Home › Forums › Comic, Cartoon, Manga Times › Perihal Superhero
Perihal Superhero
Bila sebut superhero, terlintas tentang kostum, wajah tampan dan tenaga hebat. walaupun stereotype, ianya sangat popular lebih-lebih lagi superhero buatan barat. Ubder pernah menulis berkenaan perit mauh komikus barat untuk ketengahkan genre ini. Di Malaysia, kapten Malaysia, Keluang Man dan Silat Lagenda antara yang popular. begitu juga superhero perempuan dari Urban Comic, Cameo. sempoi habis…
Adakah genre ini masih boleh diterima pakai di Negara ini sakarang? Perlukah kostum dan wajah tampan? Atau cukup sekadar watak yang ada kuasa hebat seperti dalam komik Enigma (umbra)? Persoalan ni timbul dari perbincangan singkat di Karangkraf akhir tahun lepas. Elok diteruskanโฆ
Banyak perlu di fikirkan untuk genre ini.
kuasa dan kelemahan. Platform terpenting. Punca dan kenapa wujudnya kuasa itu. Mungkin mempengaruhi keseluruhan jalan cerita.
Cerita. Untuk jangka masa panjang dan mampu berdiri dengan konflik tersendiri. Dari sini terciptalah watak heroin, super villian, side kick, pak lawak.
Tujuan di sini..
Korang minat dengan genre superhero tak? Kalau yaa.. apa yang korang inginkan dari genre ini? Adakah genre ini akan membantutkan misi perjuangan kita untuk jadikan komik sebagai bahan bacaan umum? Sejauh manakah ia?
ikut trend skang ni org suka zero to hero, maknanya seorang mangkuk ayun akhirnya jadik penyelamat dunia . boleh tgk dalam beberapa title manga/us komic yg tengah hot skang nih.
dulu waktu tgh2 90-an dok gempak tema hero hilang ingatan, tapi power nak mampus, semua berebut kat dia, sampai keluarga sendiri pun jual dia.
waktu 80-an, famous superhero yang power ala2 mutan. kena bahan kimia ni jadik ni. kena klorofil jadik tembikaiman. dan org jahat biasanya tuan punya kilang/loji bahan kimia tu.
(betulkan aku kalo silap naa…)
adakah kena ikut trend ni? atau kena pecah kepala pikir satu konsep yg betul2 power dan boleh revolusikan arena komik. fuh camana tu ye…? :rolleyes:
aku suka konsep hero dlm naruto. ada hero ngok ngek ada hero perasan hebat, ada hero yg betul betul hebat, ade hero yg hebat tapi belagak cool gitu…
something new jugak approach tu
korang nak baca superhero bagus punya konsep,
try baca INVINCIBLE, keluaran image comics, tulisan robert kirkman.
kat kino dah ada 4 tpb dia. tak mahal sgt, tak sampai rm50 satu tpb.
and kalo masih ada, ada isu 0 (isu pengenalan) jual jugak.
lagi MURAH, SINGGIT++ aje. korang bayo kat kaunter pun nanti awek kaunter tu was2 apsal murah sgt.
sebab kat u.s rege dia limaposen je!
bulan ni pun nanti diorg kuarkan hardcover dia. lagi sempoi. terus 18 issues in 1 nice package!
aku malas pulak nak eksplen konsep dia, tp try la tgk kat newsarama.com, kat imagecomics.com ada laa mana2 jumpa dia eksplen..
tp ni mmg satu pendekatan superhero yg best. sekian promosi.
:sengih:
superhero mewakili idealisme sesuatu tamadun/bangsa di samping mendukung notion “baik akan menumpaskan jahat akhirnya..”.
sebab tu dalam mana2 literature ada figure2 heroik ni: Heracles, Beowulf, Hang Tuah, Rama.. antara lain.
sbg satu bentuk literature modern, komik superhero membawa idea yang sama tapi dlm bentuk berbeza sesuai dgn nilai & norma masyarakat kontemporer.
