Home › Forums › Research And Developement › Penggunaan Animasi Dalam Meningkatkan Kualiti Persembahan Web Komik
.
aku syorkan topik ni dialihkan ke serius project area.
isu penyampaian komik dalam media web dah banyak dikupas dalam buku Reinventing Comics oleh Scott McCloud. might be a good reference for you, ijoi.
Sebaiknya kalo nak buat animated webcomic perlu buat splash screen utk loading scene dan material di dalam komik tu. GIF teramat2 la mengganggu kesabaran pembaca, ditambah lagi animationnya berulang2, konsentrasi pembaca mudah terganggu. Skrg ni aku rasa Flash dah menjadi satu standard kepada pengguna PC dan plg tidak “minimum requirement” bagi menghasilkan sebarang animation yang panjang dan berkualiti.
Topik sudah dipindahkan dari comic and cartoon time ke room ini.
Kau ada katakan, benda ini boleh muatkan pelbagai media, antaranya,
audio. Alang-alang buat kau buat contoh animasi, masukkan terus
effect audio.
Pasti lebih gempak dan menaik rasa minat penonton.
setuju dengan Riz.
Masalah timbul kalau audio diterapkan dalam pembikinan webcomic. Bayangkan la webcomic tu macam Sabariah Tukang Sihir yang menggunakan teknik rollover pada setiap panel. Kalau penunjuk tetikus tu berada di atas kiri ok la, tapi kalau berada di bawah kanan? Pembaca terpaksa melihat dan mendengar spoiler pada panel yang belum dibaca. Yang ni aku nampak sedikit kelemahan pada teknik rollover. Walaupun agak remeh, tapi mungkin ada sesetengah pembaca take note benda ni. Bagi aku ok je, kne control skit mouse tu. Heh.
Ada satu lagi teknik yang boleh digunakan semasa pembacaan pada setiap panel, iaitu on mouse down. Dengan cara tu boleh mengelakkan panel spoiler berlaku. Dan dengan cara ini boleh memberi laluan kepada kemasukan audio. Sedikit kelemahan mengenai cara ni; menyusahkan pembaca utk klik (contoh ada 6 panel dalam 1 mukasurat, 6 kali klik la jawabnya). Maaf aku takde contoh webcomic yang buat macam ni, kalau aku jumpa aku kasi link.
Dulu buku Reinventing Comics ada dikupas dalam majalah UrbanComic (aku rasa), masa tu mahal gile bagi aku seorang student.
sbab bortag baru tepek komik multimedia(?) flashy dia, senang kalo jadi reference or case stadi.
kalo guna kontrol dengan arrow lagi bagus kot, bila klik arrow, satu panel tu akan keluar dialog or whatever effect. aku rasa ada dah orang buat gini tapi aku x igt kat mana.
oh ye. bagi aku dan kawan2 pc low-spec lain, yang paling penting ialah loading speed dan simple function kat kontrol panel tu. just imagine hype utk bacha komik tu boleh hilang kalo tunggu loading sampai berjanggut.. no?
Masalah timbul kalau audio diterapkan dalam pembikinan webcomic. Bayangkan la webcomic tu macam Sabariah Tukang Sihir yang menggunakan teknik rollover pada setiap panel. Kalau penunjuk tetikus tu berada di atas kiri ok la, tapi kalau berada di bawah kanan? Pembaca terpaksa melihat dan mendengar spoiler pada panel yang belum dibaca. Yang ni aku nampak sedikit kelemahan pada teknik rollover. Walaupun agak remeh, tapi mungkin ada sesetengah pembaca take note benda ni. Bagi aku ok je, kne control skit mouse tu. Heh.
