Home › Forums › Mags Review, News And Events › Jom # 12
aku baru tangkap JOM ni pkl 2 tadi… sempat belek2 skit je… dan gak tgk muka budak yg nama Catborg dlm tu… hihihihi…
sib baek dah ada org bukak thread JOM
sebenarnya aku tak puas hati giler
aku beli JOM 12 bila tgk kat depan tu, INFOKOMIK TAHAP KAW!
terus aku TERACUN utk beli JOM w/pun aku dah decide akan slow down beli JOM
dan probably stop terus beli JOM
tapi bila tgk INFOKOMIK TAHAP KAW, aku beli dgn was-was
tapi bila aku belek dlm hati aku mana dia infokomik tahap kaw tu?
dan yg paling aku bengang, infokomik tu sebenarnya tipu semata
aku belek sampai habis, takde la gah mana infokomik tu
kebanyakkan bukan pasal komik dan yg berkaitan dgnnya
yg ada balik-balik hiburan hiburan hiburan
ada infokomik pun pasal Alan Moore, tu pun rasanya 1 page (betulkan aku kalau silap)
nanti mlm kang aku tambah balik, ada JOM kat tgn baru bley check
pastu info filem, info artis, info boy band dan tah hapa-hapa info lagi yg ABSOLUTELY takde kena mengena dgn komik
aku baran, hangin 1 bdn, rasa nak bakar je JOM 12 ni, takpun buang dlm tong sampah
sib baek komik Eisu telah menyelamatkan aku dari buat something yg tak pernah aku bikin
thanks Eisu, komik ko mmg best! sempoi!
so, pengajaran kali ni, jangan la kelentong pembaca kalau nak survive lama
kalau takde infokomik tahap kaw ke, tahap dewa ke, tahap tenuk @ cipan ke
tak yah la nak WAR-WAR kan kononnya tahap kaw
buat sakit hati org cam aku jer
please laaaaa…..jgn kelentong lagi in the future
bengang shiot! X-( X-(
jangan marah sangat stone…
aku rasa infokomik tu sebenarnya singkatan info dan komik….. bukannya info tentang komik jer…..
aku belum beli lagi…. aku rasa eisu akan lebih improve…. tapi aku harap Aimo tak bikin splash page cam hari tu lagi laaa…. kosong beb….
ada Aedes tak???
Bila jom nak jemput BAba chuah hantar komik?? Ni sorang lagi otai komik yang teringin sangat aku nak tengok dalam jom….
jangan marah sangat stone…
aku rasa infokomik tu sebenarnya singkatan info dan komik….. bukannya info tentang komik jer…..
aku belum beli lagi…. aku rasa eisu akan lebih improve…. tapi aku harap Aimo tak bikin splash page cam hari tu lagi laaa…. kosong beb….
ada Aedes tak???
Bila jom nak jemput BAba chuah hantar komik?? Ni sorang lagi otai komik yang teringin sangat aku nak tengok dalam jom….
wahaha
bukan marah sgt, hangin
kalau infokomik tu maksudnya info + komik kenapa tak buat je INFO + KOMIK TAHAP KAW?
kenapa perlu letak INFOKOMIK?
ada penjelasan tak?
JOM 12 takde aedes tapi juning ke sapa tah, orait gak
tak ingat sgt nama dia
komik Eisu cam biasa, menarik dan mmg improve giler
syabas inspektor shahab
takde imej ke oii. malas nak bukak karangkaf.com.my
i baru beli semlm.
pendapat i…. um… cam kosong je la. cos i skip2 info yg pasal boy band, kereta… then sekejap je dah habis. rase takde apa2 special la. mmg kecewa skit. so mungkin lepas isu 13, i nak stop JOM. ni beli isu kali pun kerana poster cantum besar tu.
so maknanya tak berapa berbaloi la kalo beli isu ni?
takde apa2 point ke utk bagi aku nak beli?
setakat ni semua point utk tidak membeli aje..
