Home › Forums › Uptown @ Pergh! › Mengenali Johorean
ni aku amik dari buletin myspace (kredit to: CriminalGal). Aku rasa menarik sebab aku pun Johorean.
Ni awak punyer ekk?
Nama awak saper ekk ?
Kenapa kite kaler tak cantik ekk ?
Dan macam-macam ekk lagi.
Aku teringat semasa aku sekolah dulu, aku dan member sebelah aku boring yang amat di dalam kelas, so to keep us awake, kami dok mengira berapa kali Cikgu sebut ekk. In a period of 40 minutes, dekat 100 kali! Lepas tu kami gelarkan Cikgu tu as Cikgu Fadzillah* Ekk. (*bukan nama sebenar).
2. They refer to Johor Bahru as Johor and not JB.
Kalau orang di negeri Johor sebut Johor, it meant Johor Bahru (JB), the city dan bukan Johor, the state. Biasa digunakan oleh mereka yang tinggal di luar bandar Johor Baru seperti di Masai-chusettes umpamanya.
Contoh : Beb, gua nak turun Johor laa. Lu mahu ikut gua tak?
So, if you ARE already in Johor, tak kira di daerah mana – if the locals kata nak pergi Johor, it means nak ke Johor Bahru. Jangan pulak buat lawak bongok** berkata, ” Eh, lu kan dah ada kat Johor?” Or worse, jangan memandai nak tambah ekk with that question.
3. They pronounce Muar as MUOR. (kena juih bibir sikit)
In fact you pronounce everything that ends with “AR” as “OR”.
Contoh : Aku kena pakai seluor besor untuk main bolor kat Muor besok. (Aku kena pakai seluar besar nak main bola di Muar besok).
Aku teringat Kakak tegur aku bila aku cakap macam tu. Kenapa Mama sebut besar, BESOR ? Slipper , SLIPPOR ? Aku tergelak. Aku cuma speak like that bila berjumpa dengan true blue Johorean aje.
Lapo (lapar), penampor (penampar), ulor (ular), pagor (pagar) dan lain-lain.
4. They are brash with a CRAZY sense of humour.
Honestly, I belum pernah jumpa orang Johor yang serious or square to a T. Or cannot take a joke. Walaupun pendiam atau pemalu , but their sense of humour boleh tahan gak. Almost all of them (yang aku jumpa dan kenal lah) are either loyar buruk or bigor **.
Baik di kampung mahu di Bandar. The sense of humour is unique that I find kadang-kadang orang luar (non-Johorean) agak takut with the brashness of budak-budak Johor.
(Did you see Majalah 3 the other night – see how Tunku Yem (nama manja Tunku Mahkota Johor) bercerita pasal anakanda dia Tunku Ismail? Haha.. .. that is exactly my point!)
5. Diorang ada ENDUT **.
Kalau tak pernah berendut, sure pernah ada endut or busuk-busuk pun teringin nak ada endut.
Contoh ayat :
Haa…kau dah ada endut yer ?
Kau pergi berendut kat mana ?
Orang berendut dia pun nak berendut.
6. Diorang Makan Gula Tarik, Sagun, Gula Kandy, Bobotok….
Dah lama aku tak tengok atau makan gula tarik, sagun or kandy. Ada lagi ke bebenda ni kat Johor ? Aku tak boleh nak describe dengan teliti these things cos it has been 30 years since I last tasted them.
Seperti Kak P cakap – makanan seperti botok-botok. Kalau out of Johor, botok-botok dikenali dengan nama PAIS IKAN. Jangan tanya aku how to describe the ingredients cos aku tak berapa gemar makan sebab guna banyak sangat daun ( aku tak suka makan sayur – especially ulam).
Yang aku tahu -pakai daun segala daun, termasuk daun betik dan gunakan kari ikan and balut dengan daun-daun tu dan kukus.
Aku pernah tanya my Dad dulu – kenapa buruk benor nama dia bebotok.
