Home › Forums › Research And Developement › Penerbitan Komik Terbaru
Assalamualaikum…
terima kasih aku dahului utk azarimy dan stingray_flyz
atas cadangan mereka, aku buka topik baru
apa-apa hal, aku mmg appreciate komen korang, mekasih…
actually, aku ni dah lama pikir pasal nak publish komik
aku lahir tahun 72, zaman tu bersepah komik kat Malaysia
mediaseni, bumisakti dan mcm-mcm lagi
pantang nampak komik kat kedai aku mmg beli
aku mmg selalu gaduh ngan mak bapak aku kalau nak beli komik
semuanya kerana minat yg mendalam pd komik
sampai skrg Allah beri aku kedudukan yg kukuh untuk berdikari untuk jalankan bisnes
mungkin darah yg mengalir dalam diri aku ini adalah darah bisnes!
agaknya kot…
tapi apa yg aku nak buat ni bukan bertujuan utk cepat kaya ke apa ke
bukan bisnes minded just utk memajukan industri komik di Malaya ni yg mmg dah lama out, nazak!
draft aku sudah siap utk publication
kertas kerja aku tengah siapkan
consultant pun ada 2,3 org
sorang yg mmg experience habis dgn publication
sorang yg mmg experience habis dgn graphic design
sorang yg mmg master dlm web design
apa-apa hal pun kalau ckp saja tak kan jalan tanpa modalkan?
modal aku akan sediakan dalam 100ribu
kalau tak dpt 100ribu, aku akan mulakan dgn 60ribu
production komik dalam 10 ribu sebulan
komik dalam 68 pages
warna may be banyak skit, aku tak nak sikit sgt…
artwork aku akan bayar bila dah terima, itu janji aku
berapa aku akan bayar utk 1 page, aku dah decide tapi biarlah dulu
please hold tight on that!
office virtual, tak der office, maya office
alamat permulaan guna rumah aku
telefon dan fax pun aku akan sediakan…
yg penting aku nak terbitkan utk 6 keluaran dahulu
kalau ok, teruskan utk 12 keluaran
majalah ni aku tak nak buat komik 100%
letih utk pembaca nak baca komik kalau non-stop
aku akan masukkan juga artikel pembacaan..
website akan disiapkan by the time dah ada modal
produk sambilan seperti t-shirt, sticker, poster, bandana akan dikeluarkan serentak
maknanya magazine itu sendiri, website dan produk
3 item besar utk teroka market
majalah ni akan tackle semua peringkat umur yg boleh membaca
kanak2, remaja dan dewasa
mungkin pelik tapi itu dia punya guideline utk buat artwork
saiz nanti aku beritahu kemudian
cerita bebas ikut imaginasi korang
dari citer bebudak sampai citer org tua
nanti aku update kemudian
aku dah ngantuk
may be org kata aku gila, tapi itulah aku madstone
Waalaikummussalam…
Bagus la kalau niat ko nak terbitkan komik nih… aku pun rindu nak tengok satu publication ala2 Fantasi dulu. Harap apa yg ko impikan ni akan berjaya.
InsyaAllah aku cuba contribute setakat apa yg aku mampu…buat masa nih, aku rasa aku cuma boleh bagi sumbangan dari segi karya je kot. InsyaAllah bila balik Malaysia nanti, aku ada masa terluang sikit..so boleh la aku concentrate utk komik yg disusun semula oleh Stingray. Apa2 pun… good luck!
giler berakal takper… aku sokong idea ko, tapi takder duit 60K tu… memang 60K adalah jumlah yang reasonable untuk bermula serius dalam dunia komik…. cuma aspek printing dan pengedaran pun ko kena pikir jugak sebab banyak jugak geng2 dulu pakai modal besar, opis best tapi end up berhutang dan tergadai komik…
plan ko nampak ok dan flexible on paper, berharap ko akan berjaya… harap berhati2 di jalanraya….
Wa'alaikumusalam kembali madstone.
