Home › Forums › Uptown @ Pergh! › Gaduh-gaduh Pendatang Lagi..
Aku tak sempat tengok insiden ni…
Tapi aku sempat gak jumpa dua orang pendatang yang berdarah…
Dengar cerita…Indon vs Nepal…or maybe pakistan…
Kalo tak silap dengar ada yang terkorban (mmm meninggal la..)
Gila ahhh…
Menda ni terjadi around jam 4-5 ptg tadi..
Aku kat tempat tu kul 5.45 camtu…
At least ada 10 kereta patrol polis, tambah ngan Pertahanan Awam…
Ramai ahhh…serbu tempat tu…
Giler ramai pendatang …hingga aku rasa cam tak berada kat Malaysia..hishhh…
Apa-apa pun aku rasa kerajaan kita sangat baik..
Berapa banyak ambulance datang beri pertolongan segera…
Hisshh…diorang gaduh-gaduh ni..kalo ada org tempatan terperangkap…tercedera…
Aku sure nyampah tengok diorang ni lagi …..hiss….
Anyway, sapa2 ada kat tmpt kejadian…
atau tau citer ni …kasi tau la….
aku pon tak sure sapa terlibat…dengar citer org kat situ jer…
choww.w..w..ww….
Ni aku maleh nak jalan KL hujung minggu… tempat2 aku selalu lepak dah jadi cam tempat orang…. kalo bersopan takper gak, tapi, sumer nak jadi taiko….. terasa cam pendatang negeri orang pulak…
teringat aku masa melawat singapore dulu2, zaman naif, aku masuk satu shopping center, penuh dengan Filipinos…. tapi takder la gaduh2 hari tu…
ni mai mat bangla, jumpa indon, pi ngorat bini n gf indon… indon sama geng madura tak leh jumpa pulak, mesti kuar parang punya… mai mat nepal, pasal pompuan gak kot…. kalo jumpa geng vietnam pulak, kes racist…
kalo camni, baik buat tournament mortal kombat la….
karutan pagi kerja….
kes semlm punya hal mati sorang rakyat Nepal
3 or 4 ppl badly injured
yg serang dorang tu indon dlm 10 org
giler punya keje, dtg tempat org buat kuwang ajar…
org suruh balik takmo balik!
wakaka bab ngorat bini org, kat dengkil byk berlaku
pakistan jual carpet panjat tingkap rumah selak kain bini org melayu
sbb nya silap org melayu jugak
time pakistan tu dtg rumah jual carpet, dorang berkemban dgn kain basah
mana tak stim pakisan tu walaupun yg berkemban tu badan size yusni jaafar!
😆
tu ar…diorang tak rase takut dah kt polisi2 malaysia kut?
tak hormat langsung public.
ni yang trase if diorang fight,kita patut blasah dua -dua side yang bergaduh tu.datang negara orang buat kaco,yang sedia kaco ni pun tak amn2 lagi…
geram betul..!!!
tu laa..org kita ramai memilih kerja sangat, tu la terpaksa import dari luar tu.
orang kita baik sangat…..
lemah lembut…. suka layan tetamu mengalah orang sendiri…
takmo kaco tepi kain orang….
pasni boleh suruh JPA masuk area2 ni.. tunjuk power sikit…. sebab kat tempat diorang, authority selalu tunjuk power… sana sini ada tentera…. mai Mesia, cuma ada mat pit mat rempet… so dia rasa bebas laaa….. kalo kat negara sendiri dah kene tembak dah….
Kat area tu kalau hari sabtu/ahad ngan cuti am mmg ramai diorg berkumpul.
Aku rasa area situ kena selalu ada polis meronda. Kat Bukit Bintang biasa nampak polis meronda…
ada laa polis pelancungan meronda kat situ dengan pondok kecik seberang kotaraya tu… sekali sekala ada la nampak polis preman tangkap penagih…. pastu ada trafik selalu ada gak…
tapi memandangkan kotaraya tu dah nak jadi cam negara asing, memang elok diorang bagi presence diorang tu lagi clearrr…. pelancung pon akan rasa selamat…
tapi memang kita tak cukup polis laa…. budak2 sumer nak jadi penyanyi atau pelakon atau mat motor…. (tembak rambang jer)…
punya laa tak cukup, sumer junior2 aku yg join polis, ramai terus masuk SB….
tu laaa
ramai nak jadi penyanyi
cuba la memana TV buat reality show polis
letak tajuk Bukit Aman ke Police Hunt ke Outback Bukit Aman ke, wakaka
baru la org minat nak jadi polis
Gerak Khas bagi aku gagal menarik minat org jadi polis
poyo semcm je aku tgk
999 pon asyik tunjuk pegawai tua dan boroi macam aku jer…. takder macho… tunjuk laa geng2 UTK pakai sarung kapla tendang rumah orang ker…. atau geng FRU tengah training pakai cotar baru ker…
aku rasa tengok explorace nampak lagi mencabar dan macho….
ni la problem bila nak jaga imej kat TV… kene nampak skema dan terlalu kontrol…
mesti boring punya kalo nak join…. lagi best dan glamer join jawi….
