Home › Forums › Mags Review, News And Events › Jom #10
Hu ha ha ha… aku buka jer topic, tapi cover tak scan. sori la, scanner rosak. 😆
pembaharuan, takder sangat, just tambah muka surat jer. tak segtah yg editor war-war kan dlm #9. macam best, aku ingat ada artis tahap jula juli bintang tujuh menceburkan diri. Rupa-rupanya just tambah muka surat dan mengumpul kaver dan poster untuk jadikan poster gergasi. Komik ally pun tak nampak batang hidung lagi. KOmik aedes plak tadak, rasa cam kurang sket la.
Camna pun, komik mmg besh. Uh, besh a ko adi salman, nama ko dah promosikan sbg artis antara benua dlm isu ni :hoye: :hoye: :hoye:
edited
::sori…komen ni untuk g3 sebenarnya…sowee..::
Isu ni takde Retrojak…. tak best ahh……
visual effect utk Gravity Xero memang cun.
kurang komik la aku rasa…tak aci betul..aku nak komik retrojak yang best tu…aedes pun dah takde..mungkin dia takut nak keluar kot…takut kena perang ngan kementerian kesihatan….bahaya betul jadi nyamuk ni….
this is a few names yg saye selalu look forward into bile beli + menyelak helai2an jom!
aedes..
yazid..
so bile takde diorg tu, mcm tak cukup reason why do i should buy this jom …
give me back my rm3.90…..
i just bought siang td, on d way berjalan ke opis. hmm..sperti yg semorang kata, takde yazid + aedes macam kurang sket.
TETAPII..info2 korang boleh tahan fresh, dan layout korang jauh lebih kemas kali ni. syabas anyway!
aku suka artikel pasal jeff matsuda tu.
since semorang komplen psl komik takde yg best isu ni.. apa kata.. KITA SEND komik kita. wiyu wiyuuuu…!!
usaha..tp..slow…tp malass..tp usaha…
Terima kasih atas sokongan korang. Retrojak sedang berehat disebabkan final assessment dan exam ujung sem – busy gila >_< Episod 2 akan bersambung selepas Raya insyaAllah. Buat banyak-banyak supaya stock tak habis. Again, terima kasih banyak-banyak!
Biar saya betanya apa yang boleh saya baiki untuk buat komik saya “best”?
…
Selain daripada “jangan buat manga”, I mean…
Serious, nak tau jugak apa yang orang nak tengok dalam komik…
En.Shogun : Kaler kau gelap (mcm la aku tak ckp haritu, hehe). Ms. 5 kat panel 2, bingkai tepi spek Fauzi tak kelihatan. Ms.6 kalau boleh 'Boiler' tu kau pakai text dan bukannya tulis.
Kpd En.Catborg, kaler anda dah improve! Cuma aku tak suka ada beberapa panel yang 'hilight' rambut dia nampak janggal sikit. Teruskan usaha anda.
Overall: Pengubahsuaian layout yang tampak matang. Kandungan manga yang semakin meningkat, membuatkan aku fikir dua-tiga kali sama ada nak submit oneshot ke tak (sebab stroke aku textbook manga), nanti melampau tepu ke'Jipun'an Jom ni. Takkan harapkan Retrojak ngan Echo je nak balancekan balik…
Biar saya betanya apa yang boleh saya baiki untuk buat komik saya “best”?
Selain daripada “jangan buat manga”, I mean…
Serious, nak tau jugak apa yang orang nak tengok dalam komik…
aku teringin nak baca komik takde fantasi2@magik2 ni. kecuali komik aedes, yg lain semua berkisar pasal benda2 yg fantasi
En.Shogun : Kaler kau gelap (mcm la aku tak ckp haritu, hehe). Ms. 5 kat panel 2, bingkai tepi spek Fauzi tak kelihatan. Ms.6 kalau boleh 'Boiler' tu kau pakai text dan bukannya tulis.