Segala usaha murni ko, akan disokong oleh kawan-kawan yang menghargai komik di sini, insya allah. Seperti kata Keribang, aku tengah polish satu skrip PERKASA ALAM satu adaptasi komik PERKASA oleh Allahyarham Nik Nordin. Kalau diizinkan Allah, komik ini dilukis oleh Keribang.
Barangkali ramai lagi yang boleh memberi sumbangan, dengan adanya thread ni. Tema dan genre majalah yang ko cadangan itu amat menarik, sekurang2nya penggemar Fantasi boleh mengubat rindu. All the best., madstone.
Goodluck.
Alhamdulillah….!
Syukur kehadrat Allah…
thanx for comments, aku sangat-sangat memerlukannya!
thanx utk keribang, ubdertaker & stingray_flyz
apa yg aku tahu dan baru tahu nak buat publication ni mmg nak kena ada modal besar
kalau dulu Creative buat Fantasi, bukan sebab tak der artwork
tapi sebab budget besar
diorg pun tak larat nak tanggung kerugian banyak
dengar khabar diorg nak buat balik Fantasi
nampak gaya aku kena lawan dgn fantasi la mcm ni.
tadehal la memana pun, janji ada pesaing…
pd pendapat aku yg buat publication rugi byk sebab maintainance
bukan maintenance production tapi office punya maintainance
banyak tu kos kalau nak kira
bab elektrik saja pun dah berapa sebulan
blom air lagi tu
pas tu furniture ofis, mesti byk pakai duit
sebab tu aku nak buat virtual dulu
at least aku tak yah kluar modal nak sewa ofis dan maintenance ofis!
kat situ aku dah dpt save berapa puluh ribu…
kalau publication ok, ada sikit untung, aku bukak la opis…
tapi aku rasa lambat lagi tu…
utk promosi aku guna pakai ilmu yg aku belajar advertising
teaser nak kena ada
pastu baru launch
nak kena pakai suratkhabar
aku rasa harian metro dgn utusan ok kot
tgk memana yg murah la…
tapi…kemungkinan launching ni buat bila dah betul2 ok
bila dah diterima umum, baru la launch
bukan apa, aku takut org tak nak dtg masa launching nanti sebab tak kenal dan tak tahu apa-apa pasal magazine baru nih
so, aku rasa after 3,4 isu baru la launching kot…
at the same time, boleh promo habisan dlm isu 2 ke, isu 3 ke etc etc
korang ada idea tak, apa lagi produk yg aku boleh tambah selain t-shirt, sticker, poster dan bandana?
Cap aku tak nak la, kos mahal sgt…
t-shirt tu aku buat 3 version, t-shirt, kemeja T dan long sleeves
baru la ngam!!!
kemeja T saja dah boleh RM30 ke 40 selai
long sleeves lagi la… RM45 ke 60 inggit selai
ok la tuh…
not just magazine je, teroka lebih banyak produk
launch sekali dgn mags
baru ada chance nak meletup…
ok…let talk about size
saiz besar adalah 25.3cm (lebar) X 36 cm (tinggi)
tinggalkan ruang kosong sebyk 2cm utk atas dan bawah
dan utk sebelah kiri dan kanan, leave it 1.3 cm
kalau tak silap aku dpt la saiz panel dlm 22.7cm X 32.3 cm
betulkan aku kalau silap,k?
jenis cerita bebas
sentuh pasal isu terkini
dera, rogol, sumbang mahram, kes pembunuhan, misteri, future
purbakala, kanak-kanak, sejarah islam, sejarah purba dunia
tak kisah apa pun citer janji drawing meleleh air liur aku tgk
okla…aku lapo aaaaa
lunch kol 3
tgh layan LOTR kat HBO, fellowship
bini aku masak rendang ayam, anak aku tido
nurmajdina salma… my daughter
may be org kata aku gila, tapi inilah aku; madstone
salam
industri komik kite semakin nazak dan
aku sedar kite perlukan bnyk pengorbanan utk merevivekan semula industri ini
komik semakin disaingi oleh media elektronik seperti
computer game,vcd dan dvd
serta playstation
tapi still takkan dpt menandingi ape yg komik dapat offer
soul….
