Home › Forums › Writer’s Corner › March 2000
ditujukan kepada semua yang berkaitan
MARCH 2000
Bab 1
Konflik Seorang Penakut
“ Bosan, lepas ini waktu Kimia, mesti kena leter dengan Puan Benedict” Kata Aku kepada Faiz, satu-satunya rakan sekelasku yang berbangsa Melayu di situ.
“ Entah apa Kamal buat di rumah sekarang, seronoklah dia dapat sambung belajar di Sekolah Teknik, tidak payah jumpa dengan Puan Benedict” kata aku lagi.
“ Permohonan kau untuk sambung belajar di sekolah teknik tidak dapat respond lagi?” Balas Faiz kepada aku.
“ Entah la, aku berharap sangat dapat keluar dari kelas Sains Tulen ni. Harap glamer aje, tetapi satu apa pun aku tak faham, lain la kau, terrer bahasa Ingeris. Seloroh aku.
“ Kalau kau dapat tawaran itu, sanggup ke kau tinggalkan ‘Syampoo’? Umpan Faiz kepada aku. Syampoo adalah gelaran kepada budak perempuan Melayu kelas sebelah, Haslinda. Kami dan dua lagi rakan lain dari kelas sastera menggunakan nama itu sebagai kata ganti diri bagi Haslinda. Hanya kami berempat sahaja yang tahu. Azhar dari kelas sastera yang bagi nama itu selepas terbau bau rambut Haslinda yang wangi macam syampoo. Selalu juga kami berbual pasal Haslinda depan dia. Seronok bila berbual pasal perempuan cantik secara berdepan tanpa diketahui oleh mereka sendiri. Bukan setakat Haslinda, ramai lagi perempuan cantik dalam sekolah Menengah Bandar Sunway yang telah kami tukar nama mereka termasuk cikgu. Tetapi nama Puan Benedict adalah nama betul dia walaupun bunyinya macam nama cecair kimia yang sengaja kami panggil begitu. Entah kenapa Ibu bapa dia boleh terfikir mahu bagi nama Benedict pada anak dia. Kena pulak mengajar subjek Kimia.
“ Stand up everybody…. Good Morining Mrs Benedict” Jerit kami sekelas yang diketuai oleh ketua kelas kami, Prasath. Aku yang cukup takut masuk kelas Bahasa Ingeris terpaksa menghadapi perasaan yang serupa dalam kelas Kimia ini. Maklumlah satu kelas semuanya bangsa China, hanya tiga orang sahaja yang berbangsa lain. Aku, Faiz dan Prasath. Semua subjek di ajar dalam bahasa Ingeris kecuali subjek Bahasa Melayu dan Pendidikan Agama Islam. Aku yang cukup hebat dalam matapelajaran lain kecuali Bahasa Ingeris telah membuatkan aku mati kutu di situ. Aku masuk kelas sains tulen ini pun kerana bantuan matapelajaran lain yang aku skor semasa PMR lalu.
“ Today we have quiz” kata Puan Benedict. Seorang guru yang berwajah garang dan bersuara nyaring.
“ Alamak, mampus aku! Aku lansung tidak buat persediaan” Kata aku pada Faiz.
“ Alif, keep quite! Tell me about experiment we do yesterday” Sudah, Puan Benedict dah mulakan serangan. Tetapi kenapa mesti aku orang pertama jadi mangsa.
………………………………………………………..
“ Azhar, kelas sastera kau macamana? Ada masalah?” Tanya aku kepada Azhar.
“ Ok, cikgu kelas aku semuanya sporting, kenapa kau tanya? Bunyi macam orang sengsara je.” Balas Azhar yang menyedari keadaanku.
“ Mahu tak sengsara, tadi masa kelas Puan Benedict, dia seorang je yang kena berdiri atas kerusi. 2 jam pula tu” Sampuk Faiz.
“Itu la.. dulu nak kejar glamer sangat. Sekarang baru kau tahu betapa azab masuk kelas Sains tulen” Kata Kojai yang juga rakan aku dari kelas sastera.
“ Aku rasa nak tukar masuk aliran sastera la, tapi malu dengan Syampoo”
Kata aku perlahan.
“ Ha ha ha, kau ingat ‘Syampoo’ mahu ambil tahu pasal kau? Dah la kau gemuk” Gurau Azhar.
“ Kau iri hati sebenarnya. Maklumlah kelas ‘Syampoo’ bersebelahan dengan kelas aku, hari-hari aku boleh tengok dia dari tingkap kelas aku bila dia keluar masuk dari kelas dia” Balas aku.
“ Tadi Hisyamuddin kata dia akan sambung belajar di Johor” Celah Kojai.
“ Makin hari makin ramai rakan kita sambung belajar, aku masih macam ini. Hairan, keputusan aku lebih baik dari mereka, tetapi mereka pula yang dapat tawaran” keluh aku.
“ Bunyi macam orang putus asa aje, kau tidak suka berkawan dengan kami bertiga lagi ke? Balas Kojai.
“ Bukan begitu, aku Cuma mahu mengejar cita-cita aku” kata aku.
“ Kartunis? Bidang apa yang sesuai dengan kerja tu? Kau fikir sekolah asrama penuh ada kursus macam tu? Kalau kursus animasi pun, bukannya kau boleh ambil sekarang, lain la kalau kau lepasan SPM. Ujar Azhar. Aku yang agak dikenali sebagai kartunis muda di kalangan rakan aku juga setuju dengan pendapat Azhar. Sebelum ini karya kartun strip aku kerap tersiar di Majalah Gila-gila. Tambahan pula menjadi anak angkat kepada Rejabhad, kartunis tersohor ketika itu.
“ Gila, lukis kartun tu sekadar hobi aku sahaja. Cita-cita sebenar aku mahu menjadi president PBB” Seloroh aku. Dalam asyik kami berempat berbual, aku pun belok ke jalan lain kerana sudah sampai ke rumah aku. Sempat juga aku menjeling ke rumah Prasath yang terletak bersebelahan dengan rumah aku. Selalunya masa macam ini kami sering berbual hal gusti. Mana tahu kot-kot Prasath ada video gusti baru yang boleh aku pinjam. Setelah puas aku menjeling, tahulah aku Prasath masih belum pulang. Lalu aku melihat peti surat aku kalau-kalau ada surat tawaran dari sekolah asrama, tetapi mengecewakan.
“ Bosan betul! Lukis kartun lagi seronok” kata aku dalam hati. Memang itulah rutin harian aku. Melukis kartun setiap petang sebagai persiapan hujung minggu kerana setiap Sabtu aku akan ke Bangsar berjumpa Rejabhad atau panggilan mesra Pak Jab merangkap mentor aku dalam bidang kartun.
