Home › Forums › Uptown @ Pergh! › Proton – Jenama Negara
Aku dapat nih hasil paste dari http://www.paultan.og
Aku rasa menarik utk dibaca semua, tambah ilmu gitu.. tambah2 plak
zaman HOT ngan proton2 nih..
takder proton = takder teknologi automobile – tiada kilang Toyota atau
Volvo , ford bla bla di negara kita nih ..
* sekurang2nya aku dah terbelajar menghargai ape yang tak nampak..
dari orang dalam proton. khabarnya..
dan aku PERCAYA, Mengapa?
Takder orang sebodoh nih nih mengarang sepanjang nih semata2 kerana nak sokong proton.
So bermakna.. benar dia tahu dan bebesar hati menjelaskan dan menaip panjang tahap tak sanggup bagi orang lain. , secara logiknya camtuh..
________________________________________________________________
Let's read this article below for a moment…read first, comment last.
Ok..We're so proud being Malaysian..Sorry this article is too long.
take time utk baca artikel nie..
dan korang akan tau realiti sebenarnya..
________________________________________________________________
Yang ni saya kena jawab la sebab banyak sangat misinformation.
Biasanya
information yang berpindah dari satu mulut ke satu mulut yang lain akan
berubah menjadi sensasi. Itu lah masyarakat kita. Kita bukan mendapat
firsthand info tapi berdasarkan cerita yang telah ditokok tambah. Ini
dia cerita dari orang dalam yang duduk ditengah tengah R&D PROTON.
………..ada kenalan dari kastam boleh confirmkan perkara ni..member
atuk kerja kastam kat kelang dan beliau sendiri yang maklumkan yg salah
satu tugas dia adalah buat checking penerimaan barangan proton untuk di
pasangkan di negara ni. Satu kontena enjin je..manakala kontena lain
adalah pintu, body dan sebagainya. sama lah dengan kereta lain juga.
Kalau kita lalu kat kawasan glenmarie tu, akan ternampak lah satu
tanda… Kilang Enjin Proton. Tanda tu tak duduk kat situ untuk suka
suka je. Kalau kita jengok kat dalam…. Boleh nampak besi cair yang
dituang kedalam acuan untuk membuat enjin block. Memang proton ada
mengimpot enjin tapi dari kelas 1.2 dan 2 liter. 1.2l untuk Savvy (enjin
Renault) dan 2l untuk Perdana. Tapi untuk enjin 1.3, 1.5, 1.6 proton
buat sendiri. Untuk pintu pulak… hanya kereta kereta Perdana sahaja
yang proton beli pintu dari Mitsubishi. For your information, Untuk
membuat pintu sahaja memerlukan dekat 20 acuan. Bayangkan lah 4 pintu.
Modal itu shaja sudah hampir RM50juta. So untuk kereta yang volume
kecil, kita beli dari luar. Untuk kereta Isawara, Wira, Waja, Gen2,
Savvy… 100% body dibuat di Malaysia.
Bayangkan dah 20 tahun menanti kereta Malaysia yang sebenarnya tak
keluar-keluar lagi.Bagi yang berkemampuan sudah tentu tak mahu
menggunakan injin kenderaan berteknologi 70an, 80an dan 90an yang
diubahsuai. Sudah tentu ramai nak teknologi terkini dan sebenarnya milik
kita. Secara umumnya proton masih belum ada enjin sendiri lagi..jadi
adalah sukar hendak dikatakan kalau ianya adalah kereta Malaysia yang
sebenarnya. Pengeluaran kenderaan adalah berdasar injinnya barulah boleh
dikatakan ianya kenderaan negara sebenarnya.
Disini lagi ada misinformation. Memang untuk kereta Perdana kita impot
enjin dari Jepun. Untuk Savvy kita guna kan enjin Renault. Untuk
Isawara, Wira dan Waja kita buat enjin di Malaysia walaupun design
original dia dari Mitsubishi. Tapi enjin Gen-2 adalah enjin terkini yang
di reka oleh jurutera Proton dan dibina di Malaysia. Enjin tersebut
menggunakan teknologi terkini. Jadi kenyataan diatas agak menyesatkan
sedikit. Naza, Perodua…. Masih lagi membawa enjin dari luar. Modal
untuk mereka dan mengeluarkan enjin ni amat besar. Nak dapat return pun
bukan nya sekejap. Tapi demi maruah dan kemajuan, kita korbankan
keuntungan jangka pendek. Selagi kita tidak mengeluarkan enjin
sendiri..selagi itu kita tidak tahu. Sekarang kita telah pun
mengeluarkan enjin sendiri… orang masih tidak percaya. Itu lah masalah
orang kita… memandang rendah kebolehan anak negara sendiri.
Selama ini proton bergantung kepada Mitshubishi sebagai rakan teknikal.
Oleh kerana kontrak selama 20 tahun telah tamat. Maka proton terpaksalah
mencari rakan teknikal yang baru dan bermulalah masalah melanda proton.
Sudah tentu rakan teknikal baru tidak mahu meneruskan rekaan dan
teknologi mitshubishi lagi. So apa kan jadi pada kereta proton yang ada
sekarang ni untuk masa akan datang.
Tidak wujud kontrak 20 tahun dengan Mitsubishi. Mereka adalah rakan
kongsi. Bertahun tahun kita berkerjasama dengan Mitsubishi tetapi
teknikal apa yang mereka turunkan. Kalau kita pernah berkerja dengan
orang Jepun atau Korea, mereka inilah yang paling kemut ilmu. Tapi bab
nak korek ilmu kita, dia orang rajin habis. Atuk jangan terkejut bila
saya cakap yang idea kita pun banyak yang Jepun curi. So bila kita mula
menuntut teknologi baru dari mereka… mula lah nak caj dan nak ikat
royalti yang tak munasabah. Nak mintak copy teknikal drawing zaman dulu
sekeping pun dia orang caj beribu ribu. Mula lah kita pandang teknologi
dari barat dan teknologi sendiri. Sebab itu kita beli Lotus.. Kita
ignore Jepun. Bila kita design sesuatu yang lebih baik… laju je dia
orang hantar balik information ke Mitsubishi. Last last kita pun mula
bersikap secrecy dengan dia orang… lama lama dia orang fed up dan
mintak keluar. Lagi pun dia orang dah nampak afta nanti dia orang akan
masuk balik ke Malaysia.