pada pendapat hamba
adakah bagus kalau first issue diprint kurang dr ape yg kite budget
sbb kalau 10k,expect at least 2k return
hamba rasa baik start ngan modal ciput dulu
dan
berikan sesuatu yg komik tak dapat bagi
seperti CD free
seprti computer game free
manusia akan sentiasa tertarik dgn freebies forever (esp. org mesia,pepaham je la)
mean while…
aku masih menanti submission utk perghzine english version aku…
guna virtual office mmg boleh jimat sedikit kos sewa ofis. satu cadangan masa nak launch majalah tu nanti usha2 le Malaysia Cartoon Parade (MCP). minta kerjasama MCP untuk mempromosi majalah tu di kawasan Lembah Kelang dan sewaktu dengannya. check out thread MCP kat forum Mags Review, News and Events.
cadangan adzakael buat permulaan, buat circulation kecil-kecilan dulu dengan sedikit cenderahati (freegifts) kira munasabah le…
apakata buat permulaan letak kat sini beberapa rough quickies yang telah ada dalam stok ko, madstone.
teruja aku dengan khabar ini…by the way..aku akan follow perkembangan ni dari masa ke semasa…
Assalamualaikum semua…
panggey aku stone je
ok, ni draft aku nak buat dalam mags tuh
kira ini info terkini yg aku dah draft
magazine ni ada 68 mukasurat
cadangan harga dlm RM3.90
pasal jumlah mukasurat ni aku blom confirm
yg dah confirm nak buat 4 mukasurat je color
cover dan back cover
blom confirm jumlah color nih…
ini draft aku utk content majalah ni
pg 2- editorial
pg 3 – cover story (pembikinan cover secara detail)
pg4-5 – surat peminat
pg 6-15 – Komik pertama (10 mukasurat, cerita bersiri). Komik ni kira anchor comic majalah ni. Kena power dari semua segi.
pg16-17 – Karya peminat (mereka yg nak cuba bakat melukis karakter ciptaan sendiri,siap dgn komen editor sekali
pg18-27 – Komik kedua (bukan cerita bersiri, 10 mukasurat)
pg28 – cadangan utk advertise produk dan cara nak order beserta dgn borang order
pg29 – Iklan
pg30-31 -2 page utk artikel pembacaan, tajuk pilihan aku Sejarah Malaya, mula dari zaman animisme sampai la skrg…(may be aku cuba assign student U)
pg32-41 – Komik ke-3, bukan bersiri dlm 10 mukasurat
pg42-43 – Cadangan ruangan ni untuk Kelab Peminat, FanClub. Kat sini aku letak 10 gambar peminat terbaru setiap keluaran. Ahli yg ke100,200,300 dan seterusnya dpt hadiah t-shirt. Setiap ahli yg mendaftar dpt car sticker free. Kelab ni penting utk calculate peminat mags nih…
pg44-45 – 2pg utk maklumat detail mcm mana nak hantar artwork. Akan keluar setiap isu. Mula dgn 2 pages, lepas tu keep it simple in one page. Page yg lebih tu letak iklan.
pg46-47 – Artikel pembacaan berkenaan dgn cerita misteri. 2 pages.
pg48-49 – 2 pages ni utk bhgn ulasan atau preview apa-apa buku atau majalah.
pg50-51 – 2 pages ni utk bhgn multimedia @ cyber. Aku cadang ulasan berkenaan website, software, komputer apa saja berkenaan cyber.
pg52-53 – Page ni aku nak highlight biodata pelukis komik kat Malaysia yg masih hidup atau yg telah mati. Title kolum ni, Made in Malaysia. 2 pages.
pg54-55 – Ulasan berkenaan automobil kat Malaysia yg telah diubahsuai. Kemungkian besar color pages. Cousin aku ada contact berkenaan majalah kereta ni. Apa tah namanya aku pun dah lupa. Tapi berkenaan kereta yg diubahsuai la. 2 pages.
pg56-65 – Komik 4. Bersiri. 10 mukasurat
pg66 – Page ni aku nak letak utk langganan. Fix page for langganan. Utk 1st issue, org kata tak payah letak sebab magazine baru keluar tapi tak salah mencuba kan? Lagipun nak set dlm kepala pembaca, page 66 ni utk langganan. Setkan dari 1st issue lagi.
pg67 – Page ni utk kata-kata hikmah atau mutiara kata utk renungan bersama. 1 page.
pg68 – Cover blkg. Aku cadang nak letak preview utk isu akan datang. Promosi.
