Home › Forums › Pergh Headquarters › Pergh Forum + Comic Fiesta Forum = ?!
Salam Mesra,
Sebenarnya nak pos kat ruangan “Central Market”. Tapi mungkin lebih sesuai kat sini sebab ianya berbentuk cadangan. (admin/mod; sila pindahkan jika tak sesuai disini).
Entah kenapa aku rasa seronok bila tengok beberapa org dari (forum) CF post kat sini disebabkan topic Comic Fiesta tu. Bukan seronok sebab ada gaduh-gaduh 😆 Tapi seronok sebab macam ada crossover yg berlaku. Ya, aku tahu ada members yg aktif kat kedua-dua forum ni (pergh dan cf) dalam masa yg sama, ada yg berat kat sana, ada yg berat kat sini, dan ada yg langsung tak pernah nak menjenguk ke sana (atau kat sini).
So saya inginlah beri cadangan untuk kita adakan satu event setahun sekali yg dua2 ahli forum2 ni boleh participate. Bayangkan something macam football friendly match… bukan nak tunjuk siapa best ye. Mungkin boleh diadakani beberapa contest (berdasarkan tema yg diberi/ditetapkan):
-Illustration
-komik 2 page
– short story
– mencipta watak
Kiranya PERGH hostkan 2 contest, CF hostkan 2 contest. Meaning kalau CF hostkan “short story” contest, siapa2 yg nak masuk tu kenalah post kat sana…. begitulah juga sebaliknya. Dan of courselah ada yg jadi judge. Dan mungkin ada hadiah (kalau ada yg nak sponsor).
So apa pendapat korang? (aku sekadar mencadang) (Kalau takbest sila gelakkan. Aku rela ditertawakan :sengih: )
ahahhahahhahahhahahhah, boleh jugak,
aku nominate adijeen jadi regulator dia
best nye ade crossover. i sokong…..
i cadangkan kita mulakan ngan captain Malaysia. harap2 CF gak menyertai la.
apa plak buat event camtu, buat comic con terus la, dan aktiviti tu sbg acara dalam comic con tu selain cosplay. amacam, ada berani ????????
cadangan yang baik…
kalau susah2 sangat nak sehaluan ngan CF, buatla pesta sendiri
dan ade baiknye kalau ade kerjasama antara CF dan PERGH
baru seimbang
i rasa pergabungan camni bagus. semua bersatu. takkan lah nak buat lagi satu fiesta. cam sekolah bestari tu… kan bagus.
so comic fiesta dah ade, so apa lagi guna lah comic fiesta. i harap taiko2 di sini, cam kromosom, madstone, mysticmind, azarimy…… gi bincang ngan comitee CF la, cam hoolijing, pea….
i rasa mereka akan dengar cadangan kita. mereka tu yg silap cakap kat topic Comic Fiesta tu tak tau ape2…
uishhhh
aku bukan taiko la bong
terlalu besar gelaran taiko tu utk aku
blom layak lagi
aku cuma ada pengalaman handle event besar je
uishhhh
aku bukan taiko la bong
terlalu besar gelaran taiko tu utk aku
blom layak lagiaku cuma ada pengalaman handle event besar je
u boleh jadi taiko ape… at least u ade banyak pengalaman mah…. so, for the sake of our comic industry, ape2 pun kita kene cuba kan.
regulator tu apa? heheheh
anyway, aku suggest kita jangan imagine program yg besar sangat, pasal kita tak cukup produk komik kat malaysia to achieve “convention” scale. tapi senang cerita camni laaa.
set date.
aku akan contact orang BSLN for the availability of the venue. kali ni kita prepare supaya event tu kita tune directly utk venue tu. kalau nak pakai venue lain, bagitau, aku boleh try tengok what kind of string i can pull. i could also get some contact kat area selangor.
on sponsorship pulak, i could a couple of groups to sponsor, depending on what we want. for example, i could get:
i. PEMADAM: let's say we go all out on kempen anti-dadah or anti-rokok through comics. can get easy sponsor one lah.
ii. majlis belia dan sukan: let's tune on sports or extreme sports on our product, we could get them to sponsor as well.
iii. gabungan pelajar melayu semenanjung/semalaysia: although diorang ni specific sikit kepada pelajar melayu, tapi diorang ada vast contact dan influence kat badan2 NGO yg lain. samagak kalau kita mintak sponsor dari education wing of MCA. they're willing to sponsor too.
banyak lagi laaa. it's a matter of nak taknak. sometimes, a theme or a specific preset goal would further enhance our event, not to be seen as a barrier.
