Home › Forums › Mags Review, News And Events › Komik Malaysia
assalamualaykum semua…
memandangkan thread yg lepas dah tenggelam dan 'tak semua' tau pasal projek
'manga melayu' pts… maka kat sini aku cuba upkan balik supaya semua org tau apakemende projek ni sebenarnya…
manga melayu?
tukar istilah?
kenapa dlm bentuk buku?
kalau buat dlm bentuk buku :
–bayaran : adalah dlm bentuk royalti
maksudnya selagi buku tu terjual selagi itulah korang akan dpt hasil royalti.
misalnya korg buat buku bertajuk “mat senget”. dan buku tu terjual selama 30 tahun. maka setiap tahun anda akan dpt royalti. maksudnya bayaran utk korg bukan hanya sekali jer. selagi buku tu terjual di pasaran selagi itula korg dpt royalti. dan kalau korang mati pun royalti tu akan dibayar pada ahli keluarga korang.
–hakcipta (copyright) dan lain-lain 'right'
segala hak/right adalah pada tangan pengkarya. pts hanya melesenkan 'right to publish' ajer. kalau korg nak develope lagi karakter korang itu korang punya hak.
kalau pts nak guna karakter korang utk bende lain mcm utk merchandise ke apa ke, pts kena mintak izin korang terlebih dahulu.
so kelebihannya : karakter korang takkan 'mati' atau 'jadi laba' pada mana2 sykt penerbitan kerana korg yg memegang right tersebut.
apa yg perlu korang buat kalau berminat?
apa yg ada kat link tu adalah “proposal” semata sbg guideline. bukannya korang kena ikut sebijik sejebon. kalau dlm proposal korang kata nak terbit 2 kali setahun pun takpe sbb tu proposal korg.
pts one buat nomik tu apekemende plak?
pts publication ada 3 anak sykt :
pts pro (utk bisnes, profesional dll)
pts millennia (utk remaja, agama, motivasi, sesama, kreatif dll)
pts one (utk kanak-kanak)
setiap anak sykt didaftarkan dgn sdn bhd masing2. so mmg sdn bhd la memasing.
kalau nak tau pasal pts one contact terus dgn orgnya. aku boleh bantu sikit2 je. lebih2 aku taktau sbb bukan sykt aku.
pasal cover yg “kureng” bukan dibuat oleh cover designer in house pts.
itu freelance punye keje.
sapa2 yg terer design cover dan nak jadi freelance boleh contact aku. boleh aku rekemenkan kat org atas pts.
off topik : sape2 nak menulis (mcm panah dan alif buat skrg ni) pun boleh. masih dibuka lagi…
akhir kata, marilah buat duit dgn melukis dan menulis
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Sebagai tambahan kepada apa yang diperkatakan oleh Wan Zuhairi. Projek Komik Malaysia ni disasarkan bermula terbitannya pada Mac 2005. Jadi sebolehnya para pelukis komik yang berminat untuk join projek ni sebolehnya menghantarkan proposal selewat-lewatnya 30 November 2005. Ini membolehkan kita finalised kan dia punya jalan cerita dan konsep komik tersebut.
Di kami di PTS Millennia Sdn Bhd, kita mahu melihat nilai-nilai yang disuntik ke dalam komik tersebut. Di samping itu nilai komersil juga penting bagi memastikan ia dapat menyerap masuk ke dalam pasaran.
Jadi cadangan kami, sebolehnya sebelum mulakan apa-apa contengan (Sketch) ataupun komik perlulah membuat mock up dan proposal terlebih dahulu serta dibincangkan secara masak mengenai pakejing yang ingin kita sediakan. Saya bagi pihak pengurusan sentiasa terbuka dalam memenuhi sebarang temujanji mengenai projek ini.
Sebarang maklum balas mengenai perkara ini bolehlah menghubungi saya secara terus di email saya : fauzuln@ptsmillennia.com ataupun fauzuln@pts.com.my. Bagi yang Yahoo Messenger boleh addkan saya punya YM ID : abuiqbalnuaim.
Sehingga hari ini baru 2 proposal yang pihak kami terima daripada para pelukis komik dan kartun yang berminat. Ini sejak pertemuan pertama yang kita buat dahulu (bagi yang hadirlah). PIhak PTS M mengajak lebih ramai pelukis komik dan kartun tampil ke depan untuk sertai projek ini. Sebarang perbincangan boleh dilakukan dan perlu maklumkan kepada pihak kami terlebih dahulu masa dan tempat pertemuan agar boleh dimasukkan ke dalam jadual harian saya.