Secara ringkasnya ada 2 komik (komik 2 dan komik 3) yg BUKAN cerita bersiri. So every month just kena sediakan at least 3 to 4 artworks utk stok. Tu kira maximum tu.
Komik 1, aku ingat nak bayar lebih skit artwork nih. Pd aku anchor comic kena dpt bayaran lebih. May be aku bayar 40 to 50 inggit satu page.
ok guys, tu la lebih kurang draft yg aku dah buat setakat ni. Blom final lagi ni. Mungkin byk tukar.
Yg penting aku takmo komik 100% nanti org jenuh nak tgk komik. Takut diorg naik boring je. Kena ada gak bahan bacaan utk maintain minta mereka. At least majalah ni takder la boring sgt.
Pasal cd free tu, aku akan fikirkan. Nak buat game ke apa ke ni nak kena assign bebudak yg betul2 reti. Aku ada kaki kat MMU. Aku cuba carik yg boleh buat game.
1st issue aku rasa nak go dgn 5,000 naskah. Tak byk nak pikir. Total produksi dlm 10,000. Maintain 5 ribu naskah dulu kot. Tgk market la mcm mana. Tapi deep in my heart aku rasa boleh jual sebab komik seumpama ni mmg tak der. Gempak pun dah masuk komik campur kartun. Boring dah!!
Persoalan aku skrg, cukup ke 4 komik setiap keluaran?
I need your comments guys! :pergh:
may be org kata aku gila, tapi inilah aku; madstone
Dah confirm…
bank ada kasik loan utk buat bisness
aku target maybank finance dgn bank islam
tapi apa-apa hal bank nak tgk paper work aaaaa
sesapa ada sample nak buat paperwork dak?
aku dah nazak nih
can't live without this big project
blood in my veins whisper to me
don't stop, go on, touch the sky
u dun know what u gonna get!
setiap detik kepala aku ligat dok pikir
sesapa ada sample paperwork
pinjam bleh?
aku nak try mintak 120 ribu terus
kalau tak dpt full, dpt separuh pun ok…
wahai keribang, ubdertaker,stingray_flyz, adzakael,invictus dan rakan-rakan sekelian
aku nak start melukih nih
kertas apa elok aaa selain bond paper?
aku jumpa simili paper
tgk kualiti ok, aku try la
ada lain paper tak?
dakwat aku tak jumpa
ingat nak pakai dakwat cina je
aku ingat nak try buat black n white dulu la
pelikan esok baru sampai
nasib baik aku tanya kedai tuh
citer futuristik modal aku
dah lama dah dok fikir idea nih
ala-ala mad max sama terminator…
aku nak bantai buat 30 ke 40 pages
cerita bersiri…
p/s: asal tak boring dgr lagu rock lama aaaa? 18 n life!!
untuk paperwork cuba ko pm Rio, dia amat mahir dalam bab ini.
La ni banyak kertas yang boleh dipilih… sambar je kertas photocopy Double A 80 – 70 gms. Better still guna A3 – A4. Kat tempat kawan tak der layout paper… yang ada kertas tracing yang nipis… besar macam kertas mahjong… kena potong ikut saiz yang hendak dilukis.
barangkali ada yang lain-lain nak tambah bagi info bab pemilihan kertas, silakan.
Pasal paper ni…
ade orang suka lukis atas kertas biasa (macam aku paling selesa guna Double A 80gsm)
Ade jugak yang pakai layout paper….
