Home › Forums › Uptown @ Pergh! › Pernah Dengar Mlm?
AKu nak tanya sikit, sekarang nie ramai jutawan yang lahir daripada mlm(multi-level), member aku jer dah 8 orang dah yang jadi jutawan dalam masa kurang dari 1 1/2 tahun….seriously speaking….
Korang kat pergh.com nie takde sesaper yang nak jadi bakal jutawan ker? kalau nak cuba layari laman web nie dan mulakanlah langkah anda…Aku bukan nak promote, cuma sayang kalau peluang begini dilepaskan begitu sahaja…yea tak kengkawan?
Jutawan? :pergh:
Wuiyoo bestnyaaa!!! :pergh:
Kawan aku pun ada gak lapan orang jadi jutawan. Sorang siap jadi Ketua Saintis Dunia lagi. :pergh:
tuh betul berminat ke tu? bunyi cham sarcastic je kau nih mock..
eanzagain.com tu bukan tempat kerja lama rootless?
suruh jutawan tu semua tunjuk duit diorang sikit. kasik gambar laa, aku tak pernah tgk duit juta juta nih. tgk dlm tv je…
ada budak aku ni gaji dia RM40k sebulan (katanya laa). minum teh tarik kat mamak pun tak reti nak bayar… buat malu je, gegar kuat. member aku yg kerja kuli jugak membayarnya…
aku bab mlm nih aku macam2 pernah cuba..
ada gak 2 3 aku pernah try..
so.. konklusinya ada 2 kebarangkalian :
1. korang berjaya
2. korang gagal.
nampak senang jer 2 perkara tuh.. tapi lazimnya ia pergi pada yang ke 2.
kenapa gagal?
sebab bende nih nak konsentrate, perkara paling leceh dan bodoh ialah mencari downline.
aku tak suka bab nih.. sebab lazimnya downline mudah dan akan rasa ditipu..
aku senaraikan beberapa MLM diMalaysia yang bleh dideclarekan bagus dan berjaya.
– Amway
– CNI
– Sureco
nih antara most top dulu2.. tapi bila dah ramai join. dia jadi nonesense. sebab dah takde downline.
yang pastinya.. hanya orang terawal jer yang berjaya dan yang kemudianplak adalah ibarat mangsa.
Nak layan MLM nih sebaiknya bila.
1 – korang mmg dah banyak duit.
2 – korang mmg takder duit langsung.
Orang banyak duit dia tak kisah melabur 'sikit' .. dan macam aku dan beberapa orang kawan yang agak load join bebende camnih bukan kerana nak duit dari MLM tuh sendiri.. sebaliknya untuk catchup orang yg level tinggi cam diorang.. Ramai yang join dalam nih termasuklah Dato-dato', CEO , atau setidak2nya OCPD balai mana-mana, ADUN mana2 etc.. DO pejabat2 tanah, JD (jurutera daerah dsbgainya.. TUjuan kitorang = nak kenal ramai atas peluang MLM nih koonon2nya. untuk tujuan catchup some project etc.. TUh perkara lazimlah.. macam aku pun kenal sorang 2 Mejar, Kapten dalam kem, kenal ngan polis2 besar dan SB2nya..
tuh kisah dulu2 la.. dapat la 1 2 project.. tapi lazimnya gagal gak.. Gagal tuh mainan aku la..eh.. silap.. Risiko tuh mainan aku la.. tak kisahlah.. takde rezeki.. tapi kurang2 aku kenal diorang.. kalau kenal sarjan trafik tuh.. bleh laa kurang2 kawtim korang punya saman kan!..
Jika korang jenis takder duit tuh.. layan la bende nih gila2.. tambah plak yang ada rupa dan ayat manis tuh..
kalau betul ngan caranya.. dapat la duit banyak..
Tapi aku sangatlah tak galakkan korang layan MLM nih.. kerana lazimnya korang gagal dan ramai Mangsa (orang2 yang takleh terima rugi dan buang duit) .
yang mana bleh memburukkan nama korang sendir dan perhubungan korang sendiri.. sampai kadang2 ada yang putus kawan dan sebagainya..
Nak berkecimpung lam MLM nih.. sebaiknya jangan jadi the follower..
jadilah Leader dan lebih baik kalau korang sendiri yang jadi Creatornya!..
So nasihat tulus aku (aku cuba tak memburukkan mlm nih ).