PIhak PTS M mendengar daripada Wan Zuhairi ada beberapa kumpulan yang sudah mempunyai proposal, namun sampai sekarang masih tidak menghantarkannya kepada pihak PTS M.Pihak kami masih menunggu proposal-proposal tersebut.
Semoga projek ini membawa kebaikan kepada kedua-dua belah pihak. Sebarang maklum balas boleh dibuat kepada saya ataupun Wan Zuhairi secepat mungkin.
Sekian, terima kasih.
Wasalam
freelancer utk cover designer tu deal ngan pts ker deal ngan artis nomik tu sendiri?
ok terima kasih.. baguih dok ada punye info.. snang sket..
hari tu aku pon cam yea2 jer nak gi dengar ceramah pasal projek nih..
last2 x dpt pi..
walopon dah paham sikit pasal projek nih melalui post2 member lain..
kiranya baguih dok ada info ni dipanaskan semula smoga yg tertinggal dpt follow & melibatkan diri…
inche amykamen… utk freelance cover designer deal ngan pts
emio… tu la… waktu thread tu bukak dulu aku kat mesir… skrg ni baru aku jelas pasal projek tu. kalao ada masa aku pun nak buat gak… bayaran royalti beb; artworks ko bukan dibayar hanya 'utk sekali'
chun…lepas nikena amik menifestasi perhians yang penah buat projek ngan pts..sng skekkot?
saudara fauhil dan Hairi..
sebenarnya teringin jugak nak buat komik camni memang dari dulu hajat hati nak wat camni, tapi masa tu takder publisher yg offer sebegini, lalu terpaksa self publish… dalam hati teringin nak buat citer umbra dalam bentuk asal/ konsep asal sebelum tertukar jadi majalah… begitu juga bila melihat kawan2 dalam umbra yang ada konsep citer sendiri dan ada potensi bikin buku (cam odows/ kimball/zedd/mafia etc) samada solo atau dalam bentuk kompilasi… maklum saja la kos dan masalah distribution self publish ni..
masa memula tu memang ada proposal, tapi bila sampai part nilai2 murni ni kantoi sikit, sebab banyak gak kandungan citer agak ganas dan brutal yang rasanya gerenti akan direject… walaupun memang banyak berfalsampah sikit… jadi tu yang terkantoi nak antar proposal tu…
cuma nak tanya, kalau modify citer dan kandungan, tapi masih target umo >15, ala futuristik, citer perang2 dengan tema kedamaian agak2 boleh terima tak??
satu lagi, kalau buat antologi komik gabungan beberapa karyawan (yang mungkin bikin 20 pages ker) bolehkah di pertimbangkan?? amik contoh, katakan si invictus ada beberapa citer, pastu dia compile dan buat buku antologi komik cinta di bawah pokok ker…. ada sikit rojak…. agak2 boleh ker? atau kimbal dengan citer2 rakyat (versi millenium), atau contohnya zedd ngan citer2 raksaksa mitos tempatan..
hehehhee… saja nak perbanyakkan contoh..
:sengih:
belasahje ubder….janji ada proposal + sinopsis…sng citer. buku taekwando tu?ahahaha….taknakbuatke?
citer taekwondo aaa?? pasal fighter tua bangka masuk tournament, ada orang mau baca ker?? aku problem nak cari artis ni, sebab sumer orang sibuk atau tak boleh lukis laju…
pasal buk teks taekwondo tu memang ada dalam fikiran, tapi format persembahan pening sikit sebab pertamanya sumer terms kelas TKD dalam Bahasa Inggeris y kadang kala confusing/ ada gak bahasa korea… keduanya nak lukis ker nak pakai gambar (glamer senirik)… ketiganya…. aku banyak alasan pulak…. cisss…
En Fauzul, kalau masih berminat, aku akan submit sablom raya…
Assalamualaikum & Selamat sejahtera,
Saya sudah meneliti beberapa kali komik di dalam Umbra dan memang ada potensi untuk dikedepankan dalam bentuk Komik Malaysia ini. Konsep citer menarik cuma perlu dikonsepkan semula agar dapat disuntik sedikit nilai yang bersesuaian dengan kehendak remaja masa kini. Saya melihat apa sahaja cerita yang menarik kalau diolah dengan baik akan menjadikan Komik yang menarik.
