Home › Forums › Mags Review, News And Events › Perjumpaan Rasmi Pergh-pts
Assalamualaykum/Salam Sejahtera pada semua warga pergh yang dikasihi sekalian.
Memandangkan ramai di kalangan warga pergh mempunyai potensi dan bakat besar dalam bidang melukis dan penulisan komik, maka pihak PTS dengan sukacitanya ingin mengadakan kerjasama yang erat antara dua pihak.
Justeru, kami merancang untuk mengadakan satu pertemuan antara Pergh-PTS bagi membincangkan beberapa perkara.
Tarikh : 3 Disember 2005 (sabtu, hari laman seni)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Akan dimaklumkan kemudian
Oleh itu sesiapa yg berminat boleh la inform kat kitorang untuk budget tempat dan makanan
aku rasa koa silap forum le wanzu,
ahahha, kalau forum pergh dah ramai dah orang menyahut,
moderator pon senyap je..ahahhah
kalau tak de aral, insya allah attend.
ahaha… aku tersilap forum ke? :sengih:
OK, siapkn briyani gam … mee udang…. murtabak (terlupa nak makan bulan posa dulu)…..
cikgu datang, aku kena datang gak laa walaupun lewat cam biasa…
apa agenda perjumpaan, brape lama? Apa yang perlu di bawa?
ahaha..ubder tanya mcm baru 1st time dtg plak,
ahahha, datang bawak aweq bleh ke?
makan2 tu penting, strategi promosi tu,
chegu, kirim kopok losong ble? ahahha,
orait.. mari meramaikan majlis..
mistik.. ko jangan balik kampung plak
insya allah, krom…
kire ok jer lah..
aku cube lah menghadirkan diri.. lambat lagi tuh.. biasa aku last minit result.. haha
ko tak try ajak2 ker orang2 tpt lain wan zu?
antara orang2 yang rajin mengarang.. http://www.jurnal.biz
pegi jer mesej sana.. cakap diorang.. aku yang suruh
ramai gak sana penulis2 bebas dan yang masih berusaha.. rata2nya juga amat hebat dalam penulisan
mnarik nih..
harapan saya agar dpt saya hadirkan diri saya walopon saya bekerja pd hari tu..
harapan lain moga menu makanannya mantap2 belaka..
hairi, apa yang perlu dibawa semasa perjumpaan itu?
emio, datang jangan tak datang.. dan yang lain-lain datanglah ye..
tq pada semua…
stringray sensei : kpd yg dah ada proposal sila bawak sekali. kpd yg dah tgh buat proposal pun bole bawak jugak. kpd yg tak tulis lagi proposal pun boleh datang. kpd yg baru nak dgr pun bole dtg
kpd yg ada folio artworks boleh bawak. mana tau ada artwork anda yg boleh dipakai oleh pts
ince ubder : antara agenda perbincangan;
-perbincangan mengenai proposal
-prosedur gerak kerja projek komik malaysia
-perkara2 berbangkit mengenai komik malaysia
-kerjasama pergh-pts – projek2
-makan makan
emio, dtg jgn tak dtg :sengih:
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,
Ait! Sejuk je thread ni! Ke mana perginya panglima perang Pergh yang selalunya berkobar melantunkan suara mengibarkan bendera perjuangan komik seMalaysia. Mungkin masih sejuk demam berhari raya lagi kot. Takpelah kita bersangka baik.
Saya amat berharap agar lebih ramai rakan-rakan daripada Pergh dapat ikut serta dalam pertemuan ini bagi menyemarakkan lagi projek Komik Malaysia ini. Kami di PTS amat menyokong perjuangan saudara saudari sekalian dan dirasakan dengan platform yang kita sediakan ini dapat sama-sama membawa arus perjuangan Komik Malaysia ni.