“ Hai masuk rumah masam je, sepatutnya bagi la salam” Tegur emak aku yang telah lama memerhatikan aku dari tadi.
“ Assalamualaikum… “ Balas aku.
“ Waalaikumussalam, pergi mandi. Makanan ada bawah tudung saji. Emak pergi kerja dulu” Kata emak aku, seorang ibu tunggal yang membesarkan kami 2 beradik dengan bekerja sebagai pembantu am hospital swasta di Subang. Walau aku seorang anak yatim, aku masih dapat merasa kasih sayang seorang bapa dari Rejabhad setiap hujung minggu. Kini hanya tinggal aku seorang di rumah, adik perempuan aku telah pergi ke sekolah sesi petang. Masa sunyi macam ini lah yang selalu aku gunakan untuk melukis kartun ditambah pula mendengar radio THR terutamanya selepas jam 2:30 petang hingga 5:00 petang kerana aku sangat meminati celoteh selamba ‘Din Beramboi’. Pernah juga aku ke udara bersamanya menerusi perbualan telefon, aku tidak pernah terlepas untuk merekod segala perbualan kami di udara ke dalam kaset.
…………………………………………………………………..
“ Alif, saya ada Video gusti baru untuk kamu, dalam ni ‘The Undertaker ‘
lawan ‘Mandkind’” Kata Prasath kepada aku yang baru sahaja pulang dari masjid sembahyang Isya’
“ Waa.. terima kasih, esok malam aku pulangkan. Esok tengahari aku, Faiz, Azhar dan Kojai mahu tonton bersama selepas waktu sekolah nanti.” Balas aku gembira.
“ Kamu berempat ni macam anak kembar. Tidak pernah berpisah” Kata Prasath tersengih. Jelas kelihatan giginya yang putih berseri. Dia lah yang mempengaruhi aku untuk minat gusti. Lebih-lebih lagi mempengaruhi aku untuk meminati ‘The Undertaker’. Banyak pengaruh ‘The Undertaker’ dalam hidup aku. Pernah sekali aku lewat ke sekolah gara-gara aku berjalan ikut cara watak gusti ‘The Undertaker’ yang terkenal dengan jalan perlahan yang penuh gaya. Sampai semua biodata dan kata-kata ‘The Undertaker’ aku hafal. Walau nampak terlalu negatif tetapi ianya sedikit sebanyak telah membantu aku dalam mempertingkatkan penguasaan bahasa ingeris aku yang sedia lemah.
“ Laporan experiment biologi semalam kamu sudah siapkan?” Tanya Prasath kepada aku.
“ Belum, elehh.. esok mana ada waktu biologi, relaks la..” jawab aku.
“ Cikgu suruh saya kutip laporan kamu semua esok pagi la, bukankah cikgu sudah pesan siang tadi” Balas Prasath yang cukup membunuh suasana gembira aku tadi.
“ Yeke? Kenapa dia tidak kutip minggu depan sahaja, kan senang macam itu” Kata aku untuk sedapkan hati. Manalah tahu kalau-kalau pendapat aku dapat sokongan Prasath, boleh juga dia minta pada cikgu untuk tangguhkan penghantaran laporan esok.
“ Tidak boleh, minggu depan cikgu mahu buat ujian” Balas Prasath yang lebih memburukkan keadaan. Lain yang diharap, lain pula yang dapat. Keadaan aku yang terumbang ambing sejak 3 bulan pertama tahun ni cukup membuatkan aku parah! Kalau dibiarkan, mungkin SPM aku akan hancur teruk tahun depan. Aku hanya mengharapkan akan dapat menerima tawaran dari mana-mana sekolah asrama untuk menyelamatkan aku dari ‘neraka’ ini.
………………………………………………………………………
“ Hai, monyok aje muka, kena berdiri dalam kelas lagi ke?” Tanya Azhar yang cuba memulakan suasana kecoh.
“ Kalau hari-hari kau buat muka macam ini, cukup tahun muka kau tak ubah macam asam kecut” Tambah Kojai mengusik.
“ Relaks la, sejak akhir-akhir ini, kau makin tidak ceria seperti dahulu, tidak macho la macam ni. Kata mahu mengorat ‘Syampoo’. Kata Faiz
“ Kamu semua tahu, makin lama aku di sini, makin sengsara aku dibuatnya. Malam tadi aku tidur pukul 2 pagi semata-mata mahu siapkan laporan biologi, haru betul” rungut aku.
“ Eh, kau kata Prasath ada bagi video gusti baru, boleh la kita berempat tonton di rumah kau” Kata Azhar yang cuba mengubah suasana.
“ Hah, aku hampir lupa. Kali ini kamu semua akan hampa kerana ‘Mandkind’ kalah teruk dengan ‘The Undertaker’.” Kata aku.
“ Bila masa kau tengok? Kau kata malam tadi kau sibuk siapkan laporan biologi” tanya Faiz kehairanan yang pastinya cuba mengorek rahsia. Aku hanya mampu tersengih sudah pastinya mereka bertiga telah tahu jawapannya.
“ Ceh.. nak tipu kita orang konon, tidur lewat kerana tonton video gusti la tu, kata buat kerja sekolah. menipu aje kerjanya.” Kata Kojai.
Maka kami berempat pun menuju ke rumah aku. Seperti biasa, mata aku pasti memandang ke arah peti surat kalau-kalau ada surat tawaran ke asrama di situ. Sesaat sahaja aku terpandang ke situ, pandangan aku telah di panah sehelai sampul surat bewarna coklat yang agak besar.
“Urusan Seri Paduka Baginda?, eh, surat ni untuk aku” Kata aku gembira dengan perasaan yang masih terperanjat. Belum sempat kawan aku melihatnya, sudah aku buka sampul surat itu untuk mengetahui apa isi di dalamnya dengan penuh harapan yang surat itu merupakan surat tawaran ke sekolah berasrama penuh.
“ Yes! Aku sudah agak, aku mesti dapat punya!” Jerit aku gembira sambil kawan aku yang lain sudah mengagak apa isi di dalamnya.
“ Kau dapat sambung belajar? Dekat mana?” Tanya Faiz sambil cuba mengambil surat itu dari tangan aku. Aku biarkan sahaja dia mengambilnya.
“ Sekolah MenengahTeknik Tengku Ampuan Afzan di Pahang” balas aku gembira.
“ Seronoklah kau “ sapa Kojai.
“ Hari ini kita sambut kejayaan Alif dengan bergusti puas-puas di rumah Alif” Cadang Azhar. Sememangnya aktiviti bergusti sesama sendiri di kalangan kami sudah menjadi satu kebiasaan. Masing-masing akan berlagak seperti ahli gusti pujaan masing-masing dan aku semestinya akan menjadi ‘The Undertaker’. Kami bergusti di atas 3 lapis tilam, di situ yang banyaknya hanyalah upacara menjatuhkan diri dengan sengaja. Macam-macam gaya jatuh dan teknik gusti kami lakukan.
