Home › Forums › Writer’s Corner › Rahsia Agenda Alam Hitam – Kelahiran Mufrad
Rahsia Agenda Alam Hitam – Kelahiran Mufrad adalah sebuah novel hasilkarya Zehann Ur Rakhie. Novel thriller seram ala gothik ini diterbitkan oleh sebuah penerbitan baru, Pekan Ilmu Publications Sdn. Bhd yang beribu pejabat di Ampang, Kuala Lumpur. Harga novel setebal 653 halaman ini ialah RM 29.50.
Novel ini berlatar belakangkan Tanah Semenanjung dari zaman Raja Ong Pra Maha Peria Deria (Raja Bersiung) yang melarikan diri dari buruan rakyat Kedah kerana berlaku kejam dan meminum darah rakyat jelata yang tidak berdosa. Lantaran itu, Raja Bersiung telah melarikan jauh ke pendalaman hutan sempadan Siam. Dia menyembunyikan dalam rimbunan buluh betung dan mendapati dirinya bermimpi dan beroleh kuasa dari ghaib dan sebagai penguasa Alam Hitam setelah membuat penjanjian dengan Qaruth, jin ifrit yang mencuri dengar berita tentang akan wujudnya para wali di Nusantara.
Keturunan Raja Bersiung kemudiannya muncul sebagai lelaki misteri di Kuala Muda setelah menghisap darah anak kapal dagang Bugis. Pawang Siam cuba meyakinkan orang-orang kampung bahawa dia boleh menghalau jembalang tersebut dengan syarat menyediakan perngorbanan. Sheikh Ibrahim berketurunan Arab dari Pagar Ruyung, Sumatera dan dibantu oleh Kiyai Jamal berusaha menghalang perlakuan syirik Pawang Siam dan penguasaan makhluk yang menyerupai harimau jadian yang mengamalkan ajaran dari lembaran kitab Alam Hitam. Indera Gurana keturunan Raja Bersiung mengidamkan Sari supaya melahirkan keturunannya. Kiyai Jamal yang berguru dengan para wali akhirnya berjumpa dengan abang segurunya di Kelantan yang telah menyerah kitab hitam tersebut kepadanya. Tersingkaplah rahsia Alam Hitam….
Pekan Ilmu Publications Sdn. Bhd.
A10-G9, Jalan Mewah 4, Taman Pandan Mewah,
Ampang, 68000 Kuala Lumpur.
Tel/Fax: 603-4280 1109
Email: pisb@tm.net.my
cite ni bes kalau di-illustrasikan …..banyak karektor design yang bes-bes ni.
krom, novel ini memang menarik di baca dengan gaya bahasa yang mudah. Latar ceritanya dari Kuala Kedah, Pattani, Perak Kelantan, Melaka dan London dari abad ke 15 sehingga ke 17. Massuria Syah keturunan Indera Gurana dengan Sari telah pergi ke London untuk mendapatkan balik lembaran kitab hitam yang dibawa ke sana.
best nih!! lame tak bace citer² camnih!…. camner cover depan dia ar??
cover depan dia warna hitam gelap, wajah lelaki yang bermata merah, ada belang pertanda di pipi kanan dan kiri cam sang harimau.
kalo sempat nanti kawan scan malam karang
seperti akan jatuh cinta plak kat ceta ni… huh…
setebal 653ms tu memang betul2 menduga kesabaran tu…
aii.. kantoi dah aku ni malas membaca
huh! memang best nih sebab citer dia berkait dengan dongeng² lama mistik sikit memang ramai yg suka abis busuk pun kenkanak kompom suka…. ko kena bace nih aly! nanti leh ko komikkan hahahahhaha *aku kemaruk artwork mu! :love:
apa status karya nie cekgu? adakah ianya fiksyen main belasahan imaginasi penulis atau mitos bersandarkan dongeng cerita2 rakyat… ada tak apa2 catatan drpd penulisnye tentang status karya nie…
son OF RAJA BERSIONG tue.. kool..
(tingat filem RAJA BERSIONG.. di bwh perhatian Tunku.. dengan Ahmad Mahmud jd Raja Bersiong>>far more better than PGL.. dan memang mengusik sensitiviti agama Islam sket pun sbb mitos… pelakon2 menyembah raja.. sume..)
600 lebey ms.. aku hengat aku would jump, skip to ending jer kalau aku have one.. aahaha sbb da tua2 nie.. tak larat..
ada illustrasi gak eh? banyak ke?
Waverider, kawan cuba scan nanti. Hari ini, server kawan kena hijek di member, hahaha sekarang turn kawan lak
Status novel, bagi pendapat kawan thriller/fantasi/seram dan ada unsur dakwah… nak cerita semua kang nanti tak suspen pulak hahaha…kalo orang dah baca tak tahulah dia punya pendapat…
kawan rasalah editornya dah edit part2 tertentu… kalau nak bandingkan dengan Cincin Permata Biru (Mishar) lagi thriller…
kawan dah baca dalam 3 1/2 hari…jumping dan dumping hahaha
*lap hidung* keluar darah tadi
Daripada sinopsis diatas, mmg best cerita ni.
stingray_flyz; Mintak tolong scan kan covernya boleh? Senang sikit nak cari nanti.
kat mana ada? Aku nak beli satu. Susah nak cari novel melayu yg tajuk dia takda perkatan cinta, kasih, rindu, sayang, intan…
kat mana ada? Aku nak beli satu. Susah nak cari novel melayu yg tajuk dia takda perkatan cinta, kasih, rindu, sayang, intan…
aku ingin menulis perkara yang sama……
adijin, insya allah kalo ada kepalangan saya akan letakkan scan covernya…
anuarnor dan taiko Kitz : mmg terlalu banyak novel cinta di pasaran
Err, sepengamatan aku, masih belum jelas dimana boleh didapatkan novel ini (selain memesan la).
