Home › Forums › Uptown @ Pergh! › Profesyen Guru
Baru2 ni, negara kita menghadapi satu perdebatan tentang satu profesyen yg tidak dijangka. GURU/CEKGU. sengaja ako memilih waktu yang dah sejuk isu ni dibangkitkan supaya tak de peng ' opinion' an yg emo.
ANtara isu:-
1-pressure 2-benefit 3-responsible 4-kredibiliti sesebuah sekolah utk handling kes jenayah juvana.
kes yg kecik2yg berkaitan persekolahan:-
1-makmal koputer x siap 2-guru dera murid 3-sekolah kekurangan murid
Biar aku mula dgn isu seorang yg kita panggil guru.
Radio fully entertainment era pun ada buat perbincangan topik pagi:- “tertekankah guru2 sekarang?” 😮
Kebanyakan parent said:- apa nk tertekan, kerja sekerat hari, cuti siket punya panjang..benefit, byk nak mampos… 😆
Ada yg siket positif:-kerjaya guru melibatkan tekanan dari guru besar, dari kementerian. X-(
pdpt aku:-tekanan guru semasa cuti-kena buat kelas tiusyen. kalo yg mauk poket sendri tak pa lah..tapi ni yg diwajibkan oleh sekolah. tak pun, ada sillibus yg tak settle sebab cikgu tu kena hantar kursus time sesi persekolahan atas arahan kementerian. so, cuti pun x berapa cuti..kena buat persediaan mengajar lg.. erm..
Apa kata korang lak..lagi best kalo based on observation terhadap cikgu2 anak korang… :sengih:
Profesion seorang guru berbeza dengan kerjaya2 lain yang tidak melibatkan dengan pembelajaran. Tugas pendidik nih berat bukan sebarangan (lain la la kalau ada guru tuh hanya mementingkan duit dari menjalankan tugasannya).
Nak mendidik nih bukan sekadar mengajar semata-mata. Kefahaman seorang guru terhadap setiap murid sangat berkepentingan. Bukan semua otak murid berada dalam aras kognitif yang sama.
Ada murid yg bijak, ada yg sederhana, ada yg bebal. Namun diatas sikap tanggungjawab perlulah guru tuh kena kaji setiap anak muridnya. Ibu bapa juga tak semestinya melepaskan tugasan mendidik kepada guru 100%. Di rumah kalau anak2 itu tak diajar nanti akan menjadi kurang ajar. Walaupun tidak kelihatan kurang ajarnya di dalam rumah, namun di luar rumah ibu bapa tak tahu. Kalau guru tegur anak yang kurang ajar itu maka ibu bapa menafikan bahawa anaknya baik dan sebagainya.
Guru yang nak melatih dan mendidik murid perlu banyak kaedahnya. Pelajar sekolah rendah tak sama dengan pelajar sekolah menengah. Skrg guru tak boleh merotan murid sewenang-wenangnya. Merotan untuk mengajar banyak bezanya dengan merotanl dgn nafsu.
Kalau seorang yang perlu dirotan dengan kesalahan yang setimpal tetapi tidak diambil tindakan sebab pelajar itu anak kepada SOMEBODY maka kelak pelajar itu akan bertambah berani untuk melakukan kesalahannya berulang-kali.
Tugas guru mulia dimata masyarakat dahulu. Skrg aku tak nampak sikap hormat itu lagi. Mungkin aku dah lama tak masuk tgk2 dalam sekolah kot. Kadang2 sikap sesetengah guru pula menyebabkan guru2 lain terima pandangan negatif dari persekitaran. “Kerna sebiji batu, air setasik bergelombang – luzrafikr.”
sekian.
:>
Cekgu dulu garang.. ajar sampai faham. tak faham pun kena buat2 faham supaya tak kena piat tinger..x kena panjat meja.
Sebab, semua nk anak murid pandai. semua cekgu berusaha bersungguh2 sebab they love teaching. they love the best achevement dr stud dia. dia juga nk stud dia perfomed well.