[img]http://www.geocities.com/skratchdisk/ibo.txt[/img]: menjawab soalan ke ni?
hero kesunyian… marah.,. gagal percintaan… that would be Naruto.. penjejak awan
hero tersepit antara karier.. cita2.. cinta…dan tugas sebagi alter ego dengan kostum… Superman.. Spider-man..
hero perfect nak mampos… keje tadak.. bleh keje bagus tapi tanak.. lepak2 ngan kawan.. hangout.. makan burger.. still leh dpt awek cun dan berkarier.. itu Gayour's BERSAMA SELAMANYA.. with the kill3 die3 to remembered ๐
hero belus selamanya.. ada keje besh.. designer whatever tapi banyaknye dodok2 ngan abang citer psl life sehari2.. eh itu aie.. AKU DAN SESUATU dia..
hero dengan gagasan Borhtaq kat atas da penah dilokes oleh ZOy lewat karyanya AYOKO… walaupun tajuk tue sempena nama Ayoko Shimada- cuma nama bini Syafiq… (hero), tapi Syafiq Asnawi menjadi hero mendamaikan bapak dia yg benci dengan Japon dan berbaik semula dengan kawan lama dia Shimada Watanabe.. bapak Ayoko… (besar harapan aku kalau Utusan bukukan semula komik strip nie..)…
AYOKO ii menceritakan adik kepada Asnawi kembali ke Malaysia setelah beberapa lama out of track sbb jadi hamba Japon kat Burma dan Siam.. then cari anak dara dia yg hilang…
aku nak ke mana nie ahahah nanti aku datang lagi ๐
our own superhero mostly appeal untuk children ialah Lintar oleh Mansoor Ibrahim untuk BAMBINO, Super Tuah… oleh Mansoor Ibrahim untuk UTUSAN PELAJAR.. Kapten Malaysia oleh YO untuk Bintang Kecil dan Wira Kecil oleh ISmail AH untuk Bujal… terdahulu sbl tue mediaseni dan Mulya Utama dengan Conan2 versi Melayu dari Nik Abdullah, Khuzae, Nik Noordin mahupun Marzuki. abaikan jugak Wanita Bionik, SPiderman, Hulk Pot Jr dan Superman, dan Ultaraman versi NIk Abdullah..
Icecoul dan Tarakucha da come up dengan idea dan gagasan superhero dan anti hero.. superhero masih diperlukan dengan gagasan baru… refreshment…
ini akan membuka juga tajuk cemana komik US dengan gagasan superhero dengan kostum bleh bertahan…
Superman dan Batman skang jauh lebih dingati bukan dengan spandex kat luar tapi isu2 yg melatar hidup Bruce Wayne dan Clark Kent.. Brcue hari2 pagi kena handled Gotham dah bancai selepas Penguin bombedkan haritue.. Batcave dia dicerobos org.. hari2 nak kena check hospital… malam2 kena jaga bank dr kena rob… SOpomen hari2 nak kena tahan imej dia dimanipulasikan Lex sebg Presiden US…
sama gak kita sudah cukup faham emosi Naruto dr epised ke episod more than his google dan coreng kat muka…
that would be nice storyline dan plot!!
tapi gagasan superhero dengan custom untuk kerekter baru mmg diketawakan ramai.. parodi dan spoofnya banyak.. THE INCREDIBLES sendiri… tak ketinggalan BLUNTMAN and CHRONIC oleh kevin smith..
jangan lupa gempak dengan gagasan LOWKEY dan UNDER 18 yang agak terkedepan dan mencabar dengan sosio budaya urban Malaysia millennia selepas Melayu sudah lama bangga dengan Cupin dan apa sahaja drpd Ujang..
hehehe ko mmg da komik follower, tabik spring
dua komik superhero dengan gagasan baru..
serta dua komik yang mempersolkan kool ke x kool superhero dengan kostum..
dari kevin smith dengan black comedy dan lawak gay..
dari Pixar yg tersohor…
heheheeh
Jay and Silent Bob
citer diorang mmg lawak bodo gile la
huahahahahaahah
Slaium mungkin dpt bawak persepsi baru dengan heronya Monggo dengan isu sejagat dan alam sekitar..
Jay and silentbob sangat popular. Ingat lagi, cerita Mallrat.
walaupun hanya watak sampingan tapi dua karekter ni
paling menonjol dan menarik perhatian.
Komik Slaium tu sangat menarik perhatian. Seingat aku,
komik tu juga pernah disiarkan dalam novel grafik Drak.
Pemahaman superhero yang cool tanpa pedulikan maruah
semata-mata. Konsep yang cukup menarik.
Superhero Bodo-bodo
Tentu korang pernah tonton sitcom The Thing. kisah kehidupan
superhero yang penuh lawak. Temanya cukup kreatif. Begitu juga dengan
komik kompilasi Bizarro yang telah memenangi banyak award.