Pasal advertizing, jng risau, dah aja KK, Gempak dll.(sorry cakap, satu kelemahan CF ialah diorang tak advertize kat media massa, advertize la kat majalah komik tempatan)
I rasa the idea is worth looking into lar… tapi, what do u have in mind? I mean, ape yg nak buat kat situ? Is it gonna be just another glorified gathering..? Or will there be more of a purpose there? If nak buat competition tu, okay jugak, tapi nak buat satu event between 2 communities tuk satu competition aje… erm, ehtahlah, tapi I ni rasa semacam aje… >3< I ni sokong idea ni tapi perlaksanaan penting… what do u guys have in mind? Kalau nak buat event just to suai-kenal, baik pergi meet buat artist jam aje, kan? XP
I don't think Adijin meant this whole thing as a gathering of two forumers only… I think Adijin meant it as a convention or an event by itself… meaning, yang datang bukannya the forumers aje, but outside people as well…
I mean, kita nak buat contest, takkan yang boleh sertai contest is just CF forumers and Perghians je? What Adijin is saying is that, kita buat event ni, and CF and Perghians work together to organize it.
I think this is a great idea, it can definitely promote comics in Malaysia.
i have no problemo with it
sapot geng!
aku follow, janji jalan!
Yg sebenar-benarnya, aku maksudkan online contest. Tapi lepas baca komen Eisu, aku rasa setuju dgn apa yg diutarakan, lagipun berapa ramai sangat la yg nak participate kalau ahli2 pergh ngan cf je yg boleh masuk contest tu
Apa2hal pun apa yg aku tulis kat first post tu sekadar idea spontan je :unsure:
jangan buat online 😮
buat betol-betol la
contest anjuran Pergh.com and ComicFiesta.com,
hadiah lantak laa janji contest jalan..
contest ? ikut adijin punye, on the spot, lagi best
di samping tu letak la kat balai seni.. masing-masing collect duit sewa SATU lagi booth untuk letak more comics made by Pergh and CF (yang nak jual or just display art for exposure cam invictus)
+ merapuu je aku…
sekadar memberi pendapat
aku rasa kalau nak tarik perhatian penggila komik sesaje tak cukup.
kita nak kalau bende ni jadi, mak bapak pun kena datang jugak.
ape yang aku nampak event ni nanti pastikan ade pertandingan utk kanak2 sama. macam pertandingan mewarna ke.. sure la ramai bebudak masuk
lagi satu nak kena ada tema gak
mcm aza ckp dlm thread CF tu le
kalau ada tema cam idop sehat ke baru agensi kesihatan nak jadi sponsor
betol apa yg ajiff ckp tu
nak kena tackle mak bapak sekali
cara nak tackle mak bapak, kena tackle anak-anak dolu
nak tackle anak-anak kena pegi seluruh sekolah kat KL n selangor ni
baru ramai org nak join peraduan tu
so, dgn tidak secara langsung mak bapak akan join sekali
of course mak bapak akan turun kasik sapot sama anak-anak dorang
sementara nak tunggu anak-anak siap mengaler tu, kasik la talk ke apa ke
talk pasal komik ke kartun ke animasi ke
buat kelas sekali laaa
alaaaa byk benda bley buat laaa
budget tu kalau kena cara, senang dpt sponsor
nak kena bijak cari jalan camne nak tarik sponsor jer
tema tu takde hal, bile-bile bole :sengih:
setuju ngan ajiff 😮
tapi kan, ari tu kat balai seni aku tengok ade geng-geng Ujang dok ajar bebudak lukis, die lukis kat papan marker board pastu bebudak start la lukis
ok ape, ramai pulak tu 😆
kene gune iklan radio + sotkabar jugak la
rasanya setakat ni benda ke komik-an ni satu badan je slalu sponser, kementerian
kesenian kebudayaan dan perlancongan. Pekartun dulu sampai sekarang (rasanya) badan ni la yang sponser, lagi satu Perpustakaan Negara. diorang ada event nominate pelukis kartun terbaik, komik strip terbaik dll…
Selain sponsership boleh buat contra, cth~ buat artwerk untuk Kino atau MPH ke
dan diorang kasik venue dan event, ataupun contra dengan syarikat media, yang
ni payah skek sebab banyak syarat dan terma.
Lagi satu sekarang ni pasal hebahan dll tidak menjadi masaalah sebenarnya,
dalam star ada section comic kaleon rahan, pastu dalam metro pon boleh selitkan
aktiviti.
