Home › Forums › Uptown @ Pergh! › Lagi Pasal Mangsa Tsunami
Inilah akibatnya bila rumah di buat dengan tidak memikirkan akan kualitinya.
duduk tak sampai 5 bulan dah rosak…
camgini ke nak bangga dengan rumah yg berlubang sana sini??
nampak sangat buat hanya utk melepaskan batuk ditangga…
cepat pemuda UMNO, cepat Puteri UMNO
turunla sana utk gotong royong repair rumah tu (jgn lupa bawak kontraktor)
jgn lupa bawak cameraman TV (TV3, NT7, RTM1, RTM2 & BERNAMA)
baru best dpt masuk TV
takkan nak dok senyap kot isu ni?
lepas ni, thread ni sure kena lock
wahaha
KUALA MUDA: Hampir 80 peratus daripada 120 rumah mangsa tsunami di pusat penempatan sementara di Kota Kuala Muda, dekat sini, rosak akibat mutu pembinaan yang tidak berkualiti.
Tinjauan Berita Harian di kawasan penempatan berkenaan, semalam, mendapati hampir keseluruhan siling rumah yang menggunakan papan lapis itu rosak kerana ada yang sudah jatuh, terkopak dan hampir tercabut manakala bumbung zinknya pula bocor.
Kerosakan lain yang ketara termasuk dinding rumah terkopek, lantainya pula senget kerana kedudukan rumah yang condong akibat pemendapan manakala pintu bilik tidak boleh dikunci.
Penghuni juga bimbang untuk menggunakan bilik air dan tandas di rumah mereka kerana papan yang menyokong tangki air di bilik reput disebabkan limpahan air dari tangki berkenaan.
Kerosakan itu berlaku tidak sampai tiga bulan selepas 115 keluarga yang terbabit dengan kejadian tsunami di beberapa kampung sekitar daerah berkenaan berpindah ke penempatan sementara itu pada 15 Januari lalu.
Ketua Rumah Transit itu, Yusoff Awang, 41, berkata rumah yang mempunyai tiga bilik dan dua bilik air itu sebenarnya sudah selesa untuk dihuni mangsa tragedi berkenaan sementara menunggu kerajaan membina penempatan khusus untuk mereka.
Beliau berkata, penghuni sebenarnya bersyukur dapat menduduki rumah itu yang menyediakan bekalan api dan air secara percuma.
“Bagaimanapun, kami kesal kerana pembinaan rumah yang dianggarkan RM20,000 sebuah itu tidak berkualiti dan keadaannya sekarang sangat membimbangkan penduduk.
“Tidak sampai berapa bulan saja kami tinggal di rumah ini, siling sudah jatuh manakala papan yang menampung tangki air pula hampir reput.
“Keadaan ini membimbangkan keselamatan kami. Tambahan pula kebanyakan penghuni di sini terdiri daripada warga tua yang lemah, tidak dapat berbuat apa-apa untuk menyelamatkan diri jika tiba-tiba berlaku perkara yang tidak diingini,” katanya.
Perumahan sementara itu dibina anak syarikat kerajaan negeri, Seri Temin Development Corporation Sdn Bhd (STDC), secara runding terus bagi mempercepatkan pembinaan kediaman mangsa tsunami yang melanda Kedah pada 26 Disember lalu.
Selain kawasan berkenaan STDC juga dilantik untuk membina 40 unit rumah mesra rakyat bagi mangsa tsunami di Langkawi.
Bagaimanapun, akhbar kelmarin melaporkan STDC hanya menyiapkan 30 unit atas alasan tidak mendapat bayaran sepenuhnya daripada Syarikat Perumahan Negara Berhad.
Nordin Othman, 86, pula berkata sebanyak 10 keping siling di ruang tamu rumahnya runtuh tiga bulan lalu sewaktu beliau tidur di ruang berkenaan.
“Kejadian itu berlaku jam 4 pagi. Ketika itu saya tidur di kerusi malas di ruang berkenaan apabila dikejutkan dengan bunyi dentuman yang kuat.
