Home › Forums › Tutorials, Help-mes and How-tos! › Painting On Canvas
Assalamualaikum..
aku nak tanya sket kat otai2 yg ramai kat sini.
member aku mintak tolong buat drawing atas kanvas yg nak digunakan sbg latar persembahan teater remaja..
mamat yg sepatutnya buat tu ada masalah sket so dia mintak aku tolong sbb dah terdesak..
masalahnya aku x pernah melukih atas kanvas (aku bkn budak fine art)..
dulu masa aku kejer buat backdrop dulu, semua guna plywood jek..
jd mintak tolong kat yg lebih mengetahui, apa beza melukih atas kanvas dgn atas kain biasa?..
apa jenis kaler yg aku nak suruh dia beli?.. guna berus cat yg biasa tu buleh ker?..
x nampak bodoh ke kalu aku sketch guna pensel dulu?..
tolong aaaa..
esok dah nak kena siap nih..
:unsure:
koma, bagi aku la kan…. once ko melukis.. semuanya start from sketch… tak kira la pakai pensil ker charcoal ker… same goes with canvas as medium.. beza canvas ngan kain biasa? kain biasa dia lembik but canvas material dia tebal… senang cakap kain kasut converse tu ha…. (tu pasal aku paint atas kasut, hehehehe)… lagi satu… ko kene stretch canvas tu dulu dgn stretcher…. susah sngat kalau ko tak tau… pi tempah nagn memana budak fine art… siap stretch, ko sapu ngan emulsion as a base atas canvas tu…. biar senang skit ko nak paint,…. medium warna? terpulang pada ko nka pakai apa… aku suggest guna acrylic sebab cepat kering.. kalau ko guna oil paint, bodo2 8 jam mau kering… tu bodo2 betul2 mau mkn masa lama tu..(info from kwn aku budak fine art, kalau dia tpu, maka aku tertipu ko lah)…..
berus cat bergantung pada medium… painting brush mata dia flat.. brush watercolor tip dia fine..tirus..
actually, medium warna tu apa2 pun lekat atas canvas.. watercolor jgn guna kalau boleh… guna medium yg opaque..
cuba tanya ngan takara ker, leydi ker… tu otai2 manual painting tu… aku cuma bg skit brief boleh la…
tima kaseh amy.. jasa mu ku kenang..
err, emulsion yg ko ckp tu sama ker dgn photo emulsion yg biasa org guna utk sapu kat blok silk screen utk printing t shirt tu ker?..
ada saper2 yg buleh tambah?..
aku mmg sentoll bab kaler2 nih..
emulsion tu cat color putih… mcm cat dinding yg water based tu
talking about stretch KOMA
ko nak buat painting tu besar mana?
tak silap aku kanvas ni kena stapler kat frame kayu, baru selesa nak mewarna
kalau backdrop besar bas Transnasional tatau la nak buat camne
am i right?
besar mana aku x tau lg, sbb blom pg tempat dia..
lupa lak nak tanya..
tp kalu backdrop mmg besar la..
aku blasah ajer la esok..
hehe..
ahad jgn lupa wei, futsal
izmal kata ada chikazz
wahaha
sori off topic jap
akan ku usahakan sedaya upaya..
kalau ko nak senang ko beli je canvas yang dijual…ada macam2 size…so kalau besar cam kat pentas…lebih kurang A1 4 biji kot….
emulsion tu pergi kedai hardware atau cat….tak mahal..beli jenama cikai2 je
paint;;aku suggest acrylic..tapi kalau untuk pementasan pakai Palaka lagi baik sebab banyak dan murah…cat minyak aku tak syorkan langsung..sebab painting tu aku rasa untuk pakai buang and nak cepat siap….kalau cat minyak pengalaman aku lebih seminggu baru nak kering biasa…dan kalau nak kering betul2 kering makan 2 bulan….
Pelaka, Beta or jenis (mural Paint) ok utk banner dan besar2 punya..
kalau nak jimat.. cat putih tuh jgn beli mural paint nih.. beli UNDERCOAT utk cat dinding tuh.. jimat siut..
Lukis bende besar2 nih.. kalau nak guna air.. jangan celup pakai berus.. mati ko…
ko cari Water Spray tuh.. senang nak buat toning.. huhu..
lagi 1.. ada kawan aku yang otai on canvas nih ada bg tau.. jangan cat terlalu tebal.. sebab ada kemungkinan cat ko tuh bleh 'patah' atau merekah..
kalau utk tgk jauh2 sgt takper lagi..
err ko nak buat Bground teater ke apa nih?
gud luck btw
// teringat masa kaler besor2 backdrop etc atas polyfoam dulu2
😮 bila nak kena siap ni?