Agenda dah diberitahu oleh Wanzu dan saya ingin umumkan tempatnya adalah di Taman Permata (Tempat biasa kita buat pertemuan, kepada sesiapa yang perlukan plannya boleh dimuat turun di http://www.ptsmillennia.com/modules/mydown…php?cid=1&lid=5.
Apa yang perlu dibawa? Harapnya dapat membawa cadangan penghasilan komik malaysia. Kalau tak terperinci, sekurang-kurangnya ada rangkanya. Bagi panduan proposalnya sekali lagi saya sertakan di sini :
PANDUAN PENULISAN PROPOSAL KOMIK MALAYSIA
Pihak PTS Millennia Sdn Bhd (PTS M) berminat bagi menerbitkan siri komik melayu. Namun begitu apabila melihat kajian yang dibuat dan melihat kepada kekuatan PTS, kami merasakan penghasilan komik ini tidak boleh dibuat sebagaimana komik biasa, ia perlu luar biasa bagi menandingi kehadiran komik dari Jepun dan Hong Kong. Sehubungan dengan itu pihak PTS M ingin menerbitkan komik dalam bentuk buku sepertimana siri Manga Jepun dan Hong Kong yang sudah memasuki pasaran kedai buku dan kami kodkan sebagai 'Komik Malaysia'.
Berdasarkan kajian dibuat, pihak PTS M merumuskan bahawa spesifikasi buku yang ingin dibuat adalah seperti berikut :
Sasaran Pembaca
Sasaran pembaca Komik Malaysia adalah golongan remaja lelaki. Berdasarkan pemerhatian PTS M bahan bacaan buat kategori ini di kedai-kedai buku terutamanya dalam bahasa Melayu boleh dikira 'sifar' atau 'kosong'. Jadi Komik Malaysia ini perlu mengisi kekosongan itu.
Konsep Buku
Berdasarkan kenyataan di atas, PTS M menetapkan konsep Komik Malaysia ini perlu memenuhi asas-asas seperti berikut :
a)Ilmu Mempertahankan Diri Melayu
Ia perlu menggambarkan kecantikan seni mempertahankan diri Malaysia. ini tidak mengira apa-apa jenis ilmu atau seni mempertahankan diri asalkan ia memperlihatkan jati diri Melayu khususnya dan Malaysia Amnya.
b)Ketenteraan
Siri ketenteraan adalah kegilaan utama remaja lelaki. Ia perlu menggambarkan senario tentera kita, namun begitu kreativiti seperti memperlihatkan unsur futuristik dibenarkan. Segala spesifikasi senjata perlu diperincikan.
c)Sains Fiksyen
Sains Fiksyen yang mencabar minda dan memberikan input terbaru sains dan teknologi. Ia boleh dalam bentuk sains ataupun fantasi yang berpijak di bumi nyata.
d)Kampung
Nilai-nilai kampung seperti komik anak-anak Sidek, Aku Budak Minang dan sebagainya. Ia perlu berbentuk motivasi kejayaan yang merangsang minda masyarakat kita agar keluar daripada kepompong kita
e)Aksi
Apa sahaja komik berbentuk aksi digalakkan. Aksi melibatkan penyiasatan, polis dan sebagainya. Sebolehnya ia memberikan keinsafan kepada para pembaca mengenai masalah sosial kita.
Frekuensi Komik Malaysia
Pandangan PTS M kita akan keluarkan mengikut beberapa fasa. Bagi fasa percubaan, setiap siri ataupun tajuk kita akan keluarkan 4 kali setahun. Maksudnya selang 3 bulan satu episod. Namun begitu apabila ia sudah mendapat sambutan menggalakkan, pihak PTS akan mempercepatkan keluaran setiap episod kepada sebulan satu episod. Ia bergantung kemampuan para karyawan komik.