“Saya nyaris dihempap siling berkenaan yang jatuh hampir kaki saya.
“Selepas diperiksa, saya dapati hampir semua siling di ruang tamu rumah saya runtuh,” katanya yang sudah membuat laporan mengenai perkara itu kepada pemaju tetapi tiada tindakan diambil sehingga kini.
Beliau yang tinggal berdua dengan isterinya di rumah itu hairan dengan kejadian itu kerana ia bukan berlaku sewaktu hujan atau ribut.
“Cuaca baik, tetapi tiba-tiba saja, siling rumah saya runtuh. Apabila siling rumah runtuh, rumah saya agak berbahang pada siang hari dan hujan juga mudah masuk kerana atap zinknya bocor,” katanya.
Seorang ibu tunggal, Salasiah Samad, 61, berkata berikutan limpahan air pada tangki air di rumahnya, beliau tidak lagi berani menakung air di dalam tangki berkenaan.
Berikutan itu, beliau terpaksa mandi di tepi bilik mandi menggunakan air paip yang disambungkan ke sinki dapurnya kerana tangki air akan jatuh disebabkan papan yang menampungnya sudah reput.
Katanya, beliau takut untuk masuk ke bilik mandi di rumahnya kerana walaupun tangki air yang diletakkan di atas papan nipis itu sudah beberapa kali dibaiki, ia masih lagi mengalami kebocoran.
“Bayangkan jika tangki air itu penuh, air mengalir sepanjang masa menyebabkan papan berkenaan reput.
“Saya khuatir tangki itu terhempas ketika saya mandi di situ,” katanya.
Salasiah yang pulih dari sakit lumpuh selepas kejadian tsunami pada 26 Disember lalu berharap projek pembinaan penempatan tetap mangsa tsunami dapat disegerakan.
“Saya difahamkan semua mangsa tsunami akan tinggal di rumah transit ini selama dua tahun saja.
“Selepas tempoh itu, kami akan dipindahkan ke kawasan perumahan tetap di sini,” katanya.
Beliau berkata, rumah transit yang dibina segera dalam tempoh dua minggu di kawasan berpaya itu condong kerana tanahnya mendap.
“Air dari paya di kawasan perumahan ini mula bertakung dan keadaan lantai rumah juga sudah senget,” katanya.
Sementara itu, jurucakap STDC berkata, syarikat itu akan segera menghantar pegawainya untuk menyiasat aduan berkenaan.
actually rumah penempatan sementara tu memang utk tahan 6 bulan je. dia buat dengan cepat pasal memang rumah tu guna simple construction, tak perlu CF dan sebagainya. so takleh salahkan sesapa. rumah sementara tu, kalau submit utk dapatkan CF, sampai kiamat pun takleh dapat, pasal memang tak ikut piawai.
actually rumah penempatan sementara tu memang utk tahan 6 bulan je.
“Saya difahamkan semua mangsa tsunami akan tinggal di rumah transit ini selama dua tahun saja.
sian depa
mm.. memang bermasalah… sian diorang
er.. camne ni tan sri… boleh selesai ke masalah ni
ehem..
aza.. so kalau bertahan utk 6 bulan aje, pastu bila dah expired dorang buat camna? umah sementara tu tuk apa? pihak atasan buat umah baru yg permanent utk dorang ke apa?
rumah harga rm20k utk 6 bulan je? baik suh je diorg sewa hotel camtu..
sewa rm100 sehari pon, tak sampai 20k :unsure:
yanniz… iya tak iya jugak.. betul aa..
