Home › Forums › Mags Review, News And Events › Jom #7
Bukannya aku tak tahu dah ada thread dok bincang pasal isu 7, cuma aku cukup menyampah orang bincang benda tak kena pada tempatnya. As they say, let sleeping dogs lie, and let dead dogs burried. No use ressurecting them, they'll only become zombie dogs, and boy do those smell… anyway, back to the topic…
ISU 7 – Cover Jehan Miskin
Komik yg keluar : Lei, V&V, Oscura, Riko&Dinggo, Retrojak, komik Kash, komik Aedes, komik Hanie.
Eagle Eyes™ report:
Aura melampau rajin, atau terlampau rajin? Lihat rajah di bawah:
[img]http://www.geocities.com/firelynx.rm/jom-snafu1.txt[/img]
Saper lagi nak nambah… silakan.
aku rasa depa bukan tanak bukak topic baru.. tapi rasa better dok kat satu topik yg sama… malas nak semak2… buat baru.. bukan jauh beza pun..
ko lak susah2 hati ahahaha…
setakat cr salah kaleris… omputih nyer komik banyak terlebih kaler costume kat tangan hero kekadang.. bese aa tue..
Tahniah buat DinJerr sebab “berani” bukak thread baru! ๐ (Personally, aku suka thread baru kalau ada isu baru yg keluar, tapi malas nak bukak sendiri )
Eagle Eyes™ report:
Aura melampau rajin, atau terlampau rajin? Lihat rajah di bawah:
[img]http://www.geocities.com/firelynx.rm/jom-snafu1.txt[/img]Saper lagi nak nambah… silakan.
Benda ni aku tak perasan pun kalau kau tak letak kat sini…
Berdasarkan pengalaman, kadang2 “susah” nak agak (ataupun tak perasan) bahagian2 yg perlu diwarnakan, especially kalau colourist tak familiar dgn artwork artist tu. Kadang2 aku perasan komik2 luar dulu-dulu yg tersilap kaler gigi sebagai bibir atas, ataupun kelopak mata sebagai mata putih, ataupun aura/energy sebagai asap (sori takde contoh).
EDIT: DinJerr, siapa Hanie? Ataupun kau maksudkan Hadibi?
aku rasa depa bukan tanak bukak topic baru.. tapi rasa better dok kat satu topik yg sama… malas nak semak2… buat baru.. bukan jauh beza pun..
OFF-TOPIC
Banyak bezanya. Satu, orang dapat tahu berapa orang yang sebenarnya bercakap tentang topik yang diperkatakan, dan bukannya topik lama itu. Kedua, thread tu bukannya sticky, dan bukan juga thread peribadi. Kalau buat kat board lain mcm tu, dah lama kena 'gantung lesen' O_O.
Korang nasib baik aku tegur memula tu style baik2. Kalau aku laser sikit mcm C-Fu, dah lama aku cakap:
“Bendul betul, kalau ye pun nak post kat thread lama, carikla thread paling terkini… ni isu 4?!?”
Eh, dah tercakap pun. Muahahaha! Kalau korang ingat ni pendapat aku sorang aje, dah lama aku join bincang thread satu lagi tu. Tapi pasal aku dengar orang lain komplen sama, barula aku bukak thread yang bersesuaian ni. Ingat, fikir dahulu sblm buat.
Adijin: Hampeh kau, itu la, jadi lagi ahli tido ekslusif Maao
Hadibi kan aku dah listkan Oscura? Kau ni dah abis baca ke tak isu kali ni? X_X
ala perkara kecik cam tu sampai nak bengang-bengang wak per.. mmg aku yang sambung thread tu bukannya apa, bila buka thread tak reply tak seberapa lapas tu tenggelam…
kalau ko bengang sangat sorri jer… jangan label orang pulak dengan kata-kata bahalul ke dan what so ever…
tengkiu
alaa Din rilek laa… bukannye selalu camni,
memang betol orang susah nak tau ape update terkini kalau bincang topik tak kene tempat.. tapi, ape salahnye tegur dengan baik ?
bahal*l teros kau bagi ๐ฎ ..
sebenarnye kitorang malas nak bukak
nak kene carik gambar pulak tuh hahaa leceh la kalau cakap kosong je gambar preview takde (tak harus)..
bak kata adlin anak mak mah soltan melaka,
“..ini sangat peribadi…”
ohh aku off topic laie..
takde siapa nak tolong bgtau ke.. siapa FIGHTERS pilihan kali nie? tolong la wess.. aku jauh nie…
ruangan aweks lak sapa?
komik? emmm ntah OSCURA tue lawa.. tp tak nampak halus mcm lokesan dan coloring hadb sbl nie…
dan nizam nyer ECHO tue- too much focused on karekter.. no gado2 untuk sepatatnya cerita gaduh… more like Jimi Kong.. lukis lawa tapi tak hidangkan dan deliver cerita dia…sepantas mungkin.. (bak kata Ubder- soweee heret nama kau.. ๐ )
ala perkara kecik cam tu sampai nak bengang-bengang wak per..
