Home › Forums › Research And Developement › Selipar Tuju Oleh Iktimera
[attachment tidak dipindahkan semasa pemindahan server]
mak datuk!
adussssssssssssssssss….
meleleh air mata aku tgk…
congrats star
cool. animasi ke? komik ke? cerita main baling selipar ke? aku tatau nama official dia “selipar tuju”. care to give explanation encik bintang?
cerita ni panjang berjela lah bole dikatakan kalau 60 episod pun tak abis. teknik animasi ialah mix media. kalau orang kata media dia guna charcoal campur pencel campur acrylic, flash, 3D animasi dan sel 2D animasi dibuat dalam satu cite animasi ini. macam gua ni sentiasa beri peluang kat sesiapa pun , gua ditugaskan bagian Pre pro , bersama gua ada 4 orang yang bakal melaksanakan smoothnya cerita ni , manakala bebudak MMU ni dengan kepakaran mereka akan melaksanakan apa yang difikirkan positif dan bagi gua mereka dalam eksperimen bagi yang terbaik dan apa yang mereka percaya secocok untuk animasi ni , sebagai tukang karut gua pastikan kepercayaan diberi oleh bos gua bagi memimpin bebudak ni , tapi kreativiti bukan gua bentuk ia hadir dari bebudak tu sendiri, itu baru prosesnya, termasuk lagu dalam animasi ini star compose dengan pemuzik yang berpengalaman , skrip dengan seorang yang banyak membabbitkan diri dalam bidang penulisan skrip , tenaga kerja jangan cerita laa , namanya pun bebudak MMU , tak yah nak crita laa. Gua pulak suka nonton apa yang terhasil sambil makan kacang…
Oklaa , tentang critanya , gua nak crita pun susah tak crita pun susah , senang crita , Shaman king campur , Masked rider 555 campur power rangers , campur visionaries , campur gen 13 , campur wild cats , campur x men campur melayu yang ada pada gua , maka jadi lah Selipar tuju , kalau lu nampak karakter kat bawah tu beerti mereka adalah pemilik selipar yang pernah ditinnggalakan oleh wira-wira selipa , manakala kalau diatas tu adalah aura yang ada pada setiap selipar, dalam komposit diatas gua cantumkan kesemua cerita dalam satu musim sejarah selipar hingga keanak muridnya, namun bukan semua gua bakal tunjukkan dalam musim pertama , Guru-guru pada selipar tersebut dan logiknya selipar dipakai sekarang serta sejarahnya , akan gua bongkar dalam siri terakhir , jadi gua kena jaga kesihatan , dan doa banyak2 moga panjang umur , sebab gua nak juga nonton crita ni….
pada mereka minat lagu-lagu rock ada unsur lagu seperti itu , tapi tak semua , kerna ada lagu blues , ada dangdut , ada tamil , dan semua berbentuk melodi yang mudah didengar dan dinyanyikan , ia hadiah pada peminat animasi , tak tiru lagu yang dah ada , semua ciptaan dibuat khas untuk animasi ini , dan dimainkan oleh sebuah band yang dah ada 3 album bersama jurutera bunyi yang hensem duduk kat ampang ada motor kamen raider. ( dah jual kot motor tu ) jadi gua nak sanagt buat terbaik , tak nak guna soundtrack curi-curi dan gua nak buat sesuatu yang gua tak dapat buat waktu dulu dalam animasi ,
namun ini semua terimaksih pada bos gua iaitu Amir serta Directornya Zahir , Producer Matni , Dan tenaga kerja yang gua tak suka dengar suara diaorang yang tak sedap kalau nyanyi, namun kerja diaorang bagi terbaik, tujuan gua bukan nak promote atau nak buat undian , siapa animasi terbaik , dan gua pun bukan takut saingan , sepanjang karier gua . gua percaya ada orang lebih hebat dan kita sentiasa beri terbaik dalam hidup yang tak lama ni , so jaga kesihatan dan makan benda halal , moga murah rezeki masing2 tak iri hati , dan seronok bekerja dalam bidang animasi atau pun bidang komik tak kiralah , sikap hormat menghormati kena ada. Usaha tangga kejayaan.. beb!
wah lauu… best2.. care to give some xplain sket.
komen aku.. ermm 1st terasa aura cite lawan.. crashgear, yoyosuperapatah, citegasingapatah.. etc etc 2nd kalo selipar tuju bukan ke patut logo dia ada unsur selipar? @ law tukar skit guna bola? atau camana?
mcm best nih.. mmg best pun
::edit::
aiseh aku baru post ko dah post dah.. ermm x yah jawab la soklan aku tu.. heh
Wopppp…wopppp……stoopp…stopppppp!!!ini sudah melampau nii!!