Aza,
sebenarnya rumah ini dibina utk dorang duduk 2 tahun je
“Saya difahamkan semua mangsa tsunami akan tinggal di rumah transit ini selama dua tahun saja.
bukan 6 bulan, 2 tahun transit
lepas tu baru pindah ke perumahan tetap
aku terfikir gak rumah tetap tu dah start buat ke blom
ke kontraktor dok sebok pilih mercedes dah kot? (aku kata kot)
korang boleh ke duduk rumah yg lantai senget, siling jatuh, tangki air bermasalah
pintu plak takleh kunci?
sadis shiot….kesian depa
dah la tua….
itu je ke yg terbaik kerajaan boleh bagi?
cakap yanniz boleh boleh pakai gak
tapi dok hotel sempit, nak makan susah takleh masak
org-org tua mana tahan makan kat hotel
sure cepat muak nyer….(sbb depa suka masak)
nak tau… dari orang2 berpengalaman… adakah RM20K untuk sebijik rumah sementara 3 bilik, 2 bilik air tu satu quotation yang berpatutan? (campur kos wiring sekali, dan tanah pulak free (tanah kerajaan, tumpang))
saja nak tau…..
(kena campur duit untuk orang tengah sekali kot??)
aku rasa la kot…
kalau kualiti camgitu takkan la Rm20k kot?
hah! satu persoalan gak tuh!
well..harga tu sekali dgn mark up yang dibuat sebanyak at least 2 kali ganda oleh kontraktor la tu…..hehehehe,…..eh lupa plak -oleh kontraktor la kot..(aku kata KOT)
malas nak edit
ni berita betul yg aku dgr dari kes songlap duit derma rakyat Malaysia
di songlap oleh Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia
opismate aku cerita, member dia siap berenti kerja dgn PBSM sbb takmo terlibat
takmo dpt saham dosa…
member dia ckp, duit derma rakyat Malaysia, PBSM guna utk maintenance Persatuan dorang
ambik boss baru (guna duit utk byr gaji boss baru)
lepas tu ambik staff baru (byr gaji staff baru)
staff lama dipindahkan ke area pendalaman supaya tak bocor kes
staff baru diambil sbb boleh simpan rahsia
byk lagi benda dorang buat dari duit derma rakyat Malaysia utk mangsa Tsunami ni
itu yg aku tahu je
tak silap aku PBSM laa…
betul tak betul…siasat la
off topik jap…
baru2 ni aku ade dengar citer tentang seorang baby baru lahir yang boleh bercakap…di Pahang….baby tu ade berkata sesuatu tentang tsunami yg dah berlaku..dan juga dua lagi bencana besar yg akan menimpa…tak lama lepas tu the baby dgn ibunya meninggal dunia.
Err…ni aku dengar cerita aje….kalau ade sesapa yg lebih tau betul ke tak citer ni…harap kongsikan bersama…
invic.. aku pon ade dgr cite yg sama psl baby tu.. tp tu la. aku pon dgr citer dr org.. cam ko gak
dah akhir zaman…biasa la tu
tapi yg aku dgr
makin ramai backstabbers muncul akhir zaman ni
so, berhati-hatila…
bercakap melalui pengalaman
biasala kes nak naik pangkat la ni
kalo ikutkan kos bikin sebuah rumah kos rendah 650 kaki persegi
3 bilik satu bilik air
Rm50k ke atas.Tu flat murah tau.
So kalo RM20k tu,pepaham je la.
sebenornya bnyk lagi prototype temporary shelter
tak salah aku arkitek Shigeru Ban bikin temporary shelter guna material kadbod
yg aku piki bole dibikin dgn harga yg lagi murah.
opismate aku cerita, member dia siap berenti kerja dgn PBSM sbb takmo terlibat
takmo dpt saham dosa…
member dia ckp, duit derma rakyat Malaysia, PBSM guna utk maintenance Persatuan dorang
ambik boss baru (guna duit utk byr gaji boss baru)
lepas tu ambik staff baru (byr gaji staff baru)
staff lama dipindahkan ke area pendalaman supaya tak bocor kes
itu dipanggil OPERATIONAL COST. kos untuk buat operasi die. so tak boleh atau almost impossible untuk disabitkan sebagai rasuahhhh/songlap.
pasal tak ade SESAPE yang bila rajin nak derma tu, tanye berapa % organisasi tu gune daripada duit derma tu untuk kos operasi (bayar tu bayar ni). lagi2 derma merapu gune sms tuh. korang tengok la permainan sms yang kat tv tu, brape banyak die caj untuk satu sms. pastu kalo RM5 derma, brape banyak korang rasa bebetul gune untuk derma?
mase memula die announce gune RM20k untuk buat rumah apsal takde orang bising? padan muke la. satu lagi kes mesia tipu mesia.