Then my Dad cerita :
Di zaman dulu ada seorang nenek yang tinggal seorang diri. Everyday cucu dia akan datang bawak makanan. Nenek ini suka sangat pais ikan dengan bubur so dia suruh cucu ni bawak tetiap hari. Bila cucu tu bawak makanan lain, Nenek akan tanya ” Mana Bubur Tok? “. Lama-
lama Bubur Tok jadilah Bebotok – kesan dari cakap cepat-cepat.
Itulah ceritanya. Aku kecik lagi masa my Dad cerita tu. So, kalau dia kelentong aku – maka kelentonglah cerita bebotok tu. Sekian adanya.
7. Pernah (or berangan nak) jadi Mat Rock .
Aku rasa sebab kedudukan Johor dekat dengan Singapore, sebab itulah pengaruh Barat di Malaysia masuk melalui Johor dulu. Itu teori aku lah. But kalau ikutkan sejarah Johor, Sultan yang mula-mula kawin dengan Mat Salleh pun Sultan Johor (Almarhum). So, tak heranlah
kalau kumpulan Rock kat Malaysia ini semua ada susur galur dari Johor. Amy, Zainal Abidin, Nash etc.
Boleh pakai ke teori aku ni? Jangan aku kena pancung dengan Sultan, dah ler.
Ampun Tuanku !
8. Kenduri Kawin Ada Telur Pindang
Telur pindang ialah telur ayam yang direbus dengan segala macam rempah dan dedaun untuk mendapatkan that special taste. Lepas rebus, telur akan berwarna cokelat. Both kulit dan isi. I don't like to eat telur pindang, so I cannot describe the taste. Normally orang
buat telur pindang ni for special occasion, seperti majlis perkahwinan. Zaman dulu-dulu,
you can tell the social class of the tuan rumah – normally orang kaya-kaya jer buat telur pindang ni sebab ianya rumit dan makan masa berjam-jam therefore menggunakan kos yang tinggi.
9. Tidur atas LECA** (rhyme with letak and baca, the non-baku way).
Baju simpan dalam GEROBOK **.
10. They never watch RTM sebab semua cerita dah tengok kat TV Singapore!
When I was growing up, aku cukup suka tengok TV Singapore sebab iklan dia semua dari overseas, very menarik. Besides the cerita yang terkinilah. Yang aku suka ialah iklan jeans Levi's (Let your love flow), iklan lagu Coke (I'd like to build the world a home), iklan
Kodak (Times of Your Life -Paul Anka). Paling syok ialah masa Christmas, iklan dan lagu semua best- best.
(But itu dulu, sekarang aku rasa semua rancangan sudah semasa.) Well, TV Singapore cuma dapat ditengok oleh penduduk JB dan kawasan yang sewaktu dengannya. As you go further up north (of Johor), you can see aerial TV semua setinggi pokok kelapa – semata-mata nak
dapatkan siaran from Singapore!
Apa lagi EKK?
Kamus Johor :
Bongok – bodoh
Bigor – gila-gila,
contoh :- Apek Senario tu macam budak BIGOR ekk ?
Endut – makwe/pakwe. Awek/balak. Boifren/girlfren. Boleh digunakan
tanpa mengira jantina.
Berendut – berpasangan.
Pergi berendut – dating.
Botok-botok, bebotok – sejenis makanan menggunakan ikan, ditambah memacam dedaun, letak serbuk kari (don't ask me – aku tak reti buat) dan dibalut dengan daun betik, diikat dengan sebelum dikukus. Alah, macam Pais Ikan tuh.
Leca – tilam. Normally dibuat sendiri menggunakan kekabu (orang zaman dulu-dulu semua DIY – tak ada Vono, Slumberland ).
Gerobok, Gobok – cupboard. Almari. Tak kiralah simpan kain baju ke, simpan pinggan mangkok ke.
