Home › Forums › Research And Developement › Serius Idea Untuk Pergh
sewa booth tu salah satu punca income la…
sebelum tu nak cerita sikit pasal pertandingan (komik dululah, short animation lepas ni!):
kategori A (atas 18 tahun): kena hantar koleksi karya diorang dalam bentuk kompilasi (atau zine) sepanjang 2003/4 sekurang2nya mengandungi 24 keping karya terbaik (pernah publish atau belum kat mana2 mag). nanti kena detailkan pasal spesifikasi kompilasi/zine ni!
benda ni nanti akan dinilai oleh panel juri. kategori pro untuk mereka yg dah terlibat lebih setahun dlm bidang komik/ kartun ni… (mereka ni akan fight untuk pelukis komik terbaik, kartunis terbaik, blablabla…)
untuk kategori semi-pro mereka yg belum sampai setahun terlibat dlm industri ni… (mereka ni plak akan fight untuk pelukis komik harapan, kartunis harapan, blablabla…)
kategori B (bawah 18 tahun): kena hantar komik (nanti bagi spesifikasinya) sekurang2nya 6 page (mengikut tema yg diberikan). karya terbaik akan dpt join masuk komik GKA'01 yg akan masuk MBOR, bersama karya2 pelukis tip-top tanahair…!
=
untuk animationpun lebih kurang camtu jugak…
cuma kategori pro kena hantar sekurang2nya 1 tape/vcd animation at least 20 minit, siri tv yg pernah tersiarpun takpe, pilih satu episod terbaik… (this one untuk animasi terbaik, pengarah terbaik, skrip animasi terbaik, blablabla…!)
kategori semi-pro cuma kena hantar short animation 3 – 10 minit! (nanti kena bagi spesifikasi detailnya!) semua animation terbaik akan dikompilekan ke dalam satu vcd. (this one untuk pengarah animasi harapan, blablabla…)
=
selain sewa booth banyak lagi sumber yg boleh bawak income, pogee:
+ iklan dalam kompilasi komik & vcd animasi tu.
+ iklan dalam buku cenderamata GKA'O1… macam buku aim, anugerah era tu…
+ jualan kompilasi komik G'KA'01 dan kompilasi vcd animasi GKA'01.
+ yg lain tak terpk lagi… kena bincang la nanti! bila ko free? nanti aku tanya ruby sekali jumpak kat mana2!
Hmmm…. OK gak, bahagian animasi tu ko kena pecahkan gak kategori Animasi 2D & 3D.
Yuran penyertaan ko tak sertakan? just to make sure diorang bersungguh ntuk kejar hadiah…
pogee[/B]:
+ iklan dalam kompilasi komik & vcd animasi tu.
+ iklan dalam buku cenderamata GKA'O1… macam buku aim, anugerah era tu…
+ jualan kompilasi komik G'KA'01 dan kompilasi vcd animasi GKA'01.
+ yg lain tak terpk lagi… kena bincang la nanti! bila ko free? nanti aku tanya ruby sekali jumpak kat mana2!
Bagus gak mender camtu…
Yg aku fikirkan…
– perlu banyak kos (printing, CD replication dsb)
– Lagi, kena fikirkan gak ntuk buat iklan dlm VCD tu perlukan beberapa animator ntuk buat keje tu…
(Biasanya ntuk tayangan shorts diorang just view Logo sponsor diantara tayangan satu short ke satu short yg lain, diorang juga boleh submit iklan yg dah siap kalau ada laaa..)
– Ntuk maintain kualiti tayangan, animation tu kena dihantar dlm bentuk VHS-Tape atau DVD. Kalau hantar VCD, Kualiti tayangan hancus! (Kalau standard org buat Short Film Festival, pakai tape je…)
– Satu lagi syarat ntuk dipertimbangkan… Peserta perseorangan @ berkumpulan,
How 'bout animation company yg nak masuk b'tanding? kerana ini akan menaikkan nama syarikat diorang & secara x langsung kita nyer participation cert 'berharga' sbb diorang akan letak dlm profile company sebagai pemenang pertama/kedua/kelapan GKA tahun dotdotdot. PERGH! popularnye kita sebagai penganjur! salah satu marketing strategy tu!!
– banyak lagi aku nak taip ni tapi x sempat… kita jumpa ajelaa!! aku free sabtu-ahad (tapi bukan minggu ni) set laaa bila² nanti aku kompom!! PM aku…
Sampai ati korang tak ajak aku ye??…. ni apa sebenarnya ni??…. gathering ke??….kat mana ni??….projek besar nampak!~!…
ajak la aku sekali….
peAce!
pekabo-sok-kabo ..!!
mei… nak join k gak…kasik ideo yang best-best k…!!
rio….nih ade beberapa cadangan untuk intipati event nih.!! ruby setuju ngan GKA 01 cuma kasik cadangan slogan dia tambah perkataan 'kartun'. manakala tema yang rio cadangkan kat forum jiran sebelah tuh OK den setuju gak..!!
CADANGAN
GKA 01
-Gala Komik/Kartun Dan Animasi Malaysia 2004
TEMA
= PATRIOTISME
Perkataan PATRIOT= Orang yang mempertahankan atau memperjuangkan kebebasan atau hak tanahair atau pembela negara.
