Home › Forums › Research And Developement › Pertandingan Komik
i just got some funny idea…
dulu pernah ada pertandingan komik yang dianjurkan oleh berita harian dan sapentah, yang mana ramai orang baru dan juga orang lama dalam dunia komik malaysia join pertandingan tersebut. tak silap aku masa somewhere around 1980s… masa aku sekolah rendah. tak ingat tahun bila.
ada beberapa kategori yang dipertandingkan seperti scifi, horor, drama, lawak dan sebagainya. komik hasil karya pemenang akan dimasukkan dalam ruangan komik dalam berita harian (it used to have, sekarang takde dah).
tapi, tak silap aku, itulah satu2nya pertandingan komik yang diadakan secara besar2an. sekarang ni, banyak yang dianjurkan oleh sesuatu comic publisher seperti gempak, UC dan sebagainya.
aku ada terfikir, since kita semua ada kat sini, agak2 logik tak kita anjurkan pertandingan ni? bagi laaa tempoh panjang sikit, let’s say…. end of 2003 ke, apa ke. ini untuk membestkan lagi industri komik kat malaysia ni.
let’s get a good penganjur untuk sama2 menganjurkan program ini like berita harian (since diorang pernah buat benda ni dulu) or utusan malaysia (since diorang sekarang menjadi penanung kepada UC) kita carik laaa otai2 dalam industri komik ni untuk jadi judge macam aie, baba chuah, zainal buang hussein dan sesapa aje laaaa.
ini cuma suggestion. aku nak tau apa korang fikir. kalau ini hanya impian aje pun takpe. sekurang2nya kita pernah impikan something like this. maybe antara kalangan kita ada contact yang baik… tak kira produser filem ke, artis ke, tan sri ke, apa ke yang boleh membantu program ni.
aku mulanya nak post benda ni kat open forum jer… tapi sebelum tu, aku nak tau apa moderator fikir dulu.
well?
mmmm… tentang pertandingan komik sekitar tahun 1980an tu, aku masih ingat lagi. dan berangan pulak nak masuk tapi al maklum je la. dok kampung banyak yang aku tak tau… cume yang pastinye dapat tengok orang yang bertuah tu menang dan masuk artwork dia dalam paper. namanye pun dah tak berape ingat ntah… ingat tu ingatla tapi tak yakin nak sebut.
ok gak kalau ade pertandingan seperti ni. ape kata kalau pergh.com jadi penganjurnye…
kenapa aku bangkitkan perkara ni antaranya ialah aku nak gak tahu mengenai satu komik yang menang kategori science fiction tu. tajuk dia SANGGAHAN SIBORG. walaupun komik tu adalah adaptasi atau sekurang-kurangnya berasaskan plot cerita BLADE RUNNER, tapi garapan komik yang dibuat pada masa tu memang terpegun aku membacanya. komik dia simple/sempoi, ala marvel 80an, tapi cerita dia yang detail tu mengkagumkan aku.
beberapa kategori lain yang dijuarai oleh komik2 lain juga macam tu. semuanya story driven komik, yang biasanya mempunyai plot cerita yang menarik dan kompleks. so kat sini yang membuatkan aku rrasa semua komik yang menang tu betul2 berkualiti, story-driven dan mantap.
kalau kita buat pertandingan komik lagi pada masa2 akan datang, probably kita akan dapat hasilkan something like this jugak kot? kan ke best kalau pergh yang dapat nama…. ye lah, sebagai satu online comic community in malaysia….
cantek gak..
kita buat ketas keje dulu
then… kerjasama ngan semua pihak..
ie uc, toonage, aie… semua yang komik laaa..
format addalah bebas. baik digital mahupun manual..
submission online / manual
hadiah?
aku rasa.. hadiah paling menarik ialah cash money
pastuh ditambah barang2 sponsor dari semua yang terlibat..
berlansung selama 6 bulan?
aaa.. banyak gak ndak kene kaji nih..
bak kata :
ia bukan hanya.. Pertandingan komik pergh.com /uc /aie bla bla..
tapi.. pertandingan komik semalaysia PKS
cuma.. kita masih kekurang komitmen dan modal..
ermm diskuss lagi?
Hmm…O.K gak ideo tuh azarimy…!! Cra pertandingan camnih…memang dapat mengesan bakat-bakat baru dan cerita idea-idea baru …!!! Hmmm….ruby ade gak biki koleksi komik-komik kat sok-ka-bo tuh….!! Terfikir sejenakxx…entah apoo agaknyoo cara konsep lukisan dan konsep penceritaan yang generasi kita sekaran akan buat yerk….!! Musti…idea mereka semakin upgrade dan BEST…!!! Apoo-apoo pung…karyoo artist tempatan sekarang dah semakin bijak dan terrel dalam bikin komik….!!! Hmm…boleh bincang pakat-pakat bikin paperwerknyoo…!!
p/s Hadiah duit ngaan artwerk comik artist tempatan ngan oversea k gak…!!
hmmm… 1st sekali we may need solid backing. is it possible kalau kita mintak UC, ROCK and even several other comics company untuk bergabung dan menyokong menjayakan pertandingan ni?
kak ruby maybe orang yang paling sesuai untuk start kertas kerja tu. start…. meaning starting point je. supaya senang yang lain2 chip in the ideas….
paperwerk
PERTANDINGAN KOMIK KREATIF MALAYSIA 2003
PENGENALAN
1-Pertandingan Komik Kreatif Malaysia 2003 adalah penyambung usaha pihak-pihak yang terdahulu iaitu seperti dalam Pertandingan Melukis Komik Anjuran ,Berita Harian (1988) dan Peraduan Bakat Baru Melukis Komik 2002 anjuran Majalah Komik Gempak (2002).
2-Pertandingan Komik Kreatif Malaysia 2003 adalah salah satu lagi usaha pengiat tempatan dalam memartabatkan dan meningkatkan kualiti komik tempatan ke tahap antarabangsa. Pertandingan ini dianjurkan oleh pergh.com, Majalah Komik Gempak / Utopia, Urban Comics, ADS, X-Presi, ROCK dan aie.
3-Pertandingan adalah menjadi acara tahunan. Iaitu diadakan setahun sekali.
OBJEKTIF
1-Objektif mengadakan Pertandingan Komik Kreatif Malaysia 2003 adalah bertujuan meningkatkan ilmu pengetahuan kepada pelukis dan penggiat komik tempatan terutamanya dalam bidang-bidang seni yang ada berkaitan dengan komik, kreatif, inovatif dan aktif berkarya.
