Home › Forums › Tutorials, Help-mes and How-tos! › [g-pen Nib] Mana Nak Carik Pen Nih?
salam…
aku sekadar mengforward je pertanyaan sorang mamat nih, dia nak beli sgt G-Pen Nib nih, tp aku x penah jumpa pun (mungkin x perasan). sapa2 tau katne nak beli dgn harga skali leh infom kat sini @ pm aku k. aku nak turun kl slalu pun sakit gak, duit tak cukup maa… ok tu je. adios amigos..
Rasanya kat Nelsan art ader kot? Sbb aku mcm penah nampak somewhere…
nnt sesenang aku gi tanya…..
hari tu aku beli kat Kino, RM 9.20… ok gak… selesa, bergaya… ewah
nelsan art kat ner?
beli kat multiart and graphic(ada lagi ke?)takpon kat Nelsan atau Nanyang..kalu beli dapat skali ngan
pemadam ngan pensil ngan spare nib..ahahha..sape nak beli dari aku?
aku cas post + duit minyak sikit je …dapatla untung 300%
Aisol, aku ada beli dulu kat Kinokuniya Suria KLCC lebih kurang RM9/++( SEMBILAN RINGGIT LEBIH SHJ) ada 3 nib.
Dia punya batang pun harga RM9 lebih jugak rasanya…
kat Kuantan Parade pon ada, icesoul. Hari tu kawan reccee kedai buku kat atas tu.. RM 6.90 dengan 2 pen holder dan 4 mata G-Pen. Yang ni jenama murah Stylishcomic tools. Mungkn ada lagi ke atau idak?
kuantan parade? kedai buku kat atas ada satu je kan? mmm ptg ni aku gi survey jap, aku update nanti kalo jumpa ke tak, eheh bila nak turun kuantan wahai pokcik kalam
… layan ikan bakar skek.. hihihi
se lagi nok tanya, mende besh nye pen nih sampai membe aku dok beriya carik? tak tembus kertas 80gram ke dakwat dia? feel dia ada sama dgn pen artline 0.6 tak? (ala dlm krom punya thread mana tah ada pen tu, yg bodi putih tudung itam tu)
aku guna atas paper 100gm pun kembang la, mungkin kertas tak berkualiti kot?… tapi atas kertas katrij, ok…
mata dia keras, jadi kalau silap tarik boleh koyak kertas, kalau nak pakai pen ni cari vellum atau bristol,
atau kertas yang berpemukaan licin, (tiada texture).
memang berbeza dengan artline,sebab artline ni spirit based, cepat kering….dan sng nak handle.
ink ni kena tunggu kering dulu dan kena alas tangan takut lekat ink tu kat sisi tangan nanti. maka comotle
artwerk. tapi…terpulang kepada taste memasing….
Betul kata bro kromosom tu…aku dulu penah gak guna nib pen, tp yg celup nye…cam todd mcfarlane guna… pengalaman aku, pen nib ni kena byk berlatih, bru kita leh dpt stroke yg dikehendaki..tp klu nak beli biar bersesuaian ngan kita…
yes..yg kat atas tu luper lak pula nama Kedai Buku tu.. hehe ajak pekena ikan bakar..sedap tuh, insya allah turun gak Kuantan nanti, buat masa sekarang bz sket..
yg membuat seseorang artist komik suka sangat menggunakan pen feelnya ialah semasa mencelup, mengawal tekanan pen pada permukaan kertas. spt kata Kromosom, kalau kita kurang skill mungkin akan mengoyakkan kertas. yang lebih menyeronokkan ialah kita dapat menghasilkan stroke yang kita kehendaki kalau dalam subjek seni yang mula-mula sekali ialah mempelajari asas-asas seni reka yakni memahami pelbagai garisan…Krom dan Prem boleh lah nak tambah lagi kot..
kalau nak buat rujukan boleh refer pada karya2 lama Don dalam GG, beliau seorang yang skill tinggi dalam penggunaan G-Pen
ermm kena berguru la guna mende nih ek.. isk pen drawing biasa pun tak biso lagi nih.. nak guna pen celup2 lak. tq for the info geng..
>kalam.. nak turun kuantan bgtau awal skit, aku free malam2 je, tu pun kadang2 balik malam. bz ikut keadaan cuaca.. heh
dah terlanjor citer g-pen ni… aku nak tanya skt…apa perbezaan nya guna berus, aku pernah cuba dulu2 tapi susah giler pakai pen nih…last pakai berus lai mudah… tapi apa kata pro?
huiyo… ko lagi tera guna brush dari pen ke? aku plak reti guna pen je, brush tahap tadika je. kena tanya pro la apa kelebihan medium nih..? :unsure:
aku dak tera maner2 pasai pakai berus tu setahun jer.. lepas tu lingkup…
assalamulaikum…
Dulu aku ada beli nib macam tuh kat petaling street, sekitar venus art.. antara kedai tepi tepi tu lah. taksilap aku tepi kedai mancing depan hotel lama..kedai cina lama maksud aku owner dia memang dah meniaga sejak zaman atuk kita lagi, aku tak ingat lokasi yang tepat sebab 5 tahun dah aku tak pergi. Kedai tu arwah Pak Jab yang rekomenkan..murah jugak dulu sebijik 2 tiga ringgit, batang dia jual asing siap boleh custom lak tuh.Multiart,Venus memang tak leh lawan(dlm ketogori nib jerlah)
Harap Membantu. :hoye:
Nama kedai tu kalau tak silap Nanyang Arts…kalau aku tak lupa lah. ni pun kira 10 tahun dah aku tak pusing2 belah tu.
Aku pun tak ingat nama kedai tu, pasal skali pandang kedai tu nampak macam kedai runcit ajer, aku pun dulu selalu tersalah masuk, barang arts lain dijual sangat kat kedai tu..selalu nya kena tanya dulu pasal dia tak display menda tuh..letak bawah meja..
tak pnah guna la plak pen nie.. biasa guna drawing pen ngan pen brush jer.. sesapa otai boleh la share kat sini tips n teknik nak guna pen nie..
Pergh! | Lukis, Komik, Kartun, Animasi, Games Malaysia
All information and content contained in this website are provided solely for general information and reference purposes.
By browsing this web you agree to our privacy policy.
© 2001 - 2021 All Right Reserved by Vasqtech Network Malaysia