Home › Forums › Movies, Musics, Anime And TV Series. › Kingdom Of Heaven (merged)
Cerita perang salib… not bad cerita nya… smlm aku p tgk. sblm tgk, kawan aku kata, kirim salam kat Orlando Bloom. hihihh,,, kat ending tu Orlando Bloom mmg ada jawab salam… kira cerita tu tak de la tunjuk tentera Islam kalah… aku dok jangka, ending tentera kristian yg menang… biasa la, sapa directornya…
ada banyak kontroversi yg telah dicetuskan oleh akhbar New York Times mengenai filem ini, terutamanya dalam isu ketegangan agama serta gambaran era perang salib pada ketika itu yg dilihat akan menyinggung perasaan pelbagai pihak. NYT telah mengapi-apikan perkara ini terutamanya dari perspektif muslim di US, namun semua ini dilakukan sebelum filem ini ditayangkan, yg mana merupakan sesuatu yg aneh apabila orang awam menjatuhkan hukuman sebelum mereka menonton filem ini sendiri.
nah, sekarang filem ini sudah masuk panggung. mari tonton dan fahami bersama.
my first comment? unsur2 offensive yg digambarkan oleh NYT banyak yg hanya cerita2 yg disensasikan sahaja. mungkin kerana NYT hanya membakar api provokasi berdasarkan draf pertama skrip tersebut yg diedarkan kepada pemimpin2 muslim di US. tapi pada akhirnya, jelas director ridley scott telah menggambarkan perang salib ini secara objektif dan seberapa tepat yg boleh, cuma gambaran adalah dari perspektif seorang ksatria (knight) yg mencari keredhaan hidup akhirnya terjebak di dalam kancah politik perang salib pada ketika itu.
selepas menonton filem ini, kita boleh meletakkannya sejajar dengan filem2 medieval/post medieval yg lain, malah mungkin lebih tinggi dari itu. filem ini pada dasarnya lebih hebat dan accurate dari troy dan alexander, dan hampir2 menyaingi gladiator. mungkin satu2nya kelemahan filem ini adalah ia agak kurang bermain dengan emosi penonton berbanding gladiator. dalam filem gladiator, pertarungan klimaks antara protagonis dan antagonis adalah sesuatu yg amat ditunggu2 dan penuh emosi yg dibakar oleh rasa benci dan marah terhadap antagonis tersebut. dalam filem ini, impak yg diberikan agak kurang, mungkin kerana kita kurang bersimpati dengan watak utama lakonan orlando bloom.
senang cerita, ini merupakan antara filem lakonan orlando bloom yg terbaik. sungguhpun sudah lama “bermain pedang” di dalam filem2nya yg sebelum ini, bloom agak kurang meyakinkan dalam wataknya kecuali sebagai legolas dalam LOTR. namun dalam wataknya sebagai Balian of Ibelin, seorang tukang besi yg akhirnya menerima asal-usulnya sebagai anak seorang baron. mungkin tipikal dalam filem2 yg sebelumnya, tetapi lebih meyakinkan berbanding yg lain.
lakonan eva green sebagai puteri sybilla (eventually queen of jerusalem) juga mantap. walau bagaimanapun, watak ini tidak ditonjolkan sebagai watak manipulatif, mungkin utk mengurangkan sebarang ambiguous or uncertain sentiment di dalam watak puteri sybilla tersebut. namun kita dapat melihat unsur2 “the woman that sparks war” di dalam watak ini, sungguhpun impaknya tidak sekuat watak helena of troy dalam melancarkan perang trojan.
watak2 lain yg dikira mantap dan menguatkan lagi cerita ini adalah king baldwin IV (baldwin the leper), seorang raja kristian yg diserang penyakit kusta, bertopengkan besi dan berbungkus dari hujung kepala sampai hujung kaki. suara (dan mungkin juga lakonan) oleh edward norton yg memberi kesan yg mendalam sebagai seorang yg virtuous dan righteous sebagai raja jerusalem (abang kepada puteri sybilla). jeremy irons sebagai tiberus, pemimpin knights hospitallers juga digambarkan sebagai pendokong konsep ksatria yg noble dan berperang menggunakan strategi dan pertimbangan yg level.