MOTTO
Motto bagi Pertandingan Komik Kreatif Malaysia 2003 ialah Berilmu
Tujuan motto tersebut adalah seperti berikut:
BERILMU
Menggalakan dan meningkatkan ilmu pengetahuan kepada penggiat dan pelukis komik agar sentiasa berusaha meningkatkan kualiti dan pengetahuan dalam bidang komik. Terutamanya dari segi Konsep Produksi Penerbitan Komik,
KREATIF
Mendidik dan mewujudkan sebuah sistem kerja yang kreatif samada secara individu atau berpasukan. Kreativiti adalah juga dinilai dari Konsep Teknik Penulisan Skrip / Cerita Komik, Konsep Lukisan Komik, Konsep Rekaan Watak, Konsep Rekaan Latarbelakang, Konsep Dakwatan dan Konsep Warna.
AKTIF BERKARYA
Penggiat dan Pelukis komik yang berilmu dan kreatif perlulah sentiasa berkarya. Ini adalah bertujuan untuk mengekalkan kualiti kerja dan meningkatkan kemahiran dalam setiap bidang tugas.
SASARAN :*
1-Pembaca komik golongan remaja.
2-Penggiat dan Pelukis Komik yang aktif berkarya dan berkemahiran. Dalam bidang komik.
3-Penulis Skrip Komik Tempatan.
4-Masyarakat di semua peringkat umur dan dalam berbagai latar belakang dan bidang professional.
5-Penerbit Majalah dan Komik.
ANJURAN X-(
Pergh.com
Majalah Komik Gempak / Utopia
Urban Comics.
X-Presi
ADS
ROCK dan
Aie
KATEGORI PERTANDINGAN
Pertandingan Komik Kreatif Malaysia 2003 mengandungi 4 Kategori iaitu seperti berikut:
1-Kategori Komik Seram / Mitos
2-Kategori Komik Aksyen.
3-Kategori Komik Sains Fiction / I.T (komputer multimedia)
4-Kategori Komik Fantasi.
HADIAH SETIAP KATEGORI KOMIK
Juara …….= RM 1, 500 + Sumbangan Penaja + Trofi.
Naib Juara = RM 1, 000 + Sumbangan Penaja.+ Trofi
Ketiga……= RM 800 + Sumbangan Penaja.+ Trofi
Sagu Hati (x 5)= RM 600 + Sumbangan Penaja + Trofi (setiap pemenang)
ANUGERAH KHAS JURI 😮
Anugerah Khas Juri adalah bertujuan untuk menggalakkan peserta kreatif dalam mereka cipta watak komik. Hanya seorang peserta saja dipilih. Syarat menang ialah lukisan anatomi dapat dilukis dengan baik dan rekaan watak komik adalah asli.
Berikut adalah anugerah tersebut:
PEREKA WATAK TERBAIK PERTANDINGAN KOMIK KREATIF MALAYSIA 2003
HADIAH PEMENANG (tungal)
RM 1, 000 + Sumbangan Penaja + Trofi.
:love:
SYARAT PENGHANTARAN KOMIK
SAIZ KOMIK
1-Kertas A3 dan tinggalkan ruangan kosong di sekeliling komik sebanyak 2.5 cm.
2-Karya komik adalah hanya hitam-putih sahaja.
3-Jumlah satu tajuk komik adalah dilukis dalam 12 muka surat.
4-Lukiskan juga 1 muka surat POSTER COVER KOMIK bersain A3 juga. Karya adalah hitam-putih.
LAYOUT SKRIP / DIALOG / TEKS. 🙄
1-Lampirkan kertas dialog berasingan dengan artwork.
2-Kotak dan belon dialog dan dialog mesti dilukis dengan jelas untuk dibaca.
3-Kertas layout untuk dialog tersebut kemudiannya dilekatkan guna masking type sedikit di bahagian atas kertas artwork tadi.
4-Setiap helaian artwork dan layout dialog hendaklah dituliskan nombor muka suratnya.
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN / PERATURAN
1-Peraduan ini adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia.
2-Kandungan lukisan atau tulisan adalah dilarang sama sekali mengandungi atau ada mengaitkan unsur-unsur isu sensitive seperti agama, bangsa dan politik.
3-Karya dan lukisan adalah asli.
4-Peserta-peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang mereka mahu. Semua keputusan adalah muktamad. Segala jenis surat-menyurat tidak akan dilayan.
5-Semua penyertaan karya peserta adalah Hak Cipta Terpelihara oleh peserta. Peserta berhak menggunkan seluruh atau sebahagian daripada hasil karya atau lukisan untuk sebarang tujuan pameran atau penerbitan.
6-Semua penyertaan mestilah sebelum 6 JUN 2003.
7-Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kehilangan hasil karya atau lukisan. Kami juga berhak menolak mana-mana penghantaran karya yang tidak mengikut syarat yang disebut diatas.
8-Keputusan akan disiarkan dalam Pergh.com, Majalah Komik Gempak / Utopia,Urban Comics, X-Presi, ADS, ROCK, Aie dan surat khabar-surat khabar tempatan. (BH, Utusan, Star)
9-Hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai.
10-Borang Penyertaan boleh didapati di Pergh.com, Majalah Komik Gempak / Utopia,Urban Comics, X-Presi, ADS, ROCK, Aie dan surat khabar-surat khabar tempatan. (BH, Utusan, Star)
11- Para Peserta mesti isi dan penuhkan Borang Penyertaan dengan betul dan jelas. Kelipkan sekali hasil karya atau lukisan dan pos ke:
CONTOH BORANG PENYERTAAN :y
Nama Peserta:
No. K/P:
Tarikh Lahir:
Alamat:
Poskod:
KATEGORI KOMIK
(Sila tanda pangkah dalam petak kosong)
Kategori Komik Seram / Mitos
Kategori Komik Aksyen.
Kategori Komik Sains Fiction / I.T (komputer multimedia)
Kategori Komik Fantasi.
end
KOS HADIAH :*
KATEGORI PERTANDINGAN
Pertandingan Komik Kreatif Malaysia 2003 mengandungi 4 Kategori iaitu seperti berikut:
1-Kategori Komik Seram / Mitos
2-Kategori Komik Aksyen.
3-Kategori Komik Sains Fiction / I.T (komputer multimedia)
4-Kategori Komik Fantasi.
Jumlah kos = RM 3900 x 4 Kategori Hadiah = RM 15 600
ANUGERAH KHAS JURI
PEREKA WATAK TERBAIK PERTANDINGAN KOMIK KREATIF MALAYSIA 2003
HADIAH PEMENANG (tungal)
Jumlah = RM 300 + Sumbangan Penaja + Trofi.
