Home › Forums › Movies, Musics, Anime And TV Series. › Metropolis
aku baru beli DVD Metropolis:75th Anniversary Edition.
Metropolis yg aku ingin bincangkan ini bukan anime Metropolis.Jadi peminat hardcore manga atau anime ini anda boleh jauhkan diri anda dari topik ini. Tapi kalau mahu baca juga,apa salahnya?
Metropolis diarahkan oleh Fritz Lang,berasal dr Vienna dan mencipta nama di Jerman.Filem ini dibikin dlm tahun 1926-1927.
Berlatarkan tahun 2026,Metropolis adalah sebuah bandar mega yg dibina oleh Joh Frederson,yg turut menguasai sosial,politik dan ekonomi Metropolis.Di Metropolis,berdiri megah The New Tower of Babel,pusat pemerintahan Metropolis.Disekitarnya dibina Club of the Sons,kelab eksklusif utk org2 penting Metropolis serta keluarga mereka dan Yoshiwara,kawasan hiburan Metropolis.
Dibawah Metropolis,wujud The Lower City,tempat pekerja2 Metropolis.Kota ini terletak bawah tanah,penduduknya berwajah murung akibat tekanan kerja.Mereka menguruskan M-Machine dan Heart Machine yg menjadi nadi kuasa kehidupan Metropolis.
Dibawah The Lower City,terdapat sebuah catacomb yg berusia 2000 tahun dan ditengah2nya sebuah crypt.Disini telah bermula sebuah gerakan yg mengajak kepada keamanan serta kerjasama diantara The Head dan The Hands,kerjasama antara pemerintah dan pekerja.Maria,yg menerajui gerakan ini dilihat seperti seorang santo dikalangan The Workers.
Kisah bermula di Eternal Garden di Club of the Sons,dimana Freder anak kpd Joh Frederson sedang bercanda bersama2 wanita2 disitu.Tiba2 muncul Maria bersama2 berpuluh2 anak2 The Workers sambil mengatakan “These are your brothers and sisters.”Freder,yg pertama kali bertentang mata dgn Maria teruja dgn kecantikan Maria lantas jatuh cinta dgnnya.
Freder terus menjejaki Maria dan pencariannya itu membawanya ke Lower City.Dia melihat mesin2 yg menjana kuasa utk Metropolis utk pertama kali dan berdepan dgn M-Machine~Moloch Machine.Satu letupan berlaku di M-Machine dan Freder mendapat satu visi,M-Machine adalah seekor raksasa yg menjadikan golongan hamba/pekerja sebagai makanannya.Freder,yg trauma dgn kejadian itu terus berlari mendapatkan ayahnya di The New Tower of Babel.Disitu Freder mengetahui betapa kejamnya cara pemerintahan ayahnya.Freder lantas pergi ke Lower City dan telah menukar tempat dgn seorang pekerja disitu menguruskan sebuah mesin.Joh Frederson,risau dgn keselamatan anaknya,menghantar The Thin Man utk mengintip.
Mengetahui akan gerakan Workers,Joh Frederson bertemu Rotwang,seorang ahli rekacipta.Rotwang benci akan Joh Frederson krn seorang wanita,Hel.Rotwang menyintai Hel dan masih tak dapat melupakan Hel walaupun Hel telah mati semasa melahirkan anak Joh Frederson,Freder.Rotwang tlh menunjukkan ganti kpd Hel,iaitu sebuah robot bernama Machine-Man (rupanya mmg mirip C3PO).Joh Frederson bertanyakan akan peta yg ditemuinya dlm poket the Workers.Peta itu membawa mereka ke catacomb purba dibawah Lower City.
Selepas 10 jam bekerja,Freder yg kepenatan pergi ke catacomb purba itu dimana sebuah pertemuan diadakan utk the Workers.Freder bertemu Maria sekali lagi.Maria mengajak kpd kerjasama the Head dan The Hands dan mengatakan akan kehadiran Mediator yg bakal menjadi The Heart,jambatan kpd the Head dan The Hands.
