Home › Forums › Uptown @ Pergh! › Nafsu Vs Akal
Manusia adalah satu makhluk yang sukar dibuat bicara. Perkara yang sepatutnya dilihat remeh menjadi tersangat sulit untuk diuruskan. Perbincangan yang seharusnya dijalan secara langgeng menjadi perdebatan yang panas hingga tiada kata pemutus. Mengapa harus jadi begini ? Kenapa harus setiap sesuatu itu dilihat sebagai senjata untuk menikam pasangan sendiri ?
Manusia secara individu tidak diciptakan dengan kesempurnaan sepenuhnya dan kerana itulah kita dianjurkan untuk saling kenal mengenali justru membawa kepada satu pembulatan suara yang menjurus kepada perkara yang sama, mencari kebahagiaan. Saling mendukungi dan saling memahami akan kelebihan dan kekurangan diri masing masing. Bukannya menindas dan mendera baik secara fizikal mahupun mental pasangan anda.
Peraturan pertama yang harus diambil peduli oleh setiap pasangan yang mahu menikah. Menerima akan kekurangan pasangan anda dan memberikan kelebihan anda sebagai hadiah pernikahan kalian. Bukannya menidakkan kekurangan dirinya dan menyalahgunakan kelebihan diri untuk menindasnya.
Tidak semua manusia itu dilahirkan untuk menjadi sang hero yang mampu terbang ke langit yang tinggi atau sang putera raja yang punya kerajaan seluas mata memandang. Ada sesetengahnya telah ditakdirkan untuk menjadi ‘side kick’ kepada sang hero, ada yang hanya menjadi hamba sahaya penjaga kuda kepunyaan sang raja. Namun, apakah mereka ini tidak layak mendapatkan cintamu ? Dan yang paling menyedihkan, apakah kamu kira mereka ini bukan manusia yang sama darjatnya dengan kamu ?
Disisi Sang Pencipta, tiada lebih atau kurangnya dirimu dengan dirnya. Dan redha-Nya lah yang seharusnya kamu kejar, bukannya keredhaan dunia. Wang hanya dapat membeli rumah, tetapi bukan tempat tinggal. Wang hanya mampu membayar harga sebuah kereta tapi bukan keselesaan dan wang hanya sekadar dapat membeli sebuah dunia yang fana tapi bukan kebahagiaan yang hakiki.
Sayugia diucapkan jika kamu beranggapan bahawa dengan wang hidupmu akan lebih gembira. Lihat saja jutawan yang tinggal di rumah besar, mereka terpaksa membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk memastikan rumahnya tidak dimasuki perompak, kadang kala terpaksa berjaga malam apabila alarm berbunyi. Hartawan yang punya kereta mewah, harus memasang sistem keselamatan yang tak terhingga mahalnya semata mata takut keretanya dicuri. Jutawan dan hartawan ini hidup mereka seringnya diselubungi dengan ketakutan, takut dirampok, takut diculik dan macam macam lagi. Apakah kehidupan yang sebegitu yang kamu dambakan ?
Satu kebodohan yang amat nyata apabila kamu sanggup membelakangi pasanganmu hanya semata mata harta dunia yang tidak akan mungkin dapat kamu bawa ke liang lahad. Satu ketololan yang maha besar jika kamu beranggapan bahawa semua kisah cinta yang bahagia itu harus punya kekasih sang hero atau paling paling sang putera raja.
Tiada salahnya jika punya angan angan sebegitu, namun diri haruslah berpijak dibumi yang nyata. Jika kamu bukan sang heroin yang tak kalah perkasanya atau paling paling sang puteri jelita makanya mengapa harus menginginkan yang tidak setara denganmu ? Ukur bajumu di badanmu sendiri dan jangan dilihat orang, kamu ini seperti anjing yang mengejar ekornya sendiri. Melakukan sesuatu yang mustahil bisa terjadi.
Hidup bukanlah untuk mendapatkan yang terbaik dari kehidupan ini tetapi menjadikan hidup ini satu kehidupan yang terbaik. Syukuri akan segala nikmat yang dikurniakan dan cuba sedaya upaya untuk menjadikannya sebaik baik kenikmatan, seterusnya bertawakal.
Akhir sekali, jangan pernah sekali menyesal akan kesalahan lama yang membawa kepada jumud hati dan akalmu. Ambillah ia sebagai satu pengajaran, semoga langkahmu yang seterusnya lebih tersusun dan teratur. Anggaplah ia sebagai suatu mehnah untuk kamu mendukungi pasanganmu mencipta sesuatu yang ‘terbaik’ dari dirinya dan dirimu.
renungi kata kata ini
Jika kamu cintai seorang panglima itu kerana kegagahannya, satu hari nanti dia akan tua dan tidak berdaya
Jika kamu cintai seorang raja itu kerana kerajaannya, satu hari nanti kerajaannya akan jatuh dan musnah
Jika kamu cintai seorang hartawan itu kerana kekayaannya, satu hari nanti kekayaannya akan habis tidak bersisa
Jika kamu cintai seorang lelaki itu kerana dirinya seadanya dia, maka kamu akan bahagia sampai ke akhirnya
Pop! It smashed!
ko tanak buat blog ke?
Jika kamu cintai seorang lelaki itu kerana dirinya seadanya dia, maka kamu akan bahagia sampai ke akhirnya
setuju!!! :hoye:
ko tanak buat blog ke?
tulis buku je terus
ko tanak buat blog ke?
aku columnist je…
Syabas!!! Syabas!!!
Memang mendalam dan menyentuh jiwa kepada sesiapa yang menghayati penulisan ko ni Apo…
Penuh dengan metaforanya (betul ke apa aku cakap nih :unsure: ) Puistis, syahdu dan amat sesuai di tuju kepada wanita² yang terlalu memilih dia dalam hidup dia
(:pergh: ha kena kat sapa tuh???)
Anyway tahniah di atas gaya penulisan saudara Apo… semoga maju jaya didalam kehidupan anda sebagai 'Penulis' di masa akan datang, dan semoga bertambah lagi karya² agung terbitan anda….
SYABASSSS!!!!
NO SOUL..no touched..invicible… lost!
Penuh dengan gaya penulisan yang tersendiri…
Pergh! | Lukis, Komik, Kartun, Animasi, Games Malaysia
All information and content contained in this website are provided solely for general information and reference purposes.
By browsing this web you agree to our privacy policy.
© 2001 - 2021 All Right Reserved by Vasqtech Network Malaysia