Dinjerr: Ini errors T.T Bukannya suggestion to improve T.T Tapi, takpe, terima kasih, aku notice jugak semua ni, tapi by the time notice, dah print ^o^
Crowpunk: Ahhh, takpe, tunggu komik TNG dan Artopia keluar… takde magic atau fantasy-based lansung dua komik siri tu…
Serious, nak tau jugak apa yang orang nak tengok dalam komik…
buat la komik yg 'Berpijak di Bumi Nyata'
komik yg ada nilai-nilai murni, hormat org tua/warga emas
komik yg ada byk pengajaran dan menyayat hati
satu lagi cara mcm mana nak buat komik
cuba tgk target group ko mcm mana
kalau bebudak sekolah rendah, dorang punya taste lain
kalau bebudak sekolah menengah, taste lain
remaja, dewasa taste lain-lain
so, pepandai laa…
Biar saya betanya apa yang boleh saya baiki untuk buat komik saya “best”?
…
Selain daripada “jangan buat manga”, I mean…
Serious, nak tau jugak apa yang orang nak tengok dalam komik…
umm…hmm…i seriously cannot speak for everyone eisu, tp ini pendapat aku la..
and i tried reading ur wargica..
so ini komen berdasarkan wargica, bkn komik2 lain..
-flow story ko agak tak natural..ada beberapa scene yg aku tak paham..
-dialog tak berapa natural..
-boleh di-kelakarkan lagi.
idea dah okay dah la..walaupun aku pun kurang gemar fantasy/magic stories, tapi aku nampak percubaan kau utk ground-kan reality dia. sbb ko set kat sekolah2 kat kl. tak silap aku ada sekolah damansara ke..
aku tak kisah sgt komik ni kalau nak ada pengajaran ke tak ke ape..
don't worry too much, sbb mungkin kitorg ni dah bukan audience kau.. jaded comic fans mmg byk komen camni..
tp ada betulnya komen sape ntah.. dlm jom byk sgt genre fantasy/magic yg melampau2..
kaler gelap sangat le eisu, since issue permulaan….hmm…
aku rasa ko kena cari kaler yang sesuai.
penggunaan warna yg sesuai boleh memantapkan karya lebih cemerlang.
boleh mengambil tema yang gelap. tapi mestilah kena tempat dan gayanye…
pemilihan kaler camtu boleh membosankan dan tu dah merugikan ko.
banyak kaler dalam AP tu. berjuta kaler ade… pilih yang mane anda suke.
Pasal colour tu, aku dah baiki-kan, cuma Wargica yang dipublish ni dah lama punya, so colour dia masih yang lama punya so memang tak dapat buat apa-apa sampai episode yang akan datang pun. Maaf.
As for komen lain, terima kasih, aku akan cuba improvekan lagi. Ya la, kalau takde Zid dengan Aedes membuatkan Jom boring, susah pulak… kena try buat pengganti supaya Jom boleh tak bosan walau kekurangan satu daripada artis-artis yang hebat.
ok kalau gitu
cayala eisu, teruskan usaha.
Eisu – bila aku pikir komik ko dulu2, aku pikir fun.. energetic, frantic (actually, aku cuma tengok yg dalam yongumix tu jer)… the naughtiness, irreverent attitude dan awek seksi…. tu yang pakcik suka tu…
wargica ni, tak braper fun laa… walaupun mungkin komik lama, nampak cam tried too much to be skema…. berhati-hati…. ikut standard formula…
Wargica ni pada aku ok. Kalau org tak suke sbb nampak skema tu, ko tweak la sket2 Eisu. Aku suka gomen nasai tu dulu , yg tu ada plan nak letak dlm Jom tak?
aku pun dah beli smlm JOM isu 10 ni…layout dah makin ok…
komik aedes dgn retrojak x der x best ler…
Komik Niezam..Echo tu :p2 boring…
lain2 cam biasa ..ok buat minit ni…
Terrible Shogun/ eisu…aku rasa sempat lagi nak repair color
comic ngkau tu sebab aku rasa diorang (Karangkraf) belum buat proof
lagi, yg next isu mungkin tak sempat la..tapi untuk next next issue bole lagi kot
call la apai, ke Niezam ke mungkin bole negotiate..