Ha sebut pasal panjang umur…ko kena selalu merenung buah dada wanita… 😆 Tapi kalau kena tampar gua tak nk tangungjawap.
:pergh:
Cun hehe
hebat … memang hebat..
bila agaknye production tu akan bermula?
Matni producer? lol … have fun !!!
star ko ex mmu gak ker? cakap kat zahir aku x join team dia kot … haih x leh decide
btw nk jual kt sape citer ni ?
# kim salam setan2 kat sana haris, mukeh, arip, marani, zahir, ame, matni
nope im not ex mmu, cuma ditugaskan sebagai pereka konsep dan bagi bimbingan dari sudut mereka letak background , nama karakter, tempat , sejarah cerita , namakan semua karakter dan sejarahnya , asal usul selipar , kenapa ujud selipar yang ada power bak kata dari a sampai z , u name it i go it , maka setelah tanggungjawab diberi maka aku buat skecth penuh kat diding yang hampir panjangnya ngan pudujail , taip skrip, karakter design kan mereka, tempat diaorang akan lepak , diaoarang sekolah kat mana , jadi datang juga karakter dari norway , afrika , japan , australia dan india maka aku kena buat sejarah dan ikut logik. dah siap aku namakan setiap karakter yang ada , lallu hampir sebulan tidur bawah meja maka , production start , aku dah skecth hampir 13 episod , storyboard dah tujuh , thumbnail skectches belambak tak terkira , lagu montage dan penutup gua dah reka dan lagu lagu utk 13 episod dah ada dalam kepala otak , budak-budak lain dah masuk episod empat dan semuanya dalam pre-pro aku masa sebulan, dan sekarang hampir 5 bulan masuk 4 episod , , ada usaha dan jalan nak tengok budak Iktimera gembira dan bos dia tak salah pilih aku sebagai pereka konsep dan idea.
akhirnya khabar angin telah tersebar…dah ianya satu kenyataan sekarang!! :pergh:
nampak pun mcam best ni…. 😆
salut dan congrats untuk star dan 4 budak MMU kerana berjaya mengusahakan animasi Selipar Tuju..
teringat permainan dolu-dolu…
dolu-dolu mana PS..
main gasing
main guli
selipar tuju
main dek cok
main galoh panjang
main polis sentri
waaaaaaaaaaaaa…. kemas je… aku suka la…
Apa jua soalan akan cuba gua jawab , lama tak lama bagi gua sehari itupun jika tak seminggu dari tarikh yang kalian buat soalan, elok juga jika gua jawab melalui soalan yang ditujukan mengenai animasi ni , kerna tanpa pertanyaan maka gua tak berkembang ilmu kalian pun tak dapat info, jadi dalam setiap episod selipar tuju gua selitkan apa yang gua faham tentang selipa yang ujud dan kita pakai seharian , serta kegunaannya , angle shot serta frame to frame gua banyak buat cut to – cut to , tak banyak fade dan wipe out , jadi biar orang dapat rasa tau-tau habis dan nak tau cerita seterusnya. terimakasih kerna singgah sebentar dan melihat “frame terakhir dalam montaj Selipar Tuju”. ini semua berlaku mungkin kerna aku minat baca komik dan tidur atas timbuanan komik sejak umur 5 tahun , cuma aku serius melukis umur 18 tahun kerna dari 16 hingga 17 tahun aku tak dapat nak lukis figure kerna banyak buat thypography. jadi rasanya kalian lagi bagus sebab dari kecik dah pandai melukis. serius blajar figure umur 19 tahun… itu melalui penthouse comixxx
hehe another comic collector ni,
wah sampai tertidur di atas timbunan komik…
patutla komik2 tu meresap ke dalam jiwa ko star sehinga sebati
ko telah berjaya menjiwai sehingga berjaya jadi key animator…syabas
penthouse comixxx? penerbitan luar negara ke atau comic online ni?
