Home › Forums › Research And Developement › Sejarah Champa
China = Han Dynasty
Kuan-Wu-Ti = Kuang-Wu-Ti Emperor
http://www.answers.com/topic/kuang-wu-ti
Pada tahun 35 Masehi,Maharaja Cina telah melantik jin-yin untuk memperhebatkan lagi gerakan ‘pencinaan’ bangsa Vietnam,Fukien, Kuantung dan Indo-China utara iaitu di daerah yang dinamakan Annam dan Tongking.
Beberapa tahun kemudian bangsa Vietnam bangkit memberontak dipimpin oleh seorang wanita yang dikenali oleh orang Cina sebagai Chiangtze.
Setelah 3 tahun pemberontakan itu menyalakan api pemberontakan, Maharaja Cina bernama Kuan-Wu-Ti menghantar seorang jeneral yang terkenal bernama Mayuan untuk menghancurkan pemberontakan ini dan mengambil alih semula daerah-daerah Annam dan Tongking.
Seterusnya Jeneral mayuan mara pula ke negara bangsa Melayu bernama Jawana dengan menyerang daerah yang bernama Dong-Son dalam tahun 43 masehi.Walaupun bangsa melayu memberi tentangan kuat tetapi mereka terpaksa mengaku kalah dan maralah bala tentera Cina ke selatan di sepanjang pantai Jawana sampai kira-kira kawasan Kota Hiu sekarang iaitu suatu tempat yang dinamakan oleh orang Cina sebagai Hisiang-Lin.
Akibat daripada serangan Jeneral mayuan itu,maka orang melayu Dong-Son dalam negara Jawana itu berpindah secara besar-besaran ke arah selatan dan barat.Kemudian pelarian dari Dong-Son inilah yang dikatakan telah mendirikan kerajaan Melayu Champa.Seperti yang kita semua maklum,kebudayaan yang dibawa dari Dong-Son ini juga telah ditemui di Semenanjung Tanah Melayu apabila gendang logam yang bercirikan Dong-Son telah ditemui di Batu Burok (Terengganu), kelang(Selangor) dan juga di Kepulauan Jawa.Kedua-duanya bertarikh sekitar kurun pertama hingga kurun kedua masehi.Rebana Ubi yang digunakan oleh masyarakat Terengganu,Patani dan Kelantan pada hari ini adalah perubahan daripada gendang era Dong-Son ini.
Selain itu,saya berpendapat asal nama Jawa adalah daripada perkataaan ‘Jawana’ iaitu sebuah negara melayu yang terletak di Vietnam Utara sekarang ini.Ini dikukuhkan lagi dengan merujuk kepada kerajaan Sailendra di Jawa yang menyatakan mereka adalah dari keturunan raja-raja Funan.Funan adalah sebuah negara tetangga kepada Champa serta mempunyai kebudayaan dan bahasa yang sama.Mereka inilah yang mula-mula memakai gelaran ‘Pan’ atau ‘Wan’ serta ‘Nik’ pada nama-nama kerabat diraja serta pembesar mereka.Golongan yang memakai gelaran ini banyak terdapat di Pahang,Terengganu, Patani dan Kelantan.
Kerana penindasan politik dan kebudayaan china, maka orang-orang Melayu di daerah kecil Hisiang-Lin telah bangkit memberontak di dalam tahun 136 – 137 masehi.Seorang ahli sejarah China menyatakan bahawa dalam tahun tersebut bangsa yang dinamakan Kiu-Lin telah bangkit memberontak di Hisiang-Lin dan membakar benteng-benteng serta membunuh ketua daerah tersebut.Kemudiannya ternyata bahawa Kiu-Lin ini sebenarnya bukanlah nama bangsa tetapi adalah nama ketua suku Melayu yang memberontak itu.
Orang Melayu ini melancarkan serangan ke Mandubrak dan selatan empayar Cina untuk mengambil kembali tanah nenek moyang mereka yang telah diambil oleh bangsa Vietnam dan kemudiannya bangsa Cina.Sejarawan China itu menyatakan lagi bahawa “mereka menawan sebahagian besar dari daerah Jih-Nan (Jawana) dan beberapa bahagian dari daerah Annam”.
Dari penaklukan ini telah berlaku penyembelihan yang sangat besar di Tongking.Periatiwa ini menggemparkan istana Maharaja China yang menyebabkan diadakan persidangan menteri-menteri dan panglima-panglima perang dari kawasan China utara untuk membincangkan perkara ini.
Persidangan tersebut mengambil keputusan untuk menghantar pegawai-pegawai kanan yang berkebolehan bagi menyelesaikan pemberontakan di selatan itu.Dan penyelesaian kemudiannya dicapai dengan mengakui kedaulatan orang-orang kiu-lin(Melayu) ke atas sebahagian besar tanah-tanah yang telah diambil oleh mereka.dengan cara ini pemberontakan dapat disekat dari disebarkan sebegitu jauh ke utara.
