Semakin panjang usia kita, semakin panjang pula catatan pengalaman hidup kita.
Bagi mereka yang mahu mengambil pelajaran dari pengalamannya,
maka pengalamannya itu menjadi kekayaan yang unik baginya.
Usia membawanya kepada kebajikan.
Sedangkan bagi mereka yang acuh tak acuh,
pengalaman tak lebih dari satu goresan di atas pasir pantai.
Usia tidak menjamin apa apa selain dari ketuaan baginya.
Meskipun kita sama sama dinaungi oleh langit yang sama;
meskipun kita sama sama diterangi oleh matahari yang sama;
meskipun kita sama sama digelapi oleh malam yang sama,
namun kita tak pernah sama dalam mencerap semua itu.
Kita melihat cakerawala dari ketinggian yang berbeza.
Kita melangkah di jalanan berbecak yang berbeza.
Kita mengisi ruang dan waktu ini dengan besar tubuh yang berbeza juga.
Maka, meskipun kita lahir di bumi yang satu, namun kita hidup di dunia yang berbeza beza.
Kita mempunyai sudut dunia fikiran yang tidak sama bagi setiap orang.
Keunikan itu takkan banyak memberi erti bila tidak menjadi kekayaan bagi kita.
Dan, kekayaan itu tidak banyak memberi makna bila tidak membuat diri kita
semakin bijak bestari