Seperkara lagi adalah kerjasama dengan universiti, antara yang selalu mende2 mcm ni adalah Mascom study( jurusan berkaitan) dengan Publishing study.( jurusan berkaitan jugak )diorang akan kasik tenaga kerja ..dengan syarat jumpak fasilitator diorang dan proposed event management
comic sebagai thesis akhir tahun
Sekarang ni yang handle event komik
MCP malaysian cartoon Parade
Comic Fiesta
Gempak comic carnival
Brader Umbut ada buat Bengkel Komik
banyak lagi lah, aku malas nak open kat sini, rumit dan memerlukan minda positif untuk menerima kenyataan ni.
event management ni bukannya boleh main petik jari je,
kalau boleh maka tak wujudlah event management consultant kat dunia ni.
cekians
Salam istimewa..
Hm satu usaha pemuliharaan ya bagoss oleh Aadi…
tu la buang yang keroh ambik yang jernih….
Kat thread CF tu agak bergolak gegak-gempita nampaknya..
It's ok nak argue2 pendapat ke ape ke..
bagi aku itu sihat tapi jangan sampai berbalah-balah…
Argue la cara professional…itu lebeh orang respect sebenarnya…
Setiap orang betanggung jawab atas apa yang dikatanya…
Baru maju…
So pasal cadangan ni cemana nak start ni?
lek..
camne nak start?
aku rasa setiap individu dalam pergh ni setidak2nye ade 1 atau 2 atau lebih artwork yang terbaik utk kita present pada waktu tu. ini dah 1 kewajipan. takde barang ape bikin buat event beb, kan?
hehe… bunyi cam berangan lagi je ni.. botak mesti angin je ni..
eleh… collect artwork2 sorang2 pun payah.. 😆
:>
PERGHZINE kena buat lagi. buat lagi bagus daripada sebelum ni.
ni mistik kenala pantau sikit…
mane orang CF ni macam takdeeee je :unsure:
barang yang dah show boleh ke ?
SEBELUM:comic fiesta 2004
semasa CF 2004 kat BLSN tahun lepas (dan tahun sebelumnya). ada budak pergh yang buka gerai sebagai usaha support program CF. di situ sudah nampak crossover antara kedua-dua pihak.
KINI: Comic Fiesta 2005.
Ruang sudah ada, cuma keadaan yang perlu dibentuk. Dengar kata CF tahun ni akan diadakan di Bandar Sunway. so, apa kata kita semua memerah idea untuk mencadangkan beberapa aktiviti bersama pada CF Bandar Sunway akan datang.
Mungkin dari situ CF dan pergh akan lebih kamceng!
wah sudah banyak bagus adijin punya idea. ini yang sepatutnya berlaku perlua ada kerjasama antara CF dan pergh.com. suatu usaha yang murni. buang keruh dan ambilah yang jernih.
KINI: Comic Fiesta 2005.
Ruang sudah ada, cuma keadaan yang perlu dibentuk. Dengar kata CF tahun ni akan diadakan di Bandar Sunway. so, apa kata kita semua memerah idea untuk mencadangkan beberapa aktiviti bersama pada CF Bandar Sunway akan datang.
Mungkin dari situ CF dan pergh akan lebih kamceng!
Hehehe… interesting idea~! Nak buat aktiviti camne ni?
KINI: Comic Fiesta 2005.
Ruang sudah ada, cuma keadaan yang perlu dibentuk. Dengar kata CF tahun ni akan diadakan di Bandar Sunway. so, apa kata kita semua memerah idea untuk mencadangkan beberapa aktiviti bersama pada CF Bandar Sunway akan datang.
Mungkin dari situ CF dan pergh akan lebih kamceng!Hehehe… interesting idea~! Nak buat aktiviti camne ni?
Abaikan dulu subjek buat event bersama..
perkara utama dan pertama yang kene buat ialah :
1. Mematahkan keEGOan
2. Menwujudkan hubungan maya.
Selepas tuh baru bleh buat bebende lain..
Aku lebih suka bersikap terus terang macam nih..
Kajian :
Most of the pergh user is = Malay.
Most of the CF user = Chinese.
Pergh = absolutely true local scene support.. dan tetap minat whole around the world comics.
CF = still support local but targetly most to the Japanese related.
Ianya adalah berkaitan kecenderungan sokongan kepada pihak2 atau minat yang ada sikit berbeza.. tetapi tetap kepada ART..
This is not a racial matter.. but it's still a kind of communication matter.
Atas dasar sama2 kaki komik, lukis dan sebagainya.. jadi disitulah persamaannya.
Aku percaya.. pihak atasan CF (hoo li jing) etc, memandang topik ini sehingga pihak atasa pergh sendiri yang mulakan.. Mungkin ada sikit ego dari kedua2 belah pihak seperti mana yang aku katakan tadi.. jadi perkara utama ialah mematahkan keegoan..
