Home › Forums › Research And Developement › Hang Tuah Berbangsa Cina
satu lagi part besh, pakcik tu kata………
masa mamak bendahara tu dititahkan utk bunuh Hang Tuah oleh Sultan,
maka mamak bendahara tu suruh Hang Tuah buka baju utk dia tikam.
bila Hang Tuah buka baju, maka nampaklah dua benjolan di dada, lantas bendahara tu pun bertanya,
“Ko perempuan rupanya Tuah”..
lantas Hang Tuah pun menangis teresak-esak. sebab bendahara kesian, maka dia cancel bunuh Tuah
dan coverkan dia buat sementara…
kalo gitu aku pon bole cakap Hang Tuah tu sebenarnye eunuch
mcm Laksamana Cheng Ho tu
kecik2 dah kena kerat dan buang itu alat peribadinye
end up masa besar takde nafsu
the problem is
ade bahagian dlm teks psl Hang Tuah yg Hang Tuah dah tidur dgn Teja sblm Hang Tuah pass Teja kat Sultan
ooo..itu aku tarak sure, sebab aku tak berapa kaji sgt citer Hang Tuah ni..
kebetulan pulak aku baru semalam beli mastika dan ada artikel Hang Tuah tu..
kebetulan lak Pergh tgh ada topik pasal ni..
aku rasa nanti ada la pejabat Mastika dan pakcik tu kena flaming…
haha
ahh MASTIKA mmg ske kena flame.. lately..
yang aku tau sbl nie.. penah dibongkar mamat Joko S.. dalam tabloid komik under Batu API- Warta Jenaka… back in ujung 80s.. make it 1987 -88… tak pasti- H Tuah ke Lekir yg pempuan..
mcm Three Musketeers la polak..
aku baru berborak dengan ajiff semalam pasal hang tuah ni pasal hang tuah perempuan. ada fakta dan cerita yang lagi bes pasa hang tuah ni..ehehehhe…gila gelap
uhuu..share la weh…tak baik tau kedekut
err… crita dia macam ni
adiputera guru hang tuah tu sebenarnya tanpa nama yang lari dari maharaja cina sebab dia dah kena tuduh bersubahat…ahahhha..tunggu ajiff cite je la.
ehehehe
nak ceta ke.. heheh kang songsang sejarah.. susah la plak
tunggu aku buat komik dia je la ye
haha
citer je la ajiff
boleh tambah perspektif ape…
takde sapa nak review buku ni ke?
This text, Hang Tuah's Strategy Mind , covers these strategic aspects:
• Individual : Hang Tuah, the talented warrior, who never gave up even when he was down.
• Leader : Tun Perak, the Dato Bendahara and master of the shadow play strategies.
• Community : “Tree and roots”, “Fire and fuel”, etc.
• Culture : The “Demang Lebar Daun” Mind.
aku cari tak jumpa dah,
ceta ni member aku le yang ceta, si member aku ni ade member yang keje menurun ni
camne ntah aku x bape ingat si member dia ni ade berinteraksi ngan jin ke tidak aku pon dah lupa
yang menariknye, kire hang tuah ni memang hebat tapi sifatnye cam dark vader la yg ni aku tambah le…
kire hang tuah tu jenis dark side dan jebat digambarkan sebagai seorang wali.
matinye jebat bukan kerana lemah tapi ditikam dari belakang ketika selesai solat berjemaah ngan tuah.
tu je la kot…
aku ada terbacha dalam JOM buat review pasal silat Badai Pencak Kelabit (kot?) err..aliran yang Megat Ainuddin persatuan Ilmu Persilatan Penjurit-Kepetangan Melayu pegang tu. dlu yang katanya aliran
silat tu adalah seni ninjitsu yang di tune oleh Hang Tuah.
lagi satu sebab aku utarakan benda ni sebab dalam satu falsafah
silat adalah menafsir gerak musuh sebelum bertindak, yang mana hang tuah paling tere bab ni, ianya
terbukti masa proses meminang puteri majapahit di mana Hang tuah and geng blayar ke majapahit.
yang ajiff cerita tu aku rasa lagi best, sebab semua event ada persamaan dan menjawab banyak
persoalan yang aku sendiri tertanya-tanya. Tapi aku harap tak 100% persen betullah,kalau betul….