KOS HADIAH sumbangan PENAJA
Hadiah berupa t-shirt, komik dan Trofi
Angaran kasar = RM 100 x 4 (hadiah Kategori Komik ) + RM 100 x 1 (hadiah Pereka Watak Terbaik)
Jumlah kos = RM 500.
KOS HADIAH SEMUA ialah RM 15 600 + RM 500 = RM 16 100.
KOS RUANGAN IKLAN di surat khabar BH, UTUSAN , STAR dan Pasukan PENGANJUR (Pergh.com, Majalah Komik Gempak / Utopia,Urban Comics, X-Presi, ADS, ROCK dan aie)
Jumlah = RM 5 000.
KOS KESELURUHAN = RM 16 100 + RM 300 + RM 5 000
Jumlah semua = RM 21 400. :love:
end
p/s AMACAM ..?!?
cayalah kak ruby! macam tak percaya aje! kalau ikut paperwork proposal ni… nampak macam workable!
ada beberapa kemusykilan dan suggestion:
a) ni tentative ke, atau dah nak finalize?
agak2 ada budget lebih yang diperlukan selain dari peruntukan hadiah? rasanya macam minimum aje…. yelah, selain dari promosi, takde ke kos lain especially macam masa nak majlis penyampaian hadiah tu?
c) motto tu boleh tukar lagi kan? apa kata kita present konsep kat open forum pergh ni… mintak pendapat tentang moto, logo dan sebagainya. takpun… kita buat mini pertandingan untuk benda2 nih…
d) my suggestion of categories:
i) seram – merangkumi hantu dan sebagainya.
ii) aksi – superhero, perang, bunuh2, penderkar dsb
iii) fiksyen sains – robot, pengembaraan angkasa dsb
iv) fantasi – mitos, legenda, dewa2 dsb
v) drama – sedih, cinta, lawak, rogol dsb
e) dicadangkan jugak supaya pemenang karakter terbaik tu diadakan untuk setiap kategori…
f) semua penyertaan sebelum 6 jun? ish …. sempat ke?
g) perlu ke submit dalam A3? kalau A4?
h) maybe frontpage kepada submission komik (poster untuk komik masing2) tu boleh dibuat bewarna kot. nanti bila ada pameran nanti barulaaa best… ada yang kaler, ada yang hitam putih… even kalau nak publish pun bagus…
i) apa possibilty pemenang pertama, kedua dan ketiga mendapat peluang komik mereka diterbitkan?
j) rasanya kalau kita bagi 100% hakcipta kepada diorang mungkin akan menyusahkan kita especially dari segi percetakkan semula dan sebagainya. dicadangkan supaya hakmilik 100% kepunyaan penganjur bermula dari tarikh submission, sehinggalah setahun selepas tarikh keputusan diumumkan. jadi, selepas 365 hari keputusan diumum, boleh laaa kita pulangkan hakmilik kepada owner untuk diterbitkan. biasanya kita (penganjur) dah pun terbitkan bagi pihak mereka yang menang. yang kalah tu pegi laaa terbitkan sendiri….
😮
a) ni tentative ke, atau dah nak finalize?
p/s Belum…belum final lagih…bincangkan lagih…ade yang termiss tuh…!! sila kasik cadangan lagih…ruby tahu kos tuh akan bertambah….!!
agak2 ada budget lebih yang diperlukan selain dari peruntukan hadiah? rasanya macam minimum aje…. yelah, selain dari promosi, takde ke kos lain especially macam masa nak majlis penyampaian hadiah tu?
p/s Yappp…..kos tuh secara kasar aje….kena enter kos seperti
1=KOS Cenderahati
2=KOS Aturcara Majlis,
3=KOS Props / Backdrops
4= sat fikir…fikir kan sat… 🙄
c) motto tu boleh tukar lagi kan? apa kata kita present konsep kat open forum pergh ni… mintak pendapat tentang moto, logo dan sebagainya. takpun… kita buat mini pertandingan untuk benda2 nih…
p/s O.K aje…kita open kat members pasal motto tuh ….!!! Pertandingan Mencipta Logo dan Motto bagi pertandingan tuh…!!
d) my suggestion of categories:
i) seram – merangkumi hantu dan sebagainya.
ii) aksi – superhero, perang, bunuh2, penderkar dsb
iii) fiksyen sains – robot, pengembaraan angkasa dsb
iv) fantasi – mitos, legenda, dewa2 dsb
v) drama – sedih, cinta, lawak, rogol dsb
p/s O.K..aje cadangan tuh…!! sat nantih kita kemaskinikan Kategori tuh k…!!! :*
e) dicadangkan jugak supaya pemenang karakter terbaik tu diadakan untuk setiap kategori…
p/s O.K….gak…cadangan tuh….!!! sat nantih Kos kena set up balik…!! 😮
f) semua penyertaan sebelum 6 jun? ish …. sempat ke?
p/s dok ek….tarikh tuh saje..nak lengkapkan nota…!! BOLEH…diedjust kan …..cadangan bulan DESEMBER 2003 kok…err…boleh bincangkan lagih nih…!!
g) perlu ke submit dalam A3? kalau A4?
p/s Hmmm sebab kalo A3…..pada pendapat ruby…..karyoo komik lebih berkualiti dan ruangan kertas yang besar mungkin dapat memberi pelukis tuh lebih KREATIF dalam penggunaan ruang kertas dan MUNGKIN ia standard cara orang Marvel ngan Image kok…!! Kalo boleh kita kena didik dan menggalakkan peserta serius dalam melukih dan berilmu pengetahuan…!!! Isshhh…lebih kureeng cam tuh lee…!!! Lagih pung karya MUSTI jadik BEST…!! Err…..kelebihan guna A3 nih….ade banyak..TETAPIH ruby tak berapa tahu sangat lee…MUNGKIN orang UC dan Penganjur lelain tuh tahu banyak….sat nantih kita tanyoo pendapat kat depa tuh…!!! Err…kalo saiz A4….O.K..gak..tapih….hmm..cam terlalu biasa sangat….!!! Macam tak praktikal…!! Apoo-apoo pung…boleh dibincangkan dan diubah peraturannyoo…!!
h) maybe frontpage kepada submission komik (poster untuk komik masing2) tu boleh dibuat bewarna kot. nanti bila ada pameran nanti barulaaa best… ada yang kaler, ada yang hitam putih… even kalau nak publish pun bagus…
p/s Hmmm….bagus gak ideoo nih….WAJIB ade satu POSTER untuk setiap satu tajuk komik …!!! :y
i) apa possibilty pemenang pertama, kedua dan ketiga mendapat peluang komik mereka diterbitkan?