But, menjak graduan sukar nk dpt kerja, ramai buat last decision utk jd guru berijazah..kpli yg menyakitkan kpla. sebab kerjaya ni paling selamat, takan kena fired..big bos dia kerajaan mesia. stabil, kan? takan kena di swastakan…benefit gov sgt banyak.
so, this profession dah jadi last choice, buat pun endah x endah, bena x bena..janji ada kerja. jd cekgu bukan kerana minat. just love stability, love the gaji but hate the job, hate their stud. tuduhan ni bukan kepada semua kwn2 ijazah kita yg masuk n dpt kpli, ada yg ako akui, lepas ngajar dia mula rasa best. but still ada yg surberk jugak.
mane ade isu
ade 3 organisasi guru, 1 je yang dok bising2. and tak salah ako sikit je ahli diorang. yang 2 lagi tu takde lak kate banyak keje la, etc.
yg lg 2 tu o-tai kot. malas nk ckp byk. apa lak x da isu, wahai org mesia. kalo tak, takan la satu centre utk cekgu2 melepaskan tekanan perasaan arose?
cekgu lain takde pon nak lepaskan perasaan
hanya group 1 tu je yang dok bising2, nak gaji lebih, nak keje sikit, nak tu nak ni.
jadik cekgu bukan setakat mengajar saje. tp kdg2 buat kerje yg takde dlm konteks “mengajar” mcm
1. pergi kursus,
2. kalau ade gotong-royong kat sekolah– kene cuci kelas, potong rumput, tebang pokok, angkat meje, selenggare komputer, semue tu tak dibayar.
3. jadik jurulatih bola, pun tak dibayar, menang pun blum tentu dpt komisyen.
4. kalau dtg hr sukan sekolah– jadik jurulatih, tukang susun khemah, turun padang tiap2 hr, carik sponsor, carik caterer, ntah hape2 lg. pun jugak tak dibayar.
5. anak murid saket, driver sekola ade keje, t'paksela hantar budak tu gi klinik.
6. dan mcm2 lg.
mase f6 solu, cekgu saye pernah cakap, “lps ni kalau nak kerje, kerje ape2 yg halal, tp jgn jadik cekgu” sambil m'utarekan faktor2 diatas.
Biped, walaupun itu reality life cekgu, but tak semua org nampak, rite. for me, profession ni ada darjat dia tersendiri.
perlu ikhlas dlm mendidik, tabah hadapi anak murid yg dajal. bersedia utk menjadi mangsa vandalisme murid yg 'ketegarq' ,bersedia menghadapi parent yg anaknya perfect, parent yg nak anaknya always ada right, dan akur pada kementerian untuk menghasilkan sesebuah kejayaan yg tak diduga ke, yg dh diduga ka mahupun terduga.
kerana itu ako rasa ako tak layak untuk menjawat jawatan suci ni. walau mak ako promot, ilmu yg dicurah akan diberi balasan dunia dan akhirat. but ako tak mampu. ako x mo jd perosak darjat profession ni. bapa ako juga seorg guru. ramai stud suka dia, but bila jd favourite stud nih, byk pulak la pengorbanan yg kena buat. DIa punya job scope, sampai ke hal keluarga stud pun dia kena tlg handle. naseb baik anak dia ni survive. :>
ako nak komplen satu je
kalo nak jadi cekgu skolah fulltime, susah gile. kene ambek tu la ni la. patut kene la senangkan orang2 yang ade qualification cam degree ke masters ke. apsal nak kene tunggu setahun dua lagi untuk kursus cekgu? benci ah.
anyway kat brisbane ni ade berpuluh2 orang yang blaja nak jadi cekgu kat mesia. pasal govt mesia tengah buat program untuk hantar beratus2 bakal cekgu ke negara2 luar cam UK, jepon, france, australia.
tapi kalo kroang tengok bebudak yang datang ke brisbane ni, pergh gile ah. yang laki tu ako taktau la, tapi tengok yang pompuan tu….
memula sampai, tudung semua
pastu terus culture shock gamaknye, pasal dah ade pakai banana strap la, rambut kaler macam2 la hahahhaha. bayangkan minah kampung yang baru datang bandar, pakai cam stail merapu je. diorang tu camni ah. hish tanak la ako anto anak ako pi skolah kat cekgu2 cam diorang.
banyak lagi keje lain selain jadi cikgu..
kenapa nak jadi cikgu sedangkan anda mungkin bleh jadi jutawan?
sebab keje tetap? :p2
ada darjat?
afsal? jadi orang kaya hina ke?
