Home › Forums › Research And Developement › Melayu Cipta Angka Kosong?
atau lagi besh aku paste semua je.. in case link tue broken esok lusa ke kan..
Melayu pencipta nombor 'kosong'?
25-10-2007 05:29:58 PM
Oleh FATHI ARIS OMAR
PETALING JAYA: 'Kosong', atau 0, bukan sebarang nombor, penemuannya merevolusikan pemikiran matematik dan sains moden. Nombor ini diperkenalkan di Eropah pada awal abad ke-13 selepas ia dikembangkan di dunia Arab-Islam pada kurun kesembilan.Tokoh matematik dunia Arab, Muhammad ibn Musa al-Khwarizmi, memperkenalnya di Iraq melalui bukunya Kitab al-Mukhtasar fi Hisab al-Jabr wal Muqabbala (tahun 837) setelah lawatannya di India, benua yang dipercayai “menemui” nombor maha penting ini pada tahun 594.
Tamadun Eropah mengambil kosong, atau zero, daripada penemuan dunia Arab, sifr (sifar). Ia dibawa oleh pemikir Itali, Fibonacci, dalam tahun 1202 melalui karya popularnya Liber Abaci. Perkataan sifar ini juga membentuk perkataan cipher dalam bahasa Inggeris yang membawa masud “tiada apa-apa”, “simbol”, “kod” atau “mesej rahsia”.
Dr Alinor: Sebelum tahun 837, ada 17 maklumat dalam tamadun Melayu berbanding tujuh maklumat dalam tamadun India yang memiliki simbol 0.
Bagaimanapun pensyarah matematik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Mohammad Alinor Abdul Kadir, mengemukakan satu hipotesis lain — penciptaan simbol 'kosong' mungkin bermula di alam Melayu selewat-lewatnya pada 580.Beliau bersandarkan hujah beberapa pengkaji, termasuk karya yang banyak dibahaskan The Universal History of Numbers (terbit 1998) oleh Georges Ifrah, terjemahan edisi Perancis Histoire Universelle des Chiffres pada 1981.
Sebelum dipopularkan al-Khwarizmi, Ifrah menyebut beberapa penemuan nombor kosong di tulisan-tulisan pada batu antaranya prasasti tembaga Sankheda di India pada 594, Trapaeng Prei di Kemboja (683), Kedukan Bukit, Sumatera (683), Kota Kapor, Sumatera (686), Dinaya, Jawa (793), Po Nagar, Vietnam (813) dan Bakul, Vietnam (829).
Dr Mohammad Alinor berkata, bukti-bukti tambahan yang beliau kumpul dan keterangan Ifrah ini bermungkinan telah lama diketahui oleh seorang penyelidik sejarah China, Joseph Needham dalam bukunya Science and Civilisation in China (1959).
“Needham menyatakan bahawa simbol '0' sebenarnya dihasilkan di bahagian timur tamadun India, iaitu bahagian yang paling hampir dengan China yang menganggap '0' sebagai tempat kosong,” katanya kepada mStar Online hari ini.
Selain itu, tambahnya, seorang ahli matematik Zakov pernah menyebut di satu seminar sejarah sains di Eropah pada 1975 bahawa “simbol 0 yang direkodkan dalam prasasti-prasasti dari kepulauan Melayu lebih tua usianya daripada yang terdapat dalam sistem angka Hindu-Muslim yang direkodkan oleh al-Khwarizmi.”
Dr Mohammad Alinor berkata, seorang profesor pelawat dalam bidang matematik di UKM, Frank J. Swetz pada 1979, pernah menyebut “etnik Batak di Sumatera memiliki sistem angka merangkumi 0 yang lebih tua usianya daripada yang terdapat dalam sistem angka Hindu-Muslim.”
Beliau berhujah lagi, sebelum al-Khwarizmi, “ada 17 maklumat dalam tamadun Melayu berbanding tujuh maklumat dalam tamadun India yang memiliki simbol 0.”