Ada satu lagi teknik yang boleh digunakan semasa pembacaan pada setiap panel, iaitu on mouse down. Dengan cara tu boleh mengelakkan panel spoiler berlaku. Dan dengan cara ini boleh memberi laluan kepada kemasukan audio. Sedikit kelemahan mengenai cara ni; menyusahkan pembaca utk klik (contoh ada 6 panel dalam 1 mukasurat, 6 kali klik la jawabnya). Maaf aku takde contoh webcomic yang buat macam ni, kalau aku jumpa aku kasi link.
walopun dlm thread lain, aku amik ni sbg komen indirect webcomic Sabariah.
Thnx riz, duly noted
Hehe no offense ya abe botak. Keep it up! Nanti leh menang award PEKOMIK
Aku terjumpa kat youtube, nak cari video lain, terjumpa video ini pula. Kebetulan ada topik ni kat pergh, aku share la kat sini.
Hehe no offense ya abe botak. Keep it up! Nanti leh menang award PEKOMIK
mate, nk offended amende lak? aku terima dgn hati yg terbuka.
in fact aku rasa cam terdapat ilham caner nk atasi problem ni td masa kt toilet! hehheee..
Digital Comic ni aku suka approach yg digunakan dalam Metal Gear Solid Digital Graphic Novel. Kesinambungan media yg digunakan dlm flow penceritaan stail komiknya mungkin boleh dijadikan rujukan. Klik kat link bawah tu:
jutaan terimakasih pada semua hadirin yang memberi kmentar dan pandangan,
aku lg suka style MGS compare 2 xmen..
to ijoi,
Untuk membantu kajian ini saya telah berusaha mencipta sebuah komik yang dimasukkan unsur animasi dan bagi memastikan web komik ini tetap berkonsepkan komik tradisional dan berbeza dari animasi beberapa kriteria diambil kira iaitu :-
1. pengunaan panel atau petak komik dikekalkan
2. Penggunaan belon untuk teks atau dialog di kekalkan
3. Suara , atau kesan bunyi tidak dimasukkan kerana jika ianya dimasukkan maka sudah menjadi animasi penuh
Bagi membantu kajian ini 3 jenis konsep komik telah dibangunkan untuk mencari konsep mana kah yang sesuai serta lebih mesra pengguna atau mesra mata,.
Konsep2 tersebut ialah seperti contoh dibawah:-
1. Semua panel bergerak serentak
2. Panel bergerak satu persatu. Dimana timingnya ialah 1 panel mengambil masa 5-10 saat sebelum pembaca membaca panel berikutnya.
3. Memaparkan hanya 1 panel, dan komik di paparkan babak ke babak seperti animasi lengkap
mase ko come up wif dis idea ko ade wt research x??..aku xtaw definasi komik secara akademik tp aku rase xde panel komik x brmaksd ia bukan komik..kenapa sume konsep komik animasi ko mesti ade panel??..lg satu konsep komik animasi ko sngt xde varitey compare 2 idea komik botak, x-men n MGS..n idea ke3 ko, 1 panel babak ke babak x rase cm panel pn sbb panel dlm komik bukan flat cm komik strip..adess..ape aku melalut ppgai buta nih..pepahal pn bg aku sume point of view ko dlm komik animasi ni sngt lemah..hmm..sory ah sbb aku pn xpaham sngt maksud komik animasi..klu ikut definasi ko komik mesti ade panel dan belon jer tanpa suara dan bunyi..bg aku apa yg ko cuba buat hnyalh komik interaktif bukan komik animasi..gud luck
===================
edit: nk komen lg konsep komik animasi style ko
1. Semua panel bergerak serentak
biar betik..klu stakat komik lawak antarabangsa ko tuh xpela..cuba komik liga pendekar dianimasikn cm gini mau pening org mmbacanya..ful page dgn sume panel bergerak serentak..pergh..
2. Panel bergerak satu persatu. Dimana timingnya ialah 1 panel mengambil masa 5-10 saat sebelum pembaca membaca panel berikutnya.
style cmni xde element of surprise..satu benda yg aku notice besh dlm komik botak compare 2 mgs n xmen ialah elemn ni..kita nmpk panel bwh statik tp bila rollover ttba jer brtukar..kewl
Memaparkan hanya 1 panel, dan komik di paparkan babak ke babak seperti animasi lengkap
baca komik strip boleh la cmnih tp klu komik panajang cm dewata raya, malas nk baca sbb letih sngt mngelik..
k la bye..da nk tdo..