// kalo minat ngajo.. ape lah salah target tinggi lagi.. jadi lecturer ke.. cam aza, takara, phoenix ke.. baru la best sket..
takder la aku kata keje cikgu tuh tak bagus or tak der nilai.. aku pun sayang cigu2 aku dulu..
tapi mengapa perlu mengeluh ?.. syukurlah ape yang ada..
word cikgu nie memfobiakan aku…. aku ingat lagi dulu aku curi tulang manusia kat makmal, cikgu aku nampak lalu aku dibelasah kat dalam makmal….tobat aku nak curik harta lab lagie …selepas hari itu, aku berazam utk membalas dendam… tapi bila masa yg ditunggu-tunggu telah tiba, cikgu tersebut telahpun kembali ke rahmatullah, menyesal aku utk kali kedua.. terus aku jadik budak baik sampai sekarang.
aku juga sygkan cikgu2 aku seperti mistikminda…
sehinggakan aku hampir melemparkan kerusi ke arah seorang pelajar perempuan yang kurang ajar dengan cikgu yang sedang mengajar di depan…. nasib baik ader member sabarkan, kalau tak sudah tentu aku telah menjadi assassin sekarang nih… (mungkin aku dah citer sebelum nih… maaf..)
semangat guru skrg tak macam guru dulu2… first kelas…
Aku letih dah la nak citer pasal guru ni…rasa macam dah pernah tulis je dulu dlm Pergh ni. Yang pastinya…kerja guru ni byk disusahkan oleh org politik yg tak pernah ngajar org tapi pandai2 je buat arahan itu ini konon nak nampak bagi best la..tapi kalau korang perasan byk macam tutup lubang sini, bukak lubang baru, kambus sini lubang sane pulak kena tutup.
Mangsanya cikgu la. Dulu kata nak martabatkan bahasa melayu, lps tu nak bahasa inggeris pulak, lps tu kalau impelemen step by step takpe la jugak..ni terus nak semua peringkat budak2. Org start la dari darjah satu dulu lps tu follow batch tu dan batch slps nya naik sikit2…bukan terus pergi semua peringkat.
Mangsanya? Korang mesti perasan jugak budak dpt A berlambak2. Sebab ape? Psl impelementasi BI tu ramai budak tak dpt follow sgt. So…sebab graf markah diadjust supaya ramai lulus. Bila markah F dah rendah..yg D, C dan ke atas of course dah lowered lagi. Lps tu boleh la bangga dalam paper kata ajar dlm BI tapi tak jejas pun result budak2.
Kesan?
Masuk U jadi tak berkualiti. Bukan yg betul2 result best sgt.
Hasil lagi?
Nganggur lps grad.
Alaaa..aku taknak tulis pun tertulis byk jugak.
tapi apa2 pon tinggi level 'guru' ni sebenarnya adalah bawah level ibu bapa…
tapi nak dapat guru2 yg boleh dilabelkan pada tahap ni mmg susahla…
nak nak zaman skang ni…tak yah cita zaman skang..zaman aku skolah dulu pon dah susah dah…
ada yg cikgu mengorat student sendiri…mcmana nak respect sampai level bawah ibubapa…?..
tapi tak semua la…ada yg mengajar mmg ikhlas..
walau mcmana pon…sapa2 yg beri kita ilmu tak kira betapa kita rasa rendahnya atau simple nya ilmu itu..kita kena respect jugak giler babeng…bukan pasal guru tu!..tapi pasal ilmu yg kita dapat dari dia! kalo tak mmg ilmu yg diajar mmg takde manfaat atau tak masuk…sebab daripada sifat kuang ajar pd orang yg memberi kita ilmu tu!…cewah
banyak lagi keje lain selain jadi cikgu..
kenapa nak jadi cikgu sedangkan anda mungkin bleh jadi jutawan?
sebab keje tetap? :p2
ada darjat?
pasal susah
dulu aku ada jadi lecturer kejap…
mmg bengang siot kalo ada student yg tak nak dengar cakap ko…
tabik aku bg pada cikgu2..!!!
semangat guru skrg tak macam guru dulu2… first kelas…
Betol, ako stuju..sebab semangat guru skang x mcm dlu, kerana itu lah nasib mereka tak mcm cekgu dlu.. x byk benefit, tapi byk yg berjaya membawa karier masing2 sbg guru, but now, byk benefit, tapi tak fit pun.
ako kena edit blk coz td bos ako around. :unsure:
Cikgu dulu pun tak semuanya berkredibiliti. Zaman dah berubah. PROFESYEN guru tu sendiri org dah downgrade kan walaupun peranan dia masih sama.
