elit Kota Sendayu. Dia masih berkabung untuk mengingati kematian suaminya dengan memakai pakaian serba hitam ke mana sahaja dia pergi. Seorang ‘chain-smoker’. Diana bersama kedua orang anaknya, Fidzan dan Faris duduk di sebuah rumah kecil di belakang rumah Lydia sejak mereka kecil. Suami Diana dan suami Lydia meninggal dunia pada masa yang sama di dalam peristiwa serangan pengganas 6/6 yang menyebabkan hampir 42,000 orang awam dari Kota Sendayu terkorban kira-kira 11 tahun yang lalu. Diana telah diambil Lydia bekerja sebagai pembantu rumahnya dua tahun setelah Diana kehilangan suaminya di dalam peristiwa tersebut…
Biografi watak-watak utama novel Dua: Diana
Nama: Diana
Tempat Kelahiran: Tidak Diketahui
Umur: Tidak Diketahui
Tinggi: 165 cm
Berat: 54 kg
Pendidikan: Tidak Diketahui
Pencapaian: Tidak Diketahui
Kegemaran di masa lapang: Tidak Diketahui
Hobi: Tidak Diketahui
Perkara yang kita perlu ketahui tentang dirinya: Menjadi seorang janda setelah suaminya, Alias meninggal dunia di dalam peristiwa 6/6. Dia telah mengambil keputusan untuk mendiamkan dirinya tanpa meluahkan sepatah pun perkataan dari mulutnya apabila mendapat tahu suaminya telah meninggal dunia pada hari tersebut. Pada hari yang sama, Faris dilahirkan. Dia berhubung dengan anak-anaknya dengan menulis ke atas sekeping buku nota kecil yang dibawanya bersama ke mana sahaja dia pergi.
Biografi watak-watak utama novel Dua: Dr. Londoh
Nama: Londoh
Tempat Kelahiran: Kota Tamparuli
Umur: 46
Tinggi: 176
Berat: 70 kg
Pendidikan: PhD., Institut Teknologi Tamparuli
Pencapaian: Dilantik sebagai Ketua Penyelidik Sains Aplikasi di Halyon Corp. Sejak 20 tahun yang lalu.
Kegemaran di masa lapang: Tidak Diketahui
Hobi: Tidak Diketahui
Perkara yang kita perlu ketahui tentang dirinya: Dr Londoh banyak menghabiskan masanya di dalam bilik makmal Halcyon Corp. Pada masa-masa santainya dia suka menghabiskan masanya bersama anaknya Hana. Dia mencurahkan segala kasih sayangnya kepada Hana setelah isterinya terkorban di dalam peristiwa 6/6.
Biografi watak-watak utama novel Dua: Norma
Nama: Norma Hakim
Tempat Kelahiran: Kota Sendayu
Umur: 55
Tinggi: 163 cm
Berat: 66 kg
Pendidikan: Universiti Sendayu di dalam bidang Perundangan
Pencapaian: Dipilih menjadi Ketua Polis Kota Sendayu sejak dua tahun yang lalu
Kegemaran di masa lapang: Tidak Diketahui
Hobi: Tidak Diketahui
Perkara yang kita perlu ketahui tentang dirinya: 13 tahun yang lalu dia telah memperkenalkan Diana kepada Lydia, lalu meminta belah ihsan Lydia supaya mengambil Diana bekerja dengannya. Lydia bersetuju walaupun pada mulanya dia berkeras menentang idea ini.
Biografi watak-watak utama novel Dua: Amy
Nama: Amy Kamen
Tempat Kelahiran: Kota Sendayu
Umur: 23
Tinggi: 175 cm
Berat: 65 kg
Pendidikan: Institut Seni Halus Sendayu
Pencapaian: Ketika Amy berusia 21 tahun, dia telah dipilih untuk mengambil alih tempat pelukis komik Sikapitan, David Firestone yang bersara. Dia mencapai tahap status selebriti di kalangan peminat komik setelah dia menjadi pelukis komik Sikapitan, tetapi orang ramai hanya mengenali namanya tanpa mengenali siapa dirinya itu sebenarnya, termasuklah Faris.
Kegemaran di masa lapang:
Hobi: Membaca komik dan melukis
Perkara yang kita perlu ketahui tentang dirinya: Amy telah berkawan baik dengan Fidzan sejak mereka kecil lagi. Mereka berdua pernah ditangkap kerana melakukan jenayah juvana. Dia hampir-hampir dimasukkan ke pusat pemulihan akhlak juvana di pinggir Kota Sendayu, jika bukan kerana Norma yang telah menggalakkannya supaya menjadi seorang pelukis yang berjaya. Dia tidak pernah berbohong dan hanya akan bercakap benar. Dia adalah satu-satunya manusia yang dipercayai Fidzan selain dari ibunya. Amy lebih suka menghabiskan masanya dengan menyendiri.