Kalau ada sesiapa yang terjumpa boleh beritahu. Setakat ini di Shah Alam tak ade pun.
Wahh, aku menanti-nantikan lebih banyak novel-novel macam ni di psaran.
Meh la beli ramai-ramai, once kalau laku, baru boleh tunjukkan sikit kat penerbit yang tak semestinya novel cinta je orang mesia ni baca.
Huhuhu.
Dari:
Ahli kelab novel bukan chenta.
Akakakaka!
aku baru baca beberapa page secara percuma kt MPH Bangsar Village masa lunch td..
menarik..
kat shah alam takde?.. hurmmmm mane ler kedai buku aku nak ponggah nih!!!
aku baru baca beberapa page secara percuma kt MPH Bangsar Village masa lunch td..
menarik..
kompom esok aku g beli……
😮
ada belang pertanda di pipi kanan dan kiri cam sang harimau.
Apa tu ? ,belang tarung cam pendekar laut ke ?, wah camner laxs ceta hikayat melayu ada pengaruh hongkong nih….errrr atau ceta hongkong terkena pengaruh novel hikayat ?
😆 ah…buku…buku….bile la ko nak siap ni…
hahaha. aku dah dapatkan dari mph bangsar. best siut, dah 6 bab dah aku baca
belang tok rimau, tu panah.
alamak belum lagik skeng cover, sori-sori kepada sahabat pergh semua
cover Rahsia Agenda Alam Hitam – Kelahiran Mufrad
aku dah abih baca, huh berdarah idung, tapi kalau dia separate jadi dua buah isu lg best, sbb citer massurya syah tu sikit sngat, beberapa bab jer. Kalau dia buat citer ni abish sampai kelahiran massurya tu pun dah ok dah rasnya. pastu buku satu lg buat citer pasal massurya plak. Tak tau la kalau penulis buku ni ada plan lain.
PS, aku rasa time dia g london tu, time tu la dia jadi van Helsing
ape? ko dah abis baca… huhuhu jelesnye
mmm.. inat dapat sen nanti nak sambar gak la 1 :love:
aku dah beli dah. kat kinokuniya klcc.
:unsure:
Zehann Ur Rakhie ni orang malaya ke Sting?, nama dia cam ada suku sakat dengan Ras Agul jer…info sikit penulis ni sheikh !.
dah baca sampai bab 6. Komen aku setakat ni. Terasa cam jalan cerita dia terputus2 sikit. Dan still tak rasa hook lagi. Buildup cerita dia pun terasa agak slow. Tapi aku suka part awal (ms 5) … “Bukan.. bukan itu, dia hampir menangis kerana kini dia tiada jalan utk melarikan diri…” . Aku syok pasal dia explain karekter raja bersiung subtly.
roger and out
tambah : dan lagi satu bila Slamat ternampak cleavage Sari. Yg tu mmg klasik.
wallah'ualam sdr panah, sebab tiada info yang tertera di naskah novel tersebut. barangkali novel ini dititip dari perjalanan yang begitu singkat sang penulis. ianya berjalan begitu pantas. seperti taiko kata, alangkah baiknya buku ini ditulis dalam 2 bahagian.
kawan cuba dapat mencari info penulis ini. kalau diizinkan kita mungkin tahu siapa penulis ini. rasa2 orang malaya gak. sebab garapan beliau tu banyak menumpukan di pesekitaran malaya.
benar sekali, sdr anuarnor. novel ini terasa sedikit jumping. barangkali disiapakan dalam keadaan yang dalam jangkawaktu dateline diluar batasan penulis. walaupun diucapkan syabas, beliau cuba mengupas satu isu menarik iaitu dunia alif ra mim nun (alam raja-raja melayu nusantara)serta kaitan dengan penjajahan barat. bacalah dan kawan masih selidikilah yang tersirat di dalamnya.
Uik? ada gak erotica de amore dia… nampak cleavage aweks tue.. 😆
tambah : dan lagi satu bila Slamat ternampak cleavage Sari. Yg tu mmg klasik.
hi..saya beli kat MPH Giant Shah ALam..asal nak beli Advencer si Peniup Ney, tp buku tu “memanggil” saya membelinya.. 😆
nice story..saya rasa maybe citer ni mcm intro utk Massurya..his origin..maybe buku lps ni akan citerkan adventure dia dalam nak retrieve back Kitab hitam tu.. Van Helsing? not a bad idea..hehehe..
btw, saya pun curious..sapa ekk penulisnya? sbb nama pena ni baru 1st time saya jumpa..carik kat intenet info Zehann Ur Rakhie, takde lah..ada sesapa tau info Zehann tak? dia ada website ker..blog ker..
monaSakti
setakat ini saya masih belum jumpa blog penulis novel ini. kalau saya terjumpa blog beliau, insya allah saya akan letakkkan nya di sini.
Pergh! | Lukis, Komik, Kartun, Animasi, Games Malaysia
All information and content contained in this website are provided solely for general information and reference purposes.
By browsing this web you agree to our privacy policy.
© 2001 - 2021 All Right Reserved by Vasqtech Network Malaysia