Kena buat rancangan WHO WANTS TO BE A POLICEMAN! Dihoskan oleh Yusuf Haslam 😆
Aku rasa ramai tak berminat nak jadi polis sekarang ni, kadar jenayah meningkat…. kita perlukan Superhero!
btw, ramai anak2 polis pun tak berminat nak join polis, contohnya aku! 😆
sori kalau lari drp topik
Kena buat rancangan WHO WANTS TO BE A POLICEMAN! Dihoskan oleh Yusuf Haslam 😆
sib baik aku kontrol gelak
ok gak idea adijin ni
sempoi…
sure berduyun-duyun org masuk sbb nak duit
1st place bagi lelaki hadiah RM10,000 dan berlakon filem arahan YH sebagai hero
yg pompan plak kalau menang jadi heroin dgn Rm10,000 jugak
alaaa….cam reality show yg stuntman tu laaaa
pemenang dpt berlakon filem 'Bet Your Life' dgn Billy Zane
A Galak kena ada, sbb dia sesuai jadi trainer
wakaka
😆
hahhaha… who wants to be a policeman…. whatta brilliant idea… pi la propose kat ntv7 ker astro ker…. rancangan yg menarik minat org ramai nak join police kat m'sia ni mmg takdak… aku tngok criter polis ngan askar tak terliur pun nak jadi cam depa…. kalau nak diikutkan criter police ngan askar US, aku terpengaruh siot! sebabnya depa slalu tunjukkan yg arm forces depa nie cool… special force nyer dressup pun cool gila babeng… pakai vest, bandana, muka conteng2… bawak weapon yg besar2…. kalau korang, terpengaruh tak nak join team depa? aku terpengaruh… sebab nampak ko lah yg paling best (typical US nyer attitude) hehehehhe
*off topic… hehehe sorry!
usah US, tentera israel pon nampak cool….
hahahah A GALAK!!!!
Filem/drama TV Hong Kong pun selalu tunjuk yg jadi polis ni cool (dan kebanyakan polisnya muda2)…
tu laaa sepatutnya…
bila ambik pelakon nak jadi polis kenala ambik pelakon atau penyanyi yg ramai peminat
kalau polis lelaki tu, ambik la tomok ke, naqiu ke, zahid ke, adam ke, khair ke
yg pompan plak ambik la ifa raziah ke, zila bakarin ke, farah ke, linda ke, linda onng ke, linda rafar ke, diana rafar ke
baru la bebudak minat nak jadi polis
polis pompan tu biarla cam Sidney Bristow
seksi gibis (seksi giler, seksi habis)
barulaaaa bebudak suka nak jadi polis
sure kalah AF3…
takde la bebudak bila besar nak jadi penyanyi :p2
potray polis cool habis gila babeng tak hingat
baru la aku berminat nak tgk Gerak Khas
ape daaaaaaa
Mad…aku rasa kalau ambik pelakon2 tu pun tapi acuan sama macam Gerak Khas tak guna jugak.
Nak nampak ganas buat la macam citer polis yg kat Axn tu..ape name dia, lupa pulak, yg polis botak tapi taiko giler tu. Paling tidak pun buat macam Dogg the bounty hunter tu laa. Dpt upah tangkap org wanted…actually bukan takat citer polis yg ada action je, citer org forensik macam CSI pun buat kita rasa cam best je keje tu. Tu belum masuk citer loyer dgn apprentice lagi tu.
aku tau citer tu, The Shields
ada gak aku follow tapi tak larat
Michael Chiklis nama pelakon tu
dia ni la pegang watak The Thing dlm Fantastic Four
kalau korang nak tahu
citer Doug The Bounty Hunter mmg best
anak beranak adik beradik jadi Bounty Hunter
bini dia, anak dia, adik dia dan best pren dia, semua bounty hunter
giler babeng best…
rugi shiot miss 2 siri…
rupa2nya ada geng indon yg ramai2 merompak kat area situ… selalu target foreigners (mungkin diorang assume orang tak akan tolong kot) yng tak melawan…. geng rambut panjang…. lepas rompak, tukar baju pakai scarf….
aku harap kalo kene tangkap, boh dalam lubang tahi…. jangan salah orang dah ler…..
c'mon polis Mesia punya intel kononnya antara yg terbaik kat Asia ni, takkan perompak ciput tak leh tangkap?
kalo tak, maknanya area kotaraya takder pelancung dah laa…. oang local pon tanak pegi….