watak antagonistik lakonan brendan gleesan sebagai reynald dan marton csokas sebagai guy de lusignan yg merupakan pemimpin knights templar digambarkan sebagai bloodthirsty dan barbarik, berperang menggunakan taktik kotor serta membuat pertimbangan berdasarkan ego serta mempergunakan nama tuhan sebagai justifikasi perbuatan mereka.
watak penting lain di dalam filem ini sudah pasti ialah watak saladin (Salahuddin Al-Ayubbi), pemimpin arab (saracen) yg juga general perang tentera muslim yg amat terkenal, dihormati dan ditakuti ketika perang salib. beliau digambarkan sebagai seorang yg tegas tetapi simpatetik, noble tetapi pada masa yg sama agak agresif.
AWAS SPOILER!
filem ini berkisar mengenai watak utama, balian, seorang blacksmith (tukang besi) yg diseru oleh bapa yg tak pernah dikenalinya, baron of ibelin lakonan liam neeson, utk sama2 berjuang di dalam perang salib di jerusalem. baron of ibelin merupakan seorang pemimpin dan pejuang yg dihormati di dalam kepimpinan perang salib, even terkenal di pihak musuh kerana pernah menewaskan salahuddin di dalam satu pertempuran beberapa tahun sebelum itu.
ini merupakan detik permulaan bagi balian di dalam perjuangannya mencari keredhaan terutamanya bagi membela (seek forgiveness) bagi isterinya yg mati membunuh diri setelah kematian anak mereka. sebelum sampai ke jerusalem, bapanya telah cedera parah dalam satu pertempuran, lalu mengangkat balian sebagai baron of ibelin. selepas itu, balian meneruskan perjalanan lalu belayar ke jerusalem dari messina.
di jerusalem, balian, baron of ibelin terus diangkat berjumpa tiberius, pemimpin knights hospitallers (yg mengambil balian menyebelahinya), dan seterusnya bertemu adik raja, puteri sybilla dan memulakan bibit2 cinta. pada masa yg sama, puteri sybilla adalah isteri kepada guy de lusignan, pemimpin knights templar. ketegangan antara knights templar dan knights hospitallers semakin ketara apabila knights templar marah kepada raja baldwin dan tiberius yg terlalu memberi muka kepada salahuddin dalam perang ini.
pada dasarnya, salahuddin mempunyai bala tentera seramai 200,000 orang (saruman mempunyai 10,000 orang, dan trojans command 100,000 orang), amat digeruni tetapi juga dihormati sebagai seorang general yg noble, berpegang kepada janji serta berjuang kerana kebenaran dan bukan kerana harta, tanah atau kuasa. hakikat ini menyebabkan templars rasa amat tercabar, dan seharian mencari sebab utk melancarkan perang ke atas tentera salahuddin dengan tindakan2 provokasinya yg menyerang konvoi pedagang arab.
apabila king baldwin semakin lemah akibat penyakitnya, dia bertindak mahu mengangkat balian, seorang ksatria yg noble dan chivalrous, sebagai penggantinya di sisi adiknya, puteri sybilla. beliau bercadang utk menggantikan suami puteri sybilla dengan balian, tetapi permintaan itu ditolak oleh balian.
akhirnya, selepas kematian king baldwin IV akibat penyakit kusta, puteri sybilla diangkat menjadi permaisuri jerusalem, dan seterusnya guy de lusignan dilantik menjadi raja jerusalem. guy de lusignan mengambil peluang ini utk melancarkan crusade besar2an terhadap salahuddin, dan keluar dari kubu jerusalem utk berdepan dengan tentera salahuddin.