Joh Frederson,megetahui akan gerakan itu,megarahkan Rotwang utk membina Machine-Man dgn rupa Maria utk memusnahkan the Workers.Tetapi Rotwang ada rancangan lain yg bakal memusnahkan bukan shj Lower City malah keseluruhan Metropolis,Freder dan Joh Frederson.
Nak tahu keseluruhan cerita kenalah beli DVD Metropolis.
Kandungan DVD 2 Mteropolis:
-Disini diterangkan kisah pembikinan Metropolis dan sejarahnya serta gerakan seni utama di Jerman dan Eropah.
-Metropolis dipandang sebagai filem terakhir gerakan Impressionist dan filem pertama gerakan New Objectivity.
-Filem ini menelan belanja 6 juta mark,melebihi bajetnya iaitu 1 1/2 juta mark.Filem ini telah gagal dr segi kutipan pada tahun 1927.
-Eric Mendelsohn,seorang arkitek turut terlibat dlm fasa awal filem ini,dimana beliau telah bertemu Fritz Lang semasa dlm perjalanan ke New York.
-Pelbagai teknik special effect yg dibawa dari Hollywood telah diguna pakai didlm filem ini termasuk teknik mirror trick,multiple exposure dan animasi.
-Adolf Hitler meminati filem ini dan telah meminta Fritz Lang utk membikin sebuah filem propaganda Nazi Jerman serta mengetuai Bahagian Perfileman.Fritz Lang melarikan diri ke Paris dan seterusnya ke Amerika.
Filem ini telah bnyk mempengaruhi filem2 lain seperti Blade Runner,Star Wars,Judge Dredd dan Robocop.Walaupun bercerita mengenai masa hadapan,tetapi ia bukanlah sebuah karya sains fiksyen.Sebaliknya ia adalah kritikan sosial dimana materialisme menguasai segala2nya dan bagaimana materialisme yg tidak diimbangi dengan nilai2 murni akan membawa kepada kemusnahan masyarakat.
Metropolis juga banyak mengambil rujukan dari Bible,seperti kisah Tower of Babel dan The Seven Deadly Sins.Metropolis berbicara akan kemajuan yg diseimbangi dgn agama serta kesefahaman antara pemerintah dan rakyatnya.Metropolis membawa kita kepada fahaman dimana semua orang harus menikmati kemajuan dan tidak ada org yg saling tindas-menindas.
Rumusannya,tiada salahnya kita mengejar kemajuan material tetapi kemajuan itu akan membawa kpd kebinasaan jika kita meminggirkan hati dan perasaan.
actually anime metropolis is an adaptation of fritz lang punya metropolis, but it's not a remake. so kalau kita tengok dua2 movie nih, kita boleh nampak beberapa scene dalam anime metropolis yg merupakan satu tribute kepada fritz lang's film. i think metropolis is not mainstream scifi, tapi merupakan grandfather of all scifi films, where most aspiring directors/writers dalam scifi banyak follow his works.
grandpa of all sci fi movie
aku pon piki mcm tu jugak.
mmg pengaruh cerita kompeni besar sbg penguasa masyarakat ade bynk wujud dlm cerite2 sci fi.
Macam Robocop dgn OCP pemerintah Detroit serta game faveret aku Syndicate dgn Syndicate Wars,Eurocorp sbg penguasa dunia.
tp sedih gak la tgk bnyk scene2 penting dlm cerita Metropolis ni dah forever lost.Cthnye scene Joh Frederson nampak statue Hel kat rumah Rotwang.Dlm DVD ni,scene tu cume digambarkan melalui words aje.