1- siasat betul2 MLM tuh.. skang nih banyak sangat yang tipu.. Menipu orang2 yang bodoh cam percaya modal 100 bleh buat 10K. . bodoh!.
2 – kompeni dibelakang tuh.. banyak main wayang..
3 – Siasat kemampuan korang untuk PR dan cari downline.. kalau tak mampu baik tak payah.
sekian..
Jutawan bole pecaya ke?
pernah baca buku merchants of deception? kisah penipuan terselindung dalam amway. mengikut apa yang aku baca, 99.9% percent orang rugi masuk MLM, hanya 0.01% jer untung. 1 daripada 1000 orang jer yang untung. malah kat America, kat setiap produk amway, ada tertulis “on average, an amway distrubutor earns less than USD 65 per month”.. dan itu amway, MLM terbesar kat dunia.
dan produk2 “kesihatan” MLM biasanya overprice dan indah khabar dari rupa.
lagi satu, kalo ikut law kat america, dia orang wajibkan MLM company supaya jual 70% daripada produk dia orang kepada yang bukan ahli. 30% ajer produk dia orang boleh jual pada ahli. kalo x ikut figure ni, MLM tu diistiharkan tak legal dan.. lebih menyerupai skim piramid. kebanyakan MLM x capai sasaran ni pun…
hmmm…analisis korang memang tak adil…memang dalam perniagaan ada untung rugi, contohnya, kalau korang nak bukak stall burger, risiko tetap ada. AKu bagi contoh lagi, untuk bukak stall burger korang mesti ada sekurang-kurangnya rm2500 (kos gerai, tong gas, alatan masak, sewa tapak, bahan mentah blaa..blaa…) Dalam perniagaan memang ada risiko, cuma banyak dan sikit…kalau setakat korang melabur rm150 ker, rm88 ker pasal nak jadi ahli, dan buka bisnes anda sendiri yang berpotensi memulangkan hasil yg lumayan, kenapa tidak? aku pasti korang ramai kawan, seumur hidup korang kena cari 2 orang jer downline…apa susah sangat ker? Aplikasikan setiap orang cari 2 orang…nescaya dalam masa setenga tahun korang dah jadi jutawan…proses dan teori senang saja, cuma orang melayu nie banyak sangat berkira dan berfikir pasal rugi…banyak fikir sangat, banyak benda tak jadi…trust me…
Nak cari downline tu senang tapi nak cari downline yg betul-betul boleh bagi komitment atau dlm kata lain 'yg boleh pakai' tu yg payah banyak…anyway, walaupun risiko duit takde, tapi risiko-risiko lain tu still ada. risiko putus member, putus saudara, jatuh maruah kalau kampeni MLM yg dijoin tu bungkus dan lain-lain lagi yang tak boleh diukur.
dlm sistem MLM ni, aku percaya satu jer: yang kat atas paling untung, yg kat bawah paling sakit. kalau semua orang jual produk yg sama, si penjual nak jual kat siapa lagi? (demand and supply concept). so, trick dia, kalau nak masuk MLM, masuk yg orang tak berapa kenal lagi, so, kita boleh jadi peringkat2 atas dlm sistem piramid tu (although it is a not an illegal skim piramid, it still used the same pyramid concept). bila dah glamer, nanti market dia dah jadi saturated dan payah nak cari downline…
anyway, it's up to us. jika rasa ianya sesuai dgn kita, teruskan.
kalau tak sesuai, boleh teruskan juga, or cari rezeki dgn alternative lain..
good luck
well, efxtive, aku harap ko jadi jutawan dalam masa 6 bulan. for me, aku memang agak kureng ngan MLM. tengok modus operandi dia orang rekrut downline pun aku nyampah
“anda ada rm 200? sanggup tunggu 7 bulan? Boleh dapat pendapatan rm 75k!”
“anda ingin melancong? agak2 anda, dengan gaji rm 2000, berapa kali dan bila boleh anda melancong?”