… nak tau gak apa dia sembang psl AFRO SAMURAI… dan teknik stop motion CORPSE BRIDE… kalau mcm mad ckp tue mcm cincai je tatau aaa…
mcm bickbong ckp ler
'cam kosong jer la'
itu pun dah cukup utk TIDAK membeli JOM #12 ni
cuma, ada cuma laaa….kalau nak tgk komik sempoi Eisu, beli la
(at least aku rekomen korang beli w/pun aku sendiri hangin)
tak jadi aku nak langgan JOM kalau content still camgini,
kalau langgan Gempak berbaloi la jugakkkk
ni la jadinyer bila nak try jadi wannabe bukan trendsetter
jadi trendsetter pun, walaupun gagal, at least org akan kenang
bagi aku UC trendsetter, ROCK trendsetter
walaupun berkubur at least org still ingat atau appreciate, at least…
sekadar pandangan
Salamz semua Jom 12 kawan pun dah beli. nasib baik dah ada Mohd Hairy scan dan letak image, kawan dah siap scan, tak jadi la…
Waiting for no #13 untuk melengkapkan koleksi cover metallica. Benar UC dan ROCK ialah trendsetter. Bagilah peluang kepada Jom. Majalah mainstream lain pun mengambil masa yang agak lama untuk survive.
Bagi kawan masih boleh diperbaiki dan teruskan menghasilkan komik-komik yang baik. TNG Eisu nampak matang dan ada perubahan ke arah komik antarabangsa kalau tidak setaraf Puppeteer.
betul tuh bagi mrk peluang sikit lg….tp kalau tak berubah tak tahu lah nk kata apa lg?aku sokong lg jom, teruskan usaha krg kraf! komik zid bila lg nk sambung? aku minat giler retrojak
Mungkin jom dah jumpa direction dia dalam bisnes bikin komik ni…. besar kemungkinan target pembaca di lebarkan lagi untuk tangkap bukan hardcore pembaca komik… maklum la ni benda ratus2 ribu punya budget, dan involve ramai staff….
atau masih test market…
I say give them time…
tapi tolong tukar cover artist…! aku dah tak tahan!
tapi tolong tukar cover artist…! aku dah tak tahan!
:rolleyes:
aku sokong Ubder…. plissss tukar laaaa.. adoiiii..
jangan marah aa cik Nizam KK..
Wahaha
aku pun sebenarnya sudah tak tahan
sbb tu #11 aku tak beli
apa sgt nak bangga dgn silver-silver ni :p2
tabley ke korang mintak artis luar buat cover?
suruh Krom ke, Ajiff ke, Takara ke, silentgecko ke, Sup ke
Tarakcuha ke, 39 ke, Amirzakirana ke, Ensalim ke
bahkan ramai lagi dlm pergh ni yg power rangers
susah sgt ke nak request?
aiyaaaa….
bagile time, bagiiiii
mmg bagi pun :p2
kasik chance, mmg kasik pun
walaupun hati dah meluat tahap kaw
sorang rakan aku ckp, JOM poyo
betul tak betul, itu sorang kwn aku ckp la, bukan aku :pergh:
woo…jgn la stop beli jom oleh kerana 1,2 isu kureng..lepas2 ni mana tau dorang ok lak…cuma skang ni irama dorang belum konsisten lagi …bagi masa..nak tepati citarasa manusia ni bukan benda senang…yg penting support..kalo ada sokongan baru benda ni bole tahan lama..
kalo benda bole tahan lama baru la senang nak buat improvement…
well i bukan cakap semuanye tak best la…. cam info tentang stop motion tu, i boleh layan. tu baru. tapi utk info Afro Samurai tu, Gempak dah siarkan tahun lepas. cam info Gladiator, ok info dia cuma try la letak gambo cari sendiri kat website side atau gambo fakta yg kita tak pernah tgk. ni letak gambo movie Gladiator saje. belum i baca, dah boring skit nampaknye.
komik Eisu mmg best kali ni. content dia i suka. Kalo komik Zid kembali mungkin ade skit mood nak baca.
honestly, selepas i dah belek semua, satu kali je. sekang buku ni dah letak kat meja dah, tak sentuh dah.
i rase apabile mereka dah perbaiki content mereka, mungkin i akan beli lagi. ataupun isu2 yg akan datang tu ade surprise ke…… then i boleh konsider.
sorry………………
tapi tolong tukar cover artist…! aku dah tak tahan!
