Home › Forums › Writer’s Corner › Dunia Penulisan, Satu Pandangan Baru
lama aku tak menyumbang apa-apa pandangan disini .Aku hanya sekadar membaca dan melihat perkembangan dunia penulisan dari sisi yang kecil ini .Menilai diri dan menilai yang lain .
Dimanakah hamba, tika dan saat ini.
Once ada seseorang bagitau aku .Dunia penulisan ni bukan boleh cari makan. Lama dah back in 1986 masa tu, masa aku menang menulis peraduan karangan berbahasa Malaysia. Masa tu aku darjah enam.
Aku pun akur, aku budak masa tu .Masa tu aku rasa bill gates baru jer kena kick out kot. hahahaha sapa pun tak sangka bahawa masa merubah segalanya….
Opp…solat lu..kang pas terawaikh sambung kot…
Hahahaha….aku lupa yang aku masih berstatus musafir…Terawikh tak muakkad keatas aku… 😮 err ye ker Ustat Akhir Zaman ?
Kenapa aku nak ceta benda ni ?, mesti ramai yang tertanya-tanya, kerana beberapa hari kebelakangan ini hati aku terluka sedikit. Seseorang yang aku kenali di belakangan waktu berbuat khilaf yang tidak sepatutnya, membuatkan seorang teman lama yang lain ( juga seorang penulis lama) terluka hatinya.
Aku terperangkap dalam situasi itu, dua-duanya nama besar dalam bidang penulisan. Sudah ada gengsi yang sendiri-sendiri, peristiwa ini membuatkan aku insaf bahawa selendang Allah tidak harus di pakai oleh manusia, melainkan ketika memijak bumi untuk berperang di jalan Allah.
Aku dah sampai kehujung cerita sedangkan maksud dan tujuan watikah ini ditulis masih jauh
“Satu pandangan baru” masih belum aku kupas sewajarnya…
Berbalik pada titik asal kenapa artikel ni aku tulis .
Sekali lagi apabila aku memenangi satu pertandingan berprestij anjuran Dewan dan Bank Rakyat, sekitar satu dekad yang lalu ,gengsi untuk menjadi penulis itu kembali di tewaskan lagi dengan kata-kata..
“Huh !, kerja penulisan ni bukan sampai ke mana pun, abis kuat pun keluar di Majalah, lepas tu habis !, tak ada income yang tetap pun”
There…realiti hit me !. Tapi masa tu, aku telah mahasiswa, walaupun masih di tahun asas kejuruteraan .Aku berazam untuk menentang kata-kata itu dengan semangat dan nilai berjuang seorang penulis yang tinggi.
Namun disini aku gagal sesuatu yang penting . Aku gagal memahami bahawa mimpi, keazaman dan cita-cita harus seiringan dalam membina matlamat. Kalau tidak, cabang-cabang itu bisa membinasakan seluruhnya…
Inilah pelajaran pertama dan paling penting untuk aku .
Mimpi…
Azam…
dan cita-cita itu akan segalanya musnah .
Itulah pelajaran pertama yang maha perit, yang aku bayar untuk berjaya didalam bidang penulisan ini .Mengambil masa lebih dari sepuluh tahun untuk aku pulih dari pukulan pengajaran itu ,menyedari kesilapan itu dan mendewasakan diri serta kenyataan hidup dengan kesilapan itu.
Dan ini nasihat aku kepada sesiapa yang berada di “luar sana” dan masih mencari matlamat perjuangan hidup, atau masih berjuang yang getir didalam pelajaran.
Tangani matlamat anda sebijaknya !.
Sekarang barulah masuk kepada tajuk yang asal SATU PANDANGAN BARU hahahaha….
Setelah ditendang terajang kenyataan hidup barulah aku sedari bahawa menyatu ramuan-ramuan kejayaan itu baru separuh dari kenyataan yang pahit, separuh lagi adalah menikmati ramuan kenyataan yang perit itu .