Pada pandangan aku..interaktif bermakna ada maklum balas dari audiens iaitu bila objek /panel tersebut perlu di klik untuk dijana hingga mengeluarkan belon dialog/ menyebabkan pergerakan pd panel tersebut..sedangkan animasi pula ianya bergerak dgn sendirinya contohnya banner kat iklan atau webheader atau yg paling hampir..kat atas nu yg keluar antoo fighter tu..gif animation..audiens hanya perlu menatap tanpa perlu mengambil bahagian.. yg lagi satu konsep pula ialah navigasi dimana audies perlu klik utk ke panel seterusnya dimana komik tersebut seolah dlm bentuk penceritaan dan memerlukan audiens mengklik keatas pilihan yg dikehendaki utk contoh sila rujuk komik cipan oleh meozeq
Apa yg aku cuba lakukan ialah mencari suatu alternatif bgmn nk menganimasikan komik ttp tidak lari dr konsep komik tradisionl namun tidak menyamai animasi. ini mungkin konsep baru agaknya atau mungkin jadi konsep cacamarba tp yg aku cuba lakukan ialah mungkin satu convergence technology sptmana kamera digabungkan dgn henpon, pastu video plak pastu game konsol lak pastu tv lak org gabung ngan henfon ntah2 esok peti ais pun org gabungkan dgn henfon..
jadi kajian ini nak gabungkan animasi & komik digital .. jadi segala pandangan dlm forum ini amat aku hargai krn telah membuka minda ttg apa yg harus dilakukan utk mencari finding /kesimpulanterhadap eksperimentasi/kajian ini..kalau ada lagi komen silakan bro22 semua amat dialu-alukan.
bagi aku.. ko punya komik kat atas tuh umpama BANNER YANG BESAR dan membosankan.
dalam taarif ZAMAN SEKARANG.. pergerakan dari A ke B tidak boleh dikirakan animasi. Sebaliknya cuma 'transition' atau pergerakkan jer.
dan buat pengetahuan ko.. takde orang nak tunggu load lebih 300 – 500KB tuh semata-mata nak tgk pergerakkan dari A ke B..
daripada ko buat camtuh… lebih baik ko buat statik tapi hasil kerja tuh tip top dengan artwork yang kemas dan warna yang menarik.
So tak payah la nak kata ianya kajian ke.. kesimpulan ke.. ape ke..
bende camnih, boleh fikir atas LOGIK jer dulu.. ie..
“Logik ke nak tunggu satu gambar load dalam masa 5 minit baru habis yang ada pergerakkan dari atas ke bawah?”
– kalau aku, terus klik pangkah kat ujung browser jer.
extra guide :
Kalau anda cuma baru pandai buat animated gif, kemudian ada orang mengesyorkan flash.. anda tak perlu marah orang tidak faham.. sebaliknya tanya diri “mengapa aku tak try belajar flash?”. Why not im doing something like that?
Awak punya 1 keping animated gif ada yang cecah 1MB saiz..
flash, kalau 1MB punya size.. dah lebih 10 muka surat interactive comic with animasi ape? (all vector)
animated gif dah ujud berpuluh tahun dulu.. let say 1995..
kalau ianya bagus sangat (komik animasi) .. mengapa takde orang buat sekarang?
Sudah Tentu! Ia sucks! that's why takde orang nak teruskan bende2 nih (animated gif comic)..
another comparison.. rural area.. pakai dial up.
download speed bawah 10kbps.. bermaksud anda punya 1 keping gambar gerak2 besar tuh memakan masa hampir 100minit!!!! aku yang broadband nih pun nyampah menunggu load abis.. paham2 lah.
