Home › Forums › Uptown @ Pergh! › Poligami,polygyny…
umum tahu akan kes anggota tentera kena simbah asid
sbb nak kawin lagi satu
pastu dtg lak artikel ni
http://utusan.com.my/utusan/content.asp?y=…an&pg=mh_10.htm
rupenye approval dr isteri pertama tak perlu
approval dr mahkamah syariah lagi mustahak
how in the world kebanyakan dr kite
percaya kalo nak berbini due
kena mintak izin dr bini pertama?
pastu
camne bole pakai word poligami lak
walhal poligini lagi tepat?
sbb poligami antara subform nye adelah poligini dan poliandri
poliandri utk pompuan nak bnyk husband
poligini utk laki2 nak bnyk wife
my point is
kenape benda spesifik dlm agama pakai term general?
Nak pasang bini satu lagi kene mintak kebenaran yek. PAstu kene simbah asid.
Nak pasang mistress tak perlu kebenaran. Letak kat kondo jer.
Bikin part time affair ngan bini orang/ tunang orang kat opis ada macam2 citer.
virtual sex kat online chatting/sms pun ada.
hahahahhaha….. Makin ramai kengkawan aku prefer jadi bujang… Yang pompuan pulak andartu (?) bela anak angkat (tah anak senirik kot??)
wonder apa komen SIS, Shahrizad…..
boleh tak cuber2 setia pada yang satu?.. penah terpikir kenapa pumpuan tdk diberi kelebihan macam kaum lelaki untuk berkahwin 4? . walaupun diberi kelebihan, kite kene le ingat juga kesannya nanti.
perempuan kawin empat bila dpt anak benih dari suami mana, anak tak akan kenal dgn tepat sapa mak dan ayah dia. kalau ramai lagi, byk pulak confiusnya sapa ayah. Soal harta, soal air sembahyang dan byk lagi tak dpt selesaikan. Pendek kata ia bertujuan menjaga keturunan dlm agama islam.
umum tahu akan kes anggota tentera kena simbah asid
sbb nak kawin lagi satu
Mcm susah nak percaya dari mana tetiba isteri askar dpt asid tu…
eemmm.. lelaki mmg boleh kawin empat.
how in the world kebanyakan dr kite
percaya kalo nak berbini due
kena mintak izin dr bini pertama?
bapak aku cakap, ni pendapat umum dia… (bapak aku imam masjid kat kampung aku)
kalau ikutkan Islam memang tak wajib mintak kebenaran isteri pertama, asalkan si lelaki nih tadi mampu dari segi keupayaan zahir dan batin.
tapi… kene ingat
manusia nih.. bila nak sgt sesuatu.. kadangkala tak dapat fikir ngan betul.
jadik… nak banding ngan org lain, si isteri lebih tahu si suami ni mampukah dari segi zahir dan batin.
banyak jadik skarang (bukan semua), lelaki isteri nak banyak, tapi isteri tampung hidup dengan ade kerja sendiri.
kalau si isteri2 tadi ni redha hidup dalam keadaan camtu, no problem lah (no problem di dunia saja, kat akhirat nanti pandai2 la si suami jawab depan Allah).
ni lebih spesifik, nasihat untuk anak2…
>> kalau lah tetiba si suami tetiba je bawak isteri baru, tanpa ade sebarang perbincangan ngan isteri pertama, tak bagi sebab sume kenape nak kawen lain. maka, nampak sgt lah si suami ni tak menghargai isteri pertama dan tak menghormati perasaan keluarga isteri pertama yang sanggup menyerahkan anaknya kepada si lelaki sebagai amanah untuk dijaga sebaiknya.
peringatan ganas bapak aku plak..
anak2 perempuan>> kau jangan gatal2 nak kawen ngan laki orang
anak2 lelaki>> kau jangan terhegeh2 nak kawen lebih satu, dari kawen banyak2 baik cari harta banyak2 untuk sekolahkan anak2.