Bagaimanapun pensyarah di Fakulti Sains dan Teknologi UKM ini menyebut hipotesis Melayu menemukan nombor kosong ini masih memerlukan kajian lanjut.
“Cukupkah dua fakta umum ini membuktikan bahawa simbol 0 adalah ciptaan bangsa Melayu, atau lebih tepat ciptaan bangsa Funan/Chenla (sekarang Kemboja) atau Sriwijaya (Sumatera) atau Jawa?” katanya.
“Jika Melayu yang mencipta simbol 0, bagaimanakah hendak ditunjukkan bahawa tamadun India mengambil daripadanya? Tamadun India diketahui pernah menterjemahkan buku-buku falsafah Jawa, tapi adakah sistem angka terangkum di dalamnya?”
Dr Mohammad Alinor menyarankan beberapa hipotesis ini “amat positif untuk dikaji dengan lebih lanjut” kerana kini sudah wujud rujukan-rujukan yang boleh dimanfaatkan secara langsung, termasuk penggunaan sistem nombor berdasarkan sistem metrik atau asas persepuluhan yang lebih awal di alam Melayu berbanding Arab-Islam (abad ke-9) dan Eropah (kurun ke-19).
Menurutnya, perkataan tujuh (7) dan saribu (1000) ditemui pada batu bersurat Vo-Canh di Kemboja sekitar kurun keempat.
Bukti-bukti lain termasuklah tiga perkataan pembilangan duaratus (200), sariwu tluratus sapulu dua (1312) dan dualaksa (20,000) pada prasasti Kedukan Bukit pada tahun 683, perkataan sapuluh dua (12) dan dua laksa (20,000) di prasasti Telaga Batu (Sumatera) pada 683.
Walaupun nombor atau simbol 'kosong' lewat tercipta, manusia sudah memahami konsep 'kosong' jauh lebih awal seperti yang ditemui pada tamadun-tamadun China dan Babylon.
Tamadun Maya-Aztec di Amerika Tengah juga berjaya mencipta simbol 'kosong' yang menyerupai kulit siput. Namun mereka dipercayai tidak memindahkan pengetahuan itu kepada perabadan bangsa-bangsa lain sehingga diwarisi pada zaman moden kecuali satu hipotesis.
“Pernah dihipotesiskan di International Congress of Americanist pada 1949 bahawa wujudnya pertukaran budaya di antara Funan dengan Maya/Aztec. Tapi, adakah sistem angka sebahagian daripada yang ditukarkan?” kata Dr Mohammad Alinor.
“Tidak ada langsung bentuk simbol '0' di Asia Tenggara yang menyerupai kulit siput.”
[attachment tidak dipindahkan semasa pemindahan server]
ye ker….
tidak mustahil sebab orang melayu memang mempunyai tulisan sebelum jawi lagi ….
setahu aku..orang melayu di kawasan khususnyer nusantara…dulu kebanyakan penganut hindu budha…kebanyakan penggunaan dalam bahasa sanskrit…ker sebalum ni melayu mempunyai tamadun sendiri…
setahu aku..orang melayu di kawasan khususnyer nusantara…dulu kebanyakan penganut hindu budha…kebanyakan penggunaan dalam bahasa sanskrit…ker sebalum ni melayu mempunyai tamadun sendiri…
Aksara Rencong Alphabet
Aksara Kaganga Alphabet
Palava Alphabet
Kawi Alphabet
Jawi Alphabet
TRACING THE ORIGINS OF THE JAWI SCRIPT
The Jawi letters have been in existence in the Malay archipelago for centuries. It shares a strong bond with the Arabic script, which made its way to the Malay archipelago together with Islam, disseminated by Muslim traders and missionaries of Arab, Indian and Chinese origins in the 7th century.
Prior to the Arabic script, the Malays were using the “rencong (sharp-pointed) script” written on bamboo stems and leaves. This was followed by the “kawi” and “palava” writings, both of Indian origin.