Kalau nak tambah silakan…
Ni yg buat rasa nak balik kg ni…
org johor bukan ada ckp kat belakang dia seh seh ke?
contoh : giler seh! lambat seh!
pastu selain ending ek (e-enak) diorg selalu jugak berendingkan word dgn ek (e-emas) mcm word jugek, tadek
aku ada member budak JB Taman Perling
kalau bercakap mmg camgitu
sebijik!
err…aku pure johorean.. tapi aku tak tau pun bebotok tu ape…
pais ikan aku tau aaa…
sebenarnye perkataan 'berendut' tu budak2 muda zaman skrg dah tak pakai dah…. org2 tua je yg pakai..
johor = JB pon org tua jugak yg pakai… budak2 skrg dah sebut JB….
'ekk' tu lak ade yg guna jugak.. tapi slalu aku guna 'ehh'
errr..gula tarik wujud lagi eh?…gula candy tu ape eh?
errr…tido atas 'leca'?….leca tu ape?
pangkin aku tau aaaa…
he..he…the best part is certain part in Johor area received s'pore channel… so why bother to watch RTM yg yang tak best dan boring tu kan? lagi best channel Indon pun dapat..
hairi : seh tu budak s'pore yg slalu ckp..but since johore dkt ngan s'pore so, budak2 pon ikut je la..
contoh ayat : korang ni gerek seh!!!!
Wife aku Johorean ..kalu sebut 'pegang' pintu…Jadi 'pay'gang pintu kan…hwehweh
2. They refer to Johor Bahru as Johor and not JB.
Kalau orang di negeri Johor sebut Johor, it meant Johor Bahru (JB), the city dan bukan Johor, the state
Melaka pon sama gak…Kalu nak gi Bandar Hilir tu dorang cakap ' Aku lapau aa..Jom keluau gi Melaka!'
Agaknya korang yg duduk Bangsar nak gi KLCC musti cakap “Jom kita gi Wilayah Persekutuan!” Ye ke?
aku pun JBrian gak..hehe…tapi orang sekarang dah tak sebut Johor utk Johor Bahru..tapi JB…
bebotok memang famous….aku suka gile..tambah lagi aku suka makan ulam..
pasal sapa yg datang dari muar…sebutan 'OR' kat hujung perkataan tu macam kewajipan..
Leca?entah..tak pernah dengar
beredut still guna lagi….tapi budak sekarang kalau sebut berendut ada yang maksudkan “tut'..hehehe
gula tarik tu dah jarang ada…selalunya orang2 miskin selalu buat gula tarik tu dan jual kat sekolah agama..cam aku dulu beli gula tarik ustazah aku tolong jualkan..berapa ringgit entah…pasal tu gak ramai gigi rosak..gula terlekat kat gigi
pasal tv takyah cakap ah..tak tahu nak tgk mana..lagi-lagi kalau tambah Astro..pening kepala ko nanti..
bespren aku orang johor…hasben dia pun orang johor
kalau cakap ngan aku, dia takde la cakap slang-slang johor cam ni
tapi kalau dengar dia cakap ngan hasben dia, memang ade la bunyi2 gitu… :sengih:
lelebih lagi yang kat ujung ayat ade “ekk” tu..
yg no.1 tu pon aku ngan member aku pernah buat masa form 2. dlm 10 minit, dekat 40 kali kutt dier cakap… sebab dier bukan sebut ekk kat ujung soalan je… semua ayat dier ada ujung ekk.
memandangkan bapak aku pon org johor, so, no.3 tu selalu sangat laa dengar. Muor… benor… besor… yg paling best lg bagi aku ialah 'sokan' (sukan) ngan 'cempak' (campak), sbb aku slalu perli bapak ngan 2 perkataan ni. “Ader latihan rumah sokan laa pak….” “Cempak kunci ni, ekk, pak!”
no. 4… tak tau laa ni. tp, biler tgk bapak aku ngan geng2 sebaya dier, diorang nyer lawak sampai si anak2 yg mendengar pon takleh caya yg itu mak bapak diorang yg cakap. mungkin sbb tu lerr ade org komplen kat aku yg diorang ni tak brape suke nak bergurau ngan aku sbb gurauan aku ni main lepas jerr… genetik kott.