…dan pelbagai lagi claims yang aku pernah jumpa sepanjang kat universiti.
kenapa ler takleh taruk claims yang modest2. kalo kurang daripada 1% yang merasa laba, buat aper…
Kalau dah ramai yangjadik kaya kenapa sorang pun takde yang masuk dalam list orang-orang kaya kat malaysia.. Takde pun penah aku dengar geng2 jutawan mlm ni menghulur ke ape ke, ke arah badan-badan kebajikan.. Dan kalau betul ramai bebudak muda yang dah jadik kaya mustahil diorang tak dikenali.. Aku tengok dekat sesetengah U 2, kononnya dah jadi jutawan, tp pegi klas still naik bas lagik…
p/s: aku tak tau la kalau dia dah beli bas 2…
hmmm… imagine this:
mamat A graduate pada tahun 2000. he earns RM2000 sebulan, dan spend RM200 setiap bulan utk MLM. selepas setahun (or 6 bulan, in this case), he should be rich enough mengikut claim MLM nih.
kalau mamat A carik 2 orang bawah dia dalam masa 3 bulan, dan orang 2nd level tu dapat 2 orang level 3 setiap seorang dalam 3 bulan seterusnya, maka pada tahun 2005, there should be 1.04 juta orang jutawan by the end of the year.
since malaysia ada lebih kurang 10 – 15 juta orang bekerja (27 juta total penduduk), apa kebarangkalian kita actually JUMPA seorang dari 1.04 juta jutawan MLM nih? i'll tell u. 1:10 hingga 1:15. if there are these people out there, atleast one of us have met them by now.
hmmm…analisis korang memang tak adil…memang dalam perniagaan ada untung rugi, contohnya, kalau korang nak bukak stall burger, risiko tetap ada. AKu bagi contoh lagi, untuk bukak stall burger korang mesti ada sekurang-kurangnya rm2500 (kos gerai, tong gas, alatan masak, sewa tapak, bahan mentah blaa..blaa…) Dalam perniagaan memang ada risiko, cuma banyak dan sikit…kalau setakat korang melabur rm150 ker, rm88 ker pasal nak jadi ahli, dan buka bisnes anda sendiri yang berpotensi memulangkan hasil yg lumayan, kenapa tidak? aku pasti korang ramai kawan, seumur hidup korang kena cari 2 orang jer downline…apa susah sangat ker? Aplikasikan setiap orang cari 2 orang…nescaya dalam masa setenga tahun korang dah jadi jutawan…proses dan teori senang saja, cuma orang melayu nie banyak sangat berkira dan berfikir pasal rugi…banyak fikir sangat, banyak benda tak jadi…trust me…
Ler.. takkan aku nak citer gak “semua perniagaan ada risiko!”
tuh perkara basic..
nama pun bisnes itu ialah bermain risiko untung dan rugi..
tuh takyah cite la bende asas.
kalau stall burger tuh ko cakap sampai modal RM2.5 K..
tuh dah over budget..
tak sampai pun banyak tuh..
1K is enough.
kene ngan port, dari tak pulang modal sehari bawa ke sebulan..
pastuh naik pelan2 tuh biasa tuh.. mesti melabur dulu.
tapi itu adalah LOGIK!.
ok..
cam aza semua dah bagi very good point enough..
MENATANG HARAM MLM nih dah wujud sejak zaman 90an lagi..
bleh kira berapa ramai sampai puluh2 ribu ke dah jadi jutawan?
yang aku nampak : Claim as a jutawan duk tepi MErz mewah warna merah pemberian syarikat * tersebut.. tuh konon dah kaya la..
Deyy!!!.. Tuh marketing strategi la.. aku dulu keje gak advertising.. abih gak buku 300Ms tuh aku study sorang siap belek2 kamus nak paham.. sampai bab las tuh ada = Propaganda memburukkan diri yang mendatangkan keuntungan ” tuh pun ada..
nak iklan macam2 cara pun ada..
Senang cakap camnih laaa..kalau ko rasa bende nih still working dan ko rasa leh jadi kaya raya dan jutawan darinya..
Go ON!.. Proceed.. tak larang pun..
Nanti tgk ye ke tak modal tuh leh dapat sampai 50% tambah pun jadi la.. aku tak harap banyak.. kalau dapat 50% / sekali ganda pun jadi laa.. bleh la citer.. tuh pun tak tau laa brapa lama jer..
jangan iklan kat sedara mara.. takut jadi gaduh maduh.. nih realiti aku tgk dpn mate..
aku tak cakap atas teori.. tapi atas apa yang pernah terjadi sekeliling aku..