namun balian dan orang2nya, beserta dengan knights hospitallers enggan berjuang semata2 kerana melayan ego guy de lusignan, lalu berkubu utk mempertahankan jerusalem. tetapi tiberius membuat keputusan utk meninggalkan the holy lands ke cyprus, tempat yg lebih selamat kerana merasakan sudah tidak ada apa2 yg dapat dipertahankan di jerusalem selepas kematian baldwin IV.
filem ini berakhir dengan siege war besar2an pada skala yg menakjubkan. hampir semua jenis siege engine boleh didapati di dalam filem ini, digunakan secara accurate dan depiction yg bersesuaian berdasarkan era tersebut. senjata seperti trebuchet, ballista, repeating ballista, battering ram dan siege towers digunakan secara maksimum bagi memberi impak pertempuran klimatik di akhir filem.
ini disesuaikan dengan pengunaan senjata2 medieval dari longsword, falchion, scimitar, battle hammer, battle axe, mace dan morningstar hinggalah kepada senjata jarak jauh seperti longbow dan crossbows, hinggalah kepada penggunaan chainmail dan kite shields yg berleluasa. skala perperangan ini lebih besar dari troy atau alexander, namun nampak lebih convincing berbanding darinya, kerana penggunaan CGI yg berpada2 serta amat sesuai sehingga sukar dibezakan antara yg bukan CGI dengan yg CGI. namun penggunaan close-shot serta moving/shaking cam pada kalanya tidak menggambarkan skala pertempuran ini, yg dirasakan agak merugikan.
banyak lagi yg boleh dibincangkan di dalam filem ini, terutamanya dari aspek historical accuracy. namun pada dasarnya, saya tidak dapat mencari sebarang unsur yg dikira provokatif serta dapat menyinggung perasaan seorang muslim. ini kerana filem ini dilihat mengambil jalan tengah, dan ada kalanya agak menyebelahi salahuddin sendiri, tetapi diceritakan melalui perspektif seorang ksatria kristian.
ini merupakan salah satu filem yg patut ditonton. it's worth cancelling appointments, although fell short from being a filem of glory.
verdict: 4.5/5
worth cancelling appointment? pergh… what novelty!
maybe will give it a shot…. sebab ada watak saladin kat situ. hopefully dia orang potray watak saladin dengan baik.
basically salahuddin have been portrayed a little on the aggresive part, tapi memang macam tu pun, pasal knights templars bunuh semua orang2 arab dalam salah satu raid ke perkampungan islam, yg akhirnya membawa kepada pembunuhan adik perempuan salahuddin.
aku suka karektor 2 leader kristian dgn sallahuddin, masing2 cuba mengelakkan dari peperangan berlaku. sifat yg mementingkan rakyat dari kehendak sendiri. rasa mcm nak p tgk skali lagi… ini pandangan aku la…
bila tgk cerita ni teringat pulak kita lebih dulu nak buat cerita pasal saladin dalam bentuk animasi. tak tau lah apa jadi pada projek animasi tu. Mungkin blh ambik ikhtibar dari film KOH ni.
em..ingt kn diorg x ikut history..maner tau..ader ker?? :blink:
Go Saladin….memang pedasss…..hehhe….Alaikumussalamm….
Sabila sangat sesuai wataknyaaa….
peAce! :love:
aku pernah terbaca… saladin ni punya ler terer.. dia boleh membelah kain yang dilempar menjadi dua dengan pedang dia.
bukan pasal terer laa.
dia menunjukkan kemajuan teknologi menempa pedang tamadun Islam, satu perbandingan kepada teknologi menempa pedang orang2 eropah pada ketika itu. kalau tak silap, pedang itu kemudiannya dihadiahkan kepada seorang pemimpin crusade (tak ingat sapa). in comparison, salahuddin menunjukkan macamana tentera Islam boleh menang dalam peperangan di padang pasir, mainly kerana kekuatan cavalry (tentera berkuda) yg agile dan efisien, menggunakan pedang yg ringan tetapi tajam, serta menggunakan perisai di bahagian2 strategik terutamanya di bahagian kaki.
