Home › Forums › Writer’s Corner › Kepada Semua Yang Merasakan Dirinya Seorang Writer
ok mari kita mulakan….
Pertamanya, ini untuk penulis yang merasakan telah mapan waktunya, aku teringat untuk menzahirkan persolan ini.di sini kerana bicara pendapat oleh luisgarcia mencungkil satu kesedaran kecil dalam diri aku. Dari setiap pendapat yang diluahkan aku merasa kita semua disini telah seharusnya meningkat kesatu tahap yang lebih serius dalam menghasilkan sesuatu karya. Dan ini bermakna cakupan ilmu pada setiap individu yang ada disini samada yang merendah diri atau yang meletup-letup egonya telah, melayakkkannya pada pandangan aku menjawab persoalan ini ?
Adakah anda yakin bahawa kerjaya sebagai seorang penulis/pelukis adalah kerjaya yang boleh membawa kejayaan dan kekayaan pada seseorang individu ? Rasional Anda ?
Aku rasa soalan ini tidak bias pada sesiapa, aku cuma merasa ada beberapa pandangan dalam diri aku perlu diperbetulkan dahulu sebelum aku secara berani dan terbukanya mengambil wadah ini sebagai gelang geni yang bakal merantai diriku.Dan barangkali juga sebagai suatu tanggapan berani bila suatu masa dihadapan masa kelak, aku berhadapan dengan mereka-mereka yang pernah jatuh, bangun dan tertewas bersama didalam lorong dan perjuangan ini , aku telah mempunyai suatu keberanian untuk menyuarakan ertinya ketewasan ~ didalam pandangan seorang hamba yang berjaya.
Jatuh ,kecundang, kecewa ,dinafikan, diperbudak malah – dalam mengejar matlamat telah dapat aku terima sebagai adat berjuang diri yang lumrah. Cumanya sekarang, adakah masa yang setia menemani, dapat memberikan jawapan ?
Pada aku , masa adalah ibarat petanda yang berbudi .Tugasnya adalah memancung kegagalan yang melilit diri dimasa yang sama, walaupun cantasan itu tetap melukan kita pada akhirnya, namun luka yang akhirnya menjadi parut itu adalah hadiah istimewa yang semahal pualam ~kerana padanya, tercoret dan tercacahnya kebenaran yang menzahirkan betapa lelakinya setiap tindakkan kita demi memungut kuntum-kuntum kejayaan dan kenamaan itu.
Kejayaan tidak akan bermakna tanpa lelah luka yang bererti begini.
Jadi…bagaimana…sekali lagi kutanyakan dengan segala rendah dirinya…
Adakah anda yakin bahawa kerjaya sebagai seorang penulis/pelukis adalah kerjaya yang boleh membawa kejayaan dan kekayaan pada seseorang individu ? Rasional Anda ?
try hantar karya ko kat karangkraf, panah
aku dgr, masyuk gak bila dpt buat novel kat situ….
buat novel la bukan cerpen…
:rolleyes: juz wonder panah…aku bukan writer bole jwb ker?
tak kisah la…inilah bebelanku….kalu masa aku skola dulu mungkin bapak aku akan melompat dgn jayanya kalau aku kata aku nak jadi pelukis…walhal dia la punca nyer yg mengenal kan aku ke dunia katun/komik…
btw, aku lebih suka jwb dari perspektif berjaya bbanding kaya…b'mana pun kalu dah berjaya sama gak la kaya nyer nanti…aku rasa kalau di zaman skrg di Msia…tak nampak sbb kenapa tak bole bjaya dgn hanya melukis dan menulis sepenuh masa tapi bidang ini perlukan disiplin iaitu menghargai masa, mengawal mood dan sentiasa tak putus2 berkarya…aku tak nampak sbb kenapa penulis melayu/msia tak bole tulis skrip utk sebuah film hollywood kalau bangsa lain boleh eg Jepun, India etc tapi back to disiplin and menguasai bahasa Inggeris itu sendiri…
….fahamilah hak cipta anda dan kontrak/MOU utk keselamatan di alam penulisan…
otoh plak, pelukis pun begitu..kenaper yusuf gajah boleh display gambar gajahnya (naive art) yg hanya sebesar dulang pada hg 35K tapi nak sampai tangga tu bukan mudah…aku sgt suka dgn kata2 dia…'seniman jangan hidup miskin' so jadikan org2 yg bjaya ni sbg idola utk kita terus berusaha…
sbg jln selamat cari kerja yg agak stabil then bkarya secara sambilan dahulu bukan utk hobi….serius tapi sambilan ..aku tau ader sorang kwn yg study kat UM sanggup keje kilang sbb nak teruskan berkarya…tak tau ler aku dia dah kaya tak…ini sesuai dipraktikkan jika anda masih novice dlm race kap prix…
Bmanapun balik kpd kita juga…Nak ke Tak Nak (tanya mcm nak behenti isap rokok…) mcm ko panah, aku tak nampak sebab kenapa ko tak bole maju… based on artikel 'aku,writer' ko pun aku pcaya ko bole pegi jauh…
sikit tkilan, pelukis/penulis masih dinilai based on sijil nak masuk MARA kena pakai SPM pada hal lukisan yg dilukis tu la sijil dia sebenar nya bukan nyer soklan 'siapakah PM Madagaskar? (ini le punca aku rasa ader yg tak bole lama di bidang ni sbb 'ranggi' jer lebih…)mmd ader pro/kontra tapi ko tengok ajis yg lukis dlm laut atau raja azhar tu …bjaya akhirnya pada hal tak lepas pun interviu ITM dan penah lukis tepi jalan…
isss pjg lebar pulak aku mbebel…abistu aku?…biar aku soal diriku sendiri dan mcari apakah jawab nya…abaikan jwbku ini jika tidak memenuhi syarat2 yang sewajarnya….sekian, terima kasih…. :sengih:
Actually aku tak berani nak komen ape2… sebab aku bukan penulis/pelukis.