p/s Hmmm…kat pergh kalo ade comic online…boleh siar kan komik pemenang tuh…kalo syarat karya dibuat kat paper A3….mungkin boleh submit kat UC sebab syarat penghantaran karya komik kat UC ialah saiz A3 gak….KALO komik rock , gempak. aie ngan Xpesi tuh…kena bincangkan dan tanyoo diorang..!! Hmm….soalan nih teramatlah penting untuk dapatkan kepastian yang makXimus….kira masa depan pelukis komik nih…sat bincang lagih…!!
j) rasanya kalau kita bagi 100% hakcipta kepada diorang mungkin akan menyusahkan kita especially dari segi percetakkan semula dan sebagainya. dicadangkan supaya hakmilik 100% kepunyaan penganjur bermula dari tarikh submission, sehinggalah setahun selepas tarikh keputusan diumumkan. jadi, selepas 365 hari keputusan diumum, boleh laaa kita pulangkan hakmilik kepada owner untuk diterbitkan. biasanya kita (penganjur) dah pun terbitkan bagi pihak mereka yang menang. yang kalah tu pegi laaa terbitkan sendiri….
p/s O.K ruby setujuk cadangan …!! :love:
ini sape nak jadi sponsor nye ni? cam yoyo je… ribu-ribu plak tu….
salah satu sponsornye… toonage studio laaaa…. macam tak paham pulak hehehhehehehheheheh….
sekarang ni yo yo dulu… tapi kalau stakat rm20k ++ tu rasanya boleh dijayakan lagi, especially if we got ‘somebody big upstairs’ dalam kita punya commitee.
boleh atau tak boleh… itu nanti cerita. try buat planning macam benda ni memang dah nak buat. baru kita boleh assess samada benda ni really boleh jadi ke tak. aku prefer kita plan dulu tapi memikirkan boleh jadi atau tak. basically memvisualisasikan mimpi…. making it a reality is another matter
ooo… yeke? ceh…
menetapkan tarikh yang agak kritikal tu aku rase tak berbaloi… dengar khabarnye comic feista 2003 pun akan di adekan pada hujung tahun. ape kata time tu pertandingan komik ni di umumkan dan tarikh tutup penyertaan ni boleh di anjakkan lagi.. lagi lama lagi la ramai nak join, kan?
hmmm… betulgak tu… aku setuju gak.
let’s do the groundworks first, as in the kertas kerja and stuffs. aku rasa… lagi banyak masa lagi bagus… lagi banyak penyertaan. tapi… perlu ke kita sekalikan semua peringkat penyertaan?
i mean… takkan kita nak biar budak sekolah compete dengan professional? tak berbaloi rasanya…. aku rasa banyak budak sekolah mempunyai potensi yang tinggi, walaupun belum mahir, tapi kalau awal2 dah kena belasah dengan professional macam MF AJIF (contoh aje… hahahhahahahha), nanti diorang lemah semangat pulak. nanti tak meriah…
what do you think?
i think kalau kita add some more time juga akan membolehkan kita saran kat sekolah2 supaya join pertandingan ni…
i’ve connection dekat kesatuan pelajar2 melayu selangor. means that kalau kita nak approach sekolah2 kat selangor would not be a problem….
for that matter… sapa ada contact kat rakan muda? ini lagi BEST….
macam ni la. penggiat yang establish(betul ke eja tu…) dan artist dari sponsor tidak dibenarkan untuk menyertai pertandingan ni. mana-mana yang terkecuali tu leh la join ini contest. cam? setuju ke?
aza, ape plak aku? cehh…
kita buat ikut peringkat umur. buat la beberapa kategori. buat cam gempak buat.
so agak2 apa kategori yang sesuai? aku cadangkan….
bawah 18 tahun, utk bebudak sekolah dan sebagainya…
amatur, untuk sesapa yg takleh di apply kat ‘bawah 18 tahun’.
aku rasa tak payah buat professional kot, pasal berapa kerat sangat yang masuk dalam kategori tu. kalau macam freelance tu nak kira dah masuk kategori pro ke? pada aku, professional ni untuk orang yang memang kerjanya carik makan dengan komik dan tak ada sumber lain… dan juga orang yang terlibat dalam publication komik secara langsung… macam MF AJIF… hehhehehehhehe
mungkin persoalan yg seterusnya ialah, what if kalau mamatA selalu lukis utk GEMPAK, UC dan sebagainya… tapi dia bukan professional…. dah sah2 laa dia menang, kan?
aku jawab…. TAK. komik is not about lukisan. kalau lukisan… gi masuk pertandingan lukisan laaaa. ini pertandingan komik. it’s about story telling, composition, flow cerita, karakter dan sebagainya.
kalau banyak sangat kategori pun tak best. lagipun orang yang terer lukis tak semestinya terer menulis. combination artist/writer kita nak benarkan tak? camana kalau nak bagi hadiah nanti? berdasarkan end product ke, atau kemampuan menulis/melukis?
target = ‘ Anugerah Malaysia Gunnies Book Rekod sebab mengadakan Pameran / Pertandingan Melukis Komik Kreatif Malaysia 2003 terpanjang dan himpunan karya komik-komik tempatan terbanyak di Malaysia” :love:
AGENDA
1-Pameran Artwerk Original Komik Peserta
-Hadiah Kategori Pelajar (13 – 18 tahun)
-Hadiah Kategori Amatur. (19 – 35 tahun)
2-Pameran Artwerk Original Komik Artist Komik
-Pameran Penganjur.
3-Gerai Jualan Peganjur
-Seisi Autograf
-Jualan Majalah / Komik
-Jua;an Poster/ T-Shirt / dll
4-Majlis Penyampaian Hadiah
Pertandingan Komik Kreatif Malaysia 2003.
a) Hadiah Kategori Pelajar (13 – 18 tahun) iaitu dalam 5 Kategori Pertandingan (Seram, Aksyen, Fantasi, Sains Fiction dan Drama)
– Hadiah Juara (1 orang), Naib Juara (1 orang) dan Sagu Hati (5 orang)…Jumlah 8 orang peserta
– Setiap Kategori Konsep Cerita ada 8 orang peserta
Jumlah = 5 Kategori Konsep Cerita x 8 orang peserta
Jumlah semua = 40 orang peserta pemenang untuk Kategori Pelajar (13 – 18 tahun).