Dulu masa zaman aku mula-mula nak bergerak, nak jumpa editor cam jumpa pak menteri, cakap sikit kena bentes, present benda baru, benda yang berani sikit kena sound. Tak ada nak bincang-bincang, dia aje yang betul .Walhalnya aku freelancer .Aku dah hantar satu buku tebal 100 muka dan artikel tiap-tiap dateline pun boleh dapat kata-kata…
“Aku ingat lain kali kau jangan hantar sinilah, kau boleh ambil baliklah artikel-artikel sama apa benda yang ko tulis ni”. Macam tu punya angkuh dia sound aku. Masa tulah aku rasa cukup hina jadi penulis walaupun tok guru aku adalah Allahyarham (masa itu masih hidup lagi) Prof Othman Puteh. Aku cakap..
“Fine, bagi aku hardcopy aku balik”. Tergagap pulak, sampai hari ni, tak dapat-dapat pun kerja yang hardcopy tu.Walaupun aku masih ada softcopy tapi nak printout tu, duit. Aku sengsara masa tu. Gaji kecik dan aku ada belajar part time. A very big mistake aku rasakan dan aku still pay the result of my stupidity tu !
Alhamdulillah berkat kesabaran dan berani hati dan tebal muka aku, Hardcopy tu telah mendapat pembelaan yang sewajarnya dan telah pun diterbitkan semula dalam bentuk buku .just a few weeks ago.
40 lukisan hati adalah produk yang di hina itu .Alhamdulillah, hari ini aku telah melihat karya itu mendapat pembelaan yang sewajarnya.Of course setelah di proses berkali-kali sehingga aku berpuas hati.Namun kepuasan hati yang sebenarnya adalah melihat harga diri dan karya aku dikembalikan .
So ini pelajaran kedua aku kepada bakal penulis, dan penulis yang masih menulis.
Jangan buang produk anda walau segeram dan semarah mana anda terhadap editor , kerana editor bukan seorang !!! 😆
Dulu dunia penulisan ini tak boleh buat duit, sekarang…hahahaha….jangan cakap tak boleh. Kalau tak free free jer kena bentes kat S.N A .Samad Said .Tak percaya tanya Hairi, aku, dia dan Alif ada masa A. Samad Said bersama beberapa orang penulis lagi masa kita orang “hi tea” (hahahaha…Hairi dapat satu jer sandwich best tu) kat One utama, bangsar .
“Saya cakap ini pasal produk yang berbahasa english ya, bukan produk yang berbahasa Melayu, produk berbahasa kebangsaan tidak mempunyai masalah di Malaysia” .Kata inti Pak Samad, aku tak adalah qoute sepenuhnya kata-kata Pak Samad tu tapi begitulah inti kata-katanya masa hi-tea itu .
So, pelajaran ketiga untuk penulis dan bakal penulis di Malaysia. Jangan berasa risau terhadap produk yang anda hasilkan selagi-lagi produk anda itu tidak menganggu norma-norma negara yang utuh. Just…tulis….adalah tempatnya, insyaallah.
Hmmm…ada lagi yang aku nak tulis , panjang lagi 'luahan' pendapat aku ni, tapi nanti-nantilah, biaq aku susun dulu kata-kata .
hmm.. baguih dok ada le cik panah..
aku mmg suka ko slalu post menda2 gini..
kasi semangat sket kat kengkawan utk libat dlm penulisan, ,walo skadar picisan ajer..
cth terdekat aku baru baca thread cik Mindamistik pasal MatMMS tu… ada potensi..
sekurang2 nya ada pemangkin cam ko nih,bertambah meriah ler hendaknya..
aku pon kdg teruja gak nak menulis ..
tp batasan waktu menslow kan sket karangan .. dah le nak melukis pon slow gak..
hmmmmmmmmmmmmm..
erm… dah dgr versi audio, ni versi typo lak.. ahaks.
