Home › Forums › Movies, Musics, Anime And TV Series. › Kumpulan Dewa Pejuang Yahudi?
Kumpulan Dewa Pejuang Yahudi??
Baru-baru ini, Indonesia telah digemparkan dengan insiden 10 April 2005 apabila Kumpulan Dewa, group terkenal di republik itu didakwa telah memijak kaligrafi kalimah ALLAH berbentuk bintang yang disiarkan
secara langsung menerusi saluran Trans TV. Kaligrafi tersebut merupakan
lambang album terbaru Dewa, Laskar Cinta.
Ustaz Wahfiuddin, seorang pendakwah terkenal yang secara kebetulan menonton siaran langsung itu telah membuat aduan ke stesen TV tersebut, mendakwa logo yang dipijak oleh Dewa sebenarnya adalah kaligrafi
kalimah 'ALLAH'. “Orang yang mengenal huruf Arab dan sedikit faham mengenai seni akan langsung mengetahui bahawa logo di lantai yang diinjak- injak itu adalah kalimah ALLAH,” katanya. Aduan itu terus diberi perhatian oleh Pengarah Trans TV, Ishadi SK dan sudut penggambaran kamera
diubah serta merta sehingga akhir pementasan.
Pihak Trans TV bagaimanapun mengundang Ustaz Wahfiuddin ke stesen tersebut untuk berdepan dengan Ahmad Dhani selaku ketua kumpulan Dewa bagi merungkai kekusutan dan menjernihkan semula keadaan yang bersebab pada kaligrafi dan dakwaan pendakwah tersebut. Wahfiuddin telah menunjukkan sendiri kepada Ishadi dan Ahmad Dhani sendiri sebuah buku berjudul 'The Cultural Atlas Of Islam' karya Prof. Dr Ismail Faruqi yang memaparkan imej bintang yang sama berupa tulisan kaligrafi Arab dari ungkapan 'LAFDHUL JALALAH' (ALLAH).
Ahmad Dhani berusaha menafikan dengan mengatakan terdapat perbezaan antara 'LAFDHUL JALALAH' dan Laskar Cinta kerana lambang yang dipijak itu sudah dimodifikasikan. “Dhani telah memodifikasikannya dengan mengisi bahagian tengah dari huruf terakhir (ha). Tapi bagi orang yang mengenal huruf Arab,
modifikasi itu tidak mengubah bentuk dan maknanya secara signifikan,” kata Ustaz Wahfiuddin.
Didin Sirajuddin AR dari Lembaga Kaligrafi Al Quran (LEMKA) bersetuju bahawa lambang kaligrafi Laskar Cinta adalah simbolik dari kaligrafi Arab 'LAFDHUL JALALAH'. Apabila ditanya mengenai perbezaan seperti yang
dinyatakan Ahmad Dhani, Didin berkata, lambang itu tidak sepenuhnya mirip tapi ia boleh dibaca dengan tulisan kufi (kubisme) sebagai ungkapan ALLAH. Selepas pertemuan Wahfiuddin dan Ahmad Dhani, pengurus Dewa, Dian menganggap isu tersebut telah selesai.
Kemelut itu bagaimanapun tidak reda sebagaimana yang dijangka. Berakar daripada konsert di Trans TV itu, ada pihak lain yang mahu menyelongkar cerita di belakang pentas muzik Dewa. Tokoh Budayawan, H Ridwan
Saidi yang juga bekas Ahli Parlimen (DPR), pada 2 Mei 2005 lalu telah mengemukakan aduan kepada pihak berkuasa, meminta supaya kumpulan Dewa disiasat kerana disyaki menjadi AGEN PENYEBAR PROPAGANDA ZIONIS YAHUDI di repulbik itu.
“Ini harus disiasat. Ada apa di belakang Dewa?” kata Ridwan dipetik dari majalah Saksi keluaran 22 Mei 2005. Menurut Ridwan lagi, Laskar Cinta bukan satu-satunya tindakan Dewa yang boleh dilihat sebagai usaha memperlekehkan Islam, bahkan telah bermula sejak album mereka yang pertama lagi dengan simbol yang membawa imej ZIONIS YAHUDI.