Maaf.. saya mungkin kedengaran kasar dan rude.
tapi saya cuma berterus terang. Harap maklum.
Err… banner antoo fighter tu Flash la bro.
Ok aku ada beberapa cadangan untuk menyenangkan pembaca dari menunggu lama, dan semesti bukan dalam bentuk GIF. Elakkan sama sekali penggunaan GIF.
1. Build up team – Ok, kalau la ko ni zero knowledge in Flash. Ko boleh kerjasama / hire orang yang specialist in Flash programmer / animator. Aku paham yang sesetengah orang mmg takleh nak bukak dah pintu otak utk terima perkara baru, malas nak belajar, biar tumpu je dengan profession yg diceburi. Cara ini juga membantu mempercepatkan proses production sepertimana yang dilakukan oleh golongan profesional sekarang ni. Contohnya bidang komik sendiri, di Jepun dan di US, diorang ada team sendiri utk membantu agar projek mereka berjalan mengikut jadual. Kalau sorang2 mati la nak kejar deadline, plus, berperang dengan mood yang selalu up and down. Nak serius shit, this'll helps.
2. Banyakkan kemudahan dari segi pembacaan! – Banyak tapi mudah, faham? Bila bercakap mengenai komik animasi / interaktif, ko kena fikir cara selain dari melayan komik. Contoh dah pun terpampang. Komik Sabariah Tukang Sihir merangkumi interaktiviti yang membolehkan pengguna melayari satu per satu panel yang ingin dibaca. Fokus tu penting.
Pernah tak korang melayari laman web marketing / MLM yang PENUH dengan animated GIF dan dynamic texts (blinking and highlighted texts)? Tujuannya hanya untuk menarik perhatian, tapi bila dah terlalu banyak, bukan ke dah mengganggu otak dan jiwa raga? Aku anti gile website mcm ni, tak reti nak promot langsung.
Cara utk melayari juga boleh disediakan, kalau boleh buat pilihan kepada pembaca, samada melalui web-based, ataupun secara off-line (muat turun). Kalo ko bekerjasama dengan programmer Flash, dia tau mcm mana nak buat. Otherwise, get yourself some tutorials. Byk gile ajaran2 dalam internet ni, dari tahap cipan sampai ke profesional. Ko je yang perlu tentukan tahap diligence ko sampai mana.
3. Kesabaran. Yang ni of kos yang paling penting masa pembikinan. Mana2 dan apa2 pun sama je. Kalo mula2 semangat gile nak buat tapi last2 kecundang jugak dek kemalasan dan hilang sabar, takde guna la kan (macam aku, wakaka).
penghalang bende ini?
1. limitasi pgunaan media eletronic…kalau handphone n provider cukup bagus baru lah bole provide medium mcm ini.
2. kepakaran, kena sendiri pandai dahulu baru bole redah bende ni.
3. kalau cerita ala kadar perlu ke smpai ada basic animation ntah paper? utamakan ceritanya dahulu…then baru proceed…
*aku setuju dgn pendapat enchik mistik on this
abistu bgmn cara tuk mengatasi mslh2 tersebut, setiap mslh pasti ada penyelesaiannya..Mslh capaian yg lmbt merupakan mslh utama so apa caranya nk mengatasi masalah ini…ada cdgn?Mungkin saiznya dikecilkan cam banner.. lagi satu ..kalau x de org bikin atau nk bikin atau x terpikir nak bikin ..kita bikinlah sendiri x kan ikut org aje..biar lah org lak ikut kita…selama ni pun kita sume ni mengikut aje .. org putih wat komik digital/web komik.. kita pun berlumba2 ikut..org jepun buat manga/anime.. kita pun tiru style dan stroke dia bulat2… aniwei ..tengkiu coz input tu lah yg aku perlu tuk buat rumusan thdp eksperimentasi & penyelidikan sewel ini…..