Kalau ko kata banyak berfikir sangat, banyak bende tak jadi?
aku dulu takder pikir2 nak tanya orang sini bagus ke tidak pun..
terus kuar duit, bagi duit kat upline, masuk..
pastuh duit burn.. senyum jer..
dah.. takyah pikir.. pi la join. aku taknak dah.. :>
kalau stall burger tuh ko cakap sampai modal RM2.5 K..
tuh dah over budget..
tak sampai pun banyak tuh..
1K is enough.
gerai jer dah rm1500 beb, mustahil below 1k…aku survey kat jalan pudu tue…
satu survey kat jalan pudu aje?
no wonder ko punya MLM ni berjaya giler…
aku tatau la betul tak betul MLM ni
tapi 2 org budak opis aku dah berenti keje sbb MLM
ada gak sorang opismate dok ajak aku join MLM
iya-iya ajak aku….nampak cam loaded (itu pun sbb buat reseller jual sreamyx)
tukar kete pakai toyota Wish tapi sekali aku test nak pinjam duit
terus kata takde duit…wahaha….
mmg takde duit pun…
mcm-mcm alasan kasik, cheque sangkut la, itu la ini la
aku nak pinjam 150 pun tak dapek….(tu baru test)
mmg takde duit pun…
mcm-mcm alasan kasik, cheque sangkut la, itu la ini la
aku nak pinjam 150 pun tak dapek….(tu baru test)
kau ni madstone tak baik tau test mintak duit rm150…
lain kali mintaklah 5 – 6 ribu baru test namanya… muahaha 😆
aku nak tunggu respond drpd orang2 (kat pergh ni…) yang dah berjaya dalam mlm ni…
manalah tau… mungkin dia ada pandangan / pendapat yang lain…
aku dengar2 ko pon terjebak jugak dlm benda ni, inche' nyamuk.. iyer ker?..
huh… cari duit dgn “makan duit org bwh”… aku prefer cari rezeki dgn cara lain… ok chow
kantoi..
he he… mana tau ni KOMAsutra…
lepas gak aku gi sydney free…
tapi basically benda ni atas masing2 punya usaha.
malas nak komen lebih2… he he
setuju gak ngan silentgecko… ok chow
Korang tanak try yang yuran keahlian dia RM 20.00?
of course la, mana ada kejer yang senang2 nak success beb.
rompak bank pun kena kuar modal nak beli pistol air ataupun parang.
paling koman pun beg plastik utk isi duit yang kita rompak tu.
kiter kejer skang ni pun, utk orang atas gak,
kita tak kaya2 pun.
:>
pada pendapat aku, dan apa yang aku nampak,
MLM ni buat semua org (tak kira kau dok level mana), utk kejer keras.
kau tak jalan, takder la duit, ko jalan, aaaa mengalir2 la duit masuk.
termasuk la beberapa funds lain seperti umah, keter, dan pendidikan anak2.
sesiapa yang ada masalah kesihatan tu,
kalo boleh yang canggih2 macam kencing manis tahap kena potong kaki tu ker,
darah tinggi ker, nak kuruskan badan ker, nak tambah berat ker, sakit2 kulit ker,
ataupun nak bagi cun, bleh laa contact aku.
sekian timer kasih.
No offense aaa.
:sengih:
cam aza semua dah bagi very good point enough..
MENATANG HARAM MLM nih dah wujud sejak zaman 90an lagi..
ada jugak mamat2 mlm yg gunakan point ni. konsep mlm dah bermula sejak zaman sahabat lagi. kira mcm mlm ni tiru konsep yg para sahabat buat utk sebarkan Islam sehingga ke seluruh dunia.
cuba korang dakwah sehingga downline korang sampai beribu-ribu org. ganjaran lg besar beb! :rolleyes:
MLM ni konsep bisnes.
apa2 bisnes pon ada risk. cuma konsep bisnes MLM ni sape2 bole buat
sbb risk dia kecik, modal kecik (bukan tade modal langsung), dan tayah
ada bisnes skill/ knowledge sbb penaja dia akan ajar sume tu.
strategi dia yg ketara: sharing and duplicating. simple!
tapi kena ingat.. apa2 bisnes pon akan melibatkan aktiviti jual-beli.
service dan product.
kalo tade 2 mende utama kat atas.. segeralah jauhkan diri anda dari
kempen MLM tu. cth produk MLM yg terbukti berkualiti mcm tupperware
dan AMWAY.