Kepada sesiapa daripada Umbra yang berminat nak memprojekkan semula komik-komik dalam umbra kita boleh duduk dan perbincangkan. Walauapapun masih boleh diperbincangkan. Tak dak masalah.
Mengenai antologi komik ni, ada sedikit masalah kerana jalan cerita bercampur aduk ini tidak memberikan impak besar kepada remaja. Ia juga susah untuk diminati. Sebagaimana cerita dalam majalah komik biasa. Hanya sesetengah sahaja yang berjaya menjadi icon seperti Abe, Sahak, Pendekar Tangan Berapi dan beberapa lagi. Yang lain tenggelam. Kita melihat tujuan pembuatan komik ni, sebolehnya setiap karakter dalam komik malaysia ni boleh berdiri dengan sendiri dan mempunyai peminatnya yang tersendiri tanpa dikaburi oleh watak lain daripada komik lain.
Namun begitu semua perkara masih boleh diperbincangkan. takdak masalah
:rolleyes:
Mengenai buku taekwando tu memang menarik, dan pihak PTS minat nak tengok proposalnya. Hantarkanlah secepat mungkin (rasa terujalah pulak).
Saya menunggu dengan hati walang. (Blueslah pulak )
salam…
berminat dan ade cerita dah nie…
cuma aku x pasti btol ke apa yg aku buat…
nie dah dpt ym id hairi dan fauhil…
pada hairi dan fauhilm aku ade msg kat ym ko berdua…
harap dpt berkomunikasi secepat mungkin…
insyaallah…
bleh tanya dgn lebih lanjut…
aku nak guna alyridura atau gecko sebagai pelukis…
bleh ke…
takde krom pun ok…
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,
Wah! Bagus jika dah ada yang berminat. InsyaAllah jika saudara Anajin online kita berkomunikasi secara terus. Saya sudah addkan YM saudara. Terima kasih.
hahahaha… dah siap sinopsis citer fighter aku, satu siri 3 buku komik ngan plot asas dah siap, mengikuti perjalananan karekter2 sebuah kelab sukan yang mati segan hidup tak mahu di sebuah kamsis U yang letargik… siap ada nilai2 murni sekali (this is the most difficult part) dan karekter utama dan toned down jadi Mr Average dipaksa jadi above average… (ala slam dunk tapi tak cukup lawak)
abis 4 jam malam tadi menaip, tak sangka masa berlalu dengan pantas. KArekter2 tambahan/sokongan tak sempat fleshed out lagi.
skarang nak bikin character design, nak melukis lagi pulak dah (yang ni takder bakat, tapi memang boleh meniru) …
atau boleh submit dulu sinopsis mintak maklumbalas?
Buku teks TKD punya proposal, tengok la hujung minggu ni atau next week… memang problem kat bagian terminologi dan masa, tapi basic proposal ada la…
(isk isk isk, aku takder YM sebab pakai komputer kompeni yang merangkak giler…. line phone rumah dah potong) :sengih:
Assalamualaikum,
Wah! 4 jam tuuuu! Alhamdulillah! Saya memohon agar En. UBder dapat mengemailkan sinopsis sedikit sebanyak mengenai cerita tu. 3 Komik ya! Saya ingat kalau kita duduk bersama benda tu boleh jadi lebih tu.
Takpe hantar dulu ke email saya fauzuln@ptsmillennia.com. InsyaAllah saya akan bagi maklum balas segera. Projek ni sebolehnya kita sasarkan siap sekali dengan layout dan komiknya Februari 2005.
Takdak ke pelukis yang berminat nak join lagi? Kami menunggu proposal-proposal lain pula.
Mm…
Saudara Faizul…
I think this would be a good idea…
but, tak terfikir ke kurangkan mukasurat ke around 50+pgs satu episod dulu..?
Masalahnya ramai kartunis baru tempatan tak dapat kejar dateline..
Walaupun hanya 20helai satu bulan…pun selalu terkantoi.
Sebab buat secara freelance.. Lainla yg fulltime..
Takpun kombine dua or tiga kartunis untuk satu buku dulu…
Mula2 kat jepun pon buat majalah sblm dijilidkan ke buku…
Lagipun terus jual ke buku solo agak susah…
pernah tengok beberapa kegagalan sebelum ni…
bukan sebab kualiti tak bagus…tapi kurangnya approach untk pembaca
mengenali komik tu even ada promosi..
