Home › Forums › Uptown @ Pergh! › Filem Melayu…. Betul Ka Macam Nih…
Taken from Bobo's post in Friendster. No offence
to Malay film lovers, some of them are good, but
the rest need a lot of improvement.
1.The hero looks too old to be a 20 years old biker
(read: Rosyam Noor in KL Menjerit), the heroin
looks too 'Erra Fazira' and the mother of the hero
looks too underaged to be a mother.
2.Mesti pergi pantai kalau org bercinta nak
setelkan soal2 hati..
3.Untuk adegan2 saat kematian, sempat lagi
mintak maap kat sumer org + wasiatkan macam2
sebelum mengucap..
4.Adegan kat hospital, doktor akan dikelilingi oleh
kaum kerabat yang sakit. Mesti ade
soalan “Doktor, bagaimana dengan keadaan dia,
doktor?”
Jawapan doktor samada,
a) “Keadaan dia stabil.Tp dia perlu banyak
berehat”, atau “Kami dah cuba sedaya upaya tapi Tuhan lebih
sayangkan dia”
Doktor tuh mesti pegang clipboard.
5. Kalau ada adegan yang (sepatutnya) sedih, dan
ada pulak adegan berlari-lari keluar dari rumah, bet
you, mesti ada hujan.
6. Adegan anak baru balik dari oversea, the hero
can gasp in awe looking at Sepang F1 Circuit,
KLIA and The Petronas Twin Towers as he had
just realized how developed Malaysia is after
studying abroad for 7 years. (read: Cinta
Kolestrol). Ever heard of Internet, Yusry? Pathetic
7. Adegan kat resoran, mesti order 'fresh orange',
air mesti minum x abih. Tp kalau adegan minum
dlm cwn, mesti air xde pon dlm cwn.
8. Brain tumours are cancers of choice, because
sufferers get dizzy and tend to
faint 'melodramatically'.
9. Adegan Hari Raya, mesti semua orang akan
insaf dan jadi baik + masalah-masalah yang ada
sebelum tuh mesti setel bila time raya.. [too much
of being streotype..]
10. There is always a Tan Sri/Dato' Sri/ Dato'/
Tengku…+ rumah besar2, swimming pool,
mercedez n driver,orang gaji nama Mak Mah <----
adoiii ini lawakkk
11. Watak anak mesti x ramai, (selalunya anak
sorang atau dua) >>jimat kos pelakon.
12. Byk adegan-adegan bercakap kat luar kereta,
sebelum bukak pintu. dah abih bercakap baru
masuk kereta. (apa, x boleh bercakap dalam
kereta ker)
13. Sama jugak kalau adegan bercakap sambil
berjalan. Bila nak bercakap, mesti kena berhenti.
[sbb rail utk kamera x cukup pjg]..>>Gerak Khas
14. Kalau nak baca surat, mesti baca dlm hati,
dan harus dibaca oleh penulis surat(pembaca
surat kene buat ekspresi muka sambil dihiasi
muzik latar yg slow)
15. Kalau nak buat adegan sedih/teringat kekasih,
scene akan diambil di tingkap dimana hujan akan
turun serta kilat sabung menyabung membuktikan
keresahan pelakon(mungkin kerana gaji sedikit-
>membuatkan lakonan menjadi)
16. Kalau ade adegan shopping menyoping,
pelakon wanita MESTI memakai spec hitam konon
vogue, sambil muka memandang ke hulur-hilir
(mencari pengarah)
17. Kalau ade pelakon wanita berlakonsebagai
model, setiap kali scene die, rambut beliau
HARUS diterbang2 oleh kipas angin bervolume 5
(lakonan nasha dlm cinta luar biasa)
18. Gaya makan akan jadi over, semua perbuatan
akan jadi over la.. (contoh Cinta Kolestrol.. masa
Erra besar tu shopping masa filem start, then
makan ayam bakar seekor sorang lagi tu)
19. Kalau watak budak jahat, sure cakap kelantan,
then mula mula 'kecek klate', then jadi bahasa
KL.. (telemovie Paling Comel)
20. biler temujanji kat hotel, mula mula 2 org, then
akan datang la org ketiga yang tak disangka, n
ajak makan skali.