Perkataan PATRIOTISME= Perasaan cinta yang kuat terhadap tanahair.
OBJEKTIF
-Memupuk perasaan cintakan tanahair di dalam diri setiap individu.
-Menggalakan generasi muda mempunyai rasa kesyukuran kepada tanahair yang sentiasa berada di dalam keadaan aman dan damai.
-Memupuk jiwa dengan unsure-unsur perpaduan, bertanggungjawab, semangat cintakan negara dan perwatakkan positif di kalangan generasi muda Malaysia.
er…nih plak…cadangan utk pertandingan komik/kartun dan animasi.
BAHAGIAN KOMIK
KATEGORI PRO (Atas 18 Tahun)
1-Penulis Skrip Komik (L) Terbaik 04
2-Penulis Skrip Komik (P) Terbaik 04
3-Pelukis Komik (L) Terbaik 04
4-Pelukis Komik (P) Terbaik 04
5-Rekaan Karektor Komik (L) Terbaik 04
6-Rekaan Karektor Komik (P) Terbaik 04
KATEGORI SEMI-PRO (Bawah 18 Tahun)
1-Penulis Skrip Komik (L) Harapan Terbaik 04
2-Penulis Skrip Komik (P) Harapan Terbaik 04
3-Pelukis Komik (L) Harapan Terbaik 04
4-Pelukis Komik (P) Harapan Terbaik 04
5-Rekaan Karektor Komik (L) Harapan Terbaik 04
6-Rekaan Karektor Komik (P) Harapan Terbaik 04
ANUGERAH KHAS PENGIAT KOMIK
1- Anugerah Pengiat Komik (L) Hotlink 2004
2- Anugerah Pengiat Komik (P) Hotlink 2004
BAHAGIAN KARTUNIST
KATEGORI PRO (Atas 18 Tahun)
1-Penulis Skrip Kartun (L) Terbaik 04
2-Penulis Skrip Kartun (P) Terbaik 04
3-Pelukis Kartun (L) Terbaik 04
4-Pelukis Kartun (P) Terbaik 04
5-Rekaan Karektor Kartun (L) Terbaik 04
6-Rekaan Karektor Kartun (P) Terbaik 04
KATEGORI SEMI-PRO (Bawah 18 Tahun)
1-Penulis Skrip Kartun (L) Harapan Terbaik 04
2-Penulis Skrip Kartun (P) Harapan Terbaik 04
3-Pelukis Kartun (L) Harapan Terbaik 04
4-Pelukis Kartun (P) Harapan Terbaik 04
5-Rekaan Karektor Kartun (L) Harapan Terbaik 04
6-Rekaan Karektor Kartun P) Harapan Terbaik 04
ANUGERAH KHAS PENGIAT KARTUN
1- Anugerah Pengiat Kartunist (L) Hotlink 2004
2- Anugerah Pengiat Kartunist (P) Hotlink 2004
BAHAGIAN ANIMASI
KATEGORI PRO (Atas 18 Tahun)
1-Konsep Olahan Cerita Animasi Terbaik 04
2-Rekaan Karektor Animasi Terbaik 04
3-Pengarah Animasi Terbaik 04
4-Suara Latar Animasi (L) Terbaik 04
5-Suara Latar Animasi (P) Terbaik 04
6-Lagu Tema Animasi Terbaik 04
7-Muzik Latar Animasi Terbaik 04
KATEGORI SEMI-PRO (Bawah 18 Tahun)
1-Konsep Olahan Cerita Animasi Harapan Terbaik 04
2-Rekaan Karektor Animasi Harapan Terbaik 04
3-Pengarah Animasi Harapan Terbaik 04
4-Suara Latar Animasi (L) Harapan Terbaik 04
5-Suara Latar Animasi (P) Harapan Terbaik 04
6-Lagu Tema Animasi Harapan Terbaik 04
7-Muzik Latar Animasi Harapan Terbaik 04
ANUGERAH KHAS PENGIAT ANIMASI
1- Anugerah Pengiat Animasi Hotlink 2004
err…rio nak tanyoo sat….komik 24 muka surat tuh wakil untuk berapa tajuk cerita komik..??? kalo 3 artist komik karya 1 tajuk cerita bersamaan 8 muka surat tiap seorang hantar karyo…!! err kalo 1 tajuk kena ada 24 muka surat bermakna untuk 3 artist komik jumlahnya 24 muka surat x 3 tajuk (3 orang artist) jumlah = 72 muka surat…kalo kompilasi/zine kena tambah muka surat lagih nih..!! SIla kasik info jelas lagih..!!
p/s Silo TUlung Tunjuk Ajooss..!! ArigatoTrimas..!! esok sambung cadangan lagih k..!!