Perodua… kenapa daihatsu/toyota memberi enjin latest dia orang….
Sebab Perudua tu 100% milik Toyota/Daihatsu. Dah lama UMW menjual saham
dia orang kepada Jepun. Proton…. Milik Malaysia.
Mungkin ada yang tahu dan ada yang tak tahu yang proton yang digunakan
pakai sekarang adalah barangan Mitshubishi. Samalah seperti kereta
lain.. tukar lambang je..
Inilah susah orang kita ni…. Banyak mendengar cerita sensasi yang
banyak ditaruk banyak rempah ratusnya….. Memang pada mulanya kita
belajar… selepas itu kita buat sendiri. Saya adalah seorang yang
terlibat dengan kerja kerja tersebut.
o Saga – Base dia Lancer lama. Kita Cuma tukar depan dan belakang sikit.
o Iswara – base Saga, kita mula belajar untuk design kereta sendiri.
Masa ni Mitsubishi dah tak berapa setuju bila kita menubuhkan R&D. So
kita menggunakan khidmat penasihat dari UK.
o Wira – Disini berpuluh puluh designer dan engineer Proton dihantar ke
Jepun untuk kerjasama design kereta baru. Proton dan Mitsubishi kongsi
modalelakang, design asing asing. Lampu depan dan belakang share sebab
nak kurang kan cost. Hasilnya Proton Wira – Mitsubishi Lancer. Orang
akan kata hah kongsi je sabab tak tahu buat kerja…. Tapi ada orang
kata apa apa bila Ford dan Mazda berkongsi bahagian tengah? Ford Laser
dan Mazda 323 adalah kereta yang sama. Ada orang komplen? Bila orang
Malaysia yang buat begitu… orang Malaysia sendiri yang nak mengutuk.
Tak ramai yang tahu seksa bekerja kat Jepun sebab dia orang suka curi
idea. Bayang kanlah semasa kami design dashboard untuk Wira… masa tu
Mitsubishi sudah pun siap soft tooling mould untuk dashboard kereta
dia… Bila mereka tengok dashboard Proton. Mereka sanggup letak
designer dia depan design kita untuk mengubahsuai kembali rupa bentuk
dashboard mereka. Kalau kita pernah tengok dashboard mitsubishi
lancer… hampir samakan. Itu mereka yang meniru bukan kita. Ianya
menunjukkan kita bukan tak pandai… Cuma masyarakat sendiri berfikiran
macam itu.
o Perdana – Untuk membuat satu satu design bukan nya murah. Nak balik
modal pun lama. Jumlah kereta yang dijual pun kena banyak. So kalau nak
buat Perdana…. Sampai habis pun tak balik modal. So yang ni memang
kita ambil kereta dari mitsubishi dan pasang di Malaysia. Cuma kita
tukar depan dan belakang, dan bahagian dalaman.
o Tiara – Tiara adalah bukan product Proton. Ia adalah keluaran DRB.
Tapi kita kena tunduk dengan arahan dari atas untuk mereka menggunakan
lambang Proton.
o Waja – Waja adalah permulaan kita untuk menunjukkan kita mampu
melakukan kerja sendiri. 100% didesign orang orang kita. Tapi untuk
kejuruteraan kita memerlukan consultant dari luar..mainly dari Eropah
dan Amerika. Bukan sebab tak pandai tapi kita tak cukup kakitangan.
Nak
design kereta bukan seperti menjahit baju. Kabaikan dari mengambil
consultant dari luar memang mebuka mata kita… kita adalah setaraf
dengan kebolehan mereka. Nak design kereta ni memerlukan beratus ratus
kakitangan. Bukannya sedikit.
o Gen2 – 100% dedesign oleh orang kita. Consultant dari luar hanya
sedikit sebab kakitangan kita semakin ramai. Kita mula menggunakan enjin
yang didesign sendiri.
o Savvy – 100% dedesign sendiri. Cuma enjin sahaja kita menggunakan
Renault sebab kita tidak ada enjin bersaiz kecil. Well…. Kehebatan
enjin Renault sudah terbukti bila mereka memenangi F1. Disin banyak
berita palsu disebarkan oleh mereka yang tidak bertanggung jawab.
Contohnya… Savvy adalah Tiara dan menggunakan chasis Tiara lama.
Savvy
tidak ada kena mengena dengan Tiara. Savvay adalah baru 100%. Tidak
ramai yang tahu bahawa Savvy menggunakan HTHS steel. High Tensile High
Strength Steel. Sebab tu body Savvy kuat. Memang ada terpampang kereta
Savvy kemek kerana accident. Well… kereta mercedes, volvo, BMW pun
kemek bila accident. Tapi tak ramai yang tengok keadaan dalaman Savvy
yang accident tu… Intact. Kukuh. Saudara saudari… Bila kita design
kereta ni..yang paling penting adalah keselamatan penumpang. Memang
kereta dedesign untuk crumple bila ada impact. Itu untuk menyerap daya
hentakan supaya bukan manusia yang menerima hentakan kuat. Rating TUV
Germany memberikan 3 star untuk Proton. BMW 5 series pun dapat 3 star.
Ramai yang kata Savvy ni tak sedap bila memandu. Tapi tanyalah yang
bercakap tu… adakah mereka pernah memandu Savvy. Kebanyakan nya tidak.
Hanya mendengar dari orang lain.
o Lain lain – Ada banyak lagi yang saya tak boleh cerita sebab ada
secrecy act. Proton pun ada design kereta untuk company lain dan ada
membuat part untuk company lain. Proton ada juga buat reverse
engineering untuk motosikal lumba (tahun tu dia champion) tapi kita
tidak boleh menceritakan sebab dasar secrecy kita. Mungkin sesetengah
orang yang memakai certain kereta mewah tidak tahu yang part kereta
mereka dibuat diproton. Kalau Proton tak elok… masakan mereka
mengkontrakkan proton untuk membuat kereta mereka.