Mungkin bole lagi repair/adjust color balik ikut setting color profile yg specific…
(ECIrgb profile-kalo ngkau color dlm rgb) Aura & Catborg bole tulong kot…diorang ada plug-in dia tu..
InsyaAllah dpt match dengan mesin Heidelberg diorang tu…
eh, eisuu!! i'm big fan of urs laaaaa!!
jgn riso.. aku beli sebab ade ko, yazid, ngan hdb.. ahmad kamil of kos laa..
lupa lak aimo sorg agih..
maybe feel dlm komik wargica tuh kot.. tp aku suka cr ko buat citer..
kaler pon betul jugak kot..
tp jln cite tayah aa tuka aku raser.. sebab aku suka stail penceritaan ko..
no10.. dah beli..
tp terasa kekurangan komik je..
a bit dissapoited aa.. tambah page ek? xperasan lak..
komik tambah gak aaa..
besh la WARGICA… walaupun nampak “x lembut”.. color… stroke…
agree ngan Tarakucha yang nie..
idea dah okay dah la..walaupun aku pun kurang gemar fantasy/magic stories, tapi aku nampak percubaan kau utk ground-kan reality dia. sbb ko set kat sekolah2 kat kl. tak silap aku ada sekolah damansara ke..
norman nyer komik laaaagi laa.. aku suke..
komik ah tuck dlm G3 pun citer magic.. apa depa tengah layan Brotheres Grimm ngan Harry Potter ke apa? ke, main game?
aku tgk karekter2 dlm ECHO tue kdg2 mcm budak2 dlm Jom je karekternyer.. ada mcm Roy.. ada mcm Niezam.. ahahhhhha…
Terima kasih atas pujian dan support dari semua dan juga kritikan yang constructive, pasal camni, barulah boleh improvekan kerja…
ensalim: Pasal colouring tu, macam aku kata, dah baiki dah, memang dah jumpa cara untuk buat yang lagi elok punya style dan telah dibuat, dihantar, Niezam sendiri pun suka, cuma current Wargica works memang dah terlambat…
Next issue Wargica punya intro habis dan akan take-a-break kejap, tapi aku ada komik lain jugak yang aku hantar dan akan nampak print tak lama lagi… kat sinilah aku dah buat colouring style yang lain dan tak gelap…
gornex: Terima kasih ^^ Tapi aku rasa… ubder kata… pasal aku try too hard to be skema… ada kenyataan jugak ni, tapi somehow aku rasa ini jatuh kepada cara aku tulis dialog (biasa tulis dialog komik dalam English ;; ) jadi aku kena tukar sikit untuk buat komik tu lagi seronok, energetic… all that beezwax…
Phoenixbyte: Eh heh, Gomen Nasai, aku tak nak buat re-make pasal aku rasa cerita tu dah habis seboleh-bolehnya… kang re-make kang, takut pulak aku rosakkan (dan kalau re-make, kena setkan cerita kat Malaysia (pasal aku bukan orang Jepun, buat cerita kat Jepun buat hapa), tukar nama lagi, banyak kerja ^o^)
Okeh, bersemangat sikit untuk aku buat kerja dan improvekan apa yang boleh.
aku cdgkan Niezam tumpukan sepenuh perhatian pd Editor Komik
komik dia makin lama makin menyakitkan hati bila tgk
frankly speaking, aku skip bila sampai komik Niezam tu
aku rasa perlu utk Niezam bertapa sekejap utk mencari formula baru
komik ECHO tu bley improve lagi
komik pertarungan sepatutnya kena byk lagi aksi
bukan style monolog, tapi kena la ada dialog kerap sikit
mana ada org buat komik pertarungan style monolog?
setakat ni aku tak pernah jumpa,
otai-otai kat DC, Marvel pun mana ada pakai monolog utk part gaduh2
serius aku cakap, Niezam kena cari penulis utk komik dia
for sure ko byk beli buku komik DC atau Marvel kan?