………………………………………………………………………………..
“ Baguslah abang dapat belajar ke asrama penuh” Kata emak aku yang tengah melipat kain di depan TV.
“ Dengar kata kakak Rozana pun dapat tawaran belajar ke tempat itu, ooooo abang sudah berpakat dengan kakak Rozana ye…” usik adik perempuan aku. Rozana merupakan rakan sekelas tusyen aku, adik aku memang cukup kenal dengan Rozana.
“ Ah, adik ini! Pandai-pandai aje..” Kata aku.
“ Bila kamu ke sana?” Tanya emak aku.
“ Ini yang merunsingkan abang, menurut surat ini, abang kena ke Pahang sabtu ini 2 hari lagi. Tambahan pula mereka minta kita sediakan baju Melayu khas. Rasa macam tidak sempat” Jawab aku perlahan. Mata aku memandang wajah emak aku kalau-kalau dia ada cara untuk selesaikan masalah ini.
“ Emak harap sangat kamu dapat belajar dekat-dekat sini, senang sikit urusannya. Boleh emak selalu melawat kau. Lagipun kita tiada saudara di Pahang, hah, berapa yuran pendaftaran?” kata emak aku.
“ RM 200, itu tidak termasuk baju, buku dan makan minum” Balas aku yang pastinya akan menipiskan peluang aku untuk ke sana. Aku pada mulanya fikir surat ini akan selamatkan aku dari ‘neraka’ tetapi masih belum dapat membantu. Isnin depan semua rakan-rakan aku yang dapat sambung belajar ke sekolah menengah teknik dan MRSM sudah tiada lagi di sekolah aku. Sepatutnya aku juga akan begitu, tetapi rasanya aku tidak akan menyertai pemergian mereka memandangkan terlalu banyak masalah. Kalau aku dapat surat tawaran ini lebih awal, pasti masalah ini tidak akan timbul dan aku boleh keluar dari sekolah aku. Apa yang aku boleh buat dalam masa 2 hari ini?
Malas mahu fikirkan hal ini, aku terus melukis kartun. Mungkin ada hikmahnya, kalau aku belajar di tempat jauh, pastinya aku terpaksa lupakan aktiviti hari minggu aku menghantar kartun ke Bangsar dan berjumpa bapa angkatku di sana. Bila difikirkan balik, apakah sebenarnya cita-cita aku?
……………………………………………………………………
Hari ini hari Isnin. Satu sekolah sudah tahu sepatutnya aku akan ke Pahang. Pastinya aku akan mendapat malu kalau aku datang ke sekolah hari ini. Aku telah bertindak nekad untuk ponteng sekolah hari ini. Sekurang-kurangnya aku tidak akan mendapat malu hari ini. Lebih-lebih lagi hari ini ada kertas ujian biologi. Sambil menyelam, boleh minum air. Tapi aku masih mengharapkan keajaiban akan datang menyelamatkan maruah aku. Emak dan adik aku tahu aku ponteng, mereka tidak menghalang aku. Mungkin mereka faham situasi aku. Walaupun aku tidak bersekolah hari ini, aku masih bangun awal. Apa yang boleh aku buat, menatap kembali kesemua kartun-kartun aku yang pernah tersiar di majalah Gila-gila. Itu sahaja yang boleh aku lakukan untuk mengisi masa lapang.
Seharian aku di rumah tetapi aku hanya terperap di bilik aku takut kalau-kalau terserempak dengan jiran aku yang lalu-lalang di depan rumah aku. Takut nanti di label sebagai budak malas sekolah. Dalam aku duduk berseorangan di bilik, terfikir juga untuk menukar ke aliran sastera. Lantak apa orang nak cakap, inilah satu-satunya cara untuk aku selamatkan diri aku dari azab kelas sains tulen yang aku hadapi selama 3 bulan ini. Bosan asyik terperap di bilik, aku cuba merayap ke dapur untuk minum air sejuk dari peti ais. Dalam masa aku minum, terfikir apa yang sedang dibuat oleh rakan-rakan di sekolah. Pastinya ketika ini mereka sedang merindui aku kerana menyangka aku sudah ke Pahang. Tetapi aku masih risau sampai bila aku akan terus begini? Apa reaksi mereka bila lihat aku kembali ke sekolah nanti? Haru….
PIN…. PIN…. Bunyi hon posman. Hah, ada surat! Pastinya bukan surat bil telefon kerana kami sudah menerima bil telefon minggu lalu. Dalam hati aku ini pastinya surat untuk aku. Sambil mengharap, aku terus ke luar ambil surat tersebut.
“ Wah, ini surat untuk aku dari Kolej Yayasan Melaka. Takkan budak lepasan PMR dapat tawaran ke kolej” Kata aku dalam hati kegembiraan bercampur kehairanan.
“ Alif tak ke sekolah hari ini?” sapa Cik Irah tiba-tiba. Aku yang pada awalnya bersembunyi agar tidak diketahui jiran aku ponteng sekolah telah terbongkar.
“ Tak” jawab aku ringkas lalu terus masuk ke dalam rumah untuk membaca isi surat tersebut. Setelah diteliti, aku telah ditawarkan untuk belajar ke Kolej Yayasan Melaka dan diberi tiga kursus pilihan. Elektrik, elektronik atau Seni bina. Tambah menarik kali ini aku hanya perlu membayar RM100 sebagai yuran kemasukan dan segala perbelanjaan seterusnya akan ditangung oleh pihak PERKESO sepenuhnya . Menurut surat tersebut, aku diminta hadirkan diri 2 minggu dari sekarang. Keadaan geografi dan situasi sebegini pastinya merupakan satu rahmat untuk aku keluar dari Sekolah Menengah Bandar Sunway. Tambahan pula aku ada saudara di Melaka. Sekarang aku sudah kembali bersemangat untuk ke sekolah esok tidak seperti sebelum ini yang cukup risau takut malu pada kawan-kawan.
……………………………………………………………………………..
“ Aik, kamu tidak pergi ke Pahang lagi?” Tanya Puan Yue, guru Bahasa Melayu merangkap guru kelas Sains tulen. Satu-satunya guru yang aku senang dengannya kerana selalu bercakap dalam Bahasa melayu. Wajahnya yang nampak keibuan cukup untuk membuat kami sekelas senang berbicara dengannya.
“ Saya tidak jadi ke Pahang, tetapi saya akan sambung belajar ke Melaka 2 minggu lagi” jawab aku dengan penuh senyuman.