Cuma aku nak menyokong kata2 madstone tu. Kalau kau berminat nak hantar kat karangkraf (Alaf 21) aku boleh tolong. PM je aku.
Aku ada dengar dari penulis tu sendiri (tanpa bukti bertulis) yang dia cakap kalau satu novel tu first print boleh cecah puluhan ribu.
Tu belum kira kalau reprint. Dan baru2 ni aku dengar ada yang dapat sampai 90k. Lumayan gak tu.
Macam aku cakaplah kalau sesapa nak try hantar karya novel PM aku. Sesapa jelah… aku tolong setakat termampu.
Good luck.
meh, pada aku, menulis ni adalah hobi.. kita buat sebab kita nak meluahkan cerita-cerita dalam kepala.. aku lagi suka makan gaji anyway
jadi aku quote la kata tokeh silverfishbooks yang aku baca somewhere (KLUE kut?) :
“kalau nak buat penulisan sebagai kerjaya kat malaysia ni.. anda memang bodoh”
aku setuju.
ko nak cari duit jadi penulis kat malaysia? samada ko tulis buku cinta picisan (yang aku cukup benci), ko tulis buku politik (50 dalil kenapa nodsri tak boleh jadi PM.. kekekeke) atau ko tulis buku agama.
Market untuk cerita lain, ESPECIALLY buku2 English.. hampeh.
:unsure: hmmm..kalu aku la yang bahgia tan sri, aku telan dulu aper yg tokeh tu cakap tapi aku akan make sure dia jilat balik ludah dia!
btw, aku bkn nak plekehkan aper yg ko cakap tu…sbbnya tokeh2 ni la yg tidak myokong industri mcm kes CD (oppss…cth jer nanti off topic pulak)
Adalah lebih baik kita menerima kata2 sebegitu sbg cabaran dan mbuktikan sebaliknya…pada aku, di msia ini la tpt yg paling seswai utk mulakn karya, wpun ader undang2 kita still bole buat keje underground, bole kayuh lagi la slow2…
aku rasa sema org tahu buku 'Permata Yang Hilang' ttp tak tau Ibnu Yusof da kaya ke tak skrg…dan sapa yg manupulasi karya beliau ni…tak ker si tokeh2? lepas tu tokeh2 ni salahkan kerajaan sbb buku ni telah dibanned! kalau anggarkan ori, cetak rompak, potostat..aku sgt yakin buku ini telah bjuta jualan nyer…kalu dialihbahasa? kenapa Kamasutra(Koma jgn perasan lak :> ) bole dialihbahasa, difilm s/ader blue @ hitam putih dan diedar seluruh dunia? tapi aku bukan nak diskas isu seks kat sini dan nak suruh sema org tulis buku seks wpun kenyataannya SEXS SELL!
Aku dgr Alaf 21/Karangkaf bayar baik spi ada novelis yg bole dpt royalti spi 30K tapi mcm Moskito ckp la..tak tau la ader tak bukti btulis? tapi bukan itu isunya juga dan lebih baik kia bsangka baik yg ianya adalah benar dan benar belaka! …supaya kita positif dan bole terus kayuh…
so pada aku, tulis la dulu tak kira sebangang mana pun, karya picisan, karya sampah waima aper pun …buat dulu utk build up followers…mcm Blues Selamanya…bole jual 100K copies…karya jiwang ker, this is survival tapi jgn ler menulis citer sebegitu selama2nya silap2 followers pun jadi fed-up. Maksud aku selepas itu, baru la upgrade karya kita ke arah semi-serius, 100% serius, misteri atau apa2 genre pun…lihat M.Nasir kalu dia buat lagu A,B,C…1,2,3 DoReMi…dan2 dia nyanyi zaman Kembara, di awal pbabitannya, agak2 tak kena baling batu ker…tapi hari ni kalu dia kata alif,ba, ta pun jadi lagu…sebab? dia da build followers, equal tu core account/market so dia bole gamble kalu lagu tu khalayak tak suka pun, core market dia punya buyers pun da bole cover all the cost…so, dia bole terus bereksperimen dan ingat tak sema dia buat bole jadi…filem Kembara Seniman Jalanan tak box-office pun…btw, ini cth sahaja dan tak yah sembang bab filem ni,.. nanti off-topic pulak!
Sekian.
Faisal Tehrani cth penulis yang berjaya sebagai penulis sepenuh masa…
pergh, ade orang korek topik lame, thread starter pun dah takde.
takpe.
faisal tehrani memang penulis sepenuh mase, tapi die tidak terhad kepae satu jenis medium saje.
maksudnye, die tidaklah menilus novel semate. tapi ade jugak menulis artikel untuk majalah, surat khabar, menulis cerpen.
kalu nak harapkan novel semate, memang tak bole pegi jauh laa.
hmm..
terkenang-kenang aku pd arwah.. al-fatihah
alfatihah buat allahyarham, semasa hidup allahyarham adalah rakan brainstorm aku, semoga rohnya damai di sana.
Pergh! | Lukis, Komik, Kartun, Animasi, Games Malaysia
All information and content contained in this website are provided solely for general information and reference purposes.
By browsing this web you agree to our privacy policy.
© 2001 - 2021 All Right Reserved by Vasqtech Network Malaysia