hmmm…
Banyak taktik mencatur strategi Hang Tuah ni,
itu yang perlu kita kaji dan selami, takkira dia cina ke pompuan ke
alien ke, penjejak awanke
nanti aku belek JOM balik
menafsir gerak musuh sblm bertindak ni mmg ade dlm ninjutsu
bukan sj itu
malah masa seorang ninja tgh bertempur,ninja lain bole sense pertempuran tu beratus batu jauhnya
mmg ade kemungkinan Hang Tuah modified ninjutsu
since masa tu pedagang2 dr Kepulauan Ryukyu turun ke Melaka
Kepulauan Ryukyu ni pulak time tu bwh pengaruh China walopun terletak di kawasan Jepun
aku teringat psl asal ninjutsu dr China
mungkin Hang Tuah ade berguru dgn ahli2 ninjutsu ni
psl ilmu firasat wajah tu pulak
Syed Hussein Al-attas aka Pak Habib ade terbit buku psl tu
malah aku ade kawan yg ade kemampuan menafsir wajah ni
koleksi perpustakaan negara malaysia
ini adalah hikayat hang tuah yang amat setai pada tuannya dan terlalu sangat
berbuat kebaikan kepada tuannya blablablablablablablablablablablablablabla
itulah menjadi raja kepada bukit siguntang maka daripada anak cucu baginda
itu akan menjadi besar pada akhir zaman
hmm..lagi fakta (kot) di petik dari site SabriZain
http://www.geocities.com/Tokyo/Flats/3795/melaka2.htm
The keris owned by Hang Tuah was called Taming Sari(above).
It was special in that it was made of twenty types of iron –
supposedly metal left over from the forging of the bolts of the Ka'aba.
It was said that Taming Sari could do Hang Tuah's fighting for him –
if Hang Tuah were menaced or in any way endangered, the keris
would leap out of its sheath all by itself, fly through the air and
attack the assailant, moving in the air whichever way the assailant
dodged or turned, until it hit its mark. The whole of the 'sampir'
and 'batang' are covered in gold leaf, making it a 'keris gabus' or
'keris terapang'.
It still exists today and is part of the regalia of DYMM Sultan Azlan Shah,
Sultan Perak Darul Ridzuan
sapa rajin baca link kat atas tu, ada fakta yang menyanggah jebat tu alim..hmm
haha ape pun, seronok gak mende ni dihujahkan
sebabnya takde teks riwayat yang sahih menyatakan kewujudan mereka berlima
mungkin masyarakat kita pada masa lampau tak tepikir atau tiada kepakaran untuk mencatit sejarah dengan betul
atau telah dimusnahkan, atau?
ah … abaikan je
share je ape2 info pun
aku amikdari PGX community
disi Nasional: Cucu Hang Tuah Oleh Yusri Abdul Malek dan Mohd Yatim Latif am@hmetro.com.my
MELAKA: Seorang lelaki, Ismail Mohamed Yaacob, 40, mendakwa sebagai generasi ke-12 keturunan Laksamana
Hang Tuah yang terkenal kerana kesetiaan dan jasa kepada beberapa sultan Melaka sepanjang sejarah Kesultanan
Melayu Melaka sebelum 1511. Ismail yang lahir dan menetap di Singapura mendakwa mempunyai bukti iaitu dua
gelang tangan yang dikatakan dipakai Hang Tuah dan berusia lebih 500 tahun serta manuskrip tulisan tangan
Hikayat Hang Tuah yang ditulis Tun Kulah atau Kola yang juga sepupu Hang Tuah. Gelang berkenaan yang
didakwa bertatah batu petir dipercayai disimpan turun-temurun dan diwarisinya hingga kini.“Pendedahan mengenai keturunan Hang Tuah ini bukan mempunyai apa-apa kepentingan tetapi saya cuma
mahu generasi hari ini tahu bahawa cerita Hang Tuah adalah benar dan bukan rekaan atau dongeng,”
katanya ketika ditemui. Ismail berkata, semua keturunannya tinggal di Kampung Sungai Duyong, di sini,
sejak zaman-berzaman tetapi pada sekitar 1940-an, bapanya, Muhamad Yaacob Abdullah terpaksa melarikan
diri ke Singapura selepas diburu komunis yang mengganas ketika itu. Menurutnya, disebabkan sayangkan
generasinya, dia sendiri menjalankan kajian terperinci berhubung salasilah dan susur-galur Hang Tuah bagi
membuktikan Hang Tuah benar-benar hidup ketika zaman kesultanan Melayu Melaka.
“Saya akui terdapat 11 versi cerita Laksamana Hang Tuah yang berbeza disebabkan tiada pihak mahu
mengkajinya secara mendalam. “Saya juga mempunyai bukti Hang Tuah mati di Palembang kerana sakit tua.