Cikgu dulu:
1.Takyah susah2 pk nak kena saman dek mak bapak kalau nak tampar/pukul anak org. Ape cikgu buat diterima sebab dia la yg menyampaikan ilmu.
2.Semua org respek pasal dia ade ilmu, time tu tak ramai org dpt masuk U. Skrg, kalau jenis mak bapak yg tak pernah susah, dari background kaye raye mmg susah nak respek cikgu yg pk camne nak didik anak diorg.
Cikgu skrg:
1.Mak bapak pun taknak bagi komitmen utk aktiviti sekolah yg libatkan anak2. Suruh dtg meeting PIBG bincang plan, pembangunan, masalah anak2 pun malas. Semua serah bulat2 kat cikgu.
2.Piat telinga sket pun bole masuk court. Nak salahkan sape kalau cikgu buat tak tau je lps tu? Anta surat je pun bg tau anak ade problem dah dtg serang sekolah (tak pukul pun).Bukan takde yg ade semangat nak mendidik..nak membimbing. Ade yg ikut pendekatan diplomasi, ada yg kena jugak care keras2 sket. Cikgu dulu2 pun, tak semua murid dia pakai cara rotan.
Cuma pelik jugak…org yg kata cikgu skrg tak fit la ape la, bagi la cara camne nak jadi guru yg fit kalau ikut standard skrg ni. Kalau setakat tulis je cikgu skrg tak macam cikgu dulu…budak darjah satu pun boleh tulis camtu. Cikgu dulu ade jugak yg hampeh..same jugak cam skrg.
Nak tambah drp bipeds psl profesyen guru selain mengajar & mendidik:
1) Driver – hantar pelajar sakit gi klinik, hantar robongan gi camping, hantar kumpulan pelajar masuk pertandingan kat sekolah lain.
2) Interior designer – hias bilik darjah, bilik simpanan buku teks, makmal, perpustakaan. Juga bertugas merancang & membeli barang2 utk dibuat hiasan.
3) Tukang kebun – bertanggungjawab tanam & jaga pokok, sebelah bilik darjah.
4) Polis, inspektor- kejar budak loncat dari pagar sekolah, siasat siapa yg supply rokok utk bebudak.
5) Tukang gunting rambut – susah sngt ke mak bapak nak hantar anak jumpa barber?
6) Kaunselor – dengar keluhan pelajar bermasalah. Klien terdiri drp pelajar remaja yg memberontak sbb tak pernah nampak btg hidung parents kat rumah, ataupun pelajar yg parents masing2 bergaduh. Sampai ada tahap parents mintak cikgu jadik kaunselor masalah rumahtangga diorang. Betul la citer *^*bluelover*^* pasal hal keluarga stud pun cikgukena tlg handle.
7) Tukang masak, bancuh air- Masa mesyuarat PIBG, cikgu jugak kena masak bihun, bawak kiuh & buat air. Parents(yg ada gak terdiri drp professor & lecturer) tinggal bawak perut je, pinggan utk sendiri mkn pun tak hingin bwk.
Uztaz & ustazah – ada murid mintak tolong cikgu ajar camana nak semayang.
9) Pembekal roti- utk pelajar perempuan yang baru baligh. Budak2 ni tak expert lagi, patutnya pandai2 mak diorang sim pan stok dlm beg anak dia. Tak pasal2 kalau tak bawak, cikgu pulak kena pegi beli kat kedai.
10) Pentadbir- Uruskan persatuan, kelab kat sekolah. Handle acara2 sekolah hari guru, hari sukan, hari kantin, hari kokurikulum, minggu bahasa inggeris, minggu budi bahasa, minggu cinta alam sekitar. Dlm setiap acara, lagi ada banyak cabang2 tugas. Ada la berjuta paperworks, report kena buat utk program masing2.