dalam pertempuran berkuda, banyak tentera crusade cedera di kaki akibat ditetak dengan pedang yg dihayun rendah. pada awal crusade, hampir semua crusader bawak pedang berat (two handed, claymore or bastard sword), tak sesuai utk peperangan pantas. tetapi towards crusade ke tiga di bawah pimpinan richard lionheart, semua pedang crusader menjadi semakin tirus dan ringan, serta garde (guard) melintang melambangkan salib (sekiranya pedang dipacak di atas tanah).
kemuncak evolusi senjata digunakan ketika peperangan Hattin. boleh carik kat internet. aku malas… hahhaha
Box office skang nih!!….Go Muslim!….menang besar bebbbb,…tapi the truth?….kita plak kena tindas….
peAce!
aku baru lepas tgk cerita nih. best, and aku rasa cerita dia agak deep. bukan semata tebas2 org je laa
pedang two handed kalau guna masa main diablo2 nanti tak leh guna shield. rugi ahh defense
:sengih:
bukan pasal terer laa.
dia menunjukkan kemajuan teknologi menempa pedang tamadun Islam, satu perbandingan kepada teknologi menempa pedang orang2 eropah pada ketika itu. kalau tak silap, pedang itu kemudiannya dihadiahkan kepada seorang pemimpin crusade (tak ingat sapa). in comparison, salahuddin menunjukkan macamana tentera Islam boleh menang dalam peperangan di padang pasir, mainly kerana kekuatan cavalry (tentera berkuda) yg agile dan efisien, menggunakan pedang yg ringan tetapi tajam, serta menggunakan perisai di bahagian2 strategik terutamanya di bahagian kaki.
dalam pertempuran berkuda, banyak tentera crusade cedera di kaki akibat ditetak dengan pedang yg dihayun rendah. pada awal crusade, hampir semua crusader bawak pedang berat (two handed, claymore or bastard sword), tak sesuai utk peperangan pantas. tetapi towards crusade ke tiga di bawah pimpinan richard lionheart, semua pedang crusader menjadi semakin tirus dan ringan, serta garde (guard) melintang melambangkan salib (sekiranya pedang dipacak di atas tanah).
kemuncak evolusi senjata digunakan ketika peperangan Hattin. boleh carik kat internet. aku malas… hahhaha
Off Topic
pada maser tu ketajaman pedang serupa dengan pedang samurai (Katana)
Pedang Arab
meleleh air liur aku baca review en azarimy….
bila la nak sampai KOH ni ke sini…. tak sabar nak tengok…
en azarimy, cemane encik tahu banyak pasal senjata2 ni….
ada buku tertentu ke yg jadi rujukan utama?
atau surf kat intenet?
nak tgk ke? datang le umah aku… da seminggu aku kat kaherah..
as a Muslim ok ke tgk cite ni..takde elemen bercanggah ke?
the only elemen bercanggah dalam cerita ni yg quite obvious pada aku ialah cara orang2 Islam bersembahyang pada ketika itu. mereka digambarkan bersembahyang berjemaah, tetapi tidak di dalam saf. kira berterabur/bersepah kedudukannya, walaupun sembahyang secara synchronized. susah nak tentukan sapa imam dalam keadaan macam tu.
other than that, i'm not very sure. rasanya takde lagi yg bercanggah…
best lar kingdom of heaven nie….. walaupun watak Balin nie memang morong dan tak frendly pon…. babak lawan memang sepuluh kali ganda best compare dengan Alexander (yg bagi aku agak boring)… memang action movie betul…
Cuma aku sedih bila meningatkan Salahudin dan zaman nyer…. masa tu Mat Salleh sumer respek/gentar dengan tamaddun Islam….. yang heran, maner pegi orang2 yahudi dalam kat Jerusalem aaa? Takkan la diorang takder apa2 peranan dalam perang salib?