nak tahu…boleh cerita serba sedikit tentang penthouse comixxx
Hmm…. Aku kenal dgn CEO iktimera ni… Nama dia Amir Rahzan Abd Majid kan? :sengih:
Gua bukan komik collector , mana yang kenal gua mesti bengang pasal gua bukan suka simpan , jika simpan dah buat perpustakaan dah , cuma suka baca hingga gua dah puas baru gua start fikir apa yang gua patut buat dengan bertahun jadi pembaca komik , gua hafal todd mc farlane makan apa waktu dia melukis , gua tau sejarah jim lee masa dia buka wildstorm jadi dari situ gua fikir tak terlambat nak jadi pelukis komik , tentang gua tidur atas komik tu ialah sewaktu umur gua 5 tahun , tuan punya kedai bagi gua lepak tak kira bila bila pun , masa tu lampunya pun gasaoline lagi , komik komik yang ada pada masa tu ialah keluaran malaysia ,, indonesia dan juga marvel serta Dc, semua komik zaman tu hitam putih , sebab tahun 1978 perkara tu berlaku , bertimbun komik , yang gua kenal karakter gua suka zaman tu ialah captain nova , daredevil leepas tu baru gua kenal spidey dan hulk. masa tu komik indonesia bayak sangat. betul juga jika gua dapat simpan kan best , tapi ini semua kuasa Tuhan , bukan gua boleh patah balik zaman tu , cuma apa yang gua tau , gua cekap tangkap plot dan frame to frame , page too page , dan dan sesetengah artist kita suka tiru frame dan position komik yang diaorang suka , jadi gua tahu komik mana yang diaorang tiru, gua stop komik waktu gua masuk advertising tahun 2000 , jadi dah hampir 4 tahun gua tak usik komik, dan gua tau masa madureira lukis dead pool tu gua cakap ngan boss kedai komik , suruh beli banyak2 hasil Madureira sebab nanti dia terkenal, sekali lagi gua diberi kunci bilik kedai komik dan tidur dalam kedai komik waktu tu umur gua 25 tahun selama 2 hingga 5 bulan la jugak. kedai komik tu kat subang jaya , jadi bertapa dalam kedai komik berlaku dua kali. lepas ni gua nak tidur dalam kedai komik penthouse la pulaaakkk :rolleyes:
maka serba sedikt yang terlekat ingatan gua ambil sebagai inspirasi , mcm gua bagi tau , minat gua membaca bukan nak jadi seorang komik artist sebab cita-cita gua nak jadi ustaz.. X-( namun dimana ada kemahuan disitu ada jalan, akhirnya terbaru muncul lah selipar tuju utk gua solve problem ni sebab mula-mula dapat cerita ni fokus pada permainan tradisi saja , dah otak gua laju dan berdesup suka solving by graphics style maka sebulan tu selesai masalah Iktimera.
Berbalik pada ingin tau ujudnya komik penthouse comixxx, isi dalamnya dilukis hebat oleh pelukis dari marvel , dc , dark house dan juga artis terkenal yang lain , gua dah tak simpan namun gua ingat pelukis dan cerita adult mana terbaik, masa tu jika milo manara ada, dah tentu dia yang pukul dengan butterscotch nya namun pelukis yang lukis tu adalah mereka yang dah biasa lukis hero yang jadi pujaan kita juga. jadi untuk selipar tuju , gua ambil semua pengalaman yang ada , gua cantum semua serba sedikit dalam satu animasi, kira nak ikut baru 3% dari 100 gua guna untuk animasi ni, sebab ada beberapa tajuk yang gua dah usulkan kat bos iktimera , yang penting usaha , usaha, usaha , sebab semua terjadi adalah dari cita-cita gua yang tercatit kat diari tingkatan 3 iaitu nak jadi pelukis terbaik dan penyanyi terbaik walaupun dalam otak nak jadi ustaz , dan tak jadi pun ketiga-tiganya , kena usaha lagi lagi dan lagi. :sengih:
phew…great shall i say that
kedatangan star ke pergh masih belum terlambat walaupun baru jadi ahli pada 6 julai
banyak pengalaman yang boleh dikongsi dengan ahli pergh dan adik-adik yang baru hendak meneroka dalam bidang yang berkaitan dengan dunia komik, animasi, multimedia dan etc. semoga pengalaman dan photographic memory star yang dapat menangkap frame by frame plot-plot komik dapat dikongsi bersama
jawapan yang diberikan adalah very exclusive…
buat anda semua , saya jemput ke website Iktimera.com , disana anda boleh menonton trailer Selipar Tuju, buat Madstone, Tarakucha, Ice Soul, Agent, Jayman John, Alyridura, Zogun , Skynet,, Stingray, Izam dan Rosh serta ahli yang lain tak ahli pun takpe , yang tak sebut pun boleh saja nonton , sebarang komen nanti boleh kita bincang dan sama sama dapat ilmu ya. atau nak komen terus sila hantar ke FUAT@iktimera.com. selamat nonton trailer
huh… best tul dgr pengalaman old skool nih, cuma nak tanya awat tinggal terus komik waktu 2000 tu? pasal gawat ke? aku pun ada ikut gak perkembangan todd mcfarlane, tp bila gawat, abg aku (sumber komik impot) dah stop, aku pun terus dgn dunia komik asia (cine jepun local) je la. tp skang tgk abg aku pun dah mula cek2 balik kedai komik tu, dan aku pun slalu 'terbeli' komik bila turun kl.. harap2 dapat la buat lib komik sendiri kat umah satu hari nanti.