Dan, pendapat aku…artwork elokla dibuat atas A3 paper…walaupun jenuh nak render
tapi hasilnya akan membuat ko tersenyum macam kerang busuk.
*Kalau nak paper…bgtau aku ek..
emmm, bulan December ni ade ComicFiesta 2004. tapi tempat tak pasti lagi la. kat situ boleh sewa booth untuk jual ape2 kerja hasil sendiri. u boleh cuba jual kat situ, kalo sempat la….. kalo tak, tak pe gak, leh cari tempat lain.
tapi 4 komik je ke???? rasanya tak cukup la…..
angel sokong dari segi moral, duit tak de ^^
kalau buat 6 komik …setiap satu komik 6 muka surat…dah 36 muka surat.. selebih 4 mukasurat untuk showcase artwork photoshop vector tracing ..subject matter artist/penyanyi yang top ke / automobil / panorama / undersea drawing / 3d robotic drawing concept/ dsb. kawan rasa ramai artis multimedia tak akan lepas peluang ni… (cuma satu cadangan je)…
idea yg memang menarik
thanx for angel ngan stingray_flyz
kalau bulan december punya fest tu rasanya impossible la
tapi who knows kan?
mana la tahu dpt duit terpijak…
tu la masalahnya 4 komik mana cukup
nampak gayanya kena tambah mukasurat ni…
ptg tadi kat ofis, member ofis ada suggest suruh buat digital print
semua color dan kertas bermutu
dia kata boleh jimat 50% dari print biasa
ada sesiapa tahu tak pasal digital print ni?
rio? ko tahu tak?
printer tu kat nilai
so, one fine day aku nak ajak rio gi sana…
cuma siapkan the whole artwork in computer
bawak file je kat printer
misalnya buat dlm Quarkexpress.
komik semua kena scan…
convert to pdf file dan hantor kat printer
semua color boleh jimat 50%?
kawan aku yg ckp ni dia buat buletin utk Bluehyppo
semua color dlm 12 page rasanya…
ada sesapa tahu tak pasal digital print ni?
owner dia jepun…
kat Nilai
ada sesapa nak join turun Nilai tak?
Mr Stone,
Komik kau tak banyak.. tapi sekali tebal satu cerita… 10 ms.. wowww lumayan jugak…
Artikel info terlalu padat… ada ulasan keta2… wowww… mesti wak jenal windukan majalah SENSASI dia pasnie kalau majalah kau nie menjadi..
Ahaaa ada bio pelukis tempatan… emm emm…
4 ms je kaler? emmm… bertabah la eik…
Merchandise komik nie power bangat sih.. larat ke kau handle nanti? Bagoss tue mmg bagoss.. tuk promosi… tapi itu pun selepas nama engkau… komik engkau da cukup kuat.. hmmm…
Anyway… good luck… kalau ada vacancy tuk penulis artikel sound kitorang sama eik? 😆
digital print?
jimat 50% ?
ni yg aku sedikit musykil sikit…Tapi yang bab bermutu kualiti tu mungkin betul la…kalau berbanding kualiti percetakan…(tapi tengok jugak..ade yg berkualiti dari digital printing!)
Aku buat digital printing..
setau aku la…digital printing bleh ambik pun less than 1000 naskah…kalu dia ambik lebih..dia akan rugi..
And ko jugak akan rugi…
yang aku tau…digital printing lagi mahal.
*tapi tak tau la kan….harap yg lain leh bg info..