Metropolis mase dibwk ke Amerika lagi kurang asam.Diorang ubah terus bab permusuhan Rotwang dgn Joh Frederson serta kegilaan Rotwang utk membina Hel.Diubah terus jadi macam cerita Frankenstein daa.
menakjubkan jugak la bagi aku,sebuah silent movie yg tak mengantukkan aku.Dipikir balik sbb aku dibesarkan dgn talking movie selama 20 tahun ni,tetiba tgk silent movie lak.Memula mmg rase janggal tapi lelame rase best lak.
sebenarnya aku tak tengok lagi cerita ni. cuma pernah baca screenplay dia aje heheheheh.
ala takpe
aku difahamkan nak cari cerita Metropolis ni mmg susah gile kat Mesia tercinta ni.
nanti aku pulang nanti kite bikin sesi DVD marathon sesame geng pergh.
Aku ingat lps ni nak beli The Hidden Fortress lak,pastu Nosferatu.
Suggest aku filem2 terunggul sepanjang zaman kat aku yang susah nak cari kat Mesia
insya allah aku cari dan beli kat sini.
Oh ya
kat World Movie channel
Metropolis disenaraikan sbg antara 25 Movies You Should Watch Before You Die.
the hidden fortress ada jual kat malaysia. aku tau satu kedai yg ada jual semua kurosawa punya movie kat JB heheheheh…
ako dah nengok citer ni kat KL..!
2-3 tahun dulu jugak ler.. masa tu the star ada wat listing 100 sci-fi movies ke apa..
kebetulan lak seminggu-dua pastu ada kelab kat Lrg Stonor (area blakang KLCC)
ada wat private screening..
*abis screening, xde org dah.. member ako 'kidnap' ashtray yg menarik.. 😈
25 Films You Must See Before You Die
1.Seven Samurai (Japan)
2.The Rules of the Game (France)
3.Metropolis (Germany)
4.Dersu Uzala (Japan,USSR)
5.Blowup (UK)
6.The Seventh Seal (Sweden)
7.The Battleship Potemkin (USSR)
8. 8 1/2 (Italy)
9.An Andalusian Dog (France)
10.Kes (UK)
11.Breathless (France)
12.Mon Oncle (France)
13.Raise The Red Lantern (China)
14.Modern Times (USA)
15.Women on The Verge Of Nervous Breakdown (Spain)
16.Bondu Saved From Drowning (France)
17.Solaris (USSR)
18.City of God (Brazil)
19.Breaking the Waves (Denmark)
20.Last Tango in Paris (Italy/France)
21.Nosferatu,A Symphony of Terror (Germany)
22.Umberto D (Italy)
23.Three Colours:Blue (France)
24.The Battle of Algiers (Algeria/Italy)
25.Les Enfants Du Paradis (France)
sape ade antara movie2 ni sila angkat komputer
1..2..3..4… feh, berat gak komputer aku. nasib baik aku tak ada semua.
IMHO, selain no.23, 'Red' dan 'White' pun best.
lagi satu, kalau 'Seven Samurai' ada, apsal 'Rashomon' x de? itu pun best gak if not better (again, IMHO la).
errr…baca synopsis ada skit2 persamaan dengan anime tu…..terutamanya tentang peerbezaan status golongan atasan dan golongan pekerja……dan struktur metropolis sendiri yg memisah kedua golongan ni……skit-skit ada macam kota Midgar dlm game FF7 juga……
mana ade metropolis ade skit2 mcm FF7?
FF7 yg ade sikit2 macam Metropolis laa 😆
ko tulis mcm metropolis yg dipengaruhi olh FF7 ngan anime metropolis
kan lain dah maksud tu?
haritu aku buat DVD Marathon kat umah member aku
ramai2 layan citer ni dgn seventh seal sama saw
kitorang conclude that ceriter silent movies ni
mmg excellent dlm penghasilan ekspressi
terutamanya pada wajah
aku rase utk belajar menghasilkan komik yg bagus
kena tgk silent movies bebanyak ni
Pergh! | Lukis, Komik, Kartun, Animasi, Games Malaysia
All information and content contained in this website are provided solely for general information and reference purposes.
By browsing this web you agree to our privacy policy.
© 2001 - 2021 All Right Reserved by Vasqtech Network Malaysia