rasa tak bes lak sbb aku x dpt bg de bes utk cite hang nih, ye la kite budget lain yg kuar lain. tunggu satu masa bila 100% kite kontrol.. cewah mcm la org nak beli pun..ekeke
emio.. terus je tulis, stat dgn rangka, sinopsis dan tulis full dan hantar kat sapa2 yg ko konfiden leh evaluate. sedangkan akauntan bank negara yg bz nak mampus tu pun dah sain 2 agreement novel depan mata aku, ni kan aku yg dok main PS2 je. baru rasa harga masa tu…
apa aku melalut ni dol.. ko la ajar aku jd camni panah….!! :hoye:
hehe..
timasey JiwaAis..
baru smalam buat draft… nanti kalu dpt sempat nak kejar itu komik PTS projek .. cehhhwaahh cam tinggi cite-cite nih…
😆
kasi semangat sket kat kengkawan utk libat dlm penulisan, ,walo skadar picisan ajer..
Sekadar picisan aje ?, oh…betapa jujurnya kata-katamu emio lalu terobeklah hatiku..uwaaaa….. 😆
apa aku melalut ni dol.. ko la ajar aku jd camni panah….!!
Macam pisang yang menari tu ?..aelaaa….bercita-citalah benda lain JiwaAis, aku nengok minatang tu pun naik menyampah…
Sambung balik ceta picisan aku…hahaha…
Aku sebenarnya lama gak tercari-cari apa sebenarnya karier aku…diulang karier, bukan kerja…Kalau kerja, dengan menggunakan sijil kemahiran aku yang berlambak, senang-senang je aku boleh dapat kerja. Jumpa saja sama Pak Kerani JiwaAis, ditanggung beres :sengih: , tapi…kerja itu tak mampu mengisi jiwa aku, ia hanya mampu mengisi perut..
Which is at that time adalah perkara yang penting juga.Namun sebagai langkah berjaga-jaga aku ( backup plan) aku sudah mulai menimbang-nimbang option yang lain, aku sudah mulai menyimpan karya-karya yang pendek, yang belum sudah, dan yang masih didalam disket, aku tukar kepada hardcopy.
Aku mengharapkan pada suatu ketika nanti aku akan mempunyai satu tempat berkarya yang betul-betul memuaskan hati.Pada masa tu aku rasa betul-betul keseorangan sehinggalah pada suatu hari aku mengambil keputusan untuk cuba-cuba nak menjadi editor di gempak.Aku ingat masa tu, kid nak fly kemana tah, dan ayor sama apoh yang control gempak masa tu…
“Ko tengok la apa yang dia orang tulis pasal kita orang kat pergh”
“Mana, siapa ?”
“Pergh. P.E.R.G.H”
Dan itulah detiknya aku mulai mengenal Pergh….
Menarik, terima kasih kerana sudi berkongsi… , memberi aku semangat untuk terus menulis.
pepatah tua ada bersabda… kalau takut dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai. Kalau hidup ini semuanya harus berlangsung disekitar acara yang kamu inginkan maknanya kamu sebenarnya sudah 'mati'.
Setiap dari kita akan harus diminta melakukan pengorbanan dan membuat perjuangan. Sebesar dan sehebat manakah pengorbanan dan perjuangan itu pastinya mengikut kata dasar (pendirian) yang menjadi jati diri masing masing (kuat atau tidak nyali dirimu).
Siapa bilang dunia ini serba indah ? ah ! omongan kosong yang sama sekali jauh dari kenyataan. Hidup ini tidak pernah selamanya indah tapi itu tidak menjadi alasan untuk kamu terus terusan menyerah kepada takdir. Bangun dan kembali melawan hingga kamu jatuh semula, kemudian bangun kembali dan lawan lagi hingga kamu jatuh dan tidak bisa bangun kembali. Hidup ini dalah perjuangan yang tak henti henti… sampai kamu mati !
Jangan berharap kepada pagar kerna pagar tidak mampu menghalang burung dari memakan padi. Jangan diharap kepada ombak kerna ombak tak selalunya ganas. Jangan diharap kepada orang kerna orang tidak jarang yang me'makan orang'. Namun, tidaklah mennjadi satu kesalahan jika kita meminta pertolongan tetapi harus tahu menguruskan dengan cara apa dan bagaimanakah yang seharusnya untuk kita berurusan dengan manusia. Kerna manusia itu adalah ciptaan tuhan yang paling kompleks, secepat matamu berkelip secepat itulah juga manusia itu berubah. Hati hati !
sori… nanti aku sambong lagi….