Biografi watak-watak utama novel Dua: Cinta
Nama: Cinta Anggun Jauhari
Tempat Kelahiran: Kota Tamparuli
Umur: 20
Tinggi: 175 cm
Berat: 53 kg
Pendidikan: Pelajar Seni Bina, Universiti Sendayu.
Pencapaian: Menjadi model majalah Seventeen, Cleo dan baru-baru ini, katalog Victoria Secret.
Kegemaran di masa lapang: Membaca buku-buku bersifat ilmiah, terutamanya tentang seni bina.
Hobi: Membina model bangunan 3D.
Perkara yang kita perlu ketahui tentang dirinya: Cinta bukan sahaja cantik, dia juga seorang pelajar yang cemerlang di dalam bidang akademik. Dia baru sahaja berpindah ke Kota Sendayu mengikut kedua ibu dan bapanya. Cinta adalah sepupu kepada Hana.
Biografi watak-watak utama novel Dua: Keflix
Nama: Keflix el Mawi
Tempat Kelahiran: Kota Sendayu
Umur: 23
Tinggi: 173 cm
Berat: 56 kg
Pendidikan: Diploma, Sekolah Tinggi Gronloh
Pencapaian: Menjadi juara rancangan TV realiti, Akademia! Album pertamanya habis dijual setelah hanya berada tiga hari di pasaran, lalu terpaksa diulang cetak berkali-kali semata-mata untuk memenuhi permintaan peminatnya.
Kegemaran di masa lapang: Menyanyi
Hobi: Menyanyi
Perkara yang kita perlu ketahui tentang dirinya: Keflix el Mawi memulakan kariernya sebagai seorang DJ di sebuah pasar raya di pinggir Kota Sendayu. Dia kemudian dipilih sebagai peserta rancangan No. 1 Kota Sendayu, Akademia! Lantas, menjuarai rancangan peraduan bakat menyanyi itu dengan peratusan undian SMS jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan peserta-peserta lain. Pernah Keflix terlupa lirik lalu dia terus mendiamkan dirinya sambil berdiri tersenyum di hadapan pentas – tetapi dia tetap tidak tersingkir malah, mendapat peratusan yang tertinggi untuk konsert tersebut.
Biografi watak-watak utama novel Dua: Sultanmuzaffar
Nama: Sultanmuzaffar
Tempat Kelahiran: Kota Sendayu
Umur: 31
Tinggi: 166 cm
Berat: 55 kg
Pendidikan: Universiti Sendayu dalam bidang Sastera Perbandingan
Pencapaian: Blognya dianggap sebagai blog yang paling terpengaruh di Kota Sendayu.
Kegemaran di masa lapang: Bermain permainan video hingga lewat malam. Melayari content broadband di Internet.
Hobi: Mengumpul barangan televisyen realiti dan kotak mancis dari serata dunia.
Perkara yang kita perlu ketahui tentang dirinya: Pernah mendapat Anugerah Penulisan Pelajar Terbaik Universiti Sendayu untuk laporannya: “Kesan Psikologi Peserta Rancangan Televiyen Realiti”.
sori.. aku tak sempat bace habes,
tapi dapat bace sket sebanyak…
nak tanye, novel DUA ngan SiKapitan tu ade kaitan ke?
Novel Dua dan Sikapitan memang ada kaitan. Sikapitan adalah sebuah komik yang suka dibaca oleh Faris, watak utama novel Dua.
tak bbrpa gothik / darkside kot…
hohoho, nak kena gothik ke?
teringat kampung kapitan keling
Gothic, dalam konteks ini… Ala2 dark lah. Macam Batman Begins…
Nizam, i'm done with the cover! huhuhuhuhu… i'll send u the visuals later.. err, bole showcase kat sini ker Zam?
Oh thanks! Tak sabar aku nak terimanya.
Showcase jer kat sini
haah.. tuan empunya story dah bagi green light, aku pun post la kat sini ek… kalau tak best nanti aku buat lagi… hihihiihhi.. enjoyz!
Thank Amy… Aku letak kat blog aku sekarang ye!
mana submission utk character Sikapitan nie… kalau ada yg dah siap, kasi load geng.. kasi meriah ini contest… hahahhahaha
Nanti Isnin ni aku submit mana Sikapitan yang menang…
Pergh! | Lukis, Komik, Kartun, Animasi, Games Malaysia
All information and content contained in this website are provided solely for general information and reference purposes.
By browsing this web you agree to our privacy policy.
© 2001 - 2021 All Right Reserved by Vasqtech Network Malaysia