Tokoh budayawan Indonesia, H Ridwan Saidi berkata,”Saya sebagai orang yang telah lama mempelajari dan mendalami Zionisme BERANI mengatakan bahawa ini (Kumpulan Dewa) merupakan usaha penyebaran simbol-simbol Yahudi yang terbesar dalam sejarah Indonesia.” Bekas anggota Dewan Perwakilan Rakyat
(DPR) yang kini dikenali sebagai tokoh budayawan pernah menjejakkan kaki ke Israel untuk mempelajari Zionisme dan agama yahudi.
Ridwan mendakwa, gambar piramid yang terdapat pada kulit album DEWA 19 (1992) adalah mirip lambang gerakan rahsia Zionisme (Illuminati) yang dicipta oleh Adam Weishaupt (1748-1830). Weishaupt adalah
pemimpin gerakan 'Ancient and Illuminated Seers of Bavaria' (AISB), sebuah gerakan rahsia Masonic yang memperjuangkan doktrin Luciferic di bawah payung pertubuhan Freemason antarabangsa. Logo yang sama juga boleh ditemui pada wang kertas US$1 dengan moto NOVUS ODO SECLORUM yang bermaksud Tata Dunia Baru (New World Orde). Ini secara tidak langsung telah memberi maksud akan usaha gerakan Zionisme untuk menguasai dunia, apa yang telah mereka capai dalam pelbagai bidang termasuk muzik dan hiburan pada masa ini!!!
Dalam album TERBAIK-TERBAIK (1995), Ridwan mendakwa simbol yang terpampang pada kulit album itu adalah imej DEWA RA (dewa matahari dalam metologi Mesir Kuno) yang diterima oleh penganut yahudi sebagai salah satu Tuhan mereka. Seperti orang Islam dan Kristian, Yahudi turut menyembah Allah
yang dipanggil YHWH (Yehweh) tetapi TUHAN bagi mereka bukan ESA atau satu. YEhweh (Allah) sebaliknya dianggap sebagai LORD OF THE LORDS (Tuhan segala Tuhan) yang selain Allah ada lagi tuhan-tuhan yang lain. (Dalam album Laskar Cinta, Ahmad Dhani turut menyebut ALLAH SWT sebagai LORD OF THE LORDS)???
“Dalam album yang sama, ada pula satu halaman PROTOCOL OF ZIONS (Protokol Zionis) dalam bahasa Hebrew (bahasa Yahudi) yang siap dengan judul dan logo.” katanya yang memang menguasai bahasa tersebut. Simbol Protocol Of Zions yang berbentuk mata menggambarkan perjuangan Zionis untuk
'memerhati' dunia dan menguasainya. Dikatakan mata itu juga adalah sempena mata OSIRIS, salah satu daripada dewa yahudi. Ada juga orang menganggap simbol mata satu itu adalah 'MATA DAJJAL' atau mata syaitan (Evil Eyes).
Dalam album THE BEST OF DEWA 19 (1999), terdapat simbol panah dan garis lurus yang memotong salib. Itu merupakan salah satu simbol gerakan Freemason, pertubuhan yang menaungi segala kegiatan Zionisme
antarabangsa melalui gerakan sulit dalam pelbagai bidang seperti kebajikan, ekonomi, politik dan sebagainya.
Dalam album BINIMA (2000), gambar sayap yang digunakan merupakan simbol kumpulan THEOSOFIE, sebuah pertubuhan keagamaan Yahudi. lambang sayap juga adalah lambang rasmi DEWA yang turut digunakan dalam album ATAS NAMA CINTA I & II (2004). Album CINTAILAH CINTA (2002) pula memuatkan
simbol EYE OF HORUS. Horus adalah Dewa Burung, salah satu dewa orang Yahudi yang berasal dari mitologi Mesir Purba. Selain itu, banyak terdapat simbol mata gerakan Freemason.
