Aku baru dapat layan cita ni semalam.. kalau nak ikut kan aku cam tak minat sangat nak layan since aku dapat tau yang filem ni di katakan “tiru” dari Legally Blonde dan Bend It Like Beckham, tapi bila baca review positif dari The Star semalam (Sabtu) buat aku teringin la pulak nak layan.
Aku takde masalah utk layan teenage movies as long storyline dia menarik. To be frank, aku enjoy gila layan Legally Blonde yang bagi aku bukan setakat teen movie but it's totally a chick flick! But i enjoyed it! dan aku memang nampak la “persamaan” G&G dengan Legally Blonde especially karakter putri dan asas storyline G&G dengan Legally Blonde memang ada persamaan.
Bagi aku, secara visualnya, filem ni nampak fresh. Dari pelakon2 utama nya yang good looking, set design hinggalah ke cinematography nya (kualiti gambar pun cantik.. mungkin pakai HD camera kot).. everything nampak menyegarkan mata memandang. Dalam ramai2 karakter2 yg cun2 tu terselit jugak salah sorang dari team dorang yang gemuk dan pakai tudung dan sorang pengkid and that looks believable. Ida nerina pun ada dalam filem ni walaupun peranannya kecil tapi aku suka bila karakter dia sebagai emak dan pakai tudung. Bukan apa, kalau korang perasan la, jarang sangat drama atau filem2 melayu yang karakter nya memakai tudung kecuali kalau karakter tu berimej Islamik.. Dont get me wrong, i dont have any issues dgn pompuan yg pakai tudung ke atau tidak cuma bagi aku la in real life, bukan ke ramai jugak pompuan biasa/normal yang pakai tudung (tak semestinya dia imej warak atau lemah lembut) dan ini sangat jarang di tonjolkan dalam filem melayu kecuali sekadar watak tempelan atau pembantu.
Kalau ikut pemerhatian aku la.. filem melayu selalu gagal memberikan ending yang bagi impact pada penonton (atau mungkin aku aje kot) dan ini juga berlaku dalam G&G. Kemenangan team putri dalam competition yg dorang join tu tak convincing enough bagi aku. Apa yg menyebabkan dorang betul2 boleh jadi juara dalam pertandingan tu tak berjaya di tonjolkan. Nama team dorang pun “Bukan Team Biasa” dan bagi aku, team dorang biasa aje.. tak nampak luar biasa pun. Kalau korang penah tgk Legally Blonde, ingat lagi macamana Elle Woods (Reese Whiterspoon) menang dalam perbicaraan tu walaupun sebelum tu dia nampak macam dah nak kalah. Pengetahuan dia dalam fesyen dan kecantikan menyebabkan dia berjaya menang dalam trial tu. Ini yang aku tak nampak dalam ending G&G tu. Mudah sangat..
Anyway, it's still a good movie.. Mungkin orang2 luar bandar tak boleh “masuk” sangat dengan filem ni since suasana nya yg lebih kepada urban.. tapi dari apa yang aku boleh nampak, pompuan mungkin suka la filem ni kot.. as for the guys.. mungkin setakat teman kan awek korang nak tgk tu boleh aa kot..