“ kenapa lewat sangat? Kamu dapat tawaran di mana?” tanya Puan Yue.
“ Kolej Yayasan Melaka” jawab aku ringkas.
“ Kolej? Sebentar tadi ada seorang pelajar perempuan dari kelas sastera 1 juga dapat tawaran yang sama, kamu lahir di Melaka?” balas Puan Yue.
“ Itu yang menghairankan saya cikgu, saya lahir di Selangor, begitu juga dengan emak dan ayah saya” jawab aku yang juga masih belum pasti bagaimana aku boleh terpilih.
“ Apa-apalah, tetapi jangan belajar acuh tak selepas ini, kamu mesti belajar seperti biasa walaupun kamu hanya tinggal 2 minggu di sini.” Balas Puan Yue. Kemudian Puan Yue mengambil kedatangan pelajar.
“ faiz, macamana dengan ujian biologi semalam? Senang tak?” bisik aku kepada faiz.
“ Ujian semalam dibatalkan, tangguh minggu depan” balas Faiz.
“Mampus! Aku ingatkan aku dah selamat, nampaknya terpaksalah aku jawab kertas ujian tu minggu depan?” kata aku.
“ Alif, baru cikgu pesan dah nampak kamu buat bising dalam kelas” Sapa Puan Yue.
“ Maaf cikgu” hanya itu yang mampu aku jawab.
………………………………………………………………………
Hari ini hari terakhir aku ke Sekolah Menengah Bandar Sunway. Pertama kali dalam 3 bulan ini aku rasa sangat bersemangat untuk ke sekolah. Bersama aku tersedia 8 keping lukisan asli yang telah aku lukis sepanjang minggu lalu untuk diberikan kepada rakan-rakan yang rapat dengan aku sebagai tanda kenangan. Setiap lukisan itu aku sertakan nama pena aku yang baru ‘alifstyle’ kecuali pada lukisan untuk Prasath, potret ‘The Undertaker’ ahli gusti pujaan kami berdua. Aku sendiri tidak tahu bagaimana aku boleh terfikir untuk menggunakan nama ‘alifstyle’ sedangkan sebelum ini nama pena aku hanya Alif atau Mat Dongak.
“ lepas ini pasti kami akan bosan” kata faiz. Merupakan rakan kelas aku yang bakal mati kutu kerana selepas ini dia akan menjadi pelajar Melayu tunggal dalam kelas sains tulen.
“ Rileks la… kalau kamu semua rindu pada aku, kamu tataplah poster original aku ni” jawab aku.
“ Mentang-mentangla aku kurus keding, kau bagi aku gambar raksaksa tulang” jawab Faiz gurau.
“ aku pun, mentang-mentanglah aku gemuk, kau bagi aku gambar raksaksa gemuk” Azhar mencelah.
“ entah, aku pun sama. Mentang-mentanglah bibir aku tebal, kau lukis aku raksaksa bibir tebal” Tambah Kojai. Sememangnya itu adalah expresi aku pada mereka jika mereka dilahirkan sebagai raksaksa. Begitu juga dengan 8 poster yang lain. Kesemua poster tersebut ada aku sertakan pesanan ringkas dari aku untuk mereka.
“ kamu semua simpan elok-elok poster original itu, suatu hari nanti harga poster itu pasti melonjak tinggi” balas aku. Walau nampak seperti gurauan, tetapi ketika itu aku serius dengan kata-kata itu. Aku telah membuat salinan fotokopi untuk kesemua poster yang telah aku hasilkan untuk simpanan aku sendiri.
“ Kau ambil kos apa di sana” Tanya faiz
“ aku tidak pasti samada mahu ambil kos Elektronik atau Seni bina. Apa yang penting aku dapat belajar di asrama penuh selepas ini.” Jawab aku.
“ Bila kau berangkat ke sana” Tanya Azhar yang mahukan kepastian.
“ 31 MARCH 2000!” jawab aku bertenaga.
Petangnya aku keluar ke pusat membeli belah Sunway Pyramid berseorangan. Kerana kedudukannya yang amat hampir dengan rumah aku, di sinilah tempat aku membeli komik , menonton wayang dan bermain game. Aku hanya perlu berjalan kaki selama 15 minit untuk ke sana. Memandangkan 2 hari lagi aku akan meningalkan kawasan kediaman aku, aku bertekad untuk main game puas –puas, duit yang aku gunakan adalah hasil simpanan belanja sekolah dan duit saguhati dari kartun yang aku hantar di majalah Gila-gila. Sudah menjadi kebiasaan aku lebih senang keluar berseorangan sebegini.
……………………………………………………………………..
“ Bagaimana dengan sekolah?” Tanya seorang pakcik yang juga qariah Masjid Kampung Lindungan, masjid yang selalu aku ziarahi untuk solat berjemaah. Kami berbual seketika selepas selesai mengerjakan solat Asar.
“ Alhamdulliah, Jumaat ini saya akan sambung belajar ke Melaka” jawab aku sopan.
“ Bagus la begitu. Pakcik gembira dengan kamu, mari ikut pakcik” balas pakcik tersebut. Lalu dibawanya aku ke kereta pacuan empat rodanya dan dibaginya aku wang RM150.
“ambillah buat belanja sekolah” kata pak cik itu ringkas.
“Terima kasih pakcik” balas aku.
“ Pakcik seronok tengok kamu. Tidak seperti anak yatim lain, kamu rajin sembahyang berjemaah di masjid. Pakcik harap kamu gunakan duit ini sebaik mungkin.” Pesan pakcik itu.
“Terima kasih pakcik” balas aku dan kami pun beredar dari kawasan surau. Walaupun pakcik itu selalu melayan aku dengan baik, tetapi hingga hari ini aku masih belum tahu siapakah nama pakcik itu. Pakcik itu juga tidak pernah memberitahu namanya kepada aku. Mungkin dia benar-benar ikhlas untuk membantu aku. Aku sendiri tidak pernah terlintas untuk bertanyakan namanya. Ketika itu aku amat berterima kasih kepada pakcik itu memandangkan dalam keadaan sekarang aku memang perlukan banyak wang untuk dibelanjakan di asrama nanti. Aku memberitahu emak aku hal tadi dan emak aku biarkan aku menyimpan wang itu sendiri.
Esok pagi aku akan menjadi warga Melaka. Aku rasa amat seronok sekali. Sepanjang malam aku tidak dapat tidur memikirkan bagaimana kehidupan aku selepas ini. Selama ini segala makan minum adalah percuma. Pastinya selepas ini aku perlu makan di gerai dan restoran. Malam itu aku sudah mencongak wang yang aku ada agar senang aku mengawal perbelanjaan. Selesai aku mengira,
“ menyesal aku enjoy main game semalam” kata aku dalam hati menyesal.