Hadiah Kategori Amatur (19 – 35 tahun) iaitu dalam 5 Kategori Pertandingan (Seram, Aksyen, Fantasi, Sains Fiction dan Drama).
– Hadiah Juara (1 orang), Naib Juara (1 orang) dan Sagu Hati (5 orang)….Jumlah 8 orang peserta.
– Setiap Kategori Konsep Cerita ada 8 orang peserta
Jumlah = 5 Kategori Konsep Cerita x 8 orang peserta
= 40 orang peserta untuk pemenang Kategori Amatur.(19 – 35 tahun).
Pertandingan Reka Watak Terbaik PKKM 2003
1. Hadiah Kategori Pelajar (13 – 18 tahun) iaitu dalam 5 Kategori Pertandingan (Seram, Aksyen, Fantasi, Sains Fiction dan Drama)
-Hadiah Juara (1 orang), Naib Juara (1 orang) dan Sagu Hati (5 orang)…Jumlah 8 orang peserta
-Setiap Kategori Konsep Cerita ada 8 orang peserta
Jumlah = 5 Kategori Konsep Cerita x 8 orang peserta
Jumlah semua = 40 orang peserta pemenang untuk Kategori Pelajar (13 – 18 tahun).
c) Hadiah Kategori Amatur (19 – 35 tahun) iaitu dalam 5 Kategori Pertandingan (Seram, Aksyen, Fantasi, Sains Fiction dan Drama).
-Hadiah Juara (1 orang), Naib Juara (1 orang) dan Sagu Hati (5 orang)….Jumlah 8 orang peserta.
– Setiap Kategori Konsep Cerita ada 8 orang peserta
Jumlah = 5 Kategori Konsep Cerita x 8 orang peserta
= 40 orang peserta pemenang untuk Kategori Amatur.(19 – 35 tahun).
Pertandingan Cipta Logo dan Motto PKKM 2003 -Hadiah Juara Tunggal.
5- Jumlah Tajuk Komik
-Ada 13 (12 muka surat komik + 1 POSTER ) muka surat untuk satu tajuk komik pertandingan bagi setiap Kategori Konsep Cerita.
Hadiah Kategori Pelajar (13 – 18 tahun) PKKM 2003
– Hadiah Kategori Pelajar (13 – 18 tahun) iaitu dalam 5 Kategori Pertandingan (Seram, Aksyen, Fantasi, Sains Fiction dan Drama)
a) Hadiah Juara (1 orang / 1 tajuk komik), Naib Juara (1 orang / I tajuk komik) dan Sagu Hati (5 orang / 5 tajuk komik)…Jumlah 8 orang peserta / 8 tajuk komik pertandingan untuk Satu Kategori Konsep Cerita Komik.
Setiap Satu Kategori Konsep Cerita ada 8 orang peserta dan 8 tajuk komik pertandingan = 16 orang peserta.
c) 5 Kategori Konsep Cerita x 8 orang peserta = 40 orang peserta untuk Hadiah Kategori Pelajar (13m – 18 tahun).
d) 40 orang peserta / 40 tajuk komik semua Kategori Konsep Cerita
e) Jumlah muka surat 40 tajuk komik x 13 muka surat (12 komik + 1 POSTER) = 520 muka surat komik. Dalam Hadiah Kategori Pelajar (13 – 18 tahun).
Hadiah Kategori Amatur (19 – 25 tahun) PPKM 2003
-Ada 13 (12 muka surat komik + 1 POSTER ) muka surat untuk satu tajuk komik pertandingan bagi setiap Kategori Konsep Cerita.
a) Hadiah Kategori Amatur (19 – 35 tahun) iaitu dalam 5 Kategori Pertandingan (Seram, Aksyen, Fantasi, Sains Fiction dan Drama)
Hadiah Juara (1 orang / 1 tajuk komik), Naib Juara (1 orang / I tajuk komik) dan Sagu Hati (5 orang / 5 tajuk komik)…Jumlah 8 orang peserta / 8 tajuk komik pertandingan untuk Satu Kategori Konsep Cerita Komik.
c) Setiap Satu Kategori Konsep Cerita ada 8 orang peserta dan 8 tajuk komik pertandingan = 40 orang peserta.
d) 5 Kategori Konsep Cerita x 8 orang peserta = 40 orang peserta untuk Hadiah Kategori Amatur (19 – 35 tahun).
e) 40 orang peserta / 40 tajuk komik semua Kategori Konsep Cerita
f) Jumlah muka surat 40 tajuk komik x 13 muka surat (12 komik + 1 POSTER) = 520 muka surat komik. Dalam Hadiah Kategori Amatur (19 – 35 tahun).
JUMLAH KESELURUHAN TAJUK KOMIK
Hadiah Kategori Pelajar (13 – 18 tahun) PKKM 2003
= Kategori Pelajar (13 – 19 tahun) untuk 40 tajuk komik = 520 muka surat.
Hadiah Kategori Amatur (19 – 35 tahun) PKKM 2003
= Kategori Amatur (19 – 35 tahun) untuk 40 tajuk komik = 520 muka surat.
Jumlah = 1040 muka surat.
2-Pameran Artwerk Original Komik Artist Komik
-Pameran Penganjur adalah seperti berikut:
1-Pergh.com = 10 artist komik
2-Gempak /Utopia = 10 artist komik.
3-Urban Comics.com = 10 artist komik
4-ROCK = 5 artist komik
5-ADS = 1 artist komik.
6-X-PRESI = 5 komik artist dan
7-aie = 8 komik artist.
8- Underground Artist Comics scene (Maao…10 orang dan G-werk…8 orang) = 18 orang.
-Setiap seorang artist komik hantar 4 artwerk (3 karya dan 1 Wajah Karikatur Individu (sertakan juga biodata artist)
-Ada 57 artist komik x 4 artwerk
–Jumlah karya = 228 karya Artist Komik Penganjur PPKM 2003.
JUMLAH KESELURUHAN KARYA PAMERAN
=Karya Pameran Peserta PKKM 2003 + Karya Artist Komik Penganjur PKKM 2003
= 1040 muka surat + 228 karya artist komik
= Jumlah semua = 1268 muka surat / karya artwerk.
LOKASI EVENT PERTANDINGAN KOMIK KREATIF MALAYSIA 2003
1-Ciri-ciri untuk lokasi yang sesuai untuk event yang dapat memuatkan pameran artwerk sebanyak 1268 muka surat bagi 227 orang artist komik.