~~~semangat plak aku tulih, rindu bapak aku sebnarnyehh, nak ikut pi mancing… Uwaaaa!!….~~~
anak2 perempuan>> kau jangan gatal2 nak kawen ngan laki orang
anak2 lelaki>> kau jangan terhegeh2 nak kawen lebih satu, dari kawen banyak2 baik cari harta banyak2 untuk sekolahkan anak2.
aku sokong kenyataan ini… walaupun ade terdetik di lubuk jauh di dalam hati tu teringin nak dapat no 2. HAH! bertuah laaa…. buat penat badan la wei…
tapi member aku sms aku aritu dia dah berbini 2. huh… hebat 2 tahun tak dengo kabo berita tau2 dah kawen lain… isk.
peringatan ganas bapak aku plak..
anak2 perempuan>> kau jangan gatal2 nak kawen ngan laki orang
Iskk! iskk! Aku reda trima hakikat…..tapi kita boleh trus jadi kawan, kan Berne? Tak salah kan? :> huhu
Nasihat aku :
Mana2 laki yg nak kawin lebeh tu..belajar2 la gi gerai mamak ,pastu order Acid tarik kurang manis sattuuuuuu….
peringatan ganas bapak aku plak..
anak2 perempuan>> kau jangan gatal2 nak kawen ngan laki orangIskk! iskk! Aku reda trima hakikat…..tapi kita boleh trus jadi kawan, kan Berne? Tak salah kan? :> huhu
Nasihat aku :
Mana2 laki yg nak kawin lebeh tu..belajar2 la gi gerai mamak ,pastu order Acid tarik kurang manis sattuuuuuu….
😆
tu la.. pasal hal kite la akku mintak nasihat bapak aku…. :rolleyes:
adehh…. 😆
erm..
berbalik kepada ketuhanan..
mengapa allah bagi orang lelaki kawin 4? ..
sebab dia tahu dia yang cipta dunia dan manusia..
dah mmg diberitahu pompaun ramai dari lelaki..
sooo.. lelaki tak cukup..
kongsi2 laa suami.. ape laa salahnya.
lagipun lelaki bleh Multiple Cinta/ Sayang / Kasih yang pompuan bleh gak buat sikit..
kalau korang xnak kongsi suami.. sian la plak kaum2 sewanita korang yang takder lelaki tuh..
nanti kang jadi sosial plak.. jantan kaberet sana.. jantan kaberet sini..
so kurang2 kalau korang kongsi.. korang dah berjaya menyelamatkan sorang Hawa dari jadi tak molek.. mungkin..
selain tuh juga… kalau husbend korang produktif.. at least.. 4 ister = 5 anak setiap orang = dah 20 orang umat muhamad bertambah..
Cumaa BILA NAMANYA PEREMPUAN.
maka diorang akan dengki sesama sendiri..
bersangka buruk berlebihan..
tamak! ..
Bla bla (masukkan ayat2 korang disini yang lazimnya pompuan takleh terima )..
PEhh!! kejam nyer haku….. (Guaahahhaha)
// aku? 4 ke hape? 1 pn x de!.. simpan ada la kot..
hahah.. cinta dan kasih sayang orang pompuan mane leh di bagi 2..
mane boleh share kasih sayang… nape? kawen dulu baru tau :sengih:
hahah.. cinta dan kasih sayang orang pompuan mane leh di bagi 2..
mane boleh share kasih sayang… nape? kawen dulu baru tau :sengih:
Betul, Aly. Orang kawin je boleh faham bab2 camni. :rolleyes:
Soalan kpd lelaki:
Kenapa bila nak kawin, cuma follow sunnah nabi secara umum ” Jika kamu mampu, berkahwinlah sehingga empat orang isteri …”?
Kenapa tak cuba ikut kisah sebenar secara tepat rasullullah s.a.w di mana baginda hanya berkahwin selepas wafatnya isteri pertamanya Siti Khadijah? Kenapa lelaki sekarang tak tunggu sampai isteri pertama kamu meninggal, baru masuk meminang perempuan lain?
Mungkin jawapannya Mistik dah jawabkan kot… Nak selamatkan dunia drp bertambahnya jantan kaberet sana.. jantan kaberet sini..dan menyelamatkan sorang Hawa dari jadi tak molek..
hahah.. cinta dan kasih sayang orang pompuan mane leh di bagi 2..
mane boleh share kasih sayang…
ye keeee?
boleh la..korang je tak tau cara..
Tanya la Ayah Pin rahsia dia… 😆
Anyway, kategori mampu tu menyeluruh..bukan takat mampu dari segi duit jek. Mampu mendidik, mampu berlaku adil, mampu sara, mampu bg nafkah zahir dan batin, dan macam2 lagi mampu (mampu sms AF).