😮
uish itu dia apo…sekali dia kuar kata-kata keramat, jalan kat keramat terus jem !!!
:sengih:
macam yang apo? cakap, akan tiba satu saat dan detik setiap orang dari kita akan diminta membuat pengorbanan .Mine adalah bila aku sedar,yang aku perlu menutup satu cabang kemahiran aku dan bergerak didalam satu cabang kemahiran sahaja, iaitu menulis.
Pengorbanan ni besar pada aku, skill, bakat dan kemahiran aku dalam dunia teknikal bleh buat duit, even kalau aku keje sendiri.Tapi aku masih tetap akan penat kalau buat dua kerja dalam satu masa, satu pakai otak dan tenaga badan, satu gi pakai otak dan kemahiran menulis .Otak aku pasti akan bekerja 24-7.
So…pada akhirnya aku choose, selepas satu istikarah yang panjang….
dan aku choose
disini.
Kota para Karyawan….
http://panaharjuna.scriptmania.com/
Permulaan segala bicara yang selama ini aku pendamkan….
Aku risau, seolah-olah minat menulis dan melukis merupakan satu BAHANA BESAR! Majoriti (ops, semua) orang yang aku pernah jumpa, lebih suka anak mereka masuk akademi fantasia berbanding pergi kursus melukis atau menulis.
sedih…
satu bala ke alif? munkin gak, sebab penulis biasanya digambarkan dgn perwatakan serabai, pakai sliper p kl, rambut tak bersikat and so on. munkin diorang belum tau potensi anak diorang ni yang boleh sumbang dlm dunia tulis n lukis ni, bukan setakat sumbangan kat dunia, tapi jauh nun ke akhirat. sampai dah masuk kubur pun dapat lagi royalti itupun kalo memenuhi syarat2nye
Sastera islamik itu universal, tetapi teknik itu ada yang tidak boleh digunakan.. bak kata tok guru aku …
Aku risau, seolah-olah minat menulis dan melukis merupakan satu BAHANA BESAR!
Kerisauan Alif adalah satu perkara yang aku hadapi di dunia realiti bila saatnya aku mengambil keputusan yang nekad itu. Tapi pada masa itu aku sudah mulai mendapat sedikit semangat dan keberanian bila aku mengenal komuniti PERGH. Orang tua aku risau kerana aku tak bekerja, sedangkan masa tidak berhenti untuk menghukum aku .Aku cuba mencari sisa-sisa kekuatan setelah dua tahun berikutnya aku terlibat dengan satu masalah yang sangat besar .Masalah yang nyaris-nyaris membuatkan nyawa aku melayang sehingga hampir menoktahkan hidup aku.
Namun aku tak punya jiwa yang menyerah ketika itu, walaupun hampir separuh nyawaku pertaruhkan untuk membeli kemerdekaan hidup semula.Dan sebaik sahaja aku sedikit pulih dari sisa-sisa ujian itu .Allah memanggilku bertamu kerumahNya di tanah haram.
Aku menyahut di dalam dua, pada awalnya, sehinggalah akhirnya aku mampu berdiri diantara dua bukit keagungan larian manusia . Safa dan marwah, dihadapanku itu terbentangnya rumahNya yang memanggil aku .
Suatu sore, ketika menunggu asar ditanah haram, aku merasakan sesuatu yang aneh bergerak-gerak dari bahu dan jemari kanan ,seluruh tubuhku merasa begitu lemah,namun sebaik sahaja bermulanya azan asar, gerak-gerak yang aneh itu perlahan menjadi lemah dan akhirnya berhenti begitu sahaja. Barangkali kerana aku terlepas waktu memakan ubat, namun perkara itu kupendamkan sahaja walaupun dua tiga hari sebelumnya aku terlepas juga waktu memakan ubat, namun tiada pula gerak-gerak yang serupa.
