Home › Forums › Research And Developement › Pergh! Zine #0.01
Let’s start it now!..
Sebagaimana XPDC bermula dari bermain di funfair2..di expo expo..
maka aku rasa.. sudah sampai masa kita buat flyerz / underground collection of ours!..
ada yang berminat?..
aza? ruby? alif? etc etc..
penerbitan tanpa kdn dan bersifat DIY ini adalah sekadar suka2 dan juga demi MEMERIAHKAN KEMBALI persada komik tanah air yang KELIHATAN SEMAKIN MANDOM.. jadi aku rasa.. wajar kepada kita semua to do something!.
refer to Kopi, Amateur Soup etc.. aku juga merasakan adalah wajar kita semua antara komuniti terbaik dan terbesar di Malaysia ( walaupun tak diakui oleh memana ) // perasan tul aku kan.. ghehehe.. membuat sesuatu yang mungkin satu hari menjadi kenangan MANIS dan INDAH bahkan mungkin LAGENDA untuk kita semua..
Pada asalnya hal ini lebih secretive.. sebab mostly on MOD room discussion.. tapi aku rasa kini lebih wajar diopen discussionkan hal nih.. demi menghargai semua kawan2 dan sahabat2 yang amat aku hargai.
As name as underground / DIY Artzine. Photostat dah tentu memadai.
or anyone sanggup sponsor printing?. ( or investment? ).
1. Berapa muka?
2. Apa yang nak diisi?
3. Korang semua tambah tambah dan tambah..
LET DICUSS IT SERIOUSLY
– regards –
aku nak join.
Apa2 tugas ko nak kasi aku, aku akan pertimbangkan secara serius.
aku pun nak join! tp apa yg boleh aku bantu?? kena carik mastermind utk bende ni. dulu ada juga hangat2 kata nak buat zine pergh. carik balik sape yg hangat2 tu brader mistik. aku nak join… aku nak join…
err.. u guys still have my 10page matrigal kan? publish terus laaa yang tu dalam pergh zine nih. that’s my contribution kot. currently working on a small project with an american counterpart. so tak dapat nak contribute apa2 for now.
i’m still supporting this comic.
untuk perbelanjaan… aku ada satu suggestion. ada beberapa small time publishing companies yang nak masuk ke dalam bidang komik nih, diorang iklankan kat US, lebih kurang camni laaa:
anyone boleh post diorang punya artwork. takkan diedit, diubah atau sebagainya. purely yours. even copyright pun ko punya. cuma ada guideline yang kita kena follow laaaa. the catch is, setiap page berharga US$20. hitam putih. so korang boleh hantar berapa banyak page yang korang nak. tak kira laaa komik ke, apa ke…
$20 untuk kos printing. tak ingat berapa banyak diorang print, but it’s a professional publication. sekiranya that particular issue tu ada untuk, keuntungannya akan dibahagikan pada contributors for that particular issue, berdasarkan berapa page yang diorang contributelah.
ini dekat US. aku rasa kita boleh buat camtu gak. sesapa pun boleh submit, tapi bayar per page untuk cover perbelanjaan printing. maybe kak ruby boleh suggest some costing per page. kita buat photostat aje kot. tak perlu buat professional printing kot.
maybe kita boleh buat RM5 per page? ok ke?
leh ke kalau wani nak join??kot ada limit umor ke..
kalau bole wani nak gak sumbang kan wani nyer artwork..
limit umor? ada….
umur haruslah terdiri dari integer positif dan tidak melebihi 2 digit… hehhehehehhe
genre
nak bikin komik underground? kalau camtu kita nak buat sehabis tanpa batasan ke? maksud aku komik yang ada unsur-unsur ganasan melampau dan gaya seks yang terlalu..? yelah.. bak kata seorang kartunis yang dah agak gah namanya di malaysia… kalau nak bikin komik underground.. baik lukis apa yang korang fikir KDN akan rejeck karya korang…
kalau ikut saiz.. baik ikut saiz MAAO… dan muka surat tu elok paling kurang 60 muka… mungkin agak sikit mukasuratnya tapi kalau kita buat susunan komik style majalah komik KREKO takpun buat satu muka surat kita buat dua frame… aku rasa ianya dah cukup diiktiraf sebagai himpunan karya yang sendat..
apa yang nak diisi ialah komik-komik hantaran budak kita
gambar yang dikirimkan kat forum ni yang dikira boleh dianggap super berharga!!!
