Home › Forums › Mags Review, News And Events › Koleksi Serram 2004
Hai geng Pergh…Lama dah aku tak bukak topik pasal SERRAM nih hehe..Ni adalah senarai zine SERRAM yang aku telah hasilkan sepanjang tahun 2004 nih. Ada dijual semasa kat Laman Seni masa Tahun Baru 1/1/05 itu hari. Kesemuanya dalam Bahasa Melayu agar dialog komik tu lebih 'feel' lagik.
KOLEKSI SERRAM 2004
SERRAM #1: PEMBURUAN KUCING MUTAN
Kekalutan mula berlaku apabila seorang budak perempuan telah mati di'kunyah' oleh seekor kucing gergasi. Bermulalah episod mencabar bagi geng SERRAM yang telah ditugaskan untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Bagaimanakan kesudahannya? Dapatkah geng SERRAM menangani keganasan makhluk mutan tersebut? Dapatkan siri pengenalan SERRAM ini!!!
Harga: RM2.50 senaskah
SERRAM #2: SERANGAN PENGHISAP DARAH
Episod kedua memaparkan kecekalan dan kebijaksanaan geng SERRAM dalam menangani masalah yang melanda sebuah bandar yang diserang oleh seekor makhluk gergasi. Turut memperkenalkan sebuah lagi watak 'macam bagus' yang sering memperkecil-kecilkan kebolehan mereka. Dapatkan mereka meyelesaikan kes terbaru mereka? Bagaimanakah rupa raksaksa kali ini?
Harga: RM2.50 senaskah
SERRAM #3: SEPIT PERKASA
Kedatangan seekor tetamu aneh yang tidak diundang telah menyebabkan kekecohan dan kekalutan berlaku di bandar. Kali ini, Faroque dan Reezman akan menghadapi tugasan baru mereka yang lebih mencabar. Siapakah musuh mereka kali ini? Apakah yang menyebabkan tetamu aneh itu sampai ke bandar?
Berjayakah geng SERRAM kali ini?
Harga: RM2.50 senaskah
Kepada yang berminat, bolehlah PM aku atau Nurie untuk mendapatkan mana-mana
isu tersebut. Kalau beli satu set (Episod 1+2+3), harganya adalah RM7.00.
Kepada yang ada komen/cadangan/kritikan leh la kemukakan di sini, wokeh?
Kepada yang dah membeli itu, enjoy the show!!
enjoy vrem, aku dah beli & baca puas hati.. 😆
tapi yang hairannya adik aku dia tak minat komik scifi pun baca. sebab nye? nak tengok harga zine lain..
tapi tak bape clear iklan diorang..
citer best..! apa plot citer baru heheee
orait..tenkiu buckethead atas sokongan anda..
Sori lah, sebab masa print tu, memang rushing giler (nak kejar Comics Fiesta nyer pasal)…
Apa-apa pun, nanti aku letak part promo zine yg tak clear tu kat dlm server.. Nanti leh tengok reramai…
utk Episod 4, dijangka kuar 1/3/2004 (Laman Seni ke-3 2005). Nanti kuar, aku habaq kat hang….
tahniah vrem…. secara personal aku rasa ko memang amat berpotensi dalam pembikinan komik kalo ko terus usaha dalam 5 tahun akan datang…. ramai orang boleh melukis tahap dewa, tapi tak ramai orang boleh bikin cerita yang menghiburkan…. dengan gaya storytelling yang agak kreatif (tapi ganas gak) aku rasa ramai mat salleh yang akan suka baca citer ko…. why not buat versi MAt Salleh sekali, untuk Pelawat2 luar negeri….
