Aku target anugerah ni diadakan tengah tahun 2003. Aku dah buat perbincangan secara tak formal dengan beberapa penaja dan diorang berminat la jugak, terutamanya ntv7. Jadi kalau sesapa yang rasa dirinya akan menang tu, cepat-cepat la sediakan teks ucapan… heh!
Cuma yang aku harapkan kat PERGH ni, sokongan korang, komuniti komik paling power kat Malaysia ni. Kalau boleh aku nak namakan anugerah tu ANUGERAH XTRAVAGANZA PERGH pasal PERGH ni berkecuali, kan?
Korang cuma perlu sediakan borang penyertaan secara online dalam web ni, selain borang dalam majalah. Nanti aku umumkan dalam XPRESI akan datang, aku rasa majalah lain pun boleh terlibat sama terutamanya URBAN COMIC, GEMPAK dan produk ARENA 2000.
Bolehlah buat meeting tergempar antara wakil PERGH, XPRESI, UC, GEMPAK dan ARENA 2000 untuk membuat senarai pencalonan yang lebih lengkap. Aku rasa dengan cara ni dunia komik Malaysia akan tiba di kemuncaknya.
OKey… blah dulu! Contact aku 017-3124704
mxpresi@yahoo.com.my
[font size=1]:: This Message was edited by: agent on 2002-05-04 22:03 ::[/font]