nak tgk webkomik malaysia yang best… ala2 gerak yang dicanangkan, bleh tgk kat http://www.cedko.com kot. Disamping tu, dulu kartunis papan ada juga buat versi komik flash. tp dah xde online pula…
pada pendapat peribadi, gerak2 dlm webkomik skdr tambhan j, yg penting isi yang best je. btw, ambil masa nk buat animasi webkomik nieh…
ermm..game Max Payne tu pun boleh kira webcomic gak kan?
ala, yg bila time rehat-rehat lepas abis tembak2 orang jahat tu hehe..
pada aku la kan, animasi pada webcomic tu wajar kalau kena tempat dan kalau orang suka. ianya bukan masalah animasi tu wajar ke tak, tapi tahap kreativiti orang yg nak guna animasi tu pada webcomic. contohnya:
Example 1
Example 2
Anyway, aku setuju ngan meo. Yang penting ialah jalan cerita buat masa ni. part gerak2 tu cuma kosmetik jer utk webcomic. Kalau fikir pasal interaktif, lebih baik customer main game macam Grim Fandango, Longest Journey or Resident Evil. Itu dah memang 100% interaktive and navigative mode.
Anyway, selamat maju jaya utk brader ijoi punya research.
aku taktahu apa-apa. cuma aku tengok orang kita buat webcomic sekerat jalan. stop…
Ko kena tgk borderline dia…Jgn sampai ko tersalah fahaman dan tercross over ke bhg citer animasi sedangkan yg ko nak wat ialah komik. Nnt hasilnya ko wat animasi pun tak jadi, wat komik pun tak jadi sbb terlalu rojak sangat.
biasanya orang buat webcomic ni untuk suka2, mengisi masa lapang ataupun eksperimentasi. Brp kerat je yang bersungguh2 nak buat sebagai mata pencarian. Apa yang aku tau la.
kalau lukis pun cincai2 tak guna gak..
aku nampak kepincangan dlm attitude/approach ko:
komik di web tidak menggunakan teknologi web sepnuhnya..
ko komplen komik web x menggunakan teknologi web spenuhnye, and yet ko nk buang elemen yg hanya (stakat ni) available kpd internet: interactivity. itu la satu aspek yg boleh dikira advantage kpd medium ni.
kat tv org x leh nk directly influence naratif sesuatu cerita, tp bagus utk moving pictures psl x de isu bandwidth.
komik lak experience dia lebih direct + simple (tp impak dia boleh jd lagi kuat di tangan org yg betul).
video game adalah an altogether different experience, so x kira sgt ah.
cuba fikir eh, kalo nk baca komik, baik baca komik betul – x yah tunggu loading, dpt pegang kertas dan buku (an aspect yg nmpk cam insignificant, tp byk contribute kpd enjoyment komik sbenarnye. cuba la banding baca komik betul vs. komik torrent)
kalo nk tengok animasi, baik tengok DVD atau TV – hambik ko fully animated, x de ulang2 dan lebih hidup kalo nk banding ngan komik yg ko cuba ketengahkan sini.
dan kalo masalahnye internetnye slow, then design your thing to address that issue! optimize your content so that it's less heavy and can be loaded quickly DESPITE the low connection speed.
contoh la kan, ko nk bina rumah kat tepi pantai. air slalu naik atau pasang/surut. so adakah ko alihkan laut atau tunggu laut tu kering? tentu skali tidak, ko design rumah ko supaya ada tiang tinggi utk mengangkat rumah tu tinggi dari aras tanah.
sama la cam kes ko ni: ko nk buat komik di mana target audience ko menggunakan capaian internet yg abysmal, maka ko design la komik ko supaya dpt load dgn cepat. ataupun gunakan loading screen (yg aku rasa .swf je bleh buat, .gif x leh) supaya org x tertunggu2. reply pertama dari mafia terhadap komik ko dh jelas menunjukkan, dia tanya: apa yg animasi nye? psl loading lama sgt, org siap bleh abeskan baca komik tu seblum apa2 bende mula begerak!