Off topic
Sorry la stingrayz, aku bukan bengkek dgn kau secara peribadi, aku cuma bengang dgn semua orang yang suka buat 'topic-bumping' mcm tu. Lagipun, kan aku dah cakap awal, kalau aku laser, saper yang penah jumpa aku RL pun tahu aku sopan-santun pukul kuman pun dia tak mati.
Cuba bayangkan, topik lama nak tambah2 sampai 20-30 page. Katakan la dah reviu sampai Jom isu 40, pastu mana tau ada hamba Allah nak carik balik cerita pasal isu ke-8… kena la dia reverse balik page satu-satu. Mungkin hangpa ingat small matter ajer, setakat klik link sampai jumpa. Tapi kadang2 satu page, byk reply yang sarat dgn info. Kita bukan duduk kat Korea Selatan, di mana peratus orang yang ada broadband mencecah 60%, kita duduk kat Malaysia, orang dial-up kena tindas sampai dah x wujud langsung connection 53+ kbps dah (aku connect pun purata 29.2+ kbps je). Oleh itu, adalah sangat penting semua orang menerima kecapaian yang sama, dan bukan golongan tertentu sahaja.
mmg aku yang sambung thread tu bukannya apa, bila buka thread tak reply tak seberapa lapas tu tenggelam…
Aku pulak tanya balik, jgn kecik hati pulak: Kau susah hati thread tu tenggelam kenapa? Memang akan sampai masa orang dah malas nak pikir pasal isu yang direviu tu nanti (sebab yg baru pun dah kluar). Biar la dia tenggelam, no problem what? Atau, kau ada problem sebab topik tu dibuka atas nama kau, maka kau risau bila topik 'kau' (mana ada thread reviu events/majalah/komik boleh belong kpd individu tertentu sahaja) tak laku masa ada reply sikit dan tenggelam, ianya secara tidak langsung menggambarkan forumers lain tak suka kat kau? Aku rasa adat ada thread hangat/sejuk itu norma semua forum yang ada kat internet ni. Tiada apa yang perlu dikhuatirkan.
Dah, aku dah jadi byk celoteh cam Aza plak.. tapi sekadar renungan dan luahan hati. Stingrayz, aku mintak maaf banyak2la kalau melukakan hati kau, no hard feelings aaa?
Back to topic
Aku ada nampak satu kejanggalan dalam satu panel Echo, tapi aku rasa baik aku komen terus kat brader Niezam aje. Semoga Apai sentiasa jadi jaga bukak pintu kat opis KK
Edit
Benda ni penat si Mystic tulis, adakah semua orang dah baca? Sangat jelas menggambarkan format topik yang sepatutnya.
aduh..pasal perkara kecik pun nak kecoh? tak baik tau cari kesalahan orang..kalau kesalahan diri org nampak dan heboh2kan camna? pasal kaler efx terkejut tu..mungkin si Aura tak perasan…maafkan la dia…dia manusia biasa je tauu…
pasal label org bahalol…tu dah lebih tauu…nak jadi chulan muiz ke? bagi org ingat nama dengan maki2 orang? cari publisiti murahan ke bang? macam artis la ko ni Din…Din beramboi pun berbudi bahasa tauu… :rolleyes:
1 lagi..aku harap ko respek skit ngan Uncle Stingray…ko ngan dia macam langit ngan bumi je..
ko ni takde keje ke selain nak cari kesalahan dalam panel komik org lain? nak komen panel komik Echo la apa la…ko sape? ko bos karangkraf ke? komik ko takde cacat ke? meh sini tunjuk…setakat lukih awek t*t*k macam bola rugbi takyah la.. :pergh: **off topik..
back to topic..
jom 7..overall ok je..no komen..komen pun dah publish… :sengih:
dah beli.. aiseh.. makin malas ke org lain ni.. norman dgn zid mmg bes.. keep it up..
