Home › Forums › Writer’s Corner › Horror Stories ?
Sesiape kat sini yang minat cerita-cerita seram ? mana tau boleh dijadikan script untuk artis-artis kita kat sini ker memandangkan aku ni tak reti melukis sangat jom le kita buat satu cerita seram kat sini, aku akan post cerita aku nanti. nak tengok respon korang dulu macam mana.
Cerita seram korang mestilah antara dua kategori.
1.HORROR FIKSYEN (Hantu, Misteri, Seram dll)
2.HORROR BUNUH-BUNUH ekeke (Gore !!!!! )
OKEH, kepade yang ade bakat. moh tunjukkan !!!!
Sorryla Ababil,tapi biasanya dlm Pergh ni.Sape yang start thread kenelah letak cerita/drawing dia dulu.
Maknanya jangan haraplah sangat 'respon'.Peace!
GoodLuck!
aku minat! aku minat!…cerita seram memang kategori feveret aku. tapi aku memang kecewa sikit la sebab mati-mati aku ingat ko ade post citer seram ko kat sini…tapi takpe la.sebab minat kita sama, aku cuba la pikirkan satu cerita yang seram-seram bulu ketiak untuk ambil hati ko…tapi jangan la harap la cerita ni best sebab aku karang sinopsis cerita ni secara spontan….
err..cerita dia lebih kurang begini.
kisah mengenai satu rancangan realiti tv yang konsepnya ala-ala akedemi fantasia gitu. rancangan ini, menjadi sangat sensasi dan merasuk fikiran setiap penonton yang menonton program ini bila mana penonton di beri hak secara mutlak untuk mengundi siapa yang bakal menjuarai program tersebut melalui sms..dan salah seorang peserta yang menyertai program ini adalah..Cubby..Chubby bukan lah seorang peserta fevret dalam program ini..dia banyak menerima kutukan yang tidak membina lansung dari pihak juri, media malah peminat2 rancangan itu sendiri…
Tetapi, disebalik kegairahan penonton menonton rancangan ini..satu perkara misteri telah berlaku kepada peserta-peserta rancangan ini..dimana, setiap minggu..peserta yang mendapat undian tertinggi akan di timpa malang dan akan menemui ajal dalah keadaan yang sangat mengerikan dan misteri…
apakah punca kepada kejadian misteri ini? siapakah yang bertanggungjawab kepada kejadian tersebut? adakah rancangan ini akan diteruskan oleh pihak penerbit? dan siapakah yang akan menjuarai pertandingan tersebut?…semuanya terserah kepada anda..andalah yang akan membuat keputusan mengenainya…so, jangan lupa VOTE untuk saudara Ebby Yus…huhuhuhuh…
Oh ok Blacksheep …. paham !! nanti aku akan tulis satu cerita kat sini, aku ni pun bukan reti sangat. ekekeke
Alamak HELLORANGE, dulu aku pernah terpikir pasal benda yang kau tuliskan ni, tapi yang bezanya, aku punya ni lebih pada adventure realiti tv.
Realiti tv ini diberi nama HOUSE OF NECROMANCY. nama yang memang tak sesuai untuk disiarkan dalam tv arena mainstream. dengan kata lain, tak KOMERSYEL. berbalik pada kisah tu. 12 peserta akan dipilih melalui uji bakat mencari harta karun (yang diade-adekan) daripada seluruh pelusuk malaysia. hanya 12 peserta yang layak menuju ke puncak rumah maut.
Maka syarat nya adalah begini, setiap 12 peserta kena tahan duduk dalam rumah yang berhantu (juga diade-adekan) yang disediakan (yang agak terpencil dan berdekatan kawasan hutan dan kubur) selama 12 minggu. diorang ni diberi satu lampu picit, dan beberapa kegunaan untuk menyelongkar misteri kawasan berhantu tu.