Dalam album terbaru LASKAR CINTA (2005) turut mencetuskan kontroversi ialah lagu 'SATU' yang bagi Ridwan Saidi membawa mesej ajaran sesat WAHDATUL WUJUD yang dipelopori Sheikh Siti Jenar yang turut dikenali dengan penggilan AL HALLAJ. Dalam kata-kata aluan di kulit album, Ahmad Dhani sendiri dikatakan mengesahkan 'hubungan' itu dengan ungkapan :”THANKS TO: AL-HALLAJ” manakala di bawah lirik tersebut pula terbdapat ucapan :”THANKS TO SYEKH LEMAN ABANG”. 'SYEKH LEMAN ABANG' adalah nama lain bagi SHEIKH SITI JENAR!!!
Satu lagi kontroversi yang dicetuskan apabila Ahmad Dhani dalam ruangan kata-kata aluan menulis :”DHANI THANKS TO…JAN PIETER FREDERICH KOHLER (THANKS FOR THE GEN)” yang bermaksud :”DHANI BERTERIMA KASIH KEPADA…JAN PIERTER FREDERICH KOHLER (TERIMA KASIH ATAS DARAH KETURUNANNYA).Ridwan
mendakwa, Jan Pierter Frederich Kohler yang disebut Ahmad Dhani merupakan nama datuk dari keturunan sebelah ibunya, Joyce Theresia Pamela Kohler. KOHLER katanya adalah nama keluarga atau nama marga orang Jerman. “Dhani ternyata begitu bangga akan darah keturunannya itu.” kata Ridwan.
Kini terlerailah sudah tanda tanya mengapa selama ini dia sering mengenakan kalung yang berloket Bintang David, simbol zionis seperti yang terdapat pad bendera negara Israel. (Pada lewat tahun 1990an dulu, seorang artis wanita Malaysia juga pernah mencetuskan kontroversi kerana memakai loket simbol yang sama).
Renungkanlah dan fikirkanlah sebelum terlajak jauh. Seluruh negara, bangsa dan agama di dunia ini mengakui alam nusantara , terlalu kuat pegangan Islamnya. Dikatakan sehingga kini bangsa paling berpengaruh iaitu bangsa yahudi terlalu sukar untuk menembusi akal pemikiran bangsa melayu di alam
nusantara untuk mengikut agama mereka. Ini juga merupakan salah satu cara gerakan yahudi untuk menghancurkan Islam di sebelah Timur.
Jangan kita menjadi bangsa Arab, telah lemah segala-galanya dengan tekanan Zionisme. Perlu diingat, selepas rantau timur Tengah telah dapat mereka kuasai, Zionis akan datang ke Timur atas sebab-sebab
yang telah mereka rancangkan ratusan tahun dahulu.
Sekian.
[attachment tidak dipindahkan semasa pemindahan server]
betul tak betul korang baca la sendiri
aku just copy paste dan edit skit
siap gambar lagi…
[attachment tidak dipindahkan semasa pemindahan server]
kalau sebelum 1 berita je [yg 1st news tu]
skang ni ada byk berita pasal Dewa
fikirkanlah sendiri
[attachment tidak dipindahkan semasa pemindahan server]
siap gambar lagi
[attachment tidak dipindahkan semasa pemindahan server]
ada 2 lagi
[attachment tidak dipindahkan semasa pemindahan server]
judge it by yourself
[attachment tidak dipindahkan semasa pemindahan server]
just nak share dgn korang je
relax laaa
[attachment tidak dipindahkan semasa pemindahan server]
well….baru aku tau pasal dewa ni…pastu baru aku tau dan aware pasal zionis ni punya simbol2 secara terperinci plak…
thankss..
first of all
sbhgn info psl dewa2 tu crap
Yahudi tak pernah claim Horus,Ra dsb sbg dewa Yahudi
sbb agama Yahudi sembah Jehovah(Yahweh)
lgpon kenape diorang nak sembah tuhan mesir kuno
yg firaunnye pernah nak obliterate diorang?
