Home › Forums › Research And Developement › Lukis + Islam
Hello.
Sebenarnya saya dari dulu lagi minat dekat komik ni, seronok di baca. Teringin nak buat pun ada (one day, insya'allah). Tapi ada sesuatu yang mengganggu fikiran saya
Apakah hukum melukis di dalam Islam?
To be specific, melukis orang dan benda hidup. bermacam jawapan pernah saya dengar tapi apa pula kata saudara saudari di sini yang sudah berkecimpung bertahun2?
maaf kalau menggangu.. tapi elok tanya daripada meredah sahaja..
Oh! Aku pernah buat presentation pasal isu ni dalam kelas painting yg aku sesaja ambik masa kat USM dulu. Aku tak berapa ingat nas2nya. Ko sendiri pun dah kata, “bermacam jawapan pernah saya dengar”.. maka, itu la jawapannya yg sebenar. Memang ulama berbeza2 pendapat tentang ni.. ade yg kata harus, ade yg kata makruh, hingga la ade yg kata haram!
Aku personally berpendapat, kita tak bleh nak letak kesemua lukisan tu dalam satu kategori.. setiap satu tu kena dinilai dari segi fizikalnya & jugak niat di sebalik penghasilannya.
Barangkali ade yg lebih arif di sini yg bleh tambah..
terima kasih saudara aimurban..
elok ada sedikit pendapat dari tiada.. kan? yes aimurban, 'jawapan' yang saya terima itu semuanya generally, bukan specific iaitu kepada komik..
harap ada yang boleh enlighten di sini.. terima kasih diucapkan..
aku rase soalan ni baik ko tnya terus pd yg pakar..klu ko dapat pn jawpnnya, myb agak bias..masing2 kena jga periuk nasi..tp in general jawapn mr aim da memadai kut,slebihnya brgntung cmne ko digest sume maklumat yg ko dapat..tapi secara analoginya takkan ko nk tnya zila bakarin dulu sebelum masuk AF kan??..tanya la terus ustaz zawawi atau faveret aku ustaz zahzan..
betul ckp bearing tu. ada baiknya tnya mereka yg lbh arif. mmg byk pertentangan pendapat psl hukum melukis ni. bergantung jgk kpd cara dan niat si pelukis tu. ni sy terjumpa satu link psl seni lukis dalam peradaban islam. http://www.republika.co.id/node/38931
Dulu masa kecik, aku blajar solat dengan buku panduan bersuci & solat bergambar. Tanpa gambar, payah jugak nak faham penjelasan beza antara duduk tahiyat awal & akhir. Dgn gambar2 tu, senang pembelajaran & pemahaman aku. InsyaAllah, Allah tu Maha Pemurah.. aku yakin pelukis yg melukis gambar2 (manusia/makhluk bernyawa) tu akan dikurniakan Allah SWT dgn pahala.
Aku jugak ade melihat majalah komik kanak2 yg comel lukisannya dgn cerita2 tauladan & juga asas2 agama. Watak anak2 perempuan juga menutup aurat. InsyaAllah, Allah tu Maha Pemurah.. aku percaya pelukis yg melukis gambar2 (manusia/makhluk bernyawa) tu juga akan dikurniakan Allah SWT dgn pahala.
wanzu dah bagi jawapan dalam pergh ni dulu, boleh gunakan search function tu,
Ni haa topik 2004:
Last sekali waverider ada ulas panjang:
http://pergh.com/forum/index.php/topic,5904.msg104632.html#msg104632
Baru-baru ni aku jabatan pengajian liberal ada menganjurkan satu mini seminar mengenai Apresiasi Seni Menurut Perspektif Islam yang dibicarakan oleh Dr Ahmadrashidi Hasan.
Perhaps aku post input pasal tu very soon sebab la ni nak kejar masa untuk prepare exam jam 2.15pm..
betul tuh, dah di bincangkan sini dulu. rujuk topik sdr phoenix_byte bagi.
Lenkali bgtau diorang suruh jemput wakil pergh ni…ingat calang2 ke ostad waverider tu
at least ramai la sket awek student cun2 sana datang join sini nanti bila nama pergh disebut2
yg aku tak jumpa lagi sampai skang.. ada ke nas/ hadis yang kata nak lokes kena gelapkan mata.. pangkah kat tengkok atau mana2 kat lokesan bernyawa… supaya objek2 tue x mintak nyawa kat kita kelak… ada ke perkara
tue?? hmmmm…
Lenkali bgtau diorang suruh jemput wakil pergh ni…ingat calang2 ke ostad waverider tu
at least ramai la sket awek student cun2 sana datang join sini nanti bila nama pergh disebut2
er.. maksud ko bila wat seminar tu ke? Next time la ye..
yg aku tak jumpa lagi sampai skang.. ada ke nas/ hadis yang kata nak lokes kena gelapkan mata.. pangkah kat tengkok atau mana2 kat lokesan bernyawa… supaya objek2 tue x mintak nyawa kat kita kelak… ada ke perkara
tue?? hmmmm…
aku tak pernah pulak dengar such thing?
cuma yang aku faham, ada bezanya melukis full figure totally naked dengan full figure yang berpakaian, wp hanya baju dalam..
Dalam Islam memang kena avoid full figure yang naked apatah lagi realism.. 100% imitation..
but once kita lukis waima 100% realism sekalipun, tapi apabila kita melukis figura tu dgn memakai pakaian, itu maksudnya kita tak melukis keseluruhan figura manusia.. maksud di sini, kita melukis half figure-half clothes.. theoretically that's what we did.. bahagain yang dah tertutup dgn pakaian that's not considered as figure, betul tak?