ok tgh dload trailer.. thanx for the link (eh tak mai ke gath 31hb nih?)
cuma nak tanya awat tinggal terus komik waktu 2000 tu?
sebenarnya aku rasa dah macam samurai bersara , tak nak guna pedang lagi, pada akhir 1997 , masih kerja dan minat gila komik namun tak sehebat muzik yang main kat kepala, dari situ aku suka melodi yang aku cipta, hingga tahun 1999 aku tak tahan maka aku lepaskan jawatan sebagai Art director disebuah agensi pengiklanan , aku seorang melayu masa tu , dikelilingi mereka dalam dunia advertising dari china , australia , usa dan lain lain, kadang-kadang kita kena blajar sesuatu itu yang takde kena mengena pun dengan komik , namun kita boleh mix dan pengalaman itu kita gabungkan dalam komik, 2000-2003 selama 4 tahun itu aku masuk dan ingin rasa dunia muzik , maka dah aku rasakan pengalamannya.
tahun 2004 adalah tahun bagi ku mengorak langkah kembali kepada seni yang aku suka iaitu melukis. kerna bagi ku , antara dalam semua media grafik dan seni muzik , mempelajari komik lah yang banyak bantu, kerna darinya aku pecahkan menjadi , karakter design , skrip writting, storyboard manakala muzik sebagai melancarkan lagi latarbelakang penceritaan yang bakal aku persembahkan. malah tiket aku dapat masuk advertising tu pasal aku buat komik yang aku compile sendiri, tak pernah publish dan aku simpan sampai sekarang. ada 25 keping semuanya. cuma muka depan je berwarna, aku buat ceritanya masa umurku 18 tahun masa tu pun aku tak berpeluang nak blajar figure sebab dok seibuk hafal typhography dan sambil nonton pornogarphy untuk ilham lukis figure. berpeluang lukis komik tu umurku 24 tahun , masa aku ambil selama sebulan sebab aku nak rasa macamna Mc farlane rasa , aku nak rasa macamna humberto ramos rasa, danbetulkah apa yang dikatakan oleh Greg capullo. semua manual , dari lukisannya hingga lettering komik aku tu. ada masa aku boleh kongsi macamna nak buat komik ya.
Siap komik tu , akhirnya film director bernama Yoki Chin laa yang menerima aku sebagai art director , dia tak nak tengok video animasi aku , dia tak nak tengok folio aku yang lain semasa kali pertama diinterview , tapi dia nak aku tinggalkan komik aku. Yoki Chin adalah anak buah kepada Tan Sri Lim Kok Wing , yang mana aku dengar banyak storyboard dia tak berkenan dibuang aje dalam tong sampah. Syukurlah tak aku lalu sebagaimana storyboard artist yang lain lalu bila present padanya sepanjang aku bekerja dibawahnya. ada masa aku boleh ceritakan masa aku kerja kat advertising ya.
maka begitulah hidup ini bukan mudah nak kita dapat apa yang kita suka….
okies Star, nanti kawan akan surf website Iktimera.com, terima kasih menjemput kami ke sana..
sehari dua nih connection tak berapa kena jer…banyak tul missed post-post kat pergh nih…
Ahh..dah habis D/L traler dah,It looks goood!
Lagu pun best.Thanks for the link star,All the best on the project!