study angle from good book
good book make good reference
cuba tgk style Bryan Hitch, Stuart Immonen, Adam Kubert, David Finch, Trevor Hairsine
Humberto Ramos, Travis Charest lukis
tgk mcm mana dorang main dgn angle, shadow dan shape
stroke ko dah bagus daa
mmg aku tak nafikan komik ko dulu mmg menjadi pOjaan hatiku
aku beli Fantasi dulu pun sbb nak tgk komik ko
tapi skrg? *sigh*
aku tahu ko rajin tapi ko kena lebih rajin dari skrg utk maju
sayang la bakat yg ada pd ko tu tidak diasah sebaik mungkin
aku sebenarnya agak tension sebab aku tak dapat melanggan JOM sebelum aku balik UK. Sbb aku rasa JOM ni best!!.. aku bawak issue 9 balik UK pun kawan2 aku cakap best… Bila aku balik lg setaun dah banyak sgt tertinggal.. mesti dah jd tak best.. argh!!! aku tension!!! aku tension!!! aku tension!!!
ooo..Komik Nizam tu hero memang la hensem, tapi muka dgn yg lain2 sama je, aku tak dpt beza kan yg mana satu. frankly speaking, aku slalu skip komik echo tu.. (err.. melampau ke aku cakap macam tu? tapi I'm just trying to be honest…) Tapi aku slalu carik Retrojak dulu…
Aku pun skip komik Echo. Actually, yang sebenarnya aku tak baca langsung.
Kalau alifstyle punya comic, walaupun underground, mesti aku stop baca dulu.
Retrojak pun aku stop baca dulu.
tq
Komik Echo tu..komik pertarungan apakebenda…dahler takder lawan2….cakap pun kurang….balik2 scene tgh posing maut tayang bulu ketiak. Angle kureng menarik, kosong, x der background (malas agaknya nk lukis), aksi maksi pun x byk…statik… karekter muka hero dgn watak lain2 tu nmpk cam sama jer….susah nk beza..setakat taruk misai janggut apalah sgt…carilah sesuatu yg lain…x semestinya nk hensem jer…sorry bro.
Cuma apa yg aku puji…..ko berani buat lain dr yg lain…jarang ada citer komik msia yg lembab giler ….dah masuk isu 10 la ni…
kt msia ni ramai pelukis komik hebat2 belaka tp sygnyer bila bab karang citer…elemek hancus…. :p2
jom makin lama makin best dan makin byk manga..aku bukan tak suka manga..tapi bole tlg minimakan tak…biar ada kelpebagaian stroke macm komik us..nmpknya harapan aku nak tgk jom ni ganti fantasi macam makin tak tercapai plak
Komik Eisu kena tone-down sebab Jom ni majalah printed aboveground, kena hormati sensitiviti masyarakat tempatan. Mana boleh bantai sukahati je. Malah komik Gomen Nasai beliau mungkin dipandang serong oleh golongan radikal yang tidak senang dengan adegan pergaulan antara lakiperempuan yang ditonjolkan dalam komik tersebut. Mungkin kita open-minded, orang lain tidak.
Berkenan cerita takde magic/robot/gocoh2, kan ada siri Fairy G Aimo tu? (sayangnya akan direhatkan sekejap to give way to Destiny). Tapi tunggu ajela, rasanya akan muncul lagi komik2 yang berkisar norma kehidupan, kalau takde pun, korang tolong2 la submit.
kt msia ni ramai pelukis komik hebat2 belaka tp sygnyer bila bab karang citer…elemek hancus
Teringat aku kat Shamsinar, queen of inked illustrations (in my eyes la, korang punya taste sure lain punya). Cerita komik & panelling dia tak sehebat inking dia pula. Kena byk belajar lagi, atau cari seorang writer yang mantap.
edit : Mungkin korang tak perasan, tapi sebab ianya kacau plan aku… drpd isu awal Jom ada banyak betul komik berkisahkan budak sekolah. Eisu, nasib baik 2 komik kau yang lain tu bukan cerita budak highschool jugak =_=, dan komik Aimo nanti komik 'alternate-historical'. At least ada la peluang T_T
Pergh! | Lukis, Komik, Kartun, Animasi, Games Malaysia
All information and content contained in this website are provided solely for general information and reference purposes.
By browsing this web you agree to our privacy policy.
© 2001 - 2021 All Right Reserved by Vasqtech Network Malaysia