Home › Forums › Research And Developement › Serius Idea Untuk Pergh
icesoul – draf ruby tu lebih kepada compitition rasanya, yang ni event, dah eloklah kalo compitition tu di sekalikan dlm event!
blacksheep – takde komik lain skang yg boleh bagi kejesama selain umbra (rasanya!)… publisher lain mesti letakkan profit untuk diorang dulu sbg keutamaan!
madhatter – aku rasa anugerah tulah jalan terbaik kalo nak jadikan penutup event ni… tak melibatkan kos yg keterlaluan pasal aku rasa just bagi trophypun dah cukup bernilai bagi penerimanya. ni untuk menyedari org lama atau nama2 besar dlm bidang komik ttg kewujudan pergh. cuma mungkin 1st edition ni kita takyahlah buat banyak kategori sgt, diselangselikan anugerah tu dengan keputusan pemenang compitition anjuran pergh!
geng animasi tu untuk meramaikan lagi komuniti ni, mmg keutamaan diberikan kepada komik! kalo kita tgk kat jepunpun komik & animasi mmg berkait rapat, dua2 dapat perhatian serius dari kementerian kebudayaannya! kementerian kebudayaan jepun melalui kedutaan mereka kat sinipun banyak support program/event kartun yg diadakan kat malaysia, selalunya mereka contact pekartun!
aku cadangkan event tu jun 2004 supaya rasa debarannya, kalo letak hujung tahun takut semua taknak fikir serius lagi… lambat lagi! tapi tarikh tu boleh dianjak kalo tak sempat… cuma yang pasti tetap dalam 2004!
ya, langkah seterusnya ialah menggerakkan UMBRA dan kroniqkomik….gunakan kedua-dua komik ni sebagai platform…yang dah keluarkan fanzine/ug boleh lah advertise dlm Umbra dan kroniqkomik, kot.
Yeah betul tu…sama2 bagi idea power2 kat Umbra…umbra boleh membantu nanti
Rio-takpe,start ngan umbra and pergh jer dulu…zine2 cam MAAO ngan megi itik takkan takleh tlg kot…..
majalah alwan aku boleh gak membantu…
tp nak promo apa ni?? nak promo event ni ke?
atau nak promo zines??
aiseh… kalau buat jun 2004 melepas le aku… :unsure:
hah! saje aku nak tunggu 4 reply dulu baru nak ngarut balik!
saja nak tengok geng pergh lain bersungguh tak ngan idea ni! kalo sambutan kurang maybe aku nak bagi idea ni kat abg adzlan (MCP – malaysia cartoon parade) je buat! tapi definisi 'komik' akan jadik kecik la kalo dapat kat MCP, pasal diorang masih rasa lawak semata2 tu relevan lagi kat alaf ni!
yap… aku lupa zine cam alwan, megi itik, kopi, maao, etc boleh gak membantu!
aku nak tanya ruby, admin, mods & semua warga pergh…
amacam kalo pertandingan komik pelbagai genre, loose, poster, cover, etc disekalikan ngan pertandingan zine? maksudnya dalam setiap penyertaan zinelah dimasukkan komik2, poster,etc tu. kalo pembuat zine larat nak sertai semua kategori, buatlah semua masuk dlm zine diorang! tapi saiz artwork ori biarlah dalam a3 supaya lebih cun untuk tujuan pameran! artwork terbaik setiap peserta aje yg akan terpilih untuk dimasukkan dalam perghzine versi khas untuk MBoR!
ah, blank… bagi la idea geng!
kebanyakan status fan megi itik aku masih kabur kerana pesanan yang aku terima (melalui pos) aku tak kenal sangat, . kalau member pergh biasanya mereka bagitau nickname diorang! apap-apahal pun aku sekadar mampu buat iklan je.. bidangan fan megi itik bukannya besar sangat tapi paling kurang mereka yang bukan peminat komik pun boleh tau pasal ni….
aku masih mennatikan kedatangan himpunan koleksi bakat baru gempak 2002.. aku dapat rasakan maksud RIO di atas adalah untuk mengumpulkan kesemua artwork terbaik dalam penyetaan itu nanti, sama macam cara kroni gempak buat sekarang! good idea!
venue Rio dah tawarkan untuk bantu.. dari segi promosi aku rasa Rio dan beberapa member yang lain ada caranya.. cuma budget!!!! agak kabur skit..
mungkinkah ngan cara ni aku akan finally melukis komik?? paksa aku wehh! aku malas! 😆
bernas2! teruskan usahaaaaaaaa maju majuuuuuuu!