Cuma kene polish kat lukisan yang agak longgar sikit…. cuba study gaya alifstyle atau James Lu…
Hehe..worait ubder, Insya-Allah, aku akan polish sket demi sket part English tu…
Maybe dalam 2-3 bulan lagi, aku buat lengkap version English tu utk jual kat Laman Seni nanti dan juga kat Internet, kalau boleh (aku tak tahu guna Paypal tu lagik)..
utk Episode ke-4 nanti, aku nak concentrate part gambar dan screentone pulak…
bagi aku ko punya stroke tak perlu screen tone
nampak buruk kalau letak screen tone
ko kena rajin lukis background
jgn jadi cam aku, malas lukis background
hahaha
hehe madstone, aku dah baco dah karyo ko dlm AG tu..
memang macam aku (kureng background hehehe..). tapi loghat kedah tu memang cool aaa…
Anyway, takpa lah, aku try la berexperimentasi ngan screentone ni dulu..
sekurang-kurangnya, kalu adik aku tanya, leh la aku menjawab dgn pro..
muahahahaha…
Vrem.. storyteller kau antara yang hebat dan menghiburkan yang pernah aku baca.
kekuatan kau pada storyteller memang tahap master! tahniah!
sangat berbaloi mengumpulkan kesemua koleksi serram
tenkiu alifstyle atas sokongan yang ko berikan nih..
membara semangat aku utk terus kaizen dlm industri nih…
Tadi aku baru terima satu Fan Art pertama SERRAM.
Title: sukses!
Artis: buckethead
Date: 06-Jan-2005
Tenkiu buckethead kerna sudi buat fanart utk SERRAM ni. Aku amat appreciatenya. Utk Episode 4 SERRAM nanti, aku ingat nak wat spesel ruangan utk Fan Art. Yang mana tersiar tu, boleh lah dapat cenderahati sket. Wokeh tak? Kalau kengkawan yg lain sudi, hantar lah…Gaya bebas…Terjun tiruk boleh, kuak kupu-kupu boleh,senaman rimau boleh, semua boley..
Sila-sila..
vrempire, ni cadangan kawan…
apa kata SERRAM tu dibuat dalam bentuk e-comic hehehe compile dan burn dalam CD..ni kira sebagai product baru, boleh selit sikit dalam CD animasi karekter SERRAM…
sekadar cadangan dan lawak serram keh keh..
tenkiu atas cadangan ko stingray_flyz,
nanti aku pikor-pikiorkan..menarik gak idea tu..
maybe aku akan fikir utk hasilkan CD tu utk Comics Fiesta 2005 nanti..
thanx zelot geng
vrem.. kalau ko cakap nak eksperimen screen tone, never think about it man… stroke ko nie mcm kartun style american… kalau drawing style jepun takder masalah… screen tone akan merosakkan karekter ko…. pada aku lah… tatau org lain… drawing ko more to cartoon than comic… mcm alif…. sempoi! takyah screen tone.. rajinkan buat background cam madstone cakap, cover color kasi solid cam Futurama nyer style…. superb man! boley bikin nie…. aku yakin….
Usaha yg bagus , Vrem!!….huhuhuhu…nampaknya ko dah ada peminat!~!…
peAce!!…
kawan tengok stroke ko mmg dah ada identiti sendiri, seropa gak dengan alif…apakata kalo ko berdua berkerjasama terbit zine baru…rasa2 ubder dah cuba memujuk korang berdua…kawan pon setuju dengan madstone dan amykamen…kekalkan cara ko, tak perlu guna screentone. screentone hanya sesuai untuk manga sahaja..
cite baru dah keluaa kannn ?
aiseh tak sempat aa nak beli hari tuuu
duit takde !!!! AAAAHHHHHHHHH
yo!! saya baru bli 1 zine ko vrem best siot, tapi sayang takleh nak bli semua 3 bukz ekonomi tgh down time tu ……..aiya
tapi saya nak bli lg lain kali kat umah ub la kan hahahahaha leh mintak diskaun skali kan?
Vrempire boleh tgk sendiri reaksi aku baca komik nih secara live! Spellbounded giler! Aku mintak maaf sbb sangkaan aku sblm ni ianya hanyalah komik biasa… btulaa kata org, belum cuba blum tahu… Aku respek dr idea hingga jln citer dia….