11) Kerani – surat permohonan lawatan, carta aliran kerja, senarai tu, senarai ni, isi borang pernilaian prestasi pelajar, prestasi guru & beratus lagi borang + lain2 dokumen cikgu kena taip sendiri. Kerani kat sekolah mana sempat siapkan. Asyik sibut main Yahoo Messager.
12) Hamba abdi kementerian- seperti yang diulas oleh PhoenixByte ttg kerajaan yang sesuka hati tukar dasar. Bila result student merosot, disiplin budak makin nazak akibat dasar baru tu, salahkan cikgu gak kononnyaa tak reti jalankan tugas.
semangat guru skrg tak macam guru dulu2… first kelas…
Toksah la nak banding2 cikgu zaman dulu & sekarang. Macamana la cikgu skrg nak bersemangat mcm cikgu dulu kalau terpaksa hadapi beban2 seperti di atas & undang2 cikgu nak sentuh/marah murid pun tak boleh?
Kebanyakan parent said:- apa nk tertekan, kerja sekerat hari, cuti siket punya panjang..benefit, byk nak mampos…
Sekerat hari ye? Masuk keje kol 7.15 atau 7.30 lagi awal drp keje lain. Ngajar ada sampai 4, 6 jam straight tanpa henti, pastu dpt la break 1, 2 waktu. Pastu ngajar balik. Pukul 2 balik rumah. Pukul 3 datang balik sekolah ajar tusyen, conduct kokurikulum, balik rumah kol 4.30 atau 5. Haa… sama tempoh mcm keje lain. Bezanya keje opis boleh keluar makan 3, 4 kali sehari (9 pagi, 11 pagi, 1 tengahari, 4 ptg dll). Malam, periksa buku, ujian student, taip rancangan mengajar harian etc.. Hari Sabtu, orang lain cuti, Cikgu dtg sekolah buat aktiviti utk pelajar, meeting dll.
Cuti panjang ialah masa utk cikgu2 pergi segala jenis kursus (sampai2, 3 kursus yg amik masa sampai seminggu pun ada). Cuti rehat pegawai kerajaan maximum 30 hari kan? Cikgu dpt 7 hari dlm setahun je.
tapi mengapa perlu mengeluh ?.
Sbb selain drp tugas2 melampau di atas, cikgu mengeluh sbb diorang takde can mcm kita utk lepak2 main internet mcm ni. Ehh.. kidding. Sebabnya cikgu2 tak abis2 diperkecilkan oleh golongan tertentu tanpa menyedari tugas maha gaban yg dipikul guru.
Ada lagi tu Farah,
– Jadi technician. (Biasanya cikgu I.T la ni) Repair PC, repair printer (bukan satu dua jek) dan kalau sekolah tu lagi cam hampeh pentadbirnya sampai wiring network PC ke PC pun cikgu kena buat sendiri. Tapi demi nak introduce IT pada sekolah, buat la jugak.
dah tau pun susah jadi cikgu lagi mau jadi cikgu..
berenti je la.. keje kilang.. :>
dah tau pun susah jadi cikgu lagi mau jadi cikgu..
berenti je la.. keje kilang.. :>
Aku rasa ayat ni agak sombong….
Satu – Menghek eleh kan kerja cikgu.
Dua – Menghek elehkan kerja kilang.
Bini aku cikgu…memang aku kesian dgn beban kerja dia..Kadang kadang dgn aku+anak
skali kena gi aktiviti skolah malam2..Trpaksa temankan sbb lalu utan/estet 30km.
* Bila dia merungut, takkan aku nak ulang ayat seperti di atas?…tido luar le aku gamaknya.
* Sebab politik..profession guru lak yg jadi mangsa. Kesian cikgu2!
Kerja semua pun susah. Tapi jadik lagi susah bila org yg tak faham apa2 ttg kesusahan tu dan katakan kerja tu senang. Diorg bukan mintak gaji lebih ke ape..diorg cuma mintak org faham je skop tugas diorg.
Macam la jugak org kaler dlm komik kan. Org tak nampak kaler tu macam susah. Bila kalerist tu buat kerja macam cincai je org akan kate, hek ele kaler macam ni pun ada hati nak jadi kalerist. Tukang kaler tu kate mase tak cukup la kejar deadline la, byk kerja lain lain dan jugak utk sesuaikan dgn mood cite tu.