Ni satu lagi berita terbaru
nampak gaya ada 3 pihak terlibat ni
'main bola' lagi la gamaknya…
antara STDC, SPNB dan Pejabat Daerah Kuala Muda
kita tgk siapa yg kenaaaaa?
Rumah transit mangsa tsunami akan dibaiki
SUNGAI PETANI: Semua rumah transit mangsa tsunami di Kampung Permatang Katong, Kota Kuala Muda, yang rosak akan siap dibaiki dalam tempoh seminggu. Ketua Pegawai Eksekutif Seri Temin Development Corporation (M) Sdn Bhd (STDC), Datuk Syed Sobri Syed Hashim, berkata kerja pembaikan dimulakan kelmarin.
“Kerosakan rumah seperti siling yang runtuh, dinding yang terkopek serta tangki air yang tidak berfungsi dibaiki serta-merta manakala kerosakan lain akan dibaiki selepas mendapat laporan di Pejabat Daerah. Syed Sobri berkata, beliau juga akan berbincang dengan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah, sama ada STDC atau Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) yang bertanggungjawab membaiki rumah yang lain.
Mengenai parit di belakang rumah transit berkenaan, Syed Sobri berkata, ia bukan di bawah tanggungjawab STDC sebaliknya Pejabat Daerah Kuala Muda. Akhbar ini kelmarin melaporkan sebahagian daripada 112 rumah transit sementara yang terletak di Permatang Katong yang menempatkan mangsa tsunami rosak dan tidak dibaiki walaupun aduan sudah dibuat.
Daripada 112 rumah yang didiami sejak 15 Januari lalu, hampir 20 buah rumah rosak dengan silingnya runtuh apabila penahannya tidak kuat selain dinding rumah terkopek dan kedudukan rumah di blok belakang condong.
apabila kerja yang dibuat itu berlandaskan 'untuk mendapat nama' aka tidak ikhlas…
maka tiada satu kerja yang dibuat itu akan kekal lama aka jahanam je…
ramai nyer syed kat kedah sekarang… syed sobri, syed unan, syed razak, syed Meier, ….. .. ni sumer adik beradik ker?
semoga segalanya dapat di selesaikan dengan baik….
aku clearkan sikit pasal perkara ni. tempoh 6 bulan tu, actually for binaan sementara tanpa proper structures (floor beam, cerucuk, foundation etc) yg boleh digunakan tanpa mendapatkan CF (Certificate of fitness). ini standard kat malaysia laa. so aku assume temporary structures yg dibina utk mangsa2 tsunami tu complies to the standard. apparently not.
kerajaan membuat pengecualian supaya bangunan tu boleh digunakan hingga 2 tahun (or more), khusus utk menampung masalah ni.
mengenai harga rumah pulak, RM 20k adalah sangat murah utk sebuah rumah sementara. ini termasuk upah utk “bina segera” iaitu membina binaan dalam time frame yg kecik. sebuah wakaf kayu sementara (macam pondok) bersaiz 1.5m x 1.5m berharga RM 1,700. ni harga pasaran sekarang. sebuah bangsal tempat letak kereta (garage kayu) berharga rm 4,500 – rm 6,500. ni semua binaan kayu aaa, kalau binaan batu lain sikit harga dia. kalau nak guna kayu berkualiti, setiap harga tu boleh darab 1.5 – 2.0. sebuah rumah kampung 100% kayu currently would cost about RM 25k – 40k, tak termasuk upah dan sewa jentera/peralatan.
sewa traktor tak silap aku about rm 1,800 sehari. sapa boleh clarify?