2-Ada ruang legar yang luas untuk Gerai Jualan Penganjur bagi aktiviti berikut:
-Gerai Jualan Peganjur
-Seisi Autograf
-Jualan Majalah / Komik
-Jua;an Poster/ T-Shirt / dll
3-CADANGAN LOKASI EVENT PKKM 2003
1-Balai Seni Lukis Negara.
-Ruang pameran di dalam ruang pameran
-Majlis Penyampaian Hadiah di dalam ruangan dalam tengah pameran.
-Ruangan legar luar adakan Gerai Jualan Penganjur
-Jamuan Ringan di ArtCafe BSLN.( Pernah Anjurkan Pameran Comics/ Cartoonist / Comics Underground Asia Jun 2000)
2-Galeri Petronas KLCC
-Ruang pameran di dalam ruang pameran Galeri Petronas.
-Majlis Penyampaian Hadiah di ruangan dalam tengah pameran.
-Ruangan legar luar adakan Gerai Jualan Penganjur
-Jamuan Ringan di Kafe Galeri Petronas.
3-Dataran Merdeka
-Ruang pameran di padang Dataran Merdeka.
-Ruangan legar tepi pentas untuk Gerai Jualan Penganjur
-Majlis Penyampaian Hadiah di atas pentas Dataran Merdeka.
-Jamuan Ringan di Dewan Jamuan Dataran Merdeka
4-Sg Wang Plaza
-Ruangan Pameran legar di dalam Sg. Wang ( buat 5 kali pameran)
-Pameran Kategori Seram (Pelajar / Amatur) pada bulan Januari 2004
-Pameran Kategori Aksyen (Pelajar / Amatur) pada bulan Febuari 2004.
-Pameran Kategori Fantasi (Pelajar / Amatur) pada bulan Mac 2004
-Pameran Kategori Sains Fiction (Pelajar / Amatur) pada bulan April 2004.
-Pameran Kategori Drama (Pelajar / Amatur) pada bulan Mei 2004.
-Ruangan Gerai Jualan di tepi ruangan pameran.
-Majlis Penyampaian Hadiah di atas pentas tengah ruang pameran.
-Jamuan Ringan di Kafe.
Lain-lain cadangan seperti di Cenrtel Market atau Dewan-Dewan Kuliah Utama IPTA 🙄
azarimy ngan MF Ajiff…..cadangan ruby….kat kategori Amatur semua manusiak kat planet BUMI inih boleh masuk bertanding…kecuali PANEL JURI aje yang tokle dan tak layak masuk bertanding tau…!! Err…azarimy….KEADILAN masih ade dalam proses penilaian markah peserta…tak kira kalo ade artist tuh pernah hantaoo komik nyoo kat majalah komik….nih open pertandingan asal ikut syaratnyoo untuk Kategori Amatur tuh…!!! Kecuali lee MF Ajiff tuh…sebab dia ahlil nujum PANEL JURInyoo…Keh..!! Heh..!! Hoh…!!! (gelak musuh lihat)
Err….pasal bikin komik cara team iaituh ade Penulis Skrip ngan Pelukih Komik nih….amat digalakkan…PENILAIAN akan dinilai SAMA macam biasa komik yang dibikin oleh Pelukis Komik secara Solo…DAN yang palig BEST…Hadiah Wang Tunai akan dibahagikan sama rata (50% -50%)…kecuali hadiah sumbangan Penaja ngan Trofi tuh kita kasik sorang satu…!!! nih cadangan aje…k..!!
segala cadangan kak ruby kita ni… aku takleh nak kata apela.. (huh,.. terrernye!)
cume, cadangan lokasi event tu jela..
1. Balai Seni Lukis Negara tu… pilihan tepat.
2. Galeri Petronas tu pastinye dah penuh dengan pelbagai program sepanjang tahun. kalau nak tempah untuk tahun ni, jangan harap la. tahun lepas punye program pun hingga awal tahun dah pun penuh bersusun menunggu giliran.
3. Dataran Merdeka? hah… kalau hujan camne? tak ke banjir basah semua artwork nanti…ahaks!
4. Sg. Wang Plaza sempit. event ni cam besar je.. lagi pun tak best.
semua tempat tu strategik betul kecuali Balai Seni Lukis Negara tu. tapi kalau dapat buat semua ni kat BSLN tu lebih bermakna lagi.
oo… aku takleh masuk eh… haa bagus! banyak keje lain aku nak buat. hehehhe…. (kecewakah aku? tak mungkin..uhu..
errr… guys – announcement sikit…
memandangkan kita dah ada some basic guideline ni… aku rasa patut kita bawak ke open forum! ini supaya lebih ramai boleh bagi idea dan sebagainya.
i think kita should move topic ni ke News and Evens tu… or maybe somewhere yg sesuai sikit. ok tak? mystic, can u give us a hand here? THANX!
gilerrrr.. besor giler budget nih..
in total kene ada at least 10 K 😮
mane ah nak cari budget erk
mmg boleh dibawak ketengah bende nih
lukisMANIA!
Err…sebelum gih open topik nih….lebih baik…cuba survey cadangan papaerwerk nih kat ahlil nujum PENGANJUR tuh….!!! cuba tanya-tanyakan dan mintak komen darik mereka…UC team, Gempak dan lokasi BSLN atau lelain cadangan …!! Kena turun naik opis penerbitan komik tempatan ngan BSLN kok..?!? p/s Hmm….ade masa tak…? :love:
KERTAS KERJA PERALATAN DAN KOS PAMERAN KOMIK PESERTA DAN ARTIST
PERALATAN dan KOS
MOUNTING BOARD (Kualiti)
Kategori Peserta Pelajar (13 – 18 tahun)
1-Warna Hitam untuk PESERTA PELAJAR iaitu sebanyak 520 artwerk komik.
2-Satu Mounting board boleh dapat 2 keping artwerk saiz A3. Iaitu 520 artwerk bahagi 2 iaitu = 260 keping Mounting board (Hitam)
3-Sekeping berharga RM 6.00 x 260 artwerk = RM 1 560.
Kategori Peserta Amatur (19 – 35 tahun)
1-Warna Kelabu untuk PESERTA AMATUR iaitu sebanyak 520 artwerk komik.
2-Satu Mounting board boleh dapat 2 keping artwerk saiz A3. Iaitu 520 artwerk bahagi 2 iaitu = 260 keping Mounting board (Kelabu)
3-Sekeping berharga RM 6.00 x 260 artwerk = RM 1 560
Artwerk Artist
1-Warna Merah untuk Artwerk ARTIST iaitu sebanyak 228 artwerk komik.