Tapi sekali lagi aku mintak maaf, slacknya aku pegi laman seni lepas dgn tak bawak duit sesen pon, keluar seawal pagi tumpang keter madstone dan tak tahu nak cucuk duit kat mana…
first time aku kuar KL dgn tak bwk duit. Sorry gak kat madstone sbb terpaksa banjer aku mee goreng mamak masa balik aritu…
Next Laman Seni, I'll make assure sapu ketiga-tiga siri nih…
koleksi S.E.R.R.A.M #1 hingga #3 selamat dibaca…terima kasih kepada Nurie yang telah mengirimkan segala pesanan kawan melalui pos… berbaloi dibaca dan disimpan kepada penggumpul komik dan kartun.
mmg ending ko dalam setiap episod unpredictable…macam dalam film Steven Spielberg. bagi kawan stroke ko yang simple dan jalan cerita yang bersahaja diselit dengan lawak simple merupakan resepi S.E.R.R.A.M seronok dibaca… berusahalah ke arah meningkat kualiti
kakakka..
lady ngan vrem hari tu serius terkezut gak..
si rosh leh gelak????
cam tak caya.. ko gelak giler giler lak tu..
cam kena sampuk lak (ye laa.. ko mana pernah gelak.. serius memanjang )
btw…
congratz to vrem… at last tercapai gak hasrat dia nak bikin komik..
lady tolong baca boleh laa..
pasal merchandise..
patutnya Jan nak keluarkan kalender (biasak laa)
tapi, timing tak cukup dan kitorang cari glossy paper tak jumpa (yg nipis, lawa dan murah)
maybe next time..
kalau ader cadangan lain ( yg simple ).. kasi laa tau…insyaAllah akan cuba diusahakan..
terima kasih kepada pembeli, peminat dan pembaca…
vrem –> bila mau bayar wa punya gaji?? sulah due nih!! :p2
Vremmm… satu2nye komik aku tak beli Laman Seni awal Jan baru nie.. soweee ahh doll.. aku tgk yg baru tue hijau pudar semacam je kaler dia!! tue aku tak tertarik nak beli…
Tapi jangan risau… masa bulan sebelas aritue aku da rembat SERRAM yg lama… mmg hillarious aa lawak!!
amykamen555,
aku rasa maybe aku akan pakai sedikit screentone pada tempat-tempat yang bersesuaian cam bawah meja ker, bayang-bayang ker etc. Kiranya kecil-kecilan lah..Yang penting, spt yg ko kata, aku akan improvekan lagi part background.
Mei,
tenkiu very much..Kalu free datang la Laman Seni angkat satu set ek…
stingray_flyz,
buat masa ni tak terfikir lagi nak wat zine bersama-sama. Maybe sebab buat masa ni, aku payah sikit nak manage time aku. Tapi, aku akan cuba jadi penyumbang karya kepada zine-zine lain. Contohnya cam dlm Pergh Zine BM version tu (Ada perasan tak vrem dlm tu? ). Sekarang ni tgh plan utk UMBRA, AG, Pergh
e-Zine etc. Insya-Allah….. Dun wori, aku akan cuba memperkemaskan lagi karya aku dari masa ke masa dgn
bantuan feedback-feedback dan kritikan membina dari kalian semua.
Takpe JaymanJohn,
aku rasa mesti ada lagi punya utk next Laman Seni. Sila lah beli satu set ek..
Neo_sidewinder,
Hehe..tenkiu sebab sudi beli walaupun ekonomi ko tgh meleset..terharu aku…takpe, mesti ada lagi set-set
tu kat rumah ub.
rosh,
Takpe, asalkan ko sudi membelek dan membaca, aku dah cukup puas hati dan gumbira. Lagi-lagi bila tengok
reaksi ko time tu jugak. Gembira campur terharu. Rasa cam semakin hampir mencapai target dan matlamat aku produce komik ni. Aku akan cuba improve dari masa ke masa part drawing dan jalan citer tu agar berbaloi dgn wang pembeli yang dikuarkan utk beli komik aku..
Percayalaaaaaahhhhhhh…. <--- ikut nada Cik CTea Nurhaliza
Lady Magda|ia,
hehe..tenkiu kerana sudi membantu vrem dalam pembikinan komik ni…penat dia menyusun-nyusun dan meng'stapler' komik nih..nanti kita gi carik stapler yang jenis boleh tembak tupai tu ek..
ps/: eerrrr..itu gaji, wa bayar selepas balik modal (break-even) ek?
WAVE RIDER,
tenkiu Wave Rider kerna sudi membeli SERRAM lama tu. Kalau ada uwang lebih, tangkap la yg baru ek…promo nih..hehe. Pasal cover tu, aku akan cuba usahakan utk kasi lebih mantap pada Episode 4 nanti.. Tunnggguuuuuuuuu….
thanks sekali lagi kepada kengkawan yang sudi membeli, membaca, memberi feedback..