**bior lambat, asalkan planning btol2, and menjadik.
Umbra ni dua orang je, aku dan Nurie.. yang lain semua freelance jadi aku tak boleh cakap bagi pihak diorang.. Takat nak promosi, no problem, boleh gak selit iklan tu providing dah confirm info nya.. tapi kalo budget tu hehehehe, ko pun tau aku dah kering sikit ni.. baru tukar kerja..
Pepehal nampak menarik.. Boleh pujuk/promote kat budak2 yg datang tempat kitorang.. Idea buat masa ni aku blank lagi.
Dalam masa yg sama aku nak offer banner-space untuk iklan2 promote zine. jugak.. buat masa ni free laa… especially untuk contributors umbra. Memang aku galakkan diorang buat zines.. Contoh banner cam iklan Taekwondo kat cover belakang umbra#5 tu.. Pergh.com dan pergh-zine nak iklankan pun boleh jugak. 😆
bukan ape
kalu bikin tengah taun
aku x sempat nak join
kalo event dibikin ujung taun bole la aku tunjuk muke skit
lagipon aku rase ujung taun ramai bebudak cuti
bebudak U balik kampung,kepala lapang assignment abis
bebudak skola lepak umah,kepala lapang takde homework
kalo korang nak buat untung/ nak dapat duit sket cam caj orang bayo ke,
and korang nak orang besar2 join skali tapi jenis yang tak pentingkan bayaran lak ko rase ade ke orang nak join? [_[
kalo tak silap….peserta biasanya ada yang individu ngan secara team werk…..jadik kalo masuk sekalih dlm fanzine….ruby tak tahu lah camne nantih..tak dapat imagen :blink: ….ok ke tak cadangan tuh ….target tak membebankan peserta atau sebaliknya…!! sat…fikir sat lagih….
p/s sila tulung tunjuk ajoosss….!!! ArigatoTrimas!!
aku masih mennatikan kedatangan himpunan koleksi bakat baru gempak 2002..
dah tengok dah… dekat 30 artis jugak kat dlm tu… kita punya event try himpunkan sampai 100 org!
kalo event dibikin ujung taun bole la aku tunjuk muke skit
cadangan bulan jun tu boleh dianjak lagi… saja cepatkan dulu. pasal kalo terus tetapkan akhir tahun, semua tak bersungguh pasal fikir lambat lagi!
and korang nak orang besar2 join skali tapi jenis yang tak pentingkan bayaran lak ko rase ade ke orang nak join?
aku kurang paham join dari segi apa? sumbangan artwork ke join event tu nanti? kalo sumbangan artwork aku rasa boleh ikhtiarkan; aie, aedes, & beberapa org lagi yg aku kenal jenis senang berkira! tak payah tetapkan syarat kena buat camana, ikut ikhlas diorang je setakat mana nak support event ni. lagipun pergh berkecuali, cam ngo jugak la! 😆
kalo yang dijemput join event mungkin bolehlah bagi sikit token, ikut budget la! kalo ada sponsor lebih boleh
bagi lebih! itupun kepada yg jayakan acara dlm event tu je… macam yang join forum, bengkel, juri pertandingan, etc.
camana kalo tetapkan kompeni besar (moy, gg, pkk, gempak, kawan, aas, etc) yg berminat nak join kita kenakan bayaran penyertaan dlm RM3,000 misalnya. yg bayar & sertai je majalah & artis diorang akan masuk pencalonan dalam anugerah tu nanti! bayaran tu pulak dipakejkan dengan sebuah slot gerai untuk diorang buat promosi & jualan produk diorang! juri anugerah tu kena cari artis berkecuali la… cam zoy, zbh, lat, dr.mulyadi, tatsun, etc.