rasa mcm URTV dikomikkan plak.. ekekeke
Off topic hopefully for the last time
Aku rasa takde pun mana2 dalam post ke-3 aku tu aku direct mengutuk Stingrayz. Aku cuma menulis apa yang terlintas kat hati aku setelah menyedari thread reviu Jom#7 yg 2-3 hari belum muncul2 rupanya dok menumpang isu 4 punya. Aku tak tau pun time tu siapa yg bump upkan topik lama tu. Ada ke aku tulis: “Stingrayz adalah si #@$$#@$#@ sebab dia #@$#@$@$#”? Don't try to put words into other people's mouth, T-Rex. Lagipun, skrng ni siapa cuba buat kecoh, kau atau aku? Cuba lihat kenyataan seterusnya:
ko ni takde keje ke selain nak cari kesalahan dalam panel komik org lain? nak komen panel komik Echo la apa la…ko sape? ko bos karangkraf ke? komik ko takde cacat ke? meh sini tunjuk…setakat lukih awek t*t*k macam bola rugbi takyah la..
1) Kau sedar tak kerja Editor Komik adalah mencari kesalahan dalam komik, tapi kadang2 sebab mereka juga manusia mcm kita, ada kesilapan yang terlepas dari perhatian juga. Kita sebagai pembaca/penggemar komik dapat menolong dengan memberi perhatian kepada ralat2 yang muncul. Next time, takdela dok buat lagi. Aku tgk haritu aku highlightkan problem, Eisu sendiri thank aku sebab beri pandangan dia anggap membina. Takde pun dia kutuk aku balik sebab aku make fun of panel dia. Masya Allah, rupanya orang lain yang terasa.
2) Aku at least ada la jumpa dgn pelukis Echo tu. Salahke aku nak cakap dgn dia apa pendapat aku? Dan aku explicitly ckp kat atas tu aku sendiri akan ckp dgn dia face-to-face. Apasal kau carik gaduh?
3) Dah lama aku tak lukis awek *****(amboi, kau pakai bahasa kasar boleh plak) ragbi. Mostly skrng flat/sederhana aje. Kau bagi contoh artwork aku skrng yang besar belon spt dikatakan? Dan mana ada aku buat mcm ChulanMuiz, gaya2 “My artwork is awesome, tiada tandingan, everyone else looks crap compared to mine”. Aku menerima komen, dan selalunya komen orang lain memang bertepatan dgn kritikan aku terhadap diri sendiri. I know my weaknesses. Tapi hairannya, kau marah aku 'kutuk' (ntah bila plak aku mengutuk) artwork orang, kau pulak boleh kutuk artwork aku? Lagi hairan aku tak marah pun kau kutuk artwork aku, sbb forum omputih yang aku selalu lawat selalu bantai kritik mega-dasat cam 'fagg#t' dsb. Tapi bagila kutukan lebih spesifik supaya aku tau part mana yang kena improve, dan postkan kutukan anda di thread yang sepatutnya.
1 lagi..aku harap ko respek skit ngan Uncle Stingray…ko ngan dia macam langit ngan bumi je..
Lagi sekali aku ulang kali ni dalam BI plak, in no way did I post ANY comments directly dissing Stingray. I don't know why you want to pit me against him so badly…
Back to topic
Isu 8 punyer cover… memang nyam2, belum kira pin-upnya lagi.
UPDATE FOR THE SAKE OF SANITY
Aku dah buang perkataan ofensif dalam post tersebut dan menggantinya dgn yang lebih mencerminkan kemelayuan. Aku harap dah takde orang dok ungkit2 pasal kutuk-mengutuk antara forumers lagi. +_+
Aku ucap terima kasih kerana menarik balik word yang ko taip. Aku pun tidak menyimpan perasaan sakit hati ker apa2 cuma ingin melihat suatu yang harmoni dalam forum yang satu-satunya memperjuangkan nasib komik tanahair.
Wassalam.
Back to the topic>>>>
Off Topic:
T-Rex (tolongla jgn condemn aku plak lepas ni)
Aku tataula apa maksud ko
tapi apa yg aku nampak ko hanya berselindung dgn username baru T-Rex ko tu
ko sebenarnya salah seorg forumer yg ramai org kat Pergh ni kenal
atau mungkin somebody kat luar yg dikenali ramai warga Pergh
dari gaya bahasa dan tulisan ko, org boley tahu sapa ko
tak yah la nak berselindung di sebalik nama dan kutuk kutuk org
bagi aku benda camgini aku anggap BACUL, sorry to say la
but it's true…
sbb bagi aku, kalau ko nak kutuk Dinjerr, kenapa tak pakai username ko yg dikenali tu?
at least Dinjerr tahu siapa yg memberi kutukan dan komen
dan dia tahu dgn siapa dia berhadapan, at least he can show some respect 2 u
dan ko juga, aku rasa, dpt memberi nasihat yg lebih berkesan daripada mengutuk artwork dia
aku kenal Dinjerr, he's a very nice guy n i bet you know him too, right?