Ini ada sedikit panduan melukis mengikut garis panduan Islam sebagaimana saranan salah sorang pensyarah senior/kanan kat jabatan aku. Ini juga merupakan topik yang dikaji dalam thesis PhD beliau.. berkenaan dengan metode (method) seni Islam.
Konteks seni Islam yang dimaksudkan bukanlah sekadar, prinsip awan larat, rekacorak arabesque, atau Malay Weltanschauung tapi boleh meliputi lain-lain seni visual moden termasuk komik dsb.
1. Niat – setiap amal bermula dengan niat iaitu berbuat baik dan karya yang dihasilkan mesti bermanfaat.
2. Idea – Anugerah Allah yang ada dua jenis:-
a. idea baik (fadhalullah)
b. idea tidak baik – granted to a man (human) as a test untuk menguji sama ada pengkarya itu beriman atau tidak.
knowledge of Islam is refers to the Divine Law – Al-Quran, Sunnah dan Kitab.
3. Reference (Rajiun) – mencari sumber rujukan dengan kembali kepada Allah, amalan-amalan yang berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah seperti mana yang termaktub dalam konsep Amal Maaruf Nahi Mungkar.
4. Selection of images/tools – Art form: Bukan semua art form dibenarkan dalam Islam contohnya Idol.
elakkan daripada menggunakan bahan material yang diketahui (sahih) haram – bristle brushes
persoalan mengenai melukis anatomi/human figure – there are questions and disagreement by muslim scholars (ulama) and jurisprudence (ahli fiqh) dalam mencapai persetujuan membolehkan atau mengharamkan bentuk art form sebegini. Jika bagi perkarya merasa ragu untuk melukis figura manusia (maka jatuhlah hukum syubhah) maka lebih baik ditinggalkan ia..
quote di bawah ini juga boleh dijadikan panduan..
cuma yang aku faham, ada bezanya melukis full figure totally naked dengan full figure yang berpakaian, wp hanya baju dalam..
Dalam Islam memang kena avoid full figure yang naked apatah lagi realism.. 100% imitation..
but once kita lukis waima 100% realism sekalipun, tapi apabila kita melukis figura tu dgn memakai pakaian, itu maksudnya kita tak melukis keseluruhan figura manusia.. maksud di sini, kita melukis half figure-half clothes.. theoretically that's what we did.. bahagain yang dah tertutup dgn pakaian that's not considered as figure.
5. Producing – dalam penuh kesederhanaan kerana Allah benci orang yang melampaui batas (pushing the limit) sehingga melanggar fitrah manusia. Perasaan yang terlampau taksub sehingga terbawa-bawa dan membuatkan manusia lalai adalah sangat dibenci oleh Allah.
Apakah fitrah manusia? (mungkin tentang fitrah ini aku serahkan pada diri masing-masing untuk menilaikan fitrah manusia. Aku cuma bagi satu contoh la.. terlalu taksub/tekun sampai lupa fitrah perut tu untuk makan atau sampai lupa sembahyang..)
6. Completion – karya yang telah diusahakan jangan ditinggal separuh jalan, mesti disudahkan. Jika percaya ilham datang daripada Allah, maka kita patut menyempurnakan apa yang telah diilhamkan sebagai satu cara mensyukuri nikmat Allah.
7. Exhibition – tidak untuk menimbulkan riak sebaliknya untuk mendapatkan feedback daripada masyarakat dan juga sebagai melengkapkan perjalanan seni itu sendiri daripada kita berniat menghasilkan sesuatu, lalu dicambahkan ilham, seterusnya sempurna ia dihasilkan maka tidak sempurnalah jika ianya tidak dipamerkan.
Mempamerkan karya itu juga berdasarkan niat – menyampaikan mesej yang diilhamkan oleh Allah kepada orang lain.
—-
ini hanyalah sekadar perkongsian mengenai salah satu metode (method) dalam berkarya. Pilihan masih lagi ditangan pengkarya untuk memilih antara metode-metode mana yang difikirkan sesuai dengan fitrahnya sebab Islam itu bukan paksaan.
idea x baik tue selalu ada dalam kepala sumea orang eheheh..
alamak ejaan baru pulak typo “semua” aku wahahaha
thanks for the info …
3. Reference (Rajiun) – mencari sumber rujukan dengan kembali kepada Allah, amalan-amalan yang berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah seperti mana yang termaktub dalam konsep Amal Maaruf Nahi Mungkar.
4. Selection of images/tools – Art form: Bukan semua art form dibenarkan dalam Islam contohnya Idol.
….nmpaknya aku kena buang 2-3 gambar 'bust' dlm galeri aku..takleh aku bayangkan..kalau Allah cabut nyawa aku..dan gambar2 tersebut masih berlegar2 di internet… ?: bila aku sudah tiada nanti…astaghfirullah al azim
saya merasa sangat gembira bila dapat share sesuatu yang memberi manfaat kepada umum.. Alhamdulillah…
Pergh! | Lukis, Komik, Kartun, Animasi, Games Malaysia
All information and content contained in this website are provided solely for general information and reference purposes.
By browsing this web you agree to our privacy policy.
© 2001 - 2021 All Right Reserved by Vasqtech Network Malaysia