:rolleyes:
aku sokong Ubder…. plissss tukar laaaa.. adoiiii..
jangan marah aa cik Nizam KK..
yg ni aku tak tau nak kata apa… ada betuinya… rasanya aku rasa apa yg ubder rasakan tu…
hahaha…
jom 12 aku dah belek…
bagi aku isu nih ader sikit ilmiah..
fokus pasal stop motion tu harus dipuji..
memang layan habis kalau baca. sesuai dengan teknologi animasi yang sedang berkembang.
Bahagian buzz kali nih, ader memperkenalkan band underground. Ini pun satu pembaharuan gak. sebab seblum nih diorang asyik ngan mainstream & awek jer…hhehe
Bagi aku usaha jom dalam memperkenalkan isu collector's edition harus dipuji. Ini adalah permulaan awal bagi mendidik anak2 malaysia supaya lebih menilai komik. Kalau kat oversea diorang jadi giler kumpul komik & harga komik leh naik giler2 punyer kenapa tidak di Malaysia.
Mungkin sebab itu jugak diorang buat spesel color metalik tuh. bagi nampak ekslkusif sket.
Bagi aku apa yang diorang buat adalah hasil dari feedback pembaca yang majoriti.
Mungkin apa yang korang kata tu ader betulnyer. tapi mungkin hanya sekadar pendapat minoriti.
sekadar pandangan jer….
tak beli lagi..tapi tetap beli..'Sokonglah Komik Tempatan' walaupun agak mengecewakan isu2 seblom ni sampai skang…takde apa yg best…terutama cover…terlalu mengecewakan…
cover posing camtu..komik dalam pun posing camtu..ayark…
apa2 pun aku tetap sokong majalah komik tempatan(buat masa ni tak miss lagi JOM)
First off, terima kasih atas pujian bagi komik terbaru saya ni… kena confess sikit, sebenarnya tak boleh nak kata saya improve, pasal TNG ni saya siapkan dan submit sebelum saya mulakan Wargica pun ;; Jadi kalau dikatakan TNG ni lagi 'kaw' dari Wargica, maksudnya lukisan saya makin jadi teruk, bukan makin improve ^o^
But anyways, saya cuma nak menatap pada isu cover dan pelukis lain… to be fair, the current covers are sort of a series, so kita tak bolehla kata dah tak tahan or something like that, pasal cover ni dah dijanjikan sebagain cover 4 series, kenalah kita tunggu sampai keempat-empat cover habis dulu sebelum kita dapat cover dari pelukis lain… lagi satu…
tabley ke korang mintak artis luar buat cover?
suruh Krom ke, Ajiff ke, Takara ke, silentgecko ke, Sup ke
Tarakcuha ke, 39 ke, Amirzakirana ke, Ensalim ke
bahkan ramai lagi dlm pergh ni yg power rangers
susah sgt ke nak request?
aiyaaaa….
Ni bukan pasal mintak tak mintak… sebenarnya, pintu department Jom mengalu-alukan orang submit cover atau komik kepada diorang, jadi, instead of menunggu orang menjemput, kan lagi elok kalau kita semua mengambil inisiatif sendiri untuk menghantar artwork kat diorang? Yang boleh lukis dan kaler, hantarkanlah artwork ke Jom, claim untuk cover ke, apa ke, senang cerita…
Kalau dah terrer, janganlah menunggu, go out and get your buck! Best of luck to all!!
Wahhh keluar gak ahirnye
hahaha stone rilek aa, ape bole buat
majalah 'klon'… argh teringat pulak rencane perang klon kat UMBRA 😆
Sian Niezam, die tak buat komik lagi ke ? Aku arap die bole laa lukis cerite orang macam Totoro ngan Nazim Masnawi buat..
hmm nampaknye ade satu isu lagi laa cover Niezam kite kene hadap..
komik yg pakai foto betul tu ade tak dalam isu ni ??
“B.. b.. banjingan !!”
