Home › Forums › Research And Developement › Komik Racing Kereta…
Dari Kabinet Fail Mobilespeed Comics Inc.
LEGENDA LEBUHRAYA
storywork: dah siap… :pergh:
skrip: dalam pembikinan… :p2
sinopsis:
Mengisahkan seorang pelajar kolej yang baru berjinak2 dalam perlumbaan kereta. Tetapi dia telah tewas dalam perlumbaan dengan musuh sekolejnya. Namun perkenalannya dengan seorang gadis yang juga pelajar baru kolejnya bakal merubah nasibnya sendiri. Ini kerana abang gadis tersebut adalah seorang jaguh lumba kereta jalanan…yang akan membantu beliau menjadi sepertinya.
ako belum habis detail lagi…nanti tak surprise! cerita ni ada gabungan ala 'Fast & Furious' dan Initial-D…
APA2 HAL NANTI AKO UPDATE LAGI! :sengih:
nak anto kat ner?
kalau nak, boleh bincang
details, PM aku…
peh… baguih gak ni… tak byk lagi kat mesia rasanya…
kat MOY ada bacang buat gak citer race keter ni… tak ingat aku tajuk komik bacang tu…
bacang kalau lukis keter mmg smart aa
JB menjeritttt…..
ini crite versi aku pulak…
kisah anak orang kaya yang cuba perabih duit mak bapak untuk impress budak pompuan bawah umo yang gedik dengan bawak kereta laju2 kat jalanraya… tengah gian racing, terlanggar pakcik tua nak pegi surau nak sembahyang suboh… pastu lari dan minta kawan roommate dia yang miskin dan bodoh mengaku bawak kereta tu…
bertambah glamer laa bahalol bahalol lebuhraya tu… mengapa musti lebuhraya?? apesal tak buat legenda sepang ker?? racing kat highway langsung tak cool, menyusahkan orang lain je… most yang bawak laju cam nak racing kat highway are jerks, kononnya terer laa… terer kepala lutut maknyah… turun jer hujan lebat, terus pasang hazard lights cam orang tak reti bawak kereta, merangkak 60km/j…
X-(
please …. puppeter dah buat dah… bunyi cambest, tapi tak best pon…
why not ko buat citer pasal legitimate racers, cam REAL race drivers, bukan citer wannabes…
:p2
tgk dia garap camana dulu kot
tp konsep asalnye mcm dah biasa tgk/baca/dengar
hg nak develop sendirik ke nak tulih skrip je ni? hanto la 2-3 sketch skit nak tgk
citer pupeeter mmg tak best pun
lukisan je ok tapi citer, zero
dialog pun mcm nak tak nak bercakap je….
sebab tu citer komik US org boley terima
sebab pencil org lain, inking org lain, coloring org lain, story org lain
4 org utk buat 1 komik
kat mesia ni? one man show?
big show? big red machine…
blackdeath, jom race!
kalau aku buat cerita race plak:
hero adalah seorang polis trafik/lebuhraya. kakak dia plak kaki race gila2 punya. sekali bila kakak dia eksiden dan lumpuh, dia rasa terpukul dengan bencana tu. so dia start jadik vigilante, race memalam pasal somehow nak balas dendam pada sesuatu yg dia sendiri tak pasti, dan waktu siang jadik polis. so dia pau kereta2 kakak dia, bikin gila2, pastu start race otai2 racing kat malaysia satu persatu.
cerita ni involve banyak pakar2 kereta, termasuk dua orang pakcik berumur 60 tahun yg nampak macam orang tua senile yg tak campur ngan orang lain dan suka lepak kat kedai kopi sambil main dam haji, tapi tahu banyak pasal kereta. dengar dari bunyi kereta aje dah tau apa yg rosak. (imagine cerita thunderbolt – jackie chan). pakcik dua orang ni dulu mentor kepada kakak hero, dan sekarang hero takes up the place.
hinggalah pada akhirnya, hero terpaksa berdepan dengan otai segala otai racing. race ni dianggap deathrace, pasal track yg extremely bahaya (or whatever). ending aku tak pikir lagi. it could be anything.
cerita ni banyak bergantung pada relationship antara hero dan kakak dia, function seperti mentor dan saviour. fungsi “awek” adalah secondary dalam cerita ni. sesekali keluar dari kemelut “percintaan” yg menghantui hampir semua cerita kat malaysia ni might be a fresh start.
ok gak tu Aza…
aku book citer ko bleh?
PEHHHH…lama dah tak baca komik racing nih…
the old days dalam Bambino ada komik tajuk PELUMBA…lupa lak pulak siapa pelukis tuh…knock knock knock…PENUNGANG ARUS pls help me to recall this…
hmm ade komen membina dan ade yang tak… :p2
ape2 hal tuan2 dan puan2 harap bersabor…
kite tengok dulo camner..
ako baru siap sketching kereta…sekarang tengah sketching watak plak…
scanner tengah probblem…kalo ade mase ako scan kat cc boleh upload tunjuk kat korang… :sengih:
mobilespeed::
pls letak info karekter2 dan watak2 pembantu dalam cerita tu..
hah! scan cepat2 kitorang nak tgk progress…
ko kena banyak refer filem pasal race nih… macam 'fast & furious', etc! filem lokalpun ada sebijik… 'litar kasih' kalo tak silap ako!