Pemberontakan orang-orang melayu ini banyak mengorbankan jiwa manusia di daerah Jih-Nan (Jawana), Tongking dan Annam.Wang-Gu-Wu menggambarkan kedahsyatan penyembelihan ini dengan membandingkan angka-angka bancian yang dilakukan oleh kerajaan China dalam kurun ke-2 masehi dengan tahun 140 masehi di dalam beberapa daerah pada bahagian selatan empayarnya.Bancian ini membuktikan bahawa kira-kira 300 ribu penduduk Jih-Nan (Jawana), Tongking dan Annam telah hilang dimana terjadinya penyembelihan yang sangat besar ini.
Tiada bancian pada tahun 140 masehi tetapi dengan membandingkan penduduk-penduduk yang ramai dalam kurun ke-2 masehi itu dapat diagak kira-kira 300 ribu penduduk telah hilang.Pemberontakan ini telah mengorbankan seramai 600 ribu orang.Peperangan ini mungkin boleh dikatakan peperangan nasionalis atau bersifat ‘kebangsaan’ yang terbesar didunia.
Pemberontakan bangsa Melayu dalam tahun 136 Masehi ini sangat besar ertinya bagi sejarah Cina dan Melayu kerana dengan ini perkembangan politik dan kebudayaan china telah disekat.Kiu-Lin kemudianya telah berjaya menyatukan seluruh suku bangsa Melayu di sepanjang pantai Indo-Cina dan mendirikan sebuah negara yang memakai kebudayaan India iaitu Champa.Negara inilah yang akhirnya bertanggungjawab dan berjaya menahan perkembangan bangsa Cina dan kebudayaannya dengan melancarkan siri peperangan yang menyeramkan bulu roma yang memakan masa sehingga 1600 tahun sehingga lenyapnya negara Champa dari muka bumi.
Dalam tahun 284 Masehi,Raja Champa bernama Pan-Yi (Wan-Yi) menghantar duta rasmi kepada maharaja China.Manakala seorang menteri Champa bernama Win pernah belayar ke negeri China dalam tahun 313 dan 316 Masehi untuk mempelajari ilmu bangunan istana Maharaja Cina, mempelajari cara-cara membina pelabuhan,perancangan bandar dan lain-lain.
Perhubungan antara China dan Champa berjalan baik pada akhir kurun ke-3 Masehi dan awal kurun ke-4 Masehi.Malah saudagar-saudagar Melayu Champa memegang peranan penting perniagaan di Tongking.
Pada tahun 336 Masehi, seorang menteri Champa yang bernama Win ini telah merampas kuasa dan mewujudkan Dinasti ke-2 pemerintah Champa.Baginda bercita-cita untuk menjadikan Champa sebuah empayar.Pada permulaanya,baginda telah mengalahkan beberapa negara ‘vassal’ Funan di sebelah barat dan selatan Champa.Baginda juga turut menyerang Pantai Timur Semenanjung Tanah Melayu yang ketika itu terletak di bawah taklukan Funan.Kemungkinan yang diserang adalah Tan-Tan atau Primula dan juga Chu-Tu-Chin atau Chu-Tu-Kun atau Tu-kun yang telah ditakluk Funan pada awal kurun ke-3 Masehi iaitu kira-kira pada tahun 205 Masehi menurut seorang ahli sejarah Barat, Paul Whitley serta sejarah China.Menurutnya lagi bahawa negara ini terletak di antara Segenting Kra dengan Kuantan,Pahang.Walau bagaimanapun lokasi sebenar tidak pula diketahui.
Ketika baginda sedang meluaskan kekuasaanya di selatan dan barat, baginda mengambil polisi berbaik-baik dengan menghantar perutusannya ke China sekitar tahun 340-345 Masehi.Tetapi setelah berjaya dalam misi penaklukannya, baginda mara dengan bala tenteranya lalu menyerang Empayar China dengan menakluk kembali Jawana pada tahun 347 Masehi.
Serangan ke atas Jawana ini merupakan permulaan dari suatu peperangan yang sengit dengan China dan berlanjutan sehingga 14 tahun lamanya.Pan-Win(Wan-Win) mangkat pada tahun 349 Masehi.Tempat baginda diganti oleh anaknya, Pan-Pu (Wan-Pu) dan seterusnya mengetuai bala tentera Champa berperang dengan China selama 12 tahun lagi.