Berbalik kepada masalah yang sedang dihadapi oleh proton. Kenapa ianya
harus berlaku perkara sebegini. Apakah yang sebenarnya telah berlaku dan
dibuat oleh proton dalam masa 20 tahun untuk membina kenderaan nasional
sendiri. Memang ada R&D proton cuba mendapatkan struktur dan bahan-bahan
untuk membuat injin tapi gagal mendapatkan resepinya.
Tok….. Proton memang dah ada enjin sendiri. Yang terpasang dekat
Gen-2 tu apa dia. Bab bab bahan untuk membuat enjin tu senang je.
Kebanyakan pengeluar kereta menggunakan besi yang sama sebab pengeluar
besi dalam dunia ni bukan banyak. Kita Cuma bagi specifikasi je. Nak
design enjin tu yang susah. Transmition yang paling susah. Untuk info
lah… kami masih lagi dalam process untuk mereka cipta transmition
sendiri. Bukan macam nak buat karipap tau.
Penubuhan proton sejak 20 tahun yang lampau tidak mencapai objektif yang
sebenarnya. Dimana silapnya? Berapa ramaikah yang tahu bilakah ilham
proton ini sebenarnya timbul dan berapa lamakah usaha dilakukan bagi
membolehkan impian ini tercapai. Mungkin ramai yang mengganggap hanya
seorang perdana menteri sahaja terlibat. Cuma pada zaman Tun M baru
persetujuan dapat dicapai setelah Mitshubishi bersetuju menjadi rakan
teknikal dengan bersyarat. (syarat ni tak boleh lah diberi tahu..
sebab ianya adalah OSA)
Penubuhan Proton lebih mencapai objectif nya. Pada mulanya Proton hanya
di rancang untuk membuat kereta bukan untuk merekacipta kereta. Kita
menubuh R&D, Mitsubishi tidak setuju. Ye la… siapa nak bagi kita
pandai kan. Cuba check dekat Perudua, berapa ramai jurutera dari Proton
bekerja dekat sana, Head of R&D Perudua… bekas Proton, Head of
Styling… Bekas Proton, Head of Planning, Bekas Proton, Head of
Production… bekas Proton (rasa rasanya dah kena kebas dekat Naza),
Head of Engineering Services… Bekas Proton. Rata rata mereka yang
senior dekat sana dari proton. We trained them… orang lain ambil cara
senang je. Naza pulak.. Head of R&D.. bekas proton. Head of
Production… Bekas Proton. Honda… pun ramai bekas proton, DRB
Pekan… Head dia pun bekas proton, Inokom… head dia pun bekas proton.
Itu kira head je… Bukan lagi kira engineer dan designer. So it meets
its objectif untuk memajukan orang orang kita. Mainly orang Melayu.
Naza
sendiri tidak menyangkal kereta Naza mainly didevelop oelh bekas
kakitangan Proton. So… orang Proton tak bagus?
Kita belum lagi kira bekas pekerja proton yang diambil oleh consultant
luar negara… dari America, Eropah sampai ke Jepun. Tau tak kita
kakitangan Proton telah memenangi pertangdingan mereka design kereta
anjuran Ford. Beliau mendapat tempat pertama. Bukan bertanding
diperingkat Malaysia. Tapi di peringkat antarabangsa. Memang beliau
mendapat tawaran kerja dari syarikat kereta gergasi Amerika dan Eropah.
Tapi kami tabik bila dia decide nak stay dekat Malaysia sebab tak nak
anak anak membesar dinegara lain. Ada orang tau…?
Selama 20 tahun proton pergantung kepada pemerintah yang sepatutnya
telah boleh berdiri dengan sendirinya sekarang ini selepas perjanjian
tamat. Ibarat kata.. berapa lama perlu bergantung.. tak kan dah 20 tahun
nak merangkak lagi..nak tambah masa untuk merangkak lagi.. so bila lak
nak belajar berdiri dan berjalan sendiri tanpa di pimpin lagi..sebab tu
exPM kata.. kalau dah tak boleh tutup aja.
Proton boleh menjadi lebih baik kalau tidak ada tanggung jawab kepada
negara. Senang aja… buang sahaja pengeluar pengeluar yang bermasaalah.
Tapi apa akan jadi dengan ekonomi. Itu tanggung jawab Proton untuk
negara. Bayangkanlah penjanaan ekonomi proton untuk negara… berapa
banyak kaki tangan Proton… 8000. Berapa banyak kakitangan syarikat
yang secara lansung untuk membuat part Proton… 100,000 orang.
Berapa
banyak bank dapat untung, berapa banyak syarikat bumiputra yang naik?
Bayangkanlah kami boleh membantu sedangkan polisi kerajaan tidak
membantu. Cuba ingat sebelum timbul nya proton0… Kosong.
Mengenai masalah AP pulak perkara tu bukan perkara baru. Mungkin ada
yang tak tahu yang proton juga mendapat AP. Kalau tak.. sure harga
kereta proton tak serendah sekarang ini. Tak percaya boleh check duti
import yang dibayar untuk sebuah kereta proton. Nak check duti import
tak susah sgt.. cuma bandingkan harga kereta proton di kawasan bebas
cukai.
Kita memang tak payah bayar duti impot sebab kita buat kereta kat dalam
Malaysia. Tapi tetap kena cukai. Kita tak ada AP. Yang Proton kecewa
kenapa terlampau banyak AP dikeluarkan. Lepas tu sebijik sebijik
kerajaan kena tipu. Bayangkan lah kalau kereta KIA yang dibawa masuk ke
Malaysia… harga yang di declare adalah RM8000. Tak masuk akalkan bila
kastam approve benda ni. Paling murah kereta yang pernah dibuat adalah
dalam dunia ni adalah lebih kurang RM18,000. Itu baru bahan bahan dia.
Belum lagi kira cost modal acuan, cost tenaga kerja, cost R&D.
