Home › Forums › Research And Developement › Projek Kompilasi Pergh.com
smalam mase kitorang tgh lepak kat Limkokwing
Stone telah mengutarakan satu idea yg menarik sekali
iaitu Projek Kompilasi Pergh.com
Projek ini adelah utk mengumpul artwerk2 dr ahli2 Pergh.com
dan dijadikan sebuah buku yg amat tebal (aku bayangkan lebih dari 100 mukasurat)
jadi utk join bukan calang2 org boleh join
aku rase utk join seseorang itu hendaklah ade artwerk2 ORIGINAL yg boleh dibanggakan
something yg worth utk diletak dlm buku ilustrasi
berape banyak?
itu kite sumer kenalah bincang…
macam mane dgn semua?sila berikan pendapat
rgb print?
cmyk… soalan utama aku
aku berminat nak join kompilasi ni, cuma semua work aku dalam RGB.
semuanyer kena la kena bahagikan kepada beberapa bahagian contohnyer..
1. Illustration – manual / digital
Category:-
• Children
• Self-promotion
• unreleased
• Comics – black n white/ colour
• Etc.
2. Design – Interface / Corporate / Stylo / Publishing / Etc.
3. Animation – Static visual / 3D / 2D / Process (Storyboard) / Etc.
aku cuba bagi contoh2 jer… mana tau ader idea lain dari otai2..
aku sokong jer… kalau boleh buat pamerannyer sekali untuk artwork yg dah terpilih sebagai promotion…
oo.. idea yang amat menarik…
aku rase setiap daripada kita kena buat artwork paling tidak 3 atau 4… kalau laratlaa…
bende ni pastinya dalam CMYK… kalau dah masuk ke printing..baik dalam CMYK terus.. kalau RGB convert je la..pastu pandai2la adjust kalau terlari sikit kaler tu.
adakah Limkokwing akan kuarkan bajet utk tu…?
ade deadline?
wah..,menarik …
lagipon pergh ni ramai otai2 dari pelbagai bidang
3d,comic artis, grafik, akitek dll …
bila kompile kan artwerk ni, baru kita ada satu produk yang
boleh dibanggakan..dan boleh dijadikan sumber rujukan
kepada mereka2 yang berminat..
Aku ingat nak submit sekeping, dua la artwork. Cuba nasib..hehe
err..ia yg ala-ala poster tu kan?
elok gak tu… boleh gak jual… guna duit tu utk Pergh.com ni ke… aktiviti sampingan ke…
aku cadang kalo nak buat 'bendealah' nih kene rancang bebetul. bukan tangkap muat… kalo bole dah kategori magazine ker aper… bukan zine!
jangan kasi malu nama pergh.
aku harap maybe setahun dua kali ker, 'pergh' akan release sesuatu yg berharga. international standard.
GAMPANG AJA NIH.. GUE SURIUSS DEHH.. :p2
hehe, idea yang bagus, macam EXPOSÈ. Tapi EXPOSÈ tu bagi freecopy utk contributors, so saper2 submit akan dapat satu freecoy. camana lak ngan budget color separation dan jugak mencetak buku? Or pengedaran buku tu nanti?
Kalau ada idea, bleh gak bentang kat sini, then tgk saper yang boleh bagi sumbangan sikit sorang, camana?
EDIT : budak buckSHOT nih, aku karate tengkuk tu kang, org serius la nih. gyaaaaaaaaaahahahahaa, wei, gi tgk zine yang ako jumpa kat thread aku, page 57 tu. Pasal design kau tu, nanti aku usahakan, dah ada dalam pc dah artwork kau tu.
click here to see EXPOSÈ and other titles from Ballistic publishing.
tapi setiap artwork kena la editor2 yg PRO utk memilih dan menilai agar kualiti nyer terjamin. Wah! banyak progress nih… :blink:
aku setujus. dan aku sanggop volunteer utk jadi salah SEORANG tukang design layout sbb aku tak sanggup utk artwork lawo2 kita dicompile dgn buruk. dan pastila kena contribute sedikit uwang. paper mau kualiti. kita buat betol2 artBOOK format. tamau format ZINE. br nampak mahal. HAH-HA!
oh ye, mencelah idea 39 utk kategori2 tu.. aku rasa tak perlu. susahkan diri kenapa. bukan kita semua dlm pergh ni merangkumi semua kategori tu,.karang ada kategori yg sorg2 dua aje layak, pastu kategori manga pulak kang ramai pulak. just compile by member la. kalo sorg 2-3 page ok la tu. kalo hebat sangat + page la. tp karang timbul soal duit yek? so tulah dia kita bincang!
kalau artwork terpilih dapat free ye..? mmph, aku numpang pinjam takara ke leydi ke punya copy jela nanti..
hek kau bucket, orang belumj submit artworks kau dah nak pinjam, mana kao tahu kitorang ponya selected? mandai2 jer encik buckethed nih.
