Home › Forums › Uptown @ Pergh! › Rasuk (exorcist)
Yoooo,yaaaaaaa aaa auuu , lama tak jumpa korang dalam ruangan spykedai ni,kali ini uncle nak cerita satu kisah misteri yang sedang melanda negara jiran terdekat kita di malaysia timur iaitu Brunei,Uncle pun baru balik dari sana beberapa hari lepas dan sempat juga berjumpa dengan seorang kenalan di sana
Cerita ini pun di khabarkan oleh kenalan kepada uncle semasa kat Brunei,Al-Kisah bermula di sebuah sekolah bernama STPRI atau di kenali sebagai Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri,Sekolah ini menempatkan hanya pelajar-pelajar perempuan sahaja dan kira-kira dua bulan lepas terdapat segolongan pelajar-pelajar dari sekolah ini yang bermain 'spirit games' atau memanggil roh menggunakan duit syiling,uncle percaya ramai yang tahu mengenai games ini kan ?
'Games' ini menjadi sebagai satu trend di sekolah ini di mana di kebanyakan kelas ada membuat permainan ini sehinggalah ada satu kumpulan yang menggunakan darah kotor (darah haid) dalam permainan ini.Mengikut ceritanya diorang ini hendak bertanyakan 'spirit' tentang soalan exam form 3 dan ada yang menyatakan nak tanya pasal lelaki,ada dua versi kat sini tetapi apapun ketika games ini berjalan tetiba syiling yang di gunakan itu bergerak sendiri dan kemudian terdengar satu suara meminta darah,so apa lagi lalu di buang syiling tu dan semua berterabur lari ketakutan,maklumlah perempuan.
Bermula dari sinilah episod angker ini berlaku,'spirit' yang di panggil tadi khabarnya begitu marah kerana tidak di beri makan dan kemudian tidak di hantar balik kembali ke dunia dia lalu dari situ berlakulah peristiwa kerasukan pelajar-pelajar sekolah itu malahan guru-guru juga terlibat sehingga merebak ke sekolah-sekolah lain di seluruh brunei.Mengikut kenalan uncle yang juga seorang guru, sekolah tempat dia mengajar juga turut terlibat dan ada pelajar-pelajar yang kerasukan malah guru-guru sendiri pun takut hendak ke tandas walaupun hari siang.
Mengikut ceritanya lagi,bagi mereka yang ada 'sixth sense' mereka nampak satu kapal besar terapung di STPRI dan katanya jika permintaan 'spirit' ini tidak tertunai (nak darah) mereka akan menyerang dengan kekuatan bala tentera mereka seramai 28 000 pada 18th (tidak di nyatakan 18 bulan berapa samaada masihi atau hijrah),Dari peristiwa ini juga banyak SMS di hantar di kalangan warga brunei dengan pelbagai cerita dan pada 18 ogos lepas satu SMS berbunyi :
“
Katanya mengikut kenalan uncle lagi pada 18 ogos lepas kebanyakan orang berkurung di dalam rumah kerana takut berlaku apa-apa musibah yang tidak di ingini dan tidak kurang ramai juga mereka-mereka yang pergi ke STPRI pada jam 12 malam untuk melihat sendiri apa yang bakal berlaku,pihak polis di kerahkan untuk berjaga-jaga pada malam tersebut tetapi tiada apa yang berlaku,mungkin hari ke 18 pada bulan lain yang di maksudkan.Terdapat pelbagai rumor lagi yang di sebarkan sehingga menimbulkan ketakutan di kalangan penduduk.Khabarnya juga 2 pelajar yang bertanggungjawab dengan 'games spirit' menggunakan darah itu telah di hantar ke oversea oleh keluarga masing-masing bagi mengelakkan kejadian tidak di ingini.