no.8… yumm… lama tak makan telur pindang… org kg kat sana pun dah mula pakai gula2 ganti bunga telur.
aku first terbaca post nuppy kat myspace.. belek kat sini pun ada gak… interested ngan topic nie.. aku Johorean… (nak balik kampung la rasanya, semua nuppy punya pasal).. leydi, yg sebut pegang jadi pay gang tu mmg betul pun.. aku tatau pasal apa jadi camtu.. but kalau korangnak tau, johor ni slang dia tak brapa ketara… kalau org johor cakap ngan org selangor ker kl ker, takder masalah biasanya…. jive jer aku tngok… gula tarik… mana nak cari mende nie skarang.. kalau ada jual pun bukan yg jenis nie, tapi jenis dragon beard… (mana sama)… botok2 ikan tenggiri mmg best! one more thing that make u proud to be Johorean in other place, time puasa… usually Johorean will search for food and drink that make they feel like they are in their homeland… Air Katira beb! Kalau korang jumpa pastu pi beli… org yg jual tu tau yg korang tu org johor… it happened to me.. hehehe…
this one i'm not sure, tapi aku dah practise benda nie lama.. baju melayu. aku pnggil baju melayu as a baju kurung.. dunno why.. other johorean, korang panggil baju melayu apa ek?
tv, tak yah ada astro pun takper.. siaran dia lagi best dr astro… sayangnya, since pasang astro, tak bukak dah channel 5, 8… channel 8 best, layan drama cina singapore dia.. siap kenal lagi pelakon dia… kat ntv7 mlm2 skarang nie rajin main drama s'pore. kalau pi johor, paling best korang akan nampak aerial kat tiap2 rumah… mencanak tinggi ke langit sumer. baik kat bandar, sampai la ker kampung…. siap dpt tv indon lagi.. rcti ngan sctv.
botok2 ikan tenggiri mmg best!
Aku rasa Kris dayanti dapat idea cucuk botox dari ikan ni kot?
> Pagi raya yg aku slalu jumpa selain ketupat ialah Burasak. Ni rasanya Bugis je..
> Air katira dah rasa…telur pindang pon dah rasa. :rolleyes:
> Lagi satu makcik2 Johor ni suka bahasakan diri dia 'kawan' ekk…
the article is originated from a blog. akak baca dari source lagi.. hehehe.. yang tulis ni kira pangkat makcik dah kot.. sbb dia kata benda ni based on masa dia tinggal kat johor masa tahun 70-an..
pasal aerial tinggi ni, kalau korang tingin nak tengok, paling dekat kat Tangkak la.. area JB betul mmg tak nampak senario ni.. sbb dah dekat sangat..
born in KL, half raised in JB.
there's not much difference since the 70's… mcm laparcute ckp tadi… article based on writer's life back in 70's… sebab those thing still happen until now… leydi, bab “kawan” tu mmg btol… bapak aku kalau borak ngan memana org yg diakenal @ tak kenal…. dia address diri dia as “kawan”.. kalau ikutkan bahasa nie bawak pi periksa.. mampus fail BM… emmm, aerial tinggi kat tangkak for sure la… sana kawasan terlindung ngan bukit… sebab tu kene kasi tinggi skit… hehehhe… batu pahat, my hometown pun apa kurangnya…. there's one thing special 'bout johor…. sekolah agama… tempat lain mmg ada skolah agama, tapi mmg tak sama ngan johor. each time aku bukak criter pasal skolah agama, semua org pelik sebab the system is totally different ngan skolah agama negeri lain.. kalau kat selangor.. let say, skolah agama diaorang disatukan ngan matapelajaran sekolah biasa dan stu sessi..(kalau salah tlg betulkan)… skolah agama johor plak just study ttg agama sahaja… dan system persekolahan nie di bawah Kerajaan Negeri Johor…. sapa periksa tak lulus core subject.. kene repeat balik darjah… thn depan kalau fail lagi… repeat la lagi… aku masa skolah keb. darjah 4, skolah agama darjah 3, klass mate aku skolah menengah form 5, skolah agama darjah 3… dah ruper bapak org pun…. hehehe… ikut-ikutkan, dah boleh jadi ustaz dah aku.. aku skolah sampai darjah khas…
masa aku study dulu, kalau orang johor, sure fashion diorang up-to-date punyer..