With the coming of Islam, the Malays tried to use the palava or kawi characters to write about Islam, but both were unsuitable as they could not properly pronounce the verses of the Quran and Hadis.
“The situation prompted the Malays to experiment with Arabic characters. Hence, the Jawi script is truly the creation of the Malays even though it is based on the Arabic script,” said Dr Hashim Musa, former lecturer with Universiti Malaya's Malay Studies Academy who has written a book, “The History of the Development of the Jawi Script”.
He said the Malays eventually included several letters to conform with the Malay syllables, which are 'che', 'nge', 'pa', 'ge' and 'nye'. The letter 'vi' was later introduced in the 1990's by the Malay language custodian, Dewan Bahasa dan Pustaka.
The earliest evidence of the existence of the Jawi script was the discovery of inscriptions on a stone dated 702H (1303 AD) and according to Hashim, Sanskrit words could still be seen on the inscribed stone.
But the modern day Jawi script is due to the initiative taken to systematise the Jawi script by none other than Zainal Abidin Ahmad, the leading Malay literary figure or better known as Pendeta Za'ba, who produced the “Daftar Ejaan Melayu Jawi-Rumi” (Jawi-Roman Spelling Register), which he worked on in 1938 and only printed in 1949.
-BERNAMA-
mcm tulisan lord of the ring
terima kasih atas semua rujukan ni.
boleh aku tau apa makna Aksara Rencong, Aksara Kaganga, Palava, Kawi ni?
adakah ianya sejenis nama huruf sepertima kita tau, roman, jawi dll tu?
baguih gak hang nih hang pi situ..
rajin meresearch.. mana dapat sumber2 nih?
Kawi alphabet tuh macam tulisan jawa.. (rasanya sama kat signature adzakael) hehe
pelik tul tulisan yer..
Aku nye font tu mmg Kawi nye font
angka 0 ni mmg gile signifikan dlm pembentukan dunia moden.Dengan adanya angka 0 kita mampu membina teknologi2 yg canggih lagi hebat.
jikapun orang Melayu yg mencipta angka 0,malang sekali yang memanfaatkanya bukan dari kalangan Melayu sendiri.Tetapi itu tidak perlu menjadi sebab untuk menafikan fakta Melayu pencipta 0,kalau benar itu pernyataannya.
иаи Таворищ, соединяйтесь
Oh.. skarang dah gile bahse rusia plak dah.. hehe
Sebenarnya, aku tak rasa ini penemuan yang hebat, tambah2 plak angka KOSONG yang mmg agak sinonim dengan hehehe. Dan masih banyak keraguan gak..
Aku lebih gembira jika diorang(para pengkaji) memulakan explorasi menyelam kedalam selut 100M kat tasik cini tuh
apa ko rasa tamadun dunia merlayu kat semenanjung bermula di situ..
ko rasa kat tasik cini tuk macam satu tamadun macam atlantis yang tenggelam…atau pun dia adalah atlantis yang dikatakan….he he..
ke kat atlantis dulu orang melayu yang buat..he he he..mungkin..
tah sekarang ni tak ade berita lanjutan mengenai kajian kat tasik cini..tu..
terima kasih atas semua rujukan ni.
boleh aku tau apa makna Aksara Rencong, Aksara Kaganga, Palava, Kawi ni?
adakah ianya sejenis nama huruf sepertima kita tau, roman, jawi dll tu?
Aksara Rencong telah digunakan dalam persuratan Bahasa Melayu Purba (zaman sebelum kedatangan pedagang India ke Kepulauan Melayu).
* ‘Aksara Rencong’ ialah huruf-huruf Melayu asli yang digunakan oleh orang-orang Melayu pada zaman purba dalam sistem penulisan Bahasa Melayu Purba.
* 'Rencong' adalah perkataan Melayu yang bererti 'serong' dan ia dikenali sedemikian kerana huruf-hurufnya yang serong.