………………………………………..
BAB 2
Minggu Suai Kenal
Sudah 3 hari aku berada di Melaka, latihan suai kenal sepanjang 3 hari ini cukup memeritkan. Sepanjang 3 hari ini aku merasakan diri aku tak ubah seperti dalam ‘neraka’, lebih parah dari keadaan di Sekolah menengah Bandar Sunway. Mahu berpatah balik sudah terlambat, terpaksalah aku meneruskan cita-cita aku yang aku idam-idamkan sebelum ini, bersekolah di sekolah asrama. Walaupun latihan yang diberikan banyak menggunakan tenaga, tetapi aku hanya makan mee maggi dan roti sahaja untuk mengalas perut, meskipun dalam poket aku ada RM200, aku terpaksa berjimat cermat untuk terus survive sepanjang 2 bulan ini kerana hanya bulan 5 ini sahaja aku boleh bercuti berdasarkan kalendar yang aku lihat. Baju kotor sudah bertimbun, hari ini menjadi sejarah dalam hidup aku membasuh baju sendiri dengan tangan.
“ Woi, cepatlah! Orang lain pun mahu basuh baju juga” Jerit Apai dari luar pintu bilik air. Salah seorang rakan baru aku di situ. Pada waktu malam begini memang ramai pelatih yang mengambil kesempatan untuk membasuh baju.
“ Ok, sebentar nanti aku keluar” jawab aku lalu terus aku bilas dan keluar dari bilik air untuk menjemur baju. Aku basuh baju hanya cukup syarat, asal nampak buih sudah memadai. Tidak sangka letih juga membasuh baju tambah teruk tangan aku sudah luka akibat terkena berus. Ketika aku menyidai baju di atas siling, terbayang wajah emak aku. Mungkin dia juga merindui aku seperti aku merindui dia sekarang. Selesai aku menyidai dan bersalin pakaian, aku terus ke pondok telefon untuk bertanya khabar emak aku di rumah. Dari jauh aku telah melihat begitu ramai pelajar yang telah beratur di pondok telefon menunggu giliran masing-masing. Aku terpaksa lupakan niat kerana jam 9 malam nanti ada aktiviti lain yang perlu kami semua lakukan. Entah apa aktiviti yang bakal kami buat selepas ini, pastinya bukan aktiviti yang aku gemar lebih-lebih lagi aku terpaksa lupakan rancangan TV kegemaran aku yang kebetulan bersiaran pada waktu yang sama. Perubahan budaya yang aku alami di sini cukup membuat aku sengsara, lebih sengsara dari menjadi pelajar sains tulen Sekolah Menengah Bandar Sunway.
“ Pelatih-pelatih sekalian, semua berkumpul di dewan” Jerit Mat Suis, salah seorang fasilitator yang telah bersama kami sepanjang 3 hari ini. Sikapnya yang bengis dan suka mengenakan denda pada pelatih cukup membuatkan pelatih lain membencinya, apatah lagi bila mendengar suaranya yang serak-serak basah itu. Nama ini bukanlah nama sebenar dia, semuanya hanyalah gelaran. Selain Mat Suis, kami juga dilatih oleh 2 lagi fasilitator iaitu Putera dan Puteri.
Setibanya kami di dewan, keadaan menjadi sunyi sepi. Kami semua diberikan kertas kosong setiap seorang. “ Malam ini kita semua belajar menulis nota ringkas yang padat tetapi bermaklumat” Ujar Putera, juga salah seorang fasilitator kami di sini.. Hanya Putera sahaja yang senang di ajak berbicara. Manakala kakak Puteri hanya duduk diam, aku perasan ramai juga budak lelaki yang sempat menjeling ke arah kakak Puteri kerana kecantikannya.
“ Semua pandang kertas!” Jerit kakak Puteri, garang! Kami pun hairan bagaimana abang Putera dan kakak Puteri boleh berkawan rapat sedangkan mereka berdua mempunyai personaliti yang berlainan sekali. Kami semua pun menurut perintah seperti yang diberikan.
“Saya mahu kamu semua tulis nama ayah dan ibu kamu beserta pesanan mereka kepada kamu sebelum datang ke Kolej Yayasan Melaka secara ringkas dan padat”
arah abang Putera dengan tenang yang cuba menimbulkan sesuana tenang. Lalu aku pun menulis apa yang disuruh. Beginilah apa yang aku tulis ketika itu:
Siti Sarah Bt Abd Rahman (emak)
Azis Bin Razak (ayah)
– Jangan tinggal sembahyang
– Belajar rajin-rajin
– Jangan nakal-nakal
Selesai kami semua menulis, Mat Suis yang duduk di belakang kami dari tadi mula bersuara “ cuba kamu semua tunjuk pada aku apa yang kamu tulis”. Lalu kami semua pun ikut seperti apa yang disarankan.
“ Ini kamu kata nota ringkas? Aku nak kamu semua koyak kertas ini dan buat semula” marah Mat Suis. Kami semua yang ketakutan terus mengikut apa yang diperintah tanpa banyak soal.
“bagus, saya nak kamu pijak-pijak kertas itu sampai lunyai” tambah Mat Suis. Seperti robot yang mengikut arahan, semua pelatih menurut sahaja arahan yang diberi. Kami semua memijak-mijak kertas tersebut dengan penuh perasaan. Sememangnya aktiviti seperti ini cukup membuatkan kami puas. Masa inilah aku bayangkan kertas yang aku pijak itu adalah ‘muka’ Mat Suis dan aku pijak sesedap hati sebagai pelepas geram. Aku yakin tentu rakan lain berfikir seperti aku memandangakn mereka juga begitu bernafsu memijak kertas tersebut.
“ Tergamak kamu memijak nama ibu bapa kamu dan amanat mereka kepada kamu semua hanya kerana desakan orang yang baru kamu kenal” suara abang Putera tiba-tiba membuat kami semua tersentak. Aku yang pada mulanya seronok memijak kertas itu mula sedar apa yang telah aku lakukan.
“ Sebahagian besar dari kamu semua adalah anak yatim yang kami kutip dari seluruh Malaysia, susah payah penjaga kamu mengharap sesuatu dari kamu semua, rupa-rupanya ini yang kamu lakukan.” Kata abang Putera. Kami semua tunduk diam, aku mula perasan ada budak perempuan yang sudah menangis tanda menyesal. Rasa serba salah dengan emak aku sudah menguasai jiwa aku, tetapi aku masih mampu menahan air muka aku. Kami semua sebenarnya datang dari anak tangungan PERKESO yang sebahagian besar anak yatim. Sejak aku mengetahui semua pelatih datang dari nasib yang sama, barulah aku tahu bagaimana nama aku boleh terpilih untuk menyertai program SKM/SPM di Kolej Yayasan Melaka. Dalam asyik aku memikirkan segala pengorbanan emak aku, tiba-tiba keluar air mata dari kelopak mataku. Ketika itu tiada timbul perasaan malu dari diri aku, memang aku akui aku memang seorang yang sensitif. Malam itu kami didenda untuk menghiburkan ketiga-tiga fasilitator sehingga awal Suboh.