Bayangkan
lah banyak mana kerjaan rugi pada cukai. Bayangkanlah banyak mana Naza
untung.
Dasar Automotif Nagara di perlukan bagi meneruskan perjuangan yang belum
tercapai disamping menjaga serta melindungi pemilik kereta proton
sekarang ini. sejauh mana boleh bertahan tak tahu la..kalau tidak akan
bertimbunlah bakal besi buruk bila tiada lagi spare part proton (asalnya
milik Mitshubishi) dan akan timbullah barangan made in Jinjang atau
sewaktu dengannya.
Saudara… Dalam banyak banyak negara pengeluar kereta, Malaysia lah
yang paling kurang memprotect industry automotive mereka. Rakyat
Malaysia juga lah yang paling tidak patriotic dalam hal hal kereta ni.
Walaupun kita telah merdeka, minda kita tetap diajar barangan lain lebih
elok dan tidak membantu barangan sendiri. Saya ambil contoh… Thailand
membuka pintu mereka untuk industri automotif…tapi ada syarat.
Kereta
yang dibina di Thailand harus lah di export keluar lebih dari yang
dijual dalam negara nya. Korea… cuba pergi ke Korea dan lihat sendiri
disana. Nak cari kereta yang bukan dari Korea… susah. Sebabnya… 1
memang mereka patriotik. 2. Cuba pakai kereta import… Lembaga Cukai
mereka akan menyusahkan pembeli kereta tu. Sebab kata mereka tentu
banyak duit. Jepun… Semasa mereka belajar membuat kereta hampir 80
tahun dulu… nak naik bukit pun boleh undur (baca sejarah toyota), tapi
rakyat mereka tetap bangga dan tetap membeli. Cuba kat Malaysia….
Kutuk lagi ada.
Saudara semua… kejayaan sesuatu project negara bergantung kepada
sokongan dari rakyat sendiri. The more people buy, the cheaper things
can be. Economic of scale lah tu. Lagi banyak dijual, lagi rendah cost
pembalikan modal untuk setiap kereta. Nak buat sebijik kereta hampir
1
billion cost dia. Macam mana nak balik modal kalau kita tak ambil
untung. Kilang enjin lagi mahal… tapi kita korban kan keuntungan
kerana kalau kita dok asyik beli enjin dari luar, masa mana kita nak
belajar dan maju. Protn baru 20 tahun. Korea mengambil masa 40 tahun
untuk kerata dia tiba ditahap ini. Jepun sudah 80 tahun, Barat sudah 100
tahun. Ini industri kereta. Kalau orang suruh kita fikir nak buat
plastik aiskrim tu pun majority kita tak boleh. Ini kereta. So yang
mengutuk tu… fikir. Lagi banyak kita jual, lagi murah kita boleh
jual… lagi banyak duit, lagi baik pembangunan yang kita boleh buat.
Setaip test dan setiap bahna baru yang nak direka memerlukan wang yang
banyak.
Masalahnya sekarang siapakah yang bakal atau boleh dijadikan rakan
teknikalnapa..atuk kata macam tu..sebab Wak Segan ni guna euro. Sudah
tentu la harga kereta proton pada masa akan datang lebih mahal lagi.(
salah satu sebab isu AP keluar) Nak mohon Nissan atau Honda atau Toyata
jadi rakan teknikal memang agak sukar.
Errr…. Ini kita bagi hint sikit sebab teruk sangat dah ni. Kita tengah
develop kereta dengan VW. Sebab tu kita jangan dengar saja orang cakap.
Kalau semua AP ditarik balik lagi banyak masalah akan timbul.. salah
satunya adalah AFTA. Mampukah negara kita membayar ganti rugi kepada
negara lain yang telah melaksana AFTA. Mungkin ada yang tak sedar yang
negara kita telah membayar ganti rugi RM bilion sebab menangguh
perlaksanaan AFTA sebelum ni kapada negara Asean yg berkaitan.
Memang kita akan kena penalti sebab ada perjanjian AFTA. Tapi bukan kita
nak tarik AP macam tu aja. Jalan penyelesaian masih ada. Kalau negara
lain boleh ada polisi dia orang yang membantu industri kereta meraka…
kenapa kita tidak boleh. Kerana AP China boleh mengeksport kereta mereka
ke Malaysia (kereta Chery hampis masuk), tapi polisi China masih lagi
tidak membenarkan kereta kita masuk kesana. Memang dia kata boleh masuk
tapi dah 5 tahun mencuba pun belum dapat kelulusan lagi.
Banyak syarat lagi. India… nak masuk kesana kena letak deposit USD200
Million. Belum lagi nak set up kilang dan infrasturcture jualan. Cuba
masuk kat Korea… Kita nak jual kain kita kat sana pun dia orang tak
nak beli walau pun kualiti kita bagus. Kuat nya patriotik dia orang.
Kita… apa yang nama lain selain dari barang sendiri mesti bagus punya.
Bagi yang nak membandingkan kereta kita dengan kereta German….
Bukan
tak boleh buat. Boleh… tapi sanggup ke bayar harga kereta German untuk
kereta buatan Malaysia.
Tok…. Naza yang rata rata import kereta Cuma tukar bumper pun boleh
jadi taraf kereta nasional. Perodua yang tak pernah design kereta
sendiri (Cuma design bumper depan belakang) pun dapat taraf kereta
nasional… Proton sekurang kurangnya telah mendidik ramai anak bangsa
dalam kemajuan teknologi. Dah ramai hasil dari pengalamn bekerja dengan
proton diambil untuk sektor R&D ditempat lain. Bayangkan lah satu
kumpulan Advance Engine Research Proton terus diambil oleh Petronas.
Bukan sorang…. Kesemuanya. Nak kerja dengan R&D proton….. Paling
minimum 2nd class upper. 1st class berlambak. Selepas berpengalaman…
Perodua, Naza ambil.