kalo tak silap….peserta biasanya ada yang individu ngan secara team werk…..jadik kalo masuk sekalih dlm fanzine….ruby tak tahu lah camne nantih..tak dapat imagen
ok ruby… saye akui silap ngan cadangan saye lepas, pasal tak semestinya yang nak masuk pertandingan tu kena buat zine! sedikit pembetulan: mungkin peserta pertandingan komik boleh gak memasukkan artwork diorang dalam zine, kalo diorang turut sertai pertandingan zine (relevan tak?).
okeh! at least next 4 reply!
apekate buat tarikh tutup bulan jun
pengadilan bulan august-september
pastu printing bulan oktober
november start kerje utk event
disember kemuncak
amacam?
im following… im following… aku rasa kalo proposal strong, kementerian (taktau yg mana) boleh support kot… pelancongan duit byk..
kementerian BUDAYA dan sukan. hishamudin tun hussein onn is all green for this kinda stuffs. that's if u can get through all the people who suck-up to him 😆
kalau kita nak proceed besar2an dengan benda ni, he's the man. now we just need to know how to get to him….
aku no problem punyo….
masalah aku skang sibuk jer…..tapi aku pun nak sumbangkan jugaklah…..
kalo kira baru 3 reply pasal aku nak abaikan reply grind!
kitorang nak idea grind, bukan sekadar support!
disember kemuncak
kalo majoriti sokong disember, disemberlah! 😆
aku rasa kalo proposal strong, kementerian (taktau yg mana) boleh support kot… pelancongan duit byk..
pasal tu nak bincang kat sini dulu, lepas tu bawak ke meeting, pastu baru dicompletekan proposal oleh ruby (cian ruby… asyik dia je)!
kementerian BUDAYA dan sukan. hishamudin tun hussein onn is all green for this kinda stuffs.
kementerian BELIA & sukanlah,aza!
haah… akupun nampak peluang kat kb&s pasal diorang belum ada program khas berkaitan ngan komik bawah rakan muda. k.s&perlancongan sibuk nak support artis bollywood dtg sini je!
Kalo nak budget kecil sikit korang boleh cuba belia 4B.. Beberapa tahun dulu aku ada organize tournament Taekwondo interclub dengan tajaan diorang, dapat RM5000 dari belia 4 B, masa tu aku kebetulan kenal setiausaha kawasan tu… kene buat kertas kerja dulu, tapi cukup senang nak dapat approval.. cuma nama diorang akan masuk dalam AJK projek… Kawan aku si Roslan tu pastu kene transfer Sabah, jadi sekarang takder contact la…
Kita boleh kategorikan projek ni cam projek untuk belia/rakan da jugak kan, boleh tambah lagi buat seminar komik (untuk diorang yg berpengalaman cam Rio , Flyz, Yurie atau geng UC), buat projek contohnya “Ekspressi remaja melalui penceritaan komik “, pastu boleh ajak sekali orang2 besar cam Aie, Ubi, Ades, Ujang untuk bagi seminar tentang teknik2 komik… cam karnival sure heboh TV3 tu. dapat 20-30 participants pun boleh, aku sure pergh members saja dah cukup banyak… hujung tahun buat kemuncak projek cam Rio cakap tu.
Rasanya kalau kena approach dan proposalnya mungkin boleh approve… Dulu aku buat kecil2an jer, peringkat daerah, meliputi jangkamasa 3-4 bulan dan 2-3 event kecil, sebelum final.. Cuma nak tulis laporan lepas projek tu yg pening…
Sayang sekali aku terikat dengan kerja..
mengenai pakej bayaran penyertaan syarikat besaq tuh ok gak….kena kasik buat senarai rangka PAKEJ RM 3000 tuh dengan tepat….iaitu dari segi berapa orang nama peserta, berapa tajuk penyertaan artwerk komik/kartun dll, dan jumlah gerai yang ada dalam pakej tuh …!!