Yang peliknya, tiap-tiap minggu sorang demi sorang peserta hilang dan ditemui mati samada dalam rumah tu ataupun kawasan-kawasan hutan berdekatan dengan cara kematian yang amat mengerikan. ada yang sampai terkeluar organ-organ diorang. ada yang sampai badan kena kerat berbelas-belas bahagian. ada yang kena potong tangan dan kaki kendian digantung (mcam gantung daging lembu tu) dan macam-macam lagi lah. lepas beberapa minggu terdapat sorang dua peserta yang tarik diri sebab tak tahan dan takut dibunuh. pembunuhnya adalah ………?? :unsure:
ada di antara kita π :hoye:
isskkk btul aa serammm..
gegar..gegarkan gegar gegarrrrrr..
bile aku bace sipnosis dedua nih..
pastu aku berimajinasi (nasi?)…
mmg seram aaa.. takotttt trus peluk kerusi..
bley diimpruf lagi citer nih..
nant kalu aku ada bayangan citer..
aku pon nak post..
Pbyte.. aku rasa dia nih kot :hoye: pembunuh tu… :pergh:
Ngeeeeee comel gile pembunuh dia ….. π :hoye:
woooaaaa…ko memang ganas ababil..tengok nick ko pun wat aku takut nak kencing malam…okey-okey..kali ni aku nak belanja korang satu lagi satu citer seram yang spontan dari aku..jadi citer ni memang tak best la jadinya..kena improve banyak lagi…okey citer dia macam ni…err…nanti jap aku nak pikir dulu…
err…kisah dia begini. citer ni mengenai seorang minah yang bernama chika. dia ni tinggal dalam sebuah family yang normal. ayah dia seorang pemandu lori sampah, manakala ibunya seorang guru bahasa inggeris. Chika tidak mempunyai adik beradik lain. jadi selepas sekolah dia suka menghabiskan masanya di depan komputer. Berchatting.
satu hari dia telah berasa sangat sedih kerana dimarahi oleh ibunya kerana gagal dalam mata pelajaran bahasa inggeris. dan bagi menghilangkan rasa sedihnya..dia, seperti biasa melepaskan tekanan perasaannya melalui berchatting. bersedang dia seronok berchatting..dia mendapat satu mesej dari pengirim misteri. mesej itu tidak mempunyai apa-apa tulisan melainkan satu icon smilies sahaja. dan dengan misterinya, icon itu telah mempengaruhi emosinya..dia merasa gembira sebaik sahaja melihat icon tersebut.
saban hari, chika merasa gembira setiap kali menerima mesej yang mempunyai icon tersebut. hidupnya mula berubah. dia kini sering kelihatan gembira. tetapi, semuanya berubah apa bila icon yang diterimanya tidak lagi menunjukan wajah gembira..icon sedih sering diterimanya..kemudia icon marah..dan akhirnya satu icon pelik yang menunjukkan wajah tengkorak..apakah maksudnya? adakah Chika akan mati?atau..dia akan jadi menjadi penyebab kepada kematian yang dasyat?…entah la, aku pun tak tau ending citer ni macam mana.korang pikir la sendiri….
Oren hell ….. atau lebih sedap dipanggil AGENT ORANGE .. hahaha π
citer kau kali ni nampak macam citer lawak pun ade beb ….
aku bagi markah B+ !!!!!
B+ untuk satu cerita spontan aku kira dah baik dah tu…tapi, takkan aku aje kot yang sibuk post cerita seram2 kuku camni…ko punya mana ababil? apa? ko ingat aku takut ke..err…nak baca cerita ko yang seram bangat tu? atau ko memang kedekut nak belanja aku cerita2 seram ko tu..
Aku takde idea lagi wat masa ni, ari tu perah otak tulis artikel pasal dah dekat hujung bulan ni so paham2 la.
saje je singgah. round2.
xde org nk layan thread ni ke?bosan gak ek…
ini topik zaman jepun ni. individu yang menulis post ini pun sudah tiada. buat apa korek2…
saje umpan mangsa2 seperti ko spaye reply..ngehehehe..cabutttttt..
tengok! saye post reply pade tahun 2005 ! 3 tahun yang dulu !