Tapi saya tak marah bila orang kata macam macam pasal proton. Itu hak
mereka. Tapi fikirkanlah tenaga yang kami beri untuk meajukan negara
dalam bidang teknology. Boleh sebut tak company mana lagi dalam bidang
industry yang betul betul menggunakan kepakaran anak Malaysia dalam
bidang R&D ni. Kalau kita tidak belajar… sampai bila kita tidak akan
tahu. Dan sampai bila kita akan bergantung dengan orang luar.
Tapi Bab support selepas jualan…. saya sendiri pun tak puas hati.
Sabotaj pun Proton dah biasa kena…. Orang curi part semasa delivery
kerata tukar dengan part tiruan atau lama. Yang kena komplen… proton.
Tapi yang hairannya semasa Perodua recall balik 4000 unit Myvi….
Tak
ada pulak yang kutuk. Letak sebelah sebelah Myvi dan Savvy… check
performance dia. Then baru tahu nak kata apa. Jangan dengar orang cakap
je… test sendiri. Baru tau.
Tak lama lagi akan keluar Savvy Auto-Manual…. Maksudnya dua dua jenis
gear ada dalam kereta. Malas nak tukar gear… swith to auto. Nak main
ciluk ciluk… switch to manual. Errr… siapa kata kita guna tecnology
70an?
– panjang sgt..he..he..
– Lagi panjang jawapannya.
Protonite
thanx mistik
jenuh aku bacha. panjang tapi berisi, menjawab tomahan kedai kopi masakini.
aku pakai proton..sebab err..sebab aku nak sokong undustri negara….
kalau industri negara aku tak sokong aku lepas ni terpakse le aku pakai
kete spek-R plak lepas ni
waaaaaaaaaaaaaa… jenuh gak membaca ni ye…
-p/s- org nak kata apa pun kata la masa aku beli Savvy tu… pasai duit aku… hahahaha… support maaaaaaaaaaaa… skit pun tak rasa malu.
pergh! berkobar2 aku baca. patriotik sungguh! mulai hari ni aku nak stop jadik akitek. aku nak jadi engineer! huahuhuauauauhaa!
aku nak sebar ni jadi email berantai heheh…
ala takyah le ko jd engineer aza
ko kan dah tahap designer,mmg dah bole dah design keter ape
(Le Corb pon design keter gak kan dulu?)
anyway
aku mmg sokong Proton gak
dlm bnyk2 keter die aku still suka Iswara
low maintenance but still perform dgn baik
oh ya jgn lupe
jimat minyak
aku tgh tunggu Proton bikin Roadster lak
Herm..reality? ..good info. protect our talented mobile engineer..designer..Rr&Developer…..ako sukaaaa…. ๐
Tak tipu..buat ako rasa bangga..
dan ako mula faham, dilema..why kehebatan org proton x leh digemba gembur kan..sbb industri ni kena tricky…x leh transparent….t'lalu byk info yg perlu dicover..sbb rakyat bermulut tempayan dan kesetiaan pd negara boleh dibeli dr rakyat kita sdn tanpa pk kemajuan n'gara sdn.
Sbb tu proton perlu di protect..patut la X-PM BEGITU MARAH..begitu x puas hati..
ok.. just..realized it ..accept it..
penulis tu cakap macam tak pernah guna kereta proton ajer… aku rasa dia naik mercedes kot… takpun volvo..
mana orang kesah sangat injin tu dibeli dari jepun ataupun pintu yg dibuat di jerman… Masaalah pada proton adalah pada aksesorynye yg LOCAL made… dulu masa wira first-first keluar kalau beli puas hati, sebab banyak part dibuat dijepun.. tahan dan lasak.. sekarang nie member aku beli proton tak sampai 4 bulan dah ader bender yg tertanggal.. paling common dia punya power window.. rasa-rasanya macam orang yg ditugaskan untuk menyiapkan aksesory tu adalah orang Malas buat kerje..proton punya kualiti control makan gaji buta! serik aku pakai proton.. ill would not make the same mistake to my second car…
Weh, Mistik Thanx,
hohoho…panjangnya cam tesis plak …sedikit sbyk dpt info…hrp betul apa yg dia kata ..Insya Allah..
penulis tu cakap macam tak pernah guna kereta proton ajer… aku rasa dia naik mercedes kot… takpun volvo..
mana orang kesah sangat injin tu dibeli dari jepun ataupun pintu yg dibuat di jerman… Masaalah pada proton adalah pada aksesorynye yg LOCAL made… dulu masa wira first-first keluar kalau beli puas hati, sebab banyak part dibuat dijepun.. tahan dan lasak.. sekarang nie member aku beli proton tak sampai 4 bulan dah ader bender yg tertanggal.. paling common dia punya power window.. rasa-rasanya macam orang yg ditugaskan untuk menyiapkan aksesory tu adalah orang Malas buat kerje..proton punya kualiti control makan gaji buta! serik aku pakai proton.. ill would not make the same mistake to my second car…
aku rasa dia naik.. tapi dia naik perdana jer agaknya..
iswara mmg lah.. tercabut sana sini.. aku tak nafikan pun tuh..
tapi btui max ady..
masalah besar dia ialah tahap qualiti LOCAL SPAREPART MAKER..
// sebenarnya kalo ada sen.. aku tetap nak beli savvy.. biarlah orang kata huduh ke.. tak best ke.. Try drive tgk!..
// tunggu raya nih kalo ada gambo myvi eksiden.. kita tgk keras ke tak.
mmg betul psl isu body keras tak keras tu
sekarang ni trend designer kereta satu dunia
buat body luar yg boleh crumble
biar hancur luar jgn hancur kabin
sbb kalo kereta keras gile bodynye
alamatnye org dlm bole patah tulang psl impak yg masuk dlm kabin tu
bukan psl kena sepit dgn kereta yg melanggar
a few years back
kerete mercedes masterpiece member aku jatuh bukit lps spin dlm hujan
habis bumbung kemek cermin depan pecah tayar depan tercabut
mmg hancur la,berape kali main guling2 turun bukit
tp member aku dpt minor scratch aje kat kaki
itupon psl kaca yg pecah
passenger2 lain sumer selamat
what i'm trying to say is
kereta german yg mahal pon hancur kemek time eksiden
janji kabin tak hancur
apepon design proton juara mmg tetap tak hensem
memang soft crumble satu kemistian dalam teknologi keselamatan.. tapi kelembutan pada Gen 2 melampau-lampau sangat.. depan mata aku dia langgar belakang iswara.. bukan laju pun.. framing full body boley remuk.. bukan body kulit beb.. tapi rangka.. mamat iswara tu serba salah, sepatutnya dia yg mintak ganti sebab orang langgar kereta dia.. tapi kereta dia cuma bercalar sikit ajer.. bumper dia macam tak pecah…for sure gen 2 tu akan ke scrap metal. takkan nak ketuk rangka kot..