“Kubur Hang Tuah yang ada di Tanjung Kling sekarang bukannya kubur Hang Tuah tetapi milik seorang
ulama Islam berasal dari Gujerat, India. “Semua ini diceritakan dari generasi ke generasi dan ia fakta sejarah.
Jika benar dalam Sejarah Melayu mengatakan Hang Tuah mati di Tanjung Kling, kenapa penduduk sekitar
yang tinggal di situ menafikan fakta itu. “Penduduk yang tinggal di Tanjung Kling sejak turun-temurun
sudah pasti tahu kubur siapa yang ada di kampung mereka berdasarkan cerita dari mulut ke mulut,” katanya.
Ismail juga mendakwa mempunyai bukti bergambar bahawa makam Hang Tuah ada di Palembang.
Begitu juga makam Hang Lekir, Lekiu dan Kasturi yang didakwa masih ada di Bintan, Kepulauan Riau.Menurutnya, dia sudah menjual manuskrip asal Hikayat Hang Tuah kepada Perpustakaan Negara sekitar
1990-an dengan harga RM20,000. “Naskhah itu diakui asli oleh Perpustakaan Negara dan kini sedang dipulihara,” katanya.
Katanya, dia juga pernah berjumpa pihak Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) berhubung dakwaan itu
tetapi Perzim tidak mengambil langkah untuk meneliti atau menyiasatnya. “Saya berharap sejarah ini
dikaji semula demi generasi akan datang dan saya sedia bekerjasama dengan Perzim,” katanya.
percaya? bagi aku sama macam aku dengar cerita keturunan sah sultan melaka tu…hmmmm….kena baca
banyak lagi ni
macam2… tapi bagus info ni..
tambah lagi koleksi rujukan aku ehhe
jap
kita semua tahu Taming Sari tu asalnya dr Majapahit
dan Hang Tuah dpt lps kalahkan Taming Sari jugak kan?
bukanke Majapahit tu kerajaan Hindu?
sbb aku pikir kemungkinan besar Taming Sari tu sendri agamanya Hindu
jd mcm mana dia dpt keris yg dibuat dr lebihan paku Kaabah?
banyak ceta2 melayu lama turun temurun disampaikan secara mulut ke mulut.
1 hal yang plak orang suka menokok tambah cerita
tak heranla kalau banyak fakta yang bercanggah.
betul banyak fakta yang bercanggah…
pehhhhh
ntah2 x de satu pon fakta yg kita tahu skarang ni btul….mgkin ada kisah sbnr yg x siapa pun tahu lg…..
sebenarnyaaaaa…………………………….AKULAH HANG TUAH!!!!!!!!!MUHAHAHA
bacaan menarik… hang tuah siap naik lrt lagik ..santai sket
best…best…menarik siot crita tu…haha…
apa2 pun yang paling penting kita amik iktibar cerita zaman dulu nih…
ada sebab orang zaman dulu selitkan kata2 hikmah “Takkan Melayu Hilang Di Dunia”..
Mungkin pasal masa kita kena jajah dulu, orang2 tanah melayu hampir2 pupus kena bunuh dengan penjajah?
Seriau jugak memikirkan nya… ye tak?
asal Melayu dari Yunnan, China and Assam, India.. so same jelaa kot.. *teori jer nih.. (yg mana cerah dari Yunnan yg mana gelap sikit dari Assam huhuhuhu)
sumber :
Disedut dari buku “Berpetualang ke Aceh” karangan Radzi Sapiee.
Rasyid yakin dengan maklumat yang diperolehinya kerana dia sudah mengkaji dan mendapatkan maklumat daripada pelbagai pihak. Ini termasuk pandangan orang tua-tua Melayu yang tidak percayakan teks rasmi sejarah Nusantara, orang-orang yang lebih senang hidup di luar arus pembangunan sekarang sehingga mereka sering dianggap kolot, ketinggalan zaman…
Kata orang-orang ini, apa yang dianggap umum sebagai sejarah rasmi bumi ini sebenarnya tidak lebih daripada kerja Orang Putih untuk menipu orang Melayu hidup-hidup. Kerja orang-orang seperti Stamford Raffles dan Clifford yang mahu menggelapkan sejarah sebenar bangsa Melayu supaya fikiran mereka terus terjajah, terpedaya, terpesona dan terkinja-kinja dengan budaya Barat, supaya hilang jati-diri Melayu yang sebenar.