cthnya, macam jeans yang brand dia sometimes aku tak pernah dengar pun kira famous kat sana..maksudnya, aku ingat brand jeans tu brand cikaiiii je tapi ropanya kalau kat johor, memang kira brand tu la yang paling top…
maybe sebab dari s'pore kot…kot lah..
ishk..tak aci, lepas ni aku nak tulis pasal mengenali Penang-rean pulak aahh… :sengih: :sengih:
moon buat lah forum pasal penang aku kan join skali jhr dah lama aku tahu aku nak tahu jugak negeri lain lah pulak…..best ni pasal awek`s kat penang ker….
well, tho i wasnt born in JB, tp mmg cakap kat hujung2 ni kengkadang ending dengan ekk.. hehe.. true, masa dok campur dengan true johorean, confuse sekejap bila diorang kata
1) pegang as paygang (tiru bro Leydi eja)
2) kilang as kaylang and such.
one thing that can make me come back to Johor (besides my parents decision to stay there after pencen), is pisang goreng dengan kuah kicap, tabur kacang sket. pergh.. melantun2 jiwa kalau makan pisang goreng kat KL ni..
tapi, sampai skarang akak tak penah rasa telur pindang tu.. hehehe.. time akak kawin dulu pun, parents tak buat.. almaklum le.. kitorang ni johor celup.. hehehe
telur pindang sedaaaaapppppp…. :love: :love:
suke! suke!
dulu setiap kali semester break aku mesti suruh bespren aku bawak telur pindang dari kampung dia….
errkk…kesian mak dia kene masak telur pindang spesel kat aku.. :sengih:
alah telur pindang tuh biasa ajer rase dia kalu ko nak sgt rase cuba ko blik nati ko rebus telor tuh lepas msk ko makan dgn kayu manis ….ko kunyah lumat2 tau….sebiji rase dia same….
alah nati amykamen kahwin ko dtg ajer lah kat batu pahat….kalu ko dtg kat kulai lagi lah pelik org dia kay sini ade mcm2 makanan pelik same dgn org dia skali…aku dulu dok kat jbes but skrg ajer baru pindah kan sini ….kadang2 tuh pelik lah bdk kan sini social dia gilar rempet
mat rempet punyer lah byk kat sini kalu aku tgk semuanya bdk tak cukup umurtapi b`lagak mcm dah tua….. aper2 pun aku cuba utk habiskan cuti aku dgn tenang….
wow sis Moon..
orang kata kos nak buat telur pindang tu mahal laa jugak.. kiranya, tuan rumah yg kasik makan telur pindang ni stok2 berduit laa jugak.. ni, member tu, sekali bawak, sebiji ke, sedozen? hehehehe..
under_zero13, mmg banyak kali dapat peluang nak makan, just that, i'm one of ppl yg tak dapat nak telan telur pindang macam sis Moon.. hehehehe..
goreng pisang cicah kicap.. whatta… ptg2 lepas hujanplak tu terbaca post tu… adus.. I WANNA GO HOME! mana nak dpt…. but there's a place that my cousin said once, makcik jual tu org johor sebab sepupu aku mintak sambal kicap, dia bg pastu siap tanya, org johor ker?
Pak mentua aku slalu buat rojak petis…tu Johorean gak ke?
Aku pon baru kenal budaya makan goreng pisang cicah kicap tamin nih..Sedap gak!