Pasal duit tu, kalo korang betul2, i mean BETUL BETUL SERIUS, aku bleh gak la hulur sekeping dua. Artwork tak kuar pun takder hal, aku tanak la nanti bila ada org hulur duit, maka artwork dia kena publish semata2 nak menjaga hati dan perasaan, tak gitu?
oh ya, sebelum korang buat buku tu kan, ada sesaper nak beli compilation artworks aku? limited edition ada 7, or maybe paling banyak pun 17 jer, yang lain sumer biasa2. CD included.
aku setuju aje.
first sekali, kena set objective dulu. objective must be clear, dan merangkumi apa yg hendak disampaikan kepada audience. kalau setakat “nak compile everybody's work”, nanti dia akan jadi just another collection la.
maksud di sini, aku nak editor mempunyai kredibiliti tinggi dalam menentukan apa artwork yg dapat masuk dalam publication ni. also means that editor berkemampuan to say “NO” to an artwork, dan boleh table out why exactly did he say NO in the first place.
when u say “compilation”, it's not a zine anymore.
we're talking proper, quality publication here. anything less than that, aku agak reluctant to join.
sori yek bang takara.. aku cadang biarlah kurang perkataan dalam buku tu.. takde la kes range murata punya cite jadi lagi sekalik.. sian sapa yg beli, sebelah side je gambar, sebelah lagi blank. kureng betul.
let the pictures tell major parts of their stories.
macam buku capcom designworks, mungkin ada kategori: finished works, conteng, 3d+multimedia dll.
mungkin ada kategori yg lebih menarik macam dalam buku gamegirls tu tatau lah aku.. tak payah sebutlah
size pun penting, jangan la saiz buku 80 mukasurat termasuk kulit tu.. oversize pun lagi baik..
hardcover tak mesti kot.. dustcover mmm..
kalau ada cd jugak utk yg wordings byk kot.. yelah gambar nak belek lagi elok bubuh kat buku dari cd.. unless kat cd tu ada variations utk design yg tak patut diprint byk kali kat satu buku yg sama, macam shirow buat kat ballistics artbook tu.. aiya.
cadangan je.. lukisan komik pun tak abis lagi.. maaflah demand sangat, cis la buckethead ni.
azarimy… bawa la thread nih kat SERUIS punya thread… baru best.. hehe
betul la, perkara macam ni kena bincang betul2 ma… dari segi pemiliham artwork… dari segi design.. cos nyer.. macam2 maa… kita kena la refer mana2 buku2 international yg sedia ader…
jangan jadikan benda nih carca-marba udah ler… biar tersusun…
aku pun tak ler pandai sangat… kena la tanya lagi org yg bijak pandai dalam benda2 nih..
yup,aku setuju ngan pandangan aza.
mmg kena pilih artwork yg betul2 BERKUALITI sahaja.
and no,aly,ni bukan projek limkokwing (kitorang lepak minum kat sane aje,saje jalan2 sama stone,bohrtaag,mafia and supernothing)
aku ade bnyk contoh buku compilation artwork yg bagus2
theres one with 300 pages with no less than 200 artworks inside.
semua color and printed on glossy paper.Nanti ahad ni insya allah aku bawakkan.
kalu aku jadi editornya
aku set peraturan lebih kurang camni:
-setiap artist kena submit at least 10 keping artwork original
-karya2 haruslah berjiwakan Malaysia (bukan semestinya tunjuk budaya Melayu shj,budaya bangsa lain mcm Org Asli pun bole)
-drpd sepuluh tu,hanya dua atau tiga keping sahaja akan diprint
-drpd 10 tu jugak,hanya 3 atau 5 keping shj akan dipamerkan (dan utk dijual)
-disbbkan artwerk itu utk dijual,aku prefer dlm 10 submission tu,sekurang2nye separuh adelah manual (oil,akrilik,watercolor dsb).Org tak beli artwork digital gantung kat ruang tamu.