Cadangan Pakej Khas :
-3 Orang Penyertaan bagi Kategori Fanzine
-3 Orang Penyertaan bagi Kategori Penulisan
-3 Orang Penyertaan bagi Kategori Melukis Komik
-3 Orang Penyertaan bagi Kategori Melukis Kartun
-3 Orang Penyertaan bagi Kategori Melukis Reka Watak Komik/Kartun
-3 Orang Penyertaan bagi Kategori Melukis Mega Poster
-3 Orang Penyertaan bagi Kategori Melukis Karikatur
-6 Gerai (1 Gerai ada 2 Meja dan 2 Kerusi disediakan)
-Tempuh tapak gerai ialah selama tempuh awal hingga akhir pameran (event)
p/s lebeh kureng camtuh lee cadangan lisan…adakah mereka puas hati atau bebaloi kah…..dgn pakej tuh…!! Syarat-syarat pakej khas hanya dikhususkan kepada syarikat-syarikat penerbitan yang disebut rio tuh….harap maklum!! Tiada Bayaran bagi penyertaan peserta umum (yang tak terikat dalam mana-mana syarikat yang dicadangkan nantih…!)Err….apoo pung cuba lis kan dateline untuk siapkan paperwerk event tuh sepantas yang mungkin…sebab mungkin banyak perkara perlu diedit nantih….!! ….ubder…muh buat paperwerk event teko tuh camne yerk….boleh kasik den contoh copysnyoo….kalo ade meeting bila-bila nantih k…!! Sila Tulung Tunjuk Ajooss…!! ArigatoTrimas…!!
Err….paperwerk pertanding kat forum sebelah tuh dah diedit sikit….Sila kasik komen k…!! :sengih:
nih untuk apa nih…..??
peraduan ker??
grind, kalau malas nak baca dari mula, jangan reply dalam forum “serious projects” ni.
betul kata ko, ubder… kalo yg ali rostam pegang (belia 4b & negeri melaka) senang nak dpt sponsor asalkan event tu menaikkan nama diorang. kalo event tu nak diadakan di melaka aku berani jamin boleh dapat dalam 20-30k dari ali rostam, asalkan ada rakyat negeri melaka sebagai salah sorang tenaga utama. tapi tak best la pula kalo 1st event diadakan kat melaka, tapi belia 4b mungkin kita boleh cuba!
aku cadangkan nanti ada dua acara ilmiah dlm event tu nanti; forum/seminar yang mungkin kita jemput 3 atau 4 org panel drp pelukis komik pop & individu yg terlibat serius dlm komik, sapa gengpergh yg volenteer nak jadik pengerusi? topik yg ubder cadangkan cun jugak tu!
satu lagi bengkel, mungkin boleh kenakan sedikit bayaran kepada sesapa yg nak sertai bengkel tu… bagilah sikit token kat tenaga pengajar! aku rasa geng pergh nipun ramai yg boleh jadik cikgu sementara!
ruby…
rasanya bayaran penyertaan rm3,000 tu kita kenakan kat syarikat besar je… ahli pergh mungkin boleh bagi kelonggaran sikit kot, limited space! kecualilah diorang ada produk banyak sgt nak jual!
Aku ngan member aku baru jer pegi sembang2 ngan pegawai belia daerah kat tempat aku nie kelmarin. Takdela sembang pasal komik convention (?) nie tapi were just talkin about general kementerian stuff. Aku rasa kementerian belia sesuai kot sbb Hishamudin pun nak promote2 aktiviti2 baru kat remaja. Xtreme sport pun govt dah support. Inikan pulak komik yg modal tak seberapa nie. Kementerian2 nie punya peruntukan memang gila2 punya byk.
Member aku dulu kerja kewangan negeri, dia cakap duit (esp peruntukan utk bumiputra) di bawah kerajaan negeri sendiri berlambak2 sampai taktau nak bagi kat sapa sbb tak dak sapa mintak. Ramai yg taktau pasal kemudahan yg kerajaan kasik. Tak tanya, memang taktau la.