Pada mulanya aku beli hanya kerana covernya dilukis oleh Matt Groening.
Menariknya di sini, konsep “mari mengutuk superhero'' dalam komik ni
cukup ber'hantu'.
๐
nak memahami superhero dan anti superhero?
buku ni kena khatam berkali2 dulu
kat sini brp rega buku ni, krom?
“..the man who invented the future…” quoting dari salon.com books
Watchmen aaa? tah berapa kali katam, masih tak boleh decide saper hero…. memasing idealist walaupun mamat yg kene bunuh tu (ikut pandangan masing-masing laa)… tapi kalo baca memang tak boleh stop aaa, best woooo…. hazardous material..!
Contoh anti-hero bagi aku V for Vendetta…. identiti sebenar dia pon tak tau… dan tak relevant.
Hero tak bercustom pun kurang diberi perhatiannn…..hero sebegini lebih kepada diri sendiri dan orang terdekat jee….bukan utk masyarakat @ negaraa….
kira best tuu….
Miyazaki buat nausicaa dan porco tu menunjukan kelainan paada watak hero/heroinnya tuu….
peAce!
ps; per2 pun Spidey is kind of cooll….
Tentu korang pernah tonton sitcom The Thing
The thing ke The Tick?
Lokasi pengambaraan filem V for Vendatta kat London.
Ciri 2 Superhero jepun ok aper..
contoh macam kamen rider lah…
ys… tak dapat dinafikan ramai yang minat Kamen Rider
ada lagi mungkin ada gak minat Lone Wolf
banyak-banyak kostum superhero.. kostum apa
yang paling bermakna? Maksud aku, bukan sekadar
kostum, tetapi setiap hiasan dan bentuk ada tujuan
dan fungsinya.
Jika dulu aku tak tahu kenapa superman dan batman
mesti perlu guna mantel di belakang. Hari ni aku dah
tahu tujuan batman (setelah tonton batman begin).
Tapi masih tak tahu keperluannya pada superman.
mungkin nak kover (bottom line) spender ketat dia dari direnung
oleh orang ramai..
SUPERMANnye costume tu ada terjawab dalam siri Lois+Clark,
dia pakai kostum tu sebab mak dia yang buat, jadi dia pakai tanpa banyak soal.
anak yang baik takkan derhaka pada mak.
Aku tak sure dlm komik Batman yg mana satu (mungkin The Dark Knight Returns), tapi salah satu sebab logo Batman kat dada tu ada kaler kuning sebab nak bagi orang aim kat dadanya ๐ฎ Sebab part tu yg kalis peluru. Yg lain2 tu rasanya korang dah tgk dlm movie (although costume dlm movie dan komik tak sama)
Antara costume yg ada fungsinya ialah Iron Man. Helmet Magneto dan Juggernaut kononnya dpt menghalang kuasa telepati Prof X.
ada satu lawak suka suka ni member aku duk bagi haritu… bukan nak bash superhero or anything, just melawak
antara superman ngan batman sape lagi bodoh?
aku dok terfikir gak sebab apa Superhero Amerika pakai seluar sendat-sendat, fesyen kot…cam ahli gusti gak, ahli bina badan…barangkali pelukis komik Amerika dapat inspirasi dari gladiator , ahli sukan dan penggusti zaman rom dan greek kot..
saja mencelah, dalam Apo? bulan nih Flash telah mempedajaikan Batman dan Superman….hebat ko bro. Rambai
aku rasa le kostum Superhero untuk membezakan hero dengan orang awam, serta geng jahat dan supaya nampak gah…
aku dok terfikir gak sebab apa Superhero Amerika pakai seluar sendat-sendat, fesyen kot…cam ahli gusti gak, ahli bina badan…barangkali pelukis komik Amerika dapat inspirasi dari gladiator , ahli sukan dan penggusti zaman rom dan greek kot..
saja mencelah, dalam Apo? bulan nih Flash telah mempedajaikan Batman dan Superman….hebat ko bro. Rambai
aku rasa le kostum Superhero untuk membezakan hero dengan orang awam, serta geng jahat dan supaya nampak gah…
terlajak perahu ko sebut nama rambai, ingat lg dengan superhero dia, watcher. Storyline pun ok gak. Lg, heroin kat citer UMA si Emma tu yg di lukis oleh Adonis.
