Gambar dari sierra.


Genre:
Aksi dan pukul memukul.
Cerita:
Sebagai Dr Banner yang dah terkena sumpahan / eksiden gamma tu, korang tak sudah2 nak mencari penyembuh utk keadaan korang ni, dalam pada tu, macam biasa la, pihak askar / gomen dan lain2 tak sudah2 nak memburu korang. So game ni membawa korang macam mana rasanya hidup dgn power hulk yang giler gempak ni.
Gameplay:
Kalau pernah main game Hulk:Movie dulu korang mesti dah ada expectation bahawa game ni ikut approach yg hampir sama, tapi dari permainan aku, game ni ambik aprroach lebih kurang macam Game spider-man 2. Di mana dunia yg korang boleh jelajah agak besar dan korang bebas nak buat ape je.
Kuasa-kuasa Hulk yang ada pada korang dalam game ni termasuk la:
-standard la kuasa tumbuk sepak terajang hulk
-kuasa kombo
-kuasa melompat tinggi
-kuasa membaling apa saja benda yang korang leh angkat
-kombinasi kuasa2 tu tadi
-panjat macam spider-man dan lari atas bangunan macam Prince of Persia.
Basically, ada story mode yang mana korang laksanakan misi2 utk progress ikut jalan cerita game ni dan juga setiap bandar tu ade misi-misi / game mini korang leh activate untuk dapat point atau bonus. Perlu diingat, sebab tu la aku kata game ni approach dia lebih kurang sama macam Spider-Man 2. So kalau nak cepat abiskan game, ikut je storyline dia..kalau nak lepak2 musnah2kan apa yang ada, nak jln2 saje kat bandar tu pun boleh.
Tapi, kalau korang banyak sangat buat kemusnahan dan havoc, nanti orang bengang la dan pihak berkuasa akan hantar askar2 dgn senjata yang makin gempak selaras dgn tahap jahanam yang korang dah buat kat tempat tu. So lagi havoc…lagi power giler la tahap penentangan yg diorg akan hantar utk tumpaskan hulk ni.
Grafik
Sebab dunia dia besar, so grafik dia pun nampak simple sgt jek macam jugak Spider-Man 2.
Sound
Biasaje..takdela mind blowing cam God of War.
Extras
Adela komik yg boleh korang collect spjg main game ni untuk diview.
Kesimpulan
Buat masa ni, yg aku nampak game ni agak straight forward. Belasah je apa korang nak belasah. Ikut la suka korang macam Hulk jugak. So kalau dah lama teringin nak jadi hulk..try la game ni. Kalau rasa macam hampeh je jadi Hulk, jgn beli..nanti korang bosan giler.