Yang mengembirakan selepas pulang dari sana, aku merasakan ada sedikit kelainan, walaupun masih jauh bezanya dari dahulu yang mengembirakan namun kepulihan yang meringani beberapa perkara itu membuatkan aku mulai berani mengatur gerak hidup .Melunasi beberapa karya yang telah dijanjikan dengan Pn Ainon .
Alhmadulillah. aku berjaya.
Setelah karya pertama itu dilunasi, barulah aku tahu bahawa icesoul turut terlibat di PTS sebagai pelukis dan dari bicara yang panjang dengan icesoul dan alif aku memutuskan untuk menghantar karya di PTS 1. Ayat mau power yang asalnya sebuah skrip drama, ku ubah dan ku perhalusi sehingga menjadi sebuah cerita baru bertajuk “Sekampus perjuangan semusim rindu”, namun apabila tiba di meja pts1, tajuknya ditukar lagi kerana tajuk itu terlalu panjang dan lahirlah 40 lukisan hati, berturut aku menghantar sebuah lagi karya yang bertajuk sahabat kole kacang yang memang dicipta khusus untuk kanak-kanak.
malam ini aku tergerak untuk menyambung kisah yang telah mula memboringkan kalian ini. Baru tadi selesai menghabiskan muzakarah dengan satu kumpulan penulisan di PTS . Turut menghadir adalah Alif. Karyanya akan dibedah dan diberi bentuk . Aku tidak begitu mengenal puteri Daluwarsa, Zalisa dan Serunai Fakir pada pertemuan pertama ini, alhamdulillah berkat keramahan dan ringan mulut, pertemuan tadi sangat memberangsangkan menumbuhkan nyala rasa yang hebat. Aku telah bertemu dengan dreamteam yang didamkan!, sungguh tidak diduga, inilah kali pertama didalam hidup aku ,aku menemukan kolibrasi yang sangat menarik .Ternyata teman-teman penulis itu mampu hadir dengan idea canaian yang sangat menarik .Sessi brainstorming yang sangat bererti kepada aku.
Bekerja didalam satu pasukkan seperti ini sangat aku idamkan . Sebelum ini aku hanya ada alif dan Jiwais untuk berkongsi pendapat. Sekarang kumpulan idaman itu bertambah lagi menjadi enam orang, harapnya dimasa mendatang , aku mampu mendapatkan teman-teman seperjuangan yang seimpian, yang mampu memberikan semangat ,menegur kekhilafanku dan memberi nasihat. Mendapatkan kumpulan yang begini aku rasa sesuatu yang sukar. Lalu setelah mendapat kumpulan yang aku rasakan hebat ini , aku berjanji akan bersungguh-sungguh untuk menjayakan kumpulan ini . insyaallah
kenapa namanya 40 LUKISAN HATI? kang budak2 yg running komik LOkesan Hati tak pueh hati lak dengan korang…
ke lokesan hati (komik solo yg selama nie aku nampak kat kedai tue) kau punyer?
u should pikir another title laa gamaknya.. walaupun ko bleh claimed ini seratus peratus kau punyer.. dr dalam engkau..
Puan Ainon nie spouses, laki- bini pakar komunikasi yang banyakbuat buku bahasa komunikasi tue ke? antaranya BAHASA BADAN, terbitan Fajar Bakti, yg ada lokesan Baba Chuah.. dan ada byk lg title dia bersama suami terbitan Utusan?
40 Lukisan Hati belum ku baca, jenuh ku cari diseluruh Ktrg. Ke dah sold out???
pn ainon x utusan. ye la dia la tu.
ahaks.. aku dgr dari telekonversasi pun dah teruja. nasib baik aku keje aritu, kalo tak abis korang aku kerjakan.. muahahaha.
:hoye:
Pergh! | Lukis, Komik, Kartun, Animasi, Games Malaysia
All information and content contained in this website are provided solely for general information and reference purposes.
By browsing this web you agree to our privacy policy.
© 2001 - 2021 All Right Reserved by Vasqtech Network Malaysia