kita tak harus skeptikal kat bisnes MLM ni. kalo tak suka.. tak bagus kutuk
orang yg buat bisnes ni. sbb sape2 yg berjaya dalam perniagaan MLM
ni.. mmg seriously high motived. kita stakat tengok aje kan? ada brani?
mmg la org yg berjaya ni tak ramai. kalo ramai.. hehehe.
aku tak penah buat MLM sbb aku lebih prefer create content sendirik
dan jual. mcm udder dan nuri..
member aku sowang…berhenti kerja(3d modeller), concerntrade dkt MLM ni…ader le dpt dlm rm2,000 lebih sebulan.Dia baru start aktif dlm sebulan dua mcm tu… :unsure:
berlonggok company MLM keliling aku…aku bagitau siap2 le..aku surrender dlm benda ni..lagi pon bukan minat aku walaupon boleh mendatangkan rezeki…
upline..downline…mcm2 le…yg aku tau benda ni kena rajin je..jumpa org sini sane..jual air liur..convince..then nak cari 'trust' org plak…member aku kata 'rejection' tu satu benda yg kena expect…biasa le beb…
moga berjaya kpd semua MLMers :>
hmm
buat yang berminat, atau ingin nak tau pasal kebaikkan MLM nih, anda bleh baca buku buku nih: “Rich Dad Poor Dad”, and also “Business School”. both by Robert T. Kiyosaki
bacalah, dan fahamilah..
rompak bank pun kena kuar modal nak beli pistol air ataupun parang.
paling koman pun beg plastik utk isi duit yang kita rompak tu.
alaa takara… pistol air boleh pau dari bebudak kecik. parang bole curik kat rumah parents
aku saje je nyakat
tak minat aku MLM nih
jumpa org utk carik downline ni yg aku lemah ni
biasala org hensem cam aku ni, tak lari dari godaan
kang kena goda dek downline, line lain plak yg aku bikin
mengamuk line kat umah tu kang….wahaha
bab-bab jumpa org dan nak convince org mmg aku lemah
lebih-lebih lagi kalau jumpa awek…
kalau jumpa bini org pun sama….bahaya wooOooo (berckp melalui pengalaman)
dok jumpa nak bincang MLM, lain plak jadiknya….
:rolleyes:
MLM – madstone love makan…..ehehehe 😆
dalam business MLM ni, there's this thing called SCALABILITY. jarang disebut oleh orang2 MLM yg cuba nak influence orang2 baru (tak semestinya mangsa). sesapa yg nak join, should understand konsep scalability ni dulu, especially bila nak join kompeni yg dah ada multiple level personel.
remember, kalau nak cepat kaya, join kompeni yg baru ada 3-4 level aje. pastu guna skill sendiri utk expand. kalau ko join kompeni yg dah ada 20 level… that would mean ada lebih kurang 1 juta orang selain dari kita yg dah join benda nih. nak carik orang bawah? boleh try….
buat yang berminat, atau ingin nak tau pasal kebaikkan MLM nih, anda bleh baca buku buku nih: “Rich Dad Poor Dad”, and also “Business School”. both by Robert T. Kiyosaki
Aku dah baca Rich Dad Poor Dad. Aku rasa Kiyosaki punya work tu bangang dan hanjing, tapi dia pandai sebab ramai orang beli buku dia.
Satu benda la aku nak tanya: selain dari di promote oleh mamat2 MLM dengan banyaknya, apa kaitan buku2 ni dengan MLM?
Diorang (MLMers) samakan je simple business sense (yang sebenarnya ialah common sense ) dengan MLM. Seolah2 MLM is something like a magic business thing.
Which is fine, actually, if it works. If it REALLY works. They have to prove it lah. Walk the walk, man.
Masalahnya ialah last2, kebanyakan MLM tenggelam dalam vagueness. Dia jadi kabur dan samar2. Dan defensive. Kalau berjaya sedikit, dicanangkan pasal MLM tu yang membuatkan orang berjaya. Kalau gagal, dia cakap sebab orang tu sendiri yang gagalkan. Nama MLM gak naik.
Aku secara peribadinya takkan percaya something yang suka sangat puji diri sendiri tanpa apa2 end result. :>
Pergh! | Lukis, Komik, Kartun, Animasi, Games Malaysia
All information and content contained in this website are provided solely for general information and reference purposes.
By browsing this web you agree to our privacy policy.
© 2001 - 2021 All Right Reserved by Vasqtech Network Malaysia