It`s better be a book tapi guna khidmat 2,3 kartunis la..
not a majalah…Tapi it`s okay keep on try ikut proposal
artis komik dan penerbitan buat la..
Selamat maju jaya…!!
tu le masaelahnya, skang nak compete dgn manga title yang ada kat kedai. Kita nak bersaing bukannya nak turunkan standard untuk suit kita punya kebolehan…..
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Saya bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Kromosom. Sebenarnya tujuan utama kita meletakkan spesifikasi adalah memastikan kita dapat meletakkan dia sebagai buku. Kalau hanya 50 halaman dia hanya sebagai komik. Packaging ini bagi memudahkan kita masuk ke market yang lebih mudah.
Saya bersetuju kalau nak bergabung ramai pelukis dalam satu projek. Cuma jangan lain2 ceritanya. Buat satu cerita. Kalau banyak cerita dalam satu buku dah jadi macam majalah.
Walauapapun kita buka untuk perbincangan. InsyaAllah ada jalan penyelesaiannya.
wow wiee…menarik betul idea ni. dan projek ni aku yakin bleh jalan sebab dah ada hasilnya…jadi..lepasni boleh la aku tengok banyak karya dari ahli2 pergh…diterbitkan..kalo aku ada masa, aku nak menulis la…
maksudnye mcm gini ke ??
–> satu komik@novel grafik yg punya banyak pelukis + penulis yg menyumbang tenage kpd satu cerite ?..
mcm komik batman, tiap thn b'silih ganti penulis & pelukis.
saye lbh suke kalau digunepakai “komik Malaysia” instead of “manga melayu”..
sbb b'sifat p'kauman. untuk excel dlm bisnes komik kat Melaysia ni kite kene tarik p'hatian semue pihak. kan.
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,
Kami menggunakan nama Komik Malaysia dalam menerbitkan komik ini dan bukan Manga Melayu. Jadi tidak ada soal perkauman dalam perkara ini. Cuma kita akan menggunakan sepenuhnya bahasa Melayu sebagai medium perantaraannya.
Mengenai cadangan Bipeds gabungan ramai penulis dan pelukis bagi satu cerita itu memang idea bagus. Pihak kami membuka kepada pilihan masing-masing individu ataupun berkumpulan. Bagi yang merasakan mahu teruskan secara berkumpulan boleh teruskan, dan yang ingin secara solo juga dialu-alukan.
Kami menunggu proposal daripada anda semua. Sebagai peringatan, dateline penghantaran proposalnya 30 November 2005 bagi memudahkan perancangan penerbitan tahun 2006.
Kalo korang ade option untuk send ke Ostolia, leh ako tolong promote2 secara free since ako maintain banyak site2 penting yang berkaitan dengan malaysia/malaysian di ostolia ni
lagi2 ako lak gile, siap mesti beli 2 3 copy nye haha
itu antologi bipeds, ni komik seketul mcm naruto tu.
istilah tersebut tersembul bila pihak pengurusan nak komik-komik diterbitkan dalam
“bentuk buku” bukannya majalah. dan saiz/bentuk buku tersebut adalah ala-ala manga yg dijual kat kedai mamak (yg bervolume2) tu.
semenjak siap satu proposal, rasa bersemangat pulak nak buat citer kembali, walaupun tatau samada citer syoksendiri… hehehhe…. sekarang aku dah allocate 4 jam setiap 3 hari untuk menulis… buat masa ni cuma blaja bikin proposal jer… rupanya banyak gak benda research nak kena buat…
aku punya plan camni sebagai penulis:
Terangkan konsep moral citer
Bikin sinopsis/plot
design karekter dan selidik kesesuaian dengan citer/ sasaran pembaca
break plot kepada chapters
tulis draft setiap chapters, siap dengan dailog sekali. Toksah pikir pages lagi, concentrate kat flow citer dan watak-watak..
Break setiap chapters jadi komik 10-12 pages atau lagi kurang
bikin thumbnail
cari references untuk figures dan background citer
belum masuk bab lukis ni… nampak cam banyak keje gak…
tatau la strategi ni boleh pakai ker tidak… belum cuba belum tahu…
BTW, saudara fauzul,saya dah e-mel proposal.. sebarang maklumbalas amat di hargai.. :hoye:
aku rasa dah chun tu ubder,
kalau ikut chambiasa flow da betul da.
selalunya dalam merangka citer
sinopsis/moral segala
character board (profiles,background etc)
plotting (sampai habis cite)
__________________________________________________________________
episode+ skrip ( upgrade plot kepada chapter(episod) pastu buat skrip untuk 12 pages)
thumbnails(beserta dialog)
__________________________________________________________________
pencil (ikut thumbnails)
ink(ikut pencil)
__________________________________________________________________
kaler(ikut ink)
itu flow tipikal je, aku kengkadang tak ikut pong,
selalu back and forth.