Mengikut cerita terbaru,pelajar-pelajar di STPRI sekarang yang berada di dalam form 3 dan 5 terpaksa di tangguhkan 'oral test' mereka sedangkan sekolah-sekolah lain sudah menjalankan test tersebut untuk pelajar masing-masing dan baru-baru ini sekolah ini memberi cuti mengejut kepada pelajar mereka akibat daripada peristiwa ini.Uncle juga sempat di tunjukkan satu rakaman video seorang pelajar yang kerasukan yang mana rakaman tersebut telah uncle serah kepada pihak TKO untuk di letakkan di portal ini,tidak salah uncle video itu korang boleh download di ruangan download.Baru-baru ini juga Sultan Brunei telah mengadakan lawatan mengejut di sekolah-sekolah terlibat yang mana kebetulan Baginda ada di satu sekolah tu tiba-tiba ada pelajar kerasukan dan khabarnya Baginda sendiri bercakap-cakap dengan pelajar yang di rasuk tadi dan permintaan yang sama masih lagi di nyatakan 'darah kamu'.Korang boleh tengok gambar kat bawah ni.
Ok lah, cukup setakat ini dulu uncle bebel dalam ruangan yang tak seberapa ini yang mana kali ini kita menyusuri dunia mistik,dunia makluk yang bukan sebangsa dengan kita,ada orang yang tidak percaya dengan hal-hal sedemikian dan ada yang percaya, malah di dalam rukun iman sendiri ada di sebut salah satu rukun ialah 'percaya kepada benda2 ghaib' , malaikat , jin , iblis , syurga ,neraka dan sebagainya itu termasud dalam kategori ini dan kewujudan jin serta iblis adalah utk menyesatkan anak adam, yang penting jangan percaya meraka ada kuasa untuk memusnahkan atau merosakkan kita,yang berkuasa hanya Allah dan mereka itu adalah sebagai alat propaganda bagi tuhan menguji keimanan kita masing-masing serta jangan main permainan yang boleh merosakkan akidah kita.
aku ada gambar dan video..tapi aku tak pasti moderator bagi ker tak…aku kena mintak izin dulu kerana gambar nie sangat seram dan menakutkan…
gile ahhh ….panggil lagi spirit. kan ada bende lain joint..
kat SAM aku dan SAM lain kat selangor rajin buat bende nie dulu.. xde keje.. bese aa dok asrama.. kalau ikut yg extive bg nie.. depa summon spirit tue pakai bahan kotor.. haid pempuan.. bagoss sgt laa… takyah wat ritual spirit tue pun da byk sebenarnya jin bertandang kat asrama pempuan (kalau pelajar pempuan x organised — main buang merata pad depa..).. mcm set2 sekolah aku nie..dan sekolah lain- ada yg melawak.. ada yg betul2- tp x pasti depa guna bahan apa.. nak panggey…
ada sekali depa panggey p ramlee.. hah kau sampai ke pagi besok budak nak mandi pergi sekolah depa dengo p ramlee menyanyi…
kalau omputih nyer belief.. tiga org pempuan dara berkumpul tgh malam dkt unggun api… mmg bleh called dan summoned.. wif or without spell..
betul ke? tatau…
wallahu aklamu bissowab…
the truth is outhere..
skolah ni kat mana daaa :unsure:
kat brunei
siap sampai sultan brunei visit budak tu lagi
aku nak tgk videonye la
member2 aku sumer takut
nak tgk gak ape yg menakutkan tu
errr betul ke? nampak ke benda yang menakutkan tu?
aku pernah dapat satu email yang ade sorang mamat ni rakam suara dalam kubur (kononnye la..dakwaan dia)…konon ada suara orang melolong azab kena siksa…tapi aku dengar takde benda pun…cam orang bising2 kat shopping kompleks je… :unsure:
kat brunei
siap sampai sultan brunei visit budak tu lagi
aku nak tgk videonye la
member2 aku sumer takut
nak tgk gak ape yg menakutkan tu
takde apa yg menakutkan pun,aku dah tengok. just suara garau budak pompuan yg dirasuk tu, dan ustaz tu berjaya meng”Islam”kan jin tersebut. aku respek sbb dia pakai sarung tangan utk sentuh budak pompuan tu. kalau kat sini ada yg pakai sarung tangan?
adaaaaaaa…
gadis-gadis tol (phewwiittttttttt)
ramai dah yg pakai sarung!
wakaka
video ni takde seram sgt pun
video ni aku dpt dari tokeikedai dot net
cuma video ni telah di buang dari site dorang
sbb still ada perempuan yg tgk video tu kena histeria
tatau la betol ke tak
Wallahualam
salah satu makanan jin ni adalah darah haid dan tulang2 sisa makanan…
so kalo minah2 tu offer darah haid mmg pasti la jin yg mengacau nya..