2-Satu Mounting board boleh dapat 2 keping artwerk saiz A3. Iaitu 228 artwerk bahagi 2 iaitu = 114 keping Mounting board (Meah)
3-Sekeping berharga RM 6.00 x 114 artwerk = RM 684.00
JUMLAH SEMUA KOS MOUNTING BOARD (kualiti)
Warna Hitam (Kategori Pelajar) = 260 keping = RM 1 560.00
Warna Kelabu (Kategori Amatur) = 260 keping = RM 1 560.00
Warna Merah (Artwerk Artist) = 114 keping = RM 684.00.
JUMLAH semua = 634 keping Mounting Board (kualiti) = RM 3 804.00
MASKING TYPE
Para Peserta Kategori Pelajar dan Kategori Amatur.
1-Setiap 2 gulung Masking Type adalah untuk I Tajuk Komik iaitu 13 artwerk saiz A3.
2-Ada 1040 atwerk untuk 80 Tajuk Komik para peserta.
3-80 Tajuk bahagi 2 bersamaan dengan 40 Masking Type.
4-Harga satu gulung Masking Type = RM 3.50 x 40 gulung = RM 140.00
Artwerk Artist
1-Setiap 1 gulung Masking Type adalah untuk 12 keping artwerk artist saiz A3.
2-Ada 228 artwerk artist untuk 19 gulung Masking Type..
3-Harga satu gulung Masking Type = RM 3.50 x 19 gulung = RM 66.50
JUMLAH SEMUA KOS MASKING TYPE
Peserta Pelajar dan Amatur = 40 gulung Masking Type = RM 140.00.
Artwerk Artist = 19 gulung Masking Type = RM 66.50.
JUMLAH semua = 59 gulung Masking Type = RM 206.50 .
PLASTIC COVER (kualiti)
1-Plastik Cover bersaiz A3 adalah untuk setiap artwerk iaitu 1268 artwerk komik.
2-Sekeping Plastik Cover = RM 3 x 1268 artwerk komik = RM 3 804.00.
3-JUMLAH semua RM 3 804.00.
MOUNTING BOARD CUTTERS
1-5 buah Mounting Board Cutter untuk 1268 artwerk.
2-Satu berharga RM 20.00 x 5 buah = RM 100.00
PEMBARIS BESI (24 INCHI)
1-5 buah Pembaris Besi (24 INCHI) untuk 1268 artwerk.
2-Satu berharga RM 20.00 x 5 buah = RM 100.00
CUTTER PAD (saiz A3)
1-5 buah Cutter Pad untuk 1268 artwerk.
2-Satu berharga RM 20.00 x 5 buah = RM 100.00
JUMLAH KESELURUHAN KOS PERALATAN
1-Kos Mounting Board (kualiti) = 634 keping = RM 3 804.00
2-Kos Masking Type (sederhana) = 59 gulung = RM 66.50.
3-Kos Plastik Cover (kualiti) = 1268 artwerk saiz A3 = RM 3 804.00
4-Kos Mounting Board Cutters = 5 buah = RM 100.00.
5-Kos Pembaris Besi (24 INCHI) = 5 buah = RM 100.00.
6-Kos Cutter Pad (saiz A3) = 5 buah = RM 100.00.
GRAND TOTAL KOS PERALATAN PAMERAN = RM 7 974.50.
end :love:
Iklan sat…!!
Wah…!!! banyak gak penerbit carik komik artist ngan artwerk komik nyoo…!! Hmm….mungkin target PKKM 2003 nih dapat kasik bantuan sikit kat diaorang…!!! Hmm…fikir-fikirkan….sat..!!!
http://www.pergh.com/forum/viewforum.php?f=8
🙄
KOS BAGI HADIAH PEMENANG PERTANDINGAN KOMIK
Kategori Pelajar (13 – 18 tahun)
Ada 5 Kategori Cerita Komik bersamaan dengan 40 Tajuk (40 peserta)
Hadiah adalah seperti berikut:
Juara = RM 1, 500 + Sumbangan Penaja + Trofi + Sijil Penghargaan.
Naib Juara = RM 1, 000 + Sumbangan Penaja.+ Trofi + Sijil Penghargaan
Ketiga = RM 800 + Sumbangan Penaja.+ Trofi + Sijil Penghargaan.
Sagu Hati (x 5) = RM 600 + Sumbangan Penaja + Trofi + Sijil Penghargaan (setiap pemenang)
Jumlah semua = RM 6 300 x 5 Kategori Cerita = RM 31 500.
Kategori Amatur (19 – 35 tahun)
Ada 5 Kategori Cerita Komik bersamaan dengan 40 Tajuk (40 peserta)
Hadiah adalah seperti berikut:
Juara …….= RM 2, 000 + Sumbangan Penaja + Trofi + Sijil Penghargaan.
Naib Juara = RM 1, 500 + Sumbangan Penaja.+ Trofi + Sijil Penghargaan
Ketiga……= RM 1, 000 + Sumbangan Penaja.+ Trofi + Sijil Penghargaan.
Sagu Hati (x 5)= RM 800 + Sumbangan Penaja + Trofi + Sijil Penghargaan (setiap pemenang)
Jumlah semua = RM 8 500 x 5 Kategori Cerita = RM 42 500.
KOS BAGI HADIAH PEMENANG PERTANDINGAN REKA WATAK TERBAIK PPKM 2003
Hadiah Juara sahaja diadakan untuk setiap Kategori Cerita.
Ada 5 Kategori Cerita.
Kategori Pelajar (13 – 18 tahun)
Ada 5 Kategori Cerita Komik bersamaan dengan 5 hadiah.
Hadiah adalah seperti berikut:
Kategori Seram = RM 300 + Sumbangan Penaja + Trofi + Sijil Penghargaan
Kategori Aksyen= RM 300 + Sumbangan Penaja + Trofi + Sijil Penghargaan
Kategori Fantasi= RM 300 + Sumbangan Penaja + Trofi + Sijil Penghargaan
Kategori Sains Fiction = RM 300 + Sumbangan Penaja + Trofi + Sijil Penghargaan
Jumlah Kos = RM 1 500.
Kategori Amatur (19 – 35 tahun)
Ada 5 Kategori Cerita Komik bersamaan dengan 5 hadiah.
Hadiah adalah seperti berikut:
Kategori Seram = RM 300 + Sumbangan Penaja + Trofi + Sijil Penghargaan
Kategori Aksyen= RM 300 + Sumbangan Penaja + Trofi + Sijil Penghargaan
Kategori Fantasi= RM 300 + Sumbangan Penaja + Trofi + Sijil Penghargaan
Kategori Sains Fiction = RM 300 + Sumbangan Penaja + Trofi + Sijil Penghargaan
Jumlah Kos = RM 1 500.