iklan fanzine-fanzine komik yang sedia ada… (sesuai ngan matlamat untuk naikkan karya kita)
artikel tambahan
kalau elok.. mana-mana artikel intelektual yang mana penulisan tentang sesuatu isu yang dikomen secara matang juga dimuatkan.. macam pendapat-pendapat member pergh berkenaan isu rokok… isu perbezaan istilah kartun dan komik… diharapkan jadi rujukan pembaca…. (setuju tak?) mungkin lepas ni akan ramai yang lebih berusaha menaip feedback yang lebih matang dan berisi pasal nak tulisan diorang masuk kat pergh zine ni…
nampak macam menarik… tapi betul2 serius ker? lagipun, sebab nie komik ‘underground’, adakah publicationnya bersifat bulanan atau mingguan atau pada masa2 tertentu jer?
walaupun saya nie baru lagi, dan tak berbakat, tapi kalau ini betul2 serius, saya juga akan cuba contribute setakat yg terdaya.
ganbatte!!!
zine ni aku rasa dah dekat 60% siap..in term of material ler kot… cuma nak di siapkan ajer…
uik? baru 60% aje ke? aku budget hari tu macam dah dekat 90%? keh keh keh… anyway, kepada bakal2 contributor nanti, jangan risau, kalau karya anda tidak diterbitkan dalam pergh zine #0.01, probably akan dimasukkan dalam #0.02 atau #0.03 … cheh, cakap macam dah buat penerbitan profesional pulak heh.
mmmmm…sesuatu yg menarik……. aku sokong!!!!! kalau aku nak contribute aku nyer artwork camner aku nak antar? guner e-mail atau jumper korang yg terlibat terus face to face?
weihhh dah nak siap ke?? citer aaa sikit perkembangannya… apa isinya? sape editornya?
biler zine dah ready nanti.maner nak dapat??!!
nak join tak leh sebab cant do much…but im in full support for u guys!!!!
kalo takder limit umur………
boleh ako join??
takde limit umur laaa babe.
kenapa nak kena ada limit umur sedangkan apa yang kita nak ialah product yang terbaik. kalau seseorang berumur 12 tahun boleh lukis lebih baik dari aku, aku prefer untuk ketepi dan bagi laluan kepada dia. remember, tujuan kita buat magazine macam ni adalah untuk basically establish yang terbaik untuk komuniti ni, bukannya utk orang perseorangan….
aku nak join…
pendapat aku macam nih….
-korang bleh lah start buat artwork korang sendiri…..lepas tuh,hantar kepada “kapla” yang handle zine/fanzine nih…..tak kira ler apa jenis konsep komik pun..janji takde unsur politikal…..
-ha..mengenai brapa helai nak dibuat….korang bleh tetapkan berapa helai setiap komik korang….sebenaarnya,pada pendapat aku,lagik tebal lagi best,tapi kalau macam tuh,baik buat komik sendiri!! tapi,aku syorkan setiap korang punya hasil mestilah 4 muka surat….limitpun 5 jer…..paling sikit pun aku rasa 3 jer laa…
-konsep komik,kalau bleh variety ler…macam syor aku yang kedua tuh..apa2 jer,asal takde unsur agama atau politikal…..kalau diperbanyakkan citer hantu pun best..takpun citer2 gore nih…ahh..janji rock ler..!!
-haa..”kapla” yang handle nih suma akan kumpul artwork yang telah diberikan kepada si “kapla” nih….and then,bleh lah publish…..
-berkenaan royalti….kalau korang nak ada royalti ker tips ker hapa,aku tak kisah ler….bagi aku,aku tak kisah pasal royalti..aku ikhlas nak buat komik……mungkin ini bleh jadik kerjaya aku masa hadapan nanti….
-lepas tuh,korang bleh la buat flyer ker,e-banner ker,e-flyer ker dan macam macam ler promotion korang…janji,bakat anak malaysia kita terserlah..bukan nak menunjuk2,tapi nak buktikan bahwa kita tak ketandusan pelukis komik yang mungkin berkualiti dan berbakat besar…..betul tak??
so,mulai skang,korang janganlah omong kosong jer..buat biar betul….start dari skang….kalau bleh,aku pun nak start buat artwork….so,skang korang bleh la lantik sapa nak jadik “kapla” di sini..aku rasa,yang nak jadik kapla tuh biarlah berpengalaman dalam hal komik mengkomik nih…..oh ya,pasal bahasa perantara dalam komik nih,aku rasa dua bahasa jer yang diperlukan…bahasa malaysia ngan inggeris sebab dua bahasa ni jer bleh dipahami…lain bahasa kena reject!! kalau nak pakai bahasa inggeris pun bleh,tapi aku taklah mahir nak pakai bahasa inggeris,cukup makan jer la…..tapi bleh dipromotekan keluar negara!!