Agak2 kalau org kate, buat per jadi kalerist..berenti kerja kilang je la. Budak sekolah kaler mural sekolah pun lagi cantik,
kalerist tu tak kisah ke?
aku penah ngajar kejap dulu kat sekolah kampung. Aku kena ajar math bebudak form 4. Aku diberikan dua kelas, kelas pandai dng kelas tersangat tak pandai. Kalau ngajar kelas pandai ok lah, gumbira jer rasa hati sbb bebudak dengar kata dan rajin blajar. Tapi….. jeng jeng jeng….. bg klas tersangat tak pandai, mmg menyakitkan hati. Bayangkan form 4 tak boleh baca lagi, hafal sifir 3 pun tak lepas, gila babeng aku nak ajar silibus form 4 camna? Dan la kureng pandai, kurang hajar plak, tak reti duduk diam plak, tensen aku. Bila g report kat mak bapak diorang, mak bapak diorang tak caya, cakap anak diorang baik la, lemah lembut bepekerti mulia la… aduh tensen jd cikgu camtu. Aku tanya cikgu yg dah lama ngajar kat sekolah tu, camna nak hendel bebudak camni, dia cakap, bagi jer penyepak. Aku risau gak nak wat camtu, tp bila tgk semua cikgu kat skolah tu buat camtu, aku pun follow skali la, nak wat camna, klu tak, tak leh ngajar sbb budak bising. Tp nasib baik la sekolah kampung, mak bapak tak tau camna nak saman kat mahkamah… kalau tak dah lama cekgu kat skolah tu kena saman berjuta juta :sengih:
takde ke orang yang bebetol 'cikgu' kat sini ?? :unsure:
cite aa sket ape rase jadik cikgu, profesyen cikgu.. cam taiko KIZ nih
nak gak tau, sepanjang aku jadik budak sekolah, aku tak penah tau ape diorang fikir pasal ajar kitorang.. tekanan ke ape ke.. tau-tau masuk, ajar, marah budak, keje skolah, 'terime kasih cikgu' reramai pastu kluar 😮
dah tau pun susah jadi cikgu lagi mau jadi cikgu..
berenti je la.. keje kilang.. :>Aku rasa ayat ni agak sombong….
Satu – Menghek eleh kan kerja cikgu.
Dua – Menghek elehkan kerja kilang.Bini aku cikgu…memang aku kesian dgn beban kerja dia..Kadang kadang dgn aku+anak
skali kena gi aktiviti skolah malam2..Trpaksa temankan sbb lalu utan/estet 30km.
* Bila dia merungut, takkan aku nak ulang ayat seperti di atas?…tido luar le aku gamaknya.
* Sebab politik..profession guru lak yg jadi mangsa. Kesian cikgu2!
erk.. sori lah kalu kedengaran sombong.. not mean like that so..
cuma.. kalau itulah keje kita.. no matter how, admit it..
ape2 keje pun MMG bosan..
sebab most of us are WORKING FOR MONEY.. kerja kuat dan banyak tapi duit sikit = mmg mengeleuhlah..
and that's the fact..
Kalaulah bluelover.. keje jadi cikgu cam skang nih.. tapi gaji dia 5K sebulan..
aku jamin.. dia takkan mengeluh.. dan dia akan cakap.. “Takper lah, keje penat sikit.. gaji ok maaaa” ..
Semua kerja akan jadi camtuh.. kerja banyak, gaji sikit.. kerja lagi kuat.. masih tak cukup lagi.. dan sebagainya..
Designer sekalipun cthnya.. , gaji banyak kekononnya.. tapi keje pun banyak.. dah la main idea lagi.. cari idea isap okok jap.. sakit2 badan jadi letih..
bla bla bla.. last masih rasa tak cukup dengan apa yang dapat dan kerja yang dibuat..
mengapa duk kaitkan dengan JUTAWAN?
Apehal plak? macamlah aku jutawan.. Bwaha..
TAKE THIS
1 – Bekerja keras untuk duit yang sedikit atau cukup..
2 – Bekerja sedikit tapi dapat duit yang banyak..