// sebenarnya kalo ada sen.. aku tetap nak beli savvy.. biarlah orang kata huduh ke.. tak best ke.. Try drive tgk!..
// tunggu raya nih kalo ada gambo myvi eksiden.. kita tgk keras ke tak.![]()
Bagus Mystic… ako stuju ko beli savy..sbb dlm last week..dgn mata ako sdn..kt puchong lps simpg tasik prima..ako tgk keta savy kemik…dlh dpn…
ako gelak le..sbb kata..savy tahan.. then ako tgk lawan dia..makk aihh..keta honda city..siootttt! :pergh: termasuk bonet blkg side kiri sampai ke seat blkg..
huhhh…kt sbrg jln sana, sgt ramai org berenti sbb nk belek savy..savy tu kaler merah. betollako stuju…beli lah savy..walau rupa cam tiara…beli la..beli ramai2..nanti bila pergh gathering, bleh buat show bumper car… :pergh:
Ok ape Proton..
Memula SAGA keluar dulu (seat kuning tu),
aku sungguh berbangga dan teruja (masa kecik dulu la)..
Memang rasa Malaysia tanahair tercinta aa…
Ramai la pada masa tu orang kata body
tin milo proton tak tahan lama…
Tapi still sampei sekarang ni aku masih
nampak proton SAGA di jalan raya…
Syabash SAGA
Hmm..
// sebenarnya kalo ada sen.. aku tetap nak beli savvy.. biarlah orang kata huduh ke.. tak best ke.. Try drive tgk!..
// tunggu raya nih kalo ada gambo myvi eksiden.. kita tgk keras ke tak.![]()
Bagus Mystic… ako stuju ko beli savy..sbb dlm last week..dgn mata ako sdn..kt puchong lps simpg tasik prima..ako tgk keta savy kemik…dlh dpn…
ako gelak le..sbb kata..savy tahan.. then ako tgk lawan dia..makk aihh..keta honda city..siootttt! :pergh: termasuk bonet blkg side kiri sampai ke seat blkg..
huhhh…kt sbrg jln sana, sgt ramai org berenti sbb nk belek savy..savy tu kaler merah. betollako stuju…beli lah savy..walau rupa cam tiara…beli la..beli ramai2..nanti bila pergh gathering, bleh buat show bumper car… :pergh:
aku cakap jer laa.. tuh kalo ada sen laa.. kalo project2 aku kat kg dah jalan cantik. insyaallah.. balik raya pun ada hal gak kat kg.. huhu ..
tapi tgklah.. kalo satria baru (SRM) nih kuar dulu..
SRM if :
Body keras cam savvy,
CC 1.6 keatas (PLEASE! NO 1.3cc) * ini dipanggil standard setup level.
AIR BAG.
1.8 ada 4 disk brake. ๐ฎ
Apelah salah buh gak 2.0 cc ๐ฎ (Citroen Xantia 2.0 ape! walaupun kecik! : dah penah drive.. best giler walaupun tak glamer.. tapi mungkin sebab sistem suspension best gak.. )
tuh yang penting body berat.. stabil
Rege mahal sikit takper.
Masalah bila buat 1.3 nih .. jadi UNDERPOWER.. dan tak nampak kelassnyer satria tuh..
tunggu dan lihat.. tahun depan (KALAU proton tak tutup lagi: konpom tak tutup punyelah!)
dasar melayu
kalo berita dari emel, berite yang takde sumber, mesti pecaye nye pasal panjang atau sedap
dasar CFU.
kalau ramai macam setuju aje, dia mesti nak bangkang, konon nampak cool. poorah.
dasar melayu
kalo berita dari emel, berite yang takde sumber, mesti pecaye nye pasal panjang atau sedap
ada aku cakap aku suh orang percaya ke? ..
orang lain pun matang jugak.. tak macam ko..
laa selalunye ko korek info only by the internet Fuu… kalau melayu got problem.. kalau australia ko percaya bolong- bolong… aper ko nak jadi nie fuu.. kembali laa kepangkal jalan… tapi kalau ko tak nak kembali ke MALAYSIA takpe…
ok back to topic
mystic… betull ker ko nak pakai savvy… takut jadi macam tiara nanti.. sparepart susah nak carik… setakat nie enjin gen 2, masih takde problem, tapi last time aku pegi showroom proton kat tepi giant shah alam diernyer hendle pintu terus rosak…aiyarkkk, ganas sangat ker aku nie.. proton!…please do something to your lazzy QC for the sake of your dying future..
ada aku cakap aku suh orang percaya ke? ..
orang lain pun matang jugak.. tak macam ko..
![]()
Aku rasa menarik utk dibaca semua, tambah ilmu gitu.. tambah2 plak
zaman HOT ngan proton2 nih..
takder proton = takder teknologi automobile – tiada kilang Toyota atau
Volvo , ford bla bla di negara kita nih ..
* sekurang2nya aku dah terbelajar menghargai ape yang tak nampak..
