Direktor: Paul Currie
Negara:Australia
Tahun:2003
http://www.oneperfectdaythefilm.com/

Filem ini mengisahkan Tommy Matisse,seorang komposer berbakat dr Melbourne yg merantau ke London meninggalkan ibunya dan adiknya Emma serta kekasihnya Alysse demi mengejar impiannya di Royal Academy of Music London. Slps dibuang dr akademi tersebut Tommy mendapat tahu Emma mati akibat overdose dadah pure kokain slps mengambilnya disebuah party.Apabila Tommy mengetahui Alysse terlibat secara langsung dgn kematian Emma,Tommy menjauhkan dirinya dari Alysse.
Sepanjang hidupnya Tommy mencari sesuatu yg baru dalam muzik,setiap bunyi yg didengarinya diteliti dan dikaji dgn penuh jiwa raga termasuklah bunyi cengkerik,air menitik,jentikan jari pada batu2 kecil dan sebagainya.Ketika Tommy ditawarkan utk menjadi komposer di New Berlin Phylharmonic,dia telahpun diperkenalkan kpd irama rave dan trance dan merasakan irama2 tersebut lebih menepati jiwanya.
Dlm masa yg sama Hector sedang mencari artis utk syarikat rakamannya.Apabila Alysse diperkenalkan kpd Hector oleh Trig,seorang drug dealer Hector terus jatuh hati kpdnya.Trig yg tlh lama mengenali Alysse turut menyintai Alysse dalam diam.
Filem ini amat menarik utk ditonton.Serius.Sbb utamanya ia berjaya memaparkan rave culture dgn begitu baik sekali.Kita boleh menjiwai setiap rentak dan irama dlm filem ini kerana ia berjaya dipadukan dgn setiap adegan.Pencarian Tommy ditonjolkan dgn berkesan sekali,spt dimana Tommy cuba mendengar bunyi keretapi dgn baring dibawahnya.
Usaha Tommy utk menjadi DJ yg hebat juga berjaya dipaparkan,bermula dikedai vinyl dimana beliau terkial2 mengendalikan 2 turntables sehingga akhirnya beliau berjaya mengadakan persembahan di rave party dgn penuh gemilang,bukan sahaja berpandukan dua deck turntable,tetapi juga dgn gabungan video serta pencahayaan konsert yg mantap.
Jikalau ingin bikin movie mengenai budaya popular,harus tonton filem ini.
berape bintang? 2 steng kot,nak lagi mintak kat jeneral 5 bintang tu.
p/s:Nasib baik tak jadi mcm SH3,kalo tak rugi 20 dollar aku.