* Aksara Rencong didapati telah wujud lebih awal daripada aksara Jawa Kuno (tulisan Kawi).
* Ia juga merupakan tulisan Melayu tertua yang digunakan dalam sistem persuratan bahasa Melayu sejak abad ke-6 masihi iaitu ketika zaman kerajaan Melayu Srivijaya di Sumatera.
* Walau bagaimanapun, tulisan Rencong dipercayai telah pun digunakan sebelum abad ke-3 masihi lagi.
* Aksara ini dicipta oleh orang-orang Melayu dengan meniru bentuk-bentuk cabang, ranting, potongan kayu dan bentuk aliran sungai.
* Tulisan Melayu Purba ini telah dijumpai pada tahun 1892 pada sebatang tiang batu iaitu Batu Bersurat Kota Kapur di Kota Kapur, Bangka Barat, Sumatera, Indonesia.
* Selain Rencong, aksara Kawi dan Palava (dimana kedua-duanya dari India) juga pernah digunakan dalam persuratan Bahasa Melayu Kuno.
* Namun begitu, aksara Rencong merupakan satu-satunya tulisan yang dicipta oleh orang Melayu tanpa pengaruh dari luar Nusantara atau Alam Melayu.
* Dengan menggunakan huruf-huruf Rencong, Kawi dan Palava, orang-orang Melayu Purba dan Melayu Kuno menulisnya di atas kulit-kulit kayu, kulit binatang, daun-daun lontar, kepingan-kepingan logam dan juga pada batu-bata (termasuk batu bersurat).
Tiub buluh yang ditulis dalam aksara Rencong
Tiub buluh yang ditanggalkan ditulis dalam aksara Rencong
* Setelah penyebaran Islam di Kepulauan Melayu, orang-orang Melayu Klasik cuba untuk terus menggunakan aksara Rencong (serta Kawi dan Palava) untuk menulis tentang Islam.
* Mereka mendapati ketiga-tiganya tidak sesuai kerana tidak mampu untuk merakam bunyi perkataan-perkataan baru dari Al-Quran dan Hadis secara tepat.
* Daripada mencipta atau menambah huruf baru pada aksara Rencong, Kawi atau Palava, orang-orang Melayu Klasik telah mengambil keputusan untuk mengabaikan terus ketiga-tiga tulisan tersebut.
* Sebaliknya, orang-orang Melayu Klasik cuba bereksperimen dengan huruf-huruf Arab dalam mengeja bahasa Melayu.
* Hasilnya, lahirlah tulisan Jawi yang berasaskan huruf-huruf Arab dengan beberapa huruf tambahan dan diguna-pakai dalam sistem persuratan Bahasa Melayu Klasik.
* Walau bagaimanapun, aksara Rencong terus digunakan d Minangkabau dan Sumatera Selatan (Bangkahulu dan hulu Palembang), kekal hingga kurun ke-18 iaitu sebelum Belanda menjajah Indonesia.
Waaa sunguh menarik topik ni..bagus ko hang pc..memeg sesuai la namako..
ada info lain lagi..
maknayer…tulisan ni di gunakan oleh orang minagkabau..dan hanya di gunakan di kawasan sumatera..kat malaysia tak de ker jumpa..penggunaanyer masa dulu…
bukan orang indonesia lain.. ker..
Waaa sunguh menarik topik ni..bagus ko hang pc..memeg sesuai la namako..
ada info lain lagi..
maknayer…tulisan ni di gunakan oleh orang minagkabau..dan hanya di gunakan di kawasan sumatera..kat malaysia tak de ker jumpa..penggunaanyer masa dulu…
bukan orang indonesia lain.. ker..
Sebab dah Pupus…
Pergh! | Lukis, Komik, Kartun, Animasi, Games Malaysia
All information and content contained in this website are provided solely for general information and reference purposes.
By browsing this web you agree to our privacy policy.
© 2001 - 2021 All Right Reserved by Vasqtech Network Malaysia