Assalamualaikum Wave Rider dan invictus…
utk Wave Rider
mmg aku akan cari penulis artikel
hope korang boleh keep in touch k?
leave your bio info, contact number kat private message k?
apa-apa hal aku keep in touch
mmg aku nak ramai penulis artikel
kalau tgk draft tu aku rasa dlm 4 ke 6 org…
well done geng!
utk invictus…
tu yg aku jugak musykil
info ni aku baru dpt ptg tadi
aku ingat nak gak survey kilang tu
tapikan one thought occured
member aku tu buat buletin tak kan 1000 copy je?
dia edar seluruh malaya tuh
tak kan print 1000 je?
nanti aku update bila aku gi survey kilang tuh…
aku ingat nak tambah pages la
cukupkan 80 pages ke
at least boleh tambah komik lagi…
kalau 68 pages pun boleh
komik tu jadikan 8 pages each dpt la lebihan 8 pages lagi utk another komik
so, dptla 5 komik…amacam?
loan bank utk bisnes diorg nak bahan gadaian
sapa nak kasik tanah yg nak dipajak utk loan?
nampak gaya susah la nak dpt loan bank
lagipun loan bank bukan bayar mcm personal loan potong gaji bayar monthly
laon bisnes ni kena bayar tak silap aku after setahun
ada duit ke tak de duit kena bayar
kalau takde duit, tergadai la bahan gadaian tu
pastu plak mana boleh bayar sikit-sikit
mesti nak kena bayar banyak-banyak terus kan?
adusssssssssssssssssssssssss
buntu aku!
layan movie jap carik idea…
aku nak position penulis artikel.
antara benda2 yg aku boleh tulis (tak semestinya bagus) ialah:
i. scifi
ii. cara menulis/melukis komik
iii. politik
iv. architecture
v. education
vi. virtual world
vii. film stuff
viii. alternative theories
ix. kisah jiwang moden.
kalau rajin, browse through some stuff that i've written dalam pergh ni. BM atau English, or campur2. either way, i tend to write better in english.
aku rasa kan…member ko ckp tu actually ialah kilang cetak.
bukan tempat digital printing…(tempat digital printing ni…pakai machine yang tak sebesar kilang cetak…paling besar pun..machine yang pakai 6 colour..akalu kilang cetak..machine dia…sampai berpuluh colour pun ade)
actually aku rasa yg dia maksudkan ialah….pencetak yang menggunakan digital machine…Satu ketika dulu…mesin pencetak fully manual…dari segi campuran warna dah sebagainya….kalau dia cetak…first 100-1000 copies tu waste aje…untuk capai tahap mixing colour yang betul ….Tapi sekarang ni…machine diorang dah digital jugak…diorang tak perlu waste banyak copies untuk mendapatkan mixing colour yg betul..just set situ set sini…sekali dua test..dah dapat dah….So, aku rasa itu la yang member ko maksudkan….Aminnn…
*kengkawan yg lain…correct me if i'm wrong…
*Aku ade tips yang diberikan oleh seorang kawan aku yg dah 15 tahun buat kerja percetakan ni…dia cakap..kalau nak save budget…Ko beli kertas sendiri….Jgn bg pencetak tu yang sediakan kertas utk ko…Kalau ko sediakan kertas sendiri….Ko akan dapat save banyakk…Kalau ko perlukan supplier utk kertas..cakap aje dgn aku…aku ade kabel..
mekasih geng ( azarimy & invictus )
4 azarimy….
chantek wehhhhhhh
kalau artikel dalam bahasa english ok gak
boleh buat segmen bahasa english
chantek gak ada artikel dlm bahasa inggeris
kalau ko nak buat artikel pasal lukis komik tu aku ok je
tapi dlm BM laaa
artikel kisah benar tapi pelik tak de ke?
4 invictus…
aku rasa aku pakai idea ko
aku mungkin beli kertas sendiri…
simili 70g berapa ko beli dpt?
artpaper plak berapa bleh dpt?
apa-apa hal nanti aku kontek ko
gimme your contact number kat private mmsg aku k?
chiow…
ok… stone! all the best… welcome to the rite place, pergh.com!
aku dah sembang panjang (ke?) ngan stone mlm tu! aku berminat nak jumpa pasal dia ada duit… tak kiralah dari mana dia rompak duit tu! bukan nak pau duit dia, cuma takut sesapa yg ada khudrat (terutamanya DUIT) nak berjuang dlm dunia komik ni boleh survive… untuk sekurang2nya satu tahun! aku dah fikir nak buat tanpa duit (modal) tapi bila fikir habis2, takkan ke mana jugak… at least kalo nak terus idea aku tu kena ada 5k… tapi dlm bank aku cuma ada 5rm je!