Rata2, mmg org kalau dah dpt benda baru, benda lama tu mmg susah sket la nak pandang balik..so dari segi tu, mmg rata-rata ramai yg kurang mampu.
aku baru je dpt lesen dgn bini aku kawin no 2
tapi bila pikir2 balik mana nak cari anak dara yg nak kawin laki org?
so, aku ingat nak cari mualaf ke, ibu tunggal ke utk bantu dorang
may be dlm 2,3 tahun lagi bila dah mampu…
skang ni mmg dah mampu tapi blom sampai seru kot
byk nak kena fikir kalau nak kawin 1 lagi
kena cari rumah utk bini no 2
kalau dia keje, ringan la sikit
kalau dia tak keja, camne gaya tu
sewa itu ini nak kena byr
so, kesimpulannya, biar la dulu aku kumpul harta
😆
poligami dlm islam sebenarnya dapat mengurangkan kadar maksiat yg makin berleluasa.
betul tu.. lagi pun tengok aweq2 lawa2 ni mane leh tahan.. 😆
isk,… ape pun itu semua bergantung kepada individu
sanggup pikul tanggungjawab banyak? silakan.
ada harta, ada pegangan yang kuat, ada kemampuan dari semua sudut…
InsyaAllah gunakan sebaiknya. Ramai pompuan bekerjaya tak kawin2, peratusnya ramai, pompuan kota nih ader pangkat tinggi, duit banyak… clubbing tuh satu kebiasaan… betul KER?
aku baru je dpt lesen dgn bini aku kawin no 2
tapi bila pikir2 balik mana nak cari anak dara yg nak kawin laki org?
so, aku ingat nak cari mualaf ke, ibu tunggal ke utk bantu dorang
may be dlm 2,3 tahun lagi bila dah mampu…
skang ni mmg dah mampu tapi blom sampai seru kotbyk nak kena fikir kalau nak kawin 1 lagi
kena cari rumah utk bini no 2
kalau dia keje, ringan la sikit
kalau dia tak keja, camne gaya tu
sewa itu ini nak kena byrso, kesimpulannya, biar la dulu aku kumpul harta
😆
kuikui… siap mintak lesen awal2
kalau dia keje, ringan la sikit
kalau dia tak keja, camne gaya tu
sewa itu ini nak kena byr
eemmm… ayat nih kureng berkenan sket
nape bern?
lepas kawin nak duk umah je ke?
huh!.. pesal melayu slalu camtuh?
aku tgk chinese women.. diorang mesti keje jugak.. walaupun lepas kawen..
padahal hidup dah senang? laki pun dah .. berada.
isteri melayu = malas?
sape nak jawab tuh?
// ramai pompuan mendua tigakan kasih..
korang jer x jumpe lagi kot..
the truth is out there…..
nape bern?
lepas kawin nak duk umah je ke?
huh!.. pesal melayu slalu camtuh?
aku tgk chinese women.. diorang mesti keje jugak.. walaupun lepas kawen..
padahal hidup dah senang? laki pun dah .. berada.isteri melayu = malas?
sape nak jawab tuh?
// ramai pompuan mendua tigakan kasih..
korang jer x jumpe lagi kot..
the truth is out there…..
adehhh langsung tak terniat di hati ku yang suci inih
aku adalah manusia yang akan tensen bila takde kije (ecehwah)
maksud aku di sini ialah (aku cakap berdasarkan pemerhatian dan nasihat2 keluarga aku yang suke lecture aku, fakta :: abang aku 4 org sume kawen dah n kakak aku 7 org dah kawen);
Isteri memang wajib meringankan beban suami dalam ape cara sekalipun, kalau dia mampu bekerja dan suami izinkan dia bekerja, jadik, kije lah untuk bantu suami. kalau dia tak mampu buat keje atau suami tak izinkan dia klua bekerja, pandai2 la berbelanja dengan berhemat. ni aku cakap dlm kontek kewangan je ek.
tapi….
si suami tak sepatutnya terlalu mengharap isteri dia menyumbang terutamanya dari segi kewangan. kecualilah dia mmg tak mampu, cam sakit dan yg sewaktu dengannye. ni klu isteri dia still tamau tolong, mmg takde hati dan perasaan la pempuan tuh.