…………………………………………………………………….
“ Hari ini kamu semua akan belajar berkawat” jerit seorang abang senior yang lengkap beruniform kadet askar. Aku yang masih belum bersarapan mengikut sahaja arahan yang diberi. Sedar dengan keletihan dan kelaparan yang sedang aku alami sekarang, aku tetap kuatkan hati untuk meneruskan minggu suai kenal ini. Semasa kami semua rancak berkawat di tengah panas matahari tiba-tiba pandangan aku menjadi putih, aku mula hilang keseimbangan lalu melilau keluar dari barisan kawat. Semua orang yang berada di situ mula fikir aku cuba memberontak melawan arahan senior yang sedang mengajar kami kawat.
“ woi, kamu masuk balik dalam barisan! Kalau tak kau boleh berambus dari kolej ini” Gertak abang senior itu. Aku hanya mampu mendengar tetapi tidak mampu untuk menurutinya. Dalam keadaan aku yang mamai ini telah memberitahu mereka semua aku sebenarnya dalam keadaan hampir pitam. Aku kemudiannya dipapah ke tempat berteduh untuk berehat. Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa malunya perasaan aku ketika itu. Semua pelatih termasuk budak perempuan melihat gelagat aku. Ini semua gara-gara aku yang begitu kedekut untuk berbelanja demi menjimatkan duit poket aku. Selesai mereka menjalani latihan kawat, kami semua dibenarkan untuk mengambil sarapan. Aku masih berdegil memilih seketul roti untuk mengalas perut walaupun aku sedar ini tidak mencukupi.
……………………………………………………………….
Sudah seminggu kami semua berada di Kolej Yayasan Melaka dan ramai pelatih sudah pulang ke kampung setelah selesai menjalani latihan intensif. Petang jumaat ini aku bersama 5 rakan lain berpakat untuk mandi kolam yang terdapat di perkarangan Kolej Yayasan Melaka. Menurut senior, bangunan Kolej ini merupakan bekas rumah menteri besar Melaka dan ianya telah diberi oleh kerajaan Melaka kepada Kolej ini untuk dijadikan bangunan induk. Ada juga yang mengatakan bangunan ini ber’hantu’. Bagi kami berlima ini semua adalah mengarut, tiada apa yang perlu ditakutkan melainkan Tuhan. Petang itu kami begitu seronok mandi kolam, maklumlah ketika itu suasana Kolej masih lengang kerana waktu ini bukan waktu kuliah tambahan pula ramai yang sudah balik kampung. Pertama kali aku merasa mandi kolam sedalam 7 kaki. Kami berlima tidak mahu pulang ke kampung dengan alasan masing-masing. Ada yang duduk jauh di Sabah dan Serawak dan ada juga yang sama seperti aku, mahu menjimatkan duit kerana perbelanjaan pulang ke kampung semata-mata untuk bercuti 2 hari hanya akan merugikan kami. Lebih elok kami semua terus di sini. Untuk menghilangkan rindu pada kampung halaman, kami sibukkan diri kami dengan pelbagai aktiviti.
Malamnya aku bersendirian di dalam asrama sementara kami di kak Long Challey. Aku mengambil kesempatan ini untuk membasuh baju sementara yang lain keluar menelefon saudara di kampung, ada juga yang keluar makan. Aku masih lagi dengan sikap kedekut aku tidak makan malam. Walaupun lapar, aku masih membasuh baju, aku harap selepas ini aku akan keletihan dan terus tidur. Selesai aku membasuh baju, aku keluar ke bilik rakan lain untuk menghilangkan rasa bosan kerana masih terlalu awal untuk aku tidur pada jam 9:30 malam. Ketika ini aku mula rasa tidak sihat, mungkin kerana keadaan badan aku yang menerima kejutan suasana di sini membuatkan aku kurang sihat. Setibanya aku ke bilik asrama budak Sabah dan Serawak, aku dapati mereka juga tidak sihat seperti aku. Malam itu kami berbual berkenaan hal masing-masing. Ketika rancak bersembang, tercetus berita yang menyatakan ramai pelatih telah diganggu hantu tidak berkepala di challey ini. Aku yang terkenal sikap penakut di kalangan ahli keluarga aku cukup terperanjat dengan berita ini. Bukan terperanjat kerana hantu, tetapi kerana tidak sangka aku begitu berani berseorangan di dalam bilik asrama dalam masa yang agak lama. Ternyata dalam hidup berdikari selama seminggu ini telah mendidik aku untuk menjadi orang yang lebih berani. Malamnya aku tertidur di bilik mereka.
Esok paginya aku keluar untuk menghayati suasana indah di challey ini bersama rakan dari Sabah dan Serawak. Aku cukup terperanjat bila mendapati terlalu banyak kulit ular di serata kawasan ini. Rakan lain kata sekarang musim ular salin kulit. Aku agak takut dengan suasana seperti ini, takut-takut dipatuk ular. Terdetik juga dalam fikiran aku tentu sakit bila ular itu bersalin kulit, tetapi mesti berbaloi kerana ia akan mendapat kulit baru yang lebih baik dari sebelumnya. Mungkin ini ada kaitannya dengan keadaan aku sekarang. Biar aku sakit dan sengsara ketika ini, ianya cukup berbaloi untuk menjadikan aku lebih baik dari dahulu. Selesai kami bersiar-siar berjalan kali di sekitar challey, aku ambil keputusan untuk menelefon emak aku di kampung. Sepanjang aku di sini, belum pernah aku menelefon emak aku, mungkin dia risau dengan keadaan aku sekarang. Maklumlah aku anak emak yang tidak pernah berpisah.
“ Assalamualaikum, ni abang ni” Kata aku sebagai pembuka bicara.
“waalaikumussalam, haaaa lama emak tunggu panggilan kau” jawab emak aku pantas. Dari nada suaranya tahulah aku emak aku cukup menantikan panggilan pengubat rindu dari aku. Aku pula amat bahagia apabila dapat mendengar suara keibuan ini yang telah seminggu aku tidak dengar.
“abang dah sarapan pagi?” Tanya emak aku. Sememangnya dia seorang ibu yang terlalu mengambil berat kepada semua anaknya.
“belum” jawab aku ringkas.