Mungin benar.. mereka berbangga dengan CF yang dah anjurkan event etc.. berbanding pergh yang tak pernah nak anjur sesuatu yang besar.. tapi jangan underestimate pergh tak mampu buat.. pergh mampu buat jauh lebih besar.. (kalau tak percaya = tunggu! ) ..
Tapi abaikan bab tuh.. sebab mmg persaingan itu baik.. tapi perhubungan juga amat baik.. Nak dikirakan.. Pergh adalah senior lebih awal setahun daripada CF. mereka start since 2002 pergh pula 2001 .
Kalau nak dikirakan seniority, i would like to tell ya.. MAAO adalah jauh lebih senior.. but seem them to be underground till now.. Adijin, Jason, Eisu, AImo,hadibi (some of them..) are from MAAO.. dan seperti juga masing ada point, halatuju masing yang berbeza bagi setiap tanggapan dan pembawaan.
Perkara ini kadang2 menjadi barah dalam daging.. terlalu mementingkan PUAK atau klan masing, sehingga mengabaikan halatuju bersama. this is also some kind of ego.
Who said ego is bad? nop.. ego juga barangkali adalah prinsip..
Sejauh mana harapan kita semua pada komik malaysia? pergi international?
JAdi wajar juga difikirkan dalam2 , sudah sampai masa semua mencuba utk lebih jauh. lihat saja korea.. dah pun menyerang antarabangsa dengan RO nya.. walaupun mula lewat dari Jepun.
thanks to MAAO-ian , yang support juga pergh walaupun dari jauh.
Crossover nih mmg patut kita lakukan.. untuk mengeratkan perhubungan (yeah… persaingan masih tetap diperlukan. )
Some of crossover yang boleh kita jalankan :
ARTWORK CROSSOVER. contohnya..
10 submision artwork dari pergh utk team CF. dibalas dengan 10 artwork dari CF utk PERGH.
10 artwork dari MAAO utk pergh, dibalas 10 artwork dari pergh utk MAAO.
10 artwork dari CF utk maao, dibalas 10 artwork maao utk pergh.
Dari situ sekurang2nya kita nampak sesama kita ada coorperation!..
So!.. jika anda semua boleh mengetepikan EGO, dan menyatakan bahawa arah tuju kita semua ada satu kesefahaman dan aliran.
Jadi BUKTIKAN!..
Silalah pihak MAAO, CF, atau jika ada pihak2 yang mendabik dada lagi sebagai Non-Profit-community seperti KITA.
Silalah tinggalkan tanda tangan / mesej sokongan anda disini!
Bersamalah kita patahkan EGO yang berlebihan itu!
patriotik sungguh
terharu aku
pepehal aku berdiri blkg hang mistik
your wish is my komand
Cis! banyak cakap tak guna…mari kita jayakan..Hooreyyyyy…………………
aku tertarik ngan idea nak wat contest yang guna tema..antidadah atau apekebenda semua tuh..memang bagus!………sudah sampai masanya kita berhenti berangan-angan dan berpijak ke dunia yang nyata….kita sepatutnya mulakan kempen kita sendiri….basmi dadah habis-habisan! aku rasa kedua-dua komuniti ini sedar akan bahaya dadah yang bisa mengacam kesejahteraan diri kita,ahli keluarga kita, masyarakat kita…kalo buleh! pihak pegh dan CF buleh set up..satu benner kempen antidadah kat site masing2…pastu kita wat pertadingan poster anti dadah…..(buat poster senang sikit orang nak join)
Eh heh… nak bagitau dulu, MAAO dah disbanded, since members dah jarang jumpa, tak buat apa-apa aktiviti ke apa-apa dah lansung, so kira MAAO memang dah takde… bila kau cakap MAAO underground, yes, we are, 6-feet underground, heh heh heh.
Officially, MAAO disbanded tahun lepas selepas CF baru habis… had a farewell dinner and everything, tapi tak semua MAAO datang, cos it was so last minute…
Sekarang, member MAAO dah menjadi individu tersendiri yang berbelah tempat either CF atau Pergh atau even international forums macam EatPoo and all that…
Sorry ye, MAAO tak dapat participate.
Tu jelah nak cakap ^o^
Officially, MAAO disbanded tahun lepas selepas CF baru habis… had a farewell dinner and everything, tapi tak semua MAAO datang, cos it was so last minute…
sedih dengar
Pergh! | Lukis, Komik, Kartun, Animasi, Games Malaysia
All information and content contained in this website are provided solely for general information and reference purposes.
By browsing this web you agree to our privacy policy.
© 2001 - 2021 All Right Reserved by Vasqtech Network Malaysia