KOS HADIAH BAGI SUMBANGAN PENAJA
Hadiah berupa t-shirt (PERGH.COM)
Kategori Pelajar ( 13 – 18 tahun)
Hadiah Kemeja T-Shirt)
8 peserta x 5 Kategori Cerita bersamaan dengan 40 peserta ( 40 helai )
40 peserta x 40 helai (RM 30) = RM 1 200.
Hadiah Komik (tempatan/luarnegara)
8 peserta x 5 Kategori Cerita bersamaan dengan 40 peserta ( 40 buah komik )
40 peserta x 40 buah komik (RM 100) = RM 4 000.
Hadiah Trofi (setiap seorang)
8 peserta x 5 Kategori Cerita bersamaan dengan 40 peserta ( 40 Trofi )
40 peserta x 40 Trofi (RM 10) = RM 400.
Jumlah Kos = RM 5 600.
Kategori Amatur ( 19 – 35 tahun)
Hadiah Kemeja T-Shirt)
8 peserta x 5 Kategori Cerita bersamaan dengan 40 peserta ( 40 helai )
40 peserta x 40 helai (RM 30) = RM 1 200.
Hadiah Komik (tempatan/luarnegara)
8 peserta x 5 Kategori Cerita bersamaan dengan 40 peserta ( 40 buah komik )
40 peserta x 40 buah komik (RM 100) = RM 4 000.
Hadiah Trofi (setiap seorang))
8 peserta x 5 Kategori Cerita bersamaan dengan 40 peserta ( 40 Trofi )
40 peserta x 40 Trofi (RM 10) = RM 400.
Jumlah Kos = RM 5 600.
KOS HADIAH BAGI SIJIL PENGHARGAAN
1-Sijil Penghargaan akan wajib diberikan kepada semua mereka yang terlibat samaada secara langsung atau secara tidak langsung. Mereka yang ada menghantar karya komik pertandingan tetapi tidak memenangi apa-apa hadiah kategori, juga layak.
2- Mereka yang berhak mendapat Sijil Penghargaan ini adalah seperti Para Peserta Pemenang Kategori Pelajar, Kategori Amatur, Artist Komik dan juga peserta-peserta pertandingan yang ada menghantar karya mereka.
3- Sijil Penghargaan ada brand semua penaja dan penganjur.
-Berikut adalah Kos Bagi Sijil Penghargaan:
Peserta Kategori Pelajar (40 orang) + Peserta Kategori Amatur (40 orang) + Artist Komik (57 orang)+ Semua Peserta(hantar artwerk) (100 orang) = 237 orang yang terlibat.
Bermakna 237 orang bersamaan dengan 237 keping x RM 5 .
Jumlah Kos = RM 1 185
KOS BAGI SETEM
– Penghantaran Sijil Penghargaan melalui post adalah untuk peserta-peserta biasa dan artist komik sahaja. Peserta-peserta yang menang kategori utama akan diberi semasa majlis penyampaian hadiah.
– Ada 57 orang Artist Komik + 100 orang peserta biasa = 157 orang.
Ini bermakna 157 keping x RM 1
– Jumlah Kos = RM 157 .
KOS BAGI UPAH PROSES MOUNTING ARTWERK.
– Semua artwerk akan dimauntingkan dan dilapiskan sekeping plastik. Kemudian dikemaskinikan dengan masking type untuk tujuan diletakkan di ruangan pameran.
– Seorang jurutugas akan buat proses tersebut dan diupah dengan RM 1 sekeping siap.
Ada 1268 artwerk saiz A3.
1268 keping x RM 1
– Jumlah Kos = RM 1 268.
JUMLAH KOS KESELURUHAN
Kos Peralatan Pameran = RM 7 974.
Kos Semua Bagi Hadiah Pemenang = RM 74 000.
Kos Semua Bagi Hadiah Rekaan Karwetor Terbaik = RM 3 000.
Kos Semua Bagi Hadiah Penaja = RM 11 200.
Kos Semua Sijil Penghargaan = RM 1 185.
Kos Setem = RM 157.
Kos Upah Proses Maunting Artwerk = RM 1 268.
JUMLAH GRAND SEMUA KOS = RM 95, 784.00
End
p/s Hmm…agak-agaknyooo siapa yang akan layak jadik Panel Juri..?? fikir-fikirkan sat…see me in the next episode daa…!! :*
Ha Ha Ha (gelak Shin Chan)….!!!
Err…rasa-rasanyoo….kos makin banyak….kos hadiah Pertandingan Logo PKKM 2003 ngan Kos Majlis penyampaian hadiah…musti kena list kan jugak…!!! Err….rehatkan otak sat….!!!
p/s Sambung next episode…!!
aku dah salin sumer yg kak ruby buat…nak print dan baca time2 free…
Pasal location tu kan…selain luas, kita kena cari tempat yg selalu jadi tumpuan org ramai dan senang orang nak pegi..cam tmpt yg ada hentian LRT… Aku takder keta
Ayaakkk….!!! rosh….Err….paperwerk tuh kalo-kalo ade yang tersilap tulih dan silap fakta…sila kasik komen yerk…!!! Err..pasal lokasi tuh…target paling dekat kat BSLN…akan tetapih lokasinya agak jauh….!!! Tapih…dulu Artcafe BSLN ade buat Pameran Komik / Kartun Underground…jadik…mungkin mudah dak dapat sokongan ….TAPI tak pasti…kena tanyoo dan survey dulu…!!!
fikir-fikir sat….. 🙄
Ahaaa…dah dapet ideo…kalo lokasi pameran kat PWTC….!!! Ade LRT sebelah the mall tuh…!!! AMACAM…?!?
p/s rosh…..Tiang Kayu sebab ade feedback dan kasik komen dan sebut the magik words “ada hentian LRT”….!!O.K…!!! jumpa next episod….!!
sat…..fikir-fikir lagih sat….cari ideaoooo…..Hmmm….!!!
p/s see me next episode daa….!! :*
Err…ruby dah tak de ideoo nih…Err korang ade ideoo lagih tak pasal event nih…!! den dah tahap “Pecoh Kepalo” nih….!!! Isshhkk….camno yerk…!!…kantoi….
p/s Hmm….??
Pergh! | Lukis, Komik, Kartun, Animasi, Games Malaysia
All information and content contained in this website are provided solely for general information and reference purposes.
By browsing this web you agree to our privacy policy.
© 2001 - 2021 All Right Reserved by Vasqtech Network Malaysia