“ jangan la macam tu, belanjalah duit yang ada, jangan asyik nak guna beli komik aje, makanan lebih penting dari komik” kata emak aku yang sememangnya cukup memahami perangai aku. Memang sewaktu aku belajar di sekolah biasa, tidak pernah aku belanjakan wang persekolahan untuk membeli makanan melainkan untuk membeli komik dan peralatan lukisan sahaja. Jika dahulu mungkin ini sesuatu yang berbaloi, tetapi kini tidak lagi.
“Ok, nanti abang sarapan” balas aku untuk menyedapkan hati emak aku. Selepas itu panggilan terputus kerana sudah kehabisan wang. Selepas itu terus aku membeli megi perisa kari kari dari budak Serawak untuk bersarapan.
“ kami tiada cerek elektrik, kamu makanlah mentah-mentah. Sedap juga makan begitu” saran seorang budak Serawak. Lalu aku campurkan perisa itu bersama meggi lalu aku renyuk dan goncang bersama. Aku makan begitu sahaja, selesai makan meggi, aku tiada pilihan lain untuk meminum air paip bagi memudahkan penghadaman.
………………………………………………………………….
Dua minggu selepas aku berada di Melaka, aku terpaksa pulang ke kampung kerana ada urusan penting yang perlu aku selesaikan. Menurut pihak pentadbiran kolej, permohonan pembiayaan dari PERKESO kami semua tidak berjaya kerana kami semua di bawah umur 18 tahun. Kami diminta untuk pulang ke rumah untuk berbincang dengan keluarga. Manakala pihak pentadbiran cuba mencari penaja lain yang boleh membiayai pendidikan kami di kolej. Aku tidak sabar untuk melihat rakan sekolah aku lebih-lebih lagi aku dapat berita sabtu ini sekolah lama aku akan mengadakan hari kantin. Rindu betul aku pada Faiz, Kojai, Azhar dan ‘Shampoo’, dalam imignasi aku terbayang riak muka gembira mereka apabila berjumpa dengan aku nanti. Aku kembali ke Kampung Lindungan, tempaat tinggal aku dengan menaiki bas. Seumur hidup aku, inilah kali pertama aku turun ke Puduraya dan Pasar Seni. Jika difikirkan, kelakar juga bila seorang anak bandar tidak pernah menjejak kaki ke kotaraya. Mujur ada rakan yang tahu selok belok keadaan kotaraya, Zairul Anuar atau lebih mesra dengan panggilan ‘Biawak’ telah mengajar aku keadaan kotaraya ketika itu. ‘Biawak’ tinggal di Klang dan juga anak yatim seperti aku. Bapanya meninggal sewaktu bertugas sebagai pengawal keselamatan letika cuba menangkap pencuri di tempat kerjanya.
“ Kurusnya badan anak aku, abang tidak makan ke?” itulah kata yang pertama keluar dari mulut emak aku sewaktu aku melangkah masuk ke rumah. Pastinya keadaan aku ini cukup merisaukan emak aku.
“abang nak buang air besar, sudah 2 minggu abang tahan dari buang air besar” ujar aku lalu terus menunaikan hajat. Selesai aku menunaikan hajat besar. Aku kembali ke ruang tamu.
“kenapa kamu tidak buang air besar? Biasanya tiap-tipa pagi kamu buang air besar” tanya emak aku.
“di sana semuanya tandas duduk, abang tidak tahu macamana mahu menggunakannya” jelas aku. Aku yang biasa menggunakan tandas cangkung sanggup menahan derita buang air besar dari menggunakan tandas duduk. Dalam keadaan santai di ruang tamu, aku keluarkan seplastik kain baju kotor untuk dibasuh.
“kenapa abang kurus sangat? Di sana abang tidak makan ke?” tanya emak aku. Rasanya soalan ini telah 2 kali aku dengar.
“Tidak, semuanya cukup. Cuma di sana abang banyak buat aktiviti, sebab itu jadi kurus macam ini” balas aku untuk menyedapkan hati emak aku. Aku tidak sampai hati untuk menceritakan hal yang sebenarnya.
“Ha, baguslah macam itu, baru nampak kacak! Macamana dengan kawan-kawan di sana?” tanya emak aku.
“semuanya baik-baik. Kami semua diberi cuti seminggu untuk selesaikan beberapa urusan” jawab aku.
…………………………………………………………….
Seperti yang ditunggu-tunggu, hari ini merupakan hari kantin bagi sekolah lama aku. Aku sengaja tidak memberitahu rakan-rakan aku bahawa aku akan turut menghadiri keramaian itu. Pastinya mereka semua akan terkejut apabila melihat perubahan aku yang kurus ini. Ketika ini aku fikir akulah orang yang paling kacak di dunia. “ Alif !” jerit rakan aku Hanif, juga bekas pelajar sekolah Menengah Bandar Sunway. Dia dapat sambung belajar di sekolah teknik.
“ Waa… Makin kurus kau” jawab aku sambil bersalaman dengan dia.
“ Ah, kau lagi ketara kurusnya” balas Hanif. Melihat keadaan masing-masing barulah kami mengerti situasi seperti ini adalah satu kebiasaan bagi kebanyakan pelajar sekolah asrama. Puas bersembang, aku terus merayap di perkarangan sekolah mencari empat rakan karib aku. Dalam masa itu, sempat juga aku melawat setiap gerai di situ. Dalam kepala aku, kalau aku masih pelajar di sekolah ini, pastinya aku akan jual komik aku hari ini.
“ Alif sini! Waa, mentang-mentanglah sudah handsome, sampai kawan di sini pun dia tidak kenal” jerit budak kembar. Mereka berdua beradik ini cukup peramah.
“aku dengar kau ada bagi poster kartun pada Faiz, di sana kau ambik bidang animasi ke?” Tanya seorang budak kembar.
“Tidak, aku ambik kos elektronik” jawab aku dengan penuh senyuman. Perbualan kami sangat singkat kerana 2 adik beradik kembar itu da urusan yang perlu dilakukan. Aku terus mencari rakan aku yang lain. Lama juga aku mencari mereka. Puas aku mencari mereka, akirnya aku pulang ke rumah dengan penuh hampa. Apabila aku menelefon mereka, barulah aku tahu sebenarnya mereka tidak hadir ke majlis itu. Haru …..
sepanjang minggu ini aku gunakan sepenuhnya untuk selesaikan semua urusan yang tertangguh berkaitan pembelajaran aku di Melaka. Sempat juga aku menyiapkan sebuah komik drama untuk dihantar ke majalah Gila-gila. Inilah pertama kali aku menghantar komik drama ke syarikat tersebut. Kali ini aku hanya mengirim komik itu melalui pos, tidak seperti cara yang sebelumnya, aku mengantarnya sendiri. Ini semua cara gara untuk menjimatkan wang poket aku yang pastinya akan memerlukan perbelanjaan yang banyak untuk ke sana. Aku juga berkesempatan menjilid semua koleksi kartun peribadi aku untuk di bawa ke Melaka.
bersambung…
p/s: untuk melihat karya komik aku terbaru, klik
http://alifstyle.tripod.com/index.html
juga adaptasi dari sebuah kisah benar.