*tibe2 excited.
wah sungguh ajaib..setelah 3 tahun..thread ni kembali di reply
pastu apa lagi? taruh la korang punye piece of mind pulak.
hehe,mamat!!
meh sini,aman ada cerita! sebenarnya,ni skrip komik. tapi x jadi,so aman letak kat sini je la.. hanya intro jer.. ada unsur lawak2 sket.. baca la ek!!
Kami tidak sepatutnya berada di sini. Hari semakin gelap. Jam sudah menunjukkan pukul 12 tengah malam. Aku dan Jafio berdiri tegak seperti bersedia untuk menyanyikan lagu Aduh Saliha. Jasio berpeluh. Baju belakangnya basah. Dia meminta tisu padaku dan aku kenakan cas rm2 sehelai. Dia bersetuju. Jasio membuka baju dan mengelap badannya dengan tisu tadi. Tidak sampai beberapa saat. Dia meminta tisu lagi. Dan cas yang sama dikenakan olehku. Dia setuju… Bodoh.
Aku membetulkan beg sandang setelah memulangkan semula rm4 yang diberikan oleh Jasio. Aku hanya ingin bergurau sahaja tadi. Jasio menyimpan duit itu di dalam kocek seluarnya. Dia mengemaskan pakaiannya. Namun bajunya masih lagi basah dan lembab. Masam.
βOk ke ni ,man?β Jasio memulakan perbualan. Aku hanya mengangguk walau aku sendiri masih tidak pasti. Kami masih lagi berdiri tegak walaupun lagu tidak dinyanyikan. Sebuah bangunan Arkiteksi berdiri megah di hadapan kami berdua. Kami menjenguk ke atas. Tingkat 2. Tingkap tidak ditutup. Luas terbuka. Disitu adalah tempat di mana kami belajar melukis plan bangunan sebagai pelajar arkiteksi- Studio 13.
Aku sudah dengar bermacam cerita aneh mengenai studio itu. Cerita yang datang dari mulut pelajar-pelajar senior dan juga kakitangan di bangunan ini. Tidak termasuk lagi cerita gossip panas artis kita di astro ria.
βKita dah ada kat sini. Lagipun, kita tak ada pilihan lain lagi.β Aku memecahkan kesunyian malam itu seperti pecahnya tulang-belulang mat-mat rempit di dalam nahas jalan raya.
Jasio diam. Kami menyusun langkah. Tanpa berpengangan tangan, kami memasuki pintu utama bangunan itu. Atau dengan lebih tepat, terpaksa memasukinya…
apakah yang akan terjadi pada mereka?
apakah benar kisah2 aneh tentang studio tersebut..??
dan..apakah Jasio masih perlu membayar rm2 utk sehelai tisu??
kita tunggu~!
Ada antara sinopsis2 cadangan tu mirip Detektif Conan je jenis citer die.. Humm.. pekate kita pikir seram style malaysian lak..
err..haha..sebab ada persoalankah??
haha,klu seram versi malaysia macammana??
pontianak, saka, penunggu gitu ye..??
giler la..ade jugak orang baca citer zaman aku bujang dulu..tak sangka betul.tapi malangnya tread ni tetap tak glemer macam dulu2 jugak..dulu aku ada bercadang nak wat citer pasal hantu tinggi..tapi sebab aku sendiri takut pikir, jadi takde la citer hantu tinggi kat tread ni..hehehe..
p/s: skarang ni kalo aku nak wat citer seram pun..maybe pasal bini aku je la kot?..huhuhuhu seramnya…
Pergh! | Lukis, Komik, Kartun, Animasi, Games Malaysia
All information and content contained in this website are provided solely for general information and reference purposes.
By browsing this web you agree to our privacy policy.
© 2001 - 2021 All Right Reserved by Vasqtech Network Malaysia