Setelah berperang selama 12 tahun dengan tidak mendapat hasil yang memuaskan akhirnya pada tahun 361 Masehi. Baginda telah menyerahkan kembali kepada China daerah-daerah yang telah ditakluki oleh mendiang ayahnya dan kemudian memakai polisi berbaik-baik dengan China untuk menghidupkan kembali persahabatan dan perdagangan diantara kedua-dua negara.Pan-Pu(Wan-Pu) memerintah sehingga 377 Masehi dan kemudiannya digantikan oleh Bahadara Warman 1.Raja ini menghantar perutusan ke China dalam tahun 380 Masehi.
China = Han Dynasty
Kuan-Wu-Ti = Kuang-Wu-Ti Emperor
http://www.answers.com/topic/kuang-wu-ti
Setelah 3 tahun pemberontakan itu menyalakan api pemberontakan, Maharaja Cina bernama
Akibat daripada serangan Jeneral mayuan itu,maka orang melayu Dong-Son dalam negara Jawana itu berpindah secara besar-besaran ke arah selatan dan barat.Kemudian pelarian dari Dong-Son inilah yang dikatakan telah mendirikan kerajaan Melayu Champa.Seperti yang kita semua maklum,kebudayaan yang dibawa dari Dong-Son ini juga telah ditemui di Semenanjung Tanah Melayu apabila gendang logam yang bercirikan Dong-Son telah ditemui di Batu Burok (Terengganu), kelang(Selangor) dan juga di Kepulauan Jawa.Kedua-duanya bertarikh sekitar kurun pertama hingga kurun kedua masehi.Rebana Ubi yang digunakan oleh masyarakat Terengganu,Patani dan Kelantan pada hari ini adalah perubahan daripada gendang era Dong-Son ini.Selain itu,saya berpendapat asal nama Jawa adalah daripada perkataaan ‘Jawana’ iaitu sebuah negara melayu yang terletak di Vietnam Utara sekarang ini.Ini dikukuhkan lagi dengan merujuk kepada kerajaan Sailendra di Jawa yang menyatakan mereka adalah dari keturunan raja-raja Funan.Funan adalah sebuah negara tetangga kepada Champa serta mempunyai kebudayaan dan bahasa yang sama.Mereka inilah yang mula-mula memakai gelaran ‘Pan’ atau ‘Wan’ serta ‘Nik’ pada nama-nama kerabat diraja serta pembesar mereka.Golongan yang memakai gelaran ini banyak terdapat di Pahang,Terengganu, Patani dan Kelantan.
tengkiu atas usaha mengorek sumber sejarah, eh hemm hmmmm
Sejarah Melayu Champa
Kisah Sejarah Melayu tentang Pau Gama yang pergi ke Majapahit dan berkahwin dengan Raden Gaalah Ajang dan kemudian memperolehi seorang anak bernama Jatnaka dapat dikesan sejarahnya. Tokoh Pau Gama itu ialah Jaya Simhavarman III (1288 – 1307) yang telah berkhawin dengan puteri Raja Javadvipa bernama Tapasi
Raja Jaya Simhavarman III berkahwin pula dengan puteri Dai Viet (Vietnam). Perkahwinan politik dengan puteri Dai Viet ini mengorbankan dua wilayah Champa di utara Col des Nuages. Sesudah beliau meninggal, baginda diganti oleh seorang anaknya yang bernama Harijitatmaja yang meneruskan penentangan terhadap penguasaan Dai Viet ke atas wilayah pusaka-nya. Baginda akhirnya ditangkap dan meninggal pada 1313 dalam kurungan sangkar emas. Harijitatmaja diganti oleh saudaranya yang dikenali dengan sebutan Che Nang atau Che Man atau Cei Anak. Che Nang meneruskan perjuangan menentang Dai Viet. Tokoh inilah agaknya yang disebut dalam Sejarah Melayu sebagai Jatnaka. Tokoh lain yang disebut dalam Sejarah Melayu ialah dua orang pelarian Champa yang bernama Syah Indera Berman dan Syah Pau Ling (Liang). Sejarahnya dapat juga dikesan iaitu terjadi pada zaman pemerintahan Ban La Tra Toan (1460 – 1471).
Ban La Tra Toan memerintah di ibu kota Sri Vini (Sri Raja Than Ton). Setelah Kota Vijaya jatuh. Raja Champa pun mati terbunuh. Dengan kejatuhan ibu kota Vijaya ini ramai pelarian politik Cham yang menuju ke daerah Melayu yang selamat, antara lain ke Melaka. Yang termasuk dalam pelarian itu ialah dua orang putera raja Champa, iaitu Indravarman dan Pau Liang di atas. Gambaran Sejarah Melayu tentang Champa terdapat dalam Al-Kisah ke-29 yang menceritakan seorang Nakhoda Champa yang bernama Sayyid Ahmad bersahabat dengan Hang Tuah pergi ke Inderapura (Pahang) untuk melarikan Tun Teja Ke Melaka. Kekuatan Champa berdasarkan fakta jelas lebih besar daripada perahu Pahang hingga dapat menolong pahlawan Melaka itu melarikan Tun Teja. Kehadiran tokoh Nakhoda Champa di Melaka dan di Pahang dapat dihubungkan pula dengan wujudnya pedagang Champa di Banten seperti yang diceritakan oleh Sejarah Melayu dalam Al-Kisah ke-34 menceritakan perkahwinan seorang puteri keturunan Champa dengan anak seorang pembesar Melaka.