………..Setiap lukisan itu aku sertakan nama pena aku yang baru ‘alifstyle’ kecuali pada lukisan untuk Prasath, potret ‘The Undertaker’ ahli gusti pujaan kami berdua. Aku sendiri tidak tahu bagaimana aku boleh terfikir untuk menggunakan nama ‘alifstyle’ ……….
……Aku telah membuat salinan fotokopi untuk kesemua poster yang telah aku hasilkan untuk simpanan aku sendiri.
di sini salinan tersebut.
mesej:
aku mahu pandai
mesej:
sel otak aku akan sentiasa ingatkan kau
mesej:
if you smell what the rock is fart
mesej:
aku akan sentiasa macho
mesej:
aku best
tiada mesej:
Potret Undertaker
mesej:
kau best tapi tak se 'best' aku
Aku juga berkesempatan menjilid semua koleksi kartun peribadi aku untuk di bawa ke Melaka.
di sini wajah zine tersebut. setelah aku menulis cerita ini, baru aku perasan, aku telah buat zine sejak tingkatan 1.
muka depan
komik Pendekar Alif!. sebenarnya aku telah membuat banyak cerita pasal pendekar purbakala ini. pelbagai versi aku sudah buat, semuanya separuh jalan. Komik inilah yang aku kata dahulu (di topik 'kartun/komik dalam kehidupan soisal anda') untuk berkenalana rapat dengan seorang kakak sekolah menengah sewaktu aku sekolah rendah dahulu..
nostalgia sioott
P/s:
cerita ini adalah sebuah kisah benar. bagaimana perjalanan hidup watak utama yang dahulunya takut pada cabaran akhirnya tampil menjadi pelajar terbaik SPM/SKM seluruh Malaysia tahun 2001.
Sambungannya akan hanya didapati dalam bentuk lain (bukan online). Tunggu…………….
😆 gilak ahh…. ko memang BEST!!!!!!……… ok chow
apekah akak skolah menegah itu yg rambut nye bau mcm….
anyway
sambung la lagi
kellass….!!! siap ade bukti… 😆
full punye tanak letak online ke?
papepun klu dah siap btau ye… :love:
makan megi mentah…minum air paip… :sengih:
gile ah.. sejak tingkatan 1 lagi dah buat..
gile ah ko nih alip.. heheh..
//crite ko yer nih alip..
takde sambung dah la kirenye nih?
“Setelah dibaca semula, aku mula sedar rupa-rupanya banyak kesilapan penulisan yang telah aku buat,” kata aku kepada semua pembaca
lalu aku pun membuat keputusan untuk membuat pembetulan pada tulisan March 2000 tu.
ketika aku sibuk memikirkan samada mahu meletak sambungannya di sini atau tidak, tiba-tiba..
“kellass….!!! siap ade bukti… full punye tanak letak online ke?
papepun klu dah siap btau ye…” kata berne sambil tersengih, sambil diperhatikan oleh silentgecko, adzakael, mysticmind dan Moon.
aku yang masih dalam dilema hanya mampu menjawab,
“terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca cerita penulis amatur seperti saya,” kata aku dengan penuh senyuman.
Aku berhenti seketika, kelihatan wajah rakan aku yang lain agak bingung
“beginilah, aku sudah buat sambungan, tetapi bukan masa yang sesuai untuk aku letakkannya di sini,” ujar aku dengan penuh sopan santun sambil menyalakan lighter pada batang rokok
ohohohho
dah pandai buat sesi pencemaran udara dan peparu yeee 😆
apepun penulisan ko gile jujur
tp apekate bagi dramatik skit
letak perkataan2 yg gile bombastik ke ape ke
“ohohohho dah pandai buat sesi pencemaran udara dan peparu yeee
apepun penulisan ko gile jujur tp apekate bagi dramatik skit letak perkataan2 yg gile bombastik ke ape ke,” cadang Adzakael kepada aku.
“bukan takat bombastik, segala bapak hantu aku taruk kat sini,” kata aku dengan penuh bombastik.
wah.. alif smoking? anti racun now playing wit racun ka?
err.. welcome to the club..
iskk riso plak aku tgk alif nih.. ada masalah ke lip?.. cam heavy jer nih..
kontrol.. kontroll
waa ni dah kira mcm autobiografi la ni kan, alif?
aku suka komik yg ko baru buat tu… mcm drama swasta wooo…
sambung cepat2 alif… kalau x online pun xpe… nanti aku beli
wah.. alif smoking? anti racun now playing wit racun ka?
err.. welcome to the club..
iskk riso plak aku tgk alif nih.. ada masalah ke lip?.. cam heavy jer nih..
kontrol.. kontroll
uuu… b4 ni alif tak merokok ke?
pada aku, the urge untuk menulis bukan boleh datang dengan senang.
something must been happen to one.
masalah menyebabkan otak seseorang tu aktif berfikir.
menulis adalah salah satu cara yang baik untuk meneutralkan otak dan fikiran dari berserabut.
tak kiralah apa yang ditulis tu berkaitan dengan masalah tersebut atau tidak.
emm… apsal tetibe aku tulis cenggini?
hihi.. maybe terilham ngan ape yang mistik tulis di atas..
dalam krisis ada ruang kreatif…
itu pegangan aku.. cewahh…
betul,
“kegagalan dan keperitan adalah kunci untuk berjaya, malah lebih berjaya dari orang yang tidak pernah gagal.” – Encik Hasyim
itu adalah antara kata yang berkaitan dalam cerita ini nanti.
setelah diamati, aku telah edit dan membuang beberapa babak yang terlalu personal dan aku gantikan dengan babak yang lebih perlu untuk menceritakan peristiwa bersejarah ini… ini bukan kisah aku semata-mata, tetapi kisah orang yang terlibat dengan peristiwa MARCH 2000
Hmmmm….
“alamak, malunya aku! menyesal aku bubuh cerita ni kat sini,” kata alif setelah menyedari terlalu banyak kesilapan dalam penulisannya itu.
p/s: Tolong korang lupakan apa yang telah aku tulis sebelum ini…. toloooonglah..
Pergh! | Lukis, Komik, Kartun, Animasi, Games Malaysia
All information and content contained in this website are provided solely for general information and reference purposes.
By browsing this web you agree to our privacy policy.
© 2001 - 2021 All Right Reserved by Vasqtech Network Malaysia