3 – Tak payah kerja langsung.. Duit bekerja utk dia..
Rata2 kita semua dalam level 1.. ada gak yang hampir level 2..
jadi mengapa tak pernah cuba nak capai level lain? semacam hidup nih HABIS selepas dapat kerja saja? Berapa ramai yang upgrade ilmu selepas bekerja? Berapa ramai yang .. entahlah..
Aku cakap jer pandai.. (sekarang laa.. ) 😆
Sebenarnya..
Aku tak pernah kisah ape yang aku kerja..
Yang penting aku sukakan ape yang buat.. takder lah nak sakit2 hati.. aku terima jer apa2 pun.. dengan MERELAKAN dan REDHO, maka takder istilah nak sakit hat or sakit jiwa..
Selalunya ape yang aku tak suka buat.. bile aku keje.. mesti tak lama.. 2 bulan terus cau..
but most of us mmg suka mengeluh.. Hurmmpph…
betui laa. susah nak jumpe cikgu macam dulu… Ye lah. dulu2 gaji cikgu 300 zaman uh.. skang 300 dulu tuh macam 3 ribu kot zaman skang.. Skang nih gaji rendah dari orang lain.. mungkin adaGAP situ.. tambah2 plak dengan zaman hidup kebendaan nih.. nak bagi orang saspek la.. respek laaa…
Ape2 hal pun.. ITULAH HIDUP..
Kalaulah bluelover.. keje jadi cikgu cam skang nih.. tapi gaji dia 5K sebulan..
aku jamin.. dia takkan mengeluh.. dan dia akan cakap.. “Takper lah, keje penat sikit.. gaji ok maaaa” ..
Wei wei ..pe hal lak ako..mentang2 ler aku starter.. tak per..ako cool
sorry mystic, if gaji byk but, x da kepuasan dlm field tu, i won't continue. ako pernah kerja salon kwn ako. gaji just rm 4–.00 jer. ako kerja lama what. sampai ako dh p shah alam dia menangis, offer ako lebih dr gaji skang. it's about self pride.
ako faham, kerja cekgu memang berisiko darah tinggi sebab:-
1-bila kita sedari yg kita terpaksa handle generasi muda yg mentah akal , tindakannya.kena maklum, itu psikologi pembesaran kanak2/remaja.
2-bila kita sedar, kita mesti menjadi pencorak mentality mereka..gagal kita,gagal lah negara kerana mereka adalah bakal peneraju bangsa di masa kita dah tua/uzur/paralise later.
3-bila mereka rosak, penyesalan akan berputik dgn suburnya dihati kerana gagal membentuk mereka…kalo ako, takan mungkin ako mem'padan muka' kan dia.kerana ako sepatutnya bleh membentukkan dia dgn lebih baik.
4-bila mereka mati samada kematian yg sadis, yg tragis, yg sia-sia atau berbakti, kita pasti akan terngiang2, personaliti murid tu sesama jagaan / pemerhatian kita. x mustahil keadaan ini boleh menghantui life kita yg seterusnya.emosi kita mesti akan terganggu.
kerana itulah, ako x mampu membawa karier ini. ako sedar setakat mana kestabilan emosi ako.
dah tau pun susah jadi cikgu lagi mau jadi cikgu..
berenti je la.. keje kilang.. :>
Pn. Salwa(seorang akauntan & a parent): Apa la sangat keje cikgu tu? Dah la kerja sekerat hari, cuti siket punya panjang..benefit, byk nak mampos.
Cikgu Maimunah: Puan nak tau tanggungjawab sebenar seorang cikgu ke?
Pn. Salwa: Huh! Try me.
Cikgu Maimunah: Tugas cikgu bukan sekadar mengajar silibus, kami juga turut …….. bla bla bla(mcm dlm thread PERGH). Jadik siapa kata kerja cikgu ni senang?
Pn. Salwa: Eleh!! Kalau dah tau jadik cikgu susah sangat, berhenti la. Carik kerja lain!
Cikgu Maimunah: …..pulak…
Contoh perbincangan yang tak ke mana. Instead of a parent cuba bantu ringankan beban guru, dia suruh pulak cikgu tu lepaskan keseluruhan tanggugjawabnya terus.
ni cite betul ke cite telenovela?