😆
Tarakcuha ke
saper mamat tarakcuha nih??!! gila nick nak tiru aku tu..mcm kes adijean..
anyway, tak tau la saper yg nk boikot terus.. me, i just tanak beli this issue kot? tp td belek2 kt kedai.. eisu punya komik mcm ok kot..
aku rasa ramai nk submit kot.. termasuk urs truly.. but dammit. time. timeeee….! *sigh*
emm… aku mulanye malas nak masuk campur dalam topik ni,
tapi… memandangkan nama aku terselit sama… tak sedap hatila plak
ok, ade pun pandangan aku ni bukan nak memihak sesape
aku kire ada baiknye yang mana rasa dirinye senior ke junior dalam bidang ni…
berbakat plak tu, atau rasa dirinye berbakat apala salahnye join sama.
aku tak paksa atau aku telah dipaksa…
mestikah aku, krom, aedes saje yang layak.. sedangkan ramai lagi
tak di luar sana di kelompok pergh ni pun ramai.
soal cari atau tidak tak timbul. boleh try tengok…
nak dapat rezeki kenalah usaha, kita bukan hidup dalam zaman bani israel mintak ape je dapat…
ape pun hujung pangkal semua ni atas usaha diri masing-masing
kalau nak jadi penggiat komik, usahala ke arah tu
peluang ade bukannye takde pon
kalau sekadar nak menjadi seorang pembaca sahaje.. so, usah komen lebih sangat
kalau kita rasa boleh mengubah senario komik negara, nape tak tampil kehadapan untuk mencorakkannye?
ntah laa.. bdak2 pergh nih ajif..
cam ko cakap tuh la..
budak2 pergh yang kita kenal dalam nih yang submit tak sampai 10 orang..
MEMALUKAN!..
aku dah cakap dari dulu.. kalau nak ubah, u should join them!.. SUBMIT banyak2..
lama2 banyaklah komik dalam tuh.. dan tentunya ikut taste korang.. (tuh pun kalau sale diorang ok lahh) ..
nih kompang skill power.. hasil haram takdak..
kutuk2 cactus ngan kobis in G3, tapi korang ada ke submit citer kat sana..
manalah tau.. kalau2 ada 10 orang yang power2 punya citer.. bleh kick out tempat cactus.. ??
ini bab bende yang ada logik.. bukan bersifat jahat.. tapi korang bleh buat apa yang korang nak.. walaupun nampak mustahil..
even a roman empire did not build in thousand year..
aku plak rasa kecewa.. kecewa dengan orang yang mampu tapi 'tak mampu' menghasilkan sesuatu.. (bukan untuk orang lain pun.. utk diri dia sendiri pun. ) ..
ttg orang lama plak.. Macam buat kerja utk dapat gaji jer.. dah takder wawasan..
dah takder set target.. aku brani bid.. tak sorang pun bercita2 (dan berusaha) utk capai taraf LEGEND cam AIE or GAYOUR (walaupun gayour so so.. tapi nama dia dah gah) .. rata2 tak show of.. tak create pun something yang bleh ORANG INGAT MEREKA PUNYA NAMA!..
aie = sape2 pun tau BUA, gayour = sape2 pun tau : Bersama slamanya. Ujang = Aku bdk mina, abe ::: Cactus? = , Kobis = ? , Orag lama a, orang lama b = takder legennya..
Aku = cakap jer laa kot.. (sori.. masa lum sampai)
piss, off
honestly ckp, kdg aku tak tau nape aku beli JOM juga G3 ni… niat aku, just nak support hangpa… itu je… juga takde la aku nak buat benda2 yg tak berpekdah. tapi G3 aku stop terus. Selagi ada bebudak pergh dlm JOM, aku beli. sambil2 belajar juga nak cuba… errrrrr… boleh try submit ke mystic?… maklum la aku jauh diatas ni… tak tau sgt…
pelikkan..
masa kecik2.. suka lukis.. berimpian nak melukis kat majalah.. atau lukisan kita pernah kuar dimajalah..
lepas tuh besar sikit.. masa sekolah.. kita suka beli majalah.. dan komik.. dan berharap satu hari kita boleh join sama utk satu2 majalah / komik.. teringin nak duk sebaris ngan gayour, aie, ayour, fakhroul annour, puppeteer etc.. atau sesapa saja yang kita kenal kat majalah2 dan komik tuh.
kemudian kita jumpe pergh!.. kita pun kenal dengan KIT (ex editor gempak, kita kenal eisu, cik aimo, hadibi a.k.a gnd. encik apai (studio manager unit komik karangkraf) , mafia, kromosom n adijin (uc and antara bangsa ) ..