Aku cuker hero citer John Doe. Tgk la mlm ni woi !!
super hero= hero with super abilites…
aritue mcm ada je gempak tunjukkan buku SCIENCE OF SUPER HEROES… ko usha aa…
DC COMICS nyer superhero, kecuali bekmen… kebanyakkanya alien… Sopomen, Green Lantern, Wonder Woman, Martian Manhunter…
MARVEL nyer lak.. hero dpt gift pas eksperimen.. Hulk, X- Men..Spidey..
kena paham betul2 cemana depa letakkan act of heroism seorang hero ke dlm karya2 depa…
kalau kita nyer lak.. budak Spore dilanggar Todak… Tuah- Jebat nyer.. mistikal PGLnya…
hero ada karma- naik turun jatuh bangun falls rise… tue hero2 stephen chow..
hero kalah dulu menang kendian.. tue popeye.. ultraman..
don' wori, I pahammm….
kalau TICK … BLUNTMAN AND CHRONIC tak cukup sarcastic.. try hero nie plak yg mengutuk hero2 Japon.. termasuk Kamen, Ultraman dan ada sebabak dua kutuk Sadako The Ring.. kuaran 2004.. dicadangkan oleh kawan aku.. yg gile dolod.. try!! Gerenti pecah perut..
ZEBRAMAN..Being a failure as a teacher and a familyman, Shinichi tries to escape everyday live by dressing up as “Zebraman…”rambut trojan tue… ngahaha.. ๐
” Review
What is it really about that Zebraman? A super hero in flesh and bones the likes of Salor Moon, Devil Man, Cutie Honey, et certainly more that I've forgotten about… Well Takashi Miike takes in his hands an hero from the 70s named Zebraman. A masked hero the likes we've all seen in these types of Asian flicks. No this is not a remake, nor is it an adaptation, this is something new… what could it be compared? Well to me the movie felt like mixing up the Star Wars Kid with Viewtiful Joe. An Action Comedy with cheesy super Hero attitude. Though Miike could've simply do a Parody about San Ku Kai or Power Ranger and the likes of them, he didnt. This movie, though the humor, is not really making fun at any of the genre, but more like doing them honor. Yes, this is a Serious Movie about a super hero in a Zebra suit…seriously…
Yup… I'm a big fan of Miike's movie….. and Zebraman proves the greatness of his skills. He used a subject that has been used countless of times before… nothing is new anymore in that department. But Miike somehow emerged something fresh from the rumbles of a type of flick that couldnt be revived.
So what's the story all about? Shinichi, a school teacher, who happens to be a huge fan of the 70s TV show “Zebraman”. Shinichi is the dreamer kind of person, he idolize Zebraman since his childhood, dreams of beign him and all. But in real life he's just a “push-over”… the kind of guy that everybody pushes around, even his junior high class makes fun of him, his children doesnt show respect, and his wife has lost interest in him. Lately Shinichi made himself a replica of Zebraman's suit… after minor adjustment and better material, he finally decides to take his suit for a walk in the streets… at night…. when nobody's looking… hidding in the dark whenever people passes around. That's when a woman screams nearby… Shinichi… I mean… Zebraman takes his courage in hand and decides to go investigates. He sees a man with a Crab Mask about to rape a woman… Crab Face doesnt like Zebraman's interference and decides to attack. But something happen to Shinichi… He really has power to fight… He really turns out to be…. ZEBRAMAN! After defeating Crab Face, Shinichi then feels the need to protect His town from Villains as his new Alter-Ego: Zebraman! But it doesnt take long that an Alien Invasion is coming to town, will Zebraman Stop that Alien Invasion in time? That's what you'll know if you watch Zebraman, same Zebra-hour, same Zebra-channel lol
This flick is absolutely Crazy… one thing I LOVED is all those little subtle “wink” at other movies such as Superman, Zorro, Ghostbusters, Devilman, Ultraman, The Blob, Mars Attacks!, Ring and even Flubber. Actually this movie is more close to the movie Mars Attack….just throw in a cheesy Super Hero, and you'll get Zebraman.
This movie is the perfect example that you dont need Sexy Chicks in bikini, nor super revolutionary Special effect to make a Great Movie. This movie is simply the best of it's kind, and prolly my favorite from Miike's collection so far.”
hehe
Pergh! | Lukis, Komik, Kartun, Animasi, Games Malaysia
All information and content contained in this website are provided solely for general information and reference purposes.
By browsing this web you agree to our privacy policy.
© 2001 - 2021 All Right Reserved by Vasqtech Network Malaysia