So, be honest to yourself la T-Rex, ok?
Nasihat seikhlas mungkin dari aku, TERIMALAH DENGAN HATI TERBUKA
SEBAGAI MANUSIA DAN HAMBA ALLAH
Harmony please!
Adijin: Hampeh kau, itu la, jadi lagi ahli tido ekslusif Maao
Hadibi kan aku dah listkan Oscura? Kau ni dah abis baca ke tak isu kali ni?ย X_X
Ohh komik kecik tu rupanya.. haha malu aku! (marah pulak Hadibi nanti) ๐
EDIT:
T-Rex, si DinJerr ada tulis “Eagle Eyesโข report:” gitu, bukannya dia nak cungkil segala kesilapan org lain, just apa yg dia ternampak je. Jgn la emosi sgt bro…
alaaa tong-tong kire laa amende tetibe bole start gaduh lak
๐ฎ tah pape amende ni..
:unsure: ntah la
aku pelik laa apasal korang suke sangat pakai font kecik-kecik… tapi aku check kat Starz diorang pakai font kecik jugak
ntah la.. harge dah RM 3.90… jangan naik lagi sudah la
argh.. Kit Rae lagi ?? Hmm macam bende recycle je.. photo shoot Jehan tuh memang best, pure idea, very very good
Komik ????? ZID IS THE BEST :wub: Kash aku lagi suke kalau die lukis cite fantasy action cam dedulu.. ini cerite cam kat Gempakkk je, macam bace Gempak la pulak JOM! nih. Lenlain masih kene tunggu jadik best dulu
dinjerr>> isu no 8 dah kua ker??? waaaaaaaaa… xsaba2.. sapa yg buat kaver lak utk nex issue.. huhuhuhu.. xsaba2.. jgn la kua lmbat2 sgt.. nafsu komik aku xberkadar lansung ngan isian poketku… so, xnakla aku membazir membeli komik2 lain sblm jom kua… huhuhu…
arap next issue ade la komik2 dr eisu@aimo.. satu issue diorg tader macam rindu gile..hahahhaha.
go JOM go!!
waaaaaaaaa… xsaba2.. sapa yg buat kaver lak utk nex issue..
isu 8 – cover & color oleh Hadibi
cover dah siap dah tapi aku tak boleh nak preview dulu,
atas sebab2 faktor keselamatan dalam negeri.
cover baru nanti nampaknya kena buka thread barulah ye?
insyaAllah JOM! akan berada di pasaran lebih awal.
thanks kepada yang beri komen tu.
DinJerr – lepas ni bila2 kau nak datang ofis aku bagitaulah ye
boleh ku standby kat pintu tolong bukakan pintu untuk kau lagi…
yang lain2 pun boleh gak…
naik harge lg. mungkin disbbkan olh kenaikan harge petrol semenjak 2 ni.
tak bestnye.
Tak paham kenapa dikatakan naik harga since memang itu harga yang sebenarnya… harga sebelum ni semua promosi dan harga promosi dah habis so diorang pergilah ke harga sebenar, so bukan naik harga, tapi pergi ke harga sebenar baru betul…
errr… aku baru beli jom #7 td.. aku rasa ok je… ke aku yg dh lost sense kat comic? tapi aku rasa o.k. sbb reader mcm aku takkan peduli tentang colour ke ape ke.. yg penting citer best..
tapi aku impress ngan diorg yg buat JOM ni.. maaf aku terlambat kasik comment.
NOTE: JOM#7 adalah first issue yg aku beli. Harap maklum. Dan JOM takde jual kat tempat belajar aku. Harap maklum sekali lagi.
Tapi aku paling suka ngan komik Zid retrojak…
harga tu aku rasa make sense la RM3.90, full colour so kira ok la…
dlm byk-byk komik kat isu 7, aku suka aedes punya. Lain dr yg lain dan superb. Dia lokes komik dan buat painting. Tingat aku kat komik GG dulu-dulu…..
Pergh! | Lukis, Komik, Kartun, Animasi, Games Malaysia
All information and content contained in this website are provided solely for general information and reference purposes.
By browsing this web you agree to our privacy policy.
© 2001 - 2021 All Right Reserved by Vasqtech Network Malaysia