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,
Alhamdulillah saya sudah 2 lagi proposal, satu daripada ubder dan satu lagi adzakael. Dua-dua memang menarik dan amat menarik. Saya ingat kita kena duduk sekali selepas ini bagi memantapkan lagi cara penghasilan komik ini. Saya nampak cara yang paling baik adalah dengan cara berkumpulan. Mungkin kita perlu wujudkan beberapa tim yang berkerjasama antara satu sama lain. Satu cerita satu tim, satu tim 3 orang. Itulah cadangannya. Agaknya bila masa yang sesuai bagi mengadakan perjumpaan? Mungkin ada yang boleh bagi cadangan.
Walauapapun citer ubder memang menarik. Bila ya kita boleh duduk sekali untuk bincangkan proposal tu? Kalau dapat bincang melalui YM pun bagus gak.
Thanks Krom, aku nak cuba strategi ini..
thanks saudara fauzul dengan maklumbalas, kerana saya sudah lama teringin nak membukukan cerita itu, cuma tak nampak jalan sahaja… Saya tidak ada masalah sekiranya ada pelukis2 team-up berminat nak bersama dalam projek ini kerana memang tahu amat sukar nak bikin 150 pages komik dalam deadline yang ditetapkan.. Dalam masa yang sama, saya juga perlu mengolahkan lagi cerita untuk menjadi lebih menarik, dan maklumbalas teamwork/ perbincangan sememangnya amat diperlukan..
buat masa ini saya tak dapat menggunakan YM(kerja agak ketat di ofis) dan takder line kat rumah, jadi cuma boleh menggunakan e-mel dan forum ni saja… Tapi kalau nak duduk berbincang kat mana2 hujung minggu mungkin boleh di usahakan (Ahad sahaja).. rasanya Hairi faham situasi kerja ni… :sengih:
tengoklah saya cuba tulis sesuatu cuti esok, supaya dapat idea akan rentak cerita… maklum laa, first timer ni… selalu bikin publish sendiri… tak samaa…
:sengih:
..satu usaha yang sungguh aku banggakan….(patut dr dulu lagi)….
aku menyokong sepenuhnya dengan seruan : MALAYSIAKANLAH MANGA…JANGAN MANGAKAN MALAYSIA….
Assalamualaikum & Selamat sejahtera.
Takdak lagi ke yang berminat nak hantar proposal? Masih ramai lagi orang dalam pergh yang berbakat yang masih belum menghantarkannya.
InsyaAllah Tuan Ubder kita akan bertemu di masa yang akan ditetapkan kemudian. Saya ingat kita buat pertemuan selepas Hari Raya Aidilfitri (PTS cuti 2 minggu ) INsyaAllah. Bagi yang nak adakan pertemuan atau temu janji. Bolehlah memaklumkan kepada email saya, email Hairi ataupun melalui ruangan forum ini.
Pihak PTS M masih menunggu proposal daripada Tuan Puan semua.
Kalo team-up keja satu projek ok gak..
Rasanyer takder lagi kartunis tempatan serius reramai buat camtu…
(Cam Ubder n Nurie wat UMBRA lama2 tu kot?)
Tapi ni lebih kepada buku yg tebal dan lagi ramai terlibat…
Satu team tulis skrip…satu team arts..satu team kaler, grafik etc..
Apa2pun…Harap ramai lagi hantar proposal..
I think pastu adakan face to face meeting la..
Good Luck yall…..
(mana sembunyinyer bebudak Pergh ni…? )
hmm kalau lepas raya mungkin ada masalah sedikit untuk aku hadirkan diri, kerana aku ada urusan perkahwinan abang yang hendak di buat di utara (kedah) selepas raya ini .Walau bagaimanapun jika urusan itu telah dapat diselesaikan dengan segera, aku akan berusaha untuk menghadirkan diri
Pergh! | Lukis, Komik, Kartun, Animasi, Games Malaysia
All information and content contained in this website are provided solely for general information and reference purposes.
By browsing this web you agree to our privacy policy.
© 2001 - 2021 All Right Reserved by Vasqtech Network Malaysia