MATANGNYE
Betull…aku bukan nak menentang proton dan dasar2 nya…tapi, kalau korang lihat dan tengok…buat apa kita nak berlumba2 dalam bidang kereta? banyak lagi kita Malaysia boleh berlumba, aku tgk bila PROTON diwujudkan, macam jadi gelanggang pertarungan lak…Malaysia kan kaya dengan bahan semulajadi seperti getah dan sawit..Kalau kita berlumba2 dengan bahan2 semulajadi ni kan lebih elok…Buatlah R&D banyak2…Macam seni bersilat jugak, kalau orang Amerika atau Jepun nak bertarung silat dengan kita, mesti diaorang kalah punya…
Kalau korang kaji balik, disebabkan PROTON jugalah harga kereta di Malaysia MELAMBUNG dengan tinggi sekali sampai 300%…ini adalah dasar kerajaan dalam mempertahankan PROTON…Memang lar kita nak berlumba2 dalam teknologi moden, tapi kalau kita sampai nak menyusahkan rakyat, nak buat apa?
Aku bukan nak banggakan kereta jepun, biar aku ceritakan sikit kisah kemalangan aku kat Jalan Ulu Klang. Aku bawak honda civic dgn awek aku, baru balik dari Batu Caves, bila aku bawak kete tu ada lar mamat India yang ntah sakit jiwa ker apa buat brek emergency (sebenarnya kitaorang racing dan aku cucuk angin kete dia)..time tu speedometer aku jelas menunjukkan 200kmh, bila aku brek guna ABS, terus kete aku berpusing (aku nak ngelak kete lain)…berpusing 3 kali, pastu langgar divider…sumpah aku ingatkan kereta aku mesti teruk giler ni! Bila aku keluar tgk, laaar ya rabbi! bumper jer dgn lampu depan jer hancur…yang lain ok jer..
Aku bukan tak patriotik, tapi biar bertempat, aku tak suka berpatriotik pada dasar yang salah…Kita rakyat Malaysia bukannya bodoh…Dah boleh berfikir dan menilai…Apa yang baik kita ikut!…sekiann…Wassalamm..
Aku bukan nak banggakan kereta jepun, biar aku ceritakan sikit kisah kemalangan aku kat Jalan Ulu Klang. Aku bawak honda civic dgn awek aku, baru balik dari Batu Caves, bila aku bawak kete tu ada lar mamat India yang ntah sakit jiwa ker apa buat brek emergency (sebenarnya kitaorang racing dan aku cucuk angin kete dia)..time tu speedometer aku jelas menunjukkan 200kmh, bila aku brek guna ABS, terus kete aku berpusing (aku nak ngelak kete lain)…berpusing 3 kali, pastu langgar divider…sumpah aku ingatkan kereta aku mesti teruk giler ni! Bila aku keluar tgk, laaar ya rabbi! bumper jer dgn lampu depan jer hancur…yang lain ok jer..
Macam “kencing” jer
walau apa pon aku tetap berbangga sebab aku pon pakai 'mitsubishi' buatan malaysia…. :hoye:
banyak bende yang kita tak tahu kita sudah tahu..
mengapa kita buat kereta?
mengapa kita belajar buat engin..
ada kesinambungan sebenarnya dengan pelbagai hal samada langsung atau tak langsung.. dengan mempelajari engin, tak mustahil kita lebih mudah membuat enjin yang dijana oleh minyak kelapa sawit.
minyak sayuran adalah minyak asas utama pembuatan engin diesel. pegi baca sejarah sikit kalau rajin.. ada kat german, merz diesel lama pakai minyak soya saja.
setiap ilmu tuh ada manfaat.
aku pun takder la sokong gila2 proton..
Dulu sebelum ada proton.. apa yang negara kita ada?.. ada kilang kereta tak kat malaysia? adakah industri berasaskan automobile yang banyak kompenen : BESI, PLASTIK, GETAH, MOULDING, MINYAK Bla bla bla banyak lagi..
langsung tak langsung, itulah dinamakan penggerak, sebagai inspirasi permulaan bak kata mantan PM yang diperakui banyak dikriminasi tapi wawasan berisikonya menjadi dalam tak berapa nak sedar. Zaman mula2 proton kluar dulu, alangkah bangganya rakyat malaysia.. Mengapa sekarang sudah besar kepala pula kan.. sememang tak dinafikan bahkan amatlah diperakui bahawa proton sangat lemah pada sebahagiannya.. tapi yang tak nampak itu lazimnya banyak jugak!..
Adakah kita sangat yakin yang TOYOTA akan buat kilang toyota kat negara kita kalau orang kita tak tahu menahu pasal kereta? berbaloi ke 1 pelaburan dia buat kat negara yang takder langsung point to being a good industri country? .. MUNGKIN ADA, MUNGKIN BUKA.. itupun kalau indonesia tak buat dulu dari kita.. Bende nih kene fikir global dan bukan berasaskan kemarahan semata2..
OH!.. aku mmg pandai bermesej.. abaikan. tak suruh korang percaya.. setiap orang berhak mengutarakan pendapat masing2. and that's forum. BUT NO NEED TO BASHING other like 'that person' did.
Proton dalam proses penyusunan semula agaknya. harap2 next CEO gonna be a very good leader.. kalau tak.. puas la menjawab lagi. sampai sorang tuh tensen menjawab lalu berkata = susah2 kita tutup saja proton.. abiis cerita.
TAPI!… idea kereta nasional ini sekarang telah digunapakai oleh negara cina semenjak 2 menjak ini. dengan nama CHERRY :p2 .. dan banyak copy tapa permission langsung dari model2 asal pengeluar :pergh: .. nak dakwa pun kerajaan diorang the very protective..
So.. aku tak la patriotik sangat.. tak juga memkhinzirbuta.. aku pun bukanlah penyokong kerajaan yang terlampau.. Cuma benci ngan politik kedai kopi yang tak berfikir diluar kedai kopi itu sendiri..
Mekasih.. :hoye:
Ok ape Proton..
Memula SAGA keluar dulu (seat kuning tu),
aku sungguh berbangga dan teruja (masa kecik dulu la)..
Memang rasa Malaysia tanahair tercinta aa…
Ramai la pada masa tu orang kata body
tin milo proton tak tahan lama…
Tapi still sampei sekarang ni aku masih
nampak proton SAGA di jalan raya…Syabash SAGA
Hmm..