byk lagi kena tambah Aza…
time dorang tgh semayang tu, azan berkumandang
n then serban yg Salahuddin pakai tu
serban tu menutupi dahi Salahuddin (kalau nak semayang sure dahi tak cecah bumi)
dan sebelum adik Salahuddin kena bunuh dgn Raynald
zaman tu wanita Islam mana ada pakai purdah penuh dgn hiasan dekat muka
zaman tu wanita Islam pakai purdah hitam je, takde hiasan manik-manik
tu je yg aku tgk ralat plus apa yg Aza ckp tu
tapi overall dialog yg paling aku suka
time Balian tanya Salahuddin
“What's this city meant to you?” (camgitu kot)
Salahuddin jawab “Nothing” dan disambung dgn “Everything”
citer ni aku kasik 4 out 5
Cuma aku sedih bila meningatkan Salahudin dan zaman nyer…. masa tu Mat Salleh sumer respek/gentar dengan tamaddun Islam….. yang heran, maner pegi orang2 yahudi dalam kat Jerusalem aaa? Takkan la diorang takder apa2 peranan dalam perang salib?
Raynald de Chantillon dgn Guy (husband Syblla)
dorang ni bukan yahudi ke?
reynald dan guy are both french. actually semua pelakon2 dalam cerita ni (termasuk balian) are french, kecuali tiberius dan orang2nya (roman) dan king baldwin serta orang2nya (english). masa ni yahudi takde pemimpin or orang2 kuat. even masa ni orang2 kristian kerjanya nak tangkap dan bunuh yahudi, bukan orang2 islam. ini kerana pejuang krusad merasakan bahawa orang2 yahudi ini menentang fahaman kristianiti, dan mereka bertindak prejudis terhadap mereka.
pada ketika ini, salahuddin membela orang2 yg tak bersalah, tak kira apa pun fahaman mereka. pada mata beliau, seseorang tu tak boleh dikira bersalah kerana faith mereka, tetapi apa yg mereka lakukan sehari-hari atas nama faith mereka itu. kalau seseorang itu lahir sebagai yahudi, takkan salahuddin nak terus pancung mereka, betul tak? hahahaha…
tapi aku peratikan ada satu hint keyahudian dalam cerita ni. ada sorang mamat yg beria-ia nak salahuddin menyerang jerusalem ketika mereka berbincang di bawah khemah salahuddin. tetapi salahuddin tak mahu. mamat tu cakap: “you've promised to return jerusalem to me”.
hah… pada aku, ni ada unsur2 keyahudian heheheh. it's not impossible that salahuddin might have made a pact to save the innocent, and that may include orang2 yahudi yg pernah memiliki jerusalem sekali.
raser nyer memang yahudi kebanyakan tentera saladin ader yg kristian ader yg yahudi tapi pakain samam macam orang arab…
best lar kingdom of heaven nie….. walaupun watak Balin nie memang morong dan tak frendly pon…. babak lawan memang sepuluh kali ganda best compare dengan Alexander (yg bagi aku agak boring)… memang action movie betul…
Cuma aku sedih bila meningatkan Salahudin dan zaman nyer…. masa tu Mat Salleh sumer respek/gentar dengan tamaddun Islam….. yang heran, maner pegi orang2 yahudi dalam kat Jerusalem aaa? Takkan la diorang takder apa2 peranan dalam perang salib?
ikut sejarah, crusader dok bunuh semua yahudi dalam jerusalem dalam crusade pertama. oleh itu kalau ada yahudi pun, hanya ada di kawasan yang dikawal org. islam.
aku dah beli dvd cite ni and dah tgk….gambar gelap lagi…..
so far okla….
Pergh! | Lukis, Komik, Kartun, Animasi, Games Malaysia
All information and content contained in this website are provided solely for general information and reference purposes.
By browsing this web you agree to our privacy policy.
© 2001 - 2021 All Right Reserved by Vasqtech Network Malaysia