p/s:amacam,cadangan aku?? bleh pakai atau bleh pakai dalam tong sampah??
ok gak tu…. aku sokong ler maner yg patut dan elok… macam mner ngan yg lain???/
ok… since kita nampaknya ada banyak supporter sekarang ni, i think i’ll start collecting for pergh #0.02 pulak hehehhehehehehehh….
so buat masa ni, sesapa nak join, sila letak username dan email. esok aku akan letak guideline untuk submission. dont change the channel!
wokey!!!!! aku nyer e-mail arie216@yahoo.com…. username kat channel maner r… aku banyak user name nier…… heheheheheh.. kat sini aku pakai yurie…..
halooo..
aku pon nak letak gak..
ada dah siap satu komik pendek 6 page.
username : vrempire
e-mail : vrempire@yahoo.com
masukkan aku dlm list aaa..
aku nak join!! aza, ko kapla kan? so, ko tau username aku n email aku. takyah la aku bubuh sini. dateline dh set ke? (aku tak parasan masa baca tadi..)
lagi satu: kalu komik politikal takleh masuk (ikut kata grind), taklehla aku buh AG.45?
aku tak kisah sgt..just to point out that pada aku, tak perlu restriction sebegitu…
last thing: sesapa yg dh ada material tu, mintak preview kat sini bley? ke dah bukak thread preveu sindri?
saper yg pegang material utk pergh zine ni dulu??
ruby or sudin?
aku nak join gak leh ker?tapi aku takde kebolehan sgt…jadik despatch pun jadik ler…janji aku dapat sumbangkan sesuatu kat pergh ni?bleh ker?plz arrr…..ahaksss….kalau nak aku jadik tukang buat air pun takpe..hehehhe…serius ni aku mmg nak join
haa…semekom suma!!!
ahakss…!! bagusla kalau korang dah setuju…tapi,kalau korang nak buat perubahan sikit dalam rancangan aku tuh,korang bleh ubah…haa….
sebenarnya,kalau nak buat komik yang ada unsur politikal nih bukannya takleh,tpai kalau bleh,jangan keterlaluan..kang kena carik oleh ISA plak..tak tentu pasal zine nih kena black list….kan sadis?? haa..tapi kalau unsur politikalnya taklah keterlaluan,bleh la..tak kisah ler..macam aku kata,janji komik!!!
aku pun sebenarnya tengah bengang nak buat komik apa…tapi,mungkin untuk preview komik yang kau nka buat tuh mungkin4-5 helai ler…masalahnya skang,aku takde kertas berkualiti untuk buat komik (tempat aku unsufficient medium!!!)dan kesibukan aku buat kerja…..susah la sikit…kalau zaman sekolah dulu,aktif ler..skang susah sikit…nak kena asah balik tangan aku nih….ahakss…..
haa..pasal kualiti komik yang korang buat tuh……hentam jer la…janji lawa dan kemas……tak kisah ler…janji,dapat buat satu zine komik….insya allah,esok atau lusa aku akan start nak buat…nak buat apa ekk?? tunggu jer laa……
oklaa….korang ada idea lain tak?? mungkin korang bleh tokok tambah sikti idea aku yang sedia ada nih….
science fiction/mitos/fantasi dan cinter serta yg sewaktu dengannyer…… kalu politik tu… ntah arr… camner ngan yg lelain…… aku kirenyer ikut majoriti gak….. maklumler owang baru…… kang tak pasal2 kener sound lagik aku kang!!!hehehehhe…
saya tolong bagi flyers/forward mail kat budak-budak skolah ke ape2 bolehla kot…ceh..camleh jer…saya nie cam seaquest jelah kot,buat air pon buleh asal buat something!..
takpun leh tanyer budak-budak sekolah yang nak hantar komik kat korang?…II WAANNAA HELPP!!!…ape aku merepek nie..ape-pe jelah
hmmm…. macam menarik……
okay, aku join gak… tapi submit pin-up je laa…. komik tak sempat aaa… sibuk giler…..
to mr azarimy, email aku ialah
ok chow *-*
Pergh! | Lukis, Komik, Kartun, Animasi, Games Malaysia
All information and content contained in this website are provided solely for general information and reference purposes.
By browsing this web you agree to our privacy policy.
© 2001 - 2021 All Right Reserved by Vasqtech Network Malaysia