Home › Forums › Movies, Musics, Anime And TV Series. › Primer
secara jujur, aku tak tahu menahu langsung pasal filem ni. tak pernah nampak trailernya di apple.com atau di darkhorizons.com. dan petang tu, tokey DVD tu beria2 suruh aku tengok filem ni, especially since dia dah kenal taste aku macam mana. he's words were “science fiction sampai tak paham wooo!”. we'll that got me hooked.
kat cover DVD tu ada label “jury's award, sundance film festival 2004”. so tanggapan aku adalah ini mungkin salah satu dari filem2 artsy-fartsy, kerana selama ni memang susah sangat nak carik filem sci-fi yg menang award filem KECUALI award special effects, sound effects dan sebagainya.
5 minit pertama menonton filem ni, aku dah tahu macamana filem ni boleh dapat award. filem ni merupakan filem bajet murah iaitu kira2 USD 7ribu aje. itu termasuk promosi, belanja makan, sewa hotel dan sewa kamera. sepanjang filem ni dipenuhi dengan shot out-of-focus, shaky-cam, perspektif dengan sudut2 yang pelik, dialog yang kadang2 berlapis antara satu sama lain dan scene2 yg mengelirukan.
biasanya, kombinasi semua elemen2 itu membawa kepada sebuah filem yg tah apa2, mengarut, tak berkualiti dan tak layak langsung untuk dapat award. tapi director filem ni berjaya menggunakan semua elemen2 tersebut dan menjadikan sebuah ensemble filem yg betul2 immersif!
SPOILERS:
filem ini mengisahkan mengenai 4 orang engineer dari pelbagai bidang, yang menghabiskan masa lapang mereka dengan melakukan reverse engineering pada alat2 seharian di sekitar mereka, cuba membaiki atau mengupgradekan barang atau alatan tersebut. cerita ini bermula apabila 2 orang dari mereka secara tak sengaja mencipta sebuah alat yg dapat mengurangkan jisim sesuatu objek dengan memanipulasi medan graviti objek tersebut. (it sounds very in-the-cloud here, but u should see how convincing the conversation was in the movie).
secara tak sengaja, dengan mempengaruhi graviti, mereka juga mempengaruhi fabrik space-time. pada awalnya, mereka hanya mendapati alat itu menghasilkan sejenis fungus dengan cepat. fungus ini biasanya tumbuh perlahan2, tetapi dengan alat ini, fungus itu tumbuh dengan accelerated growth. mereka mula mencari cara utk menjual fungus2 tersebut, dengan tujuan utk mendapatkan sedikit pulangan wang dari 'hobi' mereka ini.
mereka merasakan mungkin inilah HASIL dari hobi mereka selama ini, dan sekadar berpuas hati dengan apa yang ada, sehinggalah salah seorang dari mereka meletakkan jam tangannya di dalam alat itu. mereka mendapati alat itu bukanlah sebuah alat menghasilkan fungus, tetapi sebenarnya ia adalah sebuah time-accelerator!
and this is only the first 20 minutes of the movie!
terlalu banyak informasi dimuatkan di dalam dialog cerita ini, disertai dengan gaya penyampaian shaky cam dan out of focus shots yg menyebabkan kadang2 kita macam menonton sebuah dokumentari murah hasil kerja pelajar2 perfileman. lakonannya mantap, dilakonkan sendiri oleh director dan produser filem ini. skripnya bersahaja, dan nampak macam mereka ini benar2 tahu apa yg diperkatakan.
tonton cerita ini. kita akan melekat di depan tv kerana tak mahu terlepas even sepatah dialog. separuh kedua filem ini akan menceritakan mengenai kausaliti dan paradox, yg seperti biasa tidak terlepas dari mana2 filem time-travel yg biasa kita tonton. tapi di sini logik time-travel digarap dengan begitu baik. kebanyakkan paradox dan skeptisisme terhadap isu ini dilayan dengan baik dan kemas. contohnya, paradox utama iaitu travelling backwards in time tidak boleh melampaui sehingga masa SEBELUM time-machine itu dibina. sekiranya boleh, maka time traveller itu mungkin akan boleh memusnahkan atau mengganggu time-machine tersebut. banyak lagi isu2 time-travel yg disentuh di dalam filem ini. pastikan anda tidak terlepas dialog2 dalam filem ini!
filem ini memang mantap. highly recommended! cuma ada masalah sikit aje. kalau tengok sekali, memang takkan faham filem ni!
4.5/5
[attachment tidak dipindahkan semasa pemindahan server]
ni filem dari negara mana?? US ke?
yup. filem US. low budget. menang award. sempoi.
err… cam menarik jek… aku ske tgk cite pelik2 (asal bukan yang geli dan jijik). mintak2 bleh dapat kat mane2 kedai CD.
nak lagi pening?
ce korang try himpunan filem pendek2 Japon…
THE JAM.FILMS..(2002)– mood dia kreatif.. tak senunuh pun ada… funny.. mcm2… menarik aaa… ada yg plain stupid.. ada yg simple je idea dia… ada yg terlalu kompleks untuk difahami…
atau citer ngeri dari tiga negara- HK.. Japon Korea.. THREE EXTREMES.. (2004)remeber dulu ada THREE?
ngeri ahh yang nie.. Miriam Yeung dan Tony Leung Kar Fai mengisi filem DUMPLINGS.. dlm compi nie..
atau korang akan terujah dengan filem dari Korea… mamat saiko… hostage situation..
nilaikan…
Pergh! | Lukis, Komik, Kartun, Animasi, Games Malaysia
All information and content contained in this website are provided solely for general information and reference purposes.
By browsing this web you agree to our privacy policy.
© 2001 - 2021 All Right Reserved by Vasqtech Network Malaysia