mereka2 ni kan suka menakut2kan manusia..nak nak kalo sengaja cari pasal…
ni ako pos dari sini, ikut ape yang ako belajar
ako cakap hysteria dari segi psikologi lak.
mende histeria ni bukan takat mesia je, tapi memane tempat kat dunia ni jadi. kelas penyakit ni adalah dalam kelas legacy disease, penyakit zaman dulu kala. bile orang kene histeria selalunye otot die, deria motor die jadi tak terkawal. pasal tu nampak cam die ketar2 kepale geleng2 tu. problem ni jadi pasal body die overload dengan sesatu emosi, cam takut ke, marah ke dan emosi ni die overload dan bertumpu pada satu part kat body je. cam kat otak ke, kat kaki ke. leh kate kalo ko tengok wayang cite ngeri, pastu tangan ketar2, tu kirenye body ko dah overload dengan emosi takut tu la sampai deria motor kat tangan dah kurang berfungsi tapi tak sampai tahap histeria la.
tapi, dari zaman 1800an lagi dah orang dah kenalpasti “punca” hysteria ni. dan cara nak buang emosi atau dengan lebeh tepat, nafsu/perasaan tu adalah dengan orgasm. tanye orang yang dah kawen aa.. ako bukan expert 😆 tapi kalo dah lepas orgasm patut kita cam relaks, penat, dll. ako suspek pasal ni kot kite dengar cite2 tok bomoh kene tangkap pasal die pegi romen orang yang kene histeria. mungkin ni la ilmu rahsia yang tok2 bomoh ni share sesama diorang dan sesama anak buah diorang.
dan kalo bab2 emosi ni slalu kan pompuan so dulu2 treatment gune vibrator dan/atau gune air pancut (gune imaginasi korang aaa). pastu dah tak popular, tapi lepas mamat psikologi yang asyik dok pikir pasal seks tu – freund – cara lebeh kurang camni jadi popular balik. korang pi google untuk jean-martin charcot, ahli psikologi ni femes dalam membuatkan orang histeria dalam kelas psikologi die.
histeria ni bukan takat jadi bile “kena rasuk” je (wallahualam aa), tapi leh jadi bile ade berita gempar ke. cam dulu bile 9/11 runtuh orang2 kat situ ramai yang histeria ape. but basically, bila kita dapat sensory overload then ada potensi untuk kena “rasuk” ah.
edit:ayah pin ni ade rasuk orang ke? kalo ade, ako suspek die gune bahan chemical untuk overloadkan deria pengikut die la. atau cara2 cam mamat Charcot tu buat :unsure:
ko send aku video tu stone
histeria ngan rasuk lain benda
histeria menjerit2 dan berkelakuan agresif tp tak semestinye psl kena possesed
mcm cfu ckp la,psl terkejut pon bole
kena possesed tak semestinye akan bertindak agresif mcm org kena histeria
aku pernah tgk org kena possesed passive
dgn kena possesed agresive
yg passive mamat tu tetiba menangis tp tak sedarkan diri
haaa camne tu
yg agresive tu psl diorang main barongan
sampai aku pon kena kejar dgn diorang
nanti aku check dulu ada lagi ke tak video tu
http://www.yousendit.com/ ni leh upload free
aku nak hantar kat email saper? ini by email larrr..aku email kat ko lar c-fu, then ko upload bagi orang2 lain tgk..ok?
Everyday we'll meet a superstupid person…Act like them…You'll know the feeling…
ahahahhahahahha mamat ni tak pernah habis dengan melawakkan diri die haahhahahaha
oops…. wah ah hahaha lariiiiiiiii
malas aku nak layan kepala budak2 ko tue:exorcist
ko ingat lagie tape kat jati tua zie,… yg mamat tengah pipepon rekod suara diorang sendiri, bila play ader suara perempuan menyampok sambil mengilai…tape tu ader kat saper aaa.. setau aku ko orang yg paling last dengar….
tape tue roy (zairinizam) yang bawak masuk bilik aku…mengemang bulu roma aku beb dengar suara pompoan mengilai…mustahil manusia leh buat suara tue..semacam jer aku dengar…eh beb, ko pun dah dengar ker tape tue…?
cara nak buang emosi atau dengan lebeh tepat, nafsu/perasaan tu adalah dengan orgasm.
haaa…bodoh punya teori! it's SUPERSTUPID…elok lar tu c-fu, ko 'onani' lar sampai berdarah2 kat dalam bilik air bila ko kena rasuk nanti…biar tak naik2 dah 'adik' ko tue…
teori macam nie, orang SUPERSTUPID jer pakai…tapi keterangan teori ko ni nak dekat2 masuk ULTRASTUPID dah…UKUlelelelelelele!