yes,dlm Freemason ade the Eye of Horus
simbol Ra pon ade
tp dgn buat andaian dewa2 tu dewa2 Yahudi semate2 Freemason tu ade kaitan dgn Zionis
aku ckp diorang baik buat balik research tu betul2
ni setakat research skin deep
pastu letak susunan ayat2 yg bole timbulkan paranoia
nanti jd mcm website malay.indera tu
tu website cth akibat terlampau paranoid
satu je aku bole terima dlm kes Dewa ni
penggunaan kaligrafi tak kena tempat dan gaya
yg lain psl dewa2 tu aku reject
wahh…bertambah menarik ni…
ni dah kira cam edisi siasat
peminat2 Dewa diluar sana jangan melenting dah le
plot Yahudi dalam Protocolnya mmg sudah lama berusaha menjalankan misinya
tak kiralah dalam bentuk apa2 pun
melalui industri muzik dan perfileman salah satu dari protocolnya
sila rujuk Blog Muhamad Shukri dan WebKLNet
ouh, pasal ni lagi, dalam forum lain da diperdebatkan da, dalam baladewa pon kecoh.
aku rasa cover album seacrh ada jugak pakai gamba mata tu.
cuma satuuuuuuuuuuuuuuuuu….je dari dulu yang aku selalu komen.
kalimah di kulit album tu (album latest).
nak jugak dengar pendapat forumnis pergh yang kritis.
hahahaa mengarut betol la artikel dewa itu ini
setujuuuu sangat pasal pijak logo tuhh, ape laa
Dhani tak kaji betol-betol kot kesan logo tu .. :unsure:
hahaa kromosom aku ingat lagi logo yang kau komen tu 😆
dah tambah 'ha' pon tetap nampak jugak kalimah Allah tu..
haihhh sape laa dengki sangat sampai di tambahnye jadik pejuang yahudi.. (bukan kau stone!!)
terima kasey che'gu sting for the link
ada lagi link yg bersamaan dgn waktunya tak che'gu?
Check out this MyQuran Org
tak yah la sibuk2 negeri orang..
ayah pin kat negara kita tuh lagi la teruknya..
buat malu saje..
Ape tuh? Kerajaan Dapur? (aku nampak cerek.. hehe)
// dewa nih aku dulu2 x suke la.. sebab nama dia DEWA..
// skang pun tak layan sangat.. gitu2 jer..
sape2 nak main kes Dewa ni
1st skali aku nasihatkan
pergi kaji lebih mendalam agama Yahudi
ahli Dewa tu pon bnyk bg fakta salah
diorang sanggup buat statement “Yahweh ade tuhan2 kecil” tu sbb
-diorang tau org Islam asal psl Yahudi je terus percaya esp. benda2 jahat (ingat lg psl pengebumian Yahudi menegak tu?)
-diorang tau org Islam mostly don't even bother to make their own research on other religion,thus whatever they said we will believe 100%
-diorang tau org Islam pon cepat sgt paranoid,esp. benda2 'secret' camni
seriously bg aku,sesape yg percaye Yahweh ade minor gods eg. Horus,Ra,Baal dsb aku cakap diorang dah termasuk dlm perangkap Dewa.
skarang sesape boleh buat kajian lanjut utk mengesahkan 'Yahweh surrounded by minor Gods' silakan
*edited
hehe..
skeptikal..
korang mesti pernah jumpe 1 gambo pompuan yang macam beruk tuh kan?
kononnya tendang quran.. pastuh jadi camtuh..
siap ada laman web arab lagi buat camtuh..
padahal sebenarnya.. gambo tuh adalah patung pameran apa tah tajuk dia.. aku cari la nanti..
pastuh tersebar merata2.. gambo dan cerita tuh..
bayangkanlah.. ada bukan islam yg mmg tau gambo tuh gambo patung.. mesti dia gelak GILER GILER kata orang ISLAM BODO!..
orang kita mudah sangat percaya kepada satu2 hal yang kononnya mengetepikan agama..
macam adza cakap = asal bende tuh “rahsia” atau “jahat kepada islam”.. terus jer percaya..
perati dulu la memolek..
aku tak la defend dewa nih..
lantak dia la nak mampos ke apa ke.. cuma sikap dan persepsi tuh..
aku post kat sini hanya utk berkongsi
sharing info
betoi tak betoi judge la sendri
alamak…susah la cammni…aku ni peminat dewa giler babeng sial…
biar betull….
jgn marah ye stone..