sebagai rumusan, pokoknya ko kene kenal dan paham medium yg ko nk gunakan, dan design mengikut kesesuaian dan exploit kelebihan dan kelemahan medium tersebut.
setuju bangat ngn ko botak..aku rase dia ni masih kurang jelas subjek research dia ni..
rasenya xde sape pn kata benda ni mustahil..bandwith bukanlh persoaln utama sbb yg pntng bagaimna ia dprsembahkn..dr segi format plk so far pilihan plg baik swf..senang citer dlm bentuk vektor..klu ko wt flash tp sume raster xde guna gk..aku baca post2 sblm ni pn ramai yg bg contoh web komik..dlm bentuk video pn kool gk..still lg komik..
tercipta helain kertas yg buleh memaparkan aplikasi multimedia atau kartun buleh keluar terus dan berinteraksi dgn audiens dari panel komik ibarat hologram..atau pembaca sendiri buleh masuk dlm panel komik bertepuk bertampar sekali dengan karekter kegemaran mereka..
yg ni mmg mgraut ah..kajian ko ni web komik bukan komik multimedia..setakat nk baca portable multimedia komik ade brlmbk utk psp..aku tgk perspektif ko dlm isu ni sngt sempit..neway good luck
tks bro pasal ingat kan…itulah sebenarnya yg aku cari..bukan setakat berjaya..gagal pun lagi membantu kajian..kalau tgk pd motion comic atau digital grafik novel yg macam xmen/metal solid..aku pnh buat eksperimentasi cam tu sdikit masa dulu kalau x silap hujung tahun lepas..kalau nk tgk klik kat bwh ni pastu kasilah kritikan
http://ijoikatun.blogspot.com/search/label/Animatik
namun pd pdgn mata aku ianya dah x sama cam komik tradisional psl ia dah jadi cam videolah pulak
tu yg rasa x puas hati dan aku cuba kaji jugak bgmn mengekalkan elemen komik tapi gunakan teknologi web/animasi xm tmasuk audio psl audio tu dah jadi animasi lah pulak..ish aku pun dh berbelit ni bila nk jump to conclusion /findings betul lah kata korang tersempit pemikiran ini bersama mata yg makin sempit psl x tentu tido nak menyiapkan research ni yg dah dekat dgn garismati…eniwei tengkiu sesgt psl membangkitkan kembali diri ini yg hampir terlena ..itu lah gunanya kengkawan bila tengok member hilang punca terkeluar dari track cepat2 tunjukkan jalan ..
kalau buleh nak jugak buat web komik tanpa audiens perlu susah payah download/buffering atau nk berinteraksi atau klik tetikus cuma baca je macam baca senaskah komik tradisional.hanya perlu selak muka surat je…namun ianya mungkin x mungkin psl pergerakan karakter menggangu penglihatan pembaca .& x sesuai tuk cerita2 pjg cam one shot comic ke..novel grafik ke..mungkin kalau komik strip yg 3 panel relevan agaknya..
kesukaran lain yg dihadapi
kalau buat belon keluar satu persatu ikut karakter yg bercakap tanpa perlu mengusik tetikus(kalau usik gak dah jadi interaktif) x taulak nk timing psl ada yg baca cepat ada yg baca lambat…
kalau dpt baca pun tiba2 orang panggilke atau kucing melintas depan pc ke.. dah terlepas pulak nk baca belon tersebut
dah kene tunggu second round
Coba kau cooobaaa…
pasal belon tu ko study la botak punya komik sabariah tu…err ko ade tgk ke tak komik sabariah tu?
http://www.adifitri.com/comix/sabariah_web.html
approach senang dia kalo dlm flash ko wat je benda tu jadi mcm button..bila org mouse over maka kuar la belon2 dan animasi dia.
Pergh! | Lukis, Komik, Kartun, Animasi, Games Malaysia
All information and content contained in this website are provided solely for general information and reference purposes.
By browsing this web you agree to our privacy policy.
© 2001 - 2021 All Right Reserved by Vasqtech Network Malaysia