
Ingat tak kartun G-Force atau lebih dikenali dengan nama Jepun: Gatchaman, dan nama Inggeris Amerika: Battle of The Planets.
Kartun Jepun G-Force ni agak popular semasa zaman kanak-kanak saya; iaitu pada awal tahun 80an. Tapi, berdasarkan rekabentuk kostum watak-watak G-Force, saya rasa kumpulan superhero ni dicipta pada akhir tahun 70an.Kumpulan G-Force terdiri daripada 5 belia(Mark, Princess, Tiny, Keyop, Jason) yg mempunyai kuasa luar biasa, dan bertanggungjawab melindungi bumi dari serangan makhluk asing dari planet Spectra. Makhluk asing ni diketuai oleh Zoltar dan mereka ingin menakluki bumi sebab kesemua sumber alamsemulajadi di Spectra telah habis digunakan dan planet Spectra akan musnah tidak lama lagi.
Pada bulan Julai ni, syarikat komik TopCow di bawah syarikat Image akan mengeluarkan komik baru G-Force. Komik terbaru ni adalah satu projek yg diarahkan oleh pelukis terkenal yg bernama Alex Ross. Namun demikian, beliau hanya bertanggungjawab buat rekabentuk, ‘layout’, dan menyumbangkan lukisan kulit buku. Lukisan pensil akan dibuat oleh William Tortosa, seorang pelukis yg dipilih khas oleh Alex Ross sendiri.
Untuk maklumat lanjut, sila pergi ke kedai komik dan baca buku Previews. Thanks.