Kementerian kesenian aku taktau la camna citer. Asyik buat rumah terbuka tak habis2. Kalo korang buleh yakinkan diorg kebaikan komik kepada pelancongan, bolehla kot. And Aza, it is Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Pelancongan. The other one is Kementerian Belia dan Sukan. Apa pun, yg penting proposal kena strong dan kena ada org2 yg terbukti berpengalaman dlm bidang nie. Aku rasa tu jer syarat yg utama. Korang pun byk yg experienced kan. Tapi macam Aza cakap ler, kalo korang boleh go straight to the higher ppl rather than goin thru all the suckers, better la. Diorg nie yg melambatkan proses!
Masuk bab2 menteri nie, kena ada protocol committee pulak lah ye? Tak reti aku sumer nie…
oh bloody hell…
just get hishamuddin on the line 😆 😆 😆
camana boleh tersasul ni? anyway, aku akan try contact bapak aku, tengok dia ada directline on this kinda project tak.
event buat kat melaka best gak Rio, jadikan Melaka sebagai tempat sejarah pergh… camna mods??
manalah tahu kita dapat ramai peserta baru dari org Melaka… boleh lihat dan lawat muzium negeri sekali….
oyeah melaka
o yeah oyeah (kataku sambil menari)
bagus tu sbbtempat pun x de la sibuk sgt
dan org pon sumer tau
betul gak buleh la sambil tu
cari bakat2 baru dr melaka
sambil promot komik2 tempatan ni.
(pastu buleh le kite ramai2 makan ikan bakar )
tapi kalu mau buat dimelaka kite kene kaji gak pattern membace org2 melaka ni
pastu kite boleh nampak apekah bende yg bakal menarik perhatian mereka terhadap
errr gathering/pertandingan/konvensyen pergh ni.
Assalamualaikum…., huih….berair mata aku baca isi dalam tpik ni….., cayala Rio…., aku nak jadi adik kandung ngko boleh…hehehehe….., aku memang suka kalo ader org nak cuba buat bender baru…., pasal idea Rio ni memang best…, aku dah lama nak tgk award khas untuk industri komik…., kira ceremony ni third party ar…., takder pihak mana2x, kira award ceremony ni menghimpunkan semua komik2x kat malaysia, pastu rakyat malaysia mempunyai hak untuk mengundi.
Oklah, aku ader cadangan ar…., cuba lihat aper yg berlaku kat Nokia Firstshot, ia merupakan competition AV. Cuba kita olah dari AV ke komik, tak pun cuba bygkan majlis seperti anugerah ERA tetapi hanya melibatkan komik. Aku tengok sekarang industri komik dah berkembang di malaysia, apakata kalo kita buat competition komik antara sekolah,universiti dan terbuka….
Syarat2x dlm fikiran aku:
1. Penyertaan berkumpulan
2. Setiap sekolah/universiti/terbuka hantar sebuah majalah komik yang diorang buat
3. Tak kisahlah hasil kerja diorang binding ker, stepler ker…. yang penting kandungan komik diorang ngan
konsep….
4. Nanti kita tolong diorang bukukan lawa2x
5. Aku rasa cara ni mungkin dapat bantuan dari kementerian pendidikan sebab komik pun cabang masa
depan pelajar.
Tak taula idea aku best ke tak….tapi best gak kalo dapat tgk hasil kerja antara universiti awam atau swasta battle buat komik…..hehehe…..
eloklah cadangan butetgra, untuk pengetahuan semua ada satu publisher buku rujukan sekolah dah buat Komik Sejarah untuk Tingkatan 1..kawan baru belek2 buku tu…ini peluang kita manalah tahu kita boleh masuk line dan buat freelancing dalam bidang ni.
tak pun…., jadikan benda ni sebagai salah satu daripada aktiviti kelab kat sekolah atau ipt maner2x….macam kelab lukisan ker….,kelab seni ker…., ni aku tengok….asal kelab lukisan jer kena lukis pemandangan ngan potrait muka orang jer…, melentur buluh biar dari rebungnya
Pergh! | Lukis, Komik, Kartun, Animasi, Games Malaysia
All information and content contained in this website are provided solely for general information and reference purposes.
By browsing this web you agree to our privacy policy.
© 2001 - 2021 All Right Reserved by Vasqtech Network Malaysia