BUT the way is.. semakin kita dekat dengan 'bende tuh' .. menjadikan kita semakin tidak berbuat sesuatu?..
itu yang pelik tuh..
betullah kata orang.. Kita takkan rasa bende yang dekat dengan kita itu bernilai, sehinggalah kita kehilangannya..
// kalau tak submit kat jom, g3, tak per lah.. tapi ini kang kat gempak pun tidak, dekat starz pun kat memana pun tidak..
bakat yang disesia-kan.. entah apa lah yang kita kejar.. sehingga satu pun tidak kesampaian.. dimanakah cita2 kita satu masa dulu..
entah!
—-
izam, tak cuba tak tahu.. 10 kali cuba mungkin gagal.. tapi masuk 30 kali.. ntah2 1 dah sangkut.. dan itu adalah salah satu Archivement! dalam hidup kita.. btui tak ?
kita rasa cactus n kobis also nizam lukis tak best.. mmg ramai antara kita lukis lebih best dari diorang.. tak dinafikan.. tapi setakat tahu lukis dan rasa best sorang2 jer bokper.. takut? tak berani? try lah dulu.. tgk Koma tuh.. dah berjaya pun mencelah..
hmmm… betui gak tu… kdg buat aku terpikir benda ni…
Ubder:
Mungkin jom dah jumpa direction dia dalam bisnes bikin komik ni…. besar kemungkinan target pembaca di lebarkan lagi untuk tangkap bukan hardcore pembaca komik… maklum la ni benda ratus2 ribu punya budget, dan involve ramai staff….
atau masih test market…
Aku rasa dua2 telahan bro.ubder tu betul. Bukan sumer yg beli jom minat komik, ada yang minat artikel, design (dan sebaliknya). Kalau jurus ke komik je, diorang hilang pembeli dan pembaca. Gempak pun kena tahan rugi setaun dua taun sblm berjaya. Nasib baik dioarang ada ad agency. Dpt pump in duit tu ke komik.
Aku rasa diorang still x dpt cover kos diorang lagi. Ye la gaji staf nk bayar, api letrik lagi kos printing lagi (paper art card tu… mahal tu) Tambah plak dia buat special kaler (kaler silver) Lagi makan kos gile2 punya. Aku ingat lgi masa kt arena 2000. Mr. Andrew cakap special kaler tu mahal. Kat kilang dia pun x bleh buat kaler tu. Kena antar kat printer lain. Cuma aku nk tergelak, si andrew ni rasa dengan guna special color dpt tarik org beli. HAHAHA!!!
Beri la mereka peluang….
Atau paling tepat beri la kompeni melayu peluang.
kalo tak kita support, sapa lagi?
aku blom beli lagi.. tapi aku tetap support product KK…. sebabnya, mcm shikansen ckp… beri peluang utk kompeni melayu…. sapa nak support org kita kalau bukan kita.. bukan racist, tapi teringin nak tngok anak2 melayu gain something back in this line…. terpikir gak, ada baiknya kumpulkan sumer kartunis/komik artis dlm malaysia, team up, under one name… publish komik/mag under this union… just imagine… JOM + GEMPAK + STARZ + G3 + UJANG + APO? + GILA-GILA + UMBRA + UTOPIA + KLIK + E-ZONE etc…. apa akan jadi? WORLD!!! :pergh: (sekadar angan2 dipetang hari)
Pergh! | Lukis, Komik, Kartun, Animasi, Games Malaysia
All information and content contained in this website are provided solely for general information and reference purposes.
By browsing this web you agree to our privacy policy.
© 2001 - 2021 All Right Reserved by Vasqtech Network Malaysia