Spesifikasi Komik Malaysia
Saiz Komik Malaysia : 5 ½ X 8 ½
Bilangan Muka Surat Bagi Setiap Keluaran, Minima : 120 halaman
Bilangan Warna Isi Dalam : satu warna/4 warna
Bilangan Episod, Minima : 20 episod, boleh bertahan lebih daripada 5 tahun. Lagi banyak episod lagi bagus.
Watak Utama
Perlu mempunyai lebih daripada 4 watak utama. Sebolehnya daripada berbagai bangsa dan latar belakang.
Apa yang perlu ada dalam kertas cadangan anda?
1.Judul Komik Malaysia yang ingin dibuat?
2.Latar belakang penceritaan Komik Malaysia tersebut
3.Bilangan episod
4.Watak utama dan kekuatannya
5.Persaingan
6.Tempoh masa penghasilan setiap episod
7.Nilai yang ingin dimasukkan ke dalam Komik Malaysia
8.Perancangan Masa Depan bagi Komik Malaysia masing-masing
1.JUDUL KOMIK MALAYSIA
Judul utama seharusnya tidak lebih daripada 5 patah perkataan.
Ia sebolehnya menarik minat pembeli dan menggambarkan isi dalamnya
2.LATAR BELAKANG
Sediakan latarbelakang penceritaan Komik Malaysia anda.
Sebolehnya digambarkan konsep cerita keseluruhan dan kategori mana ia boleh dimasukkan.
Plot-plot cerita yang ingin dimasukkan dalam papan ceritanya (story board)
3.BILANGAN EPISOD
Bilangan episod anggaran bagi keseluruhan cerita Komik Malaysia anda
4.WATAK UTAMA
Bilangan watak dan kekuatannya. Ia sebagai point of sale Komik Malaysia ini.
5.PERSAINGAN
Berapa banyak Komik Malaysia seumpamanya di pasaran (dalam bahasa Melayu) yang sama dengan Komik Malaysia yang bakal bakal dihasilkan? (senaraikan 3-6 judul jika ada)
Apakah kelebihan Komik Malaysia anda jika dibandingkan dengan Manga lain yang sedia ada?
6.TEMPOH MASA
Berikan tempoh masa anggaran bagi penghasilan setiap episod. Ini bagi memudahkan pihak kami merancang penerbitannya dan berapa frekuensi setiap satu
7.NILAI TAMBAH
Setiap Komik Malaysia perlu ada nilai tambah yang menyebabkan semua orang berminat untuk membelinya. Ia bukan sekadar beli satu tapi berpanjangan hingga ke episod terakhir ataupun sekuel seterusnya.
8.PERANCANGAN MASA DEPAN BAGI KOMIK MALAYSIA
Pihak PTS M mahukan setiap karyawan merancang masa depan setiap Komik Malaysia mereka. Perancangan tersebut termasuklah penghasilan animasi, barangan dan sebagainya. Ini bagi memudahkan pihak kami membuat perancangan jangka pendek dan jangka panjang bagi setiap Manga yang dihasilkan.
FAUZUL NA'IM ISHAK
Pengurus
PTS MILLENNIA SDN BHD No. Syarikat 678177-A
P10 & P11 Jalan Pesona 1
Pesona Height, Bukit Tinggi
28750 Bentong
Pahang Darul Makmur
09 233 0485 (No. Telefon)
09 233 0486 (No. Faks)
012 380 4555 (No. Telefon Bimbit)
fauzuln@pts.com.my (E-mail Rasmi)
terima kasih Fauhill utk panduan yg detail dan berguna ni
will keep in touch…
hope can come out with something
Terima kasih sdr Fauhill kerana peta pdf tu.