harga kos rumah tu termasuk semua harga bahan binaan, upah bina, sewa peralatan, services bangunan (api, air, kumbahan) dan lain2. frankly, kalau kos bahan sahaja, aku recon should be around rm 10k++
mengenai PBSM tu, aku takleh nak komen apa2. ko sendiri cakap ko tak sure berita tu betul ke idak, kan madstone? eventhough ko ada mention berita tu berita betul kat awal post ko …
Aza,
benda dah jadi
dah takde org nak siasat
tinggal sebagai khabar angin je la
or may be operational cost cam C-FU ckp tu
hanya Allah yg Maha Mengetahui
salam
bak kata orang-orang tua,
kalau takde angin, masakan pokok bergoyang
di dalam konteks propaganda, tak perlu angin utk goyangkan pokok. jangan laa naive sangat.
sangat setuju dgn aza.
you don't really need anything solid to start a propaganda
kalo ade lagi bagus la
tp kalo aku sendri nak memburuk2kan certain2 pihak
bikin sahaja satu khabar angin,tak susah senang je
start dgn “a friend told me that…” “aku dengar kawan aku yg keje kat sekian sekian…”
and its amazing to see that how many people actually will fall to that baseless hearsay
masyarakat hari ni tak ramai yg mampu berfikiran kritikal,analitikal
kalo ade org yg start pertikaikan sesuatu khabar angin tu,mmg akan ade pihak yg menentang/mempertahankan khabar angin tu
so basically bg aku (seta kpd diri aku sendri)
kite jgn percaya sesuatu khabar angin 100%
siasat punca,cari kesahihan
buat cross examination,debate
kalo bole buat eksperimen (kalo perlu) mcm geng MythBuster tu.
betul tu. the thing about propaganda nih, the damage is done hanya dengan mewujudkan cerita tu. tak perlu buktikan kesahihannya. contohnya:
ada sorang awek yg suka pakai seksi, but she's decent. cara paling simple to destroy her image ialah apabila seseorang berkata, “awek tu dah barai”. tak perlu buktikan dia betul2 dah barai, kita dah destroy reputation dia just by saying that. “kalau takde angin masakan pokok bergoyang” does not apply here.
aku rase la stone
member ko nye words tu bg aku mmg takle dipercayai
sbb takde bukti nak support dakwaan die tu
lagipun kenape die tak pegi buat laporan polis psl benda tu?
sbb kalo ikut skala kejahatan songlap duit derma ni mmg antara yg terjahat tu
pecah amanah tu
kalo die buat diam tu mcm same subahat je dgn org2 yg didakwa menyonglap tu
kalo setakat cakap2 je,baik jgn dengo,kalo terdengo pon jgn dilayan sgt
silap2 haribulan benda tu sebenonye fitnah lak
repot polis?
wahaha jgn buat lawak la jekael
ko ingat polis akan siasat ke
aku pernah telefon polis 1 mlm 2 kali utk round taman aku…
sbb aku ternampak org mundar mandir keliling blok umah aku + anjing menyalak sakan
sampai aku tidur, sekor polis pun tak dtg!
sbb takmo repot polis la, dia berenti keje
siapa dia nak repot polis dan kalau repot adakah dia akan selamat? adakah polis akan layan?
kes kat penjara sg buluh pasal warden jual dadah pun tak ke mana
dah berapa repot dah dibuat, dok camgitu gak….takde apa-apa (kes ni lagi lama, last year)
lagipun aku dgr benda ni right away after opismate aku berckp dgn kawan dia yg ex-pbsm tu thru phone
kalau nak confirmkan balik aku boleh mintak dgn opismate aku tu utk call kawan dia
aku boleh call sendiri dan tanya…
the thing is kalau korang takmo percaya ke apa ke
aku tadehal dan aku tak paksa pun….anggap je sebagai omong kosong
dan korang betul…
aku salah
cukupla tu
enuff is enuff
Pergh! | Lukis, Komik, Kartun, Animasi, Games Malaysia
All information and content contained in this website are provided solely for general information and reference purposes.
By browsing this web you agree to our privacy policy.
© 2001 - 2021 All Right Reserved by Vasqtech Network Malaysia