edit lagih
MALAM ANUGERAH GKA 01
BAHAGIAN ANIMASI
Kategori Pro (18 Tahun Ke Atas)
Animasi Terbaik 04
Pengarah Animasi Terbaik 04
Skrip Animasi Terbaik 04
Rekaan Karektor Animasi Terbaik 04
Muzik Animasi Terbaik 04
Kategor Amatur (18 Tahun Ke Bawah)
Pengarah Animasi Harapan Terbaik 04
Skrip Animasi Harapan Terbaik 04
Anugerah Khas
Anugerah Pengiat Animasi GKA 01
BAHAGIAN KOMIK
Kategori Pro (18 Tahun Ke Atas)Komik Terbaik 04
Skrip Komik Terbaik 04
Pelukis Komik Terbaik 04
Rekaan Karektor Komik Terbaik 04
Juruwarna Komik Terbaik 04
Muzik Animasi Terbaik 04
Kategor Amatur (18 Tahun Ke Bawah)
Pelukis Komik Harapan Terbaik 04
Skrip Komik Harapan Terbaik 04
Anugerah Khas
Anugerah Pengiat Komik GKA 01
Fanzine Terbaik GKA 01
p/s :sengih:
hoh! bagus ruby tapi tak baca detail lagi nih! tak boleh balas sms,prepaid abis!
17 hb ni jadik la… tapi tolong ingatkan saye dulu pada 16 hb tu! takut lupa! tolong ye!
nak baca dulu… kejap lagi komen!
How 'bout budget perlaksanaan?
Meaning, perancangan kewangan utk perlaksanaan event nih.
Untuk itu, please specify :
– Venue cadangan
– Hadiah cadangan utk setiap anugerah, cenderamata, saguhati dan dotdotdot…
– Tenaga kerja yg diperlukan cthnya:-
— berapa org petugas khas dan am (slia nyatakan tugas khas cth: peralatan, makanan, ..dll)
— berapa org judge/pengadil.
— berapa org bouncer/security (untuk kelancaran program)
— pengacara majlis.
— …dll
– Audio & video system (utk pengumuman & tayangan…layout design please)
– jumlah Booth dan cadangan tapak (sertakan layout designnya)
– Cadangan aturcara majlis
– Cadangan promosi
— iklan TV/radio
— poster, majalah
— penerangan & promosi
— merchandise
— …dll
– Cadangan² lain yg memerlukan belanja.
Pasal harga, aku bleh surveykan kat beberapa kawan aku yg biasa buat event management utk dptkan kos paling murah dengan kualiti yg bagus.
satu cadangan yang amat baik… tapi bersediakah kita?
oo.. susah nak jawab tu.
aku tak dapat bayangkan kalau anugerah ni jadi, Rio la yang jadi tukang cakap.. hahaha.. 😆
ape2 hal pun siapkan perghzine dulu, aku rasa bende ni lebih utama sebab bukan ke artwork dah ramai yg submit dulu? print je la.. dan jual secara online atau pos melalui pergh ni.. aku rasa itu langkah pertama sebelum menuju ke perancangan Maha Bagak si Rio tu..
jom support bende ni biar jadi.
cess… nama aku antara yang terawal ko sebut..
bile event nih kome nak wat? dlm tahun nih gak ker?
iya.. aku pun masih tertunggu2 perghzine tu
kat setahun dah kot… bz lagi ya?
iskh.. dah lebih setahun ako tak jenguk thread nih… kurang sihat la skang, kena santau… hehe!! :pompom:
aku nk join tapi tak tau nk buat ape … kalo nk mintak tolong ckp arr .. kalo bole tolong aku akn usaha .. rase terharu gilerr dgn cadangan ko .. isk isk …. HIDUP PERGH!!!
errr….tumpang tanyer….
yang dah tua bangka macam aku nih boleh ker join..?? aku dah atas 18 tahun nih….tak bleh join ker?? bila pertandingan nih nak start…?? dah start ker?? kat sapa nak dihantar artwork ni nanti..??
Ah-Ha rasa-rasanya memang boleh teruskan idea nih untuk PEKOMK KOMIKON 2009…..TETAPI kena pilih juga kategori yang BEST untuk Acara ANUGERAH PEKOMIK kat PESTA BUKU 2009!
Apa-apa pun semua yg dilistkan tuh hanya cadangan semata-mata….boleh olah ubah suai balik….ok!
p/s Mungkin kena tambah idea Kategori Pengkritik Komik kot…hehehheh
Ah-HA …MISI SELESAI…Jumpa kita kembali di PeKOMIK KONVENSYEN PART 3 dan ANUGERAH PeKOMIK 2010 (AP10) :wink
p/s SELAMAT BERKARYA BEBANYAK dan SELAMAT MAJU JAYA!
Ah-ha lepas nih den ada PERHITUNGAN yang perlu diselesaikan dengan filem pendek pergh.com tuh hehehehhee….BERSEMANGAT!
khkehe.. a'ah Ruby. apa chite filem pendek pergh tu?
mana pegi tuan tanah projek tu?
:hoye:
dr page 1 smpai page 8 aku bc …. inikah kesudahannya… :argh:
Pergh! | Lukis, Komik, Kartun, Animasi, Games Malaysia
All information and content contained in this website are provided solely for general information and reference purposes.
By browsing this web you agree to our privacy policy.
© 2001 - 2021 All Right Reserved by Vasqtech Network Malaysia