Lari wooiii…C-FU nak mencarut balik! (pakai dan rectify ayat ko sikit)
best plak layan post2 ni…ada drama.. :sengih:
best plak layan post2 ni…ada drama.. :sengih:
memang best…selagi ada c-fu, memang lawak lar pergh.com nie…aku terhibur dengan karenah dan gelagat budak ni…memang melucukan!
bende2 ni pernah aku lalui dulu, – tengok je laa…
tapi takdela sampai tahap mengislamkan jin tu…
takdela seram dan takut mane pun tapi still meremang bulu roma ni cess…
ala, kalau korang dulu layan lagu2 black/death metal takkan takut punye..
sebab sound same je…
aku maklum je la dah lama tinggal dengo lagu camtu tu yg meremang… hehe
aku dulu layan morbid angel…sampai album keempat jer…unholy blasphemy…
suara memang aku tak takut (MACAM CERITA EXORCIST-LINDA BLAIR)…tapie mata dia tue…uurrrgghhh….!! subhanAllah..
jangankan morbid angel je aku layan.. semua jenis metal aku dengo
paling meluat sekali aku layan doom metal la hampehla…
aku rasa kalau video tu di jadikan intro utk lagu black metal mesti best kan..hahah
aparaa..
suara dalam kubur tu ngeri gak… gile aa clear sangat
macam jiran sebelah jerit mintak tolong je
camtu ke seksa kubur?
huh.. mane leh nak bayang…
suara dalam kubur tu ngeri gak… gile aa clear sangat
macam jiran sebelah jerit mintak tolong jecamtu ke seksa kubur?
huh.. mane leh nak bayang…
bro..ko leh uploadkan kat sini tak? aku tak dengar lagi…
walau sehebatmane pun jin merasuk orang ni, kelemahannye tetap ade.
rata2 aku tengok kelemahan diorang ni kat tengkok/leher. kee… orang pun same je. tak taula kena tanye orang beladiri ni…
huh.. suara macam Sil Khannaz, mistik gile
tapi, beratnye khalimah syahadah tu terpampar kat mahluk Allah nak mengucapkannye. kekadang kita tak rasa pun khalimah Allah ni berat.
bro..ko leh uploadkan kat sini tak? aku tak dengar lagi…
wei.. file tu format mp3.. bak le emel add ko..takleh nak upload kat sini aa
just emailkan kat : efxtive@yahoo.com
(sesaper nak emailkan bende2 angker pun boleh) Terima kasih yaa…
amacam?
korang dah dengar ke? beri komen anda :unsure:
histeria & kerasukan 2 perkare yg b'beze.
aku dah dengar, aku tak pasti…bunyi macam ramai manusia, terdapat sedikit bunyi guruh, perempuan menjerit, terdengar laungan 'Allah Hu Akbar', arrghh..!!
aku tak pasti…bunyi macam ramai sangat manusia…dan aku rasa banyak bunyi yang repeat…perempuan tu meraung…terdapat 2 perempuan meraung…orang2 lain macam melaungkan 'lailahaillAllah'…terdengar bunyi mcm syaitan ketawa…macam ada gelombang…seperti dalam gua atau lembah yang tertutup…tapi sorang perempuan nie suara dia paling lantang dan kuat…
actually ni suara sapa?mana ko dapat? sapa yang bagi? orang malaysia ker oversea? apa cerita disebalik suara2 nie?
Pergh! | Lukis, Komik, Kartun, Animasi, Games Malaysia
All information and content contained in this website are provided solely for general information and reference purposes.
By browsing this web you agree to our privacy policy.
© 2001 - 2021 All Right Reserved by Vasqtech Network Malaysia