tapi…
kalau isteri dia nih bijak, wlaupun suami masih mampu sara keluarga tapi still rasa akan jadi lebih baik kalau dia menyumbang dari segi kewangan, dan dia mmg sayang sesangat kat suami dia, dia pun akan keluar carik duit. dengan syarat, keizinan suami.
isteri melayu = malas?
eemm… ade gak la terjumpe yang malas. tapi majoriti yang aku jumpe dan kenal rajin2 belaka.
mmg ada antara yang aku kenal plan tamau kije bila kawen. tapi perempuan macam nih, kene la rajin b4 kawen. rajin takel org banyak duit. kuangkuang 😆
Sbnrnya tak salah pun kalau isteri tu duduk rumah, tak kira la kaum mane pun. Aku tgk ramai student aku yg bukan Melayu ramai jugak mak diorg suri rumah sepenuh mase jek. Kadang2 it's not about malas ke ape. tapi suri rumah tu sendiri satu profesyen.
Bayangkan ler kalau anak ada 2 tiga org, hantar nursery je dah makan ratusan satu kepala. Tu tak masuk belanja makan minum lagi. Kalau isteri tu jadi surirumah kat rumah jaga anak, jaga makan pakai suami anak2, dah jimat brp dah? Bayangkan plak kalau isteri tu kerja kerani je, berbaloi ke dgn belanja2 tadi semua dia keluar rumah? Tak kan? Jadik surirumah tak semestinya duduk je, boleh jugak ambik upah jahit baju ke, buat kuih ke etc2.
Benda ni tgh kemampuan suami jugak la. Kalau suami mampu sediakan semua, boleh la isteri dia terus keje suke2 isi masa. Kalau tak mampu? :>
aku plan bini no 2 tu utk jadi full time housewife je
boley jaga anak-anak yg lain
heh heh heh
dan at the same time boleh bukak nursery ke apa ke
aku baru je dpt lesen dgn bini aku kawin no 2
tapi bila pikir2 balik mana nak cari anak dara yg nak kawin laki org?
Stone, yg ko apply tu lesen L ke P? :unsure: Mudah btol ko dapat signature Pengarah JPJ tu ye! :unsure:
Aku…insya Allah tanak apply la kot. Bukannya tak best ada 2 kebun nih…mmm..mcm besh je!
Tapi sbb aku takut tidak dapat berlaku adil. Biarlah aku bertani hanya pada 1 kebun.
Cuma kena slalu siram baja laa kot..insya Allah tanah subur hasil pon berlipat ganda.
Lagi pon aku tak mampu byk kebun..jentolak satu je.
– Luahan hati anak peneroka ( mcm mawi gak)
aku tgk chinese women.. diorang mesti keje jugak.. walaupun lepas kawen..
padahal hidup dah senang? laki pun dah .. berada.
mungkin yang ko tengok tu mistik, tak mewakili keseluruhan chinese ladies
kat area2 ko je kot?
sebab yang aku tengok pulak, isteri bos2 (errr aku ada 4 bos chinese) aku seme tak keje
eventhough anak cuma sorang…ada maid pulak nak jaga..diorang tetap berenti keje, duduk rumah lepas gave birth..
member aku chinese sorang tu siap bagi keter kat bini dia pakai, bini dia dok umah je
dia sanggup ulang alik dari rumah dia kat seremban ke ofis di KL naik komuter, naik LRT
i mean, kalau dia bebetul mampu, sure dia belikan keter sebijik lagi utk bini dia kan?
maknanya dia sudi menyusahkan diri sendiri la supaya wife dia senang
walaupun pada hakikatnya wife dia memang dah senang lenang duduk kat rumah..
aku tak setuju la kalau nak kata wife yang tak bekerja, duduk kat rumah tu = malas
kalau tak, tak kluar la istilah SURIRUMAH kan?
cuba elaborate sikit aoa keje SURIRUMAH ni, kalau korang tau…
tanya je la mak-mak korang yang tak kerja tu…
errr rasa macam dah terkeluar topik la pulak… :>
betul kata Moon tu
aku pernah tolong bini aku buat keje umah
walaupun tak selalu tetapi mmg memenatkan
mana nak sidai baju
mana nak masak, potong sayur, mop lantai
basuh cadar, vakum lantai, nak mandikan anak
byk keje ooOOoo
aku kat umah setakat jaga kucing aku nam ekor je
tu pun kdg miss kasik makan
lepas ni aku nak bela ikan kelisa la plak
bini 1 ke bini 2 ke kalau tak adil, tak guna gak
adil ni byk istilah
tak ajar bini agama pun kira tak adil gak tu
budaya masyarakat manusia skarang
suka menisbahkan perkara2 yg tak bole dikira
kasih sayang tak bole dibahagi 2?