Cikgu Maimunah: Tugas cikgu bukan sekadar mengajar silibus, kami juga turut …….. bla bla bla(mcm dlm thread PERGH). Jadik siapa kata kerja cikgu ni senang?
sorri to say..
aku pasti sangat bende nih minority jer ada..
majority mengajar kerana silibus..
kalau silibus tuh 10 tahun dulu punya.. maka tetap gak guna sampai 20 tahun..
aku tak heran sangat.. bilamana cikgu2 berkata..
mereka kata kerja mereka tanggungjawab besar..
mendidik anak bangsa..
dalam masa yang sama diorang mengeluh.. itulah.. inilah.. kerajaan lah..
memang ramai politician sucks.. tapi itu tidak boleh dijadikan alasan..
love what u do, that gonna leed u to success.. tapi success tahap mana jer?
berjaya dalam hidup? aku tak rasa keje as cikgu tuh berjaya sangat.
kalau “menteri pelajaran” tuh bleh la kata berjaya..
aku cakap aaa.. aku ramai kawan2 yang jadi cikgu…
ada aa 10 dari 100 yang aku kenal… tambah2 plak sejak maktab perguruan tengku ampuan afzan kt kuantan tuh tukor kat kuala lipis pahang.. and aku selalu masuk dalam maktab tuh.. sebab dulu2 kawan aku ade kedai dalam tuh..
tapi sadly to say.. (u cikgu must admit it )
for the time being.. takder sangat dah orang yang mmg minat gila2 nak jadi cikgu sejak asal.. lain cam 40 tahun 30 tahun dulu.. (macam cikgu stingrayz ) .
SEJAK DARI MASA MAKTAB LAGI dah mengeluh itu ini susah. belajar abih duit la la la.. macam2 bende aku dengan.. dan 10 dari kawan yang aku kenal tuh.. 7 darinya jadi cikgu adalah kerana :
1 – mak bapak suruh
2 – takder pilihan lain..
yang 3 lagi tuh tak pasti la sebab2 ape..
so dari situ korang buat lah telahan sendiri..
terserah kalau nak kata aku buat cerita.. aku bleh bawak korang pi jenjalan lagi dalam maktab tuh.. (tapi skang aku lepak s.alam dah)..
CIKGU farah dan cikgu BLUE..
Tanya, ingat, betulkah korang jadi cikgu sebeb itu apa yang korang inginkan sejak dulu? tanya dasar hati.. ketepikan rasa ego seorang guru.. semua orang ada ego..
Berbaloikah jadi seorang guru/ perhaps.. mungkin sudah jadi.. nak reverse balik susah.. Aku dulu pun mak aku suh aku jadi cikgu. sebab mak sedara/paksedara aku.. ada 3 orang cikgu..
dan salah satu pak sedara dan mak sedara aku yang cikgu tuh bapaklah ego tinggi..
adik pompuan aku penah jadi cikgu..
Susah nak jadi great Teacher Onizuka tuh kan?
So.. profession guru, bukanlah profession yang BAIK sepertimana yang dikhabarkan.. walaupun tugas itu amat MULIA (tak dinafikan) .. tapi kalau asik mengeluh.. takde maknalah….
Ape yang korang boleh buat? nak BANG kerajaan? sedangkan pilihanraya pun kene ugut dulu2.. nak BANG kementerian? lagilah.. so abaikan kerajaan dan segala macam tuh.. as i said, ADMIT IT.. hiduplah dengan redho.. 😈
Maaflah kalau aku menyinggung cikgu2, pensyarah2, tutor2 yang ada kat sini
aku pun pernah menjadi cikgu.. cikgu tuisyen.. aku pun tau.. so.. cikgu bukanlah pilihan yang baik(bagi aku).. mungkin sebab aku banyak lagi tau bende lain.. dan banyak lagi yang lebih mencabar dari menjadi tenaga pengajar.. hidup itu luas.. janganlah disempitkan.. aku pilih untuk haluan yang lain….
Pergh! | Lukis, Komik, Kartun, Animasi, Games Malaysia
All information and content contained in this website are provided solely for general information and reference purposes.
By browsing this web you agree to our privacy policy.
© 2001 - 2021 All Right Reserved by Vasqtech Network Malaysia