Misalnya, ada seorang pakcik berumur sekitar 80 tahun tetapi masih tegap mengerjakan kebun sayurnya yang luas di kawasan pergunungan Pahang pernah menyoal Rasyid, apakah itu Melayu, apakah makna bangsa Melayu. Mengapa di Tanah Melayu ini Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu. Mengapa perlembagaan negara Malaysia ada menyebut takrif Melayu adalah orang Islam yang bermastautin di negara ini, bercakap dalam bahasa Melayu dan mengamalkan adat-istiadat Melayu…
“Cuba kamu teliti balik muka orang Melayu. Ada yang putih, ada sawo matang, ada yang gelap. Ada muka India, ada muka Cina, muka Arab dengan Mat Saleh pun ada,?orang tua itu memulakan satu polemik.
“Tengok dan cermin diri kamu sendiri,?pakcik itu menuding ke arah anak muda itu. “Kulit putih merah, rambut perang, hidung mancung, mata coklat. Di manakah letak Melayunya? Adakah pada paras rupa??BR>Rasyid terdiam. Teringat zaman kanak-kanaknya di mana dia sering diejek sebagai “Mat Saleh Celup? Rupa macam Orang Putih tapi bukan… Sehingga dia pernah merasa malu malah benci melihat kulitnya yang putih bersih dan rambutnya yang sedikit keperangan. Kalau bersekolah di Kuala Lumpur, di St. John atau Victoria Institution lainlah juga kerana ada ramai Pan-Asian, anak kacukan yang ibu atau bapanya Mat Saleh. Ini di Muar, Johor. Jarang terdapat orang Melayu ‘tulin?dengan rupa-paras begini. Lainlah kalau ada darah Orang Putih, tak pun Arab. Setahu anak muda itu, ayah dan ibunya tidak memiliki darah Mat Saleh walaupun mereka berdua memang berkulit putih cerah.
Semasa di sekolah menengah pula, dia pernah ditegur seorang guru yang mengatakan rambutnya merah seperti rambut Sakai atau rambut orang tak mandi. Sedangkan Tuhan telah menjadikan rupa-parasnya semulajadi begini. Rasyid pernah terasa malu dengan keadaannya terutama kulitnya yang putih kemerahan bersih kerana selalu diejek rakan-rakan sebagai licin macam kulit perempuan… Sehingga dia sengaja membiarkan kulitnya tergores sampai luka-luka apabila bersukan terutama ketika bermain ragbi, supaya dapat parut yang membuktikan ‘kelakian? Nak bagi nampak macho lah konon…
‘Malangnya?kulitnya cepat sembuh dan tetap putih kemerahan bersih. Malah boleh dikatakan tidak ada parut langsung di tubuhnya walaupun dia telah berkali-kali luka kerana perangai lasaknya kecuali sedikit bekas luka yang dalam di tempat tertentu dan suntikan BCG di bahu. Yang eloknya, apabila umurnya meningkat remaja, ramai pula pelajar perempuan yang menunjukkan minat terhadap rupa-paras anak muda ini. Dan yang pelik, satu hari nanti, manusia-manusia yang pernah mengejeknya sebagai Mat Saleh Celup berkulit licin macam perempuan pula yang akan sibuk mencari jalan untuk memutih dan mencantikkan kulit di samping mewarnakan rambut menjadi perang atau lebih terang. Rupa-rupanya ramai orang Melayu yang teringin sangat hendak jadi Mat Saleh. Cuma mereka tidak diberi rupa-paras semulajadi begitu. Kesian…
Selain Pan-Asian, Rasyid juga pernah disalah-anggap sebagai Cina atau Benggali. Seolah-olah bangsanya boleh berubah mengikut hari…
“Cuba kamu tengok orang bangsa lain. Ada tak begitu??pakcik itu mengejutkan anak muda itu dari lamunan. “Setahu aku, kalau orang Cina, mukanya Cinalah?Tak semestinya mata sepet tetapi ciri-ciri mukanya nyata, boleh tahu dia ni orang Cina. Kalau Cina muka Melayu, selalunya bapak atau mak Cina kahwin India. Kaum lain pun boleh nampak nyata ciri-cirinya…?Orang tua itu berhenti sejenak. Kemudian merenung muka anak muda itu tanpa berkedip. Ada sesuatu perkara hendak dibangkitkannya…
“Kamu tahu kenapa orang Melayu memiliki berbagai jenis rupa??tiba-tiba dia bertanya. Rasyid cuma menggeleng-gelengkan kepala.
Pakcik itupun meneruskan. Katanya, orang Melayu dahulu bukan setakat bangsa Melayu seperti yang dikenali sekarang tetapi campuran pelbagai bangsa dari seluruh pelusuk dunia yang beragama Islam, atau memeluk Islam selepas menetap lama di Nusantara. Sepertimana ada orang Aceh menyebut perkataan “ACEH?adalah singkatan untuk “Arab, China, Eropah dan Hindi? Kerana menurut mereka, bangsa Aceh adalah bangsa campuran empat bangsa utama dunia. Dan mereka semua diikat oleh satu faktor yang sama iaitu Islam!