Best betul baca pengalaman Star..Tak sangka ada orang mcm ni.WEbsite Iktimera tu kalau boleh bagilah siap.Supaya lebih di kenali ramai.Madstone boleh masukkan info animasi ni dalam Majalah dia nanti…Trailer mmg best..tapi rasanya boleh bagi best lagi tu.
star,
pertanyaan dan permintaan untuk kebaikan warga pergh sekelian, berkenaan dengan komik 25 keping yang dihasilkan ketika berumor 18, kalau boleh dan ada kesempatan boleh tak di upload
dalam galeri finished artwork
dah tengok dah trailer Selipar Tuju…
dah ada warga pergh yang lain beri ulasan tu..
Best betul baca pengalaman Star..Tak sangka ada orang mcm ni.WEbsite Iktimera tu kalau boleh bagilah siap.Supaya lebih di kenali ramai.Madstone boleh masukkan info animasi ni dalam Majalah dia nanti…Trailer mmg best..tapi rasanya boleh bagi best lagi tu.
terimakasih atas komen anda wahai agent, adapun website itu dibuat atas kehendak star yang nak jemput korang semua nonton, pasti budak iktimera nak buat terbaik , apakata kita bagi mereka selesaikan kerja mereka dulu ya, dan waktu buat website adalah serentak dengan nak menghabiskan episod 4 , isnin star kena adakan sesi bercerita bersama iktimera , star suka isnin kerna nak bentangkan Storyboard.
star,
pertanyaan dan permintaan untuk kebaikan warga pergh sekelian, berkenaan dengan komik 25 keping yang dihasilkan ketika berumor 18, kalau boleh dan ada kesempatan boleh tak di upload
dalam galeri finished artwork.
stingray , stingray , umur 18 tahun star buat skrip dan skecthnya, cuma serius melukis umur 22, dan siap komik tu waktu umur 24, jangan lah korang fikir gua boleh lukis dalam umur 18 tahun , korang lagi hebat , 10 tahun dah pandai lukis superman , star 10 tahun baru nak baca superman. dan tentang nak upload tu, nanti gua upload , bagi gua ruang untuk bernafas dulu ya, sebab nak habiskan kerja iktimera ni dulu.
P/s dalam buat skrip dan storyboard Hentai.
star
actually not like that maa… kawe orang umor 10 tahun baru belajar menconteng. dalam buku latihan matematik…sebab kurang minat matematik…
pastu lukis masa umor 18 tahun gak…idea dalam kepala jer…mana pakai skrip macam otai-otai yang hebat superb..lukis pulak bukan berguru dengan mana komikus-komikus tanah air pon. cuma sekali Allahyarham Pak Jab tunjuk filem separation Dan, Din , Don karya Don (terlopong kawe sebab tak terfikir masa tu untuk menghasilkan komik warna kena ada filem warna RMYK/RGB yang berlainan setiap satu) dan dia tunjuk pen berus Cina yang dia guna untuk rendering kartun Perwira Mat Gila…rugi kawe tak belajar dengan dia betul camna nak jadi komikus/kartunis…
pengalaman star lagi hebat…ada stages cam processes dan procedures…cam kilang kereta…tup-tup sebijik hasil R & D.
okies…settle dulu kerja ngan Iktimera ( my conscience Itik Merah…pas tengok logo itik hitam kat website Itimera.com)
baiklah gua ajar lu satu berus tapi boleh dapat semua stroke , dari halus hingga point 5 , Stingray lu beli berus Winsor newton series 7 point 3 , gua rasa lu mampu laa miliki, tak sampai seratus , gua beli tahun 1993 haraga rm35 sekarang naik kot, tentang ink gua boleh ajar tapi tak best laaa , lu kena rasa semua ink hitam lepas tu bru gua bagi tau , ink yang gua pakai.
matematik gua tak minat tapi janji lu tahu tolak , campur , kali , bahagi cukuplaa , kerna melukis pun lu kena pakai kira-kira tau.
orait..nanti minggu depan turun kl masa gath, insyaallah mau cari sikit artstuff samada dekat itu MultiArt di CM ( masa wujud ke art store ini?) atau kat Kino saja..
ink sudah beli satu ink jenis Pilot black kat Popular Mersing..ink Cina pon ada, ada satu towkey kedai dia suggest pakai satu dakwat superb black yang agak mahal gak…untuk tulis kaligrafi gak..
betul kira-kira amat perlu dalam egala segi -tolak,campur darab
thnx a lot star
Pergh! | Lukis, Komik, Kartun, Animasi, Games Malaysia
All information and content contained in this website are provided solely for general information and reference purposes.
By browsing this web you agree to our privacy policy.
© 2001 - 2021 All Right Reserved by Vasqtech Network Malaysia