cuma yg aku cerita 1st realiti dunia komik & publishing ni… biar dia bebetul faham! kalo tak ada 900kpun takkan dapat apa2 pulangan kalo tak faham dgn bisnes ni! walaupun atas dasar minat, whoeverpun aku rasa at least nak boleh balik modal, kan? ubder rasanya dah lalui semua ni… dan dia 'baru' belajar! aku harap ko atau whoever lepas ni belajar dulu sebelum lalui!
aku cuma cerita kemunginan negatif je kat stone… biar dia faham risikonya! banyak contoh publisher komik yg tersungkur dan aku dah ceritakan apa masalahnya. kalo dia bebetul minat & sanggup lalui semua tu… go on, bebeh! dan nampaknya dia dah faham serta nak lalui semua tu dgn optimis… aku setakat boleh bagi support, untuk sama2 naikkan arena komik m'sia!
no individual profitpun… tapi kalo mana2 sultan nakkan list untuk title 'datuk' tu… listkanlah nama aku sama! har har harrrrrrrrrrr!!!
stone,
all the best!
thanx Rio n Keribang
tapikan Rio, kalau aku lantik ko jadi ala-ala Ketua Studio, ko nak tak?
heh heh heh heh heh
aku nampak potential ko utk jadik ketua studio yg baik
aku jadi CEO merangkap Editor
whua hahahahahahahaha
Keribang, ko buat la komik bebanyak
mana tahu komik ko boleh jadik anchor komik
nanti dpt payment lebih skit
hehehehe
alaaaaa…benda ni semua lambat lagi
kepala hotak aku dok pikir mana nak korek modal 100 riban ni?
70 riban utk first 6 issues, selebihnya utk promosi besaran!
promo dlm paper, radio dan tv
lam tv tu kat NTV7 yg ada iklan kecik2 sebelah pagi tu…
yg tu murah la dari iklan biasa…
nak buat poster, bunting, flyers utk promo sekali
aku rasakan mcm Urban Comics tu tak leh tahan bukan sebab apa
kalau diorg focus kan jugak pd promosi sure boleh naik lagi
maksud aku, kluar belanja lebih skit utk promosi
at least org tahu kita ni exist
aku pun tatau Urban Comis ni wujud
nasib baik aku intai masa nak beli Gila2 kat bini aku
tup tup dah 6 isu keluar
mana aku tau Urban Comics ni wujud!!!
Teaser tu penting
flyers kecik tapi byk kelebihannya
bunting lagi besar lagi cepat attract people
tu semua kelebihan advertisement…
blom lagi iklan dalam majalah ke, metro ke the star ke
sure boleh attract ramai org…
adoiiiiii…tak sabarnya aku nak jalankan pojek nih!
nak tunggu duit mak aku nak jual tanah tu tatau bila boleh dpt
pastu nak kena convince mak aku plak
blom tentu dpt…
adoiiiiiiiiiiiiiiii
every seconds i breathe wif this echo
modal modal modal
mana mau korek aaaa?
Tak byk yg aku boleh sumbang, just to state that im supporting the fight.
thanks madhatter
tunggu jer la…
berligat kepala aku pusing carik jalan nak korek modal
kalo nak angel leh tolong buat proof-reading… angel pernah kerje sebagai proof-reader dulu :sengih:
memilih Rio sebagai Ketua Studio adalah pilihan yang tepat. lagi pun member ni dah ada pengalaman menerbitkan Xpresi. pengetahuan pun banyak dalam banyak bidang…nak contact artist2 ke serah je kat Rio …
angel dah offer nak jadi proof reading….doakan semoga projek ini menjadi kenyataan. All the best…
Pergh! | Lukis, Komik, Kartun, Animasi, Games Malaysia
All information and content contained in this website are provided solely for general information and reference purposes.
By browsing this web you agree to our privacy policy.
© 2001 - 2021 All Right Reserved by Vasqtech Network Malaysia