Home › Forums › Tutorials, Help-mes and How-tos! › Nak Tanya Tentang Cut Screen
Aku nak tanya tentang cut screen. Macam mana nak buat cut screen/screen tone palsu (cut screen original yg difotostatkan)?. Aku dah cuba buat dengan meletakkan cut screen palsu fotostat tu dibelakang artwork & fotostatkan kedua-duanya secara bertindih sekali. Lepas tu, apa yg keluar ialah gambar artwork aku je. Kalau letakkan cut screen palsu tu kat hadapan artwork tu tentu akan menunjukkan result yg sama! Kena ke guna cut screen yg original & letakkannya di hadapan artwork tadi?
Sebenarnya, aku baru tengok mag Gempak lama (gambar Megaman dihadapan; isu 8*) dlm column Komik Klassroom. Kaoru yg tunjukkan teknik cara nak buat cut screen palsu & cut screen original, tapi nampaknya faham sikit2 shj!
Diharap korang tunjukkan cara nak buatnya atau sila rekemenkan web site tentang screen tone.
my email: nescafekickstart@hotmail.com
siannyer kat ko, KLIK ni Cut Screen, pastu ko buat le dari A sampai Z.
Gune komputer je laaa 😮
Scan pastu pakai Photoshop, bazirr je beli..
..kalau semangat sangat ape salahnye pakai yang original
aku rasa..
dari ko beli semua tuh.. yang memang tentu dah mahal..
tuh lum kire lagi jadi ke tak jadi buat..
sepengetahuan aku.. hari nih orang nak mula pergi ke totally digital editing.
scan artwork yanghanya garis seni (line art)..
masukkan segala screen tone wash dsbg dengan digital.. photoshop..
jimat, berkesan, dan terbukti tiada bahan buangan
pegi sini.. tgk ada artikel screen tone tuh.. tutorial..
http://www.pergh.com/artikel/
semua dah main camtuh jer..
senang kan? tak reti komputer?.. rugi tuh.. kene cepat.. maju gituu
Itu yg sedih tu… kes saya nie, dah la tak reti guna Photoshop, tak der komputer lak tu… Lagipun baru jer start kerja, mana la ada duit nak beli ker, belajar ker… walaupun hati ini meronta2 (chewah!)
(psst, kalau ada yg nak sponsor, bagus gak!
)
😆 ayark, tak tahu nak kata apa dah kalau cakap camtu
Tak apa… tapi thanks la sbb link Cut Screen tu…
(Azam Tahun Baru, nak belajar Photoshop, nak belajar Warcraft ngan CounterStrike )
kerje keras dulu kumpul duit beli komputer. kalau dah ade komputer, beli ps yg ori, kalau dah ade, beli tablet, kalau dah ade jugak, tido jela.
komputer skang murah je, mystic cite ram 128 pentium 4 skang sibu lebih je btol tak ?? mak aku kene kencing RM4000 komputer p4 ram 128..
ram 128 kalau nak gune photoshop memang takde hal 😆
cs memang bole aa
dah makin murah dah..
tapi depend on speed..
latest p4 + 256 ram dalam 1300 ++ jer..
so far ok lah for orang2 baru..
kalu advanced user tuh.. sah2 laa tak cukup dengan 1gigaram pun..
aku pun nak cari pc baru la gak nih..
dah lama takder pc duk sini.
paw pc member jer..
share ngan adik aku la.. 800 sorang.. dah ada 1.6K .. dapat dah yang power2 sket. + 19inch skrin..
nak layan 3D pehnih.. kene high end sket..
untuk maklumat dan sparepart serta harga2 PC terkini bleh pi http://www.lowyat.net
pi la jenjalan sekali sekala kat lowyat tuh dan tgk harga2 pc diorang offer..
make sure buat research abih2 dulu sebelum beli..
// jayman! : 4K tuh dapat 3 bijik pc tuh.. :pergh: hehe
Screentone ni kalau tak perlu, takyah pakai.
Tapi untuk menjawab persoalan “screentone fotostat” tu; dulu aku pernah tengok original artwork sorang artis komik ni, dia ada pakai screentone fotostat. Tapi caranya agak menakutkan.
Basically screentone tu difotostatlah. Lepas tu, artwork komik tu (mungkin difotostat terlebih dahulu), di cut out bahagian mana yg nak di screentonekan tu. Maknanya kalau kau nak screentonekan baju watak utama, kenalah potong keluar bahagian dalam baju watak utama tu. Sangat… rumit. Lepas tu tampalkan screentone tu kat belakang artwork tu. Pastu fotostat. Siap!
Tapi mmg sangat merumitkanlah especially kalau linework halus2. Dan aku rasa dah tak relevan lagi buat stail macam ni sebab pakai photoshop lagi senang.
a ah tuh adijin..
aku rasa cam enah tgk gak kat buku2 lama2 dulu.. rumit nak mati..
potong tampal.. potong tampal..
kertas pun bkan murah sangat.. lagipun takkan la nak pi kedai fotostat manjang..
carilah pc..
modenlah sket gitu..
siap potosot tuh.. print terus ke laserjet..
pehhh.. powerrr..
skang bukan cam dulu2 dah.. orang pun banyak pakai submission digital..
siap burn dalam DVD .. bkan CD dah tau.. DVD..
barangkali whoami tu teruja tengok finished products dari manga atau novel grafik Jepun, Korea dan sebahagian dari Hong Kong yang menggunakan efek Cut Screen tone. kat Kinokuniya rega dia dah RM26.00 satu piece. Kalau kena plak dengan efek yang pelbagai, rabak poket.
kalau print digital atas kertas tracing jadik ke mystic??
skang bukan cam dulu2 dah.. orang pun banyak pakai submission digital..
siap burn dalam DVD .. bkan CD dah tau.. DVD..
betullah, jika sebelum ni aku ingat akulah yang paling canggih hantar atrwor guna VCD. rupa-rupanya ada yang dah guna DVD. Dunia betul-betul pantas. nak beli DVD writer lah pulak lepas ni.
p/s: hantar artwork dengan 3 keping VCD, tak ke haru namanya tu… orang lain guna sekeping je.
aku pernah sekali try cara photostat tu.Memang btol cakap adijin…..
Lenguh tangan aku nak gunting bahagian2 kecik.
Pergh! | Lukis, Komik, Kartun, Animasi, Games Malaysia
All information and content contained in this website are provided solely for general information and reference purposes.
By browsing this web you agree to our privacy policy.
© 2001 - 2021 All Right Reserved by Vasqtech Network Malaysia