Berapa budget? Apa temanya? Apa benda yg nak dilukis tu…dan saiz b/drop tu berapa…
Ker da siap?? :rolleyes:
timer kaseh kat semua..
dah 2 ari buat (sabtu ngan ahad) tp blom siap..
mlm ni nak sambung lg..
biasa la, kontraktor lesen L.. hehe..
member aku x jd guna canvas, sbb x cukup budged..
mahal ropenyer canvas ni..
kitorang blasah guna kain apa ntah, satin kot (dia ada kilat2 skit..)
saiz +- 10' x 20'.. 2 keping..
guna mural kaler yg paling murah..
dateline – mlm esok..
Khamis nak guna..
lupa nak bg tau.. kalau nak pakai kain biasa tapi ada la skit2 kasar mcm kanvas kain dia, tapi tipis, gunalah kain belacu…. boleh gak tu… hehehe ganbatte kudasai!
aku pun lupa nak cakap kat ko kanvas bapak la mahal.. hehe..
kalau aku jadi ko. senang buat atas Polyfoam.. atau polisterine cakap orang kg.
ambil yang paling nipis punya.. 1/8 inci punya kot..
tapi kalau style tirai punya backdrop.. tak sesuai la plak.
Erm.. lepas dah siap nanti.. Shot la gambo letak sini.. tak kire lawa ke tak.. Bleh? Ramai nak tgk
:> Tu la pasal aku tanya da buat ker? sbb kalu ko da beli kanvas…mampos! dah ler tak bbaloi, kalu siap pun tak kering lagi bai!
Tapi kata ler ko dpt satu kerja buat besar bagak pakai kanvas, then cuba guna langkah2 begini(aku buat trial n error);
1. Bahan2 – melawati eg Westar – student market, oil color Marie-made in China , kalu member rega 9 inggit satu tiub besar)
2. Kanvas – cari yg white, yg raw nak kena letak gesso(under coat) ambik masa lagi…yg nipis cukup, kena sukat betul, tinggi kanvas biasa 6 kaki, kalau wall tinggi lagi, kena pakai 2 piece, attachkan pakai double sided then touch-up kat sambung tu…
3. Turpentine- pakai yg kat kedai hardware…aku pi beli Rembrant…bodo!
4. Kalau painitng on site, buat frame utk strach kanvas…buat split 4 frame besar(ikut kesesuaian wall)…
5. Kalu painting kat ruma/tpt lain…gantung kanvas dulu…guna paku konkrit …strecth kan hujung kanvas pakai tape(in case dia tak nak split kanvas)
6. Brush- flat brush agak2 lebar 3 jari, 2 jari dan satu dua berus utk touch-up, painting knife sebatang dua, besar ibu jari pun da cukup…
Seblm henjut kat kanvas besar tu try buat mock-up satu yg kecik supaya dpt the whole idea ( color mixing, wet on wet etc ) seblm idea ditansfer ke kanvas besar…
Bajet saiz kata le 8'x 12'- kurang2 500, campor lagi 200 just incase silap beli , kaler tak cukup etc…so dlm 700 ok
Make sure ketuk kaw2 busuk2 4-5 ribu utk keja2 mcm ni…sbb kalau concentrate makan gek sebulan nak siapkan… :rolleyes: :sengih:
ni yg aku belasah…Mount Kinabalu, oil on canvas, 9' x 12'
..rasa nak muntah pun ader bai… :p2 silap costing lagi…..
[attachment tidak dipindahkan semasa pemindahan server]
ah choon teng..ko buat ni untuk simpanan ke?
darkiller, 9 kaki tinggi aku nak simpan kat mana 😮 ni projek last year orang tempah…
masa tengah buat …rasa nak pulang deposit balik pun ader…
Tapi sbb dia tak kisah dateline..aku kasi layan sampai siap.
agak2 kalo besar camgini ko charge braper ek?..
braper lama baru siap nih..
Alhamdulillah projek member aku tu dah selesai smalam..
semua ok..
tima kaseh kat yg menolong..
buleh tak saper2 buat tutorial basic painting pulak kat sini..
pasal material apa nak guna, cam mana nak guna, jgn buat apa etc..
buleh jugak aku belajar sikit2..
Komasutra!