Mobilespeed, harap2 takde LANGSUNG babak lumba haram dlm komik awak ni yek? Kalau ada pun, jangan la melibatkan hero dan biar last2 pelumba2 terpelanting masuk longkang. Call me corny, but I wanna see a legal race dlm komik kita, buleh? :]
Please, I'm sick of heroes yg seolah2 tak salah bila dia melibatkan diri dlm lumba haram. :p2
kalau nak paparkan citer lumba haram ini utk pengajaran atau moral yg baik apa salahnya
kalau ending atas katil hospital pun takper
muka hero hancur lebur sebab accident…
at least pembaca boleh nilai baik buruknya…
kalau nak paparkan citer lumba haram ini utk pengajaran atau moral yg baik apa salahnya
kalau ending atas katil hospital pun takper
muka hero hancur lebur sebab accident…at least pembaca boleh nilai baik buruknya…
Bukan membantah ke apa, betul cakap awak. Pengajaran boleh disampaikan dgn pelbagai cara.
Cuma sesekali saya nak tengok mesej 'mencegah lebih baik' drp 'dah kena, baru nyesal'. Camana hero cuba sedaya upaya, berkeras mengelak drp benda negatif tu & sebagainya.
sebagai sorang tua yang dah biasa buat keje-keje bodoh akibat pengaruh dalam komik…. saya setuju dengan Farah… menglamerkan benda2 ni walaupun ada pengajaran bukannya berkesan… kalau tengok pelumba malam contohnya… apa pengajaran yang orang ingat?? aku ingat takder pun, kecuali dapat mengorat awek lawa… kalau pengajaran tu hanyalah tempelan untuk cukup syarat, saya boleh kata hahahahahaha…
asalnye nak buat skrip untuk movie….but ramai member ako kate movie macam ni mahal perbelanjaannya…so komik ni le jalan yang terbaik ako nak buat. nak buat komik pasal legal race…takut membosankan pulak.
ako nak try buat komik illegal racing ni….pasal nak cuba menyelami apa yang sebenarnye berlaku dengan dunia illegal racing…like Bade cube menyelami kehidupan mat rempit dalam movie “KL Menjerit”…and you know who write the script?? tak penunggang profesional, Shahrul Yuzy kan…
korang mesti minat movie Fast & Furious dan sekuelnye 2 Fast 2 Furious….but the story…illegal race jugak…
Komik ni tak sepenuhnya illegal…maybe sampai ade satu tahap tu akan ade pengajaran yang akan ditunjukkan…Pernah tengok VCD jepun MAX-Shuto Trail Champion…macam tu la yang ako nak buat…
ako sendiri pernah join illegal street race…not only this comic tells about it…ako try selit beberape experience ako dan kengkawan ako sendiri…dan ako sendiri pernah lari dan ditahan polis….bak kate orang tua “belajar dari pengalaman”… :sengih:
try la buat
tak sabo aku nak tgk nih…
production tengah slow lagi…kerja luar banyak..
sketch dah siap…nanti ako upload…
mobilepseed,
dua tahun lalu aku pernah buat komik pasal lumba kereta,tapi aku hentikan kat separuh jalan sebab malas + takde support aku=hilang……………..ekekek…kantoi…
aku pulak nak buat kisah seorang pelumba F1. pelumba ni pelumba pertama wakil negara dia, lepas tu semua org harapan terlalu tinggi kat dia. nak dia masuk2 terus jadi juara
kisah ni banyak berkisar tentang perasaan dia, konflik dalaman, emosi, dan semangat patriotisme dalam diri sebab dia terpaksa cope dgn harapan2 negara yang kalau pikir2 balik, mmg impossible jugak laaa. menekankan aspek 'what i have to say for myself' or something like 'whats it like to be me'
(sekali cerita alex yoong daaa 😆 )
komik lomba2 perancis yg berzaman dlm soratkhabar (apa ke tajuk) ngan INITIAL D pun besh apo? nak tgk/ buat rujukan.. komik promo LEGO ker.. MASK trebo dulu ker.. hihihh
PELUMBA dlm Bambino? x pasti la Sting…
Mobilespeed.. kau nie pelukis komik MAUT, UDA DAN DARA – Jimi Kong ker.. ekekekee.. sbb kau bergambar pakai baju pelumba.. mamat Jimi tue pun suka bergambar pakai baju bikers lumba nie.. tapi last aku tgk pic dia rambut panjang.. ekekek..
grandsicktanics…
ako dulo memule camnih le…same mcm ngko…dtg ketandusan idea terus 'kopok' semua komik ako…tapi bile idea dtg mencurah2….stroke ako semua ilang…terus takde mood nak lukih…
ni pon projek ako nak bergiat semula dalam bidang ni…ako pon tengah belajar semula nak gubah stroke lukisan ako…btw sketching kereta semua dah siap…pade member ako tengah scanning…ade rezki ako up kat sini..
oso ako tengah bergiat dalam projek komik racing member ako kat satu lagi forum…
wave rider…
he he he, i'm not that guy…avatar tu gambor pelumbe idola ako…keiichi tsuchiya…
Pergh! | Lukis, Komik, Kartun, Animasi, Games Malaysia
All information and content contained in this website are provided solely for general information and reference purposes.
By browsing this web you agree to our privacy policy.
© 2001 - 2021 All Right Reserved by Vasqtech Network Malaysia