-semasa pelancaran kompilasi ini,aku bayangkan ia akan diadakan digaleri.
benda ni tak payah rushing sgt.Buat slow2 dulu.Wajib adekan dulu artwork2 itu.Buat betul2 la itu artwork dulu.Jgn hentam kromo je.
Objektif kompilasi ini antaranye adelah utk menguatkan kesedaran akan kehebatan dan kekreatifan anak2 tempatan,khususnya dr pergh.com akan didlm bidang seni lukis dan senireka.Disamping itu juga,kompilasi ini bertujuan utk mempamerkan bentuk seni yg bercirikan jiwa MALAYSIA (olh itu yg hardcore manga berkemungkinan besar akan menemui kekecewaan).
AKU NAK JADI JURI!!! bleh?
sampai jer artworks kat aku, aku ckp “it's terrible…”, “Sorry, I say no..”
Kena ada 2-5 org. utk jadi editor….
kategori : character design – boleh masukkan yg kat battle of tradition elements…
manual-
digital-
seq. art-
progress from a-z…
…karya2 haruslah berjiwakan Malaysia (bukan semestinya tunjuk budaya Melayu shj,budaya bangsa lain mcm Org Asli pun bole)…
hehee, tengok, kau baca tak ni bucket? konpem aku tak masuk, gyaaaaaaaaaaaaahahahaaa. apa2 hal pun, aku sokong korang, sampai masa nak print nanti, bagitau aku, boleh aku bantu sket dari segi kewangan.
sampai sekarang pun aku tak tau lukisan aku berjiwa malaysia ke apa ke.
tapi kalau org yg lukisan berjiwa korea ke, jepun ke, hongkong ke, us ke, indonesia ke, tak masuk.. jgn takde aje.. tak ramai perghian yg berjiwa / mengamal tradisi ni aktif, rasanyalah.. tough betul sapa jadi panel nanti ..
edit : taka, tu yg aku macam pk pk tu..
aku akan salurkan info ni kat geng geng 3d battle robot dulu.. kalau depa berminat ar.
first sekali, kalau nak tau “berjiwa malaysia” atau tak, kita semua kena laaa DEFINE dulu apa itu artwork berjiwa malaysia.
keyword:
“VERNACULAR”
go find out what this means.
Bagus idea ni…Dan aku harap Outputnya nanti…covernya aje dah nampak mahal dan berkualiti dah….baru oran grespek dan suspek (ttg isi dalamnya)….
..walaupun artwork aku kebanyakannya berunsurkan Burma dan juga Kepulauan Galapagus…tapi untuk projek ni..aku akan cuba menghasilkan imej malaysia….
Hidup Burma ! eh…Hidup Malaysia…
let me clear a few things:
panel editorial/sidang redaksi masih belum ditentukan.
panel akan dipilih (oleh pihak tertinggi la I suppose) dan yg terpilih perlu sukarela & commited.
sbenarnya camni: kalu boleh x nak paksa2 org buat, tp kalau nk harap volunteerism semata2, takut jadi kelam kabut pasal x de org yg directly responsible.
stakat ni, yg terpikir adalah beberapa jawatan:
+editor keseluruhan.
+submission editor.
+graphic/layout.
(yg lain2 aku x tau..)
graphic+layout tu macam tarakucha cakap la, nk kene beriya sket buat. maklumla nama pun ARTbook..
aku stuju dgn rosh, editor ni kene lebih dari sorang. tp ramai sgt pun payah gak.
aku rasa sumorg pun stuju bende ni kene diskas bebetul. tp cadangan aku ialah, pilih dulu a few people utk jd core project ni , dan biar diorg spearhead + kawal discussion. kalau kita biar discussion secara open dlm forum, nanti byk sgt kepala pastu progress lagging giler2. biar ada org yg dipilih utk buat decision in the end. so, jadinya camni:
having said that, aku x jadi le nk mention psl kriteria pemilihan dsb, dan korang pun x yah le jump to conclusion sape yg layak masuk ke tak. buat masa ni, semorang pun kira layak masuk. aku rasa ideanya buku ni nk menunjukkan the best of hasil kerja pergh members, di samping menunjukkan variety of scope.