![]()
ngeheh. :>
apa pun..perbincangkanlah dgn matang. suka aku baca.
artikel ni if nothing at all, dia mendedahkan the other side of the story. bukan sahaja the typical “MARI KITA KONDEM PROTON” attitude.
honestly, (kalau betulla) saper sangka dashboard wira tu lancer yg tiru, not the OTHER way around? that's sumthin, man.
OH!.. aku mmg pandai bermesej.. tongue.gif abaikan. tak suruh korang percaya.. setiap orang berhak mengutarakan pendapat masing2. and that's forum. BUT NO NEED TO BASHING other like 'that person' did.
Tulis jer terus sapa nama dia tak yah nak sorokยฒ mistik oii!!!
Paluli dia X-(
tak yah la black oii.. kias2 pun ok la tuh..
orang matang dia faham kiasan. kalo tak matang tak la paham agaknyer.. ๐
tarakucha.
yup.. just to think at another side..
tapi mmg susah nak dipercayai statement tuh kan?
apatah lagi kerana : Mitsubishi is bigger and otai takpun BRANDED than proton kan?
but selalu sangat bebende camnih berlaku.. cuma time kita jadi mangsa baru sedar..
sape lah nak percaya kuli macai cakap kat boss yang pengurus/ superviser etc pakai idea dia.. bende nih mmg slalulah jadi..
so.. tak bleh gak kata salah.. just the person involve know..
walaupun bende nih sumber dia tak sahih.. tapi aku rasa orang yang bercerita tuh ada pengalaman.. dan aku masih mencari pos nih punya asal.
Berdasarkan kepada 2 aspek utama fakta yang boleh dipercayai :
Naqli dan Aqli .. walaupun primary jatuh kepada Fakta (naqli) Taa'kul atau kesahihan.. tapi sebab orang dalam bercerita dia tak bleh dedah abih2 identity dia. so walaupun bleh diragui atau diragui amat sangat.. soo..
kita guna Akal plak. iaitu teori logik. Logik nih bkan bende remeh.. so ada logik maka boleh la percaya. tapi tidak 100%..
TUh pendapat peribadi aku. Freedom to speech tak gitu..
tak kisah lah. cuma yang pasti setidak-tidaknya sipenulis nih dah imprese what i think also.
to balance antara kelaziman orang cakap dengan yang mungkin kita tak tau.
ttg buat mould utk pintu tuh pun. ko pun keje bidang buatan barang bermoulding kan Black kan?.. ko pun tau costing.. alaa. kita kan dah biasa keje2 camnih
Duan adik aku pun keje buat acuan/moulding gak dulu sebelum balik kg lepas eksiden.. if i not mistake.. dia arituh just buat object2 yang kecik.. abih2 besar pun acuan molding utk plastick injection Cover aircond lebih kurang dalam 3 X 1 kaki jer besar.. itupun makan masa 2 minggu paling cepat nak siap.. tuh pun kalo x de masalah..
dan harga seketul besi waja / padat (bukan besi bodo2 yer).. 1 kaki persegi : 1kaki kuasa 3 .. adalah dalam lingkungan RM 5K – 10,000 tidak termasuk upah pembuatan!..
so situ pun dah calculate berapa. Metal stamping punya mould lagiklah mahal! besi pakai pun besar!.. tuh pun stamping bleh pakai brapa lama dan brapa unit jer sebelum rosak.. Bayanglah.. letak orang kat mesin stamping tuh pun bleh leper ikut bentuk pintu.. (adik aku cakap : kalau dia bohong, dia bohonglah).. kat satu kilang tuh cuti seminggu sebab sorang bangla termasuk dalam metal stamping tuh.. hancur tengkorak!.. nak pasang balik pun gerun .. bende nih base on sensor. so kene off seme dulu.. baru bleh pasang. nak pasang plak bukan cam pasang sportrim
sooo.. 1billion utk 1 model kereta adalah nilaian kasar.. itulah anggarannya.
open widely your mind.
mmg ramai yang tak tahu Perodua (P2) is takedover by daihatsu, and daihatsu plak adalah balachi kepada toyota.
Toyota plak skang nih dah tak buat kete murah!.. dia dah jadi luxury car maker.. yang murah2 semua dia buh bawah daihatsu. teori pecah dan perintah. tak heranlah yvi model terbaru toyota + daihatsu leh masuk malaysia..
sepatutnya P2 dah ditarik balik status 'kebangsaan'nya .. tapi yer laah.. political matter.. mesti ada sebab mengapa tak boleh buat.. itu kita kene cari mengapa..
mungkin sebab p2 masih bleh buat profot pada gov. that's why..
hmmmmm… kawan aku 5 org keje R&D engineer proton shah alam.. tapi takde plak cakap ape2… kawan2 aku tu dikira kepoh jugak.. tapi x de cakap ape2 pasal kete proton pon… hairannya….. :love:
cerita apa2 yg macamana tu? yg baik ke, atau yg tak baik? kalau cerita2 baik ni, manade orang nak cerita. biasa laaa… contohnya, si CFU tu. orang bawak cerita baik, dia gi bantai pulak. haha… lembab sikit.
rasanya, attitude malaysian ni sendiri yang kene bagi betul..patriotic or not, bukan isu kat sini..
Semua barang yang made in malaysia for sure akan dianggap tak elok, not tested, ditiru dari luar, tak sebagus produk yang sama dari luar negara bla bla bla..Sampai bila pun orang2 ni takkan percaya yang malaysia ni mampu buat cam negara lain buat. Rasanya, kalau Sauber Petronas menang F1 pun orang akan kata jugak Petronas macam2..ataupun, kalau sekiranya honda civic tu buatan malaysia, eksiden dan bumper calar sikit pun orang akan cakap “elehh…keter mesia..” :p2
isshhh.. apa ko cerita ni moon? yg ko cakap tu, isu patriotik laaa. hahaaa… camane boleh contradict diri sendiri ni?
Pergh! | Lukis, Komik, Kartun, Animasi, Games Malaysia
All information and content contained in this website are provided solely for general information and reference purposes.
By browsing this web you agree to our privacy policy.
© 2001 - 2021 All Right Reserved by Vasqtech Network Malaysia