kenape nak kluar hukum matematik lak ni?
apekah kasih sayang tu hadir dlm bentuk jisim
yg mmg nampak kat depan mate,mcm sepotong kek?
bagi aku
kalo pompuan tu tak sanggup berkongsi kasih sayang
aku tinggalkan camtu je
sbb come on la wei
aku ade kasih sama keluarga
adik-beradik
mak bapak
diri-sendiri
rakan-rakan
kerja-kerja dan hobi-hobi
sumer nak kena bg attention
kalo dgn yg atas tu pon tak mau berkongsi kasih sayang
sori la wei
definitely aku takleh bg 100% attention kat pompuan tu
point aku
kasih sayang bukan benda yg bole dipakai hukum matematik
takde hukum peratusan dan bahagi kat dlm ni
kasih sayang lahir dlm satu form yg unik
semua benda yg manusia sayang
die akan bg attention tahap sepenuh jiwa raga
untuk setiap benda yg dia sayang la
soalan (utk org yg takmau berkongsi kasih sayang)
berape persen korang bg kasih sayang kpd:
-mak bapak
-rakan-rakan
-adik-beradik
-hobi dan kerja
-binatang peliharaan
-anak-anak (termasuk anak tiri dan anak angkat)
-your spouse
Nie lelaki ke pempuan.. aku tak rasa mcm lelaki yg tulis nie.. ehehheeh fwded dr kawan2..
Assalamualaikum Saya sendiri sebagai lelaki rasa tercabar apabila isteri
saya sering mewar-warkan kepada saya bahawa umur saya dah melewati 40
tahun. Lifestart at 40. 'Kalau U rasa U nak pasang lagi satu, I
izinkan'.Bila berangan tentang nak kahwin lain ni memanglah seronok.
Tersengih sengih aje lah I at that time.
>
> 'Dunia ni dah terbalik gamaknya, kawan kawan aku siap pegi Siam nu nak
> nikoh lagi satu, ni siap suruh lagi.tak tahulah kalau isteri saya tu main
> reverse psikologi dengan saya.
>
> Tapi lepas saya berfikir panjang, rasa rasanya tak nak lah. Sebab apa ?
> Bila mengenangkan awak dah 40. Let say kalau I kahwin dengan anak dara.
> Memang lah seronok beb. Seronok benda yang kat dalam seluar tu aje
> lah.Tentang makan minum, pakai I, rasa nya I tentu asyik teringatkan my
> first wife. Tak perlu nak ajar, I suka makan apa, cam mana cara nak
> masaknya, baju I kena gosok cam gini, kalau I bangun tidur I suka kalau my
> wife dah siap mandi dan segala gala nya lah. Rasa rasa dapat ke isteri
> muda I buat gitu. Tentu dia banyak ragam. Ye lah dia muda, I dah tua.
> Mesti dia kata I ni mengada ngada. Lebih haru lagi, tentu anak anak I akan
> memberontak sakan. Yelah sekarang ni kan banyak kes bapak kahwin lain.
> anak anak lebih tertekan. Disebabkan masyarakat kita ni mmandang serong
> pada keluarga yang bapak mereka kahwin lebih dari satu. Diorang tentudah
> tak rapat dengan I. Kalau I ada anak dengan isteri baru, tentu kecik
> sangat lagi di masa I dah tua dan memerlukan perhatian dari anak
> anak.Sedangkan rumah isteri muda tengah hiruk pikuk dengan anak anak kecil
> (kan dah ada experience dengan isteri pertama -bagaimana kelam kabut! nya
> dia menguruskananak-anak)sedangkan di rumah isteri tua, anak anak sedang
> seronok bergurau senda bersama ibunya membincangkan topik-topik terkini
> dan jugakehidupan mereka.