Area tu dekat dengan area Invictus ker???
kalau cikgu sampai KL nanti, naik Putra LRT turun kat Terminal Gombak saya leh jemput. dekat je ngan umah…
Ajif:// Wokehhhh, cantikkk tu. Insya allah.
insya Allah cuba datang kot. kalo proposal yg proper tak sempat siap pun aku nak juga diskusi2 sket dgn pihak pts dgn offer mereka ni..
err, nak tanya, kinda unrelated, ada sesapa bukak booth ke masa laman seni nanti?
atau sapa2 yg bukak booth masa comic fiesta ke, aku nak give away gempak + starz lama2 aku..boleh tumpang tak? aku nak bagi free. dah semak sgt dah bilik aku tu..
dey thambi, kasik buak post la kalau mau tanya kalu.
sesapa yang nak join marile, invict kalau nak tumpang aku no problem.
dey thambi, kasik buak post la kalau mau tanya kalu.
sesapa yang nak join marile, invict kalau nak tumpang aku no problem.
..hmmm cantik gak tu krom….boleh la aku tumpang ko…agaknya aku nak tunggu ko kat mana? kalau aku tunggu ko dekat tangga tempat perjumpaan PTS-Pergh kat tmn permata tu boleh ke? Sebab rasanya beberapa saat aje dari tempat keje aku… :sengih: :sengih: :sengih: :sengih:
I'M IN..
harap-harap dapat sediakan proposal tu..
Jangan marah encik Fauhil..tempoh hari ada janji nak buat proposal….sampai la tak buat lagi…
maklumlah BZ
i'll try my best
Agenda dah diberitahu oleh Wanzu dan saya ingin umumkan tempatnya adalah di Taman Permata (
alamak alamak (cam lagu lapuk nico)..
hari laman seni da taman permata? aku abis kerja pon dah pukul 3.30 petang, kalo sempat… tapi nak pegi taman permata, tambah satu jam lagi…. rasanya amat tak sempat…. cuma sempat jenguk gerai laman seni jer…
tengok la nanti camner…
camne ni dah dekat tarikh perjumpaan
angkat tangan sape nak pegi.
kita senaraikan nama2 yg akan join nnt kat sini.
Saya konfirm.
malang tul la aku..
ada event BESAR kompeni yang aku involved in.. so takde kebarangkalian dapat join..
sepanjang hari plak tuh..
end up at Berjaya time square.. tuh pun tak tahu kol brapa.. adesss..
anyway good luck for the meetup.
// kalau ok malam2 tuh kuar yumcha katmemana pun bleh kot? eh pn. ainon ada join sekali ke?
ele… tgk, founder pun tak datang.. abislaa…
haha good luck bro mistik
takpalah founder tak boleh datang, moderator datang dah kira okay tu.
nak sangat datang. tapi terpaksa laa..
maklum laa.. keje ngan orang nih..
sebagai PEKERJA.. pepaham jer laa..
not as b4.. haha
Mungkin lain kali kot, heheh dah faham maklum kerja banyak kat kompeni. All the best. Kirim salam kat pengkarya-pengkarya kat kompeni.
Berita ini disedut dari web ptsmillennia :
Pihak PTS Millennia Sdn Bhd dengan kerjasama pengendali laman web Pergh.Com akan mengadakan satu majlis pertemuan bagi membincangkan penghasilan projek Komik Malaysia. Kepada semua pelukis komik, kartun dan illustrator dijemput bagi turut serta pada majlis tersebut. Butirannya adalah seperti berikut :
Tarikh : 3 Disember 2005 (Sabtu)
Masa : 2.30 hingga 4.30 petang
Tempat : Sekolah Al-Ikhlas, Taman Permata, Kuala Lumpur
Semua dijemput hadir. Peta ke sana boleh didapati di ruangan muat turun
peta download kat sini
http://www.ptsmillennia.com/modules/mydown…php?cid=1&lid=5
aisemen ince mistik xleh dtg ke? :blink:
tarakuchacha amacham?
Pergh! | Lukis, Komik, Kartun, Animasi, Games Malaysia
All information and content contained in this website are provided solely for general information and reference purposes.
By browsing this web you agree to our privacy policy.
© 2001 - 2021 All Right Reserved by Vasqtech Network Malaysia