Kata orang tua itu lagi, fakta ini memang diketahui oleh orang-orang Barat yang telah menjajah lalu mencorakkan suasana budaya dan politik Tanah Melayu. Tetapi mereka sengaja menyembunyikannya supaya orang Melayu keliru tentang asal-usul mereka sendiri lalu senang dipecah-belahkan…
“Jangan percaya semua yang diajar di sekolah,?dia menegur. “Orang Putih kata manusia berasal dari beruk pun nak percaya juga? Ikut cakap enggang, makan buah belolok. Itu yang Sarawak dapat Raja Brooke!?
Katanya lagi, orang Melayu dahulukala wujud daripada campuran pelbagai bangsa pendatang yang apabila duduk lama di bumi Nusantara menjadi sebati dengan adat, cuaca dan keadaan setempat. Kerana mereka lebih dekat dengan nature, alam sekitar, bukan seperti manusia sekarang yang terlalu berbangga dengan kecanggihan ilmu sains dan teknologi, suka melawan tertib alam sampai cuba mencabar Takdir dan mengubah Qada?dan Qadar…
Lebih menarik lagi, menurut orang tua itu setiap bangsa ini malah setiap bangsa di dunia tidak kira di mana jua mereka berada, apakah asal-usul mereka sebenarnya sudah lama mengenali agama Tauhid yang dibawa para Nabi terdahulu. Malangnya, fakta ini juga sengaja disembunyikan Barat sehingga semua manusia menjadi kalut… Tidak tahu apakah kaitan sebenar di antara semua bangsa ini sedangkan mereka semuanya adalah anak cucu keturunan Nabi Adam AS yang berpecah menjadi pelbagai jurai keturunan.
“Bukankah Allah SWT telah menurunkan 124,000 orang Nabi dan 313 Rasul untuk setiap kaum di muka bumi? Bukankah semuanya membawa agama Tauhid yang memberi kesejahteraan, Salam ataupun Islam??kata pakcik itu penuh semangat. “Maka sedar tidak sedar, para pendatang ini akan menyerap cara hidup di Nusantara termasuk menganut Islam, bercakap bahasa Melayu dan mengamalkan adat-istiadat tempatan. Maka jadilah mereka orang Melayu… Sebab itu wujud istilah masuk Jawi, masuk Melayu. Sebab Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu! Bukankah ini termaktub dalam perlembagaan??Rasyid tersenyum puas. “Betullah cakap pakcik,?nbsp; dia menyambut, senang. ?span class=”highlight”>Melayu bukan setakat satu bangsa sahaja, ia sebenarnya adalah satu konsep penyatuan ummah melalui satu agama. Sepertimana American adalah satu konsep penyatuan pelbagai bangsa dalam satu negara ideal yang dibentuk abad ke 18 Masihi sebagai tindakbalas kepada dasar imperial lapuk Eropah.?BR>“Malangnya anak bangsa kita sendiri tidak faham makna sebenar Melayu akibat politik licik penjajah,?dia menyambung, kesal. “Tidak nampak Inggeris sengaja membawa masuk buruh dari India dan Cina ke Tanah Melayu lalu mengasingkan mereka kepada sektor-sektor tertentu seperti perlombongan dan perladangan supaya pergaulan mereka dengan penduduk tempatan dapat dihadkan. Maka para pendatang yang dikira sebagai His atau Her Majesty’s Subjects, rakyat jajahan takluk Raja Inggeris ini tidak akan masuk Melayu seperti yang pernah berlaku dahulu. Lalu ketegangan dan pergaduhan yang meragut nyawa seperti Perang Larut di Perak dapat diwujudkan untuk menghalalkan campurtangan Inggeris dalam hal ehwal pemerintahan orang Melayu nanti. Maka timbullah Perjanjian Pangkor yang menghina Raja-raja Melayu!
hmmm menarik… tp tang Aceh tue mcm nak tergelak plak akooo ahahaha..
bagos keje kau susah2 ko salinkan.. hihihih… thank u bro
hebat jugak aceh tu,,,ehehehe…
tiada satu bangsapun diwakilkan dengan satu agama kecuali melayu
Pergh! | Lukis, Komik, Kartun, Animasi, Games Malaysia
All information and content contained in this website are provided solely for general information and reference purposes.
By browsing this web you agree to our privacy policy.
© 2001 - 2021 All Right Reserved by Vasqtech Network Malaysia