..betoi tak betoi judge la sendri
ada baiknya kalau: “..betoi tak betoi kaji la sendiri”
ha ah betol tu
betoi tak betoi, kaji la sendiri
first of all
sbhgn info psl dewa2 tu crap
Yahudi tak pernah claim Horus,Ra dsb sbg dewa Yahudi
sbb agama Yahudi sembah Jehovah(Yahweh)
lgpon kenape diorang nak sembah tuhan mesir kuno
yg firaunnye pernah nak obliterate diorang?
dlm tamadun mesir pun ada satu lambang mcm salib tau…
tau tak cubaan yahudi nak timbulkan kekeliruan manusia dengan guna jgk lambang2 nie represent depa jugak?
tau tak yg yahudi sangat windukan Palestine…Jordan dan Mesir? dan seluruh jajahan Arab?
setiap tahun mereka akan gathered kat epicentere nie..termasuk area piramid.. kerana menunggu al-masih (messiah…) savior versi depa?
Kecoh betul Dewa nii…. X-(
peAce!
ps; Ayah Pin lolos naik langit…kekek.ee… memalukan Terengganu jee…
Kecoh betul Dewa nii…. X-(
peAce!
ps; Ayah Pin lolos naik langit…kekek.ee… memalukan Terengganu jee…
Kecoh betul Dewa nii…. X-(
peAce!
ps; Ayah Pin lolos naik langit…kekek.ee… memalukan Terengganu jee…
bagi aku..ayah pin cuma scapegoat, issue alih perhatian sbb aritue depa galak roboh meroboh masjid dan umah kat Ganu… oh ye..offtopic dan bakal nyala satu flame..bilamentioned nie..tapi kena ckp gak..
aku pun susah nakpercaya satu band yg indah muzik dan lyrical tiba2 dikaitkan dengan sebegitu banyak plot yahudi… but then… siapa tau?
nie satu yg defend DEWA…http://www.mail-archive.com/sma1bks@yahoogroups.com/msg01110.html
dan betul..agreed… pihak2 muslim yg sayangkan islam tetapi suka upkan fwd2 dangkal… baru nie kecoh ada budak transformed jd beruk sbb buang QUran mak bapak dia tgh hold.. dia naklayan TV…. gambo tue lak dihambik dr web gambo2 pelik yg dipertikaikan kesahihan dia…gambo skill cantom2 tue leee..
tapi dr pengamatan aku.. set2 yg serrrang dewa nie mmg mengkaji jugak..bukan main hantam tuduh..(sebhg yg depa upkan…)- bab2 lambang….kredit thanklists tue… sebhg yg lain aku susah nak eat jugak…
DEWA guna lambang2 tue mungkin sama kes dengan search…guna sbb suka tapi tak tau.,. (mungkin..) tapi bab dia kata guna lambang Allah tue dia kata dia tatau…xperasan..susah gak nak terima..
i hav to say, singing once mmg memukau…lagi2 lagu PUPUS…(x dengo dewa dulu2..)..
berhati2 lebih baik aa..
mad dan pihak2 sayangkan agama menimbulkan atas kesedaran..
benda kalau setakat 1 hujah tadehal
ni sampai panjang lebar hujah dorang
nak kena kaji gak tu
satu je perlu diingat
jgn ingat kita pandai je dlm dunia ni
ramai lagi org yg lebih terer dari kita
sometimes nak kena baca jugak apa org tulis
kajilah sendiri
aku just nak kita hati-hati
Pergh! | Lukis, Komik, Kartun, Animasi, Games Malaysia
All information and content contained in this website are provided solely for general information and reference purposes.
By browsing this web you agree to our privacy policy.
© 2001 - 2021 All Right Reserved by Vasqtech Network Malaysia