Paling best kalu masih panas2 korang makan sambil bercakap…fuu..fuu..fuuu !! :blink:
sislapar, 10th anniversary nanti buat la sanding olok2..pastu ble letak telur pindang.hwehwehweh
Telur pindang dah slalu makan..mmm..aku nak try Telur seladang plak..tapi sebetulnya aku tingin nak makan telur ostrich !
kalau nak try botok2, telur pindang atau mee bandung muar boleh dtg restoran aku kat Bandar Baru BAngi nih.. sup kambing pun ada..
amykamen555,
serius? kat mana? kat mana? kat area kedai dekat umah parents akak, ada sorang makcik ni punya kuah kicap, mmg bley bawak dalam mimpi.. hehehe.. in fact, member2 yg sama blaja kat UTM dulu, kalau akak balik JB je, siap pesan suh bawak balik kuah kicap tu barang sepeket dua..
bro Leydi,
10th anni? jauh sangat laa plak.. kita ni nak cecah 2nd anni pun sayup lagi.. hehehe..
6. Diorang Makan Gula Tarik, Sagun, Gula Kandy, Dah lama aku tak tengok atau makan gula tarik, sagun or kandy.
Ni sama dgn Alusmitai ke? Betol ke tah ejaan dia…tapi wife aku cakap masa kecik dulu (masa tu kami lom kenal lagi)
dorang panggil gula tarik tu Alusmitai….
Sislapar, 2nd anni ok la nak re sanding..shape tak lari jauh lagi! 😆
wah wah wah….tak lame lg saye pun jadi johorean gak….boleh join the club tih tih tih!!!! 😆 😆
bila citer psl 'ek' neh, teringat aku pada member dr kedah. maybe sebab dia tak pernah campur ngan org johor agaknye. bila aku tanya dia, “kak ana, buat camni ek?”.. biasanya org akan jwb “a'a” atau sekadar mengangguk.. tapi dia tanya aku balik “ek?”
aku pelik, aku pikir dia tak faham apa yg aku tanya. so aku tanya lagi “buat camni ek?” dia still jwb “ek?”.. setelah beberapa kali camtu, baru aku realize yg dia tatau nak jawab cane.. hehe.. :sengih:
kalau nak try botok2, telur pindang atau mee bandung muar boleh dtg restoran aku kat Bandar Baru BAngi nih.. sup kambing pun ada..
bagila addr nuppy, bole la aku time2 lapar carik.
Lagi satu, steam boat kat sini = yong tau fu kat sane, yong tau fu kat sini sos kacang tu, yong tau fu kat sana sup.
Len chi kang kat sana cikong. Murtabak dia pun tak comel2 cam kat sini, murtabak singapore ke?
apa nama kedai ko nuppy… kalau aku turun bbb bley aku singgah sana.. makcik aku dok sana.. layan mee bandung muar best nie….. telur pindang yg aku paling rindu… org kawin dah tak ramai yg buat telur nie… proses dia payah… nak kene cari banyak daun.. aku pernah tlg mak aku buat dulu…..
Nuppy,
kalau ada jual pisang goreng dengan kuah kicap, dan dan jugak akak datang.. hehehehe.. adoi la.. gila mengidam betul.. mintak2 takde aral nak balik JB weekend ni.. Amiin..
Diena,
dalam maksud tu.. bila nak jadik orang Johor ni? hehehehe..
ade satu masa tu Yanniz balik Muar. bila balik sini (Bangi), dia bawakkan aku apam balik. tapi aku rase nak tergelak tgk apam balik tuh sbb tak same ngan kat kampung aku. sbb bentuk dia bulat n kecik, dalam taruk kacang merah.
memang apam balik kat johor gitu ek rupe dia?
ke si Yanniz jek yang panggil mende tu apam balik 😆 ?
walaupun aku bukan orang johor, tapi part pisang goreng cicah sambal kicap tu aku mmg jatuh chenta…. ape lagi yang sedap ek…. laksa johor (sedap sgt tapi klaka sbb pakai spagetti), tauhu yang kene goreng pastu taruk taugeh, timun, pastu letak kuah kaler hitam2 sket… aaa… sedapnyehhhh
Pergh! | Lukis, Komik, Kartun, Animasi, Games Malaysia
All information and content contained in this website are provided solely for general information and reference purposes.
By browsing this web you agree to our privacy policy.
© 2001 - 2021 All Right Reserved by Vasqtech Network Malaysia