21. biasnya kita boleh teka kesudahan cerita biler
masuk 30% filem. watak jahat akan insaf / mati,
watak baik akan kekal.
22. Adegen balik dari oversea, pakai scarff kat
leher time tgh hari, baju tebal.. (Cinta Kolestrol), 7
tahun tak balik malaysia.. perghhh
23. Lelaki tidak akan shopping
24. watak perempuan bodoh akan dibodohkan lagi
dengan mekap dan spek tebal dan dijadikan
seperti mereka tiada perasaan langsung.
haha.. baru terpikir nak kopi pes buletin nih.. hahaa..
hahaha… aku dah buat dulu… sori bro… :sengih:
> Kalu ada scene kena rogol.. musti tunjuk daun tingkap kena tiup angin ribut. Pastu ada air menitis kat longkang. Atau ada piling project kat mana2. Pastu tunjuk bunga gugur. Pastu mak budak tu kat kampung tersentak sebab pinggan pecah.
takpe2.. kalau topik ni dapat sambutan hangat aku pastikan topik ni di baca oleh si Bobo tu.. muahaha..
part yg no 22 tu aku mmg x setuju langsung, bab balik dari oversea pakai baju tebal, konon sejuk la tu
aku mase balik dari oversea, mak oi… bapak gile babeng panasnye cuace kat mesia nie
rase macam nak bogel je, so kalo org buat scene balik oversea pakai baju tebal, mmg tak logic langsung
melainkan die tu belajo kat africa la, sane kan lagi panas gile babeng dari mesia.
24 tu, aku no komen sebab citer betty dulu tu pun cam gitu jugak
23 hahahahaha… gua suke shoping n gua melayu, so !?
21 skeptical, antara sebab terbesar ngape aku malas nak tengok citer melayu
20 n the rest. er… no komen.
kan ke aku dah cakap aku jarang tengok citer melayu,
so mane la aku tau
ajak dia masuk pergh… kot2 ader sumbangan apa2…
bila scene lawan2.. mesti hero kalah, kalau menang pun mesti cedera, pastu awek la bawa pi umah ke, mana2 ker utk kasi ubat.. dari situ mulanya bibik2 cinta..
bila scene lawan2.. mesti hero kalah, kalau menang pun mesti cedera, pastu awek la bawa pi umah ke, mana2 ker utk kasi ubat.. dari situ mulanya bibik2 cinta..
tu sebab terpengaruh ngan citer hindustan tu…
kalau cerita pasal anak derhaka, anak benci mak, anak tak suka kat mak dia….
sebab paling utama ialah anak dia dapat tau mak dia dulu jadi pelacur
weiii tak dak reason lain ka?
hah :p2
kalau ader citer tuh bab famili… anak kawin dgn bukan wanita pilihan ibu… ibu dah buat macam2 nak tunjukkan rasa benci dan meluat pada menantu tuh… last2 sekali ader sesuatu terjadi di antara anak dan ibu mertua yg menyayat hati… lalu ibu mertua insaf dan rasa bersalah… mereka pun berbaik… itu la ending yang boleh dibaca dari awal…
paling aku sakit hati la…
kalau scene tunjuk pompuan nak bersalin
dia punya menjerit sakit tu, macam nak matiii je aku tengok
huh…meraban, sakit pulak datang on the spot, terus nak terberanak
gila ke ape?
cuba laaa tanya pompuan cam aku yang dah pernah bersalin ni haaa
tak pun si laparcute, kan sis lapar kan kan kan?
bersalin mana ade sakit laaaa oi!
alaa wei..tipikal la tu.. oleh itu marilah sama-sama tonton SEPET 24 hb ni.
aku rasa baik kita bincang2 setengah citer2 melayu on TV. they got some good stuff sometimes. especially ntv7 & tv3.
ada dulu sekali citer ape tah aku miss, tp mak aku ada tgk, psl rosyam nor ni brape thn x blk raya, bkn sbb bini dia tak suka mak mentua (yg dah selaluuu sgt jd plot citer org kita) tp rupanya MAK dia pulak yg tak kasi dia balik kampung. cool ape.