Ko nak buat painting guna medium apa? cat minyak? akrilik? water color (ada perdebatan mengatakan water color is drawing, not painting) atau lain2 medium. Bukan apa, setiap medium tu mempunyai cara yg berbeza dan hasilnya jugak berbeza. so identify dulu medium apa yg selesa ko guna dan insyaAllah ada la member ko kt sini yang nak citer basic technic tu nanti.
p/s- attch la gambor yg dah siap ko lukis tu kt sini..nak gak tengok hasilnya!
huhu, otai keribang..
lama hilang..
sebenarnya aku mmg x reti pasal painting..
stakat apa yg aku blaja kat skolah sampai form 3 jek..
pernah try apply fine art kat itm tp x dpt sebab spm aku x ambek seni.. (aku kelas sains)
tulah nak mintak tunjuk ajar dr otai2 kat sini..
utk beginner mcm aku, medium apa yg patut dan sesuai utk aku?..
bg aa tunjuk ajar..
skarang ni aku tgh praktis figure drawing, tp jauh lg nak bagus rasanyer..
aku x sempat nak ambik gambar backdrop yg aku buat tu..
mlm show tu aku sebok jd ASM..
dok kat blakang stage ajerla..
Kalau aku, aku selesa ngan cat minyak walaupun sebenarnya aku bleh gak gunakan medium yg lain. Tak tau la kenapa, cat minyak jugak di hati walaupun dah tau medium ni tak berapa bagus utk kesihatan. Hehehe !
Apapun, boleh tanya spesifik sikit x? kalau nak cerita dari A-Z mmg susah! Lagipun nak terer sesuatu bidang tu bukan ambil masa yg singkat. Nasihat aku buat masa ni, cuba perbanyakkan latihan dlm drawing dulu sebab apa2 pun, asasnya bermula dari drawing. Bila dah biasa buat drawing dan proportion pun x lari, lebih mudah nak faham bila kita apply dlm painting. Masalahnya ramai antara kita nih terus nak melompat buat painting sedangkan asas garisan pun masih lagi tak betul. So pelan-pelan belajar tu… bukan senang nak senang :rolleyes:
Keribang…lama hang tak masuk eh…bleh tak ko buat kelas asas untuk fine art?tutorial kat internet dari basic A dulu…kalau boleh selitkan sekali pasal thinking…bleh?
Sori la sbb lama x masuk sini, bz sikit sejak balik dari US dulu. Sedar x sedar dah setahun aku balik Msia… biasa la awal2 start keje balik nih, banyak benda kena buat. Cuma sekarang time dah agak free sbb semua silibus aku boleh modified dr yg tahun lepas punya jek. So insyaAllah aku cuba la nak aktif balik kt sini.
Pasal kelas asas fine art tu, bukan x nak buat… cuma masa nak buat tu yg payah sikit. Btw, insyaAllah dlm tahun ni aku akan buat satu research dan hasilkan dlm bentuk dvd/cd teknik dan penghasilan catan menggunakan cat minyak. Tumpuan dlm research tu nanti lebih kepada komposisi dan warna, so aku rasa better tunggu research aku tu siap…kang boleh la korang rujuk ngan dvd tu je teknik2 asas serta pemahaman terhadap elemen dan prinsip seni.
Apapun, mungkin di sini nanti aku akan bukak thread baru berkenaan dengan elemen dan prinsip seni, just a simple tutorial apa yg perlu korang lihat sebelum memulakan sesuatu karya atau design. InsyaAllah dlm masa terdekat aku cuba terangkan bab nih… harap2 semua dapat manfaat…wassalam!
..mungkin di sini nanti aku akan bukak thread baru berkenaan dengan elemen dan prinsip seni, just a simple tutorial apa yg perlu korang lihat sebelum memulakan sesuatu karya atau design. InsyaAllah ..
:pergh: Yahuuu….!! Tak sabar nih.. :rolleyes:
wah abg keribang lama tak dengar citer semenjak dua menjak balik us lah rasanya dekat staun ade dah ghasenyer
memang dah dekat setahun pun… 24/5/2005 ni genap la setahun aku balik dr US! 😆
banyak aku nak tanya pasal painting principal nih,ahahhaha, selalunya orang merantau nih perspektif dia lain sikit dari warganegara norma. aku baru masuk deviant art koa tadik, salut ah!
Pergh! | Lukis, Komik, Kartun, Animasi, Games Malaysia
All information and content contained in this website are provided solely for general information and reference purposes.
By browsing this web you agree to our privacy policy.
© 2001 - 2021 All Right Reserved by Vasqtech Network Malaysia