I Lap Yu Oll…
ada update?
hehe..belum ada update lagi la bucket..
Insya-Allah, Laman Seni yg ke-3 tahun ni (bulan Mac), akan kuar Episode 4. Sekarang tgh bikin..
fuuu…. lajunyer ko bikin cerita….. buat aku termalu tersipu2 mengenang citer aku yang kini slowly-paced dan terlalu berhemah tu…..
bila nak start blaja animasi pulak? atau nak bagi aku bwatkan dulu?? aku dalam proses mengklon kan diri aku agar ada lebih banyak masa merepek…. hehehehhe…
hehe..aku cuba la buat yg termampu, ubder. kadang-kadang riso gak kalu tak acheive apa yg aku target. Hopefully, aku nyer planning strategy menjadi la this time. Tak yah la aku nak rush-rush cam itu hari. tapi problem besarnya: Aku cepat ngantuk…..kuang!kuang!kuang!
Part animasi tu, aku tengah siapkan script dia. Aku expect dalam 30 minit.
Objective aku
Biar pendek, tapi berkualiti hingga mampu buat orang tonton berulang kali ala-ala filem Stephen Chow.
Target Release: Comics Fiesta 2005 (Dec 2005)
Apa-apa pun, aku bergurulah ngan otai-otai kat sini nanti bila masuk stage implementation nanti…
Sudi beri tunjuk ajar yark!! ZASSSS!!!! <
wow, 30 minute… panjang nyerrr!!!!
buat animasi 10 saat dulu ker…. bagi dapat feel karekter ko dn gaya diorang….. aku bukannya reti animasi, tapi sebagai amatur yg teringin blaja… ala ko buat very short one cam iklan yang alip buat tuuu…. bagi dapat feeeeellll dulu….
kuang2… nasib baik aku tak bg feedback, kalo tak mesti ko lap aku skali.. eii gay la.. hahaha
papehal good effort + stamina, development idea makin kembang dan bukan makin down, tu aku respek, walaopun ko promo dlm hampir sume thread art (mana aku p, situ ada hang.. hehehe) dan kurang responden, tp ko tetap usaha gigh..! .. ganbatte vrem! (jgn lap aku aaa..)
oh ye.. zat bukan zas (zot=zat yg satu, zat yg hakiki) .. hehe
erm..baguih gak tu cadangan hang, ubder…
Okey lah, yg plan 30 minutes tu still on, tapi pada masa yg sama, buat ala-ala cam Trailer 20 saat based pada citer 30 minutes tu.
Maybe yg Trailer 20 saat tu, leh letak dalam website dulu, utk tontonan ramai (prebiu)..
Thanks for the suggestion ubder…
Aku rasa kalau Red Sigma UMBRA tu, hangpa buat dalam bentuk Movie Animation, mesti gempak punya sebab banyak action..
Kalau ko buat ala-ala animasi GI JOE, cun tak rasanya?
” memang berbaloi buat collection 's.e.r.r.a.m.'…..crite kau memang best. cara kau sampai dari satu panel ke satu panel pada aku memang menjadi ++ senang faham. ehehehe, truskan usaha kau vrempire….aku sokong dari sudut 36 darjah 😆 ”
hehee..tenkiu Ice Soul dan little z3dD atas sokongan moral kao worang semua..
Insya-Allah aku akan cuba improve dan memperkemas mana yg patut..banyak giler mau kena improve
sebelum leh publish betul-betul…
Ganbatte sama-sama gak IceSoul!!!
ZATTTTTTT!!!!!!!!!!!!!!!!! <---- (Pembetulan dari yg asal)
errr…nak minta tolong la..
kengkawan tau tak camna nak wat effect kelajuan (yg manyak-manyak garis tu) guna special pembaris?
ada link ker, aper ker, yg tunjuk cara guna bendalah tu tak?
Pergh! | Lukis, Komik, Kartun, Animasi, Games Malaysia
All information and content contained in this website are provided solely for general information and reference purposes.
By browsing this web you agree to our privacy policy.
© 2001 - 2021 All Right Reserved by Vasqtech Network Malaysia