byk citer melayu best on tv. yg paling aku suka tentula TOL-GATE GIRL. oh amy masturaa..
byk citer melayu best on tv. yg paling aku suka tentula TOL-GATE GIRL. oh amy masturaa..
haaa..
aku pon sukeeeeeeeerrr….
amy mastura, kao tetap menjadi pojaan hatiku..
aku rasa drama tv kadang2 lagi best dari filem plak…. tgk 'Rumah Kedai'.. sampai skrg aku masih rindu nak tgk citer tuh….
Aku first time suka drama kat tv 1 baru2 nih…Tajuk dia 'Sutun'. Budak sekolah tu jadi lembut mmg real laa..tak over tergedik cam pelakon yg dah ada nama.
satu lagi aku suka drama bersiri 'Keris Hitam Bersepuh Emas'… dulu pun penah aku cakap… hehe
korang ade tengok tak citer melayu kat astro rasanya
yang tajuk zarina zidane..
yang mamat tu menyamar jadik pompuan sebab nak dapat keje sekreteri
syiok gak la citer tu walaupun rasa cam tak logik :sengih:
hehe.. sis Moon
you are damn right. bersalin tak sakit (based on my past experience le) yg sakit tang contraction tu je.. tp ni jerit2 tang budak dah nak kuar, mmg tak patut..
btw, guess what? last week, balik umah mentua, husband siap purchased Astro Box Office channel 20 & 21.. sbb bulan ni ada cite2 seram gitu.. sekali terselit laa tujuh perhentian.. since tak penah lagi tengok cite ni, and disebabkan nak tengok hasil skrip encik saniboey, my sis-in-law + i tengok laa.. hampasnyaaaaaaaaaa laaaaaa cite tu..
sekali, bukak astro ria.. ada cite zarina zidane tu le.. pergh, dah terlepas sejam (sbb pakat tengok 7P tu) tp cite dia entertaining.. much much worth it dari 90mins spent on 7P. grrrr..
anyway, sapa ada Astro + subscribe channel 20 and 21. jangan lupa tengok cite Tamil Maanmatham apa ke benda ntah tajuk dia.. best!
haaa ade…. ade tgk cite tu.. sgt lawok…
mase tu, aku tgh makan kat luar.. ramai yg tgk cite tu semua gelak² je
lelaki tu (dia model kan?) sgt berjaye menjadik 'aweks'
hahaha
ayuh bincang kenapa some of these pilem melayu yg made-for-tv ni, work for us.
kenapa boleh jadi best? kenape susah sgt 'tipikal' pilem melayu kat panggung teruk sgt nak banding ngan tv?
aku rasa mainstream producers + directors (haslamians) terlalu obses dgn star power.
diorg abes milk power tu sampai dry, kering kontang..
ade sesape honestly pk yg awie boleh lagi jadi pelakon utama mana2 filem?
erra tu je aku pelik. kenapa masih boleh bertahan.
lps dia asyik berganding ngan x balak dia, diorg gandingkan dia plak ngan laki dia, yusry tu.
lakonan atau skrip real ke tak? tolak belakangg… 'semorang' melayu nak tgk erra berkepit sana sini. naik moto besar. menangis kat porch keter rumah banglo dia dekat keter mercedes. makan kat coffeehouse mahal2.
tol-gate girl sbg example pilem tv, works because, semuanya nampak real. nampak mcm boleh berlaku in real life. boleh relate. mungkin kita ada kenal sorg dua kawan kita yg perangai dia camtu. cuma di-exaggerate sket. kerekter dia tak la kaya sangat. tak la miskin sgt. dia pun ada henfon. dia pun bawak moto kapcai aje. makan kat warung biase je. lakonan + skrip pun mantap..
so camna?
kenapa cerita melayu lama guna bahasa baku?
dan dlm filem2 baru pun, kalau ceritanya pd zaman lepas pun pakai bahasa baku. contoh scene hitam putih dlm pontianak harum. kenapa ek?