aku excited sbenarnyr ni–> :pergh: dan nampaknya bukan aku sorang!! 😆
heh… aku pun excited jugak ni.
tapi somehow aku kena tekankan jugak:
“the best of hasil kerja pergh” mungkin tak selari dengan “semorang layak masuk”.
tu pasal aku suggest kita define properly objektif tu. maybe ayat yg lebih sesuai later on ialah “semorang layak masuk, tapi subject to selection of panel”. hehheeh. bukan apa, nanti mesti ada sorang dua yg nak dispute. aku mention ni so that everybody will be absolutely clear of the objective.
although aku terasa sangat nak join, tapi aku tak dapat contribute sebagai pengusaha. but i will contribute in terms of artwork.
kalau orang yang macam aku nih..takkan kena tengok jer..nak juga menyumbang…at least taknak la aku duk membeli jer…tapi takde position yang sesuai lah…kata..semua layak menyumbang..nak sumbang pe…
bagi pendapat aku la…
nak submit work tak semestinya 10 artworks
nak submit berapa pun tak kisah janji banyak dan meriah
bukan apa, kalau org tu bikin 10, tapi langsung tak terpilih plak mcm mana tu?
submit jer la berapa korang nak, janji banyak
later on 'org-org editor' akan pilih la…
Buku compilation ni kitorang bincang nak buat hard cover
kertas plak, well korang semua sure tahu mcm mana kertas yg berkualiti kan?
so, tak perlu la aku elaborate…
so, utk teruskan perbincangan ini secara serius
apa kata ahad ni kita jumpa?
around 10-11 kat KLCC….
tak kisah la lewat ke awal ke,janji korang dtg…
amacam?
actually contributors plak takde la dpt free tapi dpt diskaun laaa…
modal nak buat benda plak aku rasa, nak tak nak kena donate laaa…
nak donate ni 1 masalah gak aku nampak…
benda ni kalau nak buat hard cover dan kertas yg berkualiti makan ribu beb
dan aku rasa kita takyah set target la nak buat berapa pages
jumpa sembang bincang ahad ni dulu (rosh, kalau ko nak ikut, aku leh amik ko)
kita buat target dlm 100 pages n above la
artworks plak termasuk semua la
manga ke tak manga ke
illustration ke, komik ke poster ke atau apa sahaja janji artwork korang
media bebas tapi kalau boleh biar lah kaler
utk komik plak, kalau B&W nampak kemas, tak yah kaler
dan komik plak jgn color dulu, kena tanya 'org-org editor' mcm mana
kalau org-org editor kata color, kena la color
maknanya kena ada kesanggupan utk ubah artwork korang
amacam? boleh?
aku terfikir gak kalau kos printing tu 30-40 ringgit 1 copy
nak kena jual more than 50 inggit
kalau 30-40 satu copy, nak print berapa copy?
200? maknanya dah 6000 to 8000 dah tu…
kalau la print 200….itu kena discuss laaa…
yg aku nampak mmg lebih 5000 inggit kena keluar modal
title aku rasa bebas pun takpe
kalau nak buat tema keMalaysiaan ni susah la
jgn jadikan tema sebagai fix…
kalau fix mcm mana artwork2 lama yg dah buat tapi takde tema Malaysia
submit jer dulu memana pun…janji byk
maksud aku disini tema tu kita fix after this
tapi korang still boleh submit walaupun artwork korang sablom ni takde tema Malaysia
apa lagi aaaaaa….
lupa lak plak…chait!
later la aku tambah…
amboi.. sampai jam 2.35 pagi stone dok pk ..
hwa hwa hwa..
aku pun nak contribute ideas.. tp dah masuk kul 3 pg ni..
tilam bantal dah memanggil2.. nant lah aku sumbang..
aaa… bleh-bleh…. kol baper kena tunggu stone?
yessss setuju aja…sebab dah nampak dah ada potensi pada warga pergh..semoga menjadi kenyataan
Pergh! | Lukis, Komik, Kartun, Animasi, Games Malaysia
All information and content contained in this website are provided solely for general information and reference purposes.
By browsing this web you agree to our privacy policy.
© 2001 - 2021 All Right Reserved by Vasqtech Network Malaysia