waduh…waduh….gawat nih…bisa berantakkan gue punya tempat cari rejeki . Gimana ya ? .kalau enggak gaduh enggak jantan tuh, kalau enggak copet enggak ganteng ,kalau enggak bunuh enggak enak tuh !! heheheheh 😆
aku tau citer tu, The Shields
ada gak aku follow tapi tak larat
Michael Chiklis nama pelakon tu
dia ni la pegang watak The Thing dlm Fantastic Four
kalau korang nak tahu
Aku rasa kalu polis kat m'sia ni wat perangai cam polis the shield tu, mau tak kuar pendatang asing ni hari-hari cuti, asal tak puas hati sikit aje penampar, asal rasa barang kena tarik aje, terajang .Kau buat ler hal, sikit cukup la, tarik bulu hidung ker, tampar nyamuk kat dahi ke, korek 'biji timah' depan awek ke, haaa….dapat cotar,
+ pendatang ” kenapa saya di pukuli ?”
– polis “kau korek hidung depan aku dol !, itu dah mencabul tahu !”
+ pendatang “tapi saya kan korek lubang hidung saya ?”
– polis “Ya tapi kau mencabul pemandangan aku !!!”
hah amacam !, bedebush cotar sekali .Aku ingat lepas ni, Yusof Haslam pun pikir banyak kali nak buat gerak khas -buat gerak khas versi sopan orang dah tak pandang dah lagi….
ehem…setahu aku….bapak aku ckp ( hal ehwal semasa sume bapak aku tau )…..diorang sebenarnya mintak wang 'poket' (perlindungan) dari org2 filipin, bangla, indon sekali pun diorang mintak walaupun satu negara…si bangla tak nak bayar…tu yg jadi gaduh bewsar tue…masa tu diorang mmg dah budget gaduh…tu yg siap ada parang n pisau komando tu(pisau kecil tu)…..stat kat CM dulu baru gi MYDIN tue…..tu ler citernya..lagipun aku baca citer nih kat malay mail ari tu..tau lar serba sikit….
apa lak bangla?
yg kena bunuh tu Nepal
dlm 999 ada tunjuk yg mati tu
tercungap-cungap menanti mati
sorang lagi terburai perut
dlm 999 tunjuk semlm
gambar dirakam oleh sorg amatur kameraman
bagus btul org zmn skarang nie… jenjalan bawak kamera… kalau ada accident ker apa ker, jadi yg pertama buat rakaman… pastu kalau press sure nak punya… sebab depa sampai lambat…. apa lagi. agak2 kalau jual kat press brapa dpt? mahal tak?
pergh..bertambah cuak kalau aku nak pi kl sensorang
kat area tu…
kalau bdn cam ko ni amir
aku tgk pun cuak kalau jalan tepi aku
bukan takat nak pegi KL je cuak…
kat kampung pun boleh cuak skang ni
diorang ni dah pandai…polis banyak buat raid kat town
diorang pegi la nyorok kat kampung2 sket…
aku kalau diorang ni gaduh sesama pendatang ok ler lagi
tapi yang pegi merompak orang mesia
bunuh2 org mesia ni
aaaaa tu yang aku menyampah tu..
bangla = nepal…ala samer jer…yelar..nepal…antara gitu lar….nampak samer….hehehehe…
ni, yang JKR, USM, Suhakam kena hack tu, agak2 ada kaitan dengan Ops tu tak?
akak ketinggalan zaman sket la. dah lama tak baca paper.
kat umah plak tak layan berita. Husband dok tengok Friends je
orang kita gak yang bela.. bagi rumah sewa, bagi tanah buat kampung haram… buat menantu (terpaksa lepas anak kene romen)…. tolong bagi lepas masuk… tolong terima rasuah bagi lepas…..
kalo tidak kat mane diorang nak menyorok…
yang buat hal ni banyak yang masuk haram…. aku rasa yang masuk secara sah, tak banyak masalah sangat….. yg masuk haram ni, bebas sikit… freelance katakan…..
diorang pon menyumbang kepada pembangunan negara kita…. pembangunan ekonomi rompak/ugut/rogol/samun….
aruah bapak aku cakap (ikut gaya Aku dan sesuatu), rumah kita dah terbuka luas, apa jenis pelawat pon boleh masuk…. cam kita yang jemput….
meh mai Mesia, rompak kitorang… rumah2 kitorang terbukak luas, bangun pagi jemur kain siap berkemban tak kira pompuan ke pondan… pintu rumah dan gate sentiasa terbuka.. meh masuk….. takper, kita sesama Melayu (?)/ islam (?), serumpun….
entah laa… aku bengang sebab sekarang susah sikit aku nak ronda2 KL sorang2 ….
Pergh! | Lukis, Komik, Kartun, Animasi, Games Malaysia
All information and content contained in this website are provided solely for general information and reference purposes.
By browsing this web you agree to our privacy policy.
© 2001 - 2021 All Right Reserved by Vasqtech Network Malaysia