tang no. 10 tuh yang selalu diaplikasikan oleh pengarah filem kat malaysia nih…mesti anak datuk…anak tan sri….poyo jek memasing…cube buat bapak die jadi kerani ke…pembantu am rendah ke…
yesss.. aku sangat.. sangat setuju ngan komen tarakucha pasal toll gate girl tu.. our movie is lack of reality tu pasal susah aku nak terima filem melayu..
selain Toll GAte girl (i wish this could be a movie), kalau korang ingat cita Pa'e antara drama tv paling best penah aku tgk.. isn't that ironic telemovie jauh lagi bagus dari filem melayu?
arghhhh.. korang dah tgk trailer Sepet ke? berulang ulang kali aku tgk trailer ni.. dengan bekgron music akustik nya tu.. meremang remang bulu roma aku .. wakakaka.. memang betul2 buat aku teringat terus ngan iklan2 thematic petronas yg aku rasa banyak di tonjolkan elemennya dalam Sepet..
check this out http://www.sepet.com.my/trailer/index.html paling aku tak tahan ada scene duduk berteduh kat bus stop kepala balut ngan plastik beg.. arghhhhh.. this is so damn realistic.. jom tgk reramaaaaiiii… 😮
aisehhh…zarina zidane..mmg menjadik wataknya tue..salute ar..boleh pulak..citer tue mmg bagus utk citer2 yg lawak bodoh punya!!!
citer2 melayu kurang ar..byk sgt menirunye…hancus kadang2..sampaikan rasa bosan menerjah masuk ke dalam jiwa dan raga…tapi salute tol girl(amy mastura) …oohh..my sister…
tapi aku salute jugak citer2 melayu yg tayang kat tv3 ari sabtu kul 10…kadang2 citer2 dia sgt menyayat ati nih..ari tue citer pasal muallaf….ader satu citer…aku tak igt ar..rasanya sebelom citer titik-titik noda….citer tu buat aku n mak aku nangis(satu family gak ar) tahap giler baban tak igt….aku salute tv3 cuma ari sabtu kul 10 jer..ari lain n waktu lain..sori lar..bubye jawabnya…
Erra, Haslam dan semua mereka yang terlibat dalam produksi filem yang rata-rata korang anggap meluat itu boleh survive kerana adanya market. Adanya audien.
Dan kenapa audien-audien ini masih nak menonton filem-filem yang kadangkala mencabar maruah mereka sebagai manusia berakal?
Kerana lumrahnya orang-orang begini menonton filem sebagai satu escapisme (aku tak sure ejaan ni betul ke tak) realiti kehidupan diorang yang sedih. Tu satu aspek la.
aku suke citer… er… er…
citer jepun tapi aleh suare bahase melayu
kira citer melayu jugak kan !?
aku suke citer sinchan !
tapi dulu aku suke tengok citer Pi Mai Pi Mai Tang Tu
character Pak Uda ngan Budin tu mmg best.
lupa lagik satu nak tambah.. cukupkan sampai 25.
25. Kalau nak tunjukkan watak cita yg bekerja dalam company jenis apa dalam cita melayu mesti company construction.. MESTI punya lah..
kalau keta mewah mesti pakai mercede atau BMW
org kaya skang mana ada pakai tu semua dah
org dah pakai 4WD mercedes dan BMW
betoi ka?
kenapa cerita melayu lama guna bahasa baku?
dan dlm filem2 baru pun, kalau ceritanya pd zaman lepas pun pakai bahasa baku. contoh scene hitam putih dlm pontianak harum. kenapa ek?
hahaha ni aku pernah tanya kat mak aku la
sebab aku bebetul heran
aku tanya dia, dulu-dulu mak ade cakap cam gini ke? cam dalam citer P Ramlee ni la..
mak aku kata mana ada… :p2
dia kata kalau ada pun, memang untuk golongan bangsawan je..
:sengih:
Pergh! | Lukis, Komik, Kartun, Animasi, Games Malaysia
All information and content contained in this website are provided solely for general information and reference purposes.
By browsing this web you agree to our privacy policy.
© 2001 - 2021 All Right Reserved by Vasqtech Network Malaysia