Peperangan Champa dengan orang Vietnam (Dai Viet) dapat kita ikuti dalam beberapa naskah Melayu Tradisi seperti Hikayat Hang Tuah. Bab ke-23 hikayat itu menceritakan peristiwa Negeri Indrapura diserang oleh ikan todak Negeri Indrapura sebenarnya dapat dirujuk kepada Indrapura yang wujud di Champa pada separuh kedua abad ke-8 dan Indrapura inilah tapak pertama bangsa Melayu Champa mengalami kesukaran dalam hubungan dengan tetangganya Dai Viet. Serangan orang Dai Viet terus-menerus hingga Indrapura jatuh ke tangan mereka pada tahun 1000. Ikan todak itu hanya sebagai simbol serangan-serangan laut bertubi-tubi daripada Dai Viet.
Disebabkan perkembangan penduduk yang bertambah di Delta Sungai Merah, Vietnam telah melakukan perluasan politik ke arah Selatan. Akibat peperangan yang terus-menerus dengan Vietnam, Orang Cham sedikit demi sedikit kehilangan wilayah utaranya yang ditakluk lalu diduduki oleh tentera Vietnam. Oleh sebab itu, antara abad ke11 dan ke-17, wilayah yang didiami bangsa Cham makin sempit kerana dirampas daripada sebelah utara, Oleh yang demikian jumlah penduduk Cham semakin berkurangan dan tempat tingalnya berpindah ke arah selatan, terutama setelah perebutan kota Vijaya pada tahun 1471, yang akibatnya antara lain mendesak Orang Cham ke selatan ke puncak Cu Mong.
Meskipun kekalahan kota Vijaya merupakan pukulan yang sangat hebat kepada Orang Cham, namun begitu mereka bertahan sedapatanya dan mendirikan kembali negeri-negeri di daerah-daerah yang masih dapat dikuasai. Ketahanan Orang Cham semakin pulih dan pada 1594, seorang raja Champa berjaya mengirimkan tentera bantuan kepada Sultan Johor untuk memerangi orang Portugis. Ramai Orang Cham, yang tidak bersedia hidup dalam negeri yang tertekan dan kian hari kian tunduk kepada kekuasaan Orang Vietnam, telah melarikan diri; kadang-kadang dengan pemimpinya ke Kemboja dengan melintasi hutan-hutan dan tanah tidak bertuan yang terletak disebelah barat Panduranga.
Namun begitu orang Cham yang masih tinggal di negerinya tetap dalam keadaan tidak berubah sehingga tahun 1834. Dalam tahun itu Kaisar Minh Menh telah menghapuskan segala gambaran tentang wujudnya sebuah negara Champa yang merdeka dan menjadikan Panduranga sebagai Wilayah Vietnam. Tetapi mulai tahun 1834 – 1835 orang Cham di '' Vietnam '' kan secara paksa. Mereka diperintah berpakaian Vietnam, bertutur bahasa Vietnam, menggunakan nama Vietnam dan merayakan upacara-upacara Vietnam biar apapun agama mereka. Seterusnya mereka dipaksa mematuhi peraturan-peraturan ketat yang ditetapkan oleh Minh Menh yang ingin melihat mereka lenyap sebagai bangsa asing.
Meskipun demikian, oleh sebab begitu sisa-sisa golongan Champa itu, mereka berusaha dengan sedaya-upaya untuk mempertahankan sekurang-kurangnya lembaga Kerajaannya, Lambang Kebangsaanya yang terakhir. Pada tahun 1822, kerana tertekan oleh situasi yang benar-benar mengecewakan, Raja Champa sendiri, Po Cong Chan, turut keluar mengasingkan diri ke Kemboja, mengikut kebanyakan rakyatnya yang sudah menetap di sana.
Sources : Digest '' MUTIARA MALAYSIA '' 1 PP7609/9/93 Dis. (1993)
Cara Ikatan Rambut Champa
Pergh! | Lukis, Komik, Kartun, Animasi, Games Malaysia
All information and content contained in this website are provided solely for general information and reference purposes.
By browsing this web you agree to our privacy policy.
© 2001 - 2021 All Right Reserved by Vasqtech Network Malaysia