>
> Tak boleh jadik nih. Banyak benda yang kena repeat. Mula mula kawin tentu
> seronok.Paling lama setahun. Bila dah ada anak,tanggungjawab baru bermula
> semula sebagaimana dengan isteri pertama. Tapi masa tu kita dah tak larat
> nak basuh berak anak, nak pegi shopping beli baju anak anak. Silap
> haribulan orang kata tengah pilih baju cucu. Eii tak sanggup pula.Balik
> rumah mertua pula, teringatkan masa akad nikah dulu, beria ria kita nak
> kan anak dia. Lepas tu kita kawin lagi satu. Tentu muka nih tak tahu nak
> letakkat mana. Orang tua tak kan nak straight to the point. Tanya itu ini.
> Kalau dia nak bercakap tentang tu cukup dengan jelingan dan kerlingan
> mata,buat kita dah tak senang duduk. Tak kan raya asyik balik umah mak
> mertua baru aje. Hish banyak lah lagi. Bagi korang yang suka berbincang
> pasal benda yang indah indah nih sila kanlah. Tapi bagi saya selagi hayat
> dikandung badan, selagi tu lah saya tak nak tambah. Tak nak lah mendabik
> dada. Cakap besar.
>
> Tapi sekadar menurutkan nafsu dan benda dalam seluar tu saya rasa tak
> pernah kurang pun layanan isteri terhadap saya. Insya Allah semua lelaki
> di Keluarga ni, kita bina keluarga bahagia yang di depan mata. Bukannya
> yang di dalam kepala. Hadapi hari esok yang tentu dengan keluarga yang
> banyak mengharungi susah senang dari mula. Pengorbanan isteri (walaupun
> kadangkala dia pernah merungut salah kita juga, cuai dan mengabaikannya).
> Apa apa pun semuanya bermula dengan kita. Insaflah. Kalau nak ikut nabi,
> rasa rasanya solat subuh pun kita terlepas kalau isteri tu tak kejutkan.
> Tak payah lah yang lain lain. Kang ada yang nangis bila saya sebutkan.
>
> Cukuplah. Sesungguhnya amat bertuahlah suami-suami yang mempunyai isteri
> yang menyuarakan pendapat di ruangan ni. Membuktikan mereka sayang, kasih
> dan cinta pada kalian. Apa sangatlah kita nih. Macam nabi konon. ye ke?
> Bab kawin kawin aje nih cam nabi. Cuba bab menegakkan agama Islam,masih
> lagi terkial kial!”
>
bagi aku
kalo pompuan tu tak sanggup berkongsi kasih sayang
aku tinggalkan camtu je
sbb come on la wei
aku ade kasih sama keluarga
adik-beradik
mak bapak
diri-sendiri
rakan-rakan
kerja-kerja dan hobi-hobi
sumer nak kena bg attention
kalo dgn yg atas tu pon tak mau berkongsi kasih sayang
sori la wei
definitely aku takleh bg 100% attention kat pompuan tu
Maksud berkongsi kasih sayang dlm thread ni ialah berkongsi kasih sayang dgn suami. Takde pun berkaitan dgn hukum matemaik. Kasih sayang takleh diukur pun.
Bukannya, kita takmo kamu pusingkan maksud asal kongsi kasih sayang yang disebutkan pada awal thread. Dengan penjelasan lebih tepat, kongsi kasih bermakna= seorang lelaki berkongsi kasih sayang dgn banyak2 perempuan yang takde pertalian darah (pompuan yang halal dia kawin).
Jangan sampai post kamu tu menyebabkan pembaca therad silap faham, bangangnya pompuan nak kasih sayang 100%, tak payah sayang parents, adik beradik, anak, cucu etc etc. Sah lah pompuan memang tamak haloba!!
Jangan mimpi la awak sanggup kongsi isteri awak dgn lelaki2 lain secara sah(walaupun itu takkan berlaku). Itu pun kalau awak sendiri dah lalui alam rumahtangga la). Alamak, sori. Ni bukan mengugut, cuma nak awak letakkan diri awak di tempat seorang perempuan yang tlelah banyak berkorban demi suami yang dicintainya. Hmm.. nak elaborate makna pengorbanan dalam alam perkahwinan pun boleh amik ruang banyak pages. :>
asal sebab mau kawin satu lagi jer, dah kene label nafsu…
sepupu aku (pompuan) kena tinggal oleh laki dia sebab dah tak berapa lawa dah… laki dia yang blah tu sebenarnya anak mak, umor tak sampai 30 pon… lepas cerai jadi janda,kerja kerani…
agak2 janda2 ni sumer laku ker? bukan semua seksi meksi dan comel… nasib baik adik sepupu aku blom ada anak lagi… masa keje ada la sorang pegawai tua suka kat dia… tapi sebab bini dia pon pegawai, memang tak mau bagi kawen laa, sebab takot malu kat kawan2 kerana kononnya laki kena kebas…
jadi nak senang citer, diorang kawin jer kat siam….
sekarang dah ada anak dah…
akutak tau laa takat mana nafsu pegawai tua tu…. yang aku tau, kalau takat nafsu jer, kat siam boleh simpanm pompuan simpanan part time… kat opis pon boleh main ringan2 tak payah nak pening2 kapla kawen.. bila dia kawen sepupu aku, walaupun bini no 2, dia dah tukarkan taraf dari janda ke isteri orang…. mak bapak dia kurang pening kepala sebab dah ada orang jaga…
mak aku dulu pun janda anak 6, kawin bapak tiri aku yang memang dah ada famili dah… memang kitorang tak la rapat dengan saudara tiri ni… bapak tiri aku pulak garang giler… walau bapa tiri pun, bapa aku gak, dan dia jaga gak kitorang… aku nak tau berapa persen nafsu dan berapa persen tanggung jawab?
ada gak kes2 malang, ada pesakit aku jadi bini nombor dua anak orang kaya, kawin kat siam sebab tanak orang tau… bila nak beranak, beranak sorang2, baby dia pulak mati dalam kandungan,… laki dia tak pernah nampak muka sebab tanak orang tau dia ada bela bini satu lagi… lagipun pompuan ni tak leh claim kat pejabat ugama sini sebab dia pun tatau kawin kat siam tu di iktiraf ker tidak…
ada sorang kawan aku lak, memang remaja walaupun anak dah besar… bini dia warning, toksah kawin satu lagi… mamat ni geng macho sikit… dia tak kisah, takperlah tak yah kawin satu lagi, bukannya susah… tapi girlfren dan pompuan bela bersepah2, bertukar ganti, walaupun kapla makin botak… keturunan tok arab la katakan…. hormon berklebih2… hahahha…
kalo takat kerana nafsu, zaman sekarang, orang lelaki tak payah kawin lagi….
pasal cinta aku tak tau laa….. kes bini orang ikot laki lain pun bersepah gak, kerana CINTA la kengkonon….. pastu bila boifren kantoi, nangis2 minta laki dia amik balik…. kena tipu la, kena jampi la, apakejadahnya…
itu sebab kita ada kawin dan boleh pulak cerai…
kalo dah tak serasi tu, belah laaa….
tak payah nak main2 asid ker, ugut2 ker… kalo sekali penampar pon boleh pengsan…
dah tau perangai manusia memang gitu..
Ingat sumer orang hati suci marhani ker?
tiada cinta yang kekal, melainkan dengan Nya.
ada gak laki stay ngan bini dia sebab kesian… walaupun tak tahan dengan perangai, masa baru kawin lain, masa dah lama kawin, laki di layan cam lembu…. nak buat camner, anak2 dah besar panjang, dah boleh cari menantu… takkan nak bilang kat suratkabar kot?
ada student pompuan aku, mak bapak dia bercerai sebab di bapak nak kawin lagi, dengan orang indon… mak dia yang mintak cerai, sebab dia rasa si bapak tu tak mampu nak tanggung 2 famili dari segi ekonomi, maklumlah dah tua bangka dah… buat apa nak susah2… takder pon mau simbah asid atau mau histeria… takkan dah tua2 perangai cam budak2…. sekarang mak student aku ni nak kawin lagi, dapat calon yang lagi kaya dan prihatin…
itu sebab bila pilih laki/bini, orang suruh pilih betul2…. hanya kerana nafsu marah bergelora, sanggup mau bunuh2… cis, nafsu jahiliah gak tu… lupa semua…
sekian carutan aku yang dipengaruhi oleh jerebu…. :sengih:
Pergh! | Lukis, Komik, Kartun, Animasi, Games Malaysia
All information and content contained in this website are provided solely for general information and reference purposes.
By browsing this